Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 Disember 2012

Majalah 3 akhirnya minta maaf.


Ini susulan daripada artikel sini, sini dan sini.

Permohonan maaf tersebut telah disiarkan melalui tv3 menerusi rancangan Majalah 3 sebentar tadi. Aku mendapat informasi dari rakan fb. Rujuk bawah neh ;


Sumber sini oke ==> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=401859889890862&set=a.133036640106523.32937.122472794496241&type=1&relevant_count=1

Bila M3 minta maaf itu bermaksud apa? Mereka tahu mereka dah salah. Mereka tahu itu memang kesilapan mereka. Mungkin pembekap2 M3 boleh jilat balik komen2 merapu mereka yang mereka campakkan di blog aku dan di page2 di mana aku jadi adminnya.

Mereka punya komen memang siyes macam orang bebal. Boleh plak dorang membenarkan perlakuan MAS yang menghalalkan kutuk2 ke atas pelakon yang disuruh berlakon untuk M3? Lepas tue siap bekap MAS beria2 lagi tu. Yang paling tak hengat dok kata kami buat2 citer untuk fitnah M3. Dan ada yang langsung tak reti malu.. siap meroyan di posting tersebut lagi. Lue tahu la lue sapa kan.

KAH KAH KAH

Kelakar la you all neh. Kami takde masa nak fitnah oke. Kalau tersalah info tue kadang2 memang wujud tetapi nak fitnah? Sorry kita orang reti takut lagi kat Allah swt oke.

Apa pun selepas permohonan maaf ini disiarkan jelasla bahawa ;

1. Aksi tersebut ialah rakaman semata2.

2. So makna nya tak wujud la.

3. Cara MAS bercakap / memberikan respon balas kepada persoalan kita.. konon nya 4 jam atas udara, memerhatikan dan etc2.. nampaknya tak boleh dipakai. Terang2 dia menipu. Walaupun kita bukan nak sangka buruk kat dia.. kita hormat dia tapi bila dah kena tipu terasa juga di ahti beb. Macam mana nak respect lagi?

4. Menambahkan persoalan lagi jika yang neh pun dorang bleh reka2 apa jaminan dorang tak mereka2 topic yang lain pula?

5. Dan apa jaminan hanya M3 je terlibat? Apakah rancangan2 seperti JALAN2 CARI MAKAN juga terlibat? Jeng jeng jeng..

6. Walaupun aku fikir oke bagus juga tindakan M3 minta maaf tetapi dalam masa yang sama aku fikir kredibliti M3 dan MAS dah terjejas dengan teruk.

7. Tak dapat dinafikan orang lebih sukar ingat tentang kebaikan berbanding keburukan.

8. Tapi dengan tv3, memang lebih banyak yang buruk berbanding perkara yang baik. Sorry, aku bercakap jujur dari ahti.

9. Aku tak menonton pun citer tue so aku tak entitle untuk maafkan ke apa ke sebab dari awal lagi aku tak rasa tertipu pun. Aku up isu neh atas permintaan kawan2. Dalam masa yang sama aku nak orang luar di sana tahu tentang penipuan licik tv3 terhadap penonton mereka.

10. Bagi aku isu neh di anggap selesai. Tetapi apa yang tidak selesai ialah sejauh mana tv3 nak mengakui selain dari rancangan tersebut mereka juga dah fitnah pelbagai orang dalam rancangan2 lain? Khususnya buletin utama dan sejauh mana tv3 nak menghentikan cara ini untuk mendapatkan rating ataupun mengekalkan kuasa sesetengah pihak?

Mohon orang2 tv3 fikir la masak2. Fikir panjang2. Fikir sampai ke alam akhirat sana. Ingatlah minta maaf memang senang... kalau yang terlibat tue maafkan tv3 pun bagus juga la.. tetapi sejauh mana apa yang dah rosak boleh dikembalikan seperti asalnya / sediakala selepas lue minta maaf sebelum ia rosak teruk akibat difitnah? Itu lue kena fikir tv3. Fikir. 

Mahasiswa bebas berpolitik dan jadi calon parti - Khaled.

Kalau macam tue buat apa hukum Adam Adli ? Tak faham aku. Kalau ini benar, maka adakah ini juga bermaksud mahasiswa bebas menyertai apa2 demo samada melibatkan partisan ataupun NGO?

Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bebas melibatkan diri dalam aktiviti parti-parti politik di luar kampus termasuk menjadi calon pilihan raya umum, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pada Jumaat.

Beliau berkata ini berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang membenarkan penglibatan mahasiswa secara langsung dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus tanpa sebarang sekatan.

“Kalau rasa yakin boleh menang (dalam pilihan raya), pelajar boleh menjadi calon mana-mana parti. Ini merupakan satu pengiktirafan kerajaan kepada mahasiswa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemimpin Pelajar 2012 dan pelancaran Program Pensijilan 1Citizen di sini. -MNH-

Memandangkan menteri sendiri yang bagi kata2 seperti di atas so lepas neh tak payah la nak ugut2 dan herdik mana2 mahasiswa yang tak sokong bien oke. Penyokong2 bien pun tak payah nak lebih2 sebab yang bercakap di atas menteri bien. Bukan pembangkang yang cakap. Kalau dah gitu boleh la aku seru mahasiswa join mass himpunan di kl yang dijadualkan pada 12/1/2013.

Ini antara poster untuk sebaran umum ;



Sebelum2 neh aku risau nak seru mahasiswa ikut serta. Bukan apa, aku risau dorang kena buang, kena hukum dan sebagainya. Aku taknak dorang kena naya. Almaklumla kerajaan bien neh bukan faham bahasa. 

Orang kata perhimpunan untuk menuntut hak rakyat depa dok balon cakap ini demo pakatan rakyat. Walhal pakatan rakyat turut bersekutu dalam himpunan ini. Bukan la bermaksud ini demo pakatan rakyat.

Kalau ada pun orang2 bien dan umno nak join perhimpunan neh lagi bagus. Bahkan kita sangat2 mengalakkan perbuatan itu. Bagi aku, untuk mendapatkan kerajaan yang adil ia perlukan kerjasama dari seme pihak. 

