Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 29 Oktober 2016

Mahsuh Subsidi Minyak Masak Baik Untuk Kesihatan Kata Menteri - Masak Laksa Banyak2 Untuk Pecah Rekod Dunia Kemudiannya Dibuang Begitu Sahaja.

Penghapusan subsidi minyak masak bermula November ini tidak sepatutnya dilihat sebagai suatu tindakan negatif. Sebaliknya masyarakat boleh mengambilnya sebagai satu alternatif untuk mula membeli belah secara sihat, memasak secara sihat dan makan secara sihat.


Dengan penuh bangga update kat fb




Itulah yang dikatakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan bagi Sarawak, Datuk Dr. Sim Kui Hian ketika ditemui media dalam satu program menyediakan (masak) Laksa Sarawak terbesar (terbanyak) di Malaysia untuk dimasukkan ke dalam Malaysia Book Of Record pada semalam.


Pusat membeli belah Plaza Merdeka menyaksikan percubaan untuk mencipta rekod baru bagi acara menyediakan Laksa Sarawak paling banyak/besar dan mereka telah pun berjaya mencatatkan rekod tersebut pada semalam. 

Sumber : sini

Dialihbahasa oleh Amenoworld.

----------

Okey. Part pertama dalam cerita neh memang penting. Sebab aku nak tunjukkan kepada kau semua. Betapa menteri kau neh kalau bercakap fuhhhh.. berlagak nak mampos.

Semalam rasmikan satu event. Untuk pecah rekod Malaysia. Masak Laksa Sarawak. Nak mempromosikan makanan dari Sarawak kononnya. Niat kemain cantik lagi. 

Lepas tu siap kata penghapusan subsidi minyak satu langkah bagus untuk rakyat mula belajar memasak secara sihat.

Nampak?

Tup tup hari neh kecoh. Laksa Sarawak yang banyak sekawah besar gedabak nak mampos semalam kena buang. Ye, kena buang beb. Kena buang!

Sekawah laksa dibuang kerana tak menyihatkan.

Menurut laporan yang dipetik menerusi Malaymail (sini) ;

1. Sebanyak 1,500 mangkuk Laksa Sarawak yang dimasak secara ber-ramai2 dan berbanyak-banyakkan pada semalam perlu dibuang.

2. Ini dilakukan kerana laksa semalam disifatkan sebagai makanan yang TIDAK SIHAT.

3. Ia akan dibuang kerana tidak selamat (tidak sihat) untuk dimakan oleh manusia kata Debra Sim memetik sumber dari Borneo Post.

4. Semalam pihak pengurusan membeli belah Plaza Merdeka telah menyediakan 100kg bahan laksa (untuk kuah), 225kg laksa beras, 90kg udang, 1,008 biji telur, 90kg tauge dan 80kg ayam bagi memasak Laksa Sarawak terbesar di Malaysia untuk mencipta rekod di Malaysia book of record.

5.15 tukang masak digunakan bagi menyediakan masakan tersebut. Dengan masa selama 18 jam.

6. Dan kesemua laksa yang dimasak pada semalam telah pun selamat masuk ke tong sampah. Babai.

Ewahhh. Subsidi minyak mahsuh = masyarakat boleh la masak secara sihat.

Lepas tu laksa yang dia masak dan promote bagai kena buang sebab tak sihat. Apakebendanya tu?

KAHKAHKAHKAHKAH!

Sembang kencang ja rupanya depa neh.

Mall yang anjurkan rekod tu pun sohai.
Plan la event yang bermakna sikit.
Bina rumah untuk orang miskin ke.
Taja student ke.
Bantu OKU ke.
Bantu orang sakit yang memerlukan kos perubatan ke.
Sakai.
Yang bahlol-bahlol macam neh gak laju-laju orang suka buat.
Meluat.

Budak Tahfiz Ini Melawat Najib, Alih-Alih Disuruh Pegang Placard - Tak Pasal-Pasal Kena Buli!

Najib. Najib. Apa nak jadi dengan kau neh.

Kot ye pun terdesak jangan la tunjuk sangat beb. Kau tu piem. Setiap tindakan kau menjadi perhatian kami. Pantang di mata aku kalau ko buat benda-benda takde faedah neh. Pantang tau. Pantang.

Aku perhatikan apa yang kau update semalam ;


Dan aku terpaksa laju-laju menjadikan ianya satu isu yang patut aku bincangkan dengan kau.

Seperti yang kau sendiri laporkan. Bebudak neh mai melawat aka mengunjungi kau. So mereka neh tetamu-tetamu kau. Punyalah susah nak jumpa kau. Datang dari jauh pula tu. Ada ke patut kau membuli bebudak neh dengan menyuruh mereka memegang placard yang menunjukkan mereka sokong kau?

