Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 4 Jun 2016

D Untuk Diktator, Pemuda Ini 'Sindir' Mahathir Depan-Depan Dan Kini Dibawa Ke Balai Polis.

Terbaikla Fahmi Reza. Aku mesti respect keberanian dia. Memang dia berani dan ianya terbukti.

Kalau korang nak tahu baca sat ;


Masa majlis pelancaran buku terbaru Mahathir, aku naik pentas untuk bagi dia satu naskah buku mewarna aku. Aku kata, "Ini buku mewarna ABC Politikus Malaysia." Mula-mula dia senyum. Tapi masa aku serahkan buku tu, aku buka mukasurat "D untuk diktator" yang dihiasi dengan lukisan wajah dia yang tengah tunjuk middle finger. Dia speechless tak kata apa-apa, tapi aku boleh dengar bunyi dengusan disapproval dari dia. Hehehe.
Kredit kepada Albert Ng yang sempat tangkap gambar ni dan izinkan aku kongsi semula.

By Fahmi Reza.

Bukti Fahmi tunjukkan gambar karikatur Mahathir yang D untuk Diktator tu sila lihat gambar berikutnya ;


Aku dapat dari Hakim Mohd So'od.

Mula2 Mahathir senyum. Sebab badut tu karikatur Najib. Memangla muka ada senyum. Sekali Fahmi tunjukkan karikatur dia D untuk Diktator. Dia merengus. Marah agaknya.

KAH KAH KAH

Tetapi sekarang Fahmi ;


Aku tahu kerajaan Najib dah lama berangin dengan Fahmi punya badut tu. Mana taknya. Merata kot rakyat Malaysia tampal benda tu. Kat papan tanda. Kat tiang simen. Kat luar negara. Kat dalam train. Kat PWTC. Perghh. Badut Najib dah menjelajah banyak tempat dan setiap kali orang viralkan benda tu dapat sokongan netizens. Ada yang mengkritik tetapi lebih ramai yang menyokong. Tindakan Fahmi membadutkan wajah Najib memang satu kempen melawan yang berkesan sebab tu sampai pihak penguatkuasa bertindak dengan menyiasat Fahmi. Dan terbaru ditahan kerana jual TSHIRT KAMI SEMUA PENGHASUT. TSHIRT neh pada aku TSHIRT mesti beli. Tunggu aku dapat duit sikit Fahmi. Aku nak beli. Ko jangan lelama kat balai tu. Dorang bukan betul sangat pun. Fahmi pada aku dia relax je. Sebab dia tahu undang2 dah.. 

Tidak Taat Kepada PAS Seperti Hilang Akidah Kata Hadi - MalayMail Padam Artikel.

Sebelum itu ;

Dah kecoh dah neh. Orang share sana sini. Aku pun tumpang share.  Lepas tu tetiba pula dia menjadi ;

 

Aduh jahanam. Dah hilang pula beritanya. Pasal apa? Menfitnah HADI AWANG ke macam mana? Nasib baik aku tak kutuk dia tadi. Kan ada update pasal dia tikam kek guna keris tu. Aduh. Nasib baik. Kalau tak mao puak2 PAS hempuk aku tak pepasal.

Kah Kah Kah

Apa2 pun still menunggu penjelasan Malay Mail. Kenapakah kau padam artikel berita itu. Kenapa? Jawab lew..



Potong Kek Guna Keris Panjang, Hadi Awang Diejek Netizens.




Overkill. Seriyus overkill. Aku tak boleh hadam tindakan Hadi potong kek guna keris panjang. Dua tiga kali aku gosok-gosok mata. Nak pastikan apa yang aku lihat itu adalah Hadi. Dan yes. Itu memang Hadi. Siapa la yang manage & planning event neh dalam muktamar yer. Takan takde otak nak fikir yang tindakan Hadi akan mengundang kritikan. Hadi itu digambarkan sebagai agamawan. Apakah agamawan sesuai disuruh potong kek gunakan keris panjang? Sesuai ke dengan imej dia? Hadoi..

Dikala TITM buat relax je berbaju melayu sampai ramai orang puji sebab segak & berjaya buat masyarakat tertumpu ke perjalanan muktamar si Hadi pula pergi overkill dengan buat kerja emmmm.. entah siapa la yang nasihat Hadi tu..

KAH KAH KAH...

Ya, tak salah juga. Potong kek guna keris panjang. Bukan berdosa juga. Tak pula tergelincir akidahnya. Btw. Dengar kata Hadi sebut tergelincir akidah kalau tak taat pada PAS. Laporan oleh The Malay Mail. Aku baca kat sana. Betul ke tu? Sejak bila PAS jadi agama neh? Takpa letak tepi. Kita tunggu je penjelasan Hadi. Kalau ada rakaman sedap sikit nak mengulas beria.

Tapi walaupun ianya tidak salah ianya kelakar. Betul-betul kelakar. Dari agamawan nampak macam badutwan pula. Ko nak serap serba sedikit budaya melayu dalam muktamar kali ini bagi mengimbas kembali sejarah melayu tak salah, tapi buatla betul-betul.

Keris bukan guna untuk potong kek.
Lagipun mana ada keris panjang macam tu.
Keris tu simbol perlawanan, pertahanan diri & alat untuk melindungi diri dari musuh.

Sepatutnya kau amek keris tu ko cucuk gambar muka Najib lagi bagus. Simbolik tu simbolik. Nak 'bunuh' korupsi, salahlaku, penyelewengan & pemborosan dalam kerajaan najib.

Ini pergi 'tikam' kek. Apa barang. Dulu ke sekarang ke takde orang potong kek guna keris panjang ke pendek ke. Memang takde. Sebab2 orang tak pernah buat ialah kerana orang malas nak buat kerja bodoh. Tapi Hadi entah la. Lue fikirlah sendiri..

