Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 29 Julai 2021

Mesyuarat Tergempar UMNO Dalam Parlimen Undang Persoalan Netizens.

POLITIK | Sebaik sahaja Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan dan membahaskan Titah Diraja Yang Dipertuan Agong yang menyatakan Takiyuddin bersikap derhaka, kem kerajaan di dalam dewan kelihatan sunyi dan krik krik krik sekejap.

Ini kerana Perikatan Nasional terang-terang kantoi telah melakukan penipuan berkaitan pembatalan Ordinan Darurat. Walaupun telah dibincang awal bahawa Ordinan Darurat ini memang ke arah pembatalan tetapi ia perlu dibahas, dibincang, diperdebatkan dalam Parlimen.

Kenapa nak bahas perkara yang ingin dibatalkan ini?

Jawapannya supaya kita tahu kat mana kita betul dan salah. Perkara yang salah ini perlu dibincangkan supaya kita tak ulang balik. Yang betul pula untuk kita tambahbaik, supaya kita teruskan perkara yang baik.

Bukan susah sangat nak faham pun.

Tapi PN batalkan secara tergesa-gesa tanpa beri peluang bahas walaupun Agong dah keluarkan titah sehingga melakukan perbincangan dengan menteri berkaitan.

Pembatalan tergesa-gesa ini sebenarnya bukan sahaja mengelirukan dewan, membelakangkan Agong, melangkaui perlembagaan, malah seperti mahu menyorokkan sesuatu.

Ada apa yang ingin disorokkan?

Ada lakukan kesalahan ke?

Jangan salahkan orang awam yang buat persepsi bukan-bukan sedangkan tindakan kita yang buka ruang syak wasangka.

Dalam pada itu, ketika dewan sedang gamat dengan pekikan dan laung kem pembangkang agar Muhyiddin Yasin meletakkan jawatan, kelihatan di sana beberapa kem UMNO sedang berkumpul dan membincangkan sesuatu.


Ada Najib, Noh Omar, Ahmad Maslan, Bung Moktar, yang lain-lain tak perasan siapa. Gambar ini ditangkap dan diupload oleh Hannah Yeoh yang memerhatikan gelagat Ahli-ahli Parlimen UMNO itu.

Gambar itu dengan sekelip matanya menjadi tular di laman sosial hari ini dan diperkatakan pelbagai netizens dengan pelbagai sangkaan.

Apa agaknya yang mereka bincangkan. Nak lari dari terpalit sangat isu penderhakaan ke atas Agong ke? Kedudukan kerusi berani tukar tak? Sekurang-kurangnya Ku Li berani cakap dan berani lawan. Walaupun bukan jaguh dalam gelangang Facebook. - 29 Julai 2021.

5 Point Penting YDPA Yang Buktikan Takiyuddin Dan Jemaah Menteri Derhaka Agong.

POLITIK | Hari ini Istana Negara telah mengeluarkan titah Yang Dipertuan Agong berhubung kenyataan Takiyuddin Hasan, Menteri Undang-Undang pada 26 Julai 2021 di Parlimen ketika Ahli- Ahli Parlimen sedang berbahas mengenai Proklamasi dan Ordinan Darurat.



Dalam kenyataan itu, Takiyuddin memaklumkan;

- Kerajaan PN memutuskan tidak akan menasihati Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat.

- Kerajaan PN memutuskan untuk membatalkan semua Ordinan Darurat pada 21 Julai 2021 (tarikh ini disebut ketika Takiyuddin bangkit kali kedua).

Akibat dari kenyataan Takiyuddin itu, beberapa persoalan mula dibangkitkan oleh pelbagai pihak, antaranya adakah kerajaan ini masih sah dan kenapa pembatalan itu dibuat secara tergesa-gesa.

Semalam, di Parlimen, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan mendesak agar Takiyuddin menjawab samada pembatalan Ordinan Darurat telah melalui Agong ataupun melangkaui proses perlembagaan.

Bagaimanapun Takiyuddin enggan menjawab persoalan tersebut dan berkata akan menjawab pada hari isnin. Tindakan Takiyuddin turut disokong oleh Speaker Azhar Harun.

