Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 17 September 2017

Azmin Gelak Besar Mat Taib Masuk UMNO.

Sidang media UMNO yang bertujuan mengumumkan kemasukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke UMNO semula adalah buang masa dan menganggu masa berkualiti rakyat Malaysia di hujung minggu, itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Muhammad Azmin Ali di akaun twitternya tadi.

Kenyataan itu adalah respon terhadap sidang media tergempar yang dilakukan oleh UMNO di PWTC petang tadi. 

Sidang media itu sebelum ini menimbulkan pelbagai spekulasi yang ramai percaya Najib akan membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum yang keempat belas namun jangkaan itu meleset apabila Najib sekadar mengumumkan kemasukan Muhammad Taib ke dalam UMNO.

"Ingatkan Mat Trump nak lompat masuk UMNO. Buang masa je tengok PC ni. Menganggu quality time rakyat Malaysia di hujung minggu dengan PC tadi. Saya nak pergi jogging la dengan family", kata Azmin Ali.

Azmin Ali juga sempat gelak besar di Twitternya bagi tujuan menyindir pengumuman tersebut.

Sebelum ini Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pernah menyertai PKR selepas keluar PAS pada tahun 2015. Beliau menyertai PAS pada tahun 2013 selepas keluar dari UMNO.

Respon netizens

Kebanyakan netizens pembangkang memilih untuk mengejek perkara tersebut dan memperlekehkan Muhammad Taib yang kembali ke UMNO. Malahan ada yang beranggapan Muhammad Taib tiada nilai dan ibarat kain buruk yang patut dibakar sahaja.

Netizens pro UMNO pula berpecah kepada reaksi negatif dan positif bagaimanapun kebanyakannya memilih untuk mempertikaikan kesetiaan Muhammad Taib dan beranggapan beliau adalah pengkhianat parti dan melayu.

"Pengkhianat. Katakan tidak pada pengkhianat," respon Ilyamuddin Saadon.

"Masuk balik tak apa tapi mohon pencen la macam Pak Lah," kata Mohd Zaidi. 

"Apa yang kita boleh harapkan dari pemimpin macam ini," soal Abu Adli pula.

Apa selepas Mat Taib?

Dalam menyindir kemasukan Mat Taib ke dalam UMNO, pembangkang juga berteka-teki dikalangan mereka. Mereka melihat pengumuman Najib seperti ada petunjuk sesuatu sedang dirancang secara sulit. Soalnya apa dia?

Mat Taib sebenarnya tiada impak yang boleh menjatuhkan pembangkang jika dinilai secara kasar, tetapi apakah beliau mengetahui sesuatu rahsia atau telah membawa keluar rahsia tertentu? Itulah yang menjadi tanda-tanya kini.

Terdapat beberapa spekulasi bertebaran di laman sosial bagi mengulas pengumuman tersebut. Ada di antaranya beranggapan Selangor akan jatuh dengan kemasukan Mat Taib bagaimanapun kami tidak menjangkakan perkara demikian kerana PRU akan berlangsung dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, mari sama-sama tunggu apakah impak yang bakal dibawa oleh Mat Taib sehingga beria sangat Najib membuat sidang media tergempar petang tadi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...