Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 10 Mac 2018

Doktor Pro UMNO Dakwa Skim Peduli Sihat Adalah Scam.

Seorang doktor yang terkenal pekat UMNOnya di laman facebook hari ini mengeluarkan kenyataan bahawanya Skim Peduli Sihat seperti yang tertera di Manifesto Pakatan Harapan yang dilancarkan pada semalam adalah satu bentuk penipuan ataupun scam.

Beliau menyatakan skim tersebut merupakan satu bentuk ketirisan yang serius dan bertujuan menyusahkan rakyat. Berikut adalah luahannya seperti terpapar di facebooknya;

Oleh : Doktor Rahman Abdul Kadir

#SCAM_PEDULI_SIHAT

Pakatan Haranap ada membuat pengumuman tentang Skim Peduli Sihat berjumlah RM 500 bagi golongan B40. Mari kita lihat betapa ini adalah merupakan satu ketirisan yang serius dan bertujuan menyusahkan rakyat.

Golongan B40 ni bermaksud mereka yang berpendapatan seisi rumah kurang dari RM 3,860 sebulan.

Bermakna, jika ada sebuah keluarga dengan pendapatan gaji terkumpul seisi rumah mereka kurang dari RM 3,860 ini, mereka layak mendapat bantuan skim ini.

Jika kita melihat skim yang sama di Selangor, setiap keluarga yang layak akan diberikan kad dengan jumlah terkumpul RM 500 setahun. Kad ini layak digunakan di klinik-klinik (baca : kroni) yang berdaftar dengan skim ini sahaja.


Gambar - Doktor Rahman Abdul Kadir
Namun kad ini ada hadnya. Sekali guna, hanya boleh guna untuk nilai RM 50 maksima. Dan dari survey rambang saya, rata2 klinik swasta di bandar caj dalam lingkungan RM 50-80 utk short visit (15 minit consultation). Ada klinik yang consultation fee pun dah RM 50. Ubat-ubatan kira lain.

Katalah caj keseluruhan adalah sebanyak RM 60, bermakna, rakyat kena tambah bayar RM 10 dari poket mereka sendiri.

Ini sudah semestinya bebanan kepada golongan B40 ini. Jika M40 atau T20, memang tak terasa sangatlah.

Lebih baik lagi golongan B40 ini pergi ke klinik kerajaan dan bayar RM 1 sahaja dan settle semuanya.

Jika dilihat dari perangkaan tahun 2014, dianggarkan sejumlah 2,671,000 isi rumah seluruh negara yang tergolong di dalam kategori B40.

Katalah anggaran ini masih sama, maka rancangan Pakatan Haranap ini akan memakan belanja sebanyak:

RM 500 x 2,671,000 = RM 1,335,500,000!

RM 1.34 billion beb!!!!


Jumlah ini boleh bina hampir 7 buah hospital dengan jumlah katil 200 buah setiap hospital!
Jumlah yang sama juga boleh membina hampir 67 buah klinik kesihatan serba moden (anggaran RM 20 juta setiap satu).

Golongan B40 lebih untung sekiranya mereka pergi ke klinik2 kesihatan kerajaan yang berlambak terdapat di seluruh negara dan banyak yang beroperasi kini sehingga ke waktu malam.

Nampak kan? Ini bukan #skim. Ia adalah #scam. Atok ada plan le tu...  Dia mana pernah buat projek tak susahkan rakyat. ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Pilih PAS Jika Mahu Selesai Masalah Kos Sara Hidup - TG. Hadi Awang.

Oleh : Malaysiakini

PAS percaya parti itu dapat menyelesaikan isu kos sara hidup yang menekan rakyat ketika ini jika parti itu diberi kepercayaan menjadi kerajaan nanti.



Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS memperkenalkan beberapa aspek Islam dalam manifesto mereka untuk ditawarkan kepada rakyat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya PAS sudah membuktikan kemampuan mereka membawa penyelesaian masalah seperti sedang ditunjukkan di Kelantan serta "pernah" di Terenganu dan Kedah.

