Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 11 September 2017

Kenapa Menteri Malaysia Terbabit Rasmi Syarikat Scam Soal Netizens.

Tular di laman sosial ketika ini adalah kritikan yang dibuat ke atas Kementerian KPDNKK dan Ketua Menteri Melaka berikutan didakwa terbabit dalam merasmikan sebuah syarikat yang dipercayai scam.

Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Ir Haji Idris Haron masing-masing dikritik kerana merasmikan Fiesta Getthis yang didakwa scam dan mempunyai unsur perjudian.


"Bagaimana menteri dan menteri besar boleh terlibat rasmikan acara yang dianjurkan oleh scam dan ada terlibat judi? Ada judi sebab kena bayar RM30 untuk masuk cabutan bertuah," soal Abdul Aziz Mohd Nor di facebook.

Dalam pada itu, page anti scammer, PW Community turut mempersoalkan tindakan menteri merasmikan syarikat yang berpaksikan perjudian bagi menjana pendapatan syarikat.

Facebook DS Hamzah Zainuddin
"Admin suka bagi analogy untuk kasi senang faham. Menteri KPDNKK rasmikan majlis Getthiss samalah seperti Tuan Mufti rasmikan kedai judi haram. 

Apa business yang Getthiss buat untuk jana income selain dari money game scam? Beli saham pun yang jenis harga menjunam, masa beli harga 0.008 USD, la ni dah jadi 0.003 USD. KPDNKK sepatutnya mengekang, bukan bagi galakan dan endorsement", tulis admin page PW Community di halaman facebook mereka.

Respon netizens
Setakat ini KPDNKK, Getthis, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Idris Haron tidak memberikan apa-apa maklum balas secara rasmi berhubung dengan kritikan tersebut.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...