Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 9 Julai 2011

Jom demo bersih 2.0 sekarang!

Aku dah siap. Sekarang siap ontheway ke kl. Kalau tengah jalan roadblock ataupun polis menganas, maka aku akan redah tetap redah sehingga sampai ke destinasi kita iaitu stadium merdeka. Kali neh kita all out habis habisan. Korang dah siap belum? Lepas subuh dah berkobar-kobar dah aku nak jejak kaki kat kl neh. Dah tak sabar rasa nya nak tunjuk "semangat bersih" kat spr dan segala bagai badan2 kotor busuk bacin. Heh.

Hah? Apa? Pencacai umno memekak pasal ambiga lagi? Ambiga ketua bersih? Kafir? Pro murtad? Hindu segala bagai? Owh okey.. tak sangka aku orang kafir + hindu + pro murtad pun beria-ria nak kan pilihanraya yang adil dan telus. What's this? Seriyus hell.. macam mana orang kafir pun menggila nak kan keadilan walaupun dia kafir? MY Allah swt.

Kalau lah orang kafir seperti ambiga pun mempertahankan keadilan maka hairan lah aku jikalau ada orang2 tak kafir [islam konon nya] menolak keadilan. Bila masa plak orang tak kafir memperjuangkan kezaliman ye tak? Kalau korang tak bersih maka korang ialah kotor lagi mengotorkan.

kah kah kah

Dompet dalam ada ic dan kad bank je.
Duit ngam2 rm50 je cukup
Kamera dan jaket
Hp cikai 1
Beg sandang

Seme cukup. Kita jumpa kat sana. Now or never. Jom bersih. Lawan kotor habis habisan kali neh.

Ameno : Kl makin sesak.

Jumaat, 8 Julai 2011

Bawa garam pun kena tahan dengan polis - Bersih 2.0

Info neh sahih. Bukan dapat melalui email. Sebaliknya panggilan telefon. Maksudnya orang yang aku kenal lah. Dia call dan bagitau menda neh. Siapa dia tak boleh lah aku dedahkan disini. Yang penting aku nak kelirukan mereka supaya mereka tak boleh trace orang yang bagi maklumat neh kat aku.

Sepertimana yang kita sedia maklum ada 30 jalan2 di kl akan ditutup bermula jam 12.01 tengah malam neh. Ditutup daripada dimasuki oleh kita. Samada dia tutup terus dengan tak bagi sapa2 masuk ataupun dia tutup hanya kepada peserta2 bersih aku kurang pasti tetapi apa yang pasti ialah  ;

1. Jika korang berada dalam kawasan yang ditutup dan berada dalam kawalan polis, dalam keadaan yang mencurigakan, dan mempunyai alatan demo seperti tuala, garam, baju2 berkaitan bersih ataupun tidak, alat2 berkaitan demo seperti topeng dan sebagainya korang akan terus ditahan sebab melanggar undang2 dan arahan. Arahan untuk peserta demo agar tidak menjejaki 30 jalan utama di kl telah diedarkan dan disebarkan jadi polis ada hak untuk tangkap korang. Ini menurut tafsiran polis lah, bukan aku. Tafsiran aku jawapan nya ialah bullshit itu sahaja. Simple kan? Heh.

2. Boleh bawa semua2 benda di atas jika korang datang berkumpulan. Kalau agak2 3,4 orang tak payahlah susah2. Sekali angkut je polis dengan korang. Berkumpulan = mesti ramai2 yang mana polis pun fuhh.. kira ramai lah. Sebab tue korang kena ikut2 orang. Kalau jumpa member2 yang nak pergi bersih, pergi ramai2 jalan dalam kumpulan besar, bukan kecik. Tak payah lah nak berego2 plak, aku tak geng ko, ko tak geng aku, ko sapa aku tak kenal, arhh menyampah plak aku dengan mamat neh, tue seme letak tepi kalau takmo kena balon dengan polis sebab langgar arahan polis.

3. Kalau lone ranger cam aku memang susah sket. Sebab tue aku plan awal2 nak berlakon bodoh2 je. Aku siap nak berlakon cakap takde tv, takde paper, takde internet dan kalau boleh aku nak cakap tak reti membaca, Biar polis tue simpati dan faham bahawa aku mangsa keadaan bila dia terjumpa aku tercampak kat dalam stadium tue nanti. Aku, apa pun tak bawa. Siyes. Aku bawa kamera je. Heh.

4. Masuk kl waktu pagi. Sesudah subuh. Lagi cantek. Untuk elakkan apa2 perkara yang tidak di ingini. Pastikan jangan bawa duit yang banyak. Alahai kang hilang menangis ko. Bawa ic. Jangan lupa. Satgi kena cop indon, padan muka. Alasan polis nak kenakan ko. Dan paling penting jangan bawa kad student kalau dah tahu korang tue student. Aku tak bagi student2 neh ikut, tapi kalau dorang degil mesti dorang ikut gak, so langkah berjaga2 jangan ada satu pun dokumen yg boleh mengaitkan korang ialah student dan jangan mengaku korang ialah student. Cakaplah ko kerja ke apa ke asalkan tak mengaku student. 

5. Jangan bawa perkara yang boleh menyusahkan korang. Macam laptop ke. Kang nak lari payah. Orang dah lepas sebatu korang tertinggal kat belakang sebab beban laptop. Parkinglah motor atau kereta jauh2 dari tempat perhimpunan. Jangan bagi polis sedar dan faham itu ialah kenderaan korang. Satgi dia buat sportcheck rambang ada kuning ke apa ke, dah kena lagi korang. Kan dah pesan, tapi takmo ikut.

6. Simpan no penting neh dalam hp masing2 sekarang. ==> SMS 013-2102002 . Kalau kena tahan dengan polis terus SMS no neh segera dan hantar butiran penuh.

7. Cuba cari kawan2 yg nak pergi esok. Kita pergi ramai2, cari satu tempat berkumpul. Tapi ramai2 kena kompromi. Kalau sorang geng angkut barang "haram" yg buat polis curiga, dengan aku, dengan ko, dengan orang lain2 sekali masuk lori polis, tak sempat demo bersih,  kita dah demo dalam balai dulu. Heh. Sekian.

Nota : Jauhi provokasi dan kumpulan provokasi. Jika ada sesuatu yg mencurigakan rakam guna akal dan kamera.