"(Ia) dapat dilihat oleh rakyat dengan insaf dan sedar supaya memberi peluang kepada Islam untuk memerintah dan mentadbir, termasuk untuk mengendalikan urusan kehidupan rakyat yang berkait dengan sara hidup mereka," katanya semasa sesi siaran langsung di Facebook semalam.

PAS memasuki PRU ke-14 dengan percaturan Gagasan Sejahtera dan menyasarkan untuk meletakkan calon di sekurang-kurangnya 130 kerusi parlimen.

Abdul Hadi sendiri mengesahkan parti itu yakin mampu membentuk kerajaan melalui penguasaan majoriti mudah di Dewan Rakyat, atau menyertai parti lain bagi menubuhkan kerajaan baru selepas PRU ke-14.

Untuk rekod ketika ini parti yang terbesar menguasai Dewan Rakyat ialah Umno yang memenangi 88 daripada 121 kerusi yang ditandingi.

Kesan kesilapan manusia

PAS mengetuai kerajaan negeri di Kelantan sejak PRU kelapan yang diadakan pada 1990. Bagaimanapun ketika itu mereka bekerjasama dengan parti serpihan Umno, Semangat 46, yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah.

PAS juga diberi kepercayaan oleh pengundi Terengganu mentadbir negeri berkenaan pada PRU ke-10 dan Abdul Hadi dilantik menjadi menteri besar.

Namun PAS kalah teruk pada PRU berikutnya apabila hanya memenangi empat daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Kos sara hidup antara isu paling kerap dikeluhkan oleh orang ramai sejak akhir-akhir ini dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) didakwa menjadi antara puncanya.

Bagaimanapun kerajaan bertegas memberitahu keadaan ekonomi adalah baik.

Kata Abdul Hadi dalam sistem ekonomi Islam ada satu faktor yang kadang-kadang tidak diyakini manusia, iaitu keberkatan.

Katanya aspek itu tiada dalam teori ciptaan manusia.

Masalah kos sara hidup berlaku apabila wujud keadaan tidak seimbang di antara pendapatan dan perbelanjaan.

"Sebenarnya Allah SWT menyediakan rezeki yang cukup kepada manusia, bermula daripada rezeki roh dan jasad mereka (kemudian) diberi kepada mereka akal fikiran yang wajib diisi dengan panduan agama supaya berakhlak dengan akhlak yang mulia.

"(Selain itu) bertimbang rasa antara satu sama lain, diisi dengan ilmu dan akhlak. Termasuk rezeki (ialah) kehidupan yang berkait dengan makanan, kediaman, kemudahan untuk bergerak ke sana ke mari dengan sumber-sumber rezeki yang cukup di atas muka bumi.

"Sekiranya manusia dapat menyempurnakan petunjuk Allah dengan cara yang sebaik-baiknya, rezeki yang cukup itu tidak menjadi masalah kepada mereka.

"Apa yang berlaku (jika timbul) masalah, menandakan kesilapan manusia sendiri yang perlu dibetulkan,"
katanya.

Jumaat, 9 Mac 2018

Nak Mandi Wajib Air Tak Ada - Jamal Yunos.

Ketika bercakap dalam forum anjuran Sinar Harian semalam, Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mencuri tumpuan penonton apabila bercerita kesukarannya untuk mandi wajib kerana ketiadaan air di Selangor.


"Pernah satu ketika empat hari tak ada air mula, Rabu, Khamis dan Jumaat , biasanya hari Jumaat ini kewajipan sebagai seorang suami kepada isterinya jadi apabila malam itu kita melakukan tanggungjawab, pagi nak mandi wajib tapi air tak ada," ulas Jamal dalam wacana Sinar Harian semalam.



Katanya, beliau tidak dapat mandi hadas besar malah ingin bertayamun pun tidak tahu kaedahnya.

"Saya pertama kalinya sembahyang taubat sebab tidak dapat tunaikan tanggungjawab sebagai Muslim untuk tunaikan solat Subuh sebab ada 'kerja' malam tadi.

"Jadi saya datang ke SUK nak tumpang mandi di pejabat Menteri Besar,"
katanya.

