Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 4 Januari 2020

Kebenaran Terdedah - Rupanya MP Wangsa Maju Mengejek Pada Penindas Orang Melayu.

POLITIK | Sementara di sosial media sakan mengutuk dan mengejek Ahli Palimen Wangsa Maju, Datin Dr. Tan Yee Kew rupa-rupanya ada cerita disebalik tabir yang ramai orang tidak tahu.

Pada mulanya Tan telah didekati dan dipersoalkan oleh sekumpulan pihak yang mendakwa mereka mewakili peniaga di Danau Kota.

Kumpulan itu berdemo dan mendesak Tan untuk menjawab kenapa memberikan 30 tapak kepada orang cina sedangkan kesemua peniaga itu bukanlah peniaga asal di tapak Uptown Danau Kota yang lama.

Tan bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut. Tan sebaliknya memberitahu;

1. Kesemua peniaga cina yang mendapat tapak baru di Uptown Danau Kota berjumlah 20 orang.

2. Kesemua peniaga india yang mendapat tapak di lokasi yang sama adalah 5 orang.

3. Bakinya, adalah orang melayu. Sebagai rekod, jumlah tapak yang diperuntukan adalah sebanyak 500 tapak.

4. Tan juga menyatakan, bancian dilakukan oleh pihak DBKL dan hasil bancian (siasatan DBKL) mendapati ada pihak ketiga yang mengutip sewa di atas tapak Uptown diantara RM1,500 sebulan.

Pihak kami kemudiannya melakukan tinjauan di sosial media.


Sememangnya terdapat iklan berkaitan sewaan tapak di Uptown Danau Kota oleh pihak ketiga.

Antara keluhan peniaga yang menjadi mangsa pihak ketiga mengambil keuntungan atas angin;


Perkara ini turut didedahkan oleh Noor Suhana Ishak.

 
Menurut Suhana masalah berkaitan Uptown Wangsa Maju hanya berjaya diselesaikan oleh MP Tan kerana beliau bertindak tegas dan memahami keresahan penduduk.

Sedangkan masalah ini gagal diselesaikan oleh dua Ahli Parlimen Wangsa Maju yang terdahulu.


 
Manakala, seorang peniaga yang dikenali sebagai Busu Zamir pula membuka cerita, provokasi dan protes isu tapak dilakukan oleh persatuan yang sebenarnya marah kerana kehilangan peluang mendapatkan keuntungan atas angin.


Apa yang dilakukan oleh DBKL sehingga mereka marah?

1. DBKL menawarkan 500 tapak kepada peniaga Uptown Danau Kota dengan bayaran sebanyak RM212.70 sebulan.

2. Kesemua peniaga yang ditawarkan tapak adalah hasil dari bancian yang dibuat pegawai DBKL ketika waktu berniaga. 

3. Ini sekaligus, peniaga yang menyewakan tapak (untung atas angin) dapat dikenalpasti DBKL - seterusnya DBKL hanya membuat penawaran kepada mereka yang benar-benar meniaga di tapak lama.

Disebabkan itulah isu Uptown Danau Kota menjadi kecoh dan tular di laman sosial. Bagi yang tidak memahami isu akan mengejek dan membuat sangkaan buruk terhadap MP Wangsa Maju dan DBKL.

Tetapi bagi peniaga yang nasibnya dibela, pastinya mereka tahu siapa yang membantu mereka. Apa yang tular di sosial media, bukan apa yang tular di hati dan pemikiran mereka. Itu lebih penting. - 4 Januari 2019.

Khamis, 2 Januari 2020

Gara-Gara Tiket Kapal Terbang RM500,000, Azmin Ali Dikecam Netizens.

POLITIK | Sarawak Report membuat pendedahan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali telah bercuti mewah ke Jepun dan London baru-baru ini.

"Sarawak Report mendapat laporan dimana rombongan 15 ahli keluarga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali bercuti ke Tokyo, dimana mereka berlepas dari Kuala Lumpur pada 21 Disember (MAS) dengan menaiki penerbangan kelas pertama. 

Percutian ke Jepun dan London itu nampaknya disahkan sendiri oleh keluarga Azmin Ali yang memuatkan gambar-gambar percutian tersebut di akaun media sosial mereka.