KAH KAH KAH

Btw, ini betul2 ka MP Langkawi p troll Hadi? Aku sekadar bertanya je. Sebab aku nampak dorang siap sebarkan gambar2 neh juga masa kutuk2 dan troll2 Hadi. Kekononnya dia sindir Hadi. Entah ye entahkan tidak..



Tapi kalau ya aku tumpang gelak je la.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Pedofil Huckle & Apa Yang Anda Patut Tahu - DGN Kemaskini.


Aku membaca penulisan Syed Azmi ;


I received this Telegram screenshot this morning. By the look of it is in January this year.

I am so sorry that I have to blurr it because I have asked the sender to make a police report on this and I believe it is the right thing to do. Let the police do their work. Have faith.

But the sender gotten this respond from his police friend " Ok. Tq. Saya dah hantar gambar ni tadi ke kawan saya yang polis. Dia cakap kalau rasa ada kaitan dengan saya boleh la pergi report. Ada ke patut cakap macam tu."

So now I will try to report to my friend pulak. Hopefully positive.

Anyway, here is my view :

You do know how sometimes you get invited randomly on weird group, if its wrong, please make a police report at that instant.
This is a real paedophile group activities in Malaysia. If I could share all the names I would. One of them have a year tagged on his name like xxxx86, let's assume its age? They are still young.

I cried actually when I consult my team on this. We have blurr this pic the best we can but I have to admit if it were me, I just blasted away.

But there is 2 issue that I wanted to highlight.
Parents posting photos of complete child body in social media beware. The photos can be circulated and can be used in the wrong way. This is also a reminder to myself and my family. Seems harmless but once the photo is victimised there is no turning back. Please understand. I am not against it, I put uncomplete photos as much as possible so it will not be misrepresent ugly thoughts.

Next, when this issue came out today. Some people now are aware and some even feel so scared. But do you know that is another group that becomes curious and later on interested to venture into it. I don't believe paedophile or porn lovers are genetic. It is by cultivating interest. This is why in our culture we don't just simply say things infront of kids because we do not know how their mind works.

The word is clearly shows a wrong doing but it cannot be left hanging. It has to come with another added paragraph that explain why it is wrong so naive readers can be educate. It doesn't even help that we don't have a good sex education system here.

Remember years ago when people start using sodomy everywhere? Same thing here.
Lastly, I am sharing this as an awareness post to show how close to home the case is. They cannot afford subscription online and such so these group are more dangerous. And they can be among us.

It is also wrong to accept community to ridicule other gender as a sex object at whatever age. Some topic of second or third wife is often joked as a sex adventure and I don't think it is said in respectable manner. We cannot allow public to accept this behaviour. I think you get the picture. Same goes with stereotyping LGBT as just sexual pleasure issue. It is wrong and you know it. Doesn't mean you are not keen means you can rudicule them. You do unjust to others, the universe will take its time to pay it back to you when you least expected.

Another thing, we have allowed products to brandt with taglines that sounds sexual like on the way to JB "hisap sampai cantik", "ketat rapat baru sedap", "suami lemas dalam dakapan", "panjang puas". We just laugh at it. But I think it leaves serious repercussions in our society.

What would i know, I am just a boy.
We have to work and get ourselves educated together on this.

I am looking into it and if possible share about it here on my Facebook. Hope that helps.
Lastly, can all of us send our prayers to Nurin and Sharlene and their family. I will never forget them as victims of such maniac.
Syed Azmi small lamb 👊

Do share if you believe the cause needs to be addressed.

----------------

1. Syed Azmi menulis bahawanya berdasarkan kepada tarikh perbualan, ianya berlaku pada bulan Januari 2016. Sekarang neh dah bulan Jun 2016.

2. Kenapa kawannya mengambil masa yang agak lama untuk dedahkan perkara ini?

3. Kawannya dijemput secara tak rela untuk masuk ke group tersebut. Dan aku percaya selepas beberapa ketika semasa dia mula perasan group tersebut group apa, dia mula mengambil beberapa screenshot sebagai bukti untuk membuat laporan.

4. Laporan telah dilakukan yang aku percaya berdekatan dengan tarikh waktu dia mula2 screenshot bukti2 berkenaan.

5. Dan aku percaya sesuatu telah berlaku yang tak mahu dihebahkan oleh Syed Azmi.. oleh kerana dia public figure, menggunakan populariti yang ada padanya, dan dia pun akhirnya membuat laporan polis, maka kes berkenaan menjadi viral dalam sekelip mata.

6. Suka tak suka, mahu tak mahu, akhirnya satu siasatan akan dilakukan dan masyarakat memerhatikan. Paling kurang intergriti polis jadi taruhan kat sini.

7. Bukan niat nak memperkecilkan PDRM, tetapi tindakan sesetengah pegawai polis yang kurang cekap, malas menjalankan tugas, mengambil remeh aduan rakyat dan tidak peka kepada tanggungjawabnya membuatkan rakyat berfikir yang polis kita tidak amanah dalam menjalankan tugas. Sesetengah dari mereka memang bagus dalam menjalankan tugas. Tetapi sayangnya sesetengah sahaja. Bukan semuanya.

8. Oke berbalik kepada kes pedofil. Baru2 neh kecoh kes pedofil melibatkan seorang warga Britain bernama Richard Huckle. 

9. Richard Huckle bukan sekadar pedofil biasa. Dia ialah pedofil sadarstik. Iaitu seseorang yang suka kepada kanak2 dan mahu aktiviti2 dia itu dirakamkan, diiktirafkan dan dibangga2kan oleh golongan pedofil lainnya. Sebab itu dia memblog aktiviti2 nya itu. Malaysia katanya antara negara yang paling mudah untuk mencabul, merogol dan meliwat kanak2. Mangsa Richard Huckle paling muda ialah bayi berusia 6 bulan. Bayi itu orang Malaysia.