 
Jamal juga katanya mendakwa nampak satu tangki besar dari SYABAS yang digunakan untuk terus salur air ke rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

"Memandangkan Azmin rumahnya tidak terjejas dengan krisis air sebab saya lalu nampak ada satu tangki besar Syabas yang salur air terus ke rumahnya sedangkan rakyat lain tak mandi," katanya dalam wacana itu.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar meminta Azmin agar segera meluluskan pembinaan Langat 2 bagi menyelesaikan krisis bekalan air yang kerap berlaku di negeri itu.


Dalam perkembangan berkaitan, Azmin Ali meminta agar kesemua pihak tidak menunding jari dan menyalahkan kerajaan negeri dalam isu masalah air.

Memetik laporan Malaysiakini, Azmin Ali dipetik sebagai berkata, "Saya tidak ingin menuding jari kepada sesiapa tetapi bagi pihak kerajaan negeri, kita telah mengambil semua langkah proaktif bagi memastikan (masalah) tidak berlaku," katanya ketika diminta untuk mengulas samada kerajaan negeri boleh dipersalahkan masalah air yang berlaku di enam kawasan berbeza di Selangor.

Azmin Ali juga dilaporkan mencabar Najib dipersalahkan dalam isu masalah air. "Kalau berani, salahkan perdana menteri," katanya memetik laporan portal itu.


Gangguan bekalan air kali ini berpunca daripada kerja membaik pulih Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) yang berada di bawah pengurusan Splash yang dilaksanakan awal minggu ini. Untuk rekod, Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) berada di bawah kerajaan pusat.
 

Bagaimanapun, Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) di SSP3 pecah secara tiba-tiba pada Selasa lalu menyebabkan masalah bekalan air dijangka berlanjutan sehingga Ahad ini. - 9 Mac 2018.

Yang Lagi Saya Naik Angin Bila Pak Lebai Boleh Selalu Berkecuali Dalam Parlimen.

Oleh : Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang (Malaysiakini)

Dalam artikel yang ditulis oleh Samantha Chiew di theedgesingapore.com. pada 2 Mac lalu, penulis menyatakan bukan sahaja kapal layar mewah" Equanimity" bernilai AS$250 juta yang dikatakan milik Low Taek Jho atau Jho Low dan dibeli dengan wang 1MDB yang dirampas oleh pihak berkuasa negara luar Malaysia.



Menurut Samantha, pada bulan Februari lalu, jet peribadi Bombardier Global 5000 bernilai AS$35 juta yang juga katanya milik Low juga telah dirampas ketika jet itu diparkir di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.

Dalam kedua-dua rampasan itu (kapal mewah dan jet peribadi ), Low tiada di tempat kejadian.

Menurut Samantha juga, kapal layar mewah "Equanimity" telah dikurniakan award "Best in Show" dalam Monaco Yatch Show pada tahun 2014.

Kedua-dua aset mewah ini adalah sebahagian daripada aset yang diburu oleh Jabatan Keadilan (DoJ), Amerika Syarikat. Untuk rekod, pegawai tinggi 1MDB dan rakan mereka (their associates) telah dikatakan merompak (stolen) wang sebanyak lebih kurang AS$4.5 bilion.

Sikit tentang kapal Equanimity. Menurut media - Jakarta Globe, pada 21 Februari lalu, Bareskrim Polri telah terima surat dari FBI dengan permintaan untuk rampas kapal layar mewah itu .

Maklumat itu diberitahu kepada media itu oleh jurucakap polis, Brig Gen Muhammad Iqbal Abduh. Iqbal juga kata penyiasatan awal oleh FBI mendapati kapal layar mewah itu ada kaitan dengan skim penggubahan wang haram antarabangsa.

Dikatakan juga kaptel kapal itu - Kapten Rolf telah mematikan sistem automatik pengesan beberapa kali ketika melalui perairan di sekitar Singapura dan Filipina bagi elak dikesan. Kapal mewah itu juga hanya dirampas setelah ada perintah mahkamah dari Denpasar.

Dan antara harta atau aset lain yang juga telah dirampas adalah permata hiasan (jewellery) bernilai UAS$8.1 juta yang Low berikan sebagai hadiah kepada model antarabangsa Miranda Kerr bila mereka berpacaran pada tahun 2014.

