Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 September 2017

Pusat Tahfiz Patut Buka Pintu Pada Bomba, Belajar Tentang Kecemasan.

Oleh : Mat Saman Kati 

"Api" kebakaran pusat tahfiz masih menyala. Orang ni salahkan orang tu, orang tu salahkan orang ni. Keluar pulak video PPIM...tup-tup imej budak dalam video tu pulak jadi sasaran. Empat lima hari lagi..masing-masing diam. Life goes on. Kita semua bersalah. 

Dari peringkat tinggi sampai la peringkat bawah. Kita tau mengapa benda ni terus berlaku, tapi buat tak tau. Ditegur, salah. Tak tegur pun salah. Seperti kata Kahlil Gibran, "And as a single leaf turns not yellow but with the silent knowledge of the whole tree." Bila sesuatu bencana berlaku, kita sering mengambil jalan mudah dengan menghukum. 

Pusat Tahfiz Darul Ittiqiyyah
Bila banyak Tahfiz terbakar...kita jerit, "tutup saja semua Tahfiz." Bila ramai yang gian ganja, kita haramkan ganja!". Bila ramai yang high ketum, kita haramkan ketum. 


Tahfiz tak salah. Yang salah ialah manusia yang tidak tahu mengurus pusat Tahfiz. Ganja tak bersalah..yang salah ialah mereka yang menyalahguna. Ketum tak bersalah. Yang salah ialah orang yang mengharamkannya (salahguna). Aku bukan nak cakap pasal pengurusan makan minum atau kurikulum...tapi pasal pengurusan api! 

Ada kurikulum pasal api tak? Kat sekolah pun tak ada. Itu pasal aku pun buta api dulu...sampai la aku join bomba sukarela. Aku pernah kerja kat sebuah kilang membuat gam di Prai. Dari buat gam yang boleh dijilat, gam plywood, contact adhesive sampailah superglue. Semuanya menggunakan bahan kimia merbahaya. 

Stok methanol perlu ada 80 tan pada satu-satu masa. Formaldehyde at least 100 tan. Phenol, Ammonia, Sodium Hydroxide, Urea, Hexane, Toulene. Orang campak grenade sebiji, seluruh Prai tu boleh jadi macam Bhopal. Risiko kebakaran dikilang itu mungkin 100,00 lebih tinggi dari pusat tahfiz. Dan kalau mati pun, mati katak saja. 

Tak kan ada ustaz yang nak isytiharkan mati syahid. Banyak lagi kilang-kilang macam ni diseluruh negara, tapi mengapa kebakaran dan kemalangan jiwa di pusat tahfiz jauh lebih tinggi dari kilang-kilang ini? Pendidikan!. 

Undang-undang saja tak cukup. Setiap bangunan ada alat pemadam api. Hos air, alat pemadam api semua ada tapi berapa ramai yang tau label A,B,C,D dan K tu apa dia? "Tak payah tau pun takpa. 

dfBila, terbakar panggil bomba. Lepas tu kita salahkan bomba." Lagi satu, kita banyak belajar tentang api melalui filem. Dalam filem kebanyakannya menipu. Kita nampak macam mana hero mengharungi api la..orang tu tengah menangis ketika api sedang marak..bohong! 

Bila berlaku kebakaran dalam bangunan tu, semuanya gelap. Nak menangis pun tak boleh sebab lemas dek asap. Aku nak tulis panjang-panjang pun tak layak sebab aku pun tak khatam jadi bomba. 

Masuk kawad H4, aku cabut sebab tak berani panjat tangga. Mungkin Jabatan Bomba boleh buat dokumentari tentang apa yang perlu dibuat semasa kebakaran. Sekurangnya perkara asas sebelum bomba sampai. Aku tau, modul pertama yang akan diajar oleh bomba bila berlaku kebakaran ialah 'LARI!" 

Modul pertama saja akan mengajar kita tentang betapa pentingnya pintu kecemasan. Sekurangnya, bila kita nak tutup sesebuah pusat Tahfiz tu, ia disebabkan tak ada pintu kecemasan. Bukan sebab nak menentang Islam!

