Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 28 April 2018

Anak Nik Omar Luah Perasaan, Dikecam Bertubi-Tubi Di Laman Sosial Kerana Ayah Sertai #PakatanHarapan.. #GE14

Antara kejutan yang berlaku di pusat penamaan calon hari ini apabila Nik Omar Nik Aziz, anak kedua Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz mengisytiharkan diri bertanding di Dun Chempaka atas tiket Pakatan Harapan.
Nik Omar Nik Aziz
Nik Omar sebelum ini dispekulasikan akan menyertai Amanah dan bertanding mewakili parti itu di Kelantan bagaimanapun beberapa hari sebelum penamaan calon beliau mengeluarkan kenyataan menafikan hal tersebut.

Namun pagi tadi di Pusat Penamaan Calon Pengkalan Chepa, Nik Omar dilihat hadirkan diri untuk serahkan borang calon kepada SPR bagi membolehkan beliau bertanding di Chempaka atas tiket PKR - Pakatan Harapan.

Tindakan Nik Omar itu kemudiannya dikecam oleh netizens pro PAS yang melabelnya sebagai anak derhaka, iman tak boleh diwarisi, lupa perjuangan dan pelbagai lagi sindiran tajam dikeluarkan ke atasnya.

Anak kepada Nik Omar, Nik Ahmad Muhajir juga mengulas perkara yang sama menerusi akaun Facebook miliknya.



"Hebat juga ya tempias politik. Bukan biasa-biasa. Nak join politik hati kena kuat. Semangat kena jitu. Kalau lemah mmg rebah sahaja begitu.

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang tak henti menyokong dan memberi kata semangat saat aku dihentam dan dikecam.

'bakpo ayah mu jadi gitu'
'bakpo ayah mu pan'
'bodo ayah mu'
'anak derhaka'
'bohh mu lapa nak jadi MB ko'

Dan pelbagai lagi sajian kuih muih berbentuk cacian untuk sarapan pagi ini. Nikmatinya dengan tenang.

Apa jua wadah yang dipilih ayah moga tetap mendapat berkat dan rahmat dariNYA Amenn,"
katanya di Facebook.

Walaupun dikritik netizens pro PAS yang mempertikaikan tindakan Nik Omar yang membuat pusingan U disaat akhir apabila tiba-tiba sahaja masuk bertanding dalam pilihanraya umum ke 14, netizens pro Amanah mempertahankan calon Chempaka itu.

Menurut mereka apa yang dilakukan oleh Nik Omar itu merupakan satu strategi dan dalam politik, strategi memainkan peranan yang cukup penting bagi mencapai kemenangan.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Omar juga dipecat keahlian PASnya serta merta seperti diumumkan oleh Setiausaha Agung parti itu siang tadi. - 28 April 2018.

Sampai Calon BN Johor Yang Gambarnya Atas Katil Bersama Perempuan Pun Terpilih.. - Puad Zakarshi. #GE14

Oleh : Puad Zarkashi

Sistem dah rosak, calon atas katil 
pun ada!

KHALED CEMARKAN MUAFAKAT JOHOR?

Saya tahu ramai yang akan mengecam saya
kerana posting terbaru ini. Saya tidak akan menjawab komen balas mereka. Yang penting saya mendedahkan apa yang ada dalam hati nurani saya. Lagi pun saya sudah mengatakan “ I will fight until the last drop”.




Orang akan kata saya kecewa dan marah. Katakanlah apa sahaja. Itulah sahaja tuduhan yang mereka ada sedangkan saya ada keberanian mengkritik apa yang saya yakini kemungkaran sistem yang rosak. Saya tidak mengkritik “UMNO Perjuangan”. Sebab itu saya meletak jawatan sebagai KP JASA kerana saya ada keyakinan diri. Kini saya tidak terikat dengan apa apa.

Khaled menjadikan “Muafakat Johor” juga umpama sampah. Team Johor sebenarnya adalah Team Khaled. Akhirnya pemilihan calon lebih menjurus kepada kronisme dan persiapan untuk menghadapi pemilihan parti akan datang. Orang yang bersama beliau mengkritik DS Najib dalam whatsapp grup semuanya kekal sebagai calon. Ada antara mereka berani menuntut DS Najib meletak jawatan.

Kenapa saya kata begitu. Kalau betul muafakat, kenapa tidak dirundingi UMNO Bahagian dalam pemilihan calon. Ini yang berlaku di Parlimen Batu Pahat. Ketua Bahagian tidak dirundingi. Khaled sesuka hati mengubah senarai calon bukan lagi berasaskan merit tetapi pertimbangan sokongan politik dan persaingan dalam parti.

Bayangkan Syarifah Azizah Syed Zain dari Bahagian Keluang boleh bertanding di DUN Penawar Parlimen Penggerang. Apa jasa Syarifah di sana. Apa service yang dia telah lakukan untuk mendekati pengundi sebelum menjadi calon. Kenapa orang yang menghabiskan masanya di kawasannya sendiri dengan begitu mudah diketepikan. Apakah Khaled mengamalkan muafakat Johor. Apakah Khaled yakin silent protest tidak akan berlaku.

Begitu juga On Hafiz iaitu Setpol kepada DS Hishamuddin yang merupakan ahli di Bahagian Sembrong, boleh pula berpindah dan bertanding di DUN Layang Layang dalam Parlimen Simpang Renggam. Di mana muafakatnya.

Begitu mudah kawasan kawasan ini difaraidkan sesama mereka semata mata mengisi keperluan strategi politik masing masing.

Begitu juga di DUN Serom, senarai juga berubah di saat akhir kerana memenuhi amalan kronisme yang tidak terkawal. Ketua Wanita Bahagian pada mulanya dicalonkan untuk memenuhi kuota Wanita tetapi dimangsakan oleh mereka yang ada kuasa mengubah.

Sebab itu saya kata Sistem kita sudah rosak oleh mereka yang mengatakan sistem kali ini terbaik. Sehingga ada calon yang gambarnya di atas katil bersama perempuan bukan mahram juga terpilih sebagai calon.

Seperti yang sebut diawal tadi, jangan marah dengan apa yang saya tulis ini. Kalau tidak anda adalah double standard kerana menuduh saya marah tetapi anda pula marah kerana kritikan saya. Saya tidak terikat apa apa. Sebab itu keputusan saya meletak jawatan KP JASA adalah tepat.

Saya tetap tabah tetapi semakin berani dengan ujian ini.


Batalkan hasrat bertanding calon bebas 

Media Statement Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

28.4.2018


1. Banyak pihak cuba menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan kenapa saya membatalkan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas di P150 Parlimen Batu Pahat.




2. Sebagai bangsa Johor, saya akhirnya mengambil keputusan tidak bertanding atas tiket bebas setelah mendapat nasihat daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor.

3. Sebagai rakyat Johor yang setia kepada Rajanya saya patuh kepada titah Tuanku Sultan Johor kerana saya yakin sudah tentulah Tuanku memberikan nasihat itu atas kepentingan “Bangsa Johor “

4. Saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih terhadap Tuanku Sultan Johor di atas keperihatinan, tunjuk ajar dan nasihat beginda yang sudah tentu banyak hikmahnya.

Rara Dedah Cerita Penipuan Calon BN Yang Ada Masalah Kad Pengenalan..

Oleh : Young Syefura / Rara calon #PakatanHarapan DUN Ketari
 

Jadi apa jadi di Bentong?

Semasa proses penamaan calon, segala proses seakan-akan sengaja diperlahankan. Kemudian, kami mendapat maklumat bahawa ada kemungkinan bahawa calon Barisan Nasional untuk N.34 DUN Ketari, Lau Hoi Keong ada isu dengan maklumat kad pengenalan. 



Pihak kami terus melakukan bantahan namun pegawai SPR menolak dan memberi jawapan bahawa bantahan boleh dilakukan selepas pengumuman. 

Kami terus mendesak calon BN tersebut untuk menunjukkan kad pengenalan dia kepada kami namun tidak dihiraukan oleh beliau. 

Berlaku sedikit kekecohan dan penangguhan pengumuman calon kerana kami terus mendesak beliau menunjukkan kad pengenalan beliau. 

