Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 11 Ogos 2017

Dah Kantoi Fitnah Akta 164, Pandai Ke Orang PAS Nak Minta Maaf?

Baca dulu kandungan usul, bukannya fitnah melulu sampai habis dipertikaikan keislaman orang lain. Inilah sebenarnya perangai sesetengah pemimpin PAS yang dibenci masyarakat sejak zaman berzaman. Buat orang meluat. Suka bayangkan macam dia je terer Islam. Orang yang berbeza dari dia semuanya bodoh agama. Kononnya dia je yang bela Islam, benteng terakhir la katakan. 😂😂😂

Sejak semalam juga, ramai penyokong PAS mempertikaikan dan mempersoalkan akidah pemimpin dan penyokong pembangkang yang kononnya tergadai dek sokong pindaan akta 164.

Penulis hanya mampu mengeluh di dalam hati sahaja. Begitu taksubnya mereka menjatuhkan hukuman mungkin gara-gara terpengaruh dengan tuduhan karut yang disebarkan oleh Harakah pada semalam. Untuk rekod artikel asal telah dipinda tapi kami punya rekod Google. Artikel inilah yang menimbulkan polemik sampai akidah orang pun dipertikaikan oleh penyokong parti agama. 

👇👇👇👇👇


Apa yang dibimbangkan adalah, RUU 164 membahayakan kepentingan umat Islam di negara ini. Antara bahaya yang bakal menjelma hasil dari RUU 164 ini adalah seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam. Selain itu, RUU 164 ini memperuntukkan bahawa orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Sebaliknya, orang Islam hendaklah dibenarkan keluar dari Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
Antara lain, hak umat Islam yang terlucut hasil dari RUU 164 ini ialah seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak. Bahkan orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

Rujukan penulis : https://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:O9C97cFH_mIJ:www.harakahdaily.net/index.php/arkib/2446-ruu-164-tragedi-malang-buat-umat-islam-negara-ini+&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=sg

Sebaran karut ini jelas membuktikan ;

1. Pemimpin PAS yang dimaksudkan tidak meneliti pun pindaan yang dicadangkan, sebaliknya menulis tanpa fakta bahkan menyelitkan perasaan benci kepada 'bukan muslim' secara tidak langsungnya. 

2. Wakil rakyat PAS gagal memberikan penjelasan kepada rakan-rakan separti mereka berhubung dengan usul pindaan yang sedang dicadangkan / dibahaskan dalam dewan. 

3. Mungkin juga tak pernah bincang dan kaji usul tersebut secara menyeluruh, hanya bantah ikut emosi. 

4. Agaknya mungkin itu la sampai sekarang usul RUU355 ditangguh-tangguhkan. Mereka takde struktur hukuman yang jelas kot. Sudahla langsung tak pertikaikan kenapa ia ditangguhkan sekali lagi pada hari terakhir sidang. Pelik betul.

Selepas netizens kecoh-kecoh dengan artikel yang mislead, pemimpin yang dimaksudkan tulis satu lagi artikel yang baru, bagi menggantikan artikel pertama yang jelas-jelasnya fitnah. 

👇👇👇👇👇



Mengekalkan tajuk yang sama tetapi mengubah hampir kebanyakan isi kandungan artikel asal sampai takde point nak tunjukkan kenapa umat Islam patut berasa marah atas pindaan tersebut. 

Entah berapa banyaklah maklumat disebarkan tanpa usul periksa oleh pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti agama sehingga mendorong kebencian melampau penyokong terhadap pihak tertentu walaupun kebencian tu sebenarnya langsung tidak wajar. 

Penulis masih ingat. Betapa ramai yang sebarkan artikel pertama Ustaz Ridzuan di samping dengan tuduhan karut marut ke atas penyokong pembangkang. Kononnya pembangkang telah mengabaikan tuntutan agama. PAS la satu-satunya benteng akhir bagi membela umat. Phuiii la. Maafla kerana terpaksa meludah kerana tuduhan penyokong-penyokong PAS di laman sosial termasuklah di aplikasi WhatsApp semalam terlalu karut. Apabila penulis bertindak membetulkan pemahaman mereka yang salah itu, mereka bukan sahaja enggan terima bahkan semakin menjadi-jadi tohmahan tersebut disebarkan seluasnya. 