Yang Paling Menderita Ialah Kanak-Kanak Yang Terperangkap Dalam Bangunan Terbakar Tu Noh Omar!

Pihak yang paling menderita dalam peristiwa kebakaran sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ialah kanak-kanak yang terperangkap dalam bangunan terbakar itu, kata Datuk Zaid Ibrahim kepada Menteri Tan Sri Noh Omar yang semalam mengumumkan tindakan mungkin tidak akan dkenakan terhadap pihak sekolah kerana penderitaan mereka ketika ini.

Zaid menyifatkan kenyataan menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu sebagai “bodoh” dan “tidak bertanggungjawab”, Zaid berkata sikap “tidak apa” pihak berkuasa itulah yang membolehkan kejadian seperti itu berlaku.
Sikap itu nampaknya hanya terpakai kepada sekolah agama, kata Zaid.
“Ingat lagi tak budak di Johor yang mati selepas dipukul di sebuah sekolah tahfiz?
“Dalam kes itu pun tidak ada inkuiri yang sebetulnya diadakan untuk menyiasat apa yang terjadi. Sebaliknya kematian dipersalahkan ke atas keadaan kesihatan yang didakwa dideritai anak itu,” kata Zaid kepada FMT.
Bekas menteri undang-undang itu merujuk kepada kes seorang pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang mati April lalu selepas dibawa ke hospital dengan kecederaan pada tubuh.
Seorang pembantu warden sekolah itu ditahan dan disiasat kerana membunuh, tetapi dibebaskan tidak lama kemudian.
Kematian kanak-kanak itu kemudian dilaporkan bukan akibat trauma atau kecederaan kerana dipukul, tetapi leptospirosis (kencing tikus), dirumitkan dengan nekrosis kulit dan pembekuan darah mikro atau microthrombi, yang menjejaskan saluran darahnya.
Zaid berkata orang ramai keberatan untuk mengambil tindakan setiap kali sesuatu kejadian itu membabitkan kumpulan Islam.
“Peraturan yang sama mesti dikenakan ke atas semua sekolah, sama ada aliran agama atau bukan.
“Kamu mesti sangat tegas dalam hal ini, kerana melibatkan keselamatan kanak-kanak di bawah jagaan sekolah.
“Berapa ramai lagi kanak-kanak yang mesti mati sebelum kita sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem itu?”
Noh Omar berkata sekolah tahfiz itu tidak mempunyai permit sah dari bomba untuk menduduki bangunan itu.
Akibatnya, sekolah itu hanya mempunyai 1 pintu keluar dan bukannya 2 pintu, yang menyebabkan mangsa yang terperangkap dalam kebakaran sukar melepaskan diri.
“Mudahnya untuk Noh Omar kata sekolah itu sudah cukup menderita, kerana anaknya tidak berada di situ. Adakah beliau akan berkata demikian kalau anaknya bersekolah di situ?” kata Zaid.
“Kanak-kanak itu yang paling menderita. Kamu harus berlaku kepada mereka dan pastikan kanak-kanak lain tidak menderita nasib yang serupa.
“Pihak berkuasa harus ambil tindakan terhadap sekolah. Mereka harus didakwa kerana kecuaian.”
Kebakaran yang meragut 21 pelajar dan 2 guru Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung berlaku awal pagi semalam.
Pihak berkuasa pada awalnya mengesyaki kebakaran berpunca daripada litar pintas.
Bagaimanapun, bomba sedang menyiasat kemungkinan kejadian itu berpunca daripada perbuatan khianat, berdasarkan kepada bukti dan keterangan saksi.
Mereka yang terselamat dilaporkan memberitahu pihak berkuasa mereka tidak dapat melepaskan diri dari bilik asrama melalui pintu kerana dia silider gas berada di kawasan itu.

Jumaat, 15 September 2017

Nak Rasis, Pergi Masuk UMNO Baliklah - Adik Naib Presiden PPBM Disound Kaw-Kaw.