Dan kalau korang kena tahan ingatlah bahawa ;

- Diam lebih baik. Tak kira lah polis tue nak maki segala bagai ke [kalau leh rakam bagus gak tue] tapi lebih baik diam dan membisu. 

- Jangan melawan dan kurangkan menjawab. Kalau dia minta IC bagi. Kalau dia tanya lebih2 pasal korang, tipu, itupun kalau pandai lah kan. Kalau takmo tipu, diam. Habis citer. Fikir2 lama sebelum jawab itu ini. Tapi lebih baik jangan jawab.

- Perhatikan nama dan no polis tue. Kalau boleh catit dia dalam otak masing2. Buat modal mengumpat kita kalau2 polis tue polis jahat. Kalau polis tue polis baik yang jalankan tugas, takpelah. Kita kena bertolak ansur.  Ikut info yang aku dapat polis bersepah esok dan hari neh. Memakai dan tidak memakai baju seragam. Mungkin ada yang menyamar sebagai peserta bersih untuk collect info. So waspada lah. Dah ramai2 mana lah kita kena semua kan?

- Jangan berlagak2 dedahkan identiti aku blog neh, aku admin neh, aku facebooker yg selalu maki hamun umno dan sebagainya. Lebih baik diam2 je. Silap dedah terdedah kepada musuh baru padan muka ko.. nanti habis gambar ko kena sebar macam aku. Hah padan lah muka. Heh. Tapi itu kalau gambar je kena captured, silap2 orang tue SB hah lagi lah mampos ko kena naik SKMM atas akta hasutan plak. So ahti2 lah esok memasing2, pandai2 lah bawa diri dan menyamar segala bagai. Taktik aku macam biasa larh. Jadi orang bodoh. Habis. Sekian.

Updated :
No. Telefon Hotline (Khidmat Guaman) Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia:

1. +6016 312 6463
2. +6016 312 6473
3. +6014 645 1753
4. +6012 392 8379

Mohon sebarkan dan simpan nombor2diatas dalam handphone masing2... Apa2 berlaku pada anda, sila sms nama,lokasi ditahan & dibalai mana anda dibawa.

Harap Maklum.
Ameno : Masuk kl dan tidur kat puduraya.. muahahaa... jgn balik rumah.

Khamis, 7 Julai 2011

AmenoWorld SMS Ketua Polis Negara isu bersih 2.0

Nak menangis aku tengok betapa bersungguh2 nya kerajaan + polis = bergabung untuk halang kita buat demo bersih meskipun kita sudah bertolenrasi daripada tukar lokasi kepada kurangkan masa berhimpun sehingga memberikan janji berkali2 bahawa kami akan berhimpun secara aman dan tidak akan sama sekali melakukan provokasi dan jika ada peserta bersih yang melakukan provokasi kami juga tidak akan bertolak ansur dengan tindakan tersebut.

Walaupun dilanda hujan fitnah kita tetap telah berusaha mencari jalan terbaik untuk terangkan hal sebenar kepada mereka yang berkaitan. Tapi nampaknya cara tolenrasi yang kita gunapakai tak diterima dengan baik. Menerusi tv3 tadi IGP dah cakap dengan detail dan tv3 pun dah bagi hint dengan detail bahawa kita sama sekali tidak akan mampu menjejakkan kaki ke dalam stadium merdeka samada melalui jalankaki ke, jalan terbang ke, jalan bas ke, apa jalan sekalipun telah ditutup rapat serapat rapatnya dan dikawal oleh polis dari jam 12.01 esok sehingga 10.00 malam pada hari sabtu. Kesimpulan nya, adakah kita patut turun demo ramai2 bermula pada hari ini dan duduk berkampung di stadium merdeka untuk dua hari? Aku tatau. 

Apa pun tadi aku dapat tahu no hp IGP dan telah pun SMS kepada dia setelah menonton buletin utama tadi. Lihat bawah neh ;



Dan ini ialah kandungan SMS aku ;

As'kum, IGP, saya mendapat no neh mlalui page fb, sy bkn nak kacau IGP dgn menghantar sms neh apatah lagi sy harap IGP tidak salah faham akan niat saya. Tujuan saya cuma nak meluahkan banyak rasa terkilan di ats tindakan IGP kpd peserta brsih di tv3 sebentar tadi. Sebenarnya IGP tahu, mmg tahu bahawa kami cuma nak berhimpun aman. Sebenarnya IGP mampu, memang mampu nak kawal keadaan dan suasana ttp yang saya tidak faham ialah kenapa perlu kecoh2kan suasana dan menuduh kami dengan pelbagai fitnah yang tidak masuk akal? Mengatakan kami adalah agent komunis tak cukup, tambah lg yg kami dpt dana yahudi, merugikan peniaga, merosakkan negara, dan terbaru kini kami ada bom petrol guna botol plastik? Pada mula kerajaan kata, okey himpun dalam stadium,melalak lah sampai ke pagi, bila kami sudah dapat perkenan Agong, lagi kami di halang. Kenapa mesti stadium merdeka? Tidak kah IGP faham bahawa kami ialah rakyat malaysia? di mana pun kami berhimpun, kami berhak kerana kami ialah rakyat malaysia. Kami bukan penumpang dan pendatang ttp kami di layan sangat2 hina. Kenapa IGP tidak memahami kami sbg rakyat? kenapa tak pernah mendekati kami dan membaca luahan2 kami? Apakah ada perbezaan taraf di antara rakyat yg mahu bebas bersuara, neutral, pembangkang dengan rakyat yg pro bn? Bukan kah kami bayar cukai? Bukan kah kami juga menyumbang dan mendoakan kesejahteraan negara ini? Di manakah bukti bahawa jasa2 kami kurang daripada jasa2 rakyat pro kerajaan? Bukan kah dengan menunjukkan kpd kerajaan bahawa ada beberapa polisi mereka kurang tepat dan efektif membuktikan yg kami hanya mahukan kerajaan alert, faham, berubah dan mencari solusi supaya mereka blh mentadbir negara ini dengan lbh bagus lagi? bukan lah kami lalai dengan dunia hiburan dan terkinja2 di stadium merdeka. Kami hanya mahu hantar 8 perkara, 8 tuntutan secara berkumpulan supaya spr faham, nampak, rasa, melihat dengan mata sebenar mereka bahawa mereka yg  menuntut pilihanraya yang adil, bersih dan telus adalah MAJORITI = KEBANYAKKAN RAKYAT MALAYSIA. Bukan nya kemahuan
Time: 07/07/2011 20:37:23


Name:
Number: 0196000157
Content:
segelintir pihak sahaja. Dan jika SPR nampak betapa bersungguh2nya kemahuan rakyat mahu bersihkan sistem SPR, mungkin SPR akan berubah. Ini sahaja punca nya kami turun beramai2. Bukan kami nak pergi bunuh org, bom org, jadi komunis, ataupun merampas kerajaan najib. Sudah diterangkan berkali2, banyak kali kami cakap, ulang demi ulang, pernah kah IGP memberikan masa utk mendengar luahan kami? Seseorang yg adil dia akan dengar pandangan dari kesemua pihak dan buat keputusan ikut akal dan fakta, bkn emosi dan arahan. Mentang2lah kami rakyat yg tak mampu janjikan apa2 jawatan dan wang, kami dilayan bagai anjing.Anjing pun lg bagus sekurang2 dia blh merayau2 di sekitar kl dengan bebas tanpa permit, kami? Heh. Janganlah salah anggap sms neh sebagai sms yg bukan2, sebagai rakyat malaysia saya rasa IGP perlu turun padang dan memahami rakyat. Bukan luak apa pun kalau ikut konsep keadilan. Malahan IGP akan dihormati dunia akhirat. Tapi kalau menindas kami merupakan satu kepuasan, maka teruskanlah. Walaupun bersih 2.0 boleh dihalang, boleh tutup, boleh difitnah dan sebagainya, ttp ingatlah satu perkara bahawa sehebat mana pun kerajaan + media + pihak2 lain memanipulasikan data dan kebenaran, mereka ttp tak boleh tipu Allah swt. Sekian.
Time: 07/07/2011 20:46:04

Aku hantar guna no broadband. Harap jangan ada polis pelempang aku semata2 kerana aku sms IGP. Sebagai rakyat malaysia aku rasa IGP perlu faham setiap keluhan dan runggutan rakyat malaysia berbilang kaum dan pandangan. Bukan hanya menitikberatkan pandang2an yang pro kerajaan je. Sekarang neh aku dah sent SMS. Korang berani tak nak send? Alah SMS je. Tapi lepas neh kalau polis nak pelempang kita beramai2 kena lah masing2 akur okey. Keberanian setiap orang berbeza2 dan tak boleh dipaksa2 apatah lagi disuruh2. Lue berani sms lue mesti berani tanggung. Sekian.

Ameno : Sedih kena tindas.

Isu bersih 2.0 : Nasib student UITM - kena cari pengundi hantu?

Email neh aku terima tanpa aku edit apa2. Dan email neh aku terima semalam. Ini baru satu student yang meluahkan rasa terpendam. Mungkin ramai lagi student yang mempunyai pendapat seperti neh di luar sana. Tapi kebebasan bersuara mereka di sekat melalui akta AUKU. 

Pendapat peribadi aku ialah mahasiswa harus diberikan peluang dan ruang untuk bersuara dan menyokong apa yang dekat di ahti mereka selagi mana ianya tidak melanggar syariat islam. Bukan susah. Cuma jangan melanggar syariat islam je. Dalam erti kata lain jangan menyimpang dari isi Alquran. Tapi BN rasa mereka lagi hebat dari firman Allah swt, nak buat macam mana. Terpaksa lah yang tak berdosa tanggung akibatnya. Baca bawah dan nilaikan sendiri.

Assalamualaikum..

encik amenoworld, saya hanya nak kongsi rasa tak puas hati sebab UiTM tak bagi student join Bersih 2.0. siap hantar-hantar email lagi tu. Kalau program UiTM ade kena-mengena dengan Puteri Umno boleh la pulak. contohnya OPKIM. kalau student tak boleh terlibat dengan politik, kenapa Puteri Umno boleh join aktiviti UiTM?? tak adil kan?
 

sem lepas kawan saya ada cerita, student yang masuk kadet polis universiti ni (suksis kot nama kelab tu), mereka wajib mencari 30 orang untuk mendapatkan nama dan NRIC.. tak tahu lah diorang nak buat ape. buat list pengundi hantu kot.. Hanya Allah yang tahu. cuba bayangkan kalau UiTM ade 200 kadet x 30 mangsa keadaan, dah berapa pengundi hantu boleh lahir?

tadi UiTM hantar email ni.. sabar je lah.

Seluruh Pelajar UiTM
 
LARANGAN PENGLIBATAN MAHASISWA/I UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DALAM PERHIMPUNAN HARAM BERSIH DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011

Perhatian Saudara/Saudari kepada perkara di atas adalah dirujuk.
Sehubungan dengan itu adalah diingatkan bahawa semua mahasiswa universiti dilarang sama sekali melibatkan diri dalam Perhimpunan Haram BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana termaktub dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan ) 2011, Akta A1375 Seksyen 10 (1), (2) dan (5) manakala kakitangan universiti di bawah Seksyen 3 (1) dan (2) (d), Bahagian II, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605.
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (1) -
A student of an Institution may become a member of any society, organization, body or group of persons, whether or not, it is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is in or outside Malaysia, other than-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;

(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”

 
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (2)-
“An organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, may have any affiliation, association or other dealing with any society, organization, body or group or persons, whether or not is is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is or outside Malaysia, other than-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution”.
 
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (5)-
“No student of an Institution and no organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, shall express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy or opposition to-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”
 
Seksyen 3 (1) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan -
“Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Di Pertuan Agong , negara , Kerajaan dan badan berkanun”.
 
Seksyen 3 (2) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan
“Seseorang pegawai tidak boleh –
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama badan berkanun.”
 
Sehubungan dengan itu, semua mahasiwa universiti diminta mematuhi ketetapan ini dan sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di atas merupakan satu kesalahan serius dan boleh membawa kepada tindakan tatatertib di peringkat universiti dan juga di bawah peruntukan mana-mana undang-undang Malaysia yang sedang berkuatkuasa.