Sarawak Report (SR) juga dimaklumkan bahawa 12 tiket penerbangan kelas pertama dua hala pergi dan balik telah ditempah melalui MAS sejurus lawatan keluarga Azmin ke Jepun berakhir, dimana kali ini kumpulan yang sama bercuti ke London pula sehingga 7 Januari.


Dianggarkan kos lebih kurang RM500,000 hanya meliputi harga tiket semata-mata yang mana telah dibayar terlebih dahulu, dengan mengambilkira kes saman yang dilalui Azmin," tulis Sarawak Report malam tadi di akaun Facebooknya.  

Setakat ini Azmin belum lagi membuat apa-apa kenyataan balas yang didakwa oleh Sarawak Report itu.





Sementara itu tinjauan mendapati netizens mula mempertikaikan gaya hidup menteri yang disifatkan mewah itu.

Sebilangan besar netizens pro Pakatan Harapan telah mempertikaikan perbelanjaan mewah Azmin Ali dan beranggapan menteri itu akan memusnahkan legasi Pakatan Harapan jika dibiarkan.

Mereka turut mengaitkan tindakan Azmin itu dengan perkahwinan anaknya yang disifatkan sebagai terlalu mewah pada tahun lepas.

Manakala netizens pro pembangkang pula beranggapan tindakan Azmin itu telah pun menjadi hujah mereka kenapa Pakatan Harapan perlu dijatuhkan dan menjadi sepenggal. Mereka turut mengaitkan keadaan ekonomi negara yang lembab tetapi menteri ekonomi tetap mampu bercuti dengan girang sementara rakyat terus bergelut dengan masalah ekonomi.

Sementara itu penyokong Azmin mempertahankan perbelanjaan mewah menteri itu kerana Azmin adalah menteri ekonomi yang berjawatan tinggi dan bergaji besar. Tiket penerbangan RM500,000 adalah perkara yang mampu dibelanjakan Azmin kerana beliau adalah orang dan sudah lama bergiat aktif dalam politik. Tidak adil membandingkan kehidupan orang kaya dan miskin.

Sebagai rekod, gaya hidup dan perbelanjaan mewah kehidupan menteri dan pemimpin BN adalah antara punca kenapa mereka diundi keluar dari kabinet pada PRU ke 14 yang lalu. - 2 Januari 2019.

Tahun 2019 Adalah Tahun Paling Gagal, Tun Mahathir Perlu Bertindak Segera - Ezam Nor.

Mohamad Ezam Mohd Nor | Jangan ulangi kegagalan kerajaan tahun lalu ditahun ini. Selamat Tahun Baru 2020

1. Selamat datang tahun baru 2020 dan selamat tinggal 2019. Tahun yang penuh keperitan bagi rakyat dan tahun yang penuh kegagalan bagi sebuah kerajaan.




2. Keperitan rakyat tidak perlu diulas. Semua merasakannya. Peniaga kecil,besar, pekerja swasta, awam, didesa dan dibandar semua merasakan keperitannya.

3. Kerajaan mungkin tidak merasakannya. Yang pasti tidak merasakannya ialah sang menteri yang boleh meraikan perkahwinan anak di hotel 6 bintang dan menjadikan majlis paling gilang gemilang bagi tahun 2019.

4. Tapi kerajannya samasekali tidak gemilang. Tahun 2019 adalah tahun kerajaan yang gagal. Paling jelas PRK Tg Piai yang mencipta sejarah kemorosotan undi terbesar parti kerajaan didalam sejarah negara sejak Merdeka.

5. Kajian kecenderungan rakyat terhadap prestasi ahli kabinet diakhir tahun 2019 juga membuktikan hakikat ini. Kajian dilakukan oleh portal berita paling berpengaruh dan popular di Malaysia itu memperlihatkan kejutan dimana majoriti menteri mendapat peratus amat rendah dan diparas gagal.

6. Jelas, 2019 menampilkan ciri kerajaan gagal dan memualkan rakyat.Makanya Tahun 2020, kerajaan mesti berubah dan mesti berubah drastik.Perubahan biasa tidak akan membawa kesan kerana kegagalannya luarbiasa.

7. Sekadar merombak kabinet itu langkah biasa dan tidak akan beri kesan apa-apa. Jawatan PM sendiri harus berubah dan harus berubah segera.