Oleh : Tariq Ismail
Saya tidak setuju dengan kenyataan racis ini. 
Malah, saya mengutuk secara terang-terangan bahawa ahli PPBM boleh mengatakan perkara sedemikian.
Jangan guna nama Tun M dan lambang PPBM atas Kenyataan yang Racis Ini. Masyarakat Cina Di Malaysia adalah warganegara Malaysia dan ada hak untuk tinggal Di negara Ini. Kita tidak boleh menafikan sumbangan masyarakat Cina kepada Negara Ini.
Kita mesti ingat Wawasan Parti ingin kembalikan dan perkasakan Maruah Melayu. Maruah Melayu yang berteraskan keadaban (civilization) yang beradab, bersopan, beralas bila bercakap, bermusyawarah bila bertindak dan bermasyarakat dalam hidup. Hak Melayu memperkasakan Maruah Melayu, bukan untuk memperjuangkan Ketuanan Melayu.
Kalau nak memperjuangkan Ketuanan Melayu dengan mencaci dan menghasut orang dan Rakyat jelata saya cabar kamu pergi balik UMNO. Saya yakin UMNO sendiri tak nak kamu. Rakyat akan tolak kamu. Kita semua harus sentiasa ingat tiap hari kita solat, kita doa kepada Allah “Ihdinosirotolmustaqim”. Bawa aku ke jalan yang lurus. Bukan kah ini pedoman kita? Jangan ikut resmi lalang, semakin berisi makin tegak. Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.
Memalukan Parti dan Datuk Midah je.
Tariq Ismail
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Ketua Bahagain P149 Sri Gading
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Cina La Yang Sebenarnya Patut Merayu Melayu Kata Wanita PPBM..

"Dalam usaha kita nak turun kan Najib. Dalam masa yang sama. Jangan bagi cina pijak kita. Tak perlu la nak memuji-muji sang cina dikalangan kita. Cina lah yang sepatutnya merayu-rayu kepada melayu. Ini bumi Melayu," itulah petikan status Hamizura Osman yang menjadi kontroversi di laman sosial sejak kelmarin.

Status itu kemudiannya dikongsikan oleh ramai pihak terutamanya dikalangan kaum cina yang berasa marah dan kecil hati kerana dianggap perlu merayu-rayu kepada melayu.

Hamizura Osman adalah adik kepada Hamidah Osman yang juga Naib Presiden bagi PPBM. Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan berkenaan, Hamidah Osman mahu semua pihak tidak mengaitkan beliau secara langsung dengan pandangan adiknya itu.

Selepas dikecam bertubi-tubi di laman sosial, Hamizura Osman meminta maaf secara terbuka dan berkata tidak akan mengusik tentang cina lagi.

"Status saya tentang cina tadi. Ramai pemimpin melayu yang PM tepi saya. Baik boss. Saya minta maaf. Lepas ni saya tak akan usik tentang cina lagi. So sorry," katanya.

Bagaimanapun ada pihak-pihak yang beranggapan Hamizura Osman sedang menyindir pihak-pihak tertentu yang mendesak beliau untuk memadamkan status berkenaan kerana dibimbangi PPBM akan dilihat sebagai parti yang rasis dan anti cina. 


Ini membuatkan beliau sekali lagi terpaksa meminta maaf di akaun facebooknya. "Oklah, saya ambil kesempatan ini, saya ingin meminta maaf kepada kaum cina terutamanya DAP Perak jika anda terguris dengan kenyataan saya. Kawan-kawan saya dalam PH sangat bimbang jika ahli keluarga cina PH terutamanya dari DAP berkecil hati dengan kenyataan saya. Saya memohon jutaan ampun dan maaf dari DAP. Maafkan saya DAP," katanya di status itu.

Meskipun begitu, meminta maaf juga tidak memadamkan kritikan terhadap Hamizura apabila post beliau itu dijadikan modal oleh cybertroopers UMNO yang mengatakan PPBM tunduk kepada DAP dan terpaksa melutut kepada kaum cina.

Dulu Saya Dah Kata Haramkan Saja Sekolah Tahfiz, Sekarang KPM Bayarlah Harganya - Bekas Menteri.

