Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 19 September 2017

Menang Sorak, Kampung Tergadai - Luahan Mat Taib Yang Uturn.

Pada 17 September lepas satu sidang media tergempar diadakan di PWTC bagi mengumumkan kemasukan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam pangkuan UMNO semula.
Beliau keluar UMNO pada tahun 2013 bagi menyertai PAS bagaimanapun pada tahun 2015, beliau keluar PAS untuk menyertai PKR.
Kemasukan Mat Taib ke dalam UMNO turut mengundang pelbagai spekulasi. Portal The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan Mat Taib sepatutnya membawa lapan ADUN PKR bersama untuk lompat ke BN dan seterusnya menjatuhkan kerajaan Selangor dengan bantuan 13 Adun PAS.
Bagaimanapun laporan itu dinafikan oleh PAS dan PKR. Turut tersebar dakwaan kononnya kemasukan Mat Taib ke dalam PAS dan PKR ialah sebagai double agent ataupun perisik kepada UMNO bagi mendapatkan rahsia-rahsia parti untuk disalurkan kepada UMNO. 
Bagaimanapun Mat Taib menjelaskan beliau kembali ke UMNO kerana Pakatan tidak memperjuangkan agenda melayu disamping sering bergaduh sesama sendiri.
Tambah Mat Taib lagi, Pakatan juga dengan riaknya berkata tidak perlukan undi melayu.
Berikut apa yang diluahkan oleh Mat Taib;
Menang sorak kampong tergadai.
Saya hanya hadir mesyuarat MT Keadilan beberapa kali. 
Mendukacitakan
Yang kuat bercakap/bertekak Sivarasa, Tian Chua, Surindren, Dr Tan, Wong Chen dan lain-lain Cina & India. Yang Melayunya asyik berperang antara satu sama lain. Jatuh menjatuh macam tak ada kerja lain. Geng Azmin 'berperang' dengan geng Rafizi. Yang bukan Melayu sokong Azmin. Azmin selesa dibuai oleh geng-geng ini. Jual banyak tanah-tanah. Tak pernah sebut pun hal dan kepentingan Melayu.
Kalau inilah rupa kerajaan yang nak memerintah negara tak tahu kemana nanti kepentingan orang-orang Melayu dan Islam.  
Daripada terlambat biarlah saya balik kepada Umno. Tentu arah perjuangan untuk orang Melayu. Pemimpin datang pemimpin pergi. Wadah perjuangan tak perlu bertukar. 
Melayu pernah hilang kuasa 1511. Mengambil masa yang panjang untuk dapatkan semula kuasa 1957.  
Janganlah pisang berbuah dua kali. 
Amat tak seronok bila pemimpin2 PH dengan megah berkata 'we need only 20% Malay support. 80% we will get from Chinese support'. We know who the real 'kingmaker' is!
Ikhlas 
Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib
Luahan tersebut bagaimanapun dikritik oleh ramai pihak dari pembangkang yang meminta bukti kononnya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali telah banyak menjual tanah-tanah. 
Menurut mereka lagi, jika setakat bercakap sesiapa pun boleh bercakap. Jika benar terdapat dakwaan bahawanya MB Selangor telah menjual tanah, kenapa tidak kemukakan bukti dan membawa kes kepada SPRM untuk perkukuhkan dakwaan. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...