Tak kisah la apa ideologi ko sekalipun. Tak semestinya kalau ko sokong bn ko kena sokong AES. Tak semestinya kalau ko tegar bien ko tak boleh sokong kempen kurangkan cukai kereta, ye tak?

Sokong bn sokong bn. Sokong cause2 yang memanfaatkan rakyat ialah sokong cause2 memanfaatkan rakyat. Itu kan dua perkara yang berbeza. Ko boleh sokong bn dan dalam masa yang sama sokong cause2 yang memanfaatkan rakyat. 

Caranya melibatkan diri dengan demo2 atau perhimpunan2 rakyat dan tonjolkan ada orang bien yang menerima perkara tersebut. Siapa tahu suatu hari nanti pemimpin bien nampak macam yang ko nampak? 

Tak berbangga ka menjadi pencetus perubahan kepada bn? So jangan sempitkan minda. Apa je yang penyokong pr sokong, penyokong bn tak semestinya kena bantah oke. Tengok isu, tengok topic, jangan tengok kulit.

So pada 12 / 1 nanti harap2 ada mahasiswa2 tak kira partisan turun untuk nyatakan sokongan kepada mana2 cause yang korang sokong ataupun up cause2 yang korang sendiri rasa ia perlu di up kan untuk mendapat perhatian dari kerajaan pusat. 

Kalau ada orang2 bn yang sokong cause2 tertentu pun di alu2kan untuk turun. Jangan layan cakap2 penyokong2 pr konon nya demo neh demo pr. Dorang cuma tak faham. Yang sebenarnya ini perhimpunan besar-besaran dari seme jenis cause yang wujud di malaysia dan kita berhimpun disini pada hari tersebut tanpa mengira parti dan NGO oke. Bai.

Penduduk Batu Pahat, korang meh sini kejap.

Korang nak amek lesen tak? Hehe. Murah siot. Ada discount lagi tu. Tak silap aku kalau nak amek lesen motor sekarang rate dalam 180 ke atas kot. Aku pun tak pasti. Tapi lebih kurang la. Itupun sebab waktu puncak. Waktu cuti sekolah so ada la discount. Dapat la rm180. Kalau bukan waktu puncak aku fikir tak dapat der rate rm180. Ikut syarikat juga la kot.

Oke sambung balik citer tadi. Neh hah UMNO ada buat promosi beb. Aku tolong sebarkan aje neh. Aku kan baik orangnya. Hehe.



Ada subsidi siot. Ko ada? Aku takde. Gila larh. Lesen motor bersubsidi dah zaman sekarang. Baru aku tahu.

kah kah kah

So kepada member2 yang belum ada lesen dan nak p amek lesen boleh la pergi terai apply kat situ. Khusus untuk penduduk batu pahat je oke. Bila lagi nak merasa subsidi secara langsung kan. BTW, ini khusus untuk mereka yang berusia 21 tahun ke atas je oke. So pepaham la. 

Bawa apa yang perlu di bawa. Kalau dah dapat maklumat berkaitan meh share dengan aku kat sini. Aku pun nak gak tahu apa permainan dorang kat situ pagi neh. Ini la masa untuk penyokong2 pakatan rakyat mengasah bakat lakonan korang. Apa lagi beb. Pergi la. Tarikh tamat hari neh oke.

kah kah kah

Jumaat, 14 Disember 2012

Mahasiswa, korang meh sini kejap.

Aku nak ajar korang satu benda. Cara2 nak jawab borang kaji selidik yang sedang diedarkan secara meluas di universiti sekarang neh. Sebenarnya borang2 macam neh dah lama disebarkan da. Berbeza universiti berbeza la masa pengedaran nya. Tujuan nya nak kumpul hasil kajian.

Dan hasil kajian tue pula akan dijadikan penanda aras buat bn untuk merangka strategi seterusnya. Bagi yang sokong bn lantak p la ko nak jawab macam mana pun. Ada aku kesah? Tapi bagi yang tak sokong bn korang kena take note. Ingat, memberikan mereka jawapan yang betul, hanya membantu mereka merangka strategi untuk menawan ahti pengundi muda.

Perkara terakhir yang korang taknak buat selaku penyokong2 pr ialah tidak membantu bn mendapatkan kemenangan majoriti bukan? So pastikan menjawab dengan betul ikut apa yang aku ajar, bukan menjawab dengan betul mengikut apa yang bn mahukan.

Tadi ada informer dah attachkan satu borang kaji selidik. Dari universiti mana tah aku pun tatau. Lihat bawah ;


Untuk jawapan no 1 sampai no 4 jawab Ya. Untuk jawapan no 5 jawab tidak. Untuk jawapan no 6 ikut negeri masing2. Agak2 kalau korang duduk bawah pr cakap je tidak. Kalau bawah bn, cakap je ya. Untuk kerajaan pusat jawab ya. 

Untuk nama pemimpin letak je 3 tertinggi. Najib, Muhyiddin dan Rosmah. Err silap. Nama Rosmah tue letak la nama mana2 pemimpin yang korang rasa nak letak. Asalkan pemimpin bn sudah. Jangan letak PR pula hehe.

Bagi korang memang la korang tak heran nak jawab dengan jujur. Sebab korang fikir ala apa juga strategi yang najib buat aku tak lut. Tapi diri kita tak boleh pentingkan diri. Kita mesti sekat bn dari mempengaruhi pengundi lain juga. Ini motif untuk kita mengelat dari survey ini oke. Fahamkan. Oke bai.  

Inila gambar PANDA yang akan ke Malaysia.

Woww..

PANDA. Ini la rupa ko ek? 

Nama ko apa?

Fuwa. 

Yeke Fuwa? Nama tak best tue. Tukar kepada nama lain la. Nanti aku fikirkan. Aku nak panggil ko nama lain oke. Taknak bagi ko nama Fuwa. Tak menarik pun.

kah kah kah

Tengok bawah. Gambar panda pinjaman yang kena bayar ketika meminjamkan dia ke sini. Lepas tue kena pulangkan balik. Konon nya dengan melakukan perkara ini pelaburan dari china akan masuk bertubi2 ke malaysia. Ini juga menyebabkan lebih banyak kawalan asing ke atas ekonomi malaysia. Yeahhhh..


