Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 24 Julai 2019

Rakaman CCTV Hotel Four Points, Sandakan Telah Dipadamkan.

FREE MALAYSIA TODAY | Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak hari ini mempertahankan dakwaannya wujud konspirasi atas penahanannya berhubung video seks sejenis yang menyasarkan Azmin Ali kerana penyiasat memberitahunya rakaman CCTV di luar bilik sebuah hotel di Sabah yang didakwa berlaku skandal itu sudah dipadamkan.


Setiausaha politik Anwar Ibrahim itu berkata, ketika direman polis selama 8 hari, beliau ditanya satu siri soalan yang “tiada kaitan dengan video atau penyebaran sebarang bahan haram”.

“Saya di bawah tanggapan yang perintah reman saya untuk membantu siasatan berdasarkan fakta, bukannya mengesahkan beberapa teori konspirasi lemah,”
katanya dalam satu kenyataan sehari selepas dibebaskan polis.

“Apabila saya tanya mereka mengenai rakaman CCTV di (Hotel) Four Points, yang akan jelas menunjukkan sama ada 2 individu didakwa memasuki bilik sama, polis kata rakaman itu sudah dipadamkan,” katanya merujuk hotel dinamakan bekas ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz yang mendakwa dirinya dan Azmi mengadakan hubungan seks sejenis itu pada 11 Mei lalu.

Farhash mengulangi dakwaannya mengenai “konspirasi” dengan berkata, penyiasat mengikut “satu set arahan jelas daripada seseorang di atas”.

“Sesetengah perkara yang ditanya sama ada saya tahu mengenai satu gajet hilang (dikatakan digunakan untuk merakamkan video seks itu), nama tempat kebanyakan rakyat Malaysia pernah dengar atau kunjungi, masa dan tarikh kedudukan saya secara rambang, tetapi dirasakan seperti membuang masa kerana mereka tidak perlu 4 hari untuk tanya semua ini.

“Ada hari di mana saya hanya dipanggil untuk berborak dan menghabiskan masa bersama mereka.”


Katanya, beliau diyakinkan penahanannya untuk menimbulkan persepsi umum negatif terhadap Anwar dan beliau dianggap “penampan” yang sesuai.

“Saya marah dengan Azmin dan selepas dibebaskan, saya menyerangnya secara lisan kerana jika kita sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati undang-undang, kenapa beliau berselindung di sebalik selubung keistimewaan?” soalnya. - 24 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...