Biar la logik sikit. Akta 164 ini melibatkan perkahwinan sivil. Bila pula hukum nikah kahwin umat Islam rujuk 164 sampai anak-anak yang lahir dari keluarga Islam tak mengharuskan anuti Islam? Yang maki DAP dan kutuk non muslim pun bersepah-sepah. Orang parti agama neh reti ke nak minta maaf? Atau nak bagi alasan DRAF????? 

👇👇




Draff? Siap masuk Harakah lagi. Itu draf ye? 

Komen-komen yang menghina, menghukum, menyalahkan dan mempertikaikan keislaman dan akidah orang lain tu macam mana kira? Draf juga ke apa? 

Langsung tak pernah salah kan? Sampai ke mati tak akan mengaku silap kan? Perangai macam neh, sampai masuk kubur pun kekal la jadi pembangang eh silap, pembangkang. 

Sementara itu di satu sudut yang gelap, tangan-tangan tersembunyi sedang tersenyum. 

Cerdikkkkk. 

Khamis, 10 Ogos 2017

Usul #RUU355 Tangguh Lagi!! - Sampai Bila???

Perbahasan usul Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) ditangguhkan lagi lapor Malay Mail Online sebentar tadi. Sebelum ini, pada April lepas, usul meminda rang undang-undang (RUU) Akta 355 juga pernah ditangguhkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pembentangan usul yang sama itu juga pernah melalui episode penangguhan pada sidang Parlimen Mei dan November 2016 lepas, atas permohonan yang dikemukakan oleh pencadangnya, Hadi, ahli parlimen Marang yang juga Presiden kepada parti PAS. 

Usul #RUU335 hari ini pada awalnya disenaraikan dalam perkara ke 10 untuk dibahaskan oleh Ahli Parlimen dan kemudiannya dimasukkan sebagai perkara keenam selepas empat rang undang-undang diumum akan ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat akan datang. 

Gambar - Malay Mail
Bagaimanapun Timbalan Menteri Datuk Razali Ibrahim mencadangkan sidang hari ini hanya berakhir selepas lima rang undang-undang kerajaan diluluskan. 

Menurut portal itu lagi, lima RUU yang diluluskan termasuklah bacaan kedua dan ketiga untuk RUU Angkatan Tentera (Pindaan) dan RUU Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan). Tiga lagi berkaitan usul mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), duti kastam dan duti eksais yang dibawa Kementerian Kewangan. 

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sidang parlimen akan ditangguhkan kepada suatu tarikh akan ditetapkan.

Rabu, 9 Ogos 2017

Dulu Kata Rock Semua Maksiat, Tapi Sekarang.. Hukum Dah Berubah Ke? Bekas Penganjur Konsert Kepada PAS.

Bekas penganjur konsert rock di negeri Pahang yang dikenali dengan nama Fahrin Badry,  pada 7 Ogos lepas telah menulis satu kritikan terbuka di laman Facebook beliau yang ditujukan ikhlas buat parti PAS.

Facebook - Fahrin Badry
Beliau melahirkan rasa pelik kerana PAS pada masakini mengangkat dan menjemput artis-artis rock ke atas pentas PAS sedangkan pada masa lampau, PAS amat mengecam artis-artis rock sehingga sanggup berdemo bagi menghalang penganjuran konsert rock, katanya. 

"Dulu sekitar tahun 1998 orang PAS berhimpun dan cuba batalkan konsert rock yang saya anjur di sebuah Felda di Pahang - Konsert Real XPDC masa tu (lineup Mael, Fareez Undertaker, Joe, Adeq). Mereka kata rock ini semua maksiat. Ini semua poyo. Walaupun ketika itu permit polis dah ada, tax hiburan pun dah bayar kepada MPK, pagar, stage dan sound system semua dah siap pasang, deposit artis pun dah bayar".

"Semua dah bersedia tetapi oleh kerana saya tidak mahu lawan PAS, saya jumpa Ketua Polis Kuantan masa tu minta bantuan hantar anggota supaya tidak berlaku rusuhan penonton di tapak konsert apabila saya buat keputusan untuk membatalkan konsert itu walaupun saya akan kerugian RM50ribu," katanya di status tersebut.