8. Sidang APEC seharusnya bukan alasan untuk bertangguh. Sidang APEC sebenarnya harus menjadi faktor utama PM menyerahkan tampuk kerajaan kepada PM baru lebih jelas dan awal kerana ia memberi masa kepada PM baru untuk merangka perjalanan APEC.

9. Sekiranya PM baru diberi ruang memimpin di awal tahun ini (Januari) beliau mempunyai masa 11bulan (hampir setahun) untuk merangka rencana impak maksimal APEC kepada ekonomi negara. Ini paling penting dalam suasana ekonomi negara yang amat mendesak sekarang.

10. Fikirkanlah APEC untuk manfaat negara. Tun adalah negarawan. Negarawan bertindak demi negara bukan demi diri sendiri. Jangan layan karenah juak-juak disekeliling yang desperado dan gila kuasa. Mereka tidak pernah fikir untuk negara.

11. Tun Dr Mahathir mesti lakukan sesuatu yang betul ditahun ini. Jangan ulangi kegagalan tahun lalu. Atau kalau Tun masih enggan, tahun ini kita akan ditampilkan dengan kerajaan yang gagal lagi dan padahnya lebih parah lagi. Jangan sampai nasi menjadi bubur.

Selamat Tahun Baru.

Selasa, 31 Disember 2019

Baguslah PPBM Nak Gabung UMNO, Tapi Pulangkan Dulu Jawatan PM - Shahbudin Husin.

Shahbudin Husin | BAGUSLAH KALAU BERSATU NAK BERGABUNG DENGAN UMNO, TAPI PULANGKANLAH JAWATAN PM KEPADA PH LEBIH DULU.....

Ahli MT UMNO, Lokman Adam mendakwa, terdapat usaha yang direstui oleh sebilangan pemimpin UMNO sendiri untuk menggabungkan parti itu dengan Bersatu.

Katanya, antara sebilangan pemimpin yang setuju ke arah penggabungan itu ialah mereka yang sedang berdepan dengan pertuduhan jenayah di mahkamah.


Selain itu, usaha penggabungan yang mahu direalisasikan menjelang Mei 2020 itu juga dipercayai bertujuan memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim dan seterusnya membolehkan Tun Mahathir Mohamad terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal atau sampai beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Sehubungan itu, Lokman mencadangkan agar UMNO segera mengadakan pemilihan semula bagi membolehkan ahli parti membuat pilihan memilih kepimpinan antara yang mahu bekerjasama dengan Bersatu atau sebaliknya.

“Jika benar sebahagian dari kepimpinan UMNO dan bekas pemimpinnya lebih selesa mengambil pendekatan if we can’t defeat them, we join them (jika tak boleh kalahkan mereka, kita sertai mereka), biarlah ahli memutuskan jika mereka bersetuju dengan cara itu atau mereka lebih selesa dengan slogan ‘No Retreat, No Surrender’ (pantang undur, pantang menyerah).

“Daripada mengadakan EGM (mesyuarat agung luar biasa) untuk memutuskan keputusan mana yang mahu diambil oleh ahli parti, saya menyarankan agar pemilihan UMNO dilakukan segera sebelum percantuman yang dijangka berlaku sebelum Mei 2020 itu,” kata Lokman lagi.

Dalam konteks UMNO dan Bersatu, sebenarnya kedua-dua pihak tidak dinafikan ada keinginan untuk saling bekerjasama dan bersatu.

Bagi sesetengah pemimpin UMNO, mereka merasakan hanya dengan cara itu akan membolehkan parti itu kembali semula memegang kuasa.

Selain itu, dengan kembali berkuasa juga, beberapa pemimpinnya yang sedang berhadapan dengan kes mahkamah turut lebih cerah dapat melepaskan diri.

Bagi Bersatu pula, oleh kerana kerusi yang dimenangi dalam PRU14 lalu terlalu ciput, bergabung dengan UMNO akan menjadikannya tambah kuat dan mampu bertahan lebih lama.

Lebih-lebih lagi bagi Tun Mahathir, penggabungan dengan UMNO boleh dijadikan sandaran untuk kekal lebih lama lagi sebagai Perdana Menteri.


