Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 9 Ogos 2017

Isu 1MDB - Ini Cerita Sebenar Dari Tuan Ibrahim Tuan Man.

i. Transkrip sidang media
Transkrip Sidang Media Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di De Palma Hotel Ampang, 7 Ogos 2017 jam 1.15 petang.
PAS telah mengadakan sidang meja bulat bersama dengan pihak pengurusan 1MDB, yang diketuai oleh Presiden 1MDB, Sdr Arul Kanda. Secara keseluruhannya pembentangan mengambil masa 3 jam setengah dan dihadiri hampir 30 org jawatankuasa drpd PAS Pusat dan tokoh2 yang kita undang pada hari ini.
Secara keseluruhannya bagi pihak kami, kita berpuas hati dengan penjelasan yang telah diberi oleh Sdr Arul khususnya pelan rasionalisasi yg telah dicadangkan oleh beliau bagi mengatasi kemelut yg dihadapi dalam 1MDB.
Isu yg berlaku hari ini, Kementerian Kewangan telah pun mengambil alih aset yang ada pada 1MDB.Jadi hasil dari perbincangan tersebut didapati, bila aset diserah kpd MOF Incorporated, maka kita perlu untuk monitoring terhadap isu2 yg melibatkan aset tersebut.Sebab bila aset diambil oleh pihak Kementerian, kita bimbang ia akan mencetuskan masalah baru jika tidak dikawal, dan kita harapkan bahawa isu2 ini mesti dipantau direct di bawah parlimen.
Maknanya pihak Kementerian Kewangan/Menteri perlu melaporkan kepada parlimen supaya ahli2 parlimen kita dapat mengikuti setiap perkembangan supaya tidak timbul masalah baru.
Hasil perbincangan ini juga kita mencadangkan PAS mencadangkan supaya RCI/ Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi menyiasat perkara-perkara yang berlaku yang membawa kemelut dalam isu 1MDB, khususnya sebelum Sdr Arul diterima masuk dan dibuat pelan rasionalisasi tersebut.Jadi cadangan ini sebenarnya telah pun dibawa oleh DS Tuan Guru Presiden pada 13 Oktober 2015, antara yg paling awal mencetuskan idea supaya RCI diwujudkan dalam isu 1MDB.
Diwaktu yg sama kita harapkan supaya 1MDB perlu diberi peluang untuk menyelesaikan segala hutang yang ditanggung oleh 1MDB, kerana kelewatan menjelaskan hutang ini menyebabkan kos faedah/interest yang dikenakan adalah sangat besar, setahun sebanyak 1.9 billion USD, interest sahaja. Jadi kalau kelewatan menjelaskan hutang ini menyebabkan kadar interest bertambah. Dan bagi kita, tindakan pelan rasionalisasi yang dibuat oleh 1MDB ini berada di atas landasan yang betul setakat ini. Dan kita harap tidak banyak campurtangan politik yang mengganggu pelan yang telah pun dikemukakan oleh beliau. Jadi secara keseluruhannya perbincangan sangat menarik dan terbuka. Beliau juga mengemukakan beberapa dokumen khususnya hasil perbincangan dengan PAC dan dokumen2 tersebut ialah dokumen yg boleh kita akses dan download dari media sosial.
Walau bagaimanapun kepada kami, PAC tidak boleh menyelesaikan masalah, sebab ia hanya satu badan yang dianggotai oleh lapan ahli parlimen BN dan lima daripada pembangkang,dan hanya bidang kuasa menyiasat tetapi tindakannya nampak masih belum ada. Dengan penuh hormat kepada agensi penguatkuasa yang ada di Malaysia, SPRM, Polis, Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, Audit Negara, dengan penuh penghormatan pada agensi2 ini, kita lihat bahawa perlunya RCI ditubuhkan. Dan bagi kami, RCI ialah jalan keluar dan kalau ada yang terlibat, kita harap ambil tindakan.Pihak kerajaan perlu ambil tindakan. Dan insya Allah mudah2han dengan penubuhan ini, isu ini ada jalan keluar dalam konteks penglibatan individu2 tertentu, tokoh2 tertentu. Di waktu yg sama negara tidak terbeban dengan bebanan hutang yang dibuat oleh 1MDB. So itu penjelasan yang saya nak buat pada hari ini.
ii. Kenyataan media susulan isu 1MDB.
1MDB - nasi yang sudah menjadi bubur
Masalah 1MDB hari ini, jikalaupun adanya kerajaan baru selepas PRU-14 dan semua yang terlibat menyeleweng berjaya ditangkap dan disumbat di dalam penjara, hutang 1MDB masih perlu ditanggung rakyat dan kerajaan yang baru kerana hutangnya dijamin kerajaan telah diluluskan oleh mereka yang berkuasa hari ini.
Laporan Utusan
Itulah realiti yang menyayatkan dan itu kesan sebenarnya skandal 1MDB terhadap rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa 1MDB adalah satu bala terhadap negara.
Di dalam taklimat 1MDB oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Arul Kanda Kandasamy kepada pimpinan tertinggi PAS, beliau menegaskan pelan rasionalisasi 1MDB adalah apa yang boleh beliau buat sekadar mampu untuk memastikan 1MDB tidak lagi perlu meminta suntikan dana daripada kerajaan.
Jika pelan rasionalisasi 1MDB gagal dan sekiranya 1MDB lewat membayar hutang, ini menyebabkan kos faedah bertambah melebihi ASD$1.9 bilion setahun yang perlu ditanggung kerajaan, samada kerajaan bertukar tangan ataupun tidak di PRU14.
Kelewatan menjelaskan hutang ini menyebabkan kadar interest bertambah, di mana ia akan memeritkan rakyat dan kerajaan akan datang, suka mahupun duka.
Yang menanggung akibat ini ialah kerajaan dan rakyat, bukan mereka yang terlibat menyeleweng 1MDB yang masih berkuasa. Hatta harta mereka yang terlibat dirampas pun, ia tidak mampu untuk membayar hutang 1MDB.
Disebabkan itu, PAS mengharapkan supaya 1MDB perlu diberi peluang untuk menyelesaikan segala hutang yang ditanggung oleh 1MDB dan pada masa yang sama kita berusaha menumbangkan BN agar mereka yang meninggalkan hutang 1MDB untuk ditanggung rakyat dan kerajaan dapat dibawa ke muka pengadilan.
Disebabkan PAS meragui kemampuan kerajaan dalam mengendalikan aset-aset negara dan memandangkan Kementerian Kewangan telah pun mengambil alih aset yang ada pada 1MDB dan diserahkan kepada MOF Incorporated, maka PAS berpendirian bahawa Menteri Kewangan perlu melaporkan kepada Parlimen dari semasa ke semasa.
Ini bertujuan supaya ahli-ahli Parlimen dapat mengetahui dan memantau perkembangan aset-aset tersebut dan mengelakkan tidak timbul masalah baru jika tidak dikawal.
Kedua, PAS terus menggesa agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diwujudkan bagi menyiasat perkara yang mencetus kemelut dalam isu 1MDB.
Selepas pertemuan dengan Arul, pendirian PAS tidak pernah tidak ubah dalam isu 1MDB. Malah orang pertama yang menyarankan RCI terhadap 1MDB ialah Presiden PAS sendiri pada 2015.
Arul bersedia berjumpa dengan PAS barangkali mungkin kerana PAS mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera dan bukannya politik “fitnah dulu, bayar kemudian.” Ini bezanya PAS dengan parti-parti politik pembangkang yang lain. Memang ada beza antara yang mencari solusi dengan yang mencari publisiti.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...