Sekian dimaklumkan.
DATO’ PROF. IR. DR. SAHOL HAMID ABU BAKAR, FASc

Naib Canselor

Benda neh sebenarnya simple je. Yang cetus orang marah pasal wujud ketidakadilan. Contohnya ko larang A makan coklat, so larangan yang sama ko patut buat kat B kan. Bagi contoh lagi mudah ;

1. ko ada 10 anak.
2. 5 anak suka warna merah
3. 5 anak suka warna kuning
4. tapi ko paksa anak2 ko pakai baju kaler biru semua atas alasan "warna terang bahayakan kesihatan"
5. tapi warna merah pun warna yang terang juga. So budak2 neh akan berfikir bila mereka semakin dewasa, mereka lihat ibu-bapa menipu + mendesak.
6. dari situ lah timbul rasa tak puas ahti, marah dan akhirnya melawan.

Faham? Jangan cakap sesuatu, kalau benda tue ko tak mampu buat. Kalau sungguh AUKU untuk sekat mahasiswa berpolitik, maka ko buat betul2. Tak boleh politik pembangkang, politik kerajaan pun jangan. Adil dan saksama. Tapi kalau boleh berpolitik, maka biarlah adil. Mudah. 

Berkenaan mahasiswa yang nak join bersih 2.0, kalau korang tanya pendapat aku, aku akan cakap jangan. Bukan pasal aku memperkecilkan perjuangan dan kemahuan korang. Jangan salah faham. Tetapi aku takmo tgk korang kena buang u. Pendidikan penting. Dengan pendidikan lah kita boleh corak negara kita. Biar kita berkorban sket dengan tidak menghadiri bersih, asalkan suatu masa nanti bila kita dah habis belajar, dah pandai, kita tahu cara mana nak tentang pemerintah yang zalim. 

Emosi harus selaras dengan akal. Jangan biar emosi di depan akal. Kadang2 sebagai manusia normal memang lah susah nak kawal rasa marah. Tak payah pandang sapa2, tgk diri aku neh pun cukup dah. Payah nak kawal rasa marah. Tapi atleast aku bebas dari mana2 kekangan. Korang masih ada batasan dan perlu sentiasa berwaspada. Dengan kerajaan firaun kita tak boleh jangka apa yang mereka akan buat. So jagalah diri sendiri dulu then barulah berusaha untuk jaga masyarakat. Jangan risau, tiada "zahir" pun kat sana, korang tetap boleh terbangkan doa kepada Allah swt.

Isu pengundi hantu aku mengambil sikap tunggu dan siasat. Belum boleh membuat kesimpulan mengenai hal neh sebab hanya berdasarkan kepada statement seseorang tetapi jika benar ada di antara korang yang terlibat [dipaksa] apa kata kumpul bukti dan bagi aku? Insya-Allah bersama-sama kita perangi penipuan dalam sistem pilihanraya malaysia neh.

Ameno : Mahasiswa bukan boneka.

Hot : Facebook dan Twitter Anwar ibrahim kena HACKED!

Kemaskini ;

Beberapa team hackers dah sound "Sang cracker" yang hack fb dsai. Sebenarnya individu yang hack account fb dsai ialah seorang neutral. Mengikut pengakuan dia sendiri. Dan dia akan hack account fb najib pula selepas neh.

Dipercayai dia hack acc fb dsai melalui alamat email dsai. Kat bawah neh respon hackers yang bengang dengan individu yang hack account fb dsai. Lihat bawah ;



Aku bukan menyokong tindakan hacker yang hack acc dsai neh tapi bagi aku neh perbuatan yang normal. Andai aku seorang hacker sekalipun sudah tentu aku hack acc najib. Siyes. Pasal aku anti dia kan. Usah kata najib, semua acc pemimpin kerajaan rasanya aku nak hack. Tapi yelah.. mungkin dari segi moral aku akan dikutuk sebab menghack acc orang kan. Aku tak dapat nafikan persepsi itu akan ada. 
 
Tak kira lah samada hacker pembangkang atau kerajaan kalau hack acc orang sudah tentu akan marah dan bergaduh. Enhh bergaduh? Motif hacker lovsec ialah takmo bagi orang bergaduh tapi neh.. arhh sudah. Aku takmo campur. Heh.

Aku kalau lambat tidur kan, mesti ada je benda2 yang akan muncul. Tah pape. Cam klue pula aku rasa. Hahaha.. Baru dalam sejam neh account facebook anwar ibrahim kena hacked. Dan aku rasa twitter anwar ibrahim pun kena hacked sekali. Siyes. Lihat bawah neh  ;




Konon nya hacked sebab tak suka politik dan taknak tengok orang melayu bergaduh2? Pelik lah alasan neh. Adakah orang melayu gaduh pasal politik je? Pasal makwe pun ada gak orang melayu bergaduh. Pasal kalah bola pun ada. Pasal merempit pun ada. Pasal meragut pun ada. Pasal membuli pun ada. Pasal makan kfc pun ada. Pendek kata mereka bergaduh atas sebab hak masing2 nak berbuat demikian bukan pasal politik. Politik cuma nampak besar sebab ianya melibatkan sistem pentadbiran negara.

Sedangkan kalau ko masuk dunia artis pun ko akan nampak artis2 melayu sesama melayu pun dok gaduh2 atas sebab tertentu. Jadi politik bukan lah asbab kepada punca pergaduhan dan perpecahan. Ini ialah perkara normal hidup di dunia. Tak mungkin tak bergaduh apa jua bangsa. Payah sungguh kalau nak hidup dalam dunia paranormal. Melainkan semua jadi malaikat yang patuh pada Allah swt. Mungkin boleh. Heh.

Akan update kelak.

Ameno : Balas dendam kot.

Milosuam kena tahan dengan polis part II

Otak aku dah jammed neh. Asal nak updated pasal laporan polis terhadap bersih dan roti yang hilang jem tapi tambah harga tapi nampaknya takley pasal aku dah biol neh. Mungkin dah kena virus umeno kot. Virus umeno neh memang bahaya dan boleh bawa bodoh ke mampos. Seram gak aku. Aku takmo jadi bodoh akibat sokong umeno. Heh

Apa pun aku nak dedahkan satu rahsia yang akan membuatkan orang2 umno rasa menyampah sangat2 dengan aku. Confirm. Pasal aku suka kenakan dorang. Heh. Jangan marah arh bloggers umno. Aku melawak je. Bukan apa, aku saja nak seronok2 tengok komen2 orang umno kat facebook yang happy bila dapat tahu milosuam kena tangkap. Lepas tue dengan slumbernya aku membiarkan mereka kecewa akibat kebangangan dorang sendiri. Dah sendiri bangang nak buat macam mana? Kan? Hahahha..