Maka itu, bergabungnya UMNO dengan Bersatu bukanlah suatu yang mustahil atau merupakan kesalahan daripada segi hukum politik untuk mengekalkan kuasa dan menyelamatkan diri.

Cuma, khusus buat Tun Mahathir dan Bersatu, jika penggabungan dengan UMNO itu mahu direalisasikan, adalah tidak bermoral untuk membawa sekali jawatan Perdana Menteri bersama dengannya.

Boleh dan tidak salah untuk bergabung, tapi tinggal dan serahkanlah jawatan Perdana Menteri kepada PH kerana yang menang PRU14 lalu adalah PH melalui persefahaman menggunakan logo PKR ketika itu.

Adalah memalukan dan macam muka tak malu jadinya jika jawatan Perdana Menteri mahu dibawa sekali oleh Bersatu untuk dikongsi dengan UMNO melalui penggabungan itu, sedangkan jawatan tersebut adalah milik PH dan dicatatkan kemenangan dalam PRU14 melalui simbol PKR.

Serahkanlah semula jawatan Perdana Menteri itu kepada PH dan melalui gabungan baru itu nanti, berlawanlah dengan PH dalam PRU15 akan datang.

Apa macam, ada bantahan?

Khalid Dedah Rahsia Kelulusan Tergesa-Gesa Mansuh Elaun Kritikal Demi Betulkan Kerajaan..

POLITIK | Tindakan Menteri Wilayah mendedahkan kejadian disebalik tabir mengenai pemansuhan elaun kritikal nampaknya membuka mata orang awam terhadap cara menteri tertentu bekerja dalam kabinet Pakatan Harapan.




Sebelum ini kita ketahui;

1. Tun Mahathir
2. Muhyiddin Yasin
3. Lim Guan Eng
4. Azmin Ali

adalah empat menteri yang membuat keputusan memansuhkan elaun kritikal penjawat awam.

Syed Saddiq dan Dr Dzul menjadi dua menteri terawal yang meminta keputusan itu dikaji semula. Bagaimanapun Syed Saddiq dan Dr. Dzul dituduh bermain wayang supaya tak dikecam masyarakat akan langkah yang dibuat oleh Pakatan Harapan itu.

Anwar Ibrahim yang turut meminta kerajaan mengkaji semula tindakan tersebut turut dikecam netizens kerana Wan Azizah berada dalam mesyuarat kabinet yang membincangkan pemansuhan elaun kritikal itu.

Bagaimanapun pendedahan yang dibuat oleh Khalid Samad akhirnya merungkai persoalan yang bersarang di pemikiran rakyat.

Menurut Khalid Samad;

1. Menteri kabinet (tidak pasti samada kesemuanya ataupun hanya beberapa sahaja) TIDAK MEMBACA KESELURUHAN KERTAS CADANGAN PEMANSUHAN ELAUN KRITIKAL sebelum diluluskan.

Ini bermaksud apa? Maksudnya menteri-menteri kabinet PH telah bertindak meluluskan sesuatu yang mereka sendiri TIDAK BACA, TIDAK FAHAM, TIDAK TAHU!

Ini adalah PERKARA YANG SANGAT MEMALUKAN!

Kenapa mereka berbuat tindakan sedemikian agaknya? 

2. Baik, Khalid seterusnya menjelaskan kegagalan para menteri kabinet membaca dan memahami kertas cadangan pemansuhan tersebut adalah kerana ia dibentangkan secara tergesa-gesa.

Mengikut kelaziman, sesuatu kertas cadangan yang akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet, perlulah dihantar dua minggu sebelumnya. 2 minggu adalah tempoh untuk para menteri membaca, mengkaji, memahami apa yang mereka perlu bahaskan, bincang dan kaji sebelum bertindak meluluskan atau membatalkan cadangan.

3. Bahkan, perkara pemansuhan elaun kritikal juga terdapat diakhir kertas cadangan. Hal itulah yang membuatkan para menteri tak berkesempatan untuk meneliti perkara : pemansuhan elaun kritikal, kerana butirannya berada di akhir kertas cadangan.

4. Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, Khalid Samad bertindak menegur kerajaan Pakatan Harapan secara terbuka dan lantang sekali.

Khalid Samad mahu;

- Tiada lagi kertas cadangan diluluskan secara tergesa-gesa.