Pengetua pusat tahfiz yang terbakar patut ditangkap kerana tidak mematuhi arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Bomba dan Penyelamat, kata bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin di akaun Twitternya petang semalam.
“Mudahnya Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Muhammad Zahid Mahmod fatwakan syahid kematian terbakar 22 pelajarnya.
“Nanti difatwa pula dirinya tak berdosa,” katanya.
Zainuddin juga menulis bahawanya orang agama kini telah ditakuti oleh menteri. 
"Orang agama kini feudal ditakuti menteri".
Zainuddin berkata demikian sebagai merespon tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur yang mengorbankan 23 nyawa pelajar dan guru subuh semalam.
Zainuddin turut berkata, beberapa kenalan peguamnya ada mengendalikan beberapa kes ustaz yang dituduh menipu dalam penubuhan sekolah tahfiz, seperti dalam isu kutipan derma dan pengambilan tanah.
Dalam merespon insiden malang itu, Zainuddin juga sempat memulangkan paku buah keras kepada kementerian pendidikan yang dianggapnya tidak memandang serius akan saranan beliau suatu ketika dahulu agar diharamkan sahaja kesemua sekolah tahfiz.
“Menteri pendidikan tak anggap urgent syor saya supaya sekolah tahfiz diharamkan dahulu sehingga ada standard sistem. Hari ini dia bayar harganya”.
“Dalam menggesa pusat tahfiz patuh piawaian keselamatan, timbalan perdana menteri kata tak bererti kerjaan campurtangan. (Datuk Seri Zahid Hamidi) Masih takut kesan politik walaupun ramai mati,” katanya.

Khamis, 14 September 2017

Kutip Derma Boleh Hidupkan Balik Mangsa Yang Dah Terkorban Ke? Penyokong PH Mengamuk Kaw-Kaw Marahkan Kecuaian Pengurusan Tahfiz.