Beliau turut mempersoalkan apakah PAS sudah hilang pengaruh sehingga sanggup bersama-sama artis rock yang pernah ditolak oleh mereka dahulu, bahkan sampai ke tahap menodai prinsip perjuangan parti.

"Hari ini saya dah tak buat konsert rock lagi, saya dah ubah aktiviti saya kepada ibadah ok, yang PELIK wakil-wakil rakyat PAS pulak yang sibuk nak angkat dan jemput artis rock atas nama talkshow dan sebagainya. Hihihi, kenapa ni ya? Apa sudah jadi ni. Dah hilang pengaruh ke sampai nak kena panggil artis yang sebelum ini mereka gelar ejen maksiat untuk menarik orang ramai. Prinsip sendiri pun mahu dinodai?," soalnya. 

Fahrin kemudiannya menutup kritikan tersebut dengan hashtag #hukumdahberubahke? yang membuatkan ramai netizens beranggapan ia adalah sindiran yang tajam kepada parti PAS.

Respon-respon netizens;




Isu 1MDB - Ini Cerita Sebenar Dari Tuan Ibrahim Tuan Man.

i. Transkrip sidang media
Transkrip Sidang Media Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di De Palma Hotel Ampang, 7 Ogos 2017 jam 1.15 petang.
PAS telah mengadakan sidang meja bulat bersama dengan pihak pengurusan 1MDB, yang diketuai oleh Presiden 1MDB, Sdr Arul Kanda. Secara keseluruhannya pembentangan mengambil masa 3 jam setengah dan dihadiri hampir 30 org jawatankuasa drpd PAS Pusat dan tokoh2 yang kita undang pada hari ini.
Secara keseluruhannya bagi pihak kami, kita berpuas hati dengan penjelasan yang telah diberi oleh Sdr Arul khususnya pelan rasionalisasi yg telah dicadangkan oleh beliau bagi mengatasi kemelut yg dihadapi dalam 1MDB.
Isu yg berlaku hari ini, Kementerian Kewangan telah pun mengambil alih aset yang ada pada 1MDB.Jadi hasil dari perbincangan tersebut didapati, bila aset diserah kpd MOF Incorporated, maka kita perlu untuk monitoring terhadap isu2 yg melibatkan aset tersebut.Sebab bila aset diambil oleh pihak Kementerian, kita bimbang ia akan mencetuskan masalah baru jika tidak dikawal, dan kita harapkan bahawa isu2 ini mesti dipantau direct di bawah parlimen.
Maknanya pihak Kementerian Kewangan/Menteri perlu melaporkan kepada parlimen supaya ahli2 parlimen kita dapat mengikuti setiap perkembangan supaya tidak timbul masalah baru.
Hasil perbincangan ini juga kita mencadangkan PAS mencadangkan supaya RCI/ Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi menyiasat perkara-perkara yang berlaku yang membawa kemelut dalam isu 1MDB, khususnya sebelum Sdr Arul diterima masuk dan dibuat pelan rasionalisasi tersebut.Jadi cadangan ini sebenarnya telah pun dibawa oleh DS Tuan Guru Presiden pada 13 Oktober 2015, antara yg paling awal mencetuskan idea supaya RCI diwujudkan dalam isu 1MDB.
Diwaktu yg sama kita harapkan supaya 1MDB perlu diberi peluang untuk menyelesaikan segala hutang yang ditanggung oleh 1MDB, kerana kelewatan menjelaskan hutang ini menyebabkan kos faedah/interest yang dikenakan adalah sangat besar, setahun sebanyak 1.9 billion USD, interest sahaja. Jadi kalau kelewatan menjelaskan hutang ini menyebabkan kadar interest bertambah. Dan bagi kita, tindakan pelan rasionalisasi yang dibuat oleh 1MDB ini berada di atas landasan yang betul setakat ini. Dan kita harap tidak banyak campurtangan politik yang mengganggu pelan yang telah pun dikemukakan oleh beliau. Jadi secara keseluruhannya perbincangan sangat menarik dan terbuka. Beliau juga mengemukakan beberapa dokumen khususnya hasil perbincangan dengan PAC dan dokumen2 tersebut ialah dokumen yg boleh kita akses dan download dari media sosial.