- Tak boleh lagi meluluskan kertas cadangan yang diberi pada hari yang sama. Para menteri perlu diberi masa untuk memahami butiran cadangan sebelum bertindak meluluskan ia.

- Tindakan meluluskan kertas cadangan tergesa-gesa akan membuatkan ia tidak adil kepada menteri yang terpaksa membaca dan memutuskan cadangan dalam masa yang singkat.

“Belakang baru bincang cerita pemotongan bila kita tidak sempat baca, kita baca covering letter tidak ada cakap (tentang pemansuhan BIPK) hanya sempat rujuk mukadimah penyelarasan, sebab itu ia lulus begitu.
 

Saya akan minta Kabinet, untuk tidak meluluskan terus yang dibentangkan pada hari itu kecuali kecuali yang benar-benar terdesak, kalau tidak tidak adil untuk menteri buat keputusan.

“Kami tidak dapat membaca kesemuanya, dan ia diluluskan. Kenapa tergesa?,”
jelas Khalid Samad, memetik laporan The Malaysian Insight.


Sebahagian pengkritik telah menegur tindakan Khalid Samad, lebih baik tak payah jadi menteri kalau tak baca kertas cadangan.


Sebahagian yang lain pula telah mengejek dan menyindir Khalid Samad kerana membuat pengakuan tersebut.


Bagaimanapun bagi mereka yang mahu memahami cerita, tindakan Khalid Samad ini sebenarnya merupakan satu teguran kepada Pakatan Harapan.


Dia ialah salah seorang menteri dalam kabinet Pakatan Harapan. Bila-bila masa sahaja dia boleh kehilangan jawatan kerana mendedahkan kelemahan sendiri, tetapi adakah dia berhenti menegur? Nampaknya tidak.


Yang ditegur pula bukan calang-calang orangnya. Ada 4 pemutus kata dalam pemansuhan elaun kritikal itu. Adakah beliau bertindak merahsiakan apa yang berlaku disebalik tabir? TIDAK.

Katakanlah apa sahaja, menteri dedahkan kelemahan sendiri, menteri bocorkan rahsia, menteri malas baca, akhirnya yang kita faham, Khalid Samad sebenarnya sedang meminta bantuan masyarakat untuk menegur kelemahan pentadbiran Pakatan Harapan. Membetulkan ia secara dalaman dan luaran, adalah sama-sama penting bagi negara kita ini. - 31 Disember 2019.

Pelepasan VISA Pelancong China Dan India - Apa Yang Anda Patut Faham.

POLITIK | Baik, kita lihat sekarang neh ramai bercerita mengenai pelepasan visa ke atas pelancong dari negara China dan India.

Majoriti pengomen beranggapan tindakan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohammed menandatanggani perjanjian tersebut sebagai satu tindakan MENJUAL KEDAULATAN NEGARA, kerana pelancong asing ini dianggap akan memberikan UNDI kepada DAP.



Ini bukan percakapan kosong. Anda boleh membaca sendiri komen-komen ini yang bertebaran di sana sini. Khususnya di halaman Malaysiakini yang melaporkan berita tersebut.

Hujah mereka itu kemudiannya dikuatkan dengan LAPORAN AUDIT NEGARA 2018.

Laporan audit menyebut;

1. 95% pelancong China dan India tiada rekod keluar Malaysia dari tahun 2016 hingga 2018.

2. Dari 79,799 warganegara China yang melancong ke Malaysia, seramai 76,258 (95.6%) didapati tiada rekod keluar Malaysia.

3. Manakala, bagi warga India, dari 41,243 yang masuk Malaysia, seramai 39,806 (96.5%) didapati tiada rekod keluar Malaysia.

4. Laporan audit kemudiannya merumuskan, 1.26j pelancong warga China dan 295.634 pelancong warga India diproses secara manual dibawah sistem MyIMM.

5. Sistem MyIMM ini dikatakan mempunyai kelemahan yang sangat serius.

6. Kerana pengesahan data kemasukan pelancong ke Malaysia diproses secara offline yang tidak dikemaskini. 

7. Keadaan itu menyebabkan data 1.56 juta pelancong warga asing dari tahun 2016 hingga 2018, terapung (tidak diketahui keberadaan mereka).