Najib?
Mereka tetamu kau kot.
Bagi la something yang seronok sikit.
Kenapa mesti pegang placard sokong kau?
Bebudak neh kalau tak sokong kau pun tak boleh nak menolak bagai sebab depan orang ramai. Lagipun kau tu piem. Memang la seram sejuk budak-budak ini dibuatnya.

Kau tengok muka adik-adik ini.


3 orang muka blur-blur disuruh pegang placard.
Sorang tak faham kenapa disuruh pegang dan bergambar.
Sorang pula senyum macam sedang berangan something.
Dan kau pula, berdiri kat tengah-tengah tu dengan muka penuh bangga kembang semangkuk.

Bangga la tu dapat buli budak-budak tu.
Suruh pegang placard sokong kau.
Then bergambar.
Lepas tu sebar kat efbi.
Hmmm.

Dengan melihat kepada placard yang cantik-cantik bercorak bagai. Aku syak program neh dah dirancang awal-awal.
Buang duit.
Jemput bebudak tu mai pejabat.
Sediakan placard bagai.
Bergambar.
Alahai. Dedikasi sungguh rancang idea nak tunjuk sokongan kepada big boss. Cuba la kau gunakan usaha dan ketekunan yang sama mendepani masalah rakyat. Lagi ada faedah kot.

Kbai.

Jumaat, 28 Oktober 2016

Kami Rakyat Malaysia Mahu Najib Pulangkan Panda - Guna Wang Itu Untuk Bina Hospital.

Pulangkan balik panda kepada China.
Kerajaan Malaysia tiada duit.
Najib sendiri mengakui bahawanya GST menyelamatkan ekonomi negara di kala kejatuhan harga minyak dunia. (baca sini)

Pada tahun lepas, kutipan GST ialah 27.126b. Ini ialah kutipan bersih bagi tahun 2015. Ia mula dilaksanakan pada April 2015. 

Kerajaan perlu GST bagi menganti semula hasil yang hilang dari Petronas. Hasil yang hilang itu kerajaan kutip dari poket rakyat Malaysia. Oleh kerana itu hasil yang diperolehi oleh kerajaan perlu dibelanjakan dengan cara mengutamakan kepentingan rakyat segenap lapisan.

Rakyat Malaysia selamatkan negara dengan membayar GST. Oleh kerana itu ia adalah normal jika Najib membalas budi rakyat dengan 'menyelamatkan' rakyat dalam cara menyediakan prasarana-prasarana yang sepatutnya dirasai oleh rakyat.

Hospital dengan kemudahan yang mengikuti piawaian keselamatan terkini patut disediakan kerajaan. Menurut Tunku Idris kerajaan mengabaikan permintaan pembinaan hospital baru.


Rujuk gambar ;

Bina hospital tangguh-tangguh tapi beli jet laju je

Tunku Idris benar. Sukan bola sepak dengan pembinaan hospital tak sama. Jika korporat mengeluarkan modal bagi membina hospital, ianya menjadi hospital swasta yang sudah pastinya mensasarkan keuntungan. Benda bodoh macam neh pun takan nak terang satu persatu. Alahai meluatnya korang.

Sudah pasti alasan kerajaan mereka kekurangan duit, duit dan duit. Ini terbukti apabila #bajet2017 turut menyaksikan beberapa lagi jenis peruntukan yang membabitkan rakyat telah dikurangkan termasuklah subsidi minyak masak.

Cakap je la dah korang takde duit. Nak karang ayat merepek2 buat apa.

Okey kejap.

Najib kata ekonomi negara kukuh. Padahal ekonomi negara tak kukuh. Namun kita belum jatuh sebab kerajaan kita menggunakan GST untuk 'menongkat' ekonomi negara kita agar terus bertahan. Yang neh faham kan korang?

Oleh kerana ekonomi negara kita dalam keadaan bertahan, maka beberapa perkara yang di anggap tidak penting (mengikut pendapat menteri2 bingai) akan dikurangkan belanjanya. 

Lagi perkara dipotong kerana kekangan kewangan kerajaan pusat

Antara yang menjadi mangsa kerajaan ialah sektor kesihatan, pendidikan, perkhidmatan seperti pengangkutan, subsidi dan prasarana awam. Yang ini, jelas?

Pada tahun 2015, kerajaan luluskan kenaikan gaji ahli parlimen. Beberapa negeri turut menaikkan gaji ahli dewan undangan negeri (DUN). (baca sini)

Dah tahu ekonomi negara bermasalah, sibuk juga nak naikkan gaji. Ini kerana menteri2 nak juga bertahan dalam tempoh sukar ini. Itu yang beria juga push kenaikan gaji, nampak?