Walau bagaimanapun kepada kami, PAC tidak boleh menyelesaikan masalah, sebab ia hanya satu badan yang dianggotai oleh lapan ahli parlimen BN dan lima daripada pembangkang,dan hanya bidang kuasa menyiasat tetapi tindakannya nampak masih belum ada. Dengan penuh hormat kepada agensi penguatkuasa yang ada di Malaysia, SPRM, Polis, Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, Audit Negara, dengan penuh penghormatan pada agensi2 ini, kita lihat bahawa perlunya RCI ditubuhkan. Dan bagi kami, RCI ialah jalan keluar dan kalau ada yang terlibat, kita harap ambil tindakan.Pihak kerajaan perlu ambil tindakan. Dan insya Allah mudah2han dengan penubuhan ini, isu ini ada jalan keluar dalam konteks penglibatan individu2 tertentu, tokoh2 tertentu. Di waktu yg sama negara tidak terbeban dengan bebanan hutang yang dibuat oleh 1MDB. So itu penjelasan yang saya nak buat pada hari ini.
ii. Kenyataan media susulan isu 1MDB.
1MDB - nasi yang sudah menjadi bubur
Masalah 1MDB hari ini, jikalaupun adanya kerajaan baru selepas PRU-14 dan semua yang terlibat menyeleweng berjaya ditangkap dan disumbat di dalam penjara, hutang 1MDB masih perlu ditanggung rakyat dan kerajaan yang baru kerana hutangnya dijamin kerajaan telah diluluskan oleh mereka yang berkuasa hari ini.
Laporan Utusan
Itulah realiti yang menyayatkan dan itu kesan sebenarnya skandal 1MDB terhadap rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa 1MDB adalah satu bala terhadap negara.
Di dalam taklimat 1MDB oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Arul Kanda Kandasamy kepada pimpinan tertinggi PAS, beliau menegaskan pelan rasionalisasi 1MDB adalah apa yang boleh beliau buat sekadar mampu untuk memastikan 1MDB tidak lagi perlu meminta suntikan dana daripada kerajaan.
Jika pelan rasionalisasi 1MDB gagal dan sekiranya 1MDB lewat membayar hutang, ini menyebabkan kos faedah bertambah melebihi ASD$1.9 bilion setahun yang perlu ditanggung kerajaan, samada kerajaan bertukar tangan ataupun tidak di PRU14.
Kelewatan menjelaskan hutang ini menyebabkan kadar interest bertambah, di mana ia akan memeritkan rakyat dan kerajaan akan datang, suka mahupun duka.
Yang menanggung akibat ini ialah kerajaan dan rakyat, bukan mereka yang terlibat menyeleweng 1MDB yang masih berkuasa. Hatta harta mereka yang terlibat dirampas pun, ia tidak mampu untuk membayar hutang 1MDB.
Disebabkan itu, PAS mengharapkan supaya 1MDB perlu diberi peluang untuk menyelesaikan segala hutang yang ditanggung oleh 1MDB dan pada masa yang sama kita berusaha menumbangkan BN agar mereka yang meninggalkan hutang 1MDB untuk ditanggung rakyat dan kerajaan dapat dibawa ke muka pengadilan.
Disebabkan PAS meragui kemampuan kerajaan dalam mengendalikan aset-aset negara dan memandangkan Kementerian Kewangan telah pun mengambil alih aset yang ada pada 1MDB dan diserahkan kepada MOF Incorporated, maka PAS berpendirian bahawa Menteri Kewangan perlu melaporkan kepada Parlimen dari semasa ke semasa.
Ini bertujuan supaya ahli-ahli Parlimen dapat mengetahui dan memantau perkembangan aset-aset tersebut dan mengelakkan tidak timbul masalah baru jika tidak dikawal.
Kedua, PAS terus menggesa agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diwujudkan bagi menyiasat perkara yang mencetus kemelut dalam isu 1MDB.
Selepas pertemuan dengan Arul, pendirian PAS tidak pernah tidak ubah dalam isu 1MDB. Malah orang pertama yang menyarankan RCI terhadap 1MDB ialah Presiden PAS sendiri pada 2015.
Arul bersedia berjumpa dengan PAS barangkali mungkin kerana PAS mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera dan bukannya politik “fitnah dulu, bayar kemudian.” Ini bezanya PAS dengan parti-parti politik pembangkang yang lain. Memang ada beza antara yang mencari solusi dengan yang mencari publisiti.

Kos Beli Ambulance Terlajak Mahal - Ini Jawapan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Siang tadi Kementerian Kesihatan Malaysia dipertikaikan netizens dalam isu pembelian 500 buah ambulance yang bernilai 400 juta, secara puratanya dianggarkan berharga 800,000 bagi seunit ambulance siap dengan peralatan perubatan didalamnya. 

Post itu pada awalnya dimuatnaik oleh satu page yang dikenali dengan nama Mahathir The Legend sebelum ianya tular di socmed.


Kementerian Kesihatan Malaysia kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan media bagi menafikan penyebaran di atas.

Menurut dalam satu kenyataan, KKM menyebut kos sebenar bagi membeli 500 buah ambulance adalah bernilai RM225.2 juta. 

Dan 250 buah darinya dilengkapi dengan spesifikasi penuh, iaitu dengan peralatan perubatan terkini antaranya seperti Advance Cardiac Care Device, Portable Ventilator, Portable Medical Suction Unit, Foldable Stretcher with Safety Belt, Syringe Perfusion Pumps dan Vital Sign Monitor. 

Oleh itu KKM berharap mana-mana pihak tidak menyebarkan perkara yang tidak benar dalam isu pembelian 500 buah ambulance tersebut.

Berikut kenyataan media penuh oleh KKM;

KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA -PENJELASAN MENGENAI PEROLEHAN AMBULANS 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa kenyataan akhbar yang mendakwa perolehan ambulans KKM bernilai sehingga RM400 juta adalah tidak tepat sama sekali. Perolehan kenderaan ambulans sebanyak 500 buah adalah berjumlah RM225.2 juta sahaja dimana separuh daripada ambulans ini adalah jenis ambulan spesifikasi penuh yang dilengkapkan dengan peralatan perubatan terkini, antaranya seperti Advance Cardiac Care Device, Portable Ventilator, Portable Medical Suction Unit, Foldable Stretcher with Safety Belt, Syringe Perfusion Pumps dan Vital Sign Monitor. 

KKM juga ingin memaklumkan bahawa sejak tahun 2010, sebanyak 925 buah ambulans telah diperoleh dengan nilai hampir RM389 juta. 

Dengan kenyataan ini diharap pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan memutarbelitkan fakta sebenar bagi mengelirukan rakyat. 

Sekian. 
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia 
8 Ogos 2017

Selasa, 8 Ogos 2017

Lim Guan Eng Pegang Banyak Jawatan, DAP Tak Kritik Pula Soal Aktivis.

Dua hari lepas, portal Free Malaysia Today melaporkan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Terasa Kok yang mempersoalkan kemampuan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Irwan Serigar Abdullah yang memegang banyak jawatan dalam GLC, mampukah beliau memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab dalam jawatan-jawatan yang disandang oleh beliau, kata Teresa Kok.
Teresa juga bertanyakan tentang bayaran yang diterima oleh Irwan Serigar atas kesemua jawatan-jawatan yang disandangnya menerusi satu sesi perbahasan di Parlimen. Menurut Teresa Kok lagi, satu-satu elaun boleh mencecah sehingga 3,000 Ringgit Malaysia bagi sekali kehadiran.
Soalan Teresa Kok di Parlimen itu juga tidak dijawab secara terperinci, di mana Kementerian Kewangan tidak mendedahkan butiran pembayaran yang diterima oleh Irwan Serigar sebaliknya hanya memaklumkan pendapatan yang diterima oleh Irwan adalah selari dengan risiko yang beliau perlu tanggung sebagai Pengarah. 
Dalam laporan yang sama Free Malaysia Today menyebut, menurut info yang diterima, kebiasaannya jawatan Pengarah bukan ekskutif tidak mempunyai pendapatan tetap seperti gaji tetapi menerima faedah tertentu, elaun bulanan dan bayaran hadir mesyuarat yang biasanya diadakan setiap 2,3 bulan sekali. 
Persoalan yang dibangkitkan oleh Teresa Kok itu mendapat perhatian daripada seorang aktivis politik yang mempertikaikan pembangkang bekerjasama dengan Mahathir baru-baru ini iaitu Muhammad Harris Nasril. Berikut adalah respon beliau terhadap isu yang dibangkitkan oleh DAP itu.
Baru-baru ini pemimpin DAP mengkritik Irwan Serigar, ketua setiausaha kementerian kewangan yang memegang sekurang-kurangnya 20 jawatan dalam entiti kerajaan dan GLC.