Faktanya, proses dan sistem di negara ini, menurut Perlembagaan, untuk melaksanakan, menguatkuasa, meminda mahupun membatalkan apa-apa Darurat dan Ordinan Darurat, ia memerlukan kelulusan, perkenan ataupun endorsement dari Yang Dipertuan Agong.

Hanya Agong boleh meluluskan darurat dan demikian juga halnya ketika membatalkan ia.

Jemaah Menteri boleh bersidang, bermesyuarat dan memutuskan mahu menguatkuasa atau membatalkan tetapi untuk semua keputusan-keputusan tersebut, perlulah mendapat perkenan daripada Agong. Sehingga Agong dirujuk, tidaklah boleh membuat kenyataan dan keputusan sesuka hati kerana tindakan itu dianggap melangkaui peraturan, sistem dan Perlembagaan Negara.



Perkara ini juga disahkan oleh Agong menerusi kenyataan Istana Negara bertarikh 29 Julai 2021;

𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗕𝗔𝗟 & 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗧𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗗𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔.

Yakni, YDPA perlu dirujuk terlebih dahulu jika PN mahu mengubal atau membatalkan Ordinan Darurat kerana itu bidang kuasa YDPA.

1. Perkara 150(2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda.

𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗨𝗞𝗔𝗖𝗜𝗧𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗞𝗜𝗬𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗦𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗧𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗡𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡.

Maknanya, Takiyuddin telah mengesahkan PN telah membuat tindakan berkaitan pembatalan Ordinan Darurat tanpa merujuk dan mendapat perkenan daripada YDPA.

2. Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai, 2021 lalu bahawa Kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.

𝗣𝗘𝗥𝗕𝗜𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝟮𝟰 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗠𝗜𝗡𝗧𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗗𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗧𝗨𝗝𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗧𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗜𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗞𝗔𝗡.

Rupa-rupanya, Takiyuddin dan berbincang dengan YDPA mengenai isu pembatalan ini tetapi YDPA mahu hal pembatalan ini dibawa ke dalam Parlimen untuk dibincangkan bersama sebelum membatalkan ia. Ini juga bermakna, YDPA mahu mengambilkira pandangan pelbagai pihak. Pandangan pelbagai pihak ini sebenarnya penting sebagai rumusan dan kajian akhir dan bagaimana negara ini patut belajar dari tindakan ini di masa-masa akan datang. Nampak gayanya Takiyuddin telah meremehkan keputusan YDPA.

3. Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Yang Berbahagia Tan Sri Idrus bin Harun, Peguam Negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗧𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗞𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗚𝗘𝗦𝗔-𝗚𝗘𝗦𝗔 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡. 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗖𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗟𝗜𝗥𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡. 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔.

YDPA juga dengan tegasnya bertitah bahawa kenyataan Takiyuddin adalah bercanggah dan mengelirukan dewan malah gagal menghormati kedaulatan undang-undang.  Nama Takiyuddin dipetik terang-terangan disitu.

4. Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai 2021 yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗝𝗜𝗣𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗚𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗣𝗨𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜.

YDPA mengakhiri titah tersebut dengan menjelaskan walaupun baginda terikat dengan nasihat jemaah menteri bagi membuat sebarang keputusan itu bukanlah bermakna baginda tiada kewajipan menyampaikan kebenaran apatah lagi pihak yang ditegurnya sedang menyelewengkan perlembagaan.

5. Seri Paduka Baginda sedia maklum akan perlunya Baginda bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti terkandung dalam Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan. Namun, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Baginda, selaku Ketua Utama Negara, mempunyai kewajipan untuk menyampaikan nasihat dan teguran jika berlaku sebarang tindakan yang tidak berperlembagaan oleh mana-mana pihak, khususnya mereka yang melaksanakan fungsi dan kuasa KDYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong.

#DaulatTuanku - 29 Julai 2021.

Selasa, 27 Julai 2021

Berita Utusan Azmin Ali Jadi Lauk Pembangkang Ditukar Tajuk.