Selain dari itu ;

 
Syarikat pelaburan strategik 1Malayia Development Berhad (1MDB) membayar bunga berjumlah RM2.7 bilion setahun kepada bank untuk melunaskan hutang berjumlah RM42 bilion yang terkumpul sejak enam tahun lalu, menurut Kementerian Kewangan hari ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sewaktu menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat hari ini.

“Jika jumlah hutang tersebut adalah RM42 bilion, jumlah bunga adalah RM2.4 bilion hingga RM2.7 bilion setahun,” katanya.

Hanipa mengemukakan soalan mengenai jumlah bunga yang perlu dibayar oleh 1MDB sebulan untuk melunaskan hutang yang ditanggung syarikat pelaburan strategik itu.

Point aku ialah ;

1. Bunga ini siapa yang bayar? Yes memang la 1MDB yang bayar. Tapi mana 1MDB cekau duit? Ada ke keuntungannya? Mana mereka dapat duit untuk bayar hutang? Bukan kah mereka ada masalah aliran wang tunai. Bahkan mereka juga jual beberapa aset demi aset serta pegangan saham bagi melengkapkan pelan rasionalisasikan hutang (bahasa mudahnya, bayar hutang la tu). 

2. Oleh kerana 1MDB ialah di bawah kementerian kewangan, jangan salah faham, ini apa yang rakyat fikir, rakyat yang tolong bayar kerajaan jelaskan hutang 1MDB. Ada yang memang 1MDB bayar (dengan cara jual aset & pegangan saham) dan ada yang memang rakyat 'bantu' (dengan cara bayar GST/cukai). Ini yang rata-rata fikir. 

Bahkan juga pada tahun 2015, kerajaan gunakan 28 juta untuk naiktaraf pesawat. Ya, naiktaraf pesawat dalam dok kalut takde duit. (baca sini)

Live within bajet. Ini bukan nasihat aku. Tetapi nasihat Najib sendiri. Dalam pembentangan bajet2017 pun Najib ada menasihati agar kita mula makan berdasarkan kepada kemampuan masing-masing. So, ketika Najib mencongakkan pentadbiran negara, ada atau tidak Najib membelanjakan wang pembayar cukai mengikut kemampuan negara?

Mampu atau tidak rakyat negara ini menanggung panda?


Sebenarnya. Urusniaga bersama China menggunakan matawang USD. Kos di atas ketika ringgit negara dalam 3 lebih. Sekarang dah 4 ringgit lebih. Pembolehubah kat sini ada dua. Pertama - nilai matawang, boleh susut boleh naik. Kedua - kos utiliti. Tak semestinya insurans 6.6j dan bil elektrik 180,000 kekal. Bila kos bahan api meningkat, maka bil akan meningkat. Bila faktor risiko meningkat, polisi berubah mengikut peraturan kerajaan, cukai meningkat maka pembayaran insurans pun meningkat juga. 


Penggunaan penghawa dingin perlu kepada penyelenggaraan. Makan, kebersihan, tempat tinggal panda, pekerja ini semua memerlukan satu kos tertentu.

Boleh kah jika kita dapat melihat setakat ini berapa banyak keuntungan yang telah kerajaan raih melalui perjanjian usaha-sama ini? Yang aku nampak, lebih banyak projek-projek mega jatuh ke tangan firma China.

Malahan ;


Patut atau tidak kerajaan dalam keadaan senget-benget kerana kekangan kewangan sibuk membina bangunan tinggi-tinggi? Kita sudah ada dua. Bukan satu tapi dua. Jadi dalam keadaan ekonomi tak berapa nak cantik, wajar ke bina satu lagi?

Dan kenapa bukannya ;


Ya, bina hospital. Kerana kepadatan penduduk dah bertambah. Tak kesian ke kat kakitangan perubatan yang 'overdose' kerja kerana bilangan pesakit semakin bertambah? Rakyat Malaysia bukan satu dua juta. 30 juta dan ini tak termasuk anak emas BN si warga asing lagi tu tau.


Kita memang perlu kepada penambahan hospital. Kita juga perlu meningkatkan kemudahan-kemudahan kesihatan dalam hospital. Kita juga perlu tambahbaik keadaan sekolah yang 56 tahun macam itu juga rupanya. Pejabat menteri dah 10 kali bertukar aku rasa. Atau mungkin lebih dari itu?

Takan Najib seriyus beranggapan ;


Aaaaaha. Tahun depan 1,200. So lepas neh boleh la kami menyimpan 700 dalam bank ya?