So ini lah hadiah lawak aku untuk dorang. Chill. Aku bergurau je sebab sayangkan korang. Siyes neh. Tengok muka aku betul2. Aku kan ke GAY TERHORMAT. 

Kah kah kah



Penat. Sekian.

Nota : MPP update blog dia lepas dia baca blog aku. Sadis dowh. Sadis gila pasal bengap tak sudey. Lepak MPP lepak.. kita kawan kan? Kah kah kah.

Ameno : Teroolllllll...

Rabu, 6 Julai 2011

Milosuam kena tahan dengan polis.

Neh spesis orang takde kerja. Agong dah bagi kebenaran pun dorang havoc sana sini tangkap orang lagi. Mana ada buat kesalahan dengan menjual baju bersih sebab Agong dah bagi keizinan untuk berhimpun. Dorang neh bengap tak sudah. 

Semalam kat ****, aku ada nampak milo ***. Tapi pelik gak napa dia tak update blog atas topic yang dibincangkan semalam. Aku dah sms tanya dia macam mana. Tapi belum ada reply. Entah2 polis simpan semua telefon2 dorang. So camne lah nak contact kan?

Dan dekat kota bharu dah ada seorang kena dakwa atas penjualan tshirt kuning. Bagi aku neh bukti polis semakin cuak. Mana pernah dalam sejarah jual tshirt kuning kena tangkap, tahan, dan dakwa? Bangang dowh.. menakut2kan orang awam.

Baca bawah ; 


Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa, Ketua AMK Subang, Juzaharim dan blogger Milo Suam ditahan polis kira-kira jam 2.30 pagi tadi dan dibawa ke Balai Polis USJ 8, di sini.
Harakahdaily difahamkan, mereka ditahan kerana pihak polis menjumpai beberapa helai baju Bersih di dalam kereta semasa ditahan di Jalan Gleenmarie.
Kira-kira 100 orang termasuk ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat telah ditangkap polis sejak minggu lalu kerana memakai baju Bersih atau berwarna kuning.
Mereka yang membawa atau menjual baju T Bersih juga ditangkap.

Updated : Sampai sekarang mereka belum dibebaskan.

Ameno : itu tanda orang takut.

Pengundi yang di murtadkan SPR dan Pengundi Tertua di dunia?

Pada awalnya aku ingat neh kes kecik. Kiranya macam bukan lah boleh dibuat isu pun. Tapi bagi yang terkena memang lah akan sakit ahti kan. Bayangkan lah kalau ko dah berbangsa cina tiba2 bila register spr dia tulis ko orang melayu of course lah ko akan rasa geram tapi still aku fikir benda neh isu kecik. Masa itu lah. 

Tetapi nampaknya aku silap. Cuba tengok bawah ;


Ini ialah salah satu kecuaian SPR. Bagi aku benda neh boleh settle cara baik jika spr recorrect balik bangsa penama neh. Tapi kan kalau kes neh kes terpencil memang lah takde apa. Cuba fikir kalau kes neh sebenarnya berleluasa? Motif, mereka didaftarkan atas bangsa melayu tue apa sebab nya? Ini ikut akal jahat aku. Benda neh tak terbukti dari segi fakta, so usahlah korang percaya bulat2. 

Pada pandangan aku spr kadangkala ada mengeluarkan stastitik pecahan kaum di satu2 kawasan. Ini untuk menentukan samada wakil rakyat itu patut berbangsa apa dan sebagainya lah kan dalam menjalin kerjasama dengan umno. So adakah kerana nak pegang banyak kerusi maka umno sengaja membiarkan, dengan menyuruh spr letakkan bangsa melayu pada lain2 bangsa di malaysia? Mungkin dasar bn yang kita taktahu bahawa ada sesetengah kawasan harus dipilih berdasarkan bangsa majoriti dan ada sesetengah kawasan di pilih berdasarkan budi bicara? Andai ini betul, ada kah umno telah menipu rakan2 mereka sendiri dalam BN? WOW...  penipu sama penipu memanglah menghasilkan penipuan berkuasa dua. Heh

Selain dari yang neh aku tak fikir ada maksud yang lain. Mungkin kah ada penipuan cara lain? Boleh share sini kalau korang ada idea lain. Pasal aku pun jenuh gak fikir macam ya spr boleh menggunakan bangsa untuk menipu bagi memenangkan bn? Siyes. Akal terhad. Klik sini lagi berlambak2 senarai org cina dan lain2 bangsa jadi melayu.  Mungkin ada yang korang kenal. Harap info tersebut betul lah kan.

Dan kalau korang baca sini, korang akan temui ada banyak pengundi2 yang berusia lebih dari 100tahun masih wujud dalam senarai spr. Bayangkan dah berapa tahun spr jadi spr? Takan tak mampu nak lakukan proses pemutihan? Andai dilakukan secara berkala sudah tentu masalah neh tidak akan wujud lagi. Ke ada perkara lain yang menyebabkan SPR tidak mahu membersihkan senarai daftar pemilih? Lue fikir lah sendiri. Heh

Ameno : Mereka itu main tipu..

Hot : Polis menipu isu bom petrol dan penemuan senjata?

Entry nak cepat. Nak tanya dan minta pendapat korang. Ada member facebooker bagitau macam neh kat aku tadi. Lihat bawah ;

PEMBOHONGAN 1Malaysia: isu penemuan senjata, bom dan baju BERSIH di Batu 14 Gombak Lama, Shah Alam adalah tipu semata mata.. Kaw yang tidak wujud dalam peta. Dan kawasan yang wujud hanyalah Batu 14 Gombak Lama, Bentong. Tiada Tokong Cina, hanyalah kuil kuil India sahaja! Harap sebarkan pada umum.

So aku pun melakukan sedikit siasatan lah kan. Aku baca balik berita semalam. Aku dapati memang lah pun polis cakap penemuan senjata di batu 14 jalan lama gombak, bentong. Bila masa plak dia cakap gombak lama, shah alam? Takde. Maybe reporter salah maklumat. Atau lebih tepat, salah tulis. Tak caya rujuk sini.

Dan bab tokong tue, memang betul. Polis cakap tokong instead of kuil. Salah sebut ka ataupun mmg kekantoian? Tapi mungkin gak polis bodoh piang. Tak reti bezakan kuil dengan tokong. Ataupun dorang rangka skrip tanpa pergi ke kawasan lokasi. Maksudnya dorang fikir tempat tue tokong tapi sebetulnya tempat tue kuil. Boleh jadi.