Sedap tengah makan tue. Nyam..nyam. Tapi napa melihat ko mengingatkan aku kepada rosmah ek? Demm.

Wakaka. 

Fuwa merupakan salah seekor panda jantan yang akan dipinjamkan oleh kerajaan China kepada Malaysia sedang menikmati hidangan buloh di Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi Wolong di Wilayah Sichuan di Chengdu. -fotoBERNAMA

Gambar ihsan BERNAMA tetapi dipetik dari MSTAR

Memang buruk perangai panda neh melantak tetapi nama pun panda. Takyah ar mengharapkan kesopanan dari dia. Agak bangang disitu. Apa pun panda, ko akan disara dengan wang pembayar cukai. Bebaik sikit perangai ko. Kalau boleh aku nak ko sergah najib bila dia mai melawat ko. Jangan lupa jasa sapa yang feed ko. Ingat tue.

kah kah kah

Kempen menakut-nakutkan orang melayu oleh UMNO.

UMNO dah semakin ke depan dalam melancarkan kempen " orang melayu mari la takutkan PR dan undi la BN. Jangan takut kepada Allah swt. Takut kat PR je dah cukup oke... "

Dan jangan tak percaya. Masih terdapat ramai melayu2 bingai kat luar sana cukup2 mempercayai apa yang dikempenkan oleh umno. Bagi mereka hidup mampos melayu hanyalah dengan UMNO. Tah la. Sejak bila UMNO bagi lue nyawa? 

Dan sejak bila tanpa UMNO, melayu mampos? Aku pun tatau. Kalau nak di ikutkan bukan kat malaysia je ada melayu. Tempat2 lain pun ada melayu gak. Tapi takde plak UMNO kat situ. Tak mampos melayu2 kat situ. Kenapa pula di malaysia tanpa umno, MELAYU akan mampos? Pelik tak?

Lepas tue dok sibuk banding dengan singapore. Yang sebenarnya itu seme salah pentadbiran. Kalau pun melayu di sana ada yang teraniaya, mereka teraniaya bukan sebab mereka tue melayu oke. Sebab anutan agama mereka. Iaitu islam. 

Jika kerana semata2 mereka tue melayu memang takde apa2 yang membezakan mereka dengan kaum2 lain. Tetapi jika mereka itu muslim maka ada beberapa peraturan yang mereka terpaksa ikut atas nama dikriminasi. 

Konon nya penganut muslim mengalakkan dikriminasi. So ia diubah selaras dengan pandangan mata pentadbiran singapore yang terang2an bukan penganut islam.

Tetapi di malaysia pula berbeza halnya. Melayu disini sebenarnya takut hilang kuasa bukan kerana faktor agama. Tetapi atas faktor mereka tue melayu. Bagi aku untuk mengajar melayu2 seperti ini, lebih tepat melayu umno lagi la wajar mereka dihilangkan kuasa. 

Perlunya mata mereka dibuka bahawa akidah itu lebih penting jika dibandingkan dengan bangsa. Jika disuruh pilih salah satu. Tak salah berbangga dengan bangsa kita, jati diri kita. Tetapi jangan sampai perkara tersebut menafikan apa yang terkandung dalam islam. Sebab tue wajar sangat UMNO dihilangkan kuasa pentadbiran pusat. Perlu.



Masa tue baru beringat nak cari Allah swt. So sebagai penganut muslim yang pengasih dan penyayang, aku sangat2 berharap agar melayu2 umno hilang kuasa supaya dorang sedar diri. Jika tidak selama-lamanya akan ego dan berlagak nak mampos.

Jadi, jika korang seme sayangkan umno dan bn, ingat. Pangkah PR. Hanya PR boleh memulihkan UMNO dan kembalikan mereka ke tempat yang lebih baik. Ingat, kita nak kejar syurga neh. Jadi kita tak boleh pentingkan diri sendiri. 

Kena paut tangan2 umno gak agar mereka pun sama2 boleh mengejar syurga macam kita. Tak boleh pentingkan diri sendiri sebab kita pengasih. Dan hanya dengan kehilangan kuasa la baru UMNO dan BN akan sedar. Mari, kita selamatkan UMNO dengan hilangkan kuasa yang ada di tangan mereka. Jom ramai2.

kah kah kah

Makcik neh menangis, Pakatan Rakyat yang buat. [Video Inside]

Makcik neh menangis. Sedih siot dia. Kesian aku tengok wajah dia yang sayu sebab kena tipu. Dia kata dia kena tipu dengan pakatan rakyat. Pakatan Rakyat telah membuatkan dia menangis depan tv. Pakatan rakyat jahat sebab telah mengecewakan dan menghibakan dia..

Jangan sabar makcik, jangan sabar.

Teruskan marah, menangis dan mengamuk jika perlu oke.

Video yang dimaksudkan ;

 

Saman jika perlu. Jika PR menipu dipersilakan saman. Tapi aku pelik. Kemain lagi berita dok melaporkan ada beribu2 orang yang saman PR la.. apa la.. ada 30k ibu tunggal yang tak puas ahti la apa la tapi balik2 muka di atas juga yang keluar masuk tv cuma pakai baju berbeza2 je. Apahal?

Kalau ikut logik penyokong umno. Mereka kata kalau ada 300,000 ribu orang yang tidak memiliki ic maka 300,000 ribu ini la kena muncul berdemo di JPN. Kalau begitu, 30k ibu tunggal mesti muncul di berita tersebut bagi membuktikan memang ada 30k yang sedang tak puas ahti dengan PR di Selangor. 

Bahkan 2k yang menyaman tue pun harus dibuktikan memang ada 2k. Jangan atas berita je pongpang2 cakap 2k. Tapi kalau kita tengok berita usah kata 2k, nak cecah 50 orang pun HARAM!

Itu ikut logik umno oke. Bukan ikut logik aku. Ingat tue.

Bagi aku kalau PR dah cakap tuntutan itu boleh diperolehi menerusi program2 so ko pergi la ikut program2 dia untuk membolehkan ko mendapatkan perkara tersebut. Apa yang melebih2 sangat sampai nak buat drama swasta? Nak di ikutkan dulu bn tak bagi pun apa jadah seme neh. PR bagi. Lepas tue ko boleh plak bersama2 bn untuk balon pr yang bagi? Tak ke pelik namanya tue?