Low dikatakan beri Miranda 18 carat set permata hiasan berwarna putih yang mengandungi rantai leher, sepasang anting-anting, bracelet dan cincin.

Jho Low juga telah beri hadiah mewah kepada pelakon Hollywwod, Leornardo Dicaprio yang juga dibeli dengan duit 1MDB.

Hadiah mewah itu merangkumi poster lithograph yang direka oleh artis Jerman, Heinz SchulzNewdamm bernilai AS$1.2 juta yang mana poster itu telah digunakan dalam filem senyap (silent film) pada tahun 1927 "Metropolis Morte au Crane de Taureau".

Low juga dilaporkan telah beri DiCaprio hadiah lukisan mewah karya Pablo Picasso bernilai AS$3.28juta, fotograf Diane Arbus yang diberi nama "Boy with the Toy Hand Grenade” bernilai AS$750,000 dan "collage" by Jean-Michel Basquiat bernilai AS$9.19 juta. Dilaporkan DiCaprio telah melalui wakilnya, menghubungi DoJ untuk pulangkan semula setiap hadiah yang ada kaitan dengan wang 1MDB itu.

Low juga beri " hadiah" pada diri dia sendiri , menggunakan wang 1MDB iaitu karya masterpiece Van Gough "La Maison de Vincent a Arles" bernilai AS$5.48juta. Begitu juga dua lukisan karya Monet - yang telah dirampas oleh pihak berkuasa Switzerland.

Di Singapura, aset bernilai AS$177 juta juga telah dirampas oleh pihak berkuasa di negara itu. Ia termasuklah dua apartment mewah di TwentyOne Angullia Park di Orchard Boulevard yang dibeli pada tahun 2013 pada harga dolar Singapura 54 juta. Juga dibeli triplex penthouse bernilai S$42.9 juta.

DoJ kini dalam proses untuk rampas pula kepentingan Low di Electrum. Melalui syarikatnya Jynwel Capital, Low didakwa telah melencongkan (diverted) AS$150 juta daripada pengeluaran bond 1MDB pada tahun 2012 untuk membolehkan beliau ada kepentingan di dalam Electrum Group.




Berdasarkan maklumat di atas, tolong jawab pada saya macam mana kami (Ahli parlimen Pakatan Harapan) tak meradang dan naik angn bila soalan kami tentang 1MDB kena tolak dalam Parlimen.

Selepas itu ada pula ahli parlimen BN yang dok pulun bela 1MDB, bela Jho Low dan bela MO1.Yang lebih teruk lagi ada juga yang kata mana ada isu ini melibatkan duit rakyat!

Yang lagi saya naik angin bila Pak Lebai boleh selalu berkecuali dalam Parlimen, tak bernafsu sangat nak lawan 1MDB , kata saman DoJ adalah campurtangan asing, selalu ponteng Parlimen dan dalam dua jam sahaja boleh puas hati bila dengar taklimat dari orang kuat 1MDB.

Allah lebih tahu.

Media Lapor Dyana, Zairil Bertunang Esok Di Ipoh.

Portal Utusan Online dan Sinar Harian hari ini melaporkan berita pertunangan di antara Ahli Parlimen Bukit Bendera dan bekas calon Ahli Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofea.

"Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari difahamkan akan melangsungkan pertunangan dengan bekas calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 2014, Dyana Sofya Mohd. Daud di Ipoh pagi esok", tulis portal Utusan


Utusan turut memaklumkan majlis akan dilangsungkan secara tertutup di sebuah hotel dan dihadiri oleh ahli keluarga dan teman terdekat. 

"Majlis pertunangan Zairil yang juga Naib Pengerusi DAP negeri dan Dyana Sofya itu didakwa akan berlangsung di sebuah hotel dengan dihadiri ahli keluarga terdekat. Sumber memberitahu, pasangan itu bercadang untuk melangsungkan pernikahan pada Jun ini iaitu selepas Ramadan," tulis portal itu lagi.

Manakala menurut Sinar Harian, cubaan menghubungi Dyana dan ibunya gagal apabila kedua-dua pihak mematikan panggilan dari wakil media itu.