10. Tidak cukup dengan blog, btw blog tersebut hanya boleh diakses melalui saluran tertentu, cara tertentu. Mereka sebut sebagai "DARK WEB". Aktiviti2 mereka itu takan dapat dikesan oleh individu2 normal macam kita. Itu kerja orang2 jahat. Orang yang memang mencari benda2 macam tu tahu la caranya. Kita yang tak buka website porn, blog2 sadarstik memang takan tahu sebab tak pernah nak amek tahu mahupun peduli. Bukan menjadi sebahagian dari aktiviti kita pun. Richard Huckle juga telah membukukan aktiviti2 itu sebagai panduan kepada pedofil2 di luar sana. Gambar kanak2 yang mendorong nafsu seks mereka juga turut dikongsikan. Gambar2 Richard Hucker sedang melakukan aktiviti2 tak senonoh kepada kanak2 lelaki dan perempuan turut dirakamkan dan dibukukan untuk pedofil2 diluar sana. 

11. Richard Huckle ialah pedofil ber-ahti kering. Dia berulang alik ke Malaysia sejak tahun 2005. Sekarang berusia 30 tahun. Dia menjadi guru tuisyen dan dikatakan kanak2 miskin paling ramai menjadi mangsa dia. Dia menggunakan sentimen keagamaan bagi mendekatkan diri dengan kanak2 yang dia minat untuk meneruskan aktiviti jijiknya itu.

12. Media Malaysia melaporkan 23 mangsa ialah dari kanak2 dari Malaysia tetapi media antarabangsa menyebut paling kurang 200 kes pedofil membabitkan kanak2 Malaysia dan Richard Huckle mengakui bertanggungjawab atas 71 daripada 91 pendakwaan yang di kenakan ke atas Richard Huckle. 

13. 200 ratus dan lebih? Kanak2 miskin? Sentimen keagamaan? Malaysia sasaran mudah? Ini keyword yang penting. Fahamkan. Kenapa Malaysia sasaran yang mudah.

14. Perlakuan Richard Huckle bermula dari tahun 2006 hingga 2014 ketika dia berada di Malaysia. Dia menggunakan kerjayanya sebagai guru tuisyen sambilan bagi mendekati kanak-kanak.

Berikut adalah sebahagian dari perlakuan jijik Huckle ;

- Pertama kali datang ke Malaysia pada usia 18 atau 19 tahun pada tahun 2005. Menjadi guru sukarela Bahasa English. Setahun kemudian ke Kemboja dan merakam gambar tidak senonoh kanak2 berusia 3 tahun ketika tinggal bersama keluarga berkenaan.

- Kembali ke Malaysia pada tahun 2006. Menjadikan dua adik beradik perempuan berusia empat dan enam tahun sebagai alat pemuas nafsunya. Merakamkan gambar2 mereka sebelum pulang semula ke Britain.

- Pada tahun 2007, dia kembali ke Malaysia dan tinggal di satu perkampungan. Bekerja sebagai guru di kawasan berkenaan dan tinggal bersama satu keluarga. Dua beradik dari anak2 keluarga tersebut juga menjadi mangsa seksual Richard Huckle.

- Pada tahun 2010, Huckle sekali lagi ke Malaysia. Kali ini sebagai pelajar. Di Kuala Lumpur Metropolitan University. Dia mengambil jurusan Teknologi Maklumat. Dan bekerja sebagai Jurugambar bebas. Kesempatan itu digunakan untuk terlibat dalam event2 majlis harijadi kanak-kanak. Huckle seterusnya mendapat kepercayaan pasangan keluarga Kristian sebagai guru Tuisyen dan seterusnya 5 kanak2 yang tinggal di rumah kebajikan menjadi mangsa. Huckle mengambarkan dia seorang penganut katolik yang alim.

15. Richard Huckle juga membuat pengakuan terbuka di hadapan ibunya apabila ibunya bertanyakan Richard Huckle tentang aktiviti songsangnya itu. Ini bukti bahawa Richard Huckle berbangga dengan apa yang dia lakukan. Pedofil sardastik memang bahaya. Apabila kita takut kepadanya, bercakap tentangnya, dia menganggap sedang menerima reward ataupun award atas perlakuan songsangnya. Itu yang buat dia semakin ghairah. Dia memang nak masyarakat takut kepadanya, bercakap tentangnya, mengambil perhatian perbicaraan kesnya. 

16. Oleh kerana terlalu jijik dan merasa keji dengan perbuatan Richard Huckle, si ibu menelefon polis dan minta polis membawanya pergi. 

17. Polis menemui 20,000 paling kurang gambar2 kanak2 berjantina lelaki dan perempuan dalam komputer milik Richard Huckle. Juga terdapat rakaman video bagaimana Huckle menjerat mangsanya. Bahkan perlakuan tak senonoh Huckle bersama mangsa2nya turut dirakamkan.

18. Dalam satu sesi perbicaraan di mahkamah, Richard Huckle membuat pengakuan bahawanya seorang kanak2 perempuan berusia 3 tahun setia kepadanya seperti anjing. Katanya begini ; "Saya seperti menang loteri, kanak2 berusia 3 tahun setia pada saya seperti anjing dan takde sesiapa pun peduli tentangnya".

19. Tajuk buku yang bakal diterbitkan Richard Huckle ialah : Paedophiles And Poverty: Child Lover Guide = Pedofil Dan Kemiskinan : Panduan Untuk Pedofil (Pencabul Kanak2).

