Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 2 Jun 2016

Jaga-Jaga, Kini Penguatkuasa Selongkar Sampah Anda Semata2 Mahu Kenakan Kompaun.

Relax la. Ini bukan caranya nak mendidik rakyat dengan peraturan baru korang tu. Aku cukup tak gemar dengan stail kerajaan yang suka gunakan duit untuk hukum rakyat atas alasan nak mendidik dan beri pengajaran. Ini bukan caranya.

Sekarang neh netizens sedang mengumpat langkah kerajaan dalam menghukum rakyat dalam isu mengasingkan sampah.

Kata dorang. Penguatkuasa sampai datang ke rumah untuk check sampah segala. Area N9.

Ini gambar2 yang tersebar ;




Owhh wow. Sampai selongar sampah yang tak tahan tu. Cameraman beria2 je amek gambar. Duhh korang neh dah kenapa. Orang atasan korang bagi arahan macam syall la. Merendahkan2 akal intelek manusia je. Kesian kan yang jadi penguatkuasa2 tu. Rumah kena masuk pencuri pun takde spotcheck macam neh.

Aku sebenarnya menyokong langkah kerajaan dalam menyeru rakyat mengasingkan sampah masing2. Yang boleh dikitarsemula ikat elok2, asingkan dari sampah yang tak boleh dikitarsemula. Cuma aku tak sokong bab kompaun dan tindakan seperti gambar2 di atas.

Cadangan aku. Untuk kawasan perumahan. Elokla kerajaan sediakan tong sampah gergasi bagi mengisi sampah2 yang boleh dikitarsemula. At least ada tempat tujunya. Bagi yang malas nak kitarsemula atau menjual di pusat kitarsemula at least tahu nak campak ke mana. Tong sampah neh khusus nak isi barang2 yang boleh dikitarsemula je. Kalau boleh jika ada sesiapa nak amek barang2 dalam tong sampah neh jangan la larang jangan la halang. Itu biasanya cara dorang mencari rezeki. Kutip barang2 kitar semula untuk dijual. 

Tak perlu bersusah-payah pergi ke satu rumah ke satu rumah semata2 nak tengok tuan rumah tu asingkan ke tak sisa sampah dorang. Benda baru nak diamalkan. Bagi mereka masa untuk jadikan ia sebagai tabiat. Ini baru buat dah laju2 nak kenakan kompaun. Ikut otak konspirasi aku. Mao aku kaitkan ini semua dengan 1MDB. Kau jangan main2 gomen.

Ini aku dapat dari page brother Lando.


Hah, tu dia. Bukan kita kata kita nak tiru part terbabas tu tapi kita nak bagitau yang kerajaan boleh laksanakan perkara tersebut tanpa membabitkan unsur2 ugut rakyat dengan wang ringgit. Didik rakyat dengan ilmu. Iklan. Forum. Kebaikan kitarsemula. Keperluan asingkan sampah. Kenapa kita kena asingkan sampah2 kita sebelum buang di tong sampah. Mula2 rakyat akan rasa berat lama2 bila dah terdidik mereka akan patuh secara semulajadi. Cuma bagi masa la. Jangan terus taboh je. Najib pun minta masa untuk laksana itu laksana ini, kena kat rakyat reti pula paksa kita laju2 follow. Cam syall la.

Harap2 kerajaan pertimbangkanlah cadangan aku neh. Btw, benda neh untuk 1 Malaysia ke atau untuk N9 je? Naya aku. Aku baru je buang sampah tak asing2kan benda yang boleh dikitarsemula kot. Mampuih.

Sumber gambar.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...