Tue takpe oke lagi. 

Yang paling lucu ialah ibu2 tunggal neh asyik keluar masuk tv bagi alasan pr tipu dorang. Ada bukti ke pr tipu dorang? Maksud aku bukan bukti manisfesto tu oke. Bukti yang dorang2 tue pernah dan telah memangkah pr. 

Kalau dorang pangkah pr then cakap pr tipu dorang memang logik. Kalau dorang pangkah bn dan cakap pr tipu dorang memang tak logik. Pasal dari awal lagi dorang tak percayakan manisfesto pr sebab tue dorang pangkah bn. Mana wujudnya unsur2 penipuan disitu?

Sorry to say makcik, teruskan menangis. Teruskan menyaman. Dan teruskan buat drama swasta. Mula2 tengok rasa cam nak simpati tapi bila dah terlalu kerap keluar masuk tv dari simpati bertukar menjadi menyampah. Tue la sapa suruh berlebih-lebihan dalam melebarkan sentimen. Kan orang dah bosan.

kah kah kah

Khamis, 13 Disember 2012

Latheefa Koya Mengamok Besar. [Video Inside].

Kena marah siot. Yelah. Maybe dah penat bercakap cara baik kot sebelum neh. Dah terangkan berkali2 pun tak faham2 gak akhirnya tersemburla segala kemarahan dia. Amek kaw.

Sebelum tue Latheefa Koya dah berbincang dengan pihak berkaitan untuk diedarkan [disuruh mengisi] borang berkaitan permohonan IC. So maybe pegawai2 JPN sendiri terkeliru ataupun tidak tahu apa sebenarnya yang perlu dilakukan sehingga memberikan borang yang salah. 

Itu yang Latheefa Koya mengamok habis. Aku pun tak jelas sangat macam mana nak apply ic bagi yang takde ic. Yang aku tahu kena ada sijil beranak je. Mungkin kah mereka2 yang takde ic neh ialah mereka2 yang takde sijil beranak sehingga tak ter-rekod di JPN?

Kalau macam tue, bagaimana mereka p sekolah apa seme? Study, kerja dan sebagainya? Ini kes yang membabitkan warga india yang takde ic. 300,000 orang menurut PKR. Tetapi kata PM angka yang terlibat adalah sedikit je. Mana cecah 300,000 pun. 

So maknanya terbuktilah PKR up kan isu yang benar2 wujud. Bukan la rekaan. Yang di twitter penyokong2 umno kata ini neh rekaan dan propaganda pkr je apa citer? Tah hapa2.

Apa pun saksikanlah amukan Latheefa Koya kat bawah neh. Aku pun takut siot. Garang dowh.

kah kah kah

Malaysia Juara Dunia Dalam Amalan Rasuah.

Amek kaw.

Tadi dok citer pasal juara dunia memiliki pemandu teksi yang tidak berhemah sekitar kuala lumpur rujuk sini, kini juara rasuah pula. Lepas neh juara apa ek kita nak gondol? Berita tersebut dipetik dari laman web ini ==> http://www.hindustantimes.com/world-news/Americas/Malaysia-is-world-champion-in-corruption/Article1-972080.aspx


Merujuk kepada artikel di atas ;

1. Artikel di atas berkenaan amalan rasuah di kalangan usahawan / pegawai eksekutif / syarikat / perniagaan di malaysia.

2. 50% daripada mereka mengakui / mempercayai bahawa mereka kalah dalam perebutan tender / projek kepada pesaing mereka disebabkan amalan rasuah yang berleluasa di kalangan penjawat awam.

3. Mexico berada di tangga kedua selepas Malaysia. Sorry Mexican. You lost to Malaysian oke.

4. Jepun pula mencatatkan paling kurang mengamalkan rasuah dalam mendapatkan projek iaitu sebanyak 2% dan di ikuti oleh singapore sebanyak 9%.

5. Bahkan dalam tahun 2012, statistik Malaysia menjunam mengalahkan Indonesia.

Ya, ya kali neh nak dibandingkan dengan siapa bila kita no 1 paling teruk? Sapa duduk di tangga 0? Ada mana2 negara duduk di tangga zero? Kita lebih baik dari negara itu oke.

kah kah kah

6. Ini juga menunjukkan bagi syarikat swasta untuk mendapatkan projek dari kerajaan maka amalan rasuah itu terpakai ataupun lebih tepat sebahagian dari 'tata kerja'.

Dan errrr kenapa pula penyokong umno dan bn nak melatah dalam isu ini? Ada tak kajian di atas mengatakan amalan rasuah berleluasa di malaysia hanya melibatkan orang2 bn je? Tak. Dia cakap sektor awam. Sektor awam di kedah, kelantan, penang, selangor bukan lah merujuk kepada pentadbiran bn kan? Jadi y u melatah di posting kawan2 fb?

Yang sepatutnya melatah ialah SPRM. Selagi SPRM tidak cekap dan tegas membanteras rasuah selagi itulah kita top dalam amalan tersebut. SPRM patut malu. Beria2 dok canang kat tv, kat media konon nya amalan rasuah berkurangan tapi nampaknya apa yang dicanangkan itu tidak merujuk kepada realiti pun. So SPRM..perlu kan plastik sampah? Rumah aku banyak oke. Sesuai untuk tutup muka.

kah kah kah

GST masuk sekolah?




salam..saudara, sy adalah salah seorang kakitangan di satu jabatan kerajaan yg berkaitan dengan pendidikan..baru-baru ini pejabat saya ada menerima kunjungan daripada kastam..saya tertanya2 apa kaitan kastam dengan pendidikan..rupa-rupanya kastam memohon kerjasama melalui jabatan2 berkaitan dengan sekolah untuk masuk ke sekolah bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan GST kepada murid2 sekolah..kononnya bagi mengelakkan murid-murid terkejut dgn pelaksanaan GST ini..maknanya GST akan dilaksanakan bila2 masa mungkin selepas pilihan raya..haha..nasibnya menjadi rakyat malaysia...negara kaya dengan hasil rakyat terpaksa bersusah payah..harap saudara dapat mencari maklumat dan mendedahkan hal in...tq

Aku terima email di atas. Aku pun heran gak. Apa kaitan budak sekolah dengan GST? After all bukan budak2 sekolah neh yang kena keluar duit untuk membeli barangan dapur dan sebagainya. So apa relevantnya untuk mereka menerangkan kepentingan GST kepada budak2 sekolah pula?