Kami terus mencuba utk membuat bantahan tetapi kemudiannya pegawai SPR memberitahu bahawa tiada isu kerana alamat dlm chip kad pengenalan sudah ditukar. 

Alamat dalam chip sudah tukar, tetapi masih ada kad pengenalan lama dan masih guna alamat lama di atas kad pengenalan? 

Siapa yang pernah tukar alamat di kad pengenalan mesti tahu perkara ini mengarut! Untuk pengetahuan semua, untuk bertanding di kerusi DUN, alamat kad pengenalan wajib menggunakan alamat di dalam negeri DUN tersebut.

Kalau nak guna alamat dalam chip dan sebagainya, baik buat penamaan calon online je. Tak perlu nak fotostat segala benda ni.


Kemudian tiba 2 pegawai dari JPN membawa salinan kad pengenalan calon tersebut.Ejen pilihanraya saya melihat dgn mata sendiri bahawa alamat kad pengenalan beliau adalah di Kuala Lumpur.Ejen saya cuba mendapatkan salinan kad pengenalan itu tapi dinafikan oleh pegawai JPN dan SPR.


Pegawai JPN tu siap lipat salinan kad pengenalan itu sekecil mungkin dan menyerahkannya kepada pegawai SPR. Kami terus meminta untuk melihat salinan kad pengenalan beliau namun tidak dilayan. Pegawai SPR memberi alasan ia adalah maklumat peribadi yang rahsia.


Kami terus bantah dan bantah namun pegawai SPR terus dengan pengumuman calon kerana katanya pengarah SPR telah membenarkannya. Jadi calon BN ni telah sah menjadi calon.

Gambar - Young Syefura Twitter
Ada yang mengatakan saya takut untuk berlawan dengan BN? Mengarut!

Belum mula perlawanan sudah ada penipuan.

Kali ini bukan sahaja SPR namun JPN juga telah dipergunakan oleh BN.


Jelas betapa perlunya kita lakukan reformasi kepada semua institusi negara ini.

Lainlah kalau JPN sekarang memang ada prosedur sedemikian dan ada khidmat tukar kad pengenalan terus ke rumah, dihantar oleh pegawai sendiri!

KJ, Rafizi Bergaduh Di Twitter Isu Kegagalan Calon #PH Hantar Borang DUN Rantau. #GE14

Rafizi Ramli hari ini menyalahkan SPR dan PDRM sebagai punca kegagalan calon Pakatan Harapan di DUN Rantau menyerahkan borang penamaan calon pagi tadi.


"BACUL Mat Hassan & RO manipulasi dengan menggunakan @PDRMsia halang calon PH kemukakan borang pencalonan. Mat Hassan diumum menang tanpa bertanding kerana calon PH dihalang. Kita akan tetap lawan sampai BN tumbang. @Khairykj juga bertanggungjawab," kata Rafizi di Twitternya pagi tadi.

Menurut Rafizi, Pakatan Harapan tidak akan membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja sebaliknya akan membawa kes berkenaan ke mahkamah.

"Saya bincang dengan calon PH Dr. S. Streram, beliau akan cabar keputusan RO di mahkamah. Di kerusi-kerusi lain, calon dibenarkan masuk tanpa ada keperluan PAS bila dah ada borang, deposit dan lain-lain. Pas SPR ini untuk mengurus org ramai, bukan peraturan pilihanraya," jelas Rafizi dalam satu kenyataan.

Rafizi turut memberikan beberapa contoh kes yang mana calon dibenarkan masuk untuk menyerahkan borang malahan tiada dalam peraturan SPR bahawanya satu-satu calon perlu membawa pas SPR andai mahu memasuki pusat penamaan calon.



"Calon-calon PH yang dibenar masuk tanpa ada pas kerana tidak sempat ambik pas SPR : 

๐Ÿ‘‰ calon PH di Bukit Naning, Muar 

๐Ÿ‘‰ calon PH di Tampin 

Bukan SPR yang buat peraturan kena ada pas baru boleh masuk. Ada borang boleh masuk. RO & polis di Rantau yang bersekongkol halang calon PH masuk," katanya.

Peraturan SPR yang disebarkan netizens




Najib bidas Rafizi

Najib kemudiannya mempertikaikan dakwaan Rafizi dan menyifatkan ia sebagai Tsunami Fitnah.



"Memang kerja menghasut, calon sendiri yang tak bersedia salahkan PDRM pula. Sudahlah Rafizi. #TsunamiPHitnah," kata Najib dalam satu kenyataan di Twitternya siang tadi.

Khairy Jamaluddin turut membidas pemimpin kanan PKR itu apabila namanya dipetik dan dipersalahkan Rafizi.

"Tanya calon PKR sendiri kenapa dia tak buat kad pengenalan diri pilihanraya (pas SPR). I don’t think MB or I have to answer for your own candidate’s mistake," katanya pada awal. 


Namun apabila Rafizi berterusan menyalahkan pihak lain di atas kegagalan calon PH membawa pas SPR dan berkempen menyeru orang india untuk memangkah PH bagi mengajar BN, Khairy kemudiannya mempersoalkan tindakan Rafizi itu.

Menurut KJ, Rafizi suka menyebarkan fitnah dan Rafizi seharusnya menjaga mulutnya itu.

"Dah lah kalah sebab kesilapan Calon PKR sendiri. Sekarang nak main isu perkauman pula. Nak datang Rembau, datang lah. Cuma mulut yang suka fitnah tu jaga sikit," katanya yang membidas kenyataan Rafizi di Twitter petang tadi. - 28 April 2018.

PKR Mengecewakan - Arif Atan.

Oleh : Arif Atan

PKR mengecewakan.


Apa masalah PKR ni sampai terlepas Dun Rantau? PH kena betul-betul siasat. Dah kena beli? Parti 20 tahun tapi calon tak bersedia macam PKR ni parti baru 20 hari wujud.



Dahlah tamak kerusi sampai ketepikan AMANAH dan PPBM. Di Shah Alam, satu kerusi Dun pun tak beri kepada PPBM. AMANAH jangan cakaplah. Memang PKR fikir dia sorang saja bagus. Semangat berkawan apa macam tu.

Parlimen Batu pula, kalau bagi pada AMANAH dah selesai, tiada masalah siap boleh sumbang kemenangan lagi pada Pakatan Harapan.

PKR galak pekik nak ke Putrajaya tapi kerusi bolot sorang, lepas tu satu-satu buat hal bagi kemenangan percuma kepada BN.

Bendera jangan cakaplah. Tak usaha sungguh-sungguh nak melawan BN-Pas. Memanglah politik baharu tak perlu banyak pasang bendera, tapi kalau jalan utama, simpang lampu trafik pun tiada satu pun bendera PKR, apa cerita? Dah seronok dalam zon selesa sangat ke?

Dari Bukit Beruntung ke Kampung Baru, KL semalam iaitu Parlimen Hulu Selangor - Gombak - Titiwangsa, bendera PKR hidup segan mati tak mahu dengan permukaan jalan macam kena bom berlekuk berlubang di sana membahayakan nyawa penunggang motosikal.

Apa cerita geng kartel yang menguasai PKR ni? Mahu sabotaj PH?

#GE14 Beri Peluang Pada Najib, Surat Terbuka Untuk Orang Melayu - Sebastian Loh.

Oleh : Sebastian Loh / Free Malaysia Today
 

Sebelum saya bermula, saya ingin meminta maaf untuk Bahasa Melayu saya yang kurang fasih. Kali terakhir saya menulis dalam BM pada 2002 bila saya mengambil ujian SPM. Biasanya, saya menulis dalam Bahasa Inggeris (jangan hairan kalau surat ini berbunyi macam Google Translate). Namun begitu, saya ingin berkongsi pendapat dan perasaan saya dengan rakan-rakan berbangsa Melayu sempena pilihan raya umum ke-14.

Dengan izin, I feel very strongly about this. Saya hanya harap saudara-saudari akan membaca huraian saya dengan fikiran terbuka.

Saya orang Cina. Realitinya 90% daripada orang Cina akan menentang kerajaan dan mengundi Pakatan Harapan pada pilihan raya yang akan datang. Kenapa? Kerana mereka marah, dan sebagai orang Cina, saya faham asas kemarahan itu.