Oleh : Awang
Semalam kita dikejutkan dengan berita PM kita pergi menghadap Presiden US, bukan memohon bantuan Amerika untuk memulihkan ekonomi Malaysia yang tenat tetapi sebaliknya mahu menawarkan bantuan Malaysia untuk membantu menaikkan ekonomi Amerika.
Tahfiz Iftifaqiyah
Hari ini kita dikejutkan pula dengan tragedi kebakaran di Darul Qur'an Iftifaqiyah di Dato Keramat yang meragut nyawa 23 orang, iaitu 21 anak murid dan 2 guru, manakala 20 orang lebih dilaporkan cedera parah, dan ramai lagi yang masih terperangkap.
Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku di sekolah agama persendirian, tak kira lah apa benda nama pun, Darul Qur'an ke, Madrasah ke, Pondok ke, Ma'ad Tahfiz ke.... diikuti oleh nama-nama dalam bahasa Arab yang kadang-kadang nak sebut pun susah sampai berbelit lidah... Al itu lah, Al ini lah, tinggal lagi Madrasah Al-B dan Ma'ad Al-F je yang belum ada.
Marah ke..? Ya, memang aku marah.... Bukan sebab kebakaran itu saja, tapi banyak sebab lain yang menyebabkan aku marah dengan sekolah agama persendirian ni. Cakap memang senang, dah takdir, nama pun kemalangan..... butoh pak hang..! Itu cakap orang Qadariyah yang beriman dengan Qada' dan Qadha dengan cara yang salah...!
Kamu tak fikir ke, pasal apa selama ini hanya madrasah, pondok, ma'ad dan pusat tahfiz persendirian yang terbakar...? Sebab ustaz-ustaz yang mengendalikan sekolah agama itu mengambil mudah tentang ciri-ciri keselamatan.
Bangunan tidak ikut spesifikasi....! Sistem pendawaian elektrik macam mana...? Kawalan api macam mana..? Asrama macam mana...? Bilik tempat belajar macam mana..? Tandas macam mana..? Dapur macam mana...? Semua itu tak lulus lah...! Bangunan tak ada CF...! Itu belum cerita bab kebersihan lagi...!
Seperti kejadian yang berlaku hari ini. Kebakaran bermula di pintu utama.... Murid-murid terperangkap.... Pintu belakang tak ada...! Tingkap tak boleh buka...! Alat pemadam api tak ada...! Macam ini kamu kata takdir Allah...? Fuck you...!
Bila berlaku macam ni, mulalah kutip derma kilat, konon nak membantu Darul Qur'an yang ditimpa musibah... lancau...! Nak bantu taukeh agama tu buat apa...? Yang jadi mangsa ialah budak-budak...! Yang terkorban bukannya taukeh agama tu...! Ingat duit derma boleh kembalikan nyawa murid-murid ke...?
Taukeh tu dah kaya.... Boleh dikatakan semua pengusaha sekolah agama persendirian pakai kereta mewah, rumah besar, bini lebiih dari satu..... Kerana ibubapa yang hantar anak belajar di sekolah persendirian semuanya orang senang, orang banyak duit.... Tetapi yang hidup dha'if ialah budak-budak tu....!
Sepatutnya pihak kerajaan kena tegas dalam soal ini.... Pedagang agama yang tak cukup duit, tak payah nak buat gatal batu pelir nak bukak perusahaan sekolah agama...! Tak ada faedah pun...! Sekarang ni kalau makan di mana-mana restoren di sekitar Lembah Klang, bersepah-sepah peminta sedekah yang terdiri dari pelajar pusat tahfiz, darul qur'an, madrasah, ma'ad duk ganggu orang tengah makan.
Ini ke yang Islam suruh...? Bila tanya dari tahfiz mana...? Dari Kedah lah, dari Perlis lah, dari Perak lah..... Habis kau datang mintak sedekah tiap-tiap malam kat KL, bila masa kau belajar...? 
Terus lari, pergi ke meja lain pulak.... Begini ke imej Islam yang kita nak tonjolkan dalam negara yang berbilang agama...? Orang bukan Islam pun nampak lah, budak-budak yang berpakaian agama kerja minta sedekah ke hulu ke hilir, ustaz-ustaz pulak pakai kereta mewah dan hidup gaya mewah.... Apa ni...?
Benda ni bukan wajib pun....! Cuba kira dah berapa tahun pondok-pondok agama persendirian ini beroperasi, berapa pusat tahfiz yang ada di seluruh negara, setiap tahun berapa orang yang menamatkan pengajian.... di mana mereka sekarang...? Mana...? Setiap bulan puasa, surau-surau dan masjid-masjid upah lepasan ma'ah tahfiz suruh jadi imam solat tarawih... AJK suaru masjid upah orang Thailand jugak...!!!!
Dan kalau ya pun pelajar tahfiz di sini yang diambil jadi imam solat tarawih, setakat itu saja ke...? Habiskan masa bertahun-tahun belajar di pondok, setakat nak jadi imam solat tarawih saja...?
Eh, untuk nak jadi orang Islam yang baik, silibus matapelajaran Pengetahuan Agama Islam di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan dah cukup lah.... Orang-orang yang jadi tokoh agamawan sekarang, hampir semuanya berasal dari sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan saja. Paling alim pun, masuk sekolah menengah agama kerajaan, orang panggil sekolah Arab... Itu saja....! 
Mereka ambil SPM juga, cuma kalau sekolah menengah biasa ada aliran Sains, aliran Sastera, Aliran Perdagangan, yang sekolah Arab ada aliran Agama.... Bila dah habis SPM, ada yang melanjutkan pelajaran dalam bidang konvensional macam budak sekolah menengah jugak, ada juga yang ambil jurusan profesional, dan yang nak sambung dalam bidang agama melanjutkan pelajaran ke Mesir, Jordan, Madinah..... Yang masuk sekolah agama persendirian, di mana mereka...?
Cuba tanya Mufti Perlis sekarang, dia sekolah mana dulu...? Kolej Islam Klang, sekolah asrama penuh... Pelajar Kolej Islam Klang pun belajar macam budak sekolah asrama penuh lain jugak.... Yang aliran sains ambik jugak subjek fizik, kimia, biologi bagai..... Tak payah masuk darul itu ini, ma'ad itu ini, tahfiz itu ini, pun...!
Aku dari dulu lagi, cukup tak setuju hantar anak masuk ke pusat tahfiz lah, pondok lah, madrasah lah.... Dulu masa anak saya kecik, isteri pernah tanya, tak nak hantar ke pusat tahfiz ke...? Saya tanya balik, untuk apa...? You tell me why we should send our boy to the private religious school...? For what purpose...? (Bini aku tak boleh jawab, bukan sebab dia tak reti cakap orang putih, tapi sebab dia pun tak tahu untuk apa hantar anak ke pondok dan pusat tahfiz).
Masa anak nak masuk tadika, aku tak bagi anak masuk Pasti, walaupun masa tu aku wala'un tegar.... Aku tak percaya, bagi aku tak ada faedah pun.
Eh, untuk nak jadi orang islam yang baik, yang patuh kepada perintah Allah dan Rasul, dan meninggalkan larangan Allah dan Rasul, untuk kenal dosa-pahala, untuk tahu mana halal mana haram, untuk beribadat kepada Allah, untuk memahami rukun iman dan rukun Islam, tidak semestinya kena mengaji banyak.... mengaji sikit tapi faham agama jauh lebih baik dari mengaji banyak tapi tak faham-faham...! Sama jugak, amalan yang sedikit tapi menurut sunnah nabi jauh lebih baik dari amalan yang banyak tapi penuh dengan bid'ah.
Jika Allah berkehendak untuk memberi kebaikan kepada seseorang, yang pertama Allah bagi dia mudah faham agama.... Syurga Allah bukan diciptakan untuk orang yang banyak ilmu, tetapi untuk orang yang patuh kepada perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
Sekarang kita boleh tengok sendiri depan mata.... Orang yang berlagak seperti ulamak, semuanya terbukti menjual agama untuk kemewahan dunia.
Akhir kalam, Nabi SAW bersabda : "Yassiru wala tu’assiru" Maksudnya : “Permudahkanlah dan janganlah engkau menyusahkan."
Orang yang tak masuk sekolah agama mudah faham hadis ni, tapi orang yang masuk sekolah agama, ustaz dia tukar maksud hadis itu menjadi kata pujangga : Islam itu mudah tetapi jangan kamu memudahkan.... nampak..?