20. Richard Huckle dah kena tahan tetapi manual bukunya masih ada di DARK WEB. Entah siapa yang akan amek dan lakukan sesuatu dengannya. Yang pasti panduan itu akan membantu pedofil2 lain meneruskan aktiviti2 yang diajar oleh Richard Huckle kepada kanak2 lain di luar sana. Tujuan Huckle menerbitkan buku tersebut adalah untuk mencari dana bagi membiayai aktivitinya untuk tahun2 berikutnya.

21. Salah seorang mangsa bernama Maria menyatakan Richard Huckle mengambil gambar bogelnya. Malahan gambar bogel kakaknya turut diambil. Mereka bertemu di gereja sebelum Richard Huckle menambat kepercayaan si ibu.

22. Kanak2 yang menjadi mangsa itu juga turut mengakui kepada pendakwaraya bahawanya dia enggan kembali ke Malaysia, tempat dia diganggu oleh Huckle. Malaysia ialah titik hitam dalam sejarah hidupnya. 

23. Mengimbas semula sejarah bagaimana Huckle dikantoikan ialah apabila pasukan penyiasat Australia menahan webmaster bagi satu aktiviti porn online yang dikenali dengan nama LOVE ZONE. LOVE ZONE ialah website untuk para pedofil memuaskan nafsu songsang mereka. Website berkenaan mempunyai 9,000 lebih ahli berdaftar.

24. Pasukan penyiasat kemudiannya menyamar sebagai webmaster bagi menjejaki pesalah pefodil. Salah seorang user yang begitu kerap dan aktif sekali dalam website berkenaan ialah Huckle. Tindakan Huckle itu kemudiannya dicurigai pasukan penyiasat. Untuk rekod, webmaster asal website berkenaan bernama Shannon McCoole. Ada satu syarat khas bagi memastikan keahlian2 dalam website berkenaan kekal aktif iaitu setiap ahli perlu memuat-naik gambar2 mangsa terbaru mereka secara berterusan sebagai bukti mereka ialah pedofil yang aktif (wujud).

25. Sejak itu mereka mengumpul maklumat tentang Huckle dan menjejakinya. Sehinggalah membawa kepada penahanan dan pendakwaan di London. Kes Huckle menjadi siasatan polis Britain pada akhir tahun 2014. Namun kes berkenaan disiasat secara bertutup sehinggala hakim membenarkan media melaporkan ia secara meluas pada 1 June 2016. Mangsa2 Huckle kebanyakkannya terdiri dari kanak2 Malaysia dan pasukan penyiasat Britain kini dikritik hebat oleh pelbagai pihak kerana merahsiakan siasatan berkenaan dari pihak penguasa Malaysia. 16 bulan selepas Huckle ditahan polis, barulah mereka memaklumkan kepada Malaysia. 

26. Dalam perkembangan terkini, pasukan penyiasat turut memaklumkan bahawanya kini pedofil mengorak selangkah lagi ke hadapan dalam aktiviti berkenaan apabila mereka akan 'grooming = mendidik' kanak2 tertentu untuk menjadi pemuas nafsu pedofil.. 

27. Aku baru2 neh ada tengok satu dokumentari mengenai satu tempat di Bangladesh. Sangat menjijikkan. Ada satu tempat kat negara tersebut macam LORONG BELAKANG MATI yang dijadikan sarang bagi aktiviti pelacuran. Dan yang lebih teruk sekali ialah kanak2 juga disuruh melacur. Ada yang dijual dan ada yang diajar untuk melacur. WHATTHEHELL la dunia sekarang. Kanak2 diajar untuk melacur. Seorang kanak2 dalam video berkenaan membuat pengakuan yang dia tak rela buat aktiviti tersebut. Dia dipegang2 oleh lelaki dewasa.. 

28. Dan tengokla.. masyarakat dia. Miskin hina macam tu pun boleh fikir nak seks romen kanak2 lagi. Memang syall.

29. Dan aktiviti pedofil neh kadang2 melibatkan ahli keluarga sendiri. So, bahaya ke tak bahaya ke korang rasa? Kita rasa seram. Abang kita pedofil ke. Adik kita pedofil ke. Bapa kita pedofil ke. Pakcik kita pedofil ke. Sepupu kita pedofil ke. Nak protect macam mana kalau dalam rumah kita sendiri ada pedofil? 

30. Bagi aku takde cara lain. Penyelesaian agama bagi pihak tertentu nampak macam tipikal tapi itu cara yang aku guna. Bilik kat rumah biar terbuka, biar takde pintu pun takpe janji takde sesiapa boleh buat apa2 aktiviti paranormal pada anak2 kita.

31. Pergi mana2 pun bawa anak2. Bawa. Jangan tinggal. Bila bawa jangan lalai. Biar anak2 dalam kereta sampai lemas. Aiyoo.. kita faham kemalangan tetapi kecuaian bukan kemalangan kawan.. melainkan kita mmg ada penyakit lupa itu lain la. 

32. Dah takde cara lain lagi dah. Anak2 kau, kau semua lindungi la sebaik yang mungkin. Jangan percaya sesiapa pun. Jangan. Asal namanya lelaki, sesiapa sahaja boleh menjadi pedofil. Dan orang itu mungkin yang paling kita tak sangka sanggup berbuat demikian pada anak2 kita.. nafsu manusia bukan semuanya kita tahu..