Sudah berpuluh-puluh tahun, orang Cina tidak puas hati dengan sistem pentadbiran yang memberi layanan istimewa kepada orang Melayu dan Bumiputera lain. Mereka berfikir sistem itu rasis dan tidak adil. Mereka percaya kerajaan mengabaikan mereka dan melayan mereka sebagai warganegara kelas kedua. Secara jujurnya, saya pun pernah berfikiran begitu dari sekolah rendah sampailah ke universiti.

Tetapi sekarang, saya sedar saya salah. Biar saya terangkan.

Saya tidak boleh menafikan kekecewaan orang Cina yang berpendapat mereka mendapat layanan yang tidak adil kerana warna kulit. Ada betulnya kata-kata mereka. Pandangan dan perasaan mereka patut diberi simpati.

Tetapi saya boleh faham juga sudut padangan orang Melayu. Kebanyakan orang tidak sedar orang Melayu berhadapan dengan diskriminasi yang sengit dalam sektor swasta. Contohnya, orang Melayu jauh lebih jarang dipanggil untuk temuduga berbanding dengan orang Cina, rujuk kajian “Degrees of Discrimination: Race and Graduate Hiring in Malaysia” oleh pakar ekonomi Lee Hwok-Aun dan Muhammed Abdul Khalid. Justeru, orang Melayu memang perlu bantuan untuk menangani ketidakadilan ini.

Saya sudah bekerja hampir 10 tahun sekarang di beberapa syarikat dan percayalah saya sering dengar pelbagai tohmahan rasis tentang orang Melayu keluar dari mulut majikan dan rakan sekerja yang bukan Melayu. Yang hairannya, orang macam inilah yang selalu mengadu tentang gejala rasisme di Malaysia.

Saya sedar orang Cina tidak akan mencapai kesamaan yang kami mahu selagi orang Melayu tidak maju. Jatuh bangun kita bersama. Ketegangan antara kaum Melayu dan kaum Cina sejak Peristiwa 13 Mei masih wujud kerana ramai orang gagal mengenali kebenaran ini.

Perlukah Melayu ditolong bukan soalnya, walaupun ini soalan yang paling digemari oleh penyokong kuat DAP. Soalnya adalah bagaimana kita patut menolong orang Melayu. Inilah persoalan yang paling penting kepada saya pada pilihan raya yang akan datang. Percayalah pilihan kita akan memberi kesan yang amat besar kepada hubungan antara kaum dan masa depan negara.

Sebelum kita membuat keputusan, kita perlu bertanya: Kenapa kebanyakan orang Melayu masih mundur walaupun diberikan bantuan kerajaan sejak berdekad-dekad? Jawapannya mudah sahaja: Kronisme.

Pada mulanya, Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai bidang politik untuk membela hak orang Melayu. Akan tetapi di zaman pemerintahannya, projek-projek kerajaan dan juga hak monopoli diberikan kepada ahli perniagaan kaya yang mempunyai hubungan rapat dengannya. Ini bukan perkara baharu: pihak pembangkang sering mengkritik Dr Mahathir atas isu ini suatu ketika dahulu.

Wang kerajaan dibazirkan ke atas syarikat kroni, dan apabila projek gagal, syarikat-syarikat yang sama terpaksa diselamatkan oleh kerajaan juga. Contohnya, projek transit aliran ringan dan monorail kebanggaan Dr Mahathir akhirnya terpaksa diselamatkan oleh kerajaan dengan RM8.68 bilion.

Cuba bandingkan dengan keadaan sekarang. Projek Transit Aliran Massa Fasa 1 (Sungai Buloh-Kajang) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disiapkan lebih awal daripada jadual dan bawah bajet iaitu RM2 bilion lebih murah. Yang pentingnya, setengah nilai kontrak projek itu diberikan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera melalui sistem tender terbuka. Dalam kata lain, kontraktor bukan kroni. Siapa kata Melayu tidak mampu buat kerja yang baik dan cekap?




Sudah beberapa kali Dr Mahathir menyifatkan orang Melayu pemalas. Kononnya, dia gagal mengubah sikap orang Melayu. Kepada saya, ini hanya alasan kerana dia yang bagi peluang kepada kroninya dan bukan orang Melayu biasa. Mungkin kroninya yang malas, sebab itu banyak projek gagal, sedangkan kebanyakan orang Melayu tidak. Saya tahu secara peribadi kerana pernah bekerja dengan banyak orang Melayu yang rajin, jujur, bijak, dan berupaya. Dengan izin, it was a true privilege to work alongside them.

Ya, saya tahu apa yang saya katakan mungkin akan menyinggung perasaan ramai orang. Masih ada ramai orang Melayu yang menyanjungi Dr Mahathir kerana pencapaiannya sebagai PM. Tetapi, bagi saya, kita perlu melihat rekod Dr Mahathir secara objektif.

Kini, dia sering menuduh kerajaan menjual negara kepada orang asing. Tidak boleh dinafikan bahawa dia membina Menara Berkembar Kuala Lumpur dan Litar Antarabangsa Sepang yang dilihat sebagai pencapaian hebat. Tapi siapa sebenar yang mendapat manfaat dari projek-projek itu?

Yang membeli belah di Suria KLCC itu orang Melayu atau orang asing kaya? Yang membeli tiket menonton perlumbaan F1 di Sepang itu orang Melayu atau orang asing kaya? Itulah perbezaan penting di antara kerajaan Dr Mahathir dan kerajaan hari ini.

Kerajaan Najib membayar BR1M sebagai bantuan dan rangsangan ekonomi kepada orang ramai, kebanyakkannya orang Melayu. Dr Mahathir pula menyifatkan BR1M sebagai rasuah. Pada pendapat saya, lebih baik rakyat “disogok” untuk membeli barang keperluan daripada kroni diberikan duit untuk membeli kuda. Mungkin itu asas kemarahan Dr Mahathir: duit kerajaan sekarang disalurkan secara langsung kepada rakyat dan bukan lagi melalui orang tengah dan kroni.

Saya faham ramai orang marah terhadap kerajaan Barisan Nasional hari ini. Tetapi saya yakin nasib Bumiputera tidak akan maju jika Dr Mahathir kembali sebagai PM. Kita akan balik kepada tahun 1990-an di mana kroni dikayakan dan masyarakat Melayu akan kekal mundur. Tiada apa-apa yang akan berubah. Orang Melayu akan terus bergantung kepada bantuan kerajaan, dan orang Cina akan terus marah kerana tidak menerima layanan yang sama.

Yang untungnya kroni Dr Mahathir yang akan merompak sumber kerajaan yang sepatutnya diagihkan kepada orang Melayu. Yang untungnya juga DAP yang akan membangkitkan dan mengambil kesempatan atas kemarahan orang Cina. Perbalahan politik antara orang Melayu dan orang Cina, yang kita alami sejak Merdeka dan 13 Mei akan berterusan sehingga kiamat.

Saya cukup letih dan muak dengan dinamik ini. Kita perlu buat sesuatu yang baru. Kita perlu menjayakan agenda Bumiputera untuk kali penghabisan.

Kerajaan Barisan Nasional bawah pimpinan Najib bukanlah sempurna, tetapi saya percaya ia peluang terakhir untuk perubahan yang benar. Kita sudah boleh melihat hasil awal reformasi Najib. Sama ada dalam projek kerajaan atau BR1M, peluang dan bantuan sedang diberikan kepada orang Melayu yang layak atau memerlukannya. Sekarang, kroni diketepikan. Kita mesti mara ke hadapan, bukan balik kepada masa yang lampau.




Pada pendapat saya, Najib perlu diberi peluang menyempurnakan reformasinya tanpa campurtangan Dr Mahathir. Sekarang, Dr Mahathir melawan Najib. Pada tahun 2008, Mahathir melawan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada tahun 1998, Dr Mahathir melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada tahun 1960-an, Dr Mahathir melawan Tunku Abdul Rahman. Ini tidak termasuk pertelingkahan Mahathir dengan Tun Hussein Onn, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam. Siapa yang Dr Mahathir tidak lawan? Cukup-cukup lah.