"Sinar Harian cuba menghubungi Dyana sekitar jam 1.50 petang tetapi nombor yang dihubungi dijawab oleh seorang lelaki. 

Lelaki itu memaklumkan Dyana tidak boleh bercakap dengan sesiapa ketika ini sebelum mematikan panggilan tersebut.

Panggilan turut dibuat kepada ibu Dyana, Yammy Samad namun panggilan dimatikan sebaik diangkat," lapor media itu petang tadi.

Selain Dyana, Zairil juga mengelak dari pemberita ketika dihubungi untuk mengesahkan desas-desus majlis pertunangannya dengan Dyana Sofya esok.

Turut dilaporkan Zairil dikatakan telah bercerai dengan isteri keduanya, Nor Dahlia pada Oktober lepas.

Untuk rekod, hubungan Zairil dan Dyana mula menjadi perhatian umum apabila beberapa gambar intim termasuklah aksi bercium tersebar di Facebook pada tahun 2014.


Menurut keterangan beberapa netizens ketika itu, sebaran tersebut dikesan bermula dari akaun facebook Zairil namun kedua-duanya menafikan hal tersebut dan beranggapan ia adalah politik kotor yang dibawa oleh pihak lawan bagi menyerang peribadi kedua-duanya ahli politik DAP itu. - 9 Mac 2018.

Khamis, 8 Mac 2018

2 Berita Palsu Yang Penyokong Pembangkang Perlu Henti Sebar.

Dalam tiga hari kebelakangan ini nampaknya penyokong pembangkang telah terperangkap dengan permainan menyebarkan gambar, berita berbaur fitnah dan provokasi.

Rata-rata dilihat tidak mahu menyebarkan fitnah tetapi terjebak kerana ramai yang menyebarkan perkara yang sama.

Perkara ini sudah tentulah akan mendatangkan kesan andaikata secara tiba-tiba akaun Facebook dan nombor telefon WhatsApp kita dilaporkan kepada pihak polis dan SKMM. 

Berita pertama mengenai wang berbillion yang ditemui oleh pihak berkuasa Indonesia ketika menyita kapal mewah Equanimity pada 28 Februari lepas.

Perkara itu ditularkan secara berleluasa sehingga media Indonesia melaporkan ia adalah berita fitnah. Agensi media Indonesia juga melaporkan berita fitnah itu bermula dari facebook warga Malaysia.


"Informasi palsu datangnya dari FB Miyoyo. Tulisnya pihak berkuasa menjumpai wang sebanyak 1 billion di atas kapal Jho Low. Pencarian bukti di atas kapal tidak menemukan apa-apa wang tunai malahan disaksikan oleh pihak ketiga," lapor Jawapos.com semalam.


Kelalaian menyebarkan maklumat palsu itu telah dijadikan modal oleh penyokong kerajaan bagi mengkritik penyebaran 'fake news' oleh penyokong pembangkang.

Dalam perkembangan berkaitan, penyokong pembangkang juga menyebarkan gambar yang mendakwa Sultan Selangor mengajak untuk menolak PH dan BN.


Perkara membabitkan monarki selalunya berbahaya dan cenderung ke arah laporan polis dan siasatan. Jadi hentikan sebelum terlewat.

TIPS Elak sebar berita palsu.

1. Perhatikan individu yang menyebarkan berita berkenaan. Adakah menggunakan akaun fake? Sudah berjumpa kah? Pernah kenal kah? Ada wajahnya dan disahkan itu memang wajah dan identitinya kah?

2. Berapa kali dia terkantoi menyebarkan berita palsu?

3. Adakah dikalangan kawan kita yang ori seringkali mempromosikan, berkongsikan dan menyebarkan berita-berita palsu dari akaun fake?

4. Sekali dua mungkin kesilapan. Tiga empat kali mungkin kecuaian. Lima enam kali mungkin terlupa. Tetapi jika terlalu kerap ia bermakna akaun tersebut dengan sengaja menyebarkan berita palsu atas tujuan mempropaganda.

