Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 11 September 2017

Netizens Kritik CIDB Kaw-Kaw Kerana Tidak Ambil Tindakan Ke Atas Scammer Bina Rumah Murah..

Sebelum ini laman facebook PW Community pernah beberapa kali mendedahkan skim perumahan murah versi MLM dan yang dipercayai scammer yang dimiliki oleh Boy Iman, pemilik syarikat DBI Properties.

"DBI Technology kata mangsa penipuan DBI Properties bukan client depa ..... alahai! Bukti cukup terang pun masih nak auta. BTW, it is confirmed now, rumah berharga RM 50 ribu dibina berasaskan sistem piramid," kata admin page PW Community ketika mendedahkan satu poster promosi yang membabitkan syarikat DBI Properties. Dalam poster itu juga terdapat wajah Boy Iman yang kononnya CEO kepada syarikat tersebut.



Susulan dari penafian tersebut, satu video (rujuk di akhir artikel) disebarkan oleh page berkenaan bagi membuktikan kaitan Boy Iman dengan syarikat DBI Properties yang didakwa menipu wang pelanggan mereka. 

Mangsa
CIDB juga menerusi laman facebook rasmi mereka menafikan mempunyai kaitan dengan syarikat DBI Tehnology yang dipercayai rebranding dari syarikat DBI Properties Sdn Bhd seperti yang didakwa oleh sesetengah netizens.


"Pemakluman. CIDB tidak menerima sebarang permohonan penggunaan logo korporat CIDB dari syarikat DBI Tehnology Sdn Bhd dan tidak pernah membenarkan penggunaan logo CIDB oleh syarikat terbabit. Oleh yang demikian, CIDB Malaysia tidak akan bertanggungjawab dalam sebarang bentuk promosi, kesan dan atau akibat yang dibuat oleh syarikat DBI Technology Sdn Bhd," katanya dalam satu kenyataan pada 8 September lepas. 

Bagaimanapun penafian oleh CIDB itu tidak mendatangkan respon positif oleh sesetengah netizens. Ada yang tampil mempertikaikan sikap CIDB Malaysia yang dilihat lepas tangan.

"Ambil lah tindakan, orang bukannya selalu singgah page kau, jangan biarkan orang jadi mangsa scammer," kata Mohammad Farhan di ruangan komen bagi memberikan respon terhadap penafian oleh CIDB Malaysia itu.

"So apa pula tindakan susulan dari CIDB? Saman? Hantar surat rasmi ke DBI? Setakat buat pengumuman di Facebook kira dah rasmi la tu, " sindir Omar Arif pula.

John Jenin pula mempersoalkan apa jenis tindakan yang bakal diambil oleh CIDB, "Jadi apakah tindakan yang akan diambil ke atas syarikat terbabit yang menggunakan logo CIDB tanpa kebenaran," soalnya.

"Boleh pula diam, orang guna logo dia kasi saman la woi," tulis Fahmi pula.

"Kalau CIDB tak saman, saya pun nak jadi scammer dan letak logo CIDB dalam company profile saya, boleh? Jom kita semua jadi scammer, CIBD tak akan saman haha," respon Anwar Suran. 

Selain dari didakwa terbabit dalam skim penipuan membina rumah murah, Boy Iman juga pernah dikritik dalam isu ijazah dan gelaran darjah kebesaran berpangkat 'Datuk' suatu ketika dahulu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...