Agenda Bumiputera terlalu penting untuk digadaikan untuk agenda peribadi. Ia terlalu penting kerana maruah dan kemakmuran bangsa Melayu bergantung kepadanya. Ia terlalu penting kerana kesamaan untuk bangsa Cina, India, dan semua masyarakat Malaysia lain bergantung kepadanya.

Saya bukan Melayu. Saya tidak mungkin dapat memahami pemikiran atau perasaan orang Melayu. Kefasihan Bahasa Melayu saya pun agak memalukan. Tetapi kalau saya boleh meyakinkan saudara-saudari untuk mengundi demi masa depan dan bukan kerana kebencian, itu cukup untuk saya. Saya amat percaya kalau kamu berjaya, saya akan berjaya juga.

Mohon Permit 10 Hari Lebih Awal, Hanya Calon Je Dibenarkan Ceramah - Ini Jawapan Untuk SPR

Oleh : Zulhazmi Shariff

Ceramah Semasa Kempen

Ada terbaca di facebook sahabat aku bakal calon Pakatan Harapan Parlimen Kangar Amin Ahmad. Katanya :

"PRU14 | Tadi dimaklum oleh Pengerusi MPN Perlis katanya SPR syaratkan hanya calon dan wakil calon saja untuk ceramah. Jika ada penceramah lain permit kena mohon 10 hari awal."

Untuk makluman semua, keperluan permit bagi mengadakan ceramah semasa kempen pilihanraya diperuntukkan di Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 [Akta 5].



Seksyen 24B (3) memperuntukkan seperti berikut :

(3) Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh berkempen—

(a) mengadakan, memanggil atau mengaturkan apa-apa perjumpaan awam terbuka, perhimpunan awam terbuka, pertunjukan awam terbuka atau hiburan awam terbuka; atau

(b) memberikan apa-apa ucapan awam terbuka atau syarahan awam terbuka,

di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh pegawai polis yang menjaga daerah di mana perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau hiburan itu hendak diadakan atau ucapan atau syarahan itu hendak diberikan.

Syaratnya jelas. Mana-mana calon di dalam suatu kawasan pilihanraya atau ejennya boleh mengadakan apa-apa ceramah, perjumpaan awam, memberikan ucarapan atau syarahan termasuk hiburan terbuka asalkan mendapat permit dari Ketua Polis Daerah tersebut.

Tidak ada sebarang keperluan untuk mohon permit 10 hari lebih awal. Tindakan mengenakan syarat 10 hari lebih awal TIDAK MUNASABAH dan TIDAK MENGIKUT PERATURAN.

Tempoh kempen hanya bermula selepas nama-nama calon diumumkan secara sah oleh Pengurus Pilihanraya di kawasan terbabit. Dalam konteks PRU14 ini, hanya bermula pada 28/04/2018 sehingga jam 12:00 mlm 08/05/2018.

Bagaimana calon-calon yang hendak bertanding hendak memohon 10 hari lebih awal sedangkan mereka belum sah sebagai calon?

Contoh, Sdr Amin Ahmad akan bertanding di Parlimen Kangar. 28/04/2018 barulah Sdr Amin disahkan sebagai calon yang bertanding oleh SPR selepas borang pencalonan diterima dan nama diumumkan sebagai calon. Jika Sdr Amin mohon permit hari ini, Sdr Amin belum menjadi calon, jadi permohonan Sdr Amin tidak sah.

Permohonan permit mengadakan ceramah, perjumpaan, syarahan hanya bermula dengan sah apabila seseorang sah sebagai calon.

Jika bermula 28/04/2018 baru boleh minta permit, dikira 28/04/2018 sebagai hari pertama untuk 10 hari tempoh untuk mohon, maka ceramah kempen hanya baru boleh mula pada 07/05/2018. Gila jenis apa ni?

Jika SPR menggunakan 10 hari notis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, lagi tidak masuk akal kerana Seksyen 1 (3)(a) Akta Perhimpunan Aman 2012 menyatakan Akta Perhimpunan Aman 2012 TIDAK TERPAKAI semasa kempen pilihanraya.

Jika SPR hendak membuat peraturan baru, ianya jugak TIDAK SAH kerana segala peraturan pilihanraya hanya boleh dikuatkuasa oleh SPR setelah dibentangkan di Dewan Rakyat. Ini jelas diperuntukkan di dalam Seksyen 17 Akta Pilihanraya 1958 [Akta 19].

Seksyen 17 Akta 19 memperuntukkan seperti berikut :

Semua peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas peraturan-peraturan itu dibuat, dibentangkan di dalam Dewan Rakyat, dan jika dalam mesyuarat Dewan Rakyat yang berikut selepas mana-mana peraturan dibentangkan di dalamnya suatu ketetapan diluluskan membatalkan peraturan itu atau mana-mana bahagiannya, keseluruhan peraturan itu terbatal mulai dari masa itu, tetapi tanpa menjejaskan kesahan apa-apa jua perkara yang telah dilakukan dahulunya di bawah peraturan itu atau tanpa menyentuh pembuatan mana-mana peraturan baru.

SPR jangan dok buat serabut sesuka hati. Bukan semua orang tak ketahwan macam pemimpin BN.

Jumaat, 27 April 2018

Eksploitasi Agama Demi Kemenangan Adalah Kelemahan Yang Parah - Mohamad Izwan AG.

Oleh : Mohamad Izwan AG

EKSPLOITASI AGAMA DEMI KEMENANGAN ADALAH KELEMAHAN YANG PARAH.

Ramai sangat para ustaz yang mempunyai tanggapan yang amat mediocre dalam realiti politik pada hari ini. Dengan mediocrity tersebut mereka menghukum senario politik yang ada pada hari ini dengan penilaian yang begitu rendah nisbah intelek.




Antara mughalatah yang terbit daripada mediocrity tersebut adalah membandingkan UMNO & PAS dengan kaca mata yang sempit. Kata mereka, kita wajib memilih antara parti & bukannya antara calon. Mereka mendakwa (tanpa burhan) bahawa wajib memangkah PAS daripada UMNO kerana dasar PAS adalah Islam & dasar UMNO adalah sekular. Benarkah begitu ustat?

Ramai yang menyangkakan parti PAS membawa Islam kerana perlembagaannya secara sarih menyebut begitu. Mereka juga merujuk kepada kepimpinan PAS yang gemar menonjolkan simbol-simbol Islam. Pada mereka, inilah Islam.

Adapun kepada UMNO, mereka menghukumnya sebagai parti yang tidak memperjuangkan agama Islam. Kepimpinannya juga tidak islamik atau tidak menzahirkan identiti Muslim. Hukuman mereka ke atas UMNO sebagai parti yang tidak memperjuangkan Islam sebenarnya hanyalah sangkaan buruk serta dendam. Mereka tidak membelek langsung perlembagaannya, sebaliknya menilai ketidak-Islaman UMNO semata-mata melalui tingkah laku buruk orang-orang UMNO yang wujud. Mereka juga membakul-sampahkan jasa kepimpinan UMNO kepada Islam sejak lama dahulu melalui BN. UMNO juga tidak gemar bermain sentimen agama. Mungkin mereka tiada bakat berceramah agama seperti orang-orang PAS, mungkin juga kerana mereka takutkan Allah untuk bermain-main sentimen agama. Wa Llahu a’lam.

Dengan cara ini, ustaz-ustaz berkenaan telah mengangkat parti PAS ke satu tahap yang tidak boleh langsung diperiksa salah silapnya. Maka terbentuklah satu gelanggang pertempuran politik yang tidak rata, di mana parti PAS ditaqdiskan ke tahap agama & parti UMNO dikalahkan awal-awal lagi secara persepsi palsu.

Jika kita melihat secara insaf & teliti, persaingan yang berlaku di antara PAS & UMNO adalah persaingan merebut tampuk kuasa memerintah. Di dalam sistem demokrasi ini, perkara yang harus dijadikan kayu ukur oleh pengundi bukannya siapa yang mampu menjanjikan syurga & pahala, sebaliknya perkara yang menjadi tumpuan adalah kecekapan urus tadbir, integriti, pengalaman, daya kekuatan siyasah & wawasan yang dipromosikan oleh calon & parti.