5. Ada beza sebaran berita palsu oleh cybertroopers BN dan PH. Cybertroopers BN hampir pasti tidak didakwa dan disiasat tetapi ini berbeza dengan penyokong PH yang selalunya berakhir dengan mengambil keterangan dan siasatan.

6. Jangan jadi penyumbang kepada maklumat palsu dan agent penyebar propaganda fitnah.

7. Sesiapa sahaja boleh mengakui sebagai penyokong parti tertentu dan menyebarkan apa-apa berita tetapi untuk mengesahkan ketulenan berita tersebut, anda perlu keluarkan usaha untuk menyemaknya sendiri. 

8. Dan dari sekarang, mula lah mencatit dalam otak, siapakah yang anda sering perhatikan suka menyebarkan maklumat palsu.

9. Boleh jadi ia adalah akaun sandiwara yang menyokong parti anda tetapi hakikatnya mereka hanya mempropaganda untuk memperdayakan kepercayaan anda.

10. Menjelang PRU lebih banyak maklumat palsu akan disebarkan oleh pelbagai pihak - dan kita jangan sesekali menjadi agen percuma mereka.

"5 Hari Tiada Air, Bodoh Ni Kata Tiada Masalah?," Netizens Amuk Marahkan Khalid Samad.

SEMALAM portal Free Malaysia Today melaporkan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dipetik sebagai berkata, "Iye ke, saya ke Shah Alam mana ada masalah. Semua okay je. Tiada masalah nak mandi pun," jawabnya kepada Ahli Parlimen BN, Che Mohammad Zulkifly Jusoh yang meluahkan perasaan di Parlimen berikutan masalah air di Selangor.


Bercakap di Parlimen semalam, Che Mohammad Zulkifly Jusoh berkata kawannya merungut mengenai masalah air di Selangor.

"Di Melaka ada Ayer Keroh, di Terengganu ada Air Sejuk, bagaimanapun di Shah Alam?

Tiada air. Bila masalah bekalan air nak diselesaikan? Bila masalah lain diperbesar-besarkan tapi masalah kritikal seperti isu air ni tak bersungguh pula.

Kesian kawan saya di Shah Alam. Dia bising mengenai masalah bekalan air. Bila perkara ini boleh diselesaikan. Kena isi air sampai 5,6 tong (setiap hari)," katanya seperti dalam laporan portal itu.

Khalid pada awalnya menjelaskan masalah air akan diselesaikan selepas proses penyelenggaraan paip disiapkan keseluruhannya. 

Khalid kemudiannya berkata tiada masalah di Shah Alam apabila berkata semuanya OK sahaja di Shah Alam bagi menjawab Ahli Parlimen Setiu mengenai masalah bekalan air di Shah Alam.

Kenyataan Khalid yang dilaporkan itu bagaimanapun mengundang rasa amarah netizens.

Misalnya, Ahmad Pazil Md Isa berkata : "5 hari tak ada air. Bodoh ni kata tak ada apa-apa masalah"

Seng Khong Tay pula berkata : "Kepala Bapak Engkau Khalid, jangan lagi nak TIPU sama Rakyat!". Manakala Nur Dahlia  pula berkata : "Atok khalid ni baru bangun tidur ke. Nak menipu tu agak agaklah. Last term as Selangor MP," tulisnya di ruangan komen.

Maria Tay pula memberikan respon : "Insensitive MP from PKR, people are suffering no water supply, he deny he got water pula!," tulisnya.


Masalah air di Selangor juga dilaporkan secara berleluasa oleh agensi media pro BN seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia dengan menjadikan perkara itu sebagai isu nasional di muka depan akhbar masing-masing hari ini. - 8 Mac 2018.

Ada Apa Dengan Kapal Mewah Equanimity?

Betul ke kapal mewah itu Jho Low yang punya? Nampaknya beberapa wakil dari pihak kerajaan telah bertindak membidas dakwaan bahawanya kapal mewah itu dimiliki oleh ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang penuh dengan skandal kontroversi, Taek Jho Low.


Tetapi betul ke ianya begitu sukar untuk menjejaki pemilik sebenar Equanimity? Jika Jho Low hanyalah proksi, maka siapakah pemilik sebenar yang tersembunyi dibelakang tabir selama ini?