Ada macam2 kemungkinan dan andaian kat sini. Yang sahih aku taktau. Allah swt je tahu. Tapi yang pasti aku memang tak percaya neh perbuatan bersih andai kata tiada kesilapan dalam kenyataan polis neh sekalipun. Bila dah ada kesilapan lagi lah orang bertambah2 tak percaya. 

Tak payah nak tuding2 jari dan salahkan persepsi umum. Semua berlaku bersebab. Kalau tiada angin mana kan pokok bergoyang. Kalau tiada rasuah, mesti lah polis dah cekap. Pepatah baru. Heheheh..

Ameno : Taktik akhir nak kaitkan bersih dengan terrorist selepas Agong bagi keizinan.

Selasa, 5 Julai 2011

[Video] Mari sertai BERSIH 2.0 - Polis henti edar risalah ok?


Nasihat daripada PDRM? Tak boleh pakai der. Risalah yang membazir dan buang duit. Agong dah bagi kelulusan untuk kami buat kat stadium so bakar je lah risalah2 bangang neh.

kah kah kah

Kesian patriot dan perkasa yang terpaksa batalkan perhimpunan mereka last2 minit. Yang lebih sadis dorang cemburu sebab Agong sudi jumpa bersih = kuning = kuning = geng ma. Dan yang paling dorang ahti hancur berdetak-detak bila bersih dapat permit langsung dari Agong untuk berhimpun. Permit polis? Boleh jalan lah. Kita orang ada permit lagi besar dari polis iaitu permit Agong. Aku sukaaa...

kah kah kah

Tapi kan polis kena lepaskan semua peserta2 bersih disebabkan bersih dah diluluskan oleh Agong. Dan menangkap peserta bersih bererti menderhaka kepada Agong. Adakah polis ingin menderhaka kepada Agong? Patuh pada Agong ataupun BN? Jangan lupa nasihat mufti bn kalau tidak mengikuti kata2 pemerintah, boleh kurangkan iman. Nak ke kurangkan iman masing2? Bukan aku cakap beb, tapi mufti lue sendiri cakap der.

Antara bn dan Agong, Agong lagi berkuasa bhai. So apa lagi polis, hentikanlah kerja2 yang tak berfaedah korang tue. Lagi satu aku harap perhimpunan neh boleh buat kat stadium yang berdekatan kl. Tak pun buat kat bukit jalil. Bukit jalil = ada LRT. So memudahkan pergerakkan kita. Jadi pilihlah venue yang bersesuaian dengan situasi okeyh.

Lagi satu ada orang umno perasan bahawa dorang awal2 dah bagi idea buat kat stadium tapi kita yang takmo. Laaa ko dengar sini penjelasan aku. Kita orang taknak buat kat stadium sebab masa tue kita orang nak jumpa Agong. Tapi sekarang bila Agong dah sudi jumpa kita dan bincang2, kita rasa molek lah buat kat stadium sebab dah dapat lesen besar Agong kan. Jadi yang korang perasan bagai nak rak kenapa? Cita2 kita orang nak jumpa Agong dah tercapai, dan cita2 kita orang nak hantar memo juga bakal tercapai sebab Agong izin kami berhimpun. Agong gelar kami kumpulan bersih.

Jadi kenapa? Korang marah? Ada aku kesah? Memang aku kesah. Aku kesah sangat2 sebab nak tengok korang bengang dan bengkek berapi2. Kan dah penat korang buat macam2 skrip untuk hancurkan bersih, last2 bersih tetap jalan. Kesian kan?

Kah kah kah

Padan lah muka.. sapa suruh pandai2 fitnah kuning. Ingat kuning tue warna rasmi bagi Agong. Agong pun marah taw bila korang pandai2 kutuk dan fitnah kuning. Hah.. sendiri cari pasal dengan warna rasmi Agong sendiri lah tanggung. Siap kena ceramah free lagi dalam titah Agong. Padan muka korang.

kah kah kah

Lihat video di bawah. Skrip orang yang dah kalah bila perhimpunan bersih mendapat kelulusan Agong ;



Ameno : Ada orang dah panas tue..

Sertai perarakan haram boleh jejaskan iman - mufti

Ko tolong lah jangan buat statement merapu wahai mufti. Jangan buat aku hilang respect habis kat peranan2 mufti di malaysia. Memang aku mengaku aku tak respect pun mufti2 kat malaysia neh. Tak semua. Tapi kebanyakkan nya memang aku tak respect. Bukan aku taknak respect tapi aku tak boleh respect. Nak paksa aku respect macam mana kalau dorang sendiri yang menyebabkan orang hilang rasa respect terhadap dorang.

Lihat bawah neh ;


Sebenarnya tuan mufti, aku nak tanya ko neh. Ko merepek apa? Ya betul tue, ko merepek apa? Kalau ikut kepada waktu artikel di atas neh disiarkan, sah lah bahawa utusan tahu sangat bahawa perhimpunan bersih dah dapat kelulusan dan perkenan Agong. Ianya lebih besar dari cop permit polis, najib ataupun kdn sendiri.

So tak timbul pun soal derhaka kepada pemerintah ke apa segala bagai pasal pemerintah no satu negara yakni Agong dah luluskan perhimpunan neh. Sapa derhaka kat sapa sekarang neh? Mufti neh bangang dowh. Aku tak pernah iktirafkan najib sebagai pemimpin sekalipun perhimpunan bersih neh dihalang andaikata ianya tidak diluluskan oleh Agong lah kan. Sebab menang cara menipu. 

Dan aku suspect, Agong mungkin tahu dorang menang cara menipu. Macam mana orang yang menang cara menipu boleh pula kita hormat dia? Dosa2 rakyat kepada pemimpin [konon nya lah kan] mufti neh nampak. Tapi dosa2 pemimpin kepada rakyat, mufti neh boleh buat bangang pula yerk. 

Mufti neh tak pernah pun aku tahu dia tegur aurat rosmah mansur ataupun penganjuran mentor kat tv3 tue. Aku pun tak pernah tahu kalau2 dia ada bantah isu kelab malam dan judi sukan dulu. Aku tak pernah tahu. Pasal apa aku taktahu pasal tak masuk paper. Dan biasa nya kalau tak masuk paper maksudnya tak pernah tegurlah tue. So kenapa dia tak tegur disitu? Kan itu salah satu bentuk kemungkaran. Kenapa dia memilih untuk tidak tegur dosa2 yang melibatkan pemimpin dan hanya menegur rakyat yang sedang menegakkan keadilan?