Cara parti PAS mengeksploitasi simbol-simbol & nilai agama serta menjadikannya modal pertarungan merupakan sikap jelek & kotor puak Islamis. Mereka seolah-olah masuk dalam gelanggang perlumbaan dalam keadaan berada di depan garis mula sedangkan parti-parti lain berada tepat di atas garis mula. Inilah persaingan yang tidak adil & tidak sihat yang menjadi budaya politik puak Islamis.

Para ustaz perlu membezakan antara politik & agama. Politik adalah aturan & kaedah memelihara kemaslahatan rakyat. Agama Islam yang suci ini tidak sepatutnya dikotori di dalam persaingan politik. Kesucian & kemuliaan agama perlu dijaga. Ia tidak patut dijadikan modal untuk menang dalam pilihanraya.

Sepatutnya pengundi yang celik perlu menilai prestasi, daya saing, wawasan dalam memilih antara UMNO & PAS atau sesiapa pun. Kesedaran terhadap ancaman & anasir yang kontra agama Islam perlu juga dipertimbangkan. Jangan biarkan calon atau parti mengeksploitasi agama & sentimen justeru mengikat kebebebasan anda untuk memilih dengan bernas lagi tepat.

PAS bukan Islam & UMNO bukan sekular. Kedua-duanya adalah parti orang Muslim. Ada di dalam kedua-dua parti tersebut Muslim yang baik & Muslim yang tidak baik. Marilah kita keluar dari dogma wajib pilih PAS sebab PAS memperjuangkan agama. Itu hanya dakwaan. UMNO juga mendakwa perkara yang sama.

Selamat mengundi.

Veteran Tentera Sedih Najib Gadai 40,000 Hektar Tanah ATM.

Oleh : Malaysian Dateline

Berkongsikan pertemuannya dengan bekas pegawai tinggi tentera di Lumut, Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) Mohamad Sabu memberitahu golongan tersebut sedih dengan pentadbiran Najib yang menggadai tanah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).



Sumber Gambar - Anwar Ibrahim Page FB
Menurutnya, pesara tentera terbabit turut mengakui pendedahan bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz baru-baru ini tentang seluas 40,000 hektar tanah tentera yang sudah tergadai.

“Tadi (petang kelmarin) kami berdialog dengan veteran tentera di hadapan kem tentera di Lumut.

“Bekas-bekas Jeneral dan bekas tentera berpangkat besar datang mendengar amanat Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Mereka memberitahu apa yang didedahkan oleh Tan Sri Rafidah Aziz lebih 40,000 hektar tanah angkatan tentera digadai oleh Najib Tun Razak,”
katanya dalam ceramah Jelajah Harapan di Parit, Perak.

Terdahulu, Pengerusi PH, Tun Mahathir hadir dalam program dialog bersama veteran ATM berlangsung di Restoran Azmi Tomyam, Teluk Muroh pada sebelah petangnya.

Dalam program itu, bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander (B) Nordin Ahmad Ismail, 52, diumum sebagai calon PH.

Selanjutnya, Presiden AMANAH menyoal kira-kira 10,000 hadirin di Seri Iskandar malam itu tentang siapa sebenarnya yang menggadai tanah milik tentera dan rizab Melayu.

“Adakah DAP yang gadai tanah angkatan tentera? DAPkah yang jual tanah-tanah rizab Melayu?

“Hei, Melayu. Sampai bila kita nak kena tipu dengan Umno ini? Tentera amat bersedih apabila kem tentera Sungai Besi juga digadai oleh kerajaan Najib,”
tegasnya.

Berbeza di London contohnya, Mohamad berkata, taman awam bersejarah di Hyde Park baik dipelihara tidak tergadai.

“Tanah Hyde Park itu cukup mahal di tengah-tengah kota London tetapi ianya jadi warisan negara, dipelihara sudah ratusan tahun sampai sekarang ini.

“Sepatutnya, kerajaan memelihara tempat bersejarah seperti Lapangan Terbang Sungai Besi.

“Pemerintahan Najib adalah ABJJ – apa boleh jual, jual! Bankrap negara kita nanti di tangan Najib ini,”
tegasnya lantang spontan disambut sorakan ‘betul’ oleh ribuan hadirin pelbagai kaum.

Sehubungan itu, Mohamad mengingatkan masyarakat Melayu di Perak supaya tidak terperdaya dengan pembohongan Umno-BN.

“Orang Melayu Parit, orang Melayu Pasir Salak, orang Melayu Sungai Manik yang terkenal dengan pahlawannya dan orang Melayu di sekitar ini, jangan tertipu dengan dakyah propaganda Umno-BN,” tegasnya lagi.

Sementara itu, siaran langsung Jelajah Pakatan Harapan di Parit melalui Facebook dilihat mendapat sambutan tinggi dari pengguna internet apabila mencecah sehingga 18,000 tontonan.

Untuk rekod, Parlimen Parit (P069) terdiri daripada 93 peratus pengundi Melayu daripada 33,368 pemilih berdaftar merangkumi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Belanja dan Bota.

Pada PRU-14 ini, calon PH bagi P069 diwakili Tarmizi Mohd Jam dari AMANAH yang bakal bertembung sekurang-kurangnya tiga penjuru dengan calon BN Datuk Mohd Nizar Zakaria dan Dr Najihatussalehah Ahmad dari Pas.

BH Padam Berita Kerajaan Tangguh Sementara Kenaikan Minyak & Ini Satu Analisa...

Semalam portal Berita Harian telah melaporkan kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang berkata kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk menangguhkan sementara kenaikan harga bahan api berkenaan di pasaran tempatan.

Menurut Datuk Seri Johari Abdul Ghani, keputusan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mengambil kira tekanan yang akan dihadapi rakyat, terutama bebanan golongan bawahan.

“Oleh kerana kerajaan masih tidak ada lagi formula untuk menyelesaikan perkara ini (pengukuhan harga minyak dunia) maka Perdana Menteri meminta kita tangguhkan sementara peningkatan harga minyak ini. Jadi saya mahu beritahu kepada orang ramai keputusan ini diambil Perdana Menteri untuk manfaat rakyat,” ujarnya seperti mana yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Beliau turut mengulas tentang tindakan segelintir pihak memviralkan tanda harga minyak yang dikekalkan di pasaran tempatan dengan mengaitkannya kepada kawalan kerajaan ke atas bahan api itu.

“Jadi tak perlu merungut, takkan benda baik yang orang bagi kita merungut, cukup jangan politikkan benda seperti ini untuk kebaikan rakyat,” katanya sambil menegaskan keputusan itu diambil untuk kebaikan rakyat justeru ia tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak berkepentingan.


Pautan laporan asal : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/417390/kerajaan-tangguh-sementara-kenaikan-harga-minyak

Apa yang netizens nampak?

Gambar Oleh Anwar Ibrahim FB Page
Laporan itu kemudiannya tular dan netizens kini beranggapan kerajaan sebenarnya memang mengawal harga minyak dan harga minyak bukannya ikut harga pasaran pun selama ini!
 

Tetapi betul ke?

Sebenarnya, harga minyak di Malaysia memang ikut harga pasaran - ini disahkan oleh Rafizi yang selalu rajin menggira tentang harga minyak semasa ia naik/turun dalam masa sebulan. Sekarang harga minyak naik/turun (dikira secara purata) seminggu sekali.

Rafizi kira harga minyak ikut MOPS : https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/posts/1374757132558790:0

Tapi apa yang berlaku?



Musim pilihanraya. Harga minyak ditentukan secara MOPS + campurtangan politik. Najib pernah berkata minyak sepatutnya naik 20 sen tapi disebabkan keputusan beliau minyak pada November 2016 naik 15 sen jer (jer.. okay, jer.. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…).

Rujukan pautan : https://www.malaysiakini.com/news/361249

Ini bermaksud dalam sesetengah keadaan dengan campurtangan politik, harga minyak boleh direndahkan, ditinggikan ataupun dikekalkan bergantung pada keputusan pemerintah ketika itu.
 

Contoh i : jika harga minyak pasaran dunia naik, kerajaan kekalkan harga (mungkin ada kos tambahan yang perlu dikeluarkan).

Contoh ii : jika harga minyak pasaran dunia rendah, kerajaan kekalkan harga (masa neh lebihan mungkin dikembalikan kepada kerajaan yang dah keluarkan kos sebelumnya untuk pastikan harga kekal).