Kalau mereka tahu pun so what?

Kalau mereka tatau pun so what?

Ia bukan la dah dilaksanakan untuk mereka faham bila mereka dah besar oke. Ia belum dilaksanakan lagi. So samada mereka tahu or tidak tahu ia belum ada apa2 effect buat masa sekarang sebab ia belum dilaksanakan lagi. Secara menyeluruh la. Oke. GST dah ada. Cuma belum menyeluruh.  

Kalau kepada mak bapak budak baru la logik. Sebab mak bapak budak la yang kena keluarkan duit untuk membeli pelbagai barangan keperluan. Betul tak? Lagipun yang layak mengundi tue pun mak bapak budak juga. Bukan budak2 tersebut.

Apa pun aku tak nafikan mungkin juga benar mereka buat tindakan bengong neh. Apa pun kepada mereka yang mempunyai info/maklumat bahkan bukti mengenai perkara di atas mohon share2 kat sini. Aku pun nak tahu juga. Takanla kerajaan bangang2 sangat nak didik budak pasal GST?

Thanks.  

Mazidul Akmal Sidek Cabar Tunjuk Bukti.

Aku dah kena blocked dengan MAS. Aku pun tak faham sangat kenapa dia blocked aku. Yang aku tahu aku kena blocked selepas aku tanyakan dia beberapa soalan. Apa yang aku tanya ada kat bawah neh ;
    Assalammulaikum tuan,

    Saya percaya tuan sedia faham mengenai kekecohan yang sedang berlaku di alam maya ini. Sudi kah tuan menjelaskan beberapa perkara? Saya berharap tuan boleh menjawab kepada persoalan ini.

    1. Geng2 bikers memohon agar tuan memberitahu bahawa bikers tue hanya melakonkan semula.. bukan minta lebih dari itu. Adakah ia begitu sukar dibuat?


    2. Apa salahnya bikers itu sehingga digelar pelesit jalanan? Mereka kan hanya melakonkan semula?

    3. Mengapakah majalah 3 tak state bahawa ia adalah lakonan semula.. bukan mewakili keadaan sebenar?

    4. Apakah tuan merendah2kan mereka, kerana mereka bikers ?

    5. Apakah tuan fikir tiada jalan lain yang lebih baik untuk menerangkan kepentingan AES?

    Terima kasih in advance samada tuan reply mahupun tidak.

Dia ada reply tq. Then dia blocked. Owh oke. Salah ke soalan aku? Kasar sangat ke apa yang aku tulis? Lantak lue le. Lepas aku bagitau aku kena blocked then ada la member fb pergi mesejkan benda yang sama kat dia. Copy paste. MAS balas tau soalan dia. Padahal soalan dia dengan soalan aku sama sebijik jek.

Dia balas dan dia jawab seperti di bawah ;





Tapi lepas MAS jawab dia, dengan dia2 sekali kena blocked dengan MAS.

kah kah kah

Lantak lue la der. Fb lue hak lue la nak blocked sapa2 pun. Janji lue jangan marah orang bila orang terus mengasak lue. Pasal apa? Pasal at least kami ada inisiatif nak bertanya. Kami ada buka peluang dan ruang untuk lue buat penjelasan. At least kami bersedia mendengar pendapat, hujah dan jawapan dari lue.

Tapi memandangkan lue tak sudi beri ruang tersebut, apa daya kami nak paksa2 lue? Terserah la pada lue. Pendirian lue kan? Sapa la kita orang nak paksa2 lue untuk jawab atau sebaliknya?

Bila MAS reply seperti di atas, jelaslah dia minta kita tunjukkan bukti bahawa riders tersebut berlakon. Minta bukti tue beb. Kalau budak2 bikers tue cari sampai dapat then publish depan mata lue, boleh lue akur dan minta maaf?

Bebudak bikers akan buat rombongan ke sri pentas pada 23/12 neh. Dorang akan bagi lue bukti2 berkaitan nanti. Insya-Allah. Lue tunggu je la MAS.

Sementara itu. Setelah diperhatikan beberapa kali video tersebut memang betul la.. macam tak logik je beberapa ayat dia. Contohnya bila dia cakap tanpa berlengah juruterbang menerbangkan helikopter untuk mengekori penunggang dari udara..

Oke.

Bila dia cakap.. ==> menerbangkan helikopter itu maksudnya apa?

 
Kalau ikut pemahaman aku ialah maksudnya helikopter tue tak diterbangkan lagi. Baru nak terbangkan. Untuk mengekori kedua2 motor tersebut. So sebelum tue dia kat mana? Dia dah nampak la awal2 yang motor tue berlumba ek? Jadi dia kat mana masa tue? Macam mana boleh nampak tue ek?

kah kah kah

Bab kereta pun lawak juga.

Dan2 je JPJ dapat pintas mereka. Mak ai. Yang aku heran selalunya kemain berlambak lori2 besar yang tak patuhi peraturan atas highway.. confirm kalau ko guna je jalanraya paling2 koman ko akan terserempak dengan satu lori besar macam tue. So takan time tue JPJ tak perasan kewujudan lori2 besar seperti itu? Nak2 highway beb. Lagi la berlambak2 nak mampos. So orang2 JPJ neh skip lori besar tersebut semata2 nak kejar kereta tue ka? Priority pada kelajuan je?

Padan la lori2 neh makin lemak buat kesalahan. Biasalah. Dorang nak laju pun laju mana jek.

kah kah kah

Apa2 pun tunggu je la geng2 bikers bagi bukti. Insya-Allah jika semua berjalan seperti di rancang bukti tersebut akan mereka serahkan kepada individu yang memintanya. Oke bai.

Rabu, 12 Disember 2012

Mengapa dukung kekasih saya merupakan satu kesalahan?


Kita terus kepada topic perbincangan.  Baru2 ini ada dua isu. Apakah dua isu tersebut?