Tahfiz Terbakar Bawah MAIWP? - Secara Tiba-Tiba Website MAIWP Tak Dapat Diakses Kata Pemuda PKR

Pagi tadi sebuah pusat pengajian agama, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Jalan Keramat Ujung terbakar dan mengorbankan 23 orang. 21 yang terkorban darinya adalah pelajar di pusat tahfiz berkenaan yang dianggarkan berusia di antara 13 hingga 17 tahun manakala 2 mangsa adalah warden yang bekerja di pusat tahfiz itu.

Susulan dari tragedi malang itu, ramai pihak tampil menyalahkan pusat tahfiz berkenaan yang dikatakan cuai dalam mematuhi spesifikasi keselamatan yang sepatutnya bagi mendirikan sebuah pusat pengajian dan ada pihak yang memeriksa laman web MAIWP dan mendakwa pusat itu sebenarnya dibawah kelolaan MAIWP.

Exco Pemuda PKR, Wan Ji Wan Husin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wanji pula berkongsikan dua gambar screenshot yang mendakwa Pusat Tahfiz yang terbakar itu sebenarnya dibawah kelolaan MAIWP bagaimanapun ketika ini website MAIWP tidak dapat diakses. 

"Sekolah tahfiz yang terbakar, didapati asalnya ada dalam senarai bawah kelolaan MAIWP yang boleh diketahuinya menerusi laman web MAIWP. 

Namun, kemudiannya laman web tersebut tidak boleh dibuka balik," katanya di status facebook milik beliau. 

"Dengan ini tertolak dakwaan yang mengatakan bahawa ia adalah sekolah tahfiz swasta, tp ia adalah sekolah tahfiz bawah kelolaan Majlis agama Islam," katanya lagi.