Apa yang perlu Najib buat sekarang neh. Bersama menteri-menterinya. Susun semula perkara2 yang memang betul2 takde faedah ke atas rakyat. Ini termasuklah buang penasihat2 gila kau yang satusen haram takde guna. Seriyus. Orang tau kau upah bekas-bekas menteri tu semata2 nak halalkan pembayaran gaji ke atas dorang je kot. Dari segi tugas, nahhh. Kami bukannya bodoh. Yang ini potong laju-laju dulu. Dah habis frasa itu, potong pula gaji korang laju-laju, dah habis frasa yang itu pula, cari balik orang2 yang menyebabkan kerugian dalam projek-projek kerajaan. Nilainya bukan kecik-kecik anak tau. Berbillion-billion ringgit. Suruh dorang ganti sampai habis. Kau boleh jimat banyak duit dengan laksanakan 3 langkah utama neh aje tau. Kalau kau taknak takpe. Sebab aku ada kaedah killer yang mana aku buat satu benda neh jek, semua 3 di atas terautomatik bergerak sekali. Tinggal nak hasut rakyat untuk turut serta jek neh. Bila aku berjaya, kau babai je la Najib oi. Kbai.

Anak Saya Dipergunakan Dalam Protes Desak LGE Berhenti Kata Individu Ini - UMNO Memalukan!

UMNO. UMNO. Dah tahu tak malu. Jangan la memalukan orang lain. Kau sendiri-sendiri je la bersikap tak malu. Orang lain kau heret sama buat apa supaya jadi tak malu macam korang. Bukan ada faedah pun jadi tak malu macam korang. Kita neh reti malu tau bila tengok tindakan-tindakan yang memalukan korang tu.

KAHKAHKAHKAHKAH!

Kelmarin, ada satu protes desak LGE berundur. Bagus juga sebenarnya tujuan dorang tu. Tapi pada pendapat aku. Bukannya berundur sebaliknya berehat sementara perbicaraan yang mengaitkan diri dia habis. Dalam protes itu, kumpulan yang sama turut menyatakan sokongan kepada Najib Razak. Setia bersama kepimpinan Najib Razak sebagai PM Malaysia. Yang ini bangang. Skandal LGE dibanding dengan skandal Najib, mana lagi teruk? Jika skandal yang mencemar kredibliti LGE kau suruh LGE undur, takan skandal yang babitkan Najib kau setia menyokong pula? Kecelaruan betul pemikiran budak-budak sewel neh.

Sepatutnya, sama seperti LGE, Najib juga harus direhatkan sehingga dirinya dibuktikan tidak bersalah dalam skandal-skandal tersebut.

Pemuda-pemuda yang berdemo pada dua hari lepas terus terang mengatakan mereka datangnya dari UMNO. Rafizal Abdul Rahim ialah Ketua Pemuda UMNO Penang. Dia lead demo tersebut. Mereka bergerak ke Komtar lebih kurang 1km jaraknya dan menganggu lalulintas juga. Tetapi, kita tak cakap apa-apa tentang itu kan.

Kita tak tuduh mereka yahudi.
Kita tak cakap mereka ditaja oleh freemason ataupun illumination.
Kita juga tak cakap mereka menyusahkan pemandu-pemandu.
Kita juga tak larang, bantah mereka menyuarakan ketidakpuasan ahti terhadap LGE/DAP/PEMBANGKANG.

Kita hanya.. okey ko demo so..?

Sudahla mereka berbaju hitam.
Baju hitam neh seringkali dikaitkan dengan anarkisma (tak semestinya tetapi kecenderungan di Malaysia sebegitulah).

Aku agak marah juga dengan penggunaan warna tersebut.
Agak annoyying malaon-malaon neh.
Nak mencari warna lain rasanya selepas ini.
Tak rela nak bersekufu dengan bebudak sewel.

Kemudian lambang pun penumbuk.
Ini satu lagi kebahlolan melampau.
Main guna je lambang penumbuk tu.
Lambang penumbuk tu bukan sebarang lambang.
Dia ada makna disebaliknya.
UMNO dan lambang penumbuk tak boleh duduk semeja.
Sebab UMNO kapitalis.
Lambang penumbuk tu membawa aspirasi perjuangan rakyat.
UMNO bawa perjuangan orang-orang kaya. Yang pentingkan perut sendiri. Mana sama. Rujuk sini untuk fahamkan.

Media melaporkan 1,000 orang sertai protes tersebut. Bagi UMNO, 1,000 memang kejayaan juga. Sebab tak ramai pun sudi nak menghadiri demo-demo anjuran mereka.

Namun, ya ada namun nya.