1. Isu perlakuan tidak sopan di khalayak ramai.

2. Isu salon rambut.

Dan sesungguhnya aku menarik nafas lega apabila PAS sedia bertolak ansur, bertolenrasi dan belajar mendengar pendapat dari seme pihak sebelum melaksanakan undang2 tersebut. Ini perkara yang betul. Dan bagi aku, saman yang telah dikeluarkan, tidak betul.

Kenapa tidak betul menurut pendapat aku? Aku je cakap tak betul oke. Korang punya pendapat mungkin berbeza. Baru2 ini seorang remaja telah disaman sebab mendukung kekasihnya di kawasan terbuka. Saman itu dikeluarkan atas sebab berkelakuan tidak sopan di kawasan terbuka.

Sebelum itu dua pasang kekasih juga telah disaman atas sebab yang sama. Ironinya mereka kata mereka cuma duduk di dalam kereta dan berbual sebab sedang menunggu. Entah betul entah tidak aku tak pasti.

Yang mengejutkan ialah salah seorang dari pasangan kekasih tersebut diminta rasuah sebanyak rm500 untuk selesaikan kes. Pelik. Benda neh dalam siasatan. Bagi aku jika benar pasangan tersebut diminta untuk berikan rasuah, apakah ada kemungkinan penguatkuasa itu sengaja menyaman sebab nak cari duit rasuah?

Tetapi rileks. Ia masih siasatan. Siapa betul dan siapa salah aku tak sure lagi. 

Dan kes terbaru melibatkan remaja berumur 17 tahun. Muda lagi. Menurut lelaki aka remaja yang disaman itu, katanya mereka hanya bergurau senda. Bukan nak buat lebih dari itu di kawasan terbuka. Tetapi ia telah disalahanggap lalu disaman. Jika ia dilakukan oleh seseorang yang menganuti islam demm aku cakap padan muka. 

Tetapi errr saman dikeluarkan ke atas seseorang yang bukan menganuti islam. Adakah perbuatan mendukung seseorang di khalayak ramai merupakan satu perkara tidak sopan? Tidak. Mata aku mengatakan ia tidak jika ia dilakukan oleh bukan muslim dan mereka2 yang ada pertalian tak kira la muslim or non muslim sekalipun. Even laki bini pun, so what? 

Perlakuan itu dianggap sebagai tidak sopan. Baiklah sejauh mana perbuatan tidak sopan ini ditafsirkan ikut pendapat majoriti? Adakah ini berpandukan kepada penglihatan sendiri? Heyy aku tengok dia cuit2 makwe dia tue.. tak sopan tue..nak saman arh.

Jadi, perlunya PAS meletakkan garis panduan atau sekurang2nya informasi bagi memberitahu bahawa perbuatan mendukung kekasih juga tidak sopan. Ada beza antara tidak bersetuju dengan menerima undang2. Walaupun aku tak bersetuju tetapi jika itu peraturan yang wujud di kelantan owh oke kena respect la pula. 

Dalam masa yang sama jika peraturan ini perlu dipinda, ikut la laluan dan proses yang betul. Aku tak duduk di kelantan. Sesiapa yang duduk di kelantan boleh mengusulkan idea tersebut kepada kerajaan negeri. 

Bagi aku untuk melaksanakan apa2 undang2 sekalipun pendapat major dan minor harus diambilkira. Hanya kerana kelantan diduduki 80% penganut islam itu tak semestinya kata2 / pendapat dari bukan muslim merupakan satu perkara yang jelas2nya salah dan tidak betul. Jika mereka tidak bersetuju dengan satu2 polisi, so what? Mereka patut diberikan hak untuk menyatakan pendapat.

Dan mengapa pula muslim yang bersama2 mereka dalam isu tersebut di anggap membelakangkan islam? Mengapa harus melihat sesuatu perkara itu dari sudut muslim? Hanya kerana kita muslim, jika kita melihat sesuatu perkara dari kaca mata bukan muslim dalam sesetengah isu seperti isu ini, kita tak akan menjadi murtad dan terkeluar dari islam oke. 

Manusia itu tak patut takut mengeluarkan sesuatu pendapat. Jauh sekali menjadi pak turut. Hanya kerana ia berlaku di kelantan dan PAS, maka tak mewajibkan sesiapa dari kita untuk mesti sokong.

Memang tak dinafikan MCA dan GERAKAN bermain politik dalam isu neh tetapi MCA dan GERAKAN hanyalah side dish. PAS itu sendiri hidangan utama. Dalam erti kata lain, sejauh mana PAS sanggup give and take dalam mendengar pendapat seme pihak termasuklah golongan minoriti dalam melaksanakan satu2 polisi?

Keadilan itu tiada paksi majoriti dan minoriti. Penganut muslim mahupun bukan muslim. Apabila kita sebut tentang adil ia harus merangkumi seme pihak tak kira bangsa, agama, bahasa, jantina, usia dan sebagainya.

Adil jika pas mahu melaksanakan undang2 bagi mengawal moral muslim dan non muslim. Bagus. Itu tindakan betul. Tetapi biarlah ia dalam perkara2 yang munasabah. Bercium, nak saman? Fine. Ko saman. Gila la nak bercium mulut depan2 beb. Lue desperate nak romen ke apa?

Tetapi dalam perkara2 yang boleh diconsider, perkara2 yang boleh dinasihati, hello kawan you jangan ini macam la. I tengok you peluk dia belakang2.. orang seme tengok rasa semacam.. you jangan peluk lagi. You menimbulkan persepsi tidak bagus.

Jadi ada pertimbangan. Yang bukan muslim mungkin terasa hey apa yang salahnya dengan peluk my love dari belakang? Mungkin ada orang sangka i nak buat something ke? Arhh takpela. Tak peluk pun tak peluk la. I peluk dia lain tempat.

Melainkan dorang sedang berbogel sambil dukung2 belakang tue lain citer. Orang kata tengok situasi dan keadaan tersebut. Give and take la. Jangan keras pada benda yang tak perlu. Pada benda yang perlu, keraskan undang2 oke. 

Sama macam isu salon. First time baca di TMI aku cakap dalam ahti. Takan pas buat undang2 gini? Impossible. Takan non muslim tak boleh potong rambut non muslim yang berlainan jantina? Itu ekstreme. Jika tanya aku, itu ekstreme.

