Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 Disember 2012

Mahasiswa bebas berpolitik dan jadi calon parti - Khaled.

Kalau macam tue buat apa hukum Adam Adli ? Tak faham aku. Kalau ini benar, maka adakah ini juga bermaksud mahasiswa bebas menyertai apa2 demo samada melibatkan partisan ataupun NGO?

Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bebas melibatkan diri dalam aktiviti parti-parti politik di luar kampus termasuk menjadi calon pilihan raya umum, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pada Jumaat.

Beliau berkata ini berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang membenarkan penglibatan mahasiswa secara langsung dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus tanpa sebarang sekatan.

“Kalau rasa yakin boleh menang (dalam pilihan raya), pelajar boleh menjadi calon mana-mana parti. Ini merupakan satu pengiktirafan kerajaan kepada mahasiswa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemimpin Pelajar 2012 dan pelancaran Program Pensijilan 1Citizen di sini. -MNH-

Memandangkan menteri sendiri yang bagi kata2 seperti di atas so lepas neh tak payah la nak ugut2 dan herdik mana2 mahasiswa yang tak sokong bien oke. Penyokong2 bien pun tak payah nak lebih2 sebab yang bercakap di atas menteri bien. Bukan pembangkang yang cakap. Kalau dah gitu boleh la aku seru mahasiswa join mass himpunan di kl yang dijadualkan pada 12/1/2013.

Ini antara poster untuk sebaran umum ;



Sebelum2 neh aku risau nak seru mahasiswa ikut serta. Bukan apa, aku risau dorang kena buang, kena hukum dan sebagainya. Aku taknak dorang kena naya. Almaklumla kerajaan bien neh bukan faham bahasa. 

Orang kata perhimpunan untuk menuntut hak rakyat depa dok balon cakap ini demo pakatan rakyat. Walhal pakatan rakyat turut bersekutu dalam himpunan ini. Bukan la bermaksud ini demo pakatan rakyat.

Kalau ada pun orang2 bien dan umno nak join perhimpunan neh lagi bagus. Bahkan kita sangat2 mengalakkan perbuatan itu. Bagi aku, untuk mendapatkan kerajaan yang adil ia perlukan kerjasama dari seme pihak. 

Tak kisah la apa ideologi ko sekalipun. Tak semestinya kalau ko sokong bn ko kena sokong AES. Tak semestinya kalau ko tegar bien ko tak boleh sokong kempen kurangkan cukai kereta, ye tak?

Sokong bn sokong bn. Sokong cause2 yang memanfaatkan rakyat ialah sokong cause2 memanfaatkan rakyat. Itu kan dua perkara yang berbeza. Ko boleh sokong bn dan dalam masa yang sama sokong cause2 yang memanfaatkan rakyat. 

Caranya melibatkan diri dengan demo2 atau perhimpunan2 rakyat dan tonjolkan ada orang bien yang menerima perkara tersebut. Siapa tahu suatu hari nanti pemimpin bien nampak macam yang ko nampak? 

Tak berbangga ka menjadi pencetus perubahan kepada bn? So jangan sempitkan minda. Apa je yang penyokong pr sokong, penyokong bn tak semestinya kena bantah oke. Tengok isu, tengok topic, jangan tengok kulit.

So pada 12 / 1 nanti harap2 ada mahasiswa2 tak kira partisan turun untuk nyatakan sokongan kepada mana2 cause yang korang sokong ataupun up cause2 yang korang sendiri rasa ia perlu di up kan untuk mendapat perhatian dari kerajaan pusat. 

Kalau ada orang2 bn yang sokong cause2 tertentu pun di alu2kan untuk turun. Jangan layan cakap2 penyokong2 pr konon nya demo neh demo pr. Dorang cuma tak faham. Yang sebenarnya ini perhimpunan besar-besaran dari seme jenis cause yang wujud di malaysia dan kita berhimpun disini pada hari tersebut tanpa mengira parti dan NGO oke. Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...