Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 7 Julai 2011

AmenoWorld SMS Ketua Polis Negara isu bersih 2.0

Nak menangis aku tengok betapa bersungguh2 nya kerajaan + polis = bergabung untuk halang kita buat demo bersih meskipun kita sudah bertolenrasi daripada tukar lokasi kepada kurangkan masa berhimpun sehingga memberikan janji berkali2 bahawa kami akan berhimpun secara aman dan tidak akan sama sekali melakukan provokasi dan jika ada peserta bersih yang melakukan provokasi kami juga tidak akan bertolak ansur dengan tindakan tersebut.

Walaupun dilanda hujan fitnah kita tetap telah berusaha mencari jalan terbaik untuk terangkan hal sebenar kepada mereka yang berkaitan. Tapi nampaknya cara tolenrasi yang kita gunapakai tak diterima dengan baik. Menerusi tv3 tadi IGP dah cakap dengan detail dan tv3 pun dah bagi hint dengan detail bahawa kita sama sekali tidak akan mampu menjejakkan kaki ke dalam stadium merdeka samada melalui jalankaki ke, jalan terbang ke, jalan bas ke, apa jalan sekalipun telah ditutup rapat serapat rapatnya dan dikawal oleh polis dari jam 12.01 esok sehingga 10.00 malam pada hari sabtu. Kesimpulan nya, adakah kita patut turun demo ramai2 bermula pada hari ini dan duduk berkampung di stadium merdeka untuk dua hari? Aku tatau. 

Apa pun tadi aku dapat tahu no hp IGP dan telah pun SMS kepada dia setelah menonton buletin utama tadi. Lihat bawah neh ;



Dan ini ialah kandungan SMS aku ;

As'kum, IGP, saya mendapat no neh mlalui page fb, sy bkn nak kacau IGP dgn menghantar sms neh apatah lagi sy harap IGP tidak salah faham akan niat saya. Tujuan saya cuma nak meluahkan banyak rasa terkilan di ats tindakan IGP kpd peserta brsih di tv3 sebentar tadi. Sebenarnya IGP tahu, mmg tahu bahawa kami cuma nak berhimpun aman. Sebenarnya IGP mampu, memang mampu nak kawal keadaan dan suasana ttp yang saya tidak faham ialah kenapa perlu kecoh2kan suasana dan menuduh kami dengan pelbagai fitnah yang tidak masuk akal? Mengatakan kami adalah agent komunis tak cukup, tambah lg yg kami dpt dana yahudi, merugikan peniaga, merosakkan negara, dan terbaru kini kami ada bom petrol guna botol plastik? Pada mula kerajaan kata, okey himpun dalam stadium,melalak lah sampai ke pagi, bila kami sudah dapat perkenan Agong, lagi kami di halang. Kenapa mesti stadium merdeka? Tidak kah IGP faham bahawa kami ialah rakyat malaysia? di mana pun kami berhimpun, kami berhak kerana kami ialah rakyat malaysia. Kami bukan penumpang dan pendatang ttp kami di layan sangat2 hina. Kenapa IGP tidak memahami kami sbg rakyat? kenapa tak pernah mendekati kami dan membaca luahan2 kami? Apakah ada perbezaan taraf di antara rakyat yg mahu bebas bersuara, neutral, pembangkang dengan rakyat yg pro bn? Bukan kah kami bayar cukai? Bukan kah kami juga menyumbang dan mendoakan kesejahteraan negara ini? Di manakah bukti bahawa jasa2 kami kurang daripada jasa2 rakyat pro kerajaan? Bukan kah dengan menunjukkan kpd kerajaan bahawa ada beberapa polisi mereka kurang tepat dan efektif membuktikan yg kami hanya mahukan kerajaan alert, faham, berubah dan mencari solusi supaya mereka blh mentadbir negara ini dengan lbh bagus lagi? bukan lah kami lalai dengan dunia hiburan dan terkinja2 di stadium merdeka. Kami hanya mahu hantar 8 perkara, 8 tuntutan secara berkumpulan supaya spr faham, nampak, rasa, melihat dengan mata sebenar mereka bahawa mereka yg  menuntut pilihanraya yang adil, bersih dan telus adalah MAJORITI = KEBANYAKKAN RAKYAT MALAYSIA. Bukan nya kemahuan
Time: 07/07/2011 20:37:23