Bukan ISLAM yang aku kata ekstreme oke. Tetapi undang2 dan polisi itu sendiri.

Apa yang PAS buat sudah tentu ada sebab. Jangan la bercakap benda yang ko tatau. Ko baru je menghalang aku daripada meluahkan apa2 benda yang melibatkan PAS. Kenapa nada ko sama sebijik macam orang bien?

Jika polisi AES boleh di tentang, apa sebab polisi menguatkuasakan undang2 salon itu tak boleh pula?

Aurat itu terpakai untuk muslim. Tetapi jika non muslim terheret sekali dalam benda yang hanya tertakluk kepada muslim, apa point dia? Baikla ko suruh dia solat sekali 5 waktu sehari walaupun dia bukan muslim, oke tak?

Tak oke. Jika tak oke, benda yang sama dalam isu salon juga tak oke. Jika non muslim nak potong rambut berlainan jantina muslim, itu tak oke aku boleh faham. Jika non muslim dilarang potong rambut berlainan jantina non muslim yang lain, tah macam mana la aku nak faham. 

Bagi aku undang2 itu harus dinyahkan segera untuk melihat betapa terbukanya PAS dalam mendengar pendapat dari seme pihak. Perlu. Sebab undang2 ini takde ertinya langsung.

Sebab itu bila baca kenyataan terbaru PAS mengenai hal ini, aku sangat2 puji. Ini tindakan yang betul. Tak rugi dengar pendapat dari seme pihak. Mahsuhkan terus undang2 tersebut. Ia tak munasabah untuk diteruskan.

Jika PAS mahsuhkan undang2 tersebut, percayalah PAS akan semakin relevant di kaca mata non muslim. Sebab apa? Sebab akhirnya PAS buka jalan2 untuk diterima oleh bukan muslim. PAS akhirnya terokai jalan itu. Jangan risau la dengan kata2 yang beranggapan hah pas, lue dengar cakap dap nampak. Pas lue jadi talibarut cina nampak.

Dont worry pas. Undang2 tue dari awal lagi tak layak di undang2kan pun. PAS bukan buat benda yang salah. PAS buat benda yang betul. PAS memang bagus kerana akhirnya mendengar pendapat dari seme pihak berkaitan isu tersebut. Apa salahnya disitu?

Memamposkan benda yang salah, bukan merupakan satu kesalahan. PAS jangan risau dengan persepsi yang dimainkan oleh BN. Itu wujud kerana apa? Kerana orang yang bakal hilang kuasa, begitu la cara mereka me-meel-kan diri. Oke bai.   

Jawapan balas Mazidul Akmal Sidek isu Bikers lakon semula.

Ini jawapan yang dipetik dari wall fb MAS.

Rujuk bawah neh ;


Kita terangkan sekali lagi supaya dia faham apa yang menjadi isu disini sehingga geng2 BIKERS neh terasa ahti apa seme oke.

1. Majalah 3 dan MAS telah buat satu rencana / majalah tv untuk menghighlightkan kepentingan AES dengan menonjolkan sikap2 pemandu yang tidak bertanggungjawab di atas jalanraya.

2. Adakah itu salah? Salah ke nak bagitau kepada penonton hey ada la bikers dan pemandu kereta yang buat jalanraya tue macam mak bapak dorang yang punya. Pui.

3. Tak salah. Geng2 bikers dan car tak rasa salah sama sekali. Lantak lue la lue nak tonjolkan benda yang benar2 berlaku. Dan jika lue rasa AES boleh memerangi perkara tersebut hak lue la. Pendapat lue pendapat lue, pendapat gua pendapat gua. Gua takmo campur dalam pendapat lue sebab gua pun tak suka orang lain definekan pendapat gua.

4. Tetapi yang jadi masalah bila aksi bebudak bikers tue digambarkan, diwatakkan, diceritakan sebagai perkara sebenar. Maksudnya disini bila penonton tengok klip tersebut, penonton akan maki hamun dorang. BANGSAT punya bikers. Kurang ajar nak MAMPOS. Lue ingat neh jalan lue ka? Macam2 lah persepsi, tohmahan dan sangkaan negatif timbul kepada 2 orang bikers yang sebenarnya hanya LAKON SEMULA je.

5. Bukan seme orang tahu itu lakon semula oke. Bukan seme orang tahu. Bagi yang tatau apa yang mereka sangka?

6. Jadi sepatutnya krew majalah3 letakkan notis, ini hanya lakon semula.

7. So orang faham la. Orang lue lakon semula la ek? Bukan lue yang pergi mengganas di jalanraya tue. Lue cuma lakon semula je.Oke2 gua take note. Tak jadi nak maki lue. Nasib baik lakon semula der.

8. MAS boleh claimed eh aku tatau pun benda tue lakon semula. Takpe. So betulkan aje benda tue. Orang bukan nak tahu ko tahu ke tak tahu ke apa ke orang cuma nak salah faham tue diperbetulkan. 

Walaupun mungkin ramai yang tak percaya MAS tatau. Almaklumlah siap ada gambar biker bergambar depan helikopter lagi. Takpela. Kita sangka baik sudah la. Anggap je la MAS tatau. So bila dah tahu, tak boleh ka betulkan semula dan jernihkan keadaan?

9. Jadi inila yang menjadi kemarahan dorang. Dorang bukan nak suruh puja dan puji melangit geng2 bikers. At least lue jelaskan keadaan sebenar pun dah cukup baik la. Ini tidak. Komen2 yang terpapar di wall fb, geng bikers tak bayar tol la, bawa macam haram la.. tak sedar diri lue tue bikers kecik je bila2 boleh kena langgar la.. apa seme tue?

10. So sebab dorang bikers lue rasa boleh rendahkan diri dorang? Sebab dorang rasa bawa lagi motor best dari bawa kereta lue rasa lue cukup bagus? Ada sesetengah biker memang tak bertanggungjawab. Tapi bukan seme biker tak bertanggungjawab. Sama la macam pemandu lain2 kenderaan sekalipun.

11. Yang ingin disampaikan, yang ingin dinyatakan ialah aksi lakon semula harusla digambarkan sebagai lakon semula. Itu sahaja. Tak perlu lue heret isu biker tak bertanggungjawab, bagi lampu tinggi la apa la. Benda tue takde kaitan dengan cerita dorang kat sini.