Mereka mempersoalkan sama ada Irwan dapat memainkan peranan pelbagai dengan berkesan.
"Bagaimana seseorang boleh memegang banyak jawatan pengarah? Menjadi ketua setiausaha di kementerian dengan sendiri sudah sibuk. Jadi bagaimana dia boleh memainkan peranan pengarahnya dengan berkesan dalam banyak GLC?," soal Teresa Kok.
Tony Pua pula menekan Irwan supaya mendedahkan jumlah wang yang diterima selaku pengarah di pelbagai agensi.
"jika kedudukannya sebagai ketua setiausaha perbendaharaan memerlukan beliau duduk di lembaga GLC, beliau tidak boleh menerima bayaran daripada syarikat terbabit," tambah Tony Pua.
Saya sangat setuju dengan saranan Teresa Kok dan Tony Pua ini. Walaubagaimanapun, saya berharap mereka turut mempersoalkan boss mereka, Lim Guan Eng yang memegang jawatan pengerusi 19 GLC kerajaan negeri Pulau Pinang. Takkan gajah depan mata tak nampak? Berapa gaji dan elaun yang diterima Guan Eng?
Jawatan Pengerusi yang dipegang oleh Lim Guan Eng :
1. Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
2. Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
3. Pengerusi PBA Holding Berhad
4. Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera
5. Pengerusi Invest Penang
6. Pengerusi Penang Global Tourism Sdn Bhd
7. Pengerusi PGC Strategies Sdn Bhd
8. Pengerusi PICEB Sdn Bhd
9. Pengerusi PYDC Strategies Sdn Bhd
10. Pengerusi Lembaga Muzium Negeri
11. Pengerusi Penang Science Cluster
12. Pengerusi Penang Stem Sdn Bhd
13. Pengerusi Penang Future Foundation
14. Pengerusi BPO Premier Sdn Bhd
15. Pengerusi Premier Horizon Ventures Sdn Bhd
16. Pengerusi PDC Telecommunication Services Sdn Bhd
17. Pengerusi George Town World Heritage Incorporated
18. Pengerusi Penang Tecn Centre Bhd
19. Pengerusi Lembaga Pengarah Penang Institute
-----------------
Selain mendedahkan jawatan-jawatan yang dipegang oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, individu itu turut mendedahkan jawatan-jawatan yang dipegang oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
Berikut merupakan 15 jawatan Pengerusi yang dipegang oleh Azmin Ali. Berapa pula gaji dan elaun yang diterima beliau? Teresa Kok dan Tony Puatak mahu tanyakah?

Takkan bila kawan sendiri pegang jawatan berderet-deret, kamu membisu. Bila lawan buat perkara yang sama, kamu membebel siang dan malam. Mana transperansi?
Patutlah selama ni azmin ali tak berani nak isytiharkan harta dia! 7 keturunan pun tak habis!



1. Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
 


2. Pengerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)
 


3. Pengerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
 


4. Pengerusi Lembaga Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
 


5. Pengerusi Amanah Yayasan Selangor
 


6. Pengerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
 


7. Pengerusi Permodalan Negeri Selangor Berhad
 


8. Pengerusi Tourism Selangor Sdn Bhd.
 


9. Pengerusi Communication Corporation Sdn Bhd
 


10. Pengerusi Pendidikan Industri YS Sdn Bhd
 


11. Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad
 


12. Pengerusi Invest Selangor Berhad
 


13. Pengerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
 


14. Pengerusi Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor
 


15. Pengerusi UNISEL

PAS Patut Kongsikan Info 1MDB Kata Husam Musa.