Name:
Number: 0196000157
Content:
segelintir pihak sahaja. Dan jika SPR nampak betapa bersungguh2nya kemahuan rakyat mahu bersihkan sistem SPR, mungkin SPR akan berubah. Ini sahaja punca nya kami turun beramai2. Bukan kami nak pergi bunuh org, bom org, jadi komunis, ataupun merampas kerajaan najib. Sudah diterangkan berkali2, banyak kali kami cakap, ulang demi ulang, pernah kah IGP memberikan masa utk mendengar luahan kami? Seseorang yg adil dia akan dengar pandangan dari kesemua pihak dan buat keputusan ikut akal dan fakta, bkn emosi dan arahan. Mentang2lah kami rakyat yg tak mampu janjikan apa2 jawatan dan wang, kami dilayan bagai anjing.Anjing pun lg bagus sekurang2 dia blh merayau2 di sekitar kl dengan bebas tanpa permit, kami? Heh. Janganlah salah anggap sms neh sebagai sms yg bukan2, sebagai rakyat malaysia saya rasa IGP perlu turun padang dan memahami rakyat. Bukan luak apa pun kalau ikut konsep keadilan. Malahan IGP akan dihormati dunia akhirat. Tapi kalau menindas kami merupakan satu kepuasan, maka teruskanlah. Walaupun bersih 2.0 boleh dihalang, boleh tutup, boleh difitnah dan sebagainya, ttp ingatlah satu perkara bahawa sehebat mana pun kerajaan + media + pihak2 lain memanipulasikan data dan kebenaran, mereka ttp tak boleh tipu Allah swt. Sekian.
Time: 07/07/2011 20:46:04

Aku hantar guna no broadband. Harap jangan ada polis pelempang aku semata2 kerana aku sms IGP. Sebagai rakyat malaysia aku rasa IGP perlu faham setiap keluhan dan runggutan rakyat malaysia berbilang kaum dan pandangan. Bukan hanya menitikberatkan pandang2an yang pro kerajaan je. Sekarang neh aku dah sent SMS. Korang berani tak nak send? Alah SMS je. Tapi lepas neh kalau polis nak pelempang kita beramai2 kena lah masing2 akur okey. Keberanian setiap orang berbeza2 dan tak boleh dipaksa2 apatah lagi disuruh2. Lue berani sms lue mesti berani tanggung. Sekian.

Ameno : Sedih kena tindas.

Share this

6 Responses to " AmenoWorld SMS Ketua Polis Negara isu bersih 2.0 "

  1. Ape masaalah nye ngan bersih sape yg kene tindas Dan sape yg menindas cukupla ngan keadaan sekarang ni yg da aman.ambika tu sape ape motif Dan tujuan die buat mcm ni nk bersihkan ape?BERSIH(berhimpunla engkau ramai2 supaya Islam hancur)kebanyakan org melayu x sedar negare kite cube d rampas Oleh org kafir.bro pathmanaban dah bungkus 5 org ambika pulak nak bungkus satu Malaysia.dah la jgn porak perandekan negare sendiri.ni semua politik bro setelah berjaye takluk sejarah13 mei pasti berulang.renungkanla Dan selamat beramal.

    BalasPadam
  2. pas Betul bagus pimpinan ulama yg penting taat pade Allah tapi mane pergi DAP nape x sebut yg da terang2 nak musnahkan org melayu? sebenarnye org2 melayu d pergunakan menyelam minum air.sekarang die guna pkr Dan pas tapi setelah die berkuase esok ape Akan jadi x mustahil kite menumpang d tanah sendiri fikirkan

    BalasPadam
  3. PAs+Umno= aman damai melayu x mu gaduh2

    BalasPadam
  4. Ayub pas sertai Umno

    BalasPadam
  5. Ayub najib + hadi=bersatu same2 selamatkan Malaysia

    BalasPadam
  6. salam satu malaysia. pertahankanlah bumi ini dari anasir-anasir yang cuba menggoncangkan negara. Siapa yang sanggup berkorban nyawa mempertahankan maruah negara. Jawabnya rakyat yang betu-betul taat setia kepada negara. Setiap apa yg kita hendak lakukan kajilah sejarah yang lepas-lepas. jangan ikut hasutan mana-mana individu yang mempunyai kepentingan peribadi. tanggungjawab negara adalah tanggungjawab bersama. tk

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...