Apa yang kita tahu tentang Equanimity?
Berdasarkan semakan online, penulis berjaya menemukan beberapa fakta. Antaranya;

1. Pada tahun 2014, portal superyatch.com telah menemuramah Dr. Mohammed Al Barwani, pemilik  dan Pengarah Urusan syarikat perkapalan Oceanco yang bertanggungjawab membina Equanimity. 

2. Pelabuhan Hercules telah menjadi lokasi memaparkan kapal layar itu yang dipercayai baru sahaja disiapkan untuk diserahkan kepada pemiliknya dalam acara Monaco Yacth Show.

3. Sepanjang 91 meter, Equanimity menjadi daya tarikan pengunjung kerana reka bentuknya, kemewahan, reka hiasan dalaman serta menggunakan teknologi enjin perkapalan terkini. Turut dilaporkan kapal mewah itu menjadi yang pertamanya dibina menggunakan PYC standard.

4. Spesifikasi Equanimity;
Gambar - yachtcharterfleet.com

5. Equanimity memulakan proses pembinaan pada tahun 2013 dan Andrew Winch bertanggungjawab dalam hiasan dalaman kapal mewah itu. Manakala Azure Naval Architecture bertanggungjawab dalam naval architecture (seni bina berkaitan perkapalan).

6. Antara kemudahan yang terdapat dalam Equanimity ialah;

Jakuzi
  Sauna
Landasan helikopter
Kolam renang
  Bilik kecantikan yang mengandungi ruang spa dan salon bagi menjaga kecantikan wajah, badan dan rambut
Gim
Pawagam
Lif
Bilik belajar
Bilik mandi bergaya Turkish dengan tub panas.

Turut dilaporkan hiasan dalaman kapal tersebut bertemakan kayu, buluh dan ada saduran emas di bahagian tertentu atas kapal.

Nampaknya Jho Low suka menjaga kesihatan dan kecantikan wajah dan rambut. Ia ada spa, salon, sauna dan gim.

Antara gambar Equanimity seperti dipaparkan di portal YacthCharterFleet;






7. Dengan 9 kabin, kapal mewah itu dikatakan boleh memuatkan sehingga 26 tetamu dan 28 cabin staf dalam satu-satu masa.

8. 9 kabin terdiri daripada bilik master grand, 4 VIP suite, 4 kabin berkembar.

9. Berdasarkan carian, kebanyakan kapal mewah yang dibina bertujuan pelaburan untuk kegunaan penyewaan dalam private event, aktiviti perkapalan, percutian dan sebagainya namun Equanimity tidak melibatkan diri dengan perniagaan seperti itu.

10. Untuk kapal sepanjang 81 meter, harga sewaan boleh mencecah sehingga USD 700,000 seminggu.

11. Bagaimanapun Equanimity tidak pernah dibuka untuk kegunaan luar selain dari pemiliknya.

12. Pada tahun 2016 - 2017 ketika isu DOJ memuncak, Equanimity dilaporkan berada di Thailand untuk sepanjang tahun-tahun tersebut.

13. Ketika inilah, Tan Sri Rafidah Aziz mengakui pernah menemukan Equanimity ketika sedang bercuti dan terlibat dengan aktiviti sukan air, iaitu menyelam.

"Sebenarnya, ketika dalam diving trip pada tahun lepas di Thailand, kami dengan mudahnya dapat mengesan lokasi dan kedudukan kapal Equanimity secara tepat dengan menggunakan sistem AIS (pengesan) yang terdapat dalam bot kami.

Dan selepas itu saya dengan sendirinya telah mengambil beberapa gambar kapal itu secara dekat malahan video juga termasuklah bot kecil milik Equanimity yang turut kelihatan ketika itu. Masa itu ia di Marina, Phuket, Thailand.

Kami juga diberitahu bahawanya sekali sekala tetamu dan pemilik akan keluar pada waktu malam dalam keadaan bertutup (tidak dapat dilihat wajah).