POLITIK | Semalam Azmin dipanggang kaw-kaw oleh kem pembangkang semasa berbahas di Parlimen. 

Azmin Kena Panggang, Tak Ada MP Kerajaan Yang Bela.

Ketika itu, Tengku Zafrul yang sedang struggle menjawab persoalan demi persoalan dari kem pembangkang, tiba-tiba Azmin (Gombak) bangun. Atas alasan nak membela. Itupun selepas Anwar (Port Dickson) memberikan hujah mengenai kluster kilang yang menjadi punca permasalahan kepada jangkitan covid19 yang meluas.

Azmin yang dilihat emosi, bangun dan mengangkat placard. Katanya mengandungi data. Gobind (Puchong) sempat menyindir. Dengan menunjukkan buku peraturan mesyuarat, Gobind bertanya, macam mana nak baca kecik macam tu, sepatutnya Azmin la tolong bacakan, langsung tak nampak.

Mereka berdua kemudiannya berbalasan silly yang disudahi Gombak dengan perkataan stupid sambil marah-marah.

Tak cukup dengan panggang dalam dewan, luar dewan di Twitter rasmi Azmin, langsung tak berani buka komen. Pun demikian, nama Azmin menjadi trending semalam. Beribu-ribu tweet di Twitterjaya kerana teruk dikecam.

Utusan turut melaporkan kecaman yang diterima Azmin. Utusan melaporkan perkara itu dengan tajuk : Azmin Ali Jadi Lauk Pembangkang.


Berita itu ditulis oleh Juani dan ianya tular di laman sosial. Nampak sangat netizens 1 Malaysia memang tak suka Azmin Ali. Tetapi hari ini Utusan telah bertindak menukarkan tajuk berita tersebut. Tajuk lama ditukarkan kepada : Azmin Jadi Sasaran Serangan Pembangkang.

Kita tahu kan siapa Menteri Komunikasi. Adakah ini suatu percubaan untuk mengawal dan menekan pihak media? Orang politik dan kritikan, berpisah tiada. Taknak kena kritik, jangan jadi orang politik. Jika tisu dan sensitif, tak payah la jadi wakil rakyat dan menteri. Kalau susah sangat nak berhenti, kita jumpa di Gombak nanti. Rakyat akan tolong dengan suka hati. PRU15, pertarungan bukan di antara parti tetapi di antara pengundi dengan Azmin Ali. - 27 Julai 2021.

Isnin, 26 Julai 2021

Rumusan Persidangan Parlimen 26 Julai 2021.

POLITIK | Parlimen membuka semula pintunya selepas berbulan-bulan lamanya ditutup atas alasan darurat. Persidangan kali ini mendapat liputan dan perhatian kerana ramai pemerhati politik, khususnya rakyat ingin melihat bagaimana persidangan kali ini akan berlangsung, terutamanya bagi menjawab beberapa persoalan berkaitan dengan pengisytiharan darurat dan pelan menanggani covid19.

Berikut adalah ringkasan penting berkaitan apa yang berlaku dalam persidangan kali ini;

1. Selepas bersidang hampir 23 minit, Ram Karpal (Gelugor) telah memulakan hujahnya dengan menyerang Speaker Parlimen, Azhar Harun. Perkataan Lapdog menjadi sensasi. Ram bertanya, adakah Azhar ialah lapdog (bagi pihak kerajaan). Ram juga meminta Azhar untuk meletakkan jawatannya. Ini kerana perkara berkaitan Ordinan Darurat dan Pengisytiharan Darurat dilakukan tanpa membawa kepada Parlimen, dan apa yang anehnya ia dibenarkan oleh Speaker. Justeru itu dengan lantangnya, Ram telah menegur tindakan Azhar. Azhar ketika ditegur Ram, hanya berdiam dan memerhatikan Ram.

2. Selepas itu, Langkawi, Puchong, Selayang, Sepang dan beberapa Ahli Parlimen lain dibenarkan bangun untuk berbahas. Isi yang diutarakan oleh kesemua mereka berkisarkan;

- Kerajaan gagal menanