Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 8 Julai 2011

Bawa garam pun kena tahan dengan polis - Bersih 2.0

Info neh sahih. Bukan dapat melalui email. Sebaliknya panggilan telefon. Maksudnya orang yang aku kenal lah. Dia call dan bagitau menda neh. Siapa dia tak boleh lah aku dedahkan disini. Yang penting aku nak kelirukan mereka supaya mereka tak boleh trace orang yang bagi maklumat neh kat aku.

Sepertimana yang kita sedia maklum ada 30 jalan2 di kl akan ditutup bermula jam 12.01 tengah malam neh. Ditutup daripada dimasuki oleh kita. Samada dia tutup terus dengan tak bagi sapa2 masuk ataupun dia tutup hanya kepada peserta2 bersih aku kurang pasti tetapi apa yang pasti ialah  ;

1. Jika korang berada dalam kawasan yang ditutup dan berada dalam kawalan polis, dalam keadaan yang mencurigakan, dan mempunyai alatan demo seperti tuala, garam, baju2 berkaitan bersih ataupun tidak, alat2 berkaitan demo seperti topeng dan sebagainya korang akan terus ditahan sebab melanggar undang2 dan arahan. Arahan untuk peserta demo agar tidak menjejaki 30 jalan utama di kl telah diedarkan dan disebarkan jadi polis ada hak untuk tangkap korang. Ini menurut tafsiran polis lah, bukan aku. Tafsiran aku jawapan nya ialah bullshit itu sahaja. Simple kan? Heh.

2. Boleh bawa semua2 benda di atas jika korang datang berkumpulan. Kalau agak2 3,4 orang tak payahlah susah2. Sekali angkut je polis dengan korang. Berkumpulan = mesti ramai2 yang mana polis pun fuhh.. kira ramai lah. Sebab tue korang kena ikut2 orang. Kalau jumpa member2 yang nak pergi bersih, pergi ramai2 jalan dalam kumpulan besar, bukan kecik. Tak payah lah nak berego2 plak, aku tak geng ko, ko tak geng aku, ko sapa aku tak kenal, arhh menyampah plak aku dengan mamat neh, tue seme letak tepi kalau takmo kena balon dengan polis sebab langgar arahan polis.

3. Kalau lone ranger cam aku memang susah sket. Sebab tue aku plan awal2 nak berlakon bodoh2 je. Aku siap nak berlakon cakap takde tv, takde paper, takde internet dan kalau boleh aku nak cakap tak reti membaca, Biar polis tue simpati dan faham bahawa aku mangsa keadaan bila dia terjumpa aku tercampak kat dalam stadium tue nanti. Aku, apa pun tak bawa. Siyes. Aku bawa kamera je. Heh.

4. Masuk kl waktu pagi. Sesudah subuh. Lagi cantek. Untuk elakkan apa2 perkara yang tidak di ingini. Pastikan jangan bawa duit yang banyak. Alahai kang hilang menangis ko. Bawa ic. Jangan lupa. Satgi kena cop indon, padan muka. Alasan polis nak kenakan ko. Dan paling penting jangan bawa kad student kalau dah tahu korang tue student. Aku tak bagi student2 neh ikut, tapi kalau dorang degil mesti dorang ikut gak, so langkah berjaga2 jangan ada satu pun dokumen yg boleh mengaitkan korang ialah student dan jangan mengaku korang ialah student. Cakaplah ko kerja ke apa ke asalkan tak mengaku student. 

5. Jangan bawa perkara yang boleh menyusahkan korang. Macam laptop ke. Kang nak lari payah. Orang dah lepas sebatu korang tertinggal kat belakang sebab beban laptop. Parkinglah motor atau kereta jauh2 dari tempat perhimpunan. Jangan bagi polis sedar dan faham itu ialah kenderaan korang. Satgi dia buat sportcheck rambang ada kuning ke apa ke, dah kena lagi korang. Kan dah pesan, tapi takmo ikut.

6. Simpan no penting neh dalam hp masing2 sekarang. ==> SMS 013-2102002 . Kalau kena tahan dengan polis terus SMS no neh segera dan hantar butiran penuh.

7. Cuba cari kawan2 yg nak pergi esok. Kita pergi ramai2, cari satu tempat berkumpul. Tapi ramai2 kena kompromi. Kalau sorang geng angkut barang "haram" yg buat polis curiga, dengan aku, dengan ko, dengan orang lain2 sekali masuk lori polis, tak sempat demo bersih,  kita dah demo dalam balai dulu. Heh. Sekian.

Nota : Jauhi provokasi dan kumpulan provokasi. Jika ada sesuatu yg mencurigakan rakam guna akal dan kamera.

Dan kalau korang kena tahan ingatlah bahawa ;

- Diam lebih baik. Tak kira lah polis tue nak maki segala bagai ke [kalau leh rakam bagus gak tue] tapi lebih baik diam dan membisu. 

- Jangan melawan dan kurangkan menjawab. Kalau dia minta IC bagi. Kalau dia tanya lebih2 pasal korang, tipu, itupun kalau pandai lah kan. Kalau takmo tipu, diam. Habis citer. Fikir2 lama sebelum jawab itu ini. Tapi lebih baik jangan jawab.

- Perhatikan nama dan no polis tue. Kalau boleh catit dia dalam otak masing2. Buat modal mengumpat kita kalau2 polis tue polis jahat. Kalau polis tue polis baik yang jalankan tugas, takpelah. Kita kena bertolak ansur.  Ikut info yang aku dapat polis bersepah esok dan hari neh. Memakai dan tidak memakai baju seragam. Mungkin ada yang menyamar sebagai peserta bersih untuk collect info. So waspada lah. Dah ramai2 mana lah kita kena semua kan?

- Jangan berlagak2 dedahkan identiti aku blog neh, aku admin neh, aku facebooker yg selalu maki hamun umno dan sebagainya. Lebih baik diam2 je. Silap dedah terdedah kepada musuh baru padan muka ko.. nanti habis gambar ko kena sebar macam aku. Hah padan lah muka. Heh. Tapi itu kalau gambar je kena captured, silap2 orang tue SB hah lagi lah mampos ko kena naik SKMM atas akta hasutan plak. So ahti2 lah esok memasing2, pandai2 lah bawa diri dan menyamar segala bagai. Taktik aku macam biasa larh. Jadi orang bodoh. Habis. Sekian.

Updated :
No. Telefon Hotline (Khidmat Guaman) Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia:

1. +6016 312 6463
2. +6016 312 6473
3. +6014 645 1753
4. +6012 392 8379

Mohon sebarkan dan simpan nombor2diatas dalam handphone masing2... Apa2 berlaku pada anda, sila sms nama,lokasi ditahan & dibalai mana anda dibawa.

Harap Maklum.
Ameno : Masuk kl dan tidur kat puduraya.. muahahaa... jgn balik rumah.

Share this

0 Comment to " Bawa garam pun kena tahan dengan polis - Bersih 2.0 "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...