Baca sat ;


Tu dia.
Upah budak-budak join sama.
Anak orang tu tak minta izin mak dia pula tu.
Bayar 50.00.
Dapat roti.
Dapat baju selai.
Baju tu guna duit sapa?
Duit tu pula dapatnya dari mana?
Aku mula la nak start fikir bukan-bukan neh.
Kalau funding UMNO swasta aku takde masalah.
Yang aku tak gemar kalau depa sedut wang milik rakyat.
Bukan itu caranya kita nak berbelanja.

Baca : Anak Ini Kecil-Kecil Di Ajar Menjadi Samseng Oleh Jamal.

Aku ada satu pemikiran neh.
Hasil dari pergaduhan Ali Tinju vs Jamal gak sebenarnya.
Mereka bergaduh bab duit.
Kerana anjurkan demo sokong Najib.
So, pemikiran aku.
Kumpulan Merah Jamal berdemo sebab nakkan something.
Jadi kumpulan Hitam neh pun mungkin nakkan something.
Bukanla mereka sokong Najib sangat pun.
Lebih kepada nakkan something.
Najib dipergunakan bagi membolehkan mereka untuk nakkan something tadinya tu.
Dan Najib pula.
Kalau dia bersih.
Kalau dia bagus.
Dia tak perlu pun nak keluarkan apa2 wang untuk membeli sokongan. Tapi oleh kerana dia tak bagus. Maka dia terpaksa la buat apa yang dia terpaksa buat pada masa sekarang. 

Kesian kan kita.
Ada pemimpin macam neh.
Tapi yang paling kesian sekali.
Macam mana kita boleh begitu bersabar?
Takde cita-cita nak panjat Putrajaya ke kome oi?
KAHKAHKAHKAHKAH!

Khamis, 27 Oktober 2016

Selepas Husni Persoalkan #1MDB, RPK Dedahkan Husni Tidur Dengan Bini Orang.

RPK menulis ;


But what is more important than that is the fact that Najib saved his sorry behind more than once. There were so many allegations of sexual harassment and other misdeeds made against Husni. A number of women in his office had lodged complaints that Husni had groped their boobs and bums. There is also a complaint about Husni’s affair with a married woman from his Umno division.

Maybe RPK forgot to bring his brain
They actually wanted to launch an investigation into these many allegations but Najib chose to give Husni the benefit of the doubt. If not Husni would have been dragged into court on more than one count of sexual harassment. And that does not include the husband of that woman Husni is having an affair with filing for a divorce.
Kenapa Husni dipecat (kononnya cerita dari side Najib la neh) ;
1. Najib nak selamatkan maruah Husni.
2. Husni dah terkantoi. Banyak aduan mengenai gangguan seks melibatkan Husni. Ini mencemarkan reputasi Husni selaku Menteri Kewangan II (pada ketika itulah).
3. Husni juga dah tidur dengan bini orang. Bini orang tu dari UMNO Bahagian Tambun.
4. Husni suka raba punggung dan payudara wanita-wanita kat pejabatnya.
5. Sebenarnya mereka nak menjalankan satu siasatan rasmi berhubung semua dakwaan-dakwaan di atas.
6. Namun Najib berikan Husni peluang. Dia ragu-ragu Husni akan berkelakuan sedemikian.
7. Nasib baik Najib rasa ragu-ragu kalau tidak, tak pasal-pasal Husni diseret ke mahkamah atas tuduhan gangguan seksual. 
8. Kalau nak tahu, pasangan itu sedang berhadapan dengan perceraian juga.

