Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 25 April 2018

Hanya Team Saya Je Dalam PKR Kata Wan Azizah Tapi Netizens Tak Percaya..

Pertelingkahan dalaman PKR semakin memuncak sehingga diperkatakan ramai pihak memaksa Wan Azizah mengeluarkan kenyataan selaku Presiden parti bagi menghentikan spekulasi dan meredakan suasana.


Hanya ada satu kem, kem saya - DSWA

"Bagi kami, hanya ada satu kem - kem saya," katanya pada sidang media selepas taklimat calon Pakatan Harapan (HARAPAN) di Petaling Jaya hari ini. 

Salah BN lagi.. 

Beliau mendakwa BN mencetuskan persepsi wujudnya perpecahan dalam PKR yang dikatakan menjadi punca kepada kemelut calon parti itu di Selangor mutakhir ini. 

"Itu yang diperkatakan. Itulah persepsinya dan tentulah BN akan cetuskan perselisihan," katanya, memetik laporan Malaysiakini.



Terdahulu beberapa portal online seperti Mstar, Utusan dan Sinar melaporkan Wan Azizah secara tiba-tiba meninggalkan majlis ketika Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali sedang berucap.

Perkara itu dipercayai ada kaitan dengan lapan nama yang ditolak pencalonan oleh DSWA.

Beberapa laporan tambahan kemudiannya menyusul selepas itu. Antaranya rombongan Zuraidah yang didakwa menemui DS Wan Azizah bagi memujuk (mendesak secara halus) Presiden PKR untuk tidak menolak 8 nama calon yang dianggap pro Azmin Ali.

Lapan nama yang dicantas itu dikatakan ada kaitan dengan nasihat Rafizi kepada Presiden PKR itu.

Antara nama yang disebut-sebut ialah Tian Chua dan Hilman. Tidak dapat dipastikan kenapa nama Tian Chua turut tersenarai tetapi Hilman dipercayai berada dalam radar SPRM.

Tian Chua buat sidang media tetapi tiada isi...

Spekulasi yang bertiup kencang mengatakan Tian Chua mahu meletakkan semua jawatan dalam parti terbukti tidak benar apabila pemimpin kanan PKR itu menafikan ia dalam satu sidang media khas pada ahad.

Dalam sidang media yang sama, Tian Chua turut memberikan beberapa nasihat dan pandangannya berhubung isu pencalonan dalam PKR dan mahu semua pihak bersatu melawan UMNO. 

Tidak dapat dipastikan untuk apa Tian Chua 'mengemparkan' wartawan jika semata-mata mahu bercakap tentang isu remeh-temeh sedangkan beliau boleh sahaja mengeluarkan satu kenyataan penafian melalui sosial media bahawanya beliau tidak akan meletakkan jawatan..

Anak pemimpin PKR kutuk Rafizi..

Di laman sosial, pengguna media sosial pro PH pula bercakap tentang status IG anak pemimpin PKR yang dipercayai sedang mengutuk Rafizi Ramli..


"Bila nak masuk penjara? Menyemak buat kacau bilau parti," katanya.

Gambar Azmin, DSWA bermasam muka disebarkan Utusan..

Sementara itu, portal pro UMNO, Utusan Online menyebarkan gambar kononnya menunjukkan DSWA dan Azmin Ali yang tidak bertegur sapa antara satu sama lain, malahan tidak duduk sebelah menyebelah..

Apa kata netizens?

Ketika laporan berita DS Wan Azizah yang menafikan wujudnya kem-kem tertentu dalam PKR, ini pandangan netizens terhadap perkara berkenaan;





Sebenarnya, perpecahan dalaman PKR terutamanya pertembungan di antara Rafizi dan Azmin seringkali dilaporkan oleh beberapa media dan ia bukan perkara asing lagi apabila terdapat pemimpin tertentu yang condong kepada Azmin Ali sering memperkatakan ia secara terbuka. - 24 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...