Situasi macam ini boleh berlaku.
 

Contoh iii : jika harga minyak naik atau turun kerajaan langsung taknak ambil port dan biarkan MOPS yang tentukan harga tanpa mengambilkira sentimen, runggutan, keluhan dan pandangan sesiapa pun.
 

Situasi seperti ini juga boleh berlaku.

Kesimpulannya?

Harga minyak memang ikut MOPS tetapi kerajaan ada kuasa untuk campurtangan bagi tentukan harga jualan di pasaran Malaysia.

Sesiapa pun yang memerintah akan ada kuasa yang sama.

Baik PAS, PSM, Pakatan Harapan mahupun BN jika mengekalkan SOP dan POLISI yang sama dalam menentukan harga minyak.

Tindakan Najib yang menggunakan kuasa politik dalam menentukan harga minyak adalah kerana MUSIM PILIHANRAYA. Ini semua orang boleh baca dan nampak.

Bukan kerana Najib dan Barisan Nasional prihatin kepada beban dan tanggungan rakyat.

Ini adalah sejenis gula-gula ataupun kata-kata manis yang memujuk sang kekasih untuk terus kekal bersamanya.

Ahli politik kini adalah bagaikan kucing yang sedang mengiau-ngiau manja minta perhatikan pada kita yang sedang memandangnya, dan selepas mereka menang mereka akan menjadi harimau sampai kita pun mereka akan makan tanpa ragu-ragu sesaat pun.

Selepas kantoi

Selepas dipersoalkan ramai pihak dan menyedari laporan itu mengundang pelbagai tafsiran dan imej yang tidak baik ke atas Najib dan Barisan Nasional, maka laporan di Berita Harian itu tidak lagi boleh diakses.

Semakan di Twitter Berita Harian yang turut berkongsikan pautan yang sama telah dipadamkan sama sekali.

Lihat bukti disini : https://twitter.com/bharianmy/status/989462489782861825

Di Facebook pun begitu juga. Manakala di portal paparan halaman yang dimaksudkan hanyalah kosong. Tiada apa-apa laporan dan kenyataan. Ianya putih. Tiada error 404 pun.

Namun sebelum dipadamkan sepenuhnya oleh Berita Harian beberapa pihak ada tangkaplayar dan Paultan sempat berkongsikan berita yang sama di portal mereka.

Laporan Paultan : https://paultan.org/2018/04/27/kerajaan-tangguh-sementara-kenaikan-harga-minyak/

Solusi

Oleh kerana Datuk Seri Johari Abdul Ghani sendiri berkata kerajaan belum ada solusi terbaik bagi mengatasi harga minyak dunia (yang tidak menentu) yang tidak begitu kukuh makanya penulis mencadangkan untuk kembali menilai semula cadangan Rafizi dengan memperkenalkan harga siling dan lantai petrol.

Kerajaan perlu tetapkan harga lantai dan siling untuk diesel dan ron 95 sekurang-kurangnya dan membiarkan ron 97 ikut harga pasaran dunia.

Ini kerana majoriti pengguna di Malaysia membeli minyak jenis ron 95 manakala diesel banyak digunakan dalam industri.

Mekanisme untuk menjaga hak penjual dan pembeli petrol di Malaysia sudah ada, tinggal lagi langkah untuk melaksanakan sahaja. Jika kerajaan boleh terima cadangan Rafizi tentang harga minyak mingguan kenapa nak berbolak balik dengan cadangan Rafizi tentang idea harga siling dan lantai. Betul tak? - 27 April 2018. 

Mahathir Trojan Horse Dalam Pakatan Harapan - Herman Samsudeen.

Oleh : Herman Samsudeen

BUKTI MAHATHIR "TROJAN HORSE" DALAM PAKATAN
Bergoncang geng Ponorogo dan Kartel bila saya tulis artikel "FAHAMI PERCATURAN POLITIK RAFIZI DAN MAHATHIR DISEBALIK SABOTAJ KE ATAS TIAN CHUA"




Saya tak nak ulas panjang tentang keputusan PKR akhirnya letak Tian Chua kekal di Batu kerana artikel itu jelas bukan cerita pasal batang tubuh beliau sahaja. Yang pasti pergerakan Ponorogo dan Kartel dalam artikel itu sudah terbongkar dan Denial Syndrome penyokong PKR gagal halang penyingkiran Gan Pei Nei dan Yaakob Sapari oleh Ponorogo.

Kali ini saya nak sambung cerita seterusnya tentang bukti Mahathir ini sememangnya "Trojan Horse".

Perkara ini disahkan oleh artikel Malaysiakini bertajuk "Dr M: Ramai bakal didakwa kalau BN kalah" bertarikh 12 April 2015. Dalam artikel tersebut Mahathir memberikan gambaran jelas bahawa BN ini bagai telur dihujung tanduk dan akan tumbang selepas isu 1MDB terbongkar.

Lihat artikel disini:
https://m.malaysiakini.com/news/295039

Tanpa isu 1MDB pada PRU13 Pakatan sudah berjaya memintas undi popular BN dengan menguasai 51.8% undian dari 10.8 juta pengundi. Mahathir memberikan amaran pada pemimpin Umno agar segera menurunkan Najib jika tidak mahu diheret sama ke Mahkamah jika BN kalah. Mahathir berkata:

"Saya fikir, kalau dia (Najib) tak ada, BN menang. Sebab itulah ia perlu buat sekarang, sebab kita mempunyai masa untuk bekerja untuk memulihkannya. Tapi yang saya takut sekali, apabila parti lawan menang, kita kalah, parti lawan tak ada simpati.

Nanti dia cungkil. Bila dia cungkil, mungkin ada yang akan dihadap ke mahkamah, dan mungkin akan didapati bersalah. Kalau BN kalah... banyak orang akan berdepan kesan yang lebih besar,"

Kata-kata ini dicatat oleh seorang blogger yang rapat dengan Mahathir iaitu Din Turtle atau Shaifudin Mahmud dilaman blognya pada 10 April 2018 selepas menghadiri sesi khas bersama Mahathir.

Dari situ kita jelas lihat ketakutan Mahathir jika BN benar-benar jatuh. Silap haribulan sel penjara dia bersebelahan dengan Najib.

Oleh itu beliau mengatur langkah berdasarkan pengalaman Ponorogo memasuki PKR yang sangat mudah. Begitu juga beliau melihat bagaimana sambutan PAS dan DAP terhadap Anwar pada tahun 1998 ketika beliau memecatnya.

Inilah kelemahan pembangkang yang sangat baik dan terlalu appologetic menerima musuh politik menyertai mereka. Kita lihat layanan yang diberikan pada Anwar, Tengku Razaliegh, Ibrahim Ali, Zaid Ibrahim dan lain-lain ketika bersama pembangkang. Semua dosa mereka disucikan dan pembangkang fokus musuh baru.

Lagipun Ponorogo gagal memecahkan sepenuhnya Pakatan dalam fasa Langkah Kajang dan MB Selangor. Lebih merisaukan Mahathir adalah hubungan Kartel Azmin dengan PAS yang masih bertarik tali. Keadaan itu sama macam situasi sebelum PRU 2008 dimana DAP memutuskan hubungan dengan PAS tetapi PKR menjadi jambatannya. Akhirnya BA yang ditinggalkan DAP diganti dengan Pakatan Rakyat pada 2008. PAS, PKR dan DAP kembali bergabung menjadi lebih kuat pada 2013.

Jadi pilihan terbaik Mahathir adalah dengan dia sendiri masuk ke kubu pembangkang untuk memotong terus tali yang dimainkan oleh Kartel Azmin dan PAS serta meletakkan parti yang lain dibawah telunjuknya.

Selepas keluar dari Umno beliau tubuh Parti Peribumi Bersatu Malaysia dan menjadi Pengerusi iaitu jawatan yang setaraf dengan Anwar, Lim Kit Siang dan Mat Sabu. Berikut timeline kemasukan Mahathir sebagai "Trojan Horse" ke dalam PH:

29.02.2016 - Mahathir keluar Umno
08.09.2016 - Parti Bersatu Ditubuhkan
14.03.2017 - Bersatu sertai PH
14.07.2017 - Mahathir dilantik Sebagai Pengerusi PH
07.01.2018 - Mahathir jadi Calon PM PH

*Hanya dalam 2 tahun sahaja.