Hal ini serius, bukan?

Ini bermakna masalah sebenar kita bukanlah terletak pada PELEPASAN VISA ataupun VISA PERCUMA - TETAPI CARA KITA MENGURUSKAN PENGESAHAN & DATA KEMASUKAN PELANCONG ASING KE DALAM NEGARA KITA.

Apa yang Tun Mahathir buat sebenarnya?

1. Meneruskan legasi kerajaan terdahulu, pelepasan visa bagi pelancong asing China dan India ke Malaysia.

2. Tujuannya untuk mengalakkan industri pelancongan Malaysia. Kita bersaing dengan Indonesia, Singapura dan Thailand. Maka, Malaysia juga mahu dilihat mampu menyaingi negara-negara tersebut.

3. Antara yang dilakukan kerajaan bagi menanggani masalah kemasukan haram pelancong asing ialah;

- Pelancong perlu membuat pendaftaran maklumat terlebih dahulu melalui sistem “Electronic Travel Registration and Information (eNTRI) dan melakukan perjalanan dalam tempoh tiga bulan selepas mendaftar.

- Pelancong China dan India hanya diberikan tempoh lawatan selama 15 hari dan WAJIB menunjukkan TIKET PULANG / KELUAR MALAYSIA dalam jangkamasa tersebut. Tiada apa-apa pas tambahan akan diberikan kepada mereka bagi memanjangkan tempoh lawatan. 

- Perlu ada itenenary; mereka perlu nyatakan aktiviti pelancongan. 

- Kena tunjukkan mereka ada kemampuan kewangan semasa melancong ke Malaysia menerusi akaun bank yang sah yang turut mempunyai logo 0nionPay, kad kredit (kad kredit tak boleh bar), e-wallet yang mencukupi. Dalam ertikata lain, takde duit tapi nak datang melancong? Keraguan ini munasabah, kerana mereka boleh dianggap datang untuk bekerja secara haram, kerana itu kerajaan mengenakan undang-undang sedemikian.

- Pelancong dari negara berkenaan yang telah pulang, hanya boleh mendaftar semula untuk memasuki Malaysia paling cepat, selepas 45 hari meninggalkan Malaysia.

-  Pelancong China dan India perlu memasuki Malaysia dan keluar dari Malaysia hanya melalui lapangan terbang yang dibenarkan atau pos kawalan imigresen.

Ini adalah beberapa penambahbaikan yang kerajaan PH lakukan. Disamping mengalakkan industri pelancongan negara, PH juga mahu mengatasi kebanjiran warga asing yang memasuki secara haram seperti menyamar sebagai pelancong.

Yang ramai orang kurang faham mengenai PELEPASAN VISA ialah, bukanlah bermaksud tiada visa. Tetapi ia bermaksud VISA PERCUMA (tiada pembayaran perlu dibuat) dan tak perlu membuat pengesahan melancong di kedutaan negara masing-masing.

Pelancong masih memerlukan VISA untuk dicop, yakni VISA ON ARRIVAL.

Dan pendaftaran secara online di portal ENTRI juga boleh dianggap membuat pengesahan kemasukan di kedutaan. Bezanya kita tak lagi perlu hadir ke kedutaan dan membuat pengesahan, sebaliknya ia boleh dilakukan secara online, dimana-mana sahaja. Limit 3 bulan diberikan adalah untuk memastikan pelancong masuk ke Malaysia dalam had yang diberikan, jika tidak, butiran pemohon akan dinyahsahkan bagi mengelakkan pemanipulasian.

Diharapkan dengan penjelasan ini, pihak yang salah faham akan nampak usaha kerajaan memerangi kemasukan warga asing secara haram ke Malaysia. - 31 Disember 2019.

Hari Terakhir 2019, Pelaku Video Sandakan Belum Didedahkan.

POLITIK | Pada 20 November 2019, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohammed menyatakan seperti berikut;


 
1. Polis telah menghantar sepasukan anggota untuk bertemu dengan pakar bebas bagi menganalisis video tersebut. Baik dari segi ketulenannya dan juga identiti individu-individu di dalam video tersebut.