Oleh : Husam Musa
PAS PATUT KONGSI INFO 1MDB
Pas patut berkongsi lebih banyak maklumat mengenai pertemuan Pas-1MDB petang tadi.
Khususnya mengenai apa yang dikatakan oleh Timbalan Presiden Pas sebagai 'Pas berpuas hati' dengan pelan rasionalisasi.
Antara yang perlu dikongsikan antara lain ialah:
1. Dari mana 1MDB akan memperolehi RM 2.5 bilion untuk bayaran kepada Ipic yang termungkir pada 31 Julai lalu?
(Kalau bukan dibayar oleh Kerajaan Malaysia menerusi pengeluaran bon).
2. Pelan rasionalisasi mana yg menghasilkan RM 2.5 billion untuk bayaran itu jika benar 1MDB sendiri membayarnya?
3. Kenapa bayaran pertama kepada Aabar dulu dimasukkan ke dalam akaun syarikat yang salah?
4. Apa tindakan yang telah diambil ke atas pengurusan atas 'kesilapan' itu sehingga kini?
5. Kenapa 1MDB tidak berterus terang tentang salah pembayaran itu dengan rakyat Malaysia selama ini?
6. Jika ia tidak tersalah bayar, kenapa 1MDB tidak berjaya membuktikan hal itu semasa Arbitrasi di London?
Adakah isu-isu ini dibangkitkan oleh Pas semasa bertemu Arul?
Jika ya, ia patut dikongsikan dengan rakyat jelata.
Barulah kami boleh faham apa yang telah Pas berpuas hati.

Puas Hati Penjelasan Arul Kanda, PAS Diherdik Sebagai Bodoh & Dungu Oleh Khairuddin.

Oleh : Khairuddin Abu Hassan (Koordinator Deklarasi Rakyat).

APA YANG TUAN HJ IBRAHIM TUAN MAN SERTA 30 ORANG AHLI JAWATANKUASA PUSAT PAS PUAS HATI DENGAN PENERANGAN ARUL KANDA?! 

Laporan Buletin Utama
Parti Pas telah menjadi semakin bodoh dan dungu dari hari ke sehari sejak kebelakangan ini. Tak tahulah apa yang Timbalan Presiden Pas puas hati dengan penerangan pelan rasionalisasi 1mdb yang telah diberi taklimat oleh arul kanda kandasamy?! Arul Kanda kaki penipu!! 

Dulu Arul Kanda kata dia secara peribadi pergi ke bank BSI di singapura dan lihat dengan mata sendiri ada duit syarikat 1mdb yang disimpan dalam bentuk tunai sejumlah lebih kurang rm4 bilion. Pada bulan march 2015 Perdana Menteri paling korup mengesahkannya di dalam parlimen!! Perdana Menteri pun menipu parlimen pada waktu itu. 

Baki 1MDB 4 Billion Dalam Bentuk Wang Tunai
Gambar - Suara Rakyat
Akhirnya mereka mengakui bahawa di dalam bank BSI singapura tidak mempunyai wang tunai tetapi simpanan adalah dalam bentuk unit!! Namun kita tak tahu unit apa?! Takkan Timbalan Presiden Pas yang kurang cerdik tak ingat Arul Kanda cakap pasal pelan rasionalisasi syarikat 1mdb dari tahun lepas lagi. Tetapi kini banyak yang masih gagal!! Pelan rasionalisasi 1mdb masih gagal setakat ini sehinggakan syarikat itu tidak mempunyai wang untuk bayar hutang. 

Saya nak tanya Timbalan Presiden Pas dia tahu tak dah hampir beberapa tahun akaun syarikat 1MDB masih gagal diaudit!! Arul Kanda bercakap mengenai penjualan aset Bandar Malaysia, duit-duit simpanan 1mdb di kepulauan caymen, tanah 1mdb yang dibeli oleh Tabung Haji, program pelupusan hutang-hutang syarikat 1mdb, penjualan aset janaletrik dan pelbagai lagi kononnya mereka akan mampu langsaikan hutang-hutang syarikat tersebut pada hujung tahun 2015!! Akhirnya apa terjadi?! 


