Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 September 2017

Gambar Noh Omar, Boy Iman Tular Di Laman Sosial, Undang Spekulasi.

Sabtu lepas media melaporkan Datuk Nurul Iman atau lebih dikenali sebagai DBI - Datuk Boy Iman telah membuat laporan polis terhadap beberapa pihak yang didakwanya telah menfitnah beliau di laman sosial yang mengaitkan beliau dengan aktiviti penipuan menggunakan syarikat DBI Properties.

Syarikat itu menurut Boy Iman bukan milik beliau dan tiada kaitan dengannya meskipun terdapat beberapa sebaran poster, video yang mengatakan sebaliknya.

Kali ini tampil satu lagi kontroversi berkaitan Boy Iman yang dikaitkan dengan hubungannya dengan seorang menteri.


Halaman pendedahan terkenal, PW Community tampil dengan penulisan terbaru mereka tentang aktiviti Boy Iman yang turut dikaitkan dengan Menteri di Kementerian Kesejahteraan, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Noh Omar.

Halaman itu menulis mangsa-mangsa penipuan di Langkawi telah menyerahkan nama-nama yang menjadi mangsa aktiviti penipuan perumahan kepada menteri berkenaan namun sehingga kini tiada apa-apa tindakan diambil.

"Hari ni sekali lagi nama Noh Omar dikaitkan dengan scam perumahan. Mangsa scam perumahan dari Langkawi kata mereka telahpun memberi senarai nama-nama mangsa penipuan kepada Noh Omar, tetapi tiada apa-apa tindakan dari Menteri Perumahan," kata admin PW Community di halaman mereka.

"Agaknya mangsa-mangsa tersebut tak tahu Noh Omar pun kamcing dengan salah seorang penipu scam perumahan, si Boy Iman. Nasihat kami kepada ahli politik, berhati-hati pilih kawan, kalau tersilap pilih akan dijadikan modal politik oleh pihak lawan," katanya lagi. 

Admin PW Community turut mengulas di ruangan komen bahawanya mereka mempunyai bukti tertentu yang boleh mengaitkan hubungan di antara Noh Omar dan Boy Iman.


Terdapat juga netizens yang menyiarkan berita tentang perniagaan Boy Iman yang pernah dilancarkan oleh Noh Omar pada tahun 2015. (rujuk sini).

Bagaimanapun tidak semuanya dapat menerima dengan positif apa yang dinyatakan oleh admin PW Community. Di ruangan komen terdapat ramai pihak yang dipercayai penyokong Noh Omar dan UMNO mempersoalkan motif admin tersebut mendedahkan gambar berkenaan. Rata-ratanya mereka berasa marah dan beranggapan admin berkenaan cuba membawa isu ini ke arah politik. 

Setakat ini tiada lagi kenyataan rasmi yang keluar dari mulut Noh Omar dan Boy Iman berikutan penyebaran gambar tersebut bagi menjawab spekulasi yang bertebaran.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...