2. Pasukan itu telah ke US dan menjalankan misi tersebut dengan jayanya. Bahkan telah pun kembali ke Malaysia.

3. Polis telah merujuk sebanyak 7 atau 8 kali kertas siasatan kepada AGC.

4. Dan selepas memperolehi keputusan analisis tersebut dari pakar, polis akan merujuk sekali lagi dengan AGC.

Ketika ditanya oleh wartawan, bila agaknya keputusan analisis itu dijangka akan keluar, Datuk Huzir kemudiannya menjawab, polis sangat yakin keputusannya akan keluar sebelum hujung tahun.

Kenyataan Datuk Huzir inilah kemudiannya dipetik lalu menjadi TAJUK UTAMA kepada beberapa portal berita tempatan negara seperti Awani, Malaysiakini, Malaysiagazette dan beberapa blog yang lainnya.

Baik, hari ini adalah 31 Disember 2019. Hari terakhir sebelum memasuki tahun 2020. Dan keputusan analisis mengenai video tersebut masih lagi belum didedahkan kepada umum. Mungkin sekejap lagi ada sidang media, kita tidak tahu. Mungkin tiada sidang media, boleh jadi. Kita pun taktahu apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Apabila masyarakat tidak dimaklumkan dengan perkembangan terkini kes, kita akan jadi tertanya-tanya dan itulah yang sedang berlaku sekarang - TIADA PERKEMBANGAN TERKINI.

Kalau kita perhatikan, PDRM bukanlah pihak yang menjadi sasaran kecaman ataupun serangan masyarakat dalam isu video. Sama sekali tidak. Walaupun ada yang tertanya-tanya apa sedang berlaku dengan kes tersebut tetapi netizens bukannya mengutuk pihak polis pun.

Yang netizens kutuk itu ialah KERAJAAN PAKATAN HARAPAN.

Mereka beranggapan;

1. Kerajaan ini sedang menekan atau masuk campur ataupun menjadi tangan ghaib dengan mengacau tugas-tugas polis. Polis sentiasa komited mahu menjadi badan bebas dan berintergriti tetapi politician sentiasa mencari jalan bagi mengagalkan visi PDRM.

2. Terdapat usaha untuk melindungi pihak tertentu. Seperti yang kita ketahui, video tersebut bukanlah video edit. Ia disahkan TULEN. SAHIH. Dan RAKAMAN yang BENAR. Cuma pelakunya sahaja yang tidak diketahui siapa. Hanya HAZIQ mengakui dia adalah INDIVIDU dalam video tersebut. DS Azmin menafikan sekeras-kerasnya dan mengatakan dia diserang bagi menjatuhkan maruahnya.

Suatu masa dulu, Lokman siap bawa video tersebut kepada penganalisis yang berpengkalan di Indonesia. Lokman tidak ditangkap kerana menyebarkan fitnah.

Jadi ini apa?

Automatik masyarakat pun berfikir, ohhh jadi ia bukanlah fitnah. Laporan ANALISIS itu ada asasnya.

Gambaran ini telah terbentuk dan menyerap ke dalam pemikiran rakyat. 

Masih ingat lagi rakaman CCTV Hotel yang tular di laman sosial suatu ketika dahulu tu?

Kes itu juga belum ada kata putus. Beberapa pihak telah ditahan dan disiasat dan kemudiannya dilepaskan. 

Rakaman CCTV itu bagaimana? Senario sebenarkah? Apa hasil siasatan? Bagaimana perkembangan kes?

Dan akhirnya, hal-hal sebeginilah membuatkan kita ditertawakan penyokong pembangkang. Ia memang remeh tetapi jika isu-isu remeh ini seringkali terjadi mereka akan membentuk satu kepercayaan. Mereka melihat kerajaan ini mencemarkan reputasinya sendiri. 

Nak bercerita tentang SELAMATKAN MALAYSIA? BEBAS? BERINTERGRITI? Boleh, tetapi tolonglah WALK THE TALK. - 31 Disember 2019.

Isnin, 30 Disember 2019

Kerajaan Tangguh Perlaksanaan Subsidi Petrol Bersasar & Kesannya Ke Atas Penyokong PH.

POLITIK | Kerajaan telah membuat keputusan untuk menangguhkan Program Subsidi Bersasar yang sepatutnya bermula pada Januari 2020 kepada satu tarikh baru yang belum ditetapkan.


Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan media bertarikh 30 Disember 2019.

Kenyataan penuh menteri akan disertakan di akhir artikel ini.

Sekarang, kita nak cerita dulu apa implikasi tindakan kerajaan PH ke atas para penyokongnya terlebih dahulu;

1. Uturn. Kita tahu kerajaan PH dan UTURN berpisah tiada. Uturn ini bukannya gambaran hasil persepsi tetapi hakikat kerana sememangnya kerajaan hari ini gemar membuat pusingan U. Sepatutnya kerajaan dah boleh faham budaya uturn ini telah menjadi bahan troll ke atas PH. Dan kerajaan ini sudah patut berhenti uturn bagi membebaskan PH dari terlekat dengan label itu sehingga PRU 15. Tetapi kurang 3 tahun nak PRU, mereka tetap mempertahankan sikap suka uturn. Kenapa agaknya tu?

2. Sikap suka uturn PH juga menyusahkan penyokong-penyokongnya di alam maya.

3. Cuba fikir, bila PH buat pengumuman PSP, penyokong-penyokong kamu kerah otak bagaimana nak membetulkan tanggapan serong. Mereka berhujah. Buka manifesto PH. Bagi fakta. Tunjuk bukti. Fahamkan netizens kesan negatif subsidi pukal. Terangkan pada netizens konsep subsidi bersasar. Agensi KPDHNEP siap buat iklan berbayar di Facebook.

4. Last-last PH buat tindakan uturn. Atas alasan perlu beri penerangan. 

5. Kalau tak begitu yakin boleh dilaksanakan pada Jan 2020, dari awal lagi tak perlu dikeluarkan tarikh pelaksanaan. Terus sahaja dengan tindakan menerangkan kepada rakyat. Katakan, kamu bercadang 6 bulan proses nak fahamkan rakyat & seru mereka daftar, so kempen kamu sepatutnya focus kepada pendaftaran mereka yang mahu terima subsidi kelak. Tak payah sebut tarikh pelaksanaan memandangkan asyik goyah je setiap masa.

6. Macam mana pelabur nak yakin pada kerajaan sebegini? Mereka tak konsisten pada polisi ciptaan sendiri. Bagaimana orang luar nak yakin pula? Polis ini dah la ada dalam manifesto kamu sendiri. Fikirlah. 

7. Penyokong yang dah berhujah tadinya tu pula kena tebal muka tahan malu. Kerana PH asyik membuat pusingan U.

8. Cuba la sekali ini mendengar kritikan orang dan berhenti membuat pusingan U.

9. Cuba bayangkan, lepas ini jika PH umum apa-apa polisi, penyokong dah cuak nak pertahankan kamu. Mereka pun rasa serba salah. Nak dipertahankan nanti PH uturn macam mana? Tak dipertahankan, tapi ada respon yang salah faham. Jadi bagaimana? Kamu meletakkan penyokong kamu dalam satu keadaan yang serba mengelirukan.

10. Tak pasti jangan sebar, tahu kan kempen ini? Kempen memerangi berita palsu. Kempen ini juga boleh digunakan bagi memerangi sikap suka uturn. Tak pasti jangan sebar. Jangan umum. Jangan cakap. Jangan potpet dekat media & orang awam. Berhenti merosakkan imej & intergriti penyokong kamu di hadapan netizens. Tolong.

Sekian.

-----

Kerajaan pada 7 Oktober 2019 telah mengumumkan pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) bermula Januari 2020 sesuai dengan manifesto Pakatan Harapan.

Kerajaan memperuntukkan RM 2.4 billion dalam Belanjawan 2020 dengan jumlah penerima manfaat ini seramai 8juta orang daripada kelompok B40 dan M40.

Mesyuarat Kabinet pada 18 Disember 2019 telah memutuskan bahawa pelaksanaan PSP yang dijadual bermula Januari 2020 tidak diteruskan dahulu sehingga satu masa yang akan diumumkan kemudian.

Hal ini adalah untuk memberi ruang:

1. Sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini.

2. Proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan. Sementara menunggu konfirmasi pelaksanaan PSP ini diumumkan kemudian, rakyat akan terus menikmati harga petrol sepertimana sistem sekarang.

Sekian, terima kasih

Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
30 Disember 2019
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...