Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 September 2017

Pusat Tahfiz Patut Buka Pintu Pada Bomba, Belajar Tentang Kecemasan.

Oleh : Mat Saman Kati 

"Api" kebakaran pusat tahfiz masih menyala. Orang ni salahkan orang tu, orang tu salahkan orang ni. Keluar pulak video PPIM...tup-tup imej budak dalam video tu pulak jadi sasaran. Empat lima hari lagi..masing-masing diam. Life goes on. Kita semua bersalah. 

Dari peringkat tinggi sampai la peringkat bawah. Kita tau mengapa benda ni terus berlaku, tapi buat tak tau. Ditegur, salah. Tak tegur pun salah. Seperti kata Kahlil Gibran, "And as a single leaf turns not yellow but with the silent knowledge of the whole tree." Bila sesuatu bencana berlaku, kita sering mengambil jalan mudah dengan menghukum. 

Pusat Tahfiz Darul Ittiqiyyah
Bila banyak Tahfiz terbakar...kita jerit, "tutup saja semua Tahfiz." Bila ramai yang gian ganja, kita haramkan ganja!". Bila ramai yang high ketum, kita haramkan ketum. 


Tahfiz tak salah. Yang salah ialah manusia yang tidak tahu mengurus pusat Tahfiz. Ganja tak bersalah..yang salah ialah mereka yang menyalahguna. Ketum tak bersalah. Yang salah ialah orang yang mengharamkannya (salahguna). Aku bukan nak cakap pasal pengurusan makan minum atau kurikulum...tapi pasal pengurusan api! 

Ada kurikulum pasal api tak? Kat sekolah pun tak ada. Itu pasal aku pun buta api dulu...sampai la aku join bomba sukarela. Aku pernah kerja kat sebuah kilang membuat gam di Prai. Dari buat gam yang boleh dijilat, gam plywood, contact adhesive sampailah superglue. Semuanya menggunakan bahan kimia merbahaya. 

Stok methanol perlu ada 80 tan pada satu-satu masa. Formaldehyde at least 100 tan. Phenol, Ammonia, Sodium Hydroxide, Urea, Hexane, Toulene. Orang campak grenade sebiji, seluruh Prai tu boleh jadi macam Bhopal. Risiko kebakaran dikilang itu mungkin 100,00 lebih tinggi dari pusat tahfiz. Dan kalau mati pun, mati katak saja. 

Tak kan ada ustaz yang nak isytiharkan mati syahid. Banyak lagi kilang-kilang macam ni diseluruh negara, tapi mengapa kebakaran dan kemalangan jiwa di pusat tahfiz jauh lebih tinggi dari kilang-kilang ini? Pendidikan!. 

Undang-undang saja tak cukup. Setiap bangunan ada alat pemadam api. Hos air, alat pemadam api semua ada tapi berapa ramai yang tau label A,B,C,D dan K tu apa dia? "Tak payah tau pun takpa. 

dfBila, terbakar panggil bomba. Lepas tu kita salahkan bomba." Lagi satu, kita banyak belajar tentang api melalui filem. Dalam filem kebanyakannya menipu. Kita nampak macam mana hero mengharungi api la..orang tu tengah menangis ketika api sedang marak..bohong! 

Bila berlaku kebakaran dalam bangunan tu, semuanya gelap. Nak menangis pun tak boleh sebab lemas dek asap. Aku nak tulis panjang-panjang pun tak layak sebab aku pun tak khatam jadi bomba. 

Masuk kawad H4, aku cabut sebab tak berani panjat tangga. Mungkin Jabatan Bomba boleh buat dokumentari tentang apa yang perlu dibuat semasa kebakaran. Sekurangnya perkara asas sebelum bomba sampai. Aku tau, modul pertama yang akan diajar oleh bomba bila berlaku kebakaran ialah 'LARI!" 

Modul pertama saja akan mengajar kita tentang betapa pentingnya pintu kecemasan. Sekurangnya, bila kita nak tutup sesebuah pusat Tahfiz tu, ia disebabkan tak ada pintu kecemasan. Bukan sebab nak menentang Islam!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...