Siapa dia neh yang pandai2 sangat nak menilai keimanan orang lain? Yang pandai2 kata kita berdosa besar dan kena tanggung seumur hidup? Ko boleh tak jangan bagi aku point untuk maki ko bertubi2? Aku patut out. Semakin lama semakin panas pula aku dengan mufti neh. Sesaja cari pasal. Sesaja nak kena ludah. Haizzz.. tak boleh blah betul lah. Sekian.

Ameno : otak dia senget. Dia tak sedar tue. Nak kata orang? Cermin lah pemimpin kesayangan ko tue dulu.

[ADS] Tips peperiksaan SPM disini

[ADS] Tips peperiksaan PMR disini

Blog kena remove sebab link.

Aku tidak mahu moderate ataupun filter komen2 kat blog ini dan blog lagi satu. Sesiapa pun berhak nak komen dan meluahkan apa-apa yang mereka suka. Aku pegang dasar ;

otak kau, komen kau, dan ko punya pasal.

otak aku, komen aku dan aku punya pasal.

Pendek kata sesiapa pun nak komen, ada hak masing2 dan masing2 punya pasal. 

Tetapi aku dapati bahawa ada info bahawa pihak admin blogspot akan remove kan pengguna blogspot yang mana dalam satu2 blog tue terlalu banyak link2 dalam komen dia. Maksudnya blogspot akan remove blog pemilik blogger yang mengapprovedkan link lebih daripada satu link dalam ruangan komen kerana ianya ditarifkan sebagai SPAM.

Ia mengambil sedikit masa untuk pihak admin blogspot berbuat demikian. Bermula dengan pengesanan, kemudian pemerhatian dan tanpa warning blog itu akan di nyahkan terus dalam alam maya.

Aku tak pernah ada masalah kalau korang nak tinggalkan link dalam ruangan komen. Kalau nak tinggalkan 100 links pun aku bukan ada hal. Sejujurnya aku jarang baca komen kat blog melalui blog sebaliknya melalui email. Maka paparan dia lebih kemas. Tapi mulai hari neh aku nasihatkan baik korang tinggalkan hanya satu link sahaja dalam ruangan komen bagi menjaga keselamatan blog aku. 

Tak kira lah korang komen berapa kali dalam satu entry tapi hanya tinggalkan satu link sahaja. Jangan lah ko komen satu dan tinggalkan satu link then komen lagi ko tinggalkan satu link lagi. Jangan berbuat demikian kawan2. Bagi membolehkan ia semulajadi timbul aku cadangkan korang register dengan commentluv nanti bila korang komen entry terbaru korang akan sedia terpapar dalam ruangan komen. So tak payah susah2 nak tambahkan link lagi. Baca bawah dan tolong faham.

Please note that blogs are removed not only for hosting spam, but for potential TOS violations such as Copyright Infringement, linking to websites which provide illegal downloads, little to no unique content, scraped content / auto blogging, large blogs with multiple, unfocused / unrelated subjects, content and links referencing Affiliate / GPT / PTC / PTS activity, etc.

Baru lah aku faham kenapa semua pengguna blog marah kalau tinggalkan banyak2 link dalam ruangan komen. Rupanya ia menjejaskan keselamatan pihak pemilik blog.

Ameno : Waspada.

Isu pengundi hantu : Kenapa bloggers umno dan SPR berdiam diri?

Kenapa bloggers umno berdiam diri dalam isu pengundi hantu yang mana kita dapati ;

1. Ada 88 individu yang mempunyai alamat rumah yang sama

dan

2. Ada 65 individu yang mempunyai alamat rumah yang sama

Dalam kawasan permatang pauh = kerusi anwar ibrahim.

Kenapa dorang taknak cakap anwar ibrahim yang upah pengundi hantu tue untuk menangkan anwar ibrahim dalam kerusi parlimen? Kan itu kesukaan orang umno? Bukan kah selama neh ;

1. Malaysia nak bankrup anwar punya pasal

2. Malaysia negara kristian anwar punya pasal

3. Dap menang besar anwar punya pasal 

4. Ekonomi malaysia teruk anwar punya pasal

5. Mahkamah malaysia dihina anwar punya pasal

6. Lina joy murtad anwar punya pasal

7. Pas dan umno tak berkerjasama anwar punya pasal

8. India cina marah kan kerajaan anwar punya pasal

9. Saham bumiputera susut anwar punya pasal

10. Melayu makin lemah anwar punya pasal.

Pendek kata kalau kucing depan rumah korang mati pun, confirm lah anwar punya pasal. Kan itu cara bloggers umno. Benda takde kaitan pun boleh bagi ada kaitan waima takde bukti. Benda ada bukti pun boleh jadi takde bukti berdasarkan kepada kata2 bloggers umno. Sebab tue aku heran apa pasal dalam isu pengundi hantu neh dorang tak nak bangkit dan menyalahkan anwar ibrahim. Ke ada sesuatu disitu?

kah kah kah

Kalau korang nak tahu penyokong umno siap kata kami penipu beb. Bengap tak sudah2. Dah ditunjukkan dua video. Siap aku tunjuk lagi paparan visual bahawa kita boleh check pengundi yang berlainan melalui alamat rumah yang sama dalam website spr sebab aku tahu bahawa otak pencacai memang akan fikir setakat itu. Itupun dorang memilih untuk tidak percaya dan paling bangang bila dorang kata itu bukan website SPR.

kah kah kah

Bukti yang dorang nak kita nak bagi dalam bentuk video dan paparan printscreen. Alamat rumah pun kita dah godek2, bukan alamat rumah ketua kampung ya kawan2. Bayangkan kalau alamat rumah tue lagi senang nak dijumpai daripada alamat rumah ketua kampung, maka alamat rumah ketua kampung pun hantar kat rumah tue juga ke? 

kah kah kah

Tahap tue je lah otak pnenyokong umno berfungsi. Samada bagi bukti ataupun tiada bukti even sumber kuat daripada kalangan saksi senyap pun dorang memilih untuk tidak percaya sebab ketaksuban yang melampaui batas. Penting bukti neh sebagai pendorong kuat kepada BERSIH 2.O. Untuk bukti printscreen yang menyeluruh korang baca sini ya wahai penyokong umno. Berani lah berdepan dengan kebenaran bahawa pemimpin korang terlibat dalam kemungkaran. 

info pasal pengundi hantu juga boleh baca disini dan disini

Ameno : Mereka itu tidak mahu terima hakikat.