Yang pasti selepas Mahathir memasuki Pakatan semua dosanya disucikan dengan kata-kata keramat Anwar iaitu "Luka kecil". Ponorogo memainkan peranan penting dalam proses penyucian ini dengan ingatkan ahli PKR supaya tidak lagi mengungkit dosa-dosa Mahathir kerana Anwar telah beri cop mohor "dosa kecil" pada matanya yang lebam.

DAP pada mulanya sukar menerima Mahathir. Tetapi akhirnya mereka terima juga atas konsensus dan melihat peluang untuk tumbangkan Najib lebih mudah bersama Mahathir. Tinggal Kartel Azmin sahaja yang berusaha melawan dari belakang dengan membantah perlantikkan Mahathir sebagai calon PM ganti Anwar.

Melihat keadaan ini, dengan pantas Mahathir menyerang PAS dengan mengatakan PAS jadi tongkat Umno kerana tidak mahu sertai PH.

Dalam masa yang sama Ponorogo mainkan isu Kartel Azmin mesra PAS dan jadi musuh dalam selimut. Ini memberikan tekanan pada Kartel kerana mereka kini bersendiri dan tiada pilihan melainkan akur Mahathir sebagai PM dan putuskan hubungan dengan PAS bagi membuktikan kesetiaan pada PH.

Ponorogo yang mengunakan dana INVOKE menaja ramai pemimpin utama PAN seperti Mat Sabu, Salahuddin, Khalid, Hanipa, Mahfuz dan ramai lagi juga berjaya memastikan yang Bersatu memiliki kerusi yang banyak dalam pembahagian kerusi PRU berbanding PAN. Ya! PAN Dikorbankan walau mereka asalnya bermimpi mengambil semua kerusi PAS. Sampai ada ahli PAN yang menangis, namun Mat Sabu tidak mampu berbuat apa-apa kerana semua sudah diatur. Beliau jelas jadi khadam Mahathir sahaja.

Walaupun Bersatu parti paling junior Ponorogo berjaya membantu Mahathir untuk memastikan partinya memilik kerusi yang hampir sama banyak dengan PKR.

Berbalik pada tujuan Mahathir sertai PH. Ternyata teori "penyucian dosa" bukanlah sekadar cerita dongeng. Satu pun dosa Mahathir tidak diungkit. Malah mereka sibuk puja dan puji. Mereka cerita segala kejayaan Mahathir ketika jadi PM. Padahal dulu mereka kata projek-projek Mahathir itu untuk kayakan kroni dan anak beranaknya, membazir dan membebankan rakyat dengan hutang Negara berbillion.

Kini penyelewengan Mahathir disorok. Dulu bukan main mereka kata Mahathir ini Mahafiraun, Perompak Negara, Mahazalim dan mahu mengheretnya ke mahkamah.

Ya! HERET MAHATHIR KE MAHKAMAH. Suatu ikrar yang sangat ditakuti Mahathir yang diakui beliau dalam catatan Din Turtle pada 2015.

Akhirnya, kini tiada lagi suara kutukan dari Mat Sabu, Lim Kit Siang, Wan Azizah, Like Guan Eng dan lain-lain. Malah semua kini duduk dibawah cengkaman beliau. Setiap kali sidang media hanya Mahathir sahaja bercakap. Yang lain jadi "backdrop" sahaja.

Mahathir cukup lega keadaan sekarang kerana beliau berjaya memperdayakan DAP, PKR dan PAN yang tamak untuk berkuasa. Mahathir sedar yang mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk bekerja dengan beliau untuk ke putrajaya.

Yang terkini semalam Mahkamah lulus permohonan Bersatu tangguh arahan pengantungan parti itu oleh ROS. Secara dasarnya dengan penangguhan ini Bersatu boleh guna bendera mereka sendiri untuk PRU14. Tapi Muhyiddin pantas umumkan yang mereka akan guna bendera PKR sahaja. So mereka memang tidak serius untuk bertanding atas tiket Bersatu, tapi sasaran mereka mahu guna bendera PKR. Sekiranya berlaku masalah seperti lompat parti, khianat semua orang akan salahkan PKR.

Tunggulah kehancuran seterusnya yang Mahathir akan lakukan. Orang tamak akan selalu rugi. Mereka fikir Mahathir benar-benar ikhlas nak bawa mereka ke Putrajaya. Matlamat Mahathir jelas. Musnahkan Pakatan Pembangkang dan tumbangkan Najib.

Khamis, 26 April 2018

Bagaimana Harris Ibrahim ABU Terkantoi Dalam Isu Pengundi Bangladesh & Dikritik Netizens Kerana Bersikap Xenophobic..

Oleh : Muhamad Harris Nasril
 
Haris Ibrahim aka Sam Singaram harus menghentikan propaganda berita palsu mengenai warga Bangladesh yang kononnya akan diberikan IC (kad pengenalan) bagi membolehkan mereka mengundi dalam #GE14, #PRU14 (https://www.facebook.com/haris.ibrahim.73/.../1715865088530550).




Hentikan semua kata-kata karut ini Haris Ibrahim!

Biar saya ceritakan sedikit mengenai Harris Ibrahim dan propaganda bodohnya dalam ABU semasa PRU13 yang lepas. 


Menurut sumber saya yang enggan namanya disiarkan, Skuad Tahan ABU telah datang ke KLIA selama 4 malam berturut-turut dalam percubaan mereka mencari pengundi warga asing (pengundi hantu) sebelum tibanya hari mengundi dalam PRU13. 

Setiap kali mereka tiba di sana, mereka akan membatalkan misi, seolah-olah SB berada di sana sedang memerhatikan gerak gerik mereka. Akhirnya, apa yang mereka dapati ialah warga asing Bangladesh yang datang ke Malaysia secara sah itu sebenarnya adalah pekerja-pekerja yang akan dibawa bekerja di sektor PERLADANGAN yang mana turut dibawa masuk dengan menggunakan VAN RISDA!

ABU kemudiannya merakamkan perkara itu lalu menularkan ia di laman sosial dengan tajuk "Bukti Pengundi Hantu Diangkut Naik Kapal Terbang Sewa Khas" bagi tujuan menyebarkan propaganda; 


Lihat pautan : https://www.youtube.com/watch?v=Bp6_BHZPUBI&t=159s

Apakah kesan yang diterima hasil dari propaganda seperti ini akhirnya?

Yang pertama : Banyak pengundi Malaysia yang sah, yang wajahnya kelihatan seperti Bangladeshis ataupun mirip warga asing telah dipukul dan dipersoalkan oleh penyokong Pakatan yang tidak ketahuan hala dalam PRU13. Berikut adalah beberapa video untuk dijadikan rujukan pembaca :
https://www.youtube.com/watch?v=RXFNNZulznQ

Yang kedua : Bas yang membawa warga Bangladeshi ke tempat kerja dihentikan, batu dibaling ke arah bas. Penumpang juga dipukul, lihat pautan untuk rujukan pembaca : https://www.youtube.com/watch?v=arNvKJvyB-g

Yang ketiga : Bilangan pengundi yang keluar mengundi telah meningkat kerana terdapat pengundi yang takut warga asing / Bangladeshi akan mencuri undi mereka. Ia bahkan mencatat satu rekod baru yang tertinggi dalam sejarah pilihanraya di Malaysia, yang akhirnya menyebabkan Pakatan Rakyat memenangi undi popular.

Apa yang Haris Ibrahim mahukan sebenarnya adalah item nombor tiga. Dia tidak peduli terhadap tingkah laku pengundi Malaysia yang bersikap xenophobic terhadap warga Bangladesh atau sesiapa sahaja yang kelihatan mirip seakan mereka.

Rupa-rupanya, rakyat Malaysia tidaklah semuanya begitu bodoh dalam PRU13, (tetapi masih mendapat sambutan, memandangkan posting tersebut mendapat lebih dari 600 perkongsian), mereka menempelak Haris di ruangan komen. Saya letakkan beberapa contoh di sini;







Kepada Haris Ibrahim, saya menggesa anda untuk menurunkan siaran (posting) ini. Anda sebenarnya hanya mempromosikan sikap kebencian dan berita palsu (#FakeNews). 