12. Hanya kerana lue pernah kena dengan biker yang tak bertanggungjawab so biker lain layak difitnah? Itu la yang budak2 yang bekap MAS dan M3 buat. Kita bukan nak citer pasal story lue penah kena ngan biker itu ka biker ini ka mana2 biker oke. Ini bukan luahan lue or cerita hidup lue oke.

13. Ini citer bikers yang dipanggil untuk melakonkan sesuatu then digelar pelesit jalanan then m3 tak bagitau bahawa itu lakon semula then orang yang tatau telah memaki hamun or sekurang2nya mempunyai persepsi buruk terhadap bikers tersebut. 

Antara komen2 yang terbit di fb, ada pengguna yang mengakui laa aku ingatkan benda betul... owhh lakonan je ka? Aku siap maki lagi.. so.. ada asas la napa budak2 bikers neh marah.

14. Benda tak minta banyak pun. Minta bagitau tue lakon semula je. Benda kecik neh pun kalau susah nak faham tatau la aku nak cakap apa lagi. Lue fikirlah sendiri. 

Rujuk sini ;



Mohon MAS dan M3 take note. Terima kasih.

Klik sini ==>  https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=10152366021305294&id=462592280293

Selasa, 11 Disember 2012

Saya menangis, saya dapat Datuk dan saya oke.

Yelah.

Dapat datuk. Sapa tak rasa oke? Kalau aku pun, aku happy. Dengan menangis leh dapat datuk. Best tue beb. Aku nak menangis arh. Nak test power. Agak2 dapat datuk ke tak lepas neh. Test ek, test.

Waaaaaaaaaaaaaaaaa

UMNO tolongggg.. PR buat akuuuuuuuu... aku sedihhhhh nak mampossssssss nehhhhhh

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Fake nak mampos. Takpela. Janji dapat datuk. Apa aku kesah?

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Harap2 UMNO pertimbangkan aku dalam senarai yang bakal didatokkan. Aku dah menangis dah tue. Tolong ek. Sesama muslim neh. Jangan berkira oke. Pfttttt

Datuk kat bawah neh sekarang dah dapat datuk oke. Datuk-datuk gelaran dia. Satu datuk sebab dia dah tua, satu datuk sebab gelaran dan pangkat ;


Tahniah diucapkan.  

Bukan senang nak dapat datuk oke. Bagi kebanyakkan orang.. ada yang kena beli, ada yang dapat atas usaha sendiri, ada yang dapat atas jaringan.. yang neh special sikit.. dapat sebab menangis. Janji dapat dari tak dapat2 macam aku.. betul tak datuk?

kah kah kah  

Sumber gambar : sini




Hot : Mazidul Akmal Sidek, Majalah 3 kantoi. [VIDEO INSIDE]

kah kah kah

Hadoi la. Bikers mengkantoikan majalah 3 la pulak..

Video yang dimaksudkan ada kat bawah neh ;

 

Yang sebenarnya ini ialah aksi lakon semula. Ini pengakuan dari geng2 riders sendiri beb. Dorang terlibat dalam rakaman ini tue pasal dorang bengkek dan sakit ahti sebab difitnah secara terang2an di tv3. 

Contoh ko le kan. Kalau tetiba orang panggil ko berlakon dalam sesuatu filem. Contohnya ko berlakon jadi pencuri. Then tv siarkan dalam berita eh ko la pencuri yang terkantoi sebab mencuri. Apa perasan lue?

Macam tue la perasan riders tue. Benda tak buat orang tuduh lue buat dorang mesti sakit ahti punya der.  

Tujuan MAS [Mazidul Akmal Sidek] tue sebenarnya nak promote kepentingan AES. Tak salah. Usaha untuk menjelaskan kepada masyarakat kepentingan AES tue memang tak salah. Yang salah bila korang menipu dan memanipulasikan peranan sesetengah pihak.

Masyarakat tak tolak AES. Yang kita tolak cara ia dilaksanakan. Masyarakat akur dengan undang2. Yang kita tak akur bila ia disalahguna. Apatah lagi bila kita mohon agar gantikan saman dengan hukuman lebih tegas seperti khidmat masyarakat ke apa.. itu bukti yang kita orang juga bersungguh2 mahu menguatkuasakan undang2 hingga ke tahap yang terbaik. 

Supaya sesama kita dapat ikut peraturan. Zaman sekarang dengan duit orang tak lut. Tapi kalau lue denda dia cuti tandas sebulan mao dia menangis. Mao dia serik nak mampos untuk ulangi kesalahan lampau. 

Ini lue denda soh bayar. Lue jual undang2. Lue nak paksa rakyat akur. Jangan la harap. Benda yang melibatkan duit adik beradik pun bergadoh. Ini dengan kerajaan? Berpatah tulang berkerat leher la masyarakat dengan bn.

Apatah lagi bila AES itu dikendalikan oleh swasta. Sampai ke mampos kita tak percaya ia untuk kebajikan rakyat. Mesti sebab nak cari duit ekspress. Taknak mengaku takpe. Bukti terarah ke situ juga. Spin2 pun tak guna pasal masyarakat tak bodoh. Dorang reti menilai dan berfikir oke.

Berbalik kepada satu siaran yang disiarkan di tv3 menerusi majalah 3 yang dikendalikan oleh Mazidul Akmal Sidek baru2 ini. Tujuan mereka of course nak promote AES.

Tapi cara aksi rakam semula dilaporkan dan disiarkan itu seolah2 ia rakaman sebenar. Apa salahnya inform bahawa itu rakaman semula? 

Aku tak fikir orang akan marah kalau majalah 3 bagitau bahawa benda tue rakaman semula. Itu lebih baik daripada mereka dapat tahu sendiri.. ehh tue rakaman semula ka? Aku punya la ingat ia benda betul. Demm. Kena tipu. Takde kredibliti arh cara dorang melaporkan sesuatu.

Nampak? Yang rugi akhirnya lue. Tapi gua tak kisah. Asal orang akan undi PR apa nak heran dengan kredibliti tv3 dan bn? Sekadar nak bagitau apa yang sedang hangat di media sosial je la. Sumber berita dari sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...