Dalam gambar yang dikongsikan oleh Ustaz Wanji, individu yang berbual di dalam mesej WhatsApp menulis "Bawah MAIWP rupanya. MAIWP baru ambil alih pada tahun 2015," katanya.



MAIWP ketika ini tidak mengesahkan bahawanya pusat tahfiz yang terbakar itu adalah dibawah kendalian agensi mereka.

Pelaburan 42b Di USA - Netizens Kritik Najib Kaw-Kaw.

"Buat keretapi sampai meminjam, ada 42b pergi labur kat USA, Malaysia neh anak tiri kau ke?," demikianlah antara kemarahan netizens yang memberikan respon tentang kenyataan Najib yang dilapor akan membuat pelaburan sebanyak 42b di Amerika Syarikat dalam satu sesi pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Siang tadi Berita Harian melaporkan Najib berkata kepada Trump bahawanya Malaysia mahu membantu Amerika Syarikat bagi mengukuhkan ekonomi negaranya.

Berita itu kemudiannya mendapat kecaman dan kritikan netizens di ruangan komen yang meluahkan kemarahan kerana berasakan Najib telah mengabaikan kepentingan rakyat Malaysia.

Malahan ramai yang mempertikaikan kenyataan Najib dengan membandingkan kedudukan ekonomi Amerika dengan Malaysia yang dilihat lebih jauh ketinggalan. 

 
"Nombor 1, kami mahu membantu menguatkan kedudukan ekonomi negara anda, sambil peluk tepuk (WTF, ekonomi negara kami 100 kali ganda lebih besar dari ekonomi negara kamu).

Si bodoh mana la yang karang ucapan Najib neh," sindir Yaakob Osman, Ketua PPBM bagi cawangan Nibong Tebal.



Bernama sebelum ini melaporkan Najib akan menambahkan pelaburan KWSP di Amerika di antara USD3b hingga ke USD4b. KWSP telah pun melabur USD7b di Amerika Syarikat setakat ini.

Najib juga dilaporkan akan membeli banyak pesawat jenis Boeing dan akan memujuk Air Asia untuk membeli enjin General Electric, lapor agensi itu lagi.

"Kami komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat," memetik laporan Bernama pada semalam.

Selain itu Khazanah Nasional juga akan meningkatkan pelaburannya di Amerika Syarikat. Sebelum ini Khazanah sudah pun melabur sebanyak USD400j di negara berkenaan.

Pengumuman oleh Najib itu bagaimanapun tidak diterima secara positif oleh rata-rata netizens dari Malaysia.

"Sabah, Sarawak masih mundur. Nak tingkatkan prasarana Amerika tapi di Malaysia bagaimana?," kritik netizens.

"Apa peluang pekerjaan untuk Malaysia, Najib? Semua bagi Amerika tapau, apa lagi ada untuk kami rakyat Malaysia?," kata mereka lagi.  

Kritikan-kritikan ke atas Najib boleh diakses di laman facebook Malaysiakini, Berita Harian dan Twitter. Hampir kesemua netizens Malaysia bersatu mempertikai pengumuman yang dibuat oleh Najib di Amerika pada semalam.

Berdiam Diri Tanda PH Setuju Pesta Arak, Bukti DAP Ketua Harapan - PAS.

Oleh : Malaysiakini
Pemuda PAS mencabar Pakatan Harapan (HARAPAN) menyatakan pendirian terhadap isu penganjuran pesta arak yang dijadualkan pada Oktober depan di ibu negara.
Naib Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sekiranya gabungan pembangkang berdiam diri, ia membuktikan bahawa HARAPAN bersetuju dengan pesta berkenaan.