Apa kickdefella buat dengan najib di kelantan neh?

Ini ialah pertanyaan. Kicdefella jangan fikir yang bukan2 or naik marah dengan aku. Perlu aku membuat pertanyaan neh bagi menclearkan persoalan yang bermain di minda aku. Aku menghormati perbezaan pendapat dalam politik. Tetapi aku kurang respect bagi mereka yang berjuang kerana wang ringgit dan bukan nya berpaksi kepada keadilan. 

Dan aku bertambah2 tak respect pada orang yang kejap berjuang dekat A kemudian berpaling kepada B dan kemudian berpaling balik kepada A dan begitulah seterusnya. Bagi aku, lebih baik kita berjuang ikut landasan kita sendiri. Orang bebas mengutuk2 kita konon nya kita ibarat tiada pagar, tetapi apa pun yang penting kita bukan lalang. Duduk atas pagar memerhatikan semua keadaan adalah lebih baik daripada geng2 lalang. Yang penting kita tahu kita proksi keadilan. Yang salah kita jauhi, yang betul kita tegakkan.




Lihat gambar di atas neh. Gambar neh ialah gambar kicdeffela. Gambar neh kat kelantan neh. Hahaha.. Masa neh lah najib bagi informasi yang salah pasal tanah yang digunakan oleh persatuan kereta sewa/teksi konon nya dah kena jual. Sapa yang bagi info salah tue pada dia aku taktau. Takmo tuduh2. Gambar aje pun. Hahaha.. maklumat palsu yg najib bagi pasal tue dah dimatikan oleh husam musa dalam blog nya. Boleh buka dan baca.

Dia pergi buat lawatan kerja kot kat kelantan? <-- Pertanyaan.

Dia keluar dari kelantan sebab ada banyak hutang? <-- Pertanyaan.

Dia banyak cari funder untuk projek dia jaja nama Husam Musa tapi mostly project yang dia usahakan, gagal dan disebabkan itu lah dia berhutang sana sini <-- Pertanyaan.

Projek2 dia under PMBK semasa dia berkerja kat sana pun 90% mostly gagal. <-- Pertanyaan.

Kalau lah kita banyak hutang sudah tentu kita pening kepala. Dan kalau ada orang boleh bayar hutang2 kita sudah tentu lah kita suka. Dan kalau lah orang tersebut meminta kita untuk membalas jasa2 dia disebabkan dia nak tolong bayar hutang kita tentu lah kita terima.

Tapi kalau lah kita buat perangai selepas habis bayar hutang sudah tentu lah orang perasan. Dan kalau orang perasan sudah tentu lah orang hebahkan. Mungkin langkah terbaik ialah kita walaupun ada duit, tapi jangan bayar hutang biar orang fikir kita macam takde duit. Ini akan lebih mengconfusedkan suasana.

Ini bukan artikel andaian ataupun fitnah. Ini ialah pertanyaan. Mendapat maklumat menerusi email. Namun aku tidak memilih untuk  percaya habis. Lebih suka dengar pandangan pihak2 yang terlibat daripada buat justifikasi melulu. Boleh jawab kalau suka dan boleh juga memilih untuk tidak menjawab. Apa pun tiada tuduhan di lemparkan disini. Siapa makan cili dia rasa pedas. Siapa buat fitnah kerana wang dia rasa bahang nya. Sekian.

Ameno : Kuasa di tangan duit.

[ADS] Tips peperiksaan SPM disini

[ADS] Tips peperiksaan PMR disini

Ibrahim Ali larang Ambiga jumpa Agong.



Bodoh siak Ibrahim Ali neh. Menda kecik cam neh pun nak menyemak cari point untuk bantah Ambiga dan BERSIH? Takde modal dah ke? Nampak sangat benci tak bersebab, menentang tanpa hala tuju. Almaklumlah orang kena bayar. So dia ikut aliran duit bukan aliran akal. Pasal tue lah benda sekecik neh pun dia melompat-lompat.

Ibrahim mengulas permintaan ambiga yang nak mengadap Agong atas isu perhimpunan bersih 2.0 sebagai ;

kumpulan haram yang bodoh.

Kumpulan haram yang bodoh? Apa tue? Bangang dowh dia neh. Perhimpunan bersih ialah = kumpulan bersih. Ko tak baca titah Agong ka bahlol? Agong panggil perhimpunan bersih ialah kumpulan bersih bukan nya kumpulan haram. Ko tue yang haramjadah. Tak sedar diri nak kata orang haram dan bodoh. 

Peh tue siap kata kita pengkhianat sebab taknak batalkan perhimpunan macam pemuda umno dan perkasa buat. Hek eley.. korang nya perhimpunan tue memang lah tak patut wujud dari awal2 lagi. Bersih neh dah lama di plan. Everything is going very well and smooth sebelum tah dari mana2 hala korang muncul wat sampah kat kami. Canangkan kami pro komunis lah, pro kristian lah dan segala bagai. Jawablah balik tuduhan dan fitnah korang pada kami depan Allah swt weh. Tak takut ka? Kat dunia memang lah hebat. Cuba tengok kat akhirat kelak, berani tak nak main fitnah2 orang lagi.
Takan nak mengadap Agong untuk berbincang dan memberikan pendapat mengenai perhimpunan bersih 2.0 pun salah? Tak sepatutnya jadi isu pun pada ko lah ibrahim ali. Tak usik pun duit ko kalau si Ambiga nak jumpa Agong. Pendek kata ko tak terjejas waima satu sen sekalipun kalau Ambiga dan Agong nak berjumpa untuk cari jalan perundingan. Ko sapa lah nak sibuk2 sampaikan hal kain dalam orang pun ko nak ulas. Ko neh memang katak yang bengap lah. Sekian.

Artikel penuh disini

Ameno : Katak tak cermin diri tue hanyalah seekor katak..

[ADS] Untuk pelajar SPM, nak bantuan peperiksaan klik sini

[ADS] Untuk pelajar PMR, nak bantuan peperiksaan klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...