Inilah kata-kata yang dipetik menerusi blog RPK. Aku ringkaskan untuk mudahkan pembacaan korang. Nak bacaan penuh boleh klik sumber di atas. Kalau nak tahu, isi lain-lain tak penting pun. Yang penting aku dah petik masuk sini untuk korang baca dan nilaikan sendiri. Bodoh tak bodohnya RPK neh.
Cuba fikir.
Najib dengan hanya bersandarkan rasa was-was dia, boleh pula dia taknak siasat aduan-aduan ganguan seks ke atas Husni? Logik ke rasa was-was Najib tu? Dia hakim ke? Macam mana dia boleh buat keputusan bodoh bin bahlol macam tu?
RPK konon-konon nak bekap Najib padahal dia tatau bahawanya dia makin memperbodohkan Najib lagi la ada. Sudahla orang akan mempertikaikan apsal setiap kali kritik Najib, kritik 1MDB dan-dan jek individu tu ada skandal seks? Dah takde citer lain ke, baybee?
Lepas tu dok buat ayat kalau tak Najib cover kau.. blablabla eh macam sial la. Sorry la aku terlepas. Sebab memang sial sangat.
Kat sini dah boleh nampak pemikiran Najib macam mana. Dia bias, tidak adil, berpihak dan tidak pro kepada kebenaran. Jika seorang pemimpin itu adil, jika ada aduan ke atas mana-mana menteri, dia tanpa mempergunakan rasa syak dia sebagai pelindung, akan laju-laju mengatakan, segala aduan akan disiasat seadilinya. Sila ikuti protokol yang telah tersedia dan saya selaku Perdana Menteri tidak akan masuk campur, bersikap memihak ataupun membela mana-mana pihak. Saya juga tidak akan menggunakan aduan ini untuk menekan mahupun mengugut sesiapa. Negara ini ada undang-undang dan marilah kita ikut undang-undang tersebut. Simple kan.
Tapi penulisan RPK ini mendedahkan kelakuan buruk Najib. Juga mendedahkan kelakuan buruk RPK. Kenapa mesti skandal seks? Kenapa mesti cara begini untuk menyerang peribadi lawan? Guna la hujah untuk menjawab soalan dan kritikan Husni. Aku tengok ada juga hujah2 yang bagus dari pihak UMNO apabila memainkan semula rakaman2 lama kenyataan Husni yang membela 1MDB. Nah, korang dah ada hujah. Gunakan benda tu.
Kenapa mesti GUNA ISU SEKS SETIAP KALI? Bodoh sangat ke korang neh? Jap. Aku rasa aku salah tanya soalan kot. Korang memang bodoh pun. Soalan sepatutnya ialah BILA KORANG NAK BERHENTI JADI BODOH? Aku harap korang boleh berhenti sekurang2nya sebelum mati. Oke bai.

Subsidi Minyak Masak Sah Dihapuskan, Mana Menteri 'Uturn' Nak Letak Muka Selepas Menipu Rakyat Malaysia?

Dasar menteri penipu kaki penyamun.
Kejap katanya nak mahsuh.
Kejap katanya mana ada.
Alih-alih memang betul dimahsuhkan pula.
Tak malu ke menipu rakyat terang2 macam neh?
Ada maruah ke takde Johari Ghani neh ya? Ayat bikin panas sat.

KAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKHAKAH
KAHKAHKAHKAHKAHKAH

Sebelum ini kami mendapat maklumat yang KPDNKK dah pun buat sesi taklimat bagi memperjelaskan beberapa perkara berkaitan penghapusan subsidi ke atas minyak masak. Rujuk episode pertama disini.

Ini adalah maklumat awal beberapa hari sebelum sesi pembentangan bajet 2017.

Kemudiannya. Satu atau dua hari semasa bajet 2017 bakal dibentangkan, media kemudiannya melaporkan secara meluas bahawanya subsidi minyak masak akan dihapuskan bermula November 2016. Sejajar dengan maklumat awal yang kami terima.

Namun, Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani tampil menafikan penyebaran berkenaan. Rujuk sini

Ketika ini ada juga aku terfikir. Eley. Kau nak elak spekulasi negatif menjelang bajet je kot. Kalau sungguh subsidi kekal awatnya KPDNKK buat sesi taklimat bagai? Ke terpaksa hold sebab tekanan orang awam? Takpe la. Kita sama-sama tunggu dan lihat sahaja la.

Tup-tup tadi ;


Tapi kenapa sebelum neh kemain lagi menafikan. Masa dia nafi tu amboiii. Teruk pembangkang kena kekah dengan malaon UMNO. Tak hingat donia depa mengkekah media2 yang melaporkan termasuklah dengan aku-aku sekali kena kekah dengan dorang tau. Jilake. 

Sekarang Johari Ghani mana dia mana?
Dia taknak nafi kenyataan Hamzah ke?
Ke buat-buat bodoh je lepas neh walaupun terang-terang melakukan tipu daya.


KAHKAHKAHKAH.

Rabu, 26 Oktober 2016

Ini Penulisan JUHAM Yang Menyebabkan Pro PAS VS Pro Rozaimi Vs Pro PAN Bergaduh Atas Isu Akta #RUU355.

Babak i.

Semalam ada satu pertemuan antara beberapa pihak yang sering membahaskan isu RUU355 dengan wakil-wakil dari parti PAS.

Babak ii.

Selepas habis pertemuan, masing-masing pulang dengan membawa mesej dan aura yang sangat positif. Ini kita boleh lihat dan baca menerusi respon Ustaz Rozaimi dan Zulhazmi yang dipetik menerusi FB rasmi masing-masing. Rujuk sini dan sini.

Babak iii.