33. Aku tertarik juga dengan point Syed Azmi. Pendedahan dia tu bukan sahaja membuatkan ibu bapa yang prihatin menjadi lebih peka pada persekitaran anak2 bahkan juga turut membuka peluang pada yang memang berminat dengan kanak2.. maksudnya, pedofil2 neh akan mencari cara macam mana nak join group2 tersebut, berkenalan dengan bebudak dalam group2 tersebut, dan mungkin merancang melakukan aktiviti2 tertentu.. ada macam2 kemungkinan tu.

34. Mereka belajar tentang DARK WEB. LOVE ZONE. Mereka akan mencari, yes mencari. Dan macam mana kita nak banteras mereka? Takde cara lain lagi. Kalau mereka kawan2 kau, report polis secara anonymous. Kawan2 ada potensi berdendam lainla kalau family. Rasa kasih itu ada sebagai barrier selalunya. Kalau mereka anak2, kau, report polis. Kalau mereka sedara mara kau, report polis juga. Jangan simpati walau sebesar beras sekalipun pada pedofil2 neh. Silap2 anak kau pula jadi mangsa.

Fikir2kanlah..

BTW. Richard Huckle mesti berbangga sebab dia berjaya buat masyarakat kita takut sampai macam neh sekali gayanya..


Rujukan :





Khamis, 2 Jun 2016

Jaga-Jaga, Kini Penguatkuasa Selongkar Sampah Anda Semata2 Mahu Kenakan Kompaun.

Relax la. Ini bukan caranya nak mendidik rakyat dengan peraturan baru korang tu. Aku cukup tak gemar dengan stail kerajaan yang suka gunakan duit untuk hukum rakyat atas alasan nak mendidik dan beri pengajaran. Ini bukan caranya.

Sekarang neh netizens sedang mengumpat langkah kerajaan dalam menghukum rakyat dalam isu mengasingkan sampah.

Kata dorang. Penguatkuasa sampai datang ke rumah untuk check sampah segala. Area N9.

Ini gambar2 yang tersebar ;




Owhh wow. Sampai selongar sampah yang tak tahan tu. Cameraman beria2 je amek gambar. Duhh korang neh dah kenapa. Orang atasan korang bagi arahan macam syall la. Merendahkan2 akal intelek manusia je. Kesian kan yang jadi penguatkuasa2 tu. Rumah kena masuk pencuri pun takde spotcheck macam neh.

Aku sebenarnya menyokong langkah kerajaan dalam menyeru rakyat mengasingkan sampah masing2. Yang boleh dikitarsemula ikat elok2, asingkan dari sampah yang tak boleh dikitarsemula. Cuma aku tak sokong bab kompaun dan tindakan seperti gambar2 di atas.

Cadangan aku. Untuk kawasan perumahan. Elokla kerajaan sediakan tong sampah gergasi bagi mengisi sampah2 yang boleh dikitarsemula. At least ada tempat tujunya. Bagi yang malas nak kitarsemula atau menjual di pusat kitarsemula at least tahu nak campak ke mana. Tong sampah neh khusus nak isi barang2 yang boleh dikitarsemula je. Kalau boleh jika ada sesiapa nak amek barang2 dalam tong sampah neh jangan la larang jangan la halang. Itu biasanya cara dorang mencari rezeki. Kutip barang2 kitar semula untuk dijual. 

Tak perlu bersusah-payah pergi ke satu rumah ke satu rumah semata2 nak tengok tuan rumah tu asingkan ke tak sisa sampah dorang. Benda baru nak diamalkan. Bagi mereka masa untuk jadikan ia sebagai tabiat. Ini baru buat dah laju2 nak kenakan kompaun. Ikut otak konspirasi aku. Mao aku kaitkan ini semua dengan 1MDB. Kau jangan main2 gomen.

Ini aku dapat dari page brother Lando.


Hah, tu dia. Bukan kita kata kita nak tiru part terbabas tu tapi kita nak bagitau yang kerajaan boleh laksanakan perkara tersebut tanpa membabitkan unsur2 ugut rakyat dengan wang ringgit. Didik rakyat dengan ilmu. Iklan. Forum. Kebaikan kitarsemula. Keperluan asingkan sampah. Kenapa kita kena asingkan sampah2 kita sebelum buang di tong sampah. Mula2 rakyat akan rasa berat lama2 bila dah terdidik mereka akan patuh secara semulajadi. Cuma bagi masa la. Jangan terus taboh je. Najib pun minta masa untuk laksana itu laksana ini, kena kat rakyat reti pula paksa kita laju2 follow. Cam syall la.

Harap2 kerajaan pertimbangkanlah cadangan aku neh. Btw, benda neh untuk 1 Malaysia ke atau untuk N9 je? Naya aku. Aku baru je buang sampah tak asing2kan benda yang boleh dikitarsemula kot. Mampuih.

Sumber gambar.

Mempersembahkan Silat Di Muktamar, PAS Diperlekehkan Cuba Tiru Budaya UMNO.

Gimik PAS kali neh memang menjadi. Siapa punya idea neh. Bapak gile bagus. Orang yang tak pernah peduli tentang muktamar PAS pun boleh siap respon bagai. Ini membuktikan 'marketing' PAS dalam sesi muktamar kali neh memang ada ummphhh sampai terdorong orang sana sini nak merespon bagai.

Sebelum ini PAS dikritik dan disindir kerana memakai baju pahlawan melayu ketika merasmikan muktamarnya. Kesian aku tengok orang2 yang kutuk tu. Haram ada asas.

Ada ka dikutuknya PAS kerana berpakaian melayu. Salah ke? Pakaian aje pun. Bukannya bogel. Bukannya mencuri. Bukannya pi membunuh. Memakai baju melayu yang tak kacau sesiapa pun ada juga orang nak tersentak bagai. Sungguh bodoh orang2 seperti itu.

Tapi aku bersetuju pada yang mengkritik yang ada asas. Ada yang mempersoalkan siapakah yang sponsor pemimpin2 PAS dengan busana2 yang sebegitu mahal. Adakah sponsornya? Jika ada, berapa dan kenapa. Jika tidak ada, agak membazirlah untuk seseorang pemimpin yang begitu lantang mempromosikan Islam melakukan pembaziran sedemikian rupa. Islam tidak menganjur kepada pembaziran. Islam menganjur kepada keserdahanaan.

Aku tidak berpihak pada yang menyokong mahupun mengkritik tanpa ada asas. Tetapi aku juga tak bersetuju dihamburkan tuduhan melulu. Pendapat aku nak mengatakan ' busana itu mahal' juga belum ada asasnya. Alangkah baiknya jika kita tahu berapakah harga busana tersebut. Setimpalkah dengan kualitinya dan mengikut harga pasaran semasa kah? Jika pemimpin2 PAS membelinya, bukan untuk dipakai sekali kemudiannya dicerukkan di dalam almari, aku rasa tak salah mereka memiliki busana seperti itu. Terlalu umum nak mengikat tindakan mereka dengan pembaziran. Kerana sebagai manusia mereka juga ada keperluan. Boleh jadi busana tersebut ada keperluan lain selain dipakai untuk menghadiri muktamar. Yang itu aku taknak komen lebih. Lebih baik kita bertanya terus kepada yang terlibat.

Jika ada yang mempersoalkan langkah PAS yang begitu melayu dengan cara meniru UMNO, aku mesti kata mereka itu bodoh.

Menjadi melayu apa hinanya?
Apa salahnya?
Apa teruknya?
Apa jahatnya?

Menjadi melayu dengan mengamalkan budaya melayu masalahnya?

Unless mereka melakukan kemungkaran, kejahatan, kezaliman, penindasan baru la kau persoalkan. Menjadi melayu itu tak sepatutnya menjadi isu. 

Sebab tu aku tak nampak apa masalahnya PAS memakai baju melayu tradisional. Lantak mereka la. Jika ada persembahan silat pun dah kenapa.

Ini apa yang menjadi kritikan ketika ini ;


Silat aje pun tapi ;


Fuhh respon mak ai..

Tapi aku dapat tahu ;


Tiap2 tahun ada persembahan silat? Tapi baru tahun neh kena kutuk? Betul ke? Ntah. Mana aku tahu. Aku muktamar pun tak pernah pergi kot.

KAH KAH KAH

Hadoi.

Semua benda nak kutuk. Kadang benda takde isu pun nak kutuk. Pasal dah gian nak mengutuk.

Bagi aku. Aku suka nak dengar isi ucapan pemimpin2 PAS. Aku lebih suka nak mengutuk bab tu. Sebab ia mencerminkan akal, tindakan, pemikiran dan halatuju PAS sebelum dan selepas ini.

Bab2 remeh macam berbusana melayu, selagi tak kacau hak orang, lantakle.

Bersilat bagai, selagi tak menyusahkan hidup sesiapa lantak ko le.

Aku teringat kata2 kawan aku suatu ketika dulu. Agak lama juga. Beberapa tahun lepas mungkin. Dia kata zaman sekarang nak menjadi melayu dengan jatidiri melayu adalah dianggap racist. Aku kata padanya tidak. Orang marah pada penyelewengan. Pada rasuah. Pada penindasan. Pada penipuan. Pada pentadbiran yang tidak telus dan penuh dengan salahlaku. Orang marah dilayan double standard. Satu set undang2 untuk orang biasa. Satu set undang2 untuk VVIP. Orang marah ini. Bukan marah melayu. Dia kata aku silap. Aku tak nampak apa yang dia nampak. Dia kata dia tak heran orang bukan melayu tolak budaya melayu. Tapi sekarang orang melayu yang bila kau amal budaya melayu pun kau akan dipandang negatif. Racist. Aku tak bersetuju dengannya pada ketika itu. Tak bersetuju selama beberapa tahun.

Tetapi apabila melihat sesetengah pemikiran melayu dalam mengkritik PAS yang berbusana tradisional, bersilat bagai baru aku faham apa yang dia katakan. Melayu yang mengkritik itu dalam nak mengkritik sebenarnya dia tak sedar dia sebenarnya sedang memperlecehkan apa yang menjadi jatidiri bangsa dia selama neh. Paling2 koman pun benda tu pernah menjadi sebahagian lambang kemegahan melayu. Walaupun ia adalah perkara silam. Sesuatu yang tidak kita amalkan lagi sebagai tradisi mahupun cara hidup. Tetapi salah ke kalau2 kita menghidupkan kembali dalam bentuk gimik dan lakonan sekadar nak memperingati apa yang pernah menjadi budaya kehidupan orang zaman dahulu. Ianya sebahagian dari sejarah. Seronok apa memperingati sejarah. Kenapa memperingati sejarah melayu kini dianggap racist. Aku pun tak faham. 

Berbalik pada isu asas. Pendapat aku. Ini bukanlah perkara yang patut kau kritik dan pandang. Ada banyak benda bengong yang PAS buat. Benda2 bengong tu la yang patut kau semua kritik. Apa yang pasti bila kau kritik PAS bersilat kekononnya tiru budaya UMNO maka kau la yang bengong sebenarnya. Bukannya PAS. Dah la nak p tukar baju la. Aku tengah pakai baju merah neh kot time update. Kang tak pepasal orang ingat aku UMNO. Tak gitew ke?

KAH KAH KAH

Jalan Berlubang - 'UITM' Sudah Goyang Bila Masalah Sampai Ke BROTHERHOOD..

Tahu mengelabah rupanya.