Kesan dan akibat dari penulisan anda ini sebenarnya berisiko mengundang padah kerana anda tidak mungkin dapat mengawal perkara-perkara luar jangka ataupun huru hara yang bakal dilakukan oleh pengundi sah kelak selepas mereka membaca posting tular anda ini.

Apabila anda gagal berbuat demikian, anda mungkin menjadi mangsa seterusnya dalam akta #FakeNews.

Akhir sekali, ingin saya tegaskan bahawanya BERSIH dan Empower lah yang mengendalikan Tribunal GE13 bagi menyiasat dakwaan salah laku yang berlaku dalam #GE13 ini termasuklah isu pengundi warga asing. 


Kesimpulan ataupun dapatan dari hasil siasatan tribunal itu ialah tuduhan yang mendakwa pengundi warga asing terutamanya Bangladesh diberikan IC untuk mengundi merupakan satu kebohongan yang jelas, nyata lagi terbukti. Ia adalah BERSIH yang memberikan analisis itu bukannya Barisan Nasional! Seseorang yang kelihatan seperti Bangladeshi tidak bermakna dia pengundi Bangladeshi! Bodoh!


Dikemaskini pada jam 12.34 pagi pada 26 April 2018, Harris Ibrahim akhirnya bertindak memadamkan postingnya.

----------------------------------

*** Artikel ini telah diterjemahkan dan disunting semula untuk edaran Ameno World.

Rujukan pautan : http://www.bersih.org/wp-content/uploads/2016/05/Tribunal-Rakyat-PRU13.pdf

Calon PAS Didakwa Miliki Sijil Akedemik Palsu.

Tular di laman sosial dakwaan salah seorang calon PAS yang dikatakan memiliki sijil akademik palsu. Rajan Manikesavan yang bertanding di DUN Sentosa, dikatakan memiliki sijil palsu dari universiti yang seringkali digunakan oleh scammers untuk menipu sijil kelayakan akademik.


"Salah seorang dari 2 calon bukan Islam PAS. Tengok kelulusan :

Ada MBA dan Phd dari Uni of Berkley.

Jangan confuse Uni of Berkley dengan Uni of California, Berkeley. Saya check Uni of Berkley ini adalah salah satu ‘degree mill’ atau degree beli atau palsu.

Macam mana boleh lepas tapisan PAS ini saya malas nak komen.

Parti lebai ni bukan boleh harap sangat bab pelajaran ni. Tetapi apa yang nak diterperanjatkan.

Pengerusi Tabung Haji, Azeez Rahim pun kantoi letak degree palsu dari Preston University.

Tapi cakap pasal ugama, mereka ni memang pandai,"
tulis salah seorang netizen yang dikenali dengan nama Reza Zainal.
 


Berdasarkan semakan online, Universiti Of Berkley seringkali dikaitkan dengan aktiviti penganugerahan sijil akademik palsu di pelbagai negara yang melibatkan ramai pihak.

Setakat ini tiada apa-apa kenyataan rasmi berhubung dakwaan berkenaan oleh pihak PAS bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh netizens itu. - 26 April 2018.

Antara Tak Puas Hati Dengan Calon PH Dan Masa Depan Negara - Zulhazmi Shariff.

Oleh : Zulhazmi Shariff

ANTARA TAK PUAS HATI DENGAN MASA DEPAN
3 hari sebelum penamaan calon bagi menghadapi PRU14 sana sini terdengar berbagai bunyi. Ada rungutan, ada tidak puashati, ada suka, ada duka, ada geram dan macam-macam.




Ada yang tidak tersenarai sebagai calon, ada yang digugurkan sebagai calon, ada yang bakal calon mereka tidak dicalonkan, ada lobi, ada ugut.... arghhhhh serabut.

Semuanya melenyapkan tujuan dan matlamat asal kita semua menghadapi PRU14. Apa tujuan dan matlamat kita menghadapi PRU14? Tiada yang lain melainkan menguburkan pentadbiran BN. Semua kita mahu BN menjadi pembangkang bermula 10/05/2018. Semua kita mahu Najib walau pun menang di Pekan, akan menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Semuanya ini kita gerakkan bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan! Semuanya ini telah lama kita idamkan. Semua ini telah lama kita gerakkan. Najib dan BN wajib diundurkan. Tidak perlu lagi diulang semua kerosakan yang dilakukan Najib dan BN. Semuanya sudah lumat dihadam. Najib dan BN adalah faktor utama Malaysia merana. Najib dan BN wajib dinyahkan dari pentadbiran Malaysia demi Malaysia yang lebih baik. INILAH tujuan dan matlamat kita dalam PRU14 ini.

Rata-rata jika kita amati "mood" masyarakat awam khususnya pengundi mahukan perubahan daripada BN kepada PH. Sana sini bercakap berbincang tentang kemaraan PH.

Jangan hancurkan harapan ramai hanya kerana rasa tidak puashati kita dengan calon. Calon kita tidak tersenarai. Kita tidak dicalonkan. Kawan kita tidak menjadi calon. Jangan sia-siakan kerja kita selama ini menjatuhkan BN hanya kerana tidak puashati dalam diri kita sendiri.

Kita boleh tidak puashati dengan calon yang dicalonkan. Itu hak kita yang tiada siapa boleh nafikan, tetapi kita juga perlu memikirkan akibat dan natijah perasaan kita kepada orang lain termasuk kita.

Pejam sebelah mata, lupakan calon yang disenaraikan. UNDILAH PAKATAN HARAPAN berlogo KeADILan.

Jika kita tidak puashati dengan calon maka kita boikot, bukan calon itu saja rugi, kita juga rugi malah semua orang akan rugi hanya kerana tidak puashati kita.

Aku tidak suka sangat dengan calon PH bagi Parlimen tempat aku mengundi. Kalau ikutkan hati dan rasa, aku tak akan balik mengundi sebab tak suka calon. Jika aku tak balik mengundi, yang akan mendapat untung ialah calon lawan iaitu BN. Jika BN menang di Parlimen aku, ia akan menyumbang 1 kerusi bagi BN. Bayangkan dengan 1 kerusi itu PH gagal menjatuhkan BN. Siapa yang rugi? Aku? Calon? Yang rugi bukannya calon sbb dia kalah tapi yang rugi itu aku, seluruh keluarga aku dan seluruh masyarakat Malaysia kerana dengan kemenangan BN di Parlimen aku, BN masih mentadbir.

Arghhhh... kalau aku undi PH jugak nanti calon yang aku tak suka tu menang, lagi besar kepala dia. Lagi egolah dia. Lagi bongkak lah dia. Itu dia punya pasal. Aku bukan hidup mengharapkan dia seorang. Bukan dia seorang yang mencorakkan pentadbiran PH apabila PH menjadi kerajaan pada 10/05/2018.

Jika dia terus bongkak dan tidak pedulikan nasib pengundi selama menjadi Ahli Parlimen, kita berhak memastikan dia bukan lagi calonnya pada PRU15. Jika dia masih calon, waktu itu kita boleh tidak undi dia kerana kita sudah selesa dengan Kerajaan Malaysia baru. Bukan dia saja! Jika PH yang mentadbir Malaysia bermula 10/05/2018 tidak menunaikan segala janjinya pada kita, kita undurkan mereka dalam PRU15 nanti. Itu hak kita.

Kawan-kawan.....

InsyaAllah dengan mengundi PH berlogokan KeADILan di Parlimen kita pada 09/05/2018 nanti, pada 10/05/2018 undi kita menyumbang kejatuhan BN. Menyumbang kejatuhan BN bermakna kita melakar sejarah bahawa kita juga bertanggungjawab membina semula Malaysia untuk memenuhi harapan kita bersama.

Layanlah rasa tidak puashati kita sehari dua ini tetapi pastikan pada 09/05/2018 nanti, tiada logo lain yang akan diundi melainkan logo KeADILan.

Ini rayuan aku pada kawan-kawan.
Inilah sumbangan kita.
Inilah tanggungjawab kita untuk masa depan kita dan keluarga kita.

UNDILAH PAKATAN HARAPAN BERLOGO KEADILAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...