Lewat malam. Deruan mesej wassap membanjiri. Selepas tinjau 5,6 minit aku mendapati beberapa pro PAN menyebarkan penulisan Zulhazmi dengan niat yang sangat serong dan bersikap provokasi. Aku sebelum ini telah membaca di wall Zulhazmi. Dirinya menulis dengan ikhlas. Kerana seruan perdamaian telah disambut dengan baik oleh pihak sebelah sana. Dan aku tak faham kenapa pro PAN nak ejek-ejek pro PAS atas penulisan tersebut. Aku ada terfikir juga. Kejap lagi gaduh la balik atas masalah sama. Perangai masing-masing macam sohai. Taknak mengalah dan ego tak tentu pasal satu hal. Masing2 claim Islam versi masing2 adalah ajaran sebenarnya satu hal lagi. Tetapi yang paling meluat kat bebudak PAS dan PAN neh ialah dalam dok gaduh tulis sapa lebih Islam dari sapa, sempat pula depa main maki-maki, fitnah-fitnah, cakap kotor, lucah, menghina dan sebar gambar mengaibkan. WTF beb. Aku macam.. 'dorang neh sedar diri ke tak'?

Babak iv.

Aura geram dah tersebar. Ini point JUHAM.

Pertemuan Antara Dr Rozaimi dan pimpinan PAS

Oleh: Wan Rohimi Bin Wan Daud
Pengarah JUHAM Dewan Pemuda PAS Malaysia
26/10/2016 @ 10.15am

1. Suatu pertemuan santai antara Dr Rozaimi, YB Dr Juanda dan rakan - rakannya seramai 7 atau 8  orang bersama 3 orang pimpinan PAS iaitu YB Dato' Takiyudin, YB Ustaz Nasrudin dan YB Datuk Dr Khairudin Aman Razali telah berlangsung di Hotel Seri Pacific, 25/10/2016 jam 5.00 petang. Pertemuan berlangsung dalam keadaan baik, mesra dan harmonis. Saya turut dijemput hadir sebagai pemerhati.

2. Konteks pertemuan adalah berkisar kepada isu yang tercetus daripada video ucapan Dr Rozaimi yang dilaporkan mendapat kritikan ramai apabila beliau bercakap mengenai isu RUU355.

3. Dialog pertemuan itu lebih menjelaskan mengenai kenapa dan bagaimana PAS membawa RUU355 ke Parlimen. Apakah langkah yang diambil oleh PAS dan apakah sikap PAS terhadap pihak yang tidak bersetuju.

4. Segalanya dijelaskan dengan baik dan terang oleh YB Dato' Takiyudin selaku Setiausaha Agung PAS dan YB Datuk Dr Khairudin At Takiri mengenai isu RUU355. Beliau menjawab dgn tegas bahawa pendirian PAS yang sentiasa diulang-ulang bahawa PAS tidak menghukum, tetapi menerangkan hukum. PAS tidak pernah mengkafirkan sesiapa bahkan bersedia mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli atau pimpinan yg mengkafirkan muslim yang lain.

5. Dalam perbincangan yang melewati isu Hudud, YB Khairudin turut mengingatkan sekelian yang hadir bahawa Hudud itu milik Allah, Hak Allah! Sikap dan prinsip PAS bahawa setakat yang mampu dalam kerangka undang-undang yang sedia ada, memberikan Hak Allah dgn cara berusaha melaksanakan syariat dan hukum Allah adalah WAJIB. Berusaha ke arahnya adalah WAJIB. Menyokongnya adalah juga WAJIB bagi org Islam. Ini sikap PAS. Namun PAS tidak menghukum terhadap sesiapa jua yang mempunyai pandangan, ijtihad yang berbeza!

6. Satu persoalan menarik yang dilontarkan YB Khairudin bahawa "Jika Hudud itu Hak Allah, maka bukankah memberikan Hak Allah dgn berusaha melaksanakan perintah dan Hukum Allah adalah WAJIB bagi ummat Islam? Dalam kerangka undang-undang sedia ada, bukankah ia adalah wajib diusahakan? Sekurang-kurangnya bagi 3 kesalahan yang boleh dihukum dengan pindaan Akta 355". Semua terkesima dengan soalan ini!

7.  Sehingga ke hujung pertemuan, Dr Rozaimi tetap dengan pendirian tidak bersetuju dengan RUU355. Satu-satunya alasan Dr Rozaimi ialah kerana katanya "tiada keadilan apabila dalam kes yg melibatkan org Islam dan bukan Islam (zina sebagai contoh) hanya org Islam yg dihukum sedangkan bukan Islam terlepas". Dr Rozaimi menyandarkan pendapatnya kepada mazhab syafie bahawa tidak boleh dikecualikan Islam dan bukan Islam. Katanya ia tiada keadilan dan tidak dilihat adil.