Dekat 2 bulan berlubang haram ada tindakan. Tetapi bila masalah tersebut disampaikan kepada pihak luar dan viral tiba-tiba sahaja MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR reti pula nak buat-buat peduli.

KAH KAH KAH

Babak pertama.


Viral. Viral. Viral.

UITM mesti malu. Majlis Perwakilan Pelajar pun malu. Almaklumlah kena sound setepek kat media sosial. Terang2 tak buat kerja kot tu.

Selepas viral. Alasan nak cover kelambatan dorang bertindak dah tercipta.


Benda yang brother Lando boleh buat dalam masa tak sampai sehari dorang up jadi masa 2 minggu hingga ke sebulan? Whatthepark la katakan. Ini karenah biokrasi la punya cerita. Isu tentang keselamatan awam, pelajar2 Uni. Pun kena tunggu 2 minggu. Chooiii.

Yang aku pelik. 2 bulan jalan rosak. 2 bulan. Bukan 2 saat, 2 minit, 2 jam atau 2 hari. Tapi 2 bulan tu kot. Takan dalam masa 2 bulan tak kedengaran di telinga dia bahawanya terdapat jalan rosak di kawasan Uni?

Rupa-rupanya ;


Aduh. Rupanya MPP2 kita neh sembang bikin bimbang la. Budak Hanif dah dekat 2 bulan jalan langgar lubang. 2 bulan dia report kat fb dan twitter. Paling2 koman pun kalau lue kata dia report tak ikut protokol, boleh je reply aduan dia suruh dia report ikut protokol yang ditetapkan. The fact tak amek port pada aduan dia sehingga 'dikecohkan' by Brother Lando membuktikan bahawanya mereka2 hanya akan bertindak bila isu jadi besar. Selagi mana ianya isu kecik, pejam mata sudah.

Tambahan pula bukan dia sorang je guna laluan tersebut. Bisik2 takan tak ada. Mustahil la. Kita hidup di alam penuh dengan gosip sana sini takan orang tak bergosip tentang jalan kat universiti korang tu. Sampai aku yang takde kaitan pun turut mengumpat, nampak sangatla korang memang tak peka pada persekitaran Universiti korang.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Oke, then selepas viral.

Ini yang berlaku ;


Budak Hanif kena sound. 

Malukan UITM? Aibkan UITM? Sorry bro. Aku tambah malukan UITM kesayangan kau tu. Bukan benda baru UITM memalukan diri dorang sendiri. Dah lama. Ini sekadar menambahkan list aje. Kau semua relax la. 

KAH KAH KAH

Dia cerita dia macam neh jek. Simple gila kot.

Jalan rosak > mengadu tapi takde orang amek port > bagitau orang luar sebab nak repair sendiri > orang luar nak sound pihak yang tak amek peduli > orang yang terasa mula rasa sakit ahti > buat karangan di laman sosial untuk backup diri > hanjing2 dorang pula attack si pengadu di laman sosial > taknak langsung peduli masalah sebenar.

Masalah sebenar apa? JALAN BERLUBANG. ADUAN DAH DIBERIKAN TAPI TAKDE YANG AMEK PORT. 

Cara menyelesaikan bagaimana? Repair jalan rosak, kaji protokol tentang cara2 menyampaikan aduan. Adakah relevan dengan kehendak dan keperluan semasa atau perlu kita permudahkan lagi. Adakah MPPs yang dilantik benar2 boleh membuat kerja ataupun sekadar hebat dek kerana populariti.

MPPs neh pun ada sesetengahnya macam ahli politik juga. Kau tahu ahli politik Malaysia kebanyakkannya macam apa. So, mereka juga lebih kurang. Politik lebih, propa diutamakan, kerja pula boleh dibilang. Itulah hakikatnya.

KAH KAH KAH.

Sumber rujukan : 
https://www.facebook.com/landozawawivrus/photos/pcb.904918239634395/904918149634404/?type=3&theater

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10204817467635545&set=a.3264744836518.107250.1804184572&type=3&theater

Selasa, 31 Mei 2016

Diblock Oleh Pengerusi Amanah Hanya Kerana Tanya Soalan TTG Wakil Rakyat PAS YG Mahu Lompat Parti - DGN Kemaskini.

Kena block. Semata-mata bertanya tentang 10 wakil rakyat PAS Kelantan yang dikatakan mahu melompat parti kerana Husam Musa dipecat keahlian PASnya.

Ianya bermula apabila seorang individu (facebooker) mengutarakan satu persoalan di laman fb peribadinya ;



Jangan tak percaya, Wan Rahim menjawab kepada status berkenaan selepas ditag oleh pengomen di status tersebut ;



Kata Wan Rahim ;

1. 10 yang nak keluar parti ada menghadiri majlis kenduri kesyukuran di rumah Husam baru-baru ini.

2. Sila check foto yang dikongsikan.

Bila scroll lagi komen-komen untuk mencari gambar seperti yang dikatakan Wan Rahim, jawapannya tak ada. Tak ada di status berkenan, lalu ada di mana?

Kemudian kita periksa pula fb Wan Rahim. Tak ada juga majlis kenduri Husam Musa. Konon ada pada foto-foto yang dikongsikan. Tapi tak ada di wall dia. Dipadamkan ke?

Beria pula check di ebfi-efbi rasmi atau tak rasmi DHM. Juga tak ada. Takde langsung gambar apatah lagi tentang hebahan kenduri kesyukuran di rumah Husam Musa. 

Biar betul Wan Rahim neh. Ko nak main auta ke apa. Jika sungguh ada bukti bergambar, maka dapatlah kita kenalpasti wajah2 wakil rakyat yang nak melompat tu. Ini bukan cikai-cikai punya bukti. Jari jangan suka2 cipta kontroversi, Wan Rahim.