Dah hampir setahun setengah walaupun program rasionalisasi syarikat 1mdb dilancarkan; semua hutang-hutang tertunggak gagal dilunaskan sepertimana Arul Kanda bercakap!! Yang terbaru pembayaran permulaan hutang pada syarikat IPIC sejumlah rm2.6 bilion gagal dibayar yang sepatutnya dilunaskan pada 31 julai 2017. Saya nak nasihatkan timbalan presiden Pas dalam isu 1MDB jangan dengar cerita dari Arul Kanda saja!! 


Arul Kanda sudah pasti akan bercerita yang baik-baik belaka!! Tuan Haji Ibrahim Tuan Man patut kaji laporan-laporan DoJ jilid satu dan dua, laporan perbicaraan di mahkamah singapura, kaji laporan PAC dan laporan ketua audit negara serta panggillah juga YB Tony Pua bersama YB Rafizi Ramli untuk memberi pencerahan pada Pas. 

Baru boleh dapat gambaran yang jelas serta tepat!! Pas kini telah menjadi parti yang bodoh serta pemimpin-pemimpinya pula pun senang diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin umno. 

Jadi, adalah terlalu awal untuk Tuan Haji Ibrahim Tuan Man dan 30 orang ahli jawatankuasa pusat Pas nak berkata mereka berpuas hati dengan taklimat Arul Kanda Kandasamy yang kaki temberang!! 

Walaupun pemimpin-pemimpin Pas kurang cerdik tapi janganlah bagi pemimpin-pemimpin umno terus memperbodohkan Pas!!

Isnin, 7 Ogos 2017

Setakat Sarawak Report Kena Bayar PAS €15,000, Itu Biasa Je Sindir MP Amanah.

Oleh : Hanipa Maidin

1. Bila saya mula mula baca tajuk berita (lampiran) saya fikirkan perbicaraan saman fitnah parti suci ke atas Sarawak Report (SR) telah tamat dan parti suci telah menang. Maka saya berniat nak tulis ucapan tahniah saya pada parti suci kerana menang saman itu.

  
2. Tapi bila saya baca isi kandungan berita itu rupanya yang saya fikir tu rupanya tak betul.

3. Sebenarnya perbicaraan belum bermula pun dan parti suci bukan menang bicara penuh (full trial). Kes baru di tahap case management.

4. Rupa-rupanya permohonan SR untuk minta Pas bayar apa yang dipanggil "security for cost" ditolak oleh Mahkamah dan SR seperti yang diduga kena perintah untuk bayar kos kepada parti suci sebanyak €15,000.00

Google - Hanipa Maidin
5. Saya harap parti suci taklah "jual" pada orang kampung di bawah yang ia dah menang bicara, belum lagi..

6. Izinkan saya jelaskan sikit isu teknikal;

a. Dalam mana-mana kes sivil jadi lumrah mana-mana pihak seperti SR untuk pohon pihak luar daripada UK seperti parti suci bayar "security for cost" di Malaysia saya pun saya biasa buat begitu jika saya wakili client tempatan yang menyaman atau disaman pihak luar (party outside jurisdiction).

b. Asas "security of cost" yang didepositkan di mahkamah adalah pihak seperti SR ingin pastikan jika pihak seperti parti suci yang tinggal di luar UK kalah dalam bicara dan di perintahkan bayar kos maka jika mereka gagal bayar sekalipun, SR masih boleh dapatkan kos itu daripada Mahkamah melalui wang sekuriti yang didepositkan di mahkamah tersebut.

c. Lagi satu, dalam undang-undang ada frasa "cost follows the event" ertinya pihak yang kalah kena bayar kos pada pihak yang menang. Oleh kerana SR kalah dalam permohonan untuk dapatkan perintah mahkamah arah parti suci bayar "security for cost", maka SR kena bayar parti suci kos permohonan itu yang dilaporkan €15,000.00. Itu biasa, nothing extra ordinary.

d. Dalam konteks UK, dapat €15,000.00 taklah dikira besar sangat tapi bila mula "diconvert to RM" memanglah nampak besar sebab matawang kita kecil dan lemah!

7. Apa pun tahniahlah parti suci kerana menang pusingan pertama ini, cuma kena ingat the journey is still far away.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...