Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 22 September 2017

Noh Omar Nafi Terlibat Dengan Syarikat Scam Rumah Murah.

Kenyataan Media
Oleh : Tan Sri Noh Omar
Saya amat terkejut bila nama saya dikaitkan dgn skim perumahan yg diusahakan oleh syarikat DBI PROPERTIES SDN BHD. Video yang dimuatnaik adalah Majlis Jamuan Hari Raya yang saya hadiri dan bukan program rasmi. Sebelum balik saya telah diminta oleh Dato Boy Iman untuk merasmikan ibu pejabat DBI Properties dan diminta untuk memberi ucapan.
Untuk makluman semua skim perumahan DBI Properties ini tidak ada kaitan dengan KPKT kerana skim perumahan ini tidak dilesenkan dibawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1996 atau dikenali dengan Akta 118. Skim seperti ini tidak melindungi hak pembeli dan urusan penjualan juga tidak terjamin.
Saya nasihatkan semua pihak yg terlibat menyelesaikan isu ini mengikut undang-undang kerana saya percaya pasti ada perjanjian atau kontrak telah dibuat diantara pembeli dan syarikat DBI Properties atau membuat laporan kepada polis dan KPDNKK.
Saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan skim ini ataupun mana-mana individu atau syarikat yang terlibat dengan model perniagaan seperti ini. Saya juga telah mengarahkan supaya Jabatan Perumahan Negara mengambil tindakan sewajarnya. Dalam masa yang sama mana-mana pihak yang ingin mendapatakan maklumat lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perumahan Negara di talian 03-88914355 atau
03-88914356.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...