Selepas didapati diblock oleh Wan Rahim, facebooker yang dikenali dengan nama Ali Abu kemudiannya mengupdate satu status susulan bagi mengkritik tindakan Pengerusi PAN Kelantan tersebut ;

Pengerusi PAN Kelantan blok den

Den tak ponah fren fesbuk dgn Wan Rahim. Apotah laie like fanpagenya jikalau ado. Dan pagi tadi den bertanyo kpd Wan Rahim tentang 10 Yb yg mahu keluar PAS setelah pemecatan Husam. Den tak tag bekas Speaker DUN Kelantan ini krn seperti yg dinyatokan tadi den bukan fren fesbuknya. Den cumo mengharapkan ahli-ahli PAN yg melihat status ini di newsfeed mrk menjawab bagi pihak Wan Rahim. Tibo-tibo time den makan nasi lomak dlm opis tgk kluar notification Wan Rahim masuk komen. Baru den nak reply apo yg dio komen, tgk-tgk dio dah blok den. Aik? Heran den. Takkan bekas Speaker DUN begitu tisu hatinya.

Sedangkan den menulis dgn agak sopan juga bilo bertanyokan soalan kpdnya (dlm status) kalau nak dibandingkan dgn Abg Mut. Den balun bekas CEO Dubook Press, Mut masuk thread den rilek-rilek je. Elok Mut je yg jadi politician ganti kau Wan Rahim. Bangang-bangang Rafizi pun, dio cumo blok org yg masuk fesbuk dio yor. Ini Wan Rahim masuk komen fesbuk den, belum sompek den nak jawab, dio pulak yg blok den. Ingat geng, bukan den yg pi masuk fesbuk Wan Rahim. Korang bulih periksa sendirilah kek status bawah ni.

Bagi menjawab komentar Wan Rahim di status itu (ofkoslah dio takkan baco sobab dio dah blok den), den cumo nak tanyo, kau Wan Rahim ckp pd wartawan bhw akan ado 10 Yb nak keluar PAS jikalau Husam dipecat. Nah skrng ni Husam sudahpun dipecat PAS, jadi kpd wartawan jugaklah kau isytihar namo-namo Yb-Yb tersebut. Sebagai Pengerusi 'Amanah' negeri, konolah amanah. Apo lak kau suruh den cari gmbr 10 Yb yg makan nasi briyani di rumah Husam? Ini bukan peraduan cari bondo tersembunyi bai. Paling gampang, gmbr yg dimaksudkan tidak disertakan ke dlm thread status pertanyaan den. Wei bahlol den nak cari kek mano gambar yg kau maksudkan tuh? Belum sompek den nak tanyo ni sumo, Wan Rahim blok den. BANGANG!



Dan seseorang turut memaklumkan bahawanya jika menyebut PAN, Wan Rahim ;


Block Ali Abu sebab dia tulis PAN? Bukan ke PAN singkatan kepada Parti Amanah Negara? Parti2 lain relax je kita sebut singkatan. Macam UMNO, PAS, PKR ,PSM dan DAP. Yang PAN tak bagi kita guna singkatan PAN kenapa? 

AMANAH tu bukan singkatan pada PAN.AMANAH tu macam rebranding dari Parti Amanah Negara, nak senang sebut, sebut AMANAH tapi kalau dalam bentuk shortform, kita sebut PAN. Orang sebut PAN pun kau nak block? Ahti tisu neh bukan sekadar dimiliki oleh sesetengah kaum kerabat bahkan oleh ahli2 politik yang kononnya pro progresif bagai juga ye.. seriyus alasan macam hapa.

Malu dengan nama PAN. Sebab mewakili spesis kuali dalam bahasa English konon.

Apa ada pada shortform kalau diri kau memang sedang berAMANAH sepertimana nama parti kau. 

Ini semua hal2 kecik. Bayangkan seorang pengerusi negeri ada kelakuan macam neh, seriyus layak ke dia jadi ketua?

Setakat orang sebut PAN pun nak block padahal dalam politik cabaran kau lebih besar. Silap2 boleh mati dalam memperjuangkan hak rakyat. Ini orang baru sebut PAN nak block bagai. Tak payah masuk politik la. Duduk dalam gua senang citer. Takyah bercampur dengan manusia. Orang2 UMNO baik yang ketua mahupun ahli2 biasa, rakyat panggil UMENO, parti rasuah, amno, dan macam2 lagi la label2 yang terhina, kutuk keji lagi mengejikan, tak pernah dengar case kena block. Kalau kena siasat ada la. Itu sebab kacau UMNO dan pemimpin2 dia. Bukan sebab kita melabel parti dia dengan pelbagai gelaran. Kiranya keras lagi ahti UMNO dari pengerusi PAN negeri. Sangat memalukan.

Dan last. Mana 10 wakil rakyat PAS yang dikatakan nak keluar PAS sebab Husam kena singkir dari PAS. Mana? Nak block ke apa ke bagi la jawapan tu dulu. Jangan block selepas orang tanya atas alasan orang sebut nama parti kau PAN. Jangan nak krik krik krik kepada persoalan asas yang kita bahaskan disini. Mana jawapan tu? Kau jawab dulu kepada persoalan yang ditanyakan. Bukannya block orang Wan Rahim oiii..


Updated.

Dimaklumkan bahawanya individu yang diblock oleh Wan Rahim tidak menyebut PAN di dalam status tersebut. Dan Wan Rahim tidak memblocknya kerana individu tersebut menyebut PAN. Individu tersebut benar2 diblock kerana bertanyakan tentang wakil rakyat PAS yang mahu lompat parti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...