"Berdiam diri bererti bersetuju dan bersekongkol, sekali gus mengesahkan DAP adalah ‘ketua’ sebenar HARAPAN yang tidak berani disanggah sama sekali,” katanya dalam kenyataan.
Katanya lagi, tindakan DAP yang lantang mempertahankan pesta berkenaan juga dilihat bukan sahaja biadap tetapi juga provokasi terhadap umat Islam.
"DAP bukan sahaja merai dan menyertai penganjuran berkaitan, bahkan juga telah terbukti begitu ‘sehati sejiwa’ dengan kerajaan BN yang tidak pernah menyatakan ketegasan sebenar kepada isu ini sejak sekian lama," katanya.
Sehubungan itu, Ahmad Fadhli menggesa kerajaan membatalkan penganjuran pesta arak berkenaan dan menghormati Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam perlembagaan.
“Walaupun meminum arak menjadi gak golongan bukan Islam yang menjadi sebahagian rakyat negara ini, namun menjadikan satu penganjuran pesta ke tahap festival tidak seharusnya berlaku di negara ini.
"Ia tidak mencerminkan realiti budaya Malaysia, bahkan juga rantau ini,” katanya lagi.
Semalam, Malaysiakini melaporkan Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Kim berkata festival itu tetap akan diteruskan walaupun mendapat tentangan daripada PAS.
Teng berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, semua pihak berhak melakukan apa sahaja aktiviti selagi tidak menyalahi undang-undang.
Menurutnya, PAS juga perlu faham bahawa Malaysia sebuah negara majmuk dan bukan hanya orang PAS tinggal di negara ini.
PAS sebelum ini dilaporkan sedang mempertimbangkan sama ada akan mengadakan protes terhadap penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadual pada 6 Oktober depan.

Rabu, 13 September 2017

Beli Hampir 50 Pesawat, Tambah Pelaburan KWSP Di AS, Antara Janji Najib Untuk Bantu Ekonomi Amerika.

Oleh : Bernama 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd merancang meningkatkan pelaburan mereka di Amerika Syarikat (AS) dan membeli lebih banyak pesawat Boeing bagi membantu mengukuhkan ekonomi negara itu, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, KWSP sahaja dijangka melabur antara US$3 bilion dan US$4 bilion (US$1 = RM4.19) di negara tersebut.

Gambar - Najib & Trump
"Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan. Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS," kata Najib semasa pertemuan delegasi Malaysia dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, di sini, Selasa.


Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata delegasi Malaysia mempunyai tiga cadangan khusus.

Pertama, katanya, Malaysia berhasrat menambah bilangan pesawat Boeing yang akan dibeli oleh Malaysia Airlines Bhd (MAB), "Kami komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat."

Jadi, dalam masa lima tahun, dengan pembelian tambahan itu, janji niaga tersebut akan bernilai melebihi US$10 bilion, katanya.

Pesawat 737 MAX 10 bakal menjadi pesawat satu lorong paling menguntungkan bagi syarikat penerbangan tersebut, menawarkan kos tempat duduk paling rendah, manakala 787 Dreamliner merupakan pesawat enjin berkembar dengan kerangka sederhana bagi perjalanan jarak jauh.

Perdana Menteri kemudianya menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Malaysia Airlines dan Boeing Aircraft Corporation bagi pembelian pesawat serta membuka kemudahan penyelenggaran, pembaikan dan baik pulih di Sepang, bernilai US$3.9 bilion.

Perbincangan dengan Trump itu merupakan kemuncak lawatan kerja Najib ke AS dari 11-13 Sept atas jemputan daripada Presiden AS ke-45 itu yang memegang jawatan pada 20 Jan tahun ini.

Najib berkata kerajaan juga akan cuba memujuk syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd untuk membeli enjin General Electric buatan AS.

"Keduanya, Kami memiliki KWSP, yang merupakan dana pencen utama di Malaysia. Mereka memiliki modal yang besar untuk dieksport, mereka melabur hampir US$7 bilion dari segi ekuiti di AS dan mereka berhasrat untuk melabur tambahan US$3 bilion hingga US$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana anda," katanya.

Perdana Menteri juga berkata Khazanah Nasional, yang memiliki pejabat di Silicon Valley, California dan telah melabur kira-kira US$400 juta dalam syarikat teknologi tinggi, juga berhasrat meningkatkan pelaburannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...