8.  Hujahan ini kemudiannya disambut oleh YB Khairudin,  yang meminta Dr Rozaimi melihat konteks perlembagaan. Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 2 Akta 355 sedia ada, secara jelas memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah hanya mempunyai kuasa ke atas org Islam sahaja. Apa yang dicadangkan oleh Dr Rozaimi  perlu melibatkan pindaan Perlembagaan atau Usul yg lain di bawah Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan. Ringkasnya RUU355 tiada kaitan dengan perluasan bidangkuasa ke atas orang bukan Islam.

9. YB Khairudin juga menjawab khilaf mazhab berkaitan pemakaian Hudud ke atas orang bukan Islam, dengan menegaskam bahawa dalam keadaan wujudnya khilaf, maka Pemerintah berhak menjadi kuasa pemutus lantas mengambil proses untuk mentaqninkan pendapat mazhab yang dipilih.

10. YB Ustaz Nasrudin pula dipenghujung pertemuan selama sekitar sejam setengah itu telah menegaskan prinsip dan pendekatan yang diambil oleh PAS. Apa yang boleh saya rumuskan adalah berkaitan 2 perkara berikut:

(a) PAS berusaha untuk meyakinkan Ahli Parlimen supaya menyokong usul pindaan Akta 355 dan juga kepada orang ramai supaya memahami isu pindaan Akta 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang ini. Bagi pihak PAS ia satu kewajipan dan satu tanggungjawab syarie yang perlu dan wajib diperjuangkan demi meletakkan syariat Islam dapat dilaksanakan semampu yang boleh.

(b) Namun kepada mereka yang menolaknya, maka PAS mengambil sikap untuk terus memberi penerangan dan berusaha meyakinkan mereka  betapa usaha meminda Akta 355 ini wajib disokong tanpa mengambil pendekatan menjatuhkan hukum kafir dan sebagainya kepada mereka yang masih belum bersetuju. Pendekatan PAS ialah menerang dan berdakwah bukan menyerang dan menghukum.

Sekian.

Babak v.

Respon Ustaz Rozaimi kerana sepertinya disalah-tanggap.


Maka bermulanya insiden meleret-leret ke perkara yang tak sepatutnya berbangkit. Babak pertahankan diri. 


Dan JUHAM menjawab untuk bela diri JUHAM pula.


Apa yang dikatakan telah viral macam-macam itu? Teruk sangat ke viral tu sehingga terasa seperti PAS disalah-anggap? Antaranya ;



Teruk ke? Okay je. Sebenarnya nak mendamaikan. Dan nak memahamkan.  Nak bagitau pada geng-geng PAS. Awak janganle cop kami bukan-bukan sebab berbeza dalam soal undang-undang dunia. Awak sokong takde masalah. Awak ada hujah awak. Yang tak sokong awak jangan la dimarah-marah dituduh-tuduh. Bagi je hujah dah cukup. Kenapa patut disokong. Ini tidak, asal kritik, dah kata masuk neraka. Perbincangan apa macam neh? Macam nak mengajak gaduh. Suka agaknya kot bila masyarakat kita jadi tak ketahuan bergaduh sesama sendiri kerana pertahankan individu, entiti tertentu.

Contohnya :





 
Tora-Tora la, Lebai PAS la, Loya 7 undi la, perangai yahudi la, jawab dengan Allah la, semua cukup. Macam neh punya perangai nak merintis jalan perdamaian ke? Sapa sanggup selepas suka suki melabel dengan niat nak mempersenda atau menyindir. Kita neh pun. Reti la belajar cakap elok-elok. Bagi hujah betul-betul.

Pertemuan yang berniat baik pada semalam hancur sekelip mata. Menurut aku JUHAM mungkin terkesan apabila ada pihak menyatakan RUU355 bukan hudud. Mungkin je la. Kenapa JUHAM menulis seperti macam "nak serang" balas kenyataan-kenyataan yang tersebar, hanya diri mereka je yang tahu sebab sebenar. Di pihak aku, konsisten menyatakan samada nak sokong atau tolak RUU355 hak masing-masing. Jangan paranoid tak tentu pasal macam Siti Kassim. Atau paranoid nak menghukum macam perangai sesetengah ahli PAS/PAN (pun ada tau). Aku harap pimpinan PAS yang hadir semalam akan terus cool meskipun api provokasi dah mula dimainkan oleh pelbagai pihak yang bergelar penyokong-penyokongsan neh. Sebenarnya sudah nak mendamaikan pihak-piham yang bertelagah. Sebab penyokong2 neh pun ada pemikiran masing-masing. Sampai sudahla bergaduh jawabnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...