Pada malam itu kami juga diberitahu bahawanya pemilik kapal itu sedang menyambut Valentine di bandar Phuket dengan rombongan tetamunya," jelas Tan Sri Rafidah Aziz dalam satu kenyataan di Facebook. 

14. Equanimity tidak mempunyai harga rasmi yang boleh dirujuk secara tepat tetapi ia dianggarkan bernilai USD 250 juta.

15. Pendedahan oleh Tan Sri Rafidah Aziz itu juga menyatakan Equanimity dimiliki oleh Taek Jho Low berdasarkan website : https://www.superyachtfan.com/motor_yacht_equanimity.html

Bagaimanapun berdasarkan semakan penulis, hampir kesemua maklumat dalam website itu adalah berdasarkan andaian dan spekulasi dan perkara itu sendiri diakui oleh pemilik website dalam ruangan disclaimer.


16. Menjejaki rekod pelayaran Equanimity, kapal itu bergegas (melarikan diri) ke Thailand selepas US memulakan langkah menyita aset berkaitan penyelewengan dana 1MDB pada tahun 2016. Kemudiannya pada November tahun lalu dilaporkan ia mula ke Indonesia dan menutup sistem AIS (penjejak) pada 1 Januari 2018 yang membuatkan kapal itu mula menjadi sasaran untuk disita kerana tidak membenarkan ia dikesan oleh penguatkuasa negara itu. Media Indonesia mengesahkan agensi berkuasa negara itu turut bekerjasama dengan DOj/FBi bagi melakukan sitaan ke atas kapal mewah itu.

17. Tahun lepas ketika bercakap dengan Financial Times, Jho Low dilaporkan mengeluarkan kenyataan mengenai kapal itu. 

"DOj dalam tindakan terbarunya yang mahu meneruskan langkah menyita aset hanya meneruskan tindakan salahnya kerana sehingga kini tiada bukti dalam dakwaan yang dikaitkan," katanya kepada media itu.

Kenyataan balas oleh Jho Low itu kemudiannya dianggap suara rasmi kepada pemilik kapal mewah Equaminity.

18.  Menteri Komunikasi, Datuk Seri Salleh Keruak pula menafikan Equaminity dimiliki oleh Jho Low. Menurut Salleh Keruak, tiada keterangan dalam rekod saman DOJ ke atas sitaan aset berkaitan 1MDB yang memberikan bukti bahawanya Equaminity dimiliki oleh Jho Low. Penulis tidak pasti kenapa Ahli Parlimen Kinabatangan dan Menteri seperti Salleh Keruak perlu tampil mengeluarkan kenyataan penafian kerana pada hemat penulis, jika ianya perlu dinafikan sudah tentulah Jho Low yang perlu menjawabnya dan menafikannya sendiri.

19. Pemilikan kapal layar secara individu sememangnya agak misteri dan maklumat itu agak jarang didedahkan kepada umum malahan Equanimity pernah dilaporkan oleh beberapa website perkapalan bahawanya ia didaftarkan di Kepulauan Cayman.

20. Apakah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pernah menaiki kapal mewah tersebut pada tahun 2015? 




Perbandingan dilakukan dengan gambar-gambar Najib menaiki kapal mewah sewaan Putera Turki dengan gambar yang diperolehi dari portal yachtcharterfleet. Nampaknya ada beberapa persamaan. Mungkin pihak berkuasa tempatan boleh mulakan dari sini. Mula bertanya kepada Najib Razak dan keluarga. Pernah ke naik kapal tersebut? Jika pernah, siapa yang punya, siapa yang jemput, pasti boleh dijawab bukan?
 
Sumber;

http://www.superyachts.com/news/oceanco-unveil-equanimity-to-the-world-at-2014-mys-3446.htm

https://www.yachtcharterfleet.com/luxury-charter-yacht-35195/equanimity.htm

https://www.marinetraffic.com/en/ais/details/ships/shipid:384977/mmsi:319059800/imo:1012086/vessel:EQUANIMITY

https://www.boatinternational.com/yachts/the-superyacht-directory/equanimity--57683

https://www.facebook.com/Tansrirafidah/posts/2027840930806697?pnref=story

https://www.superyachtfan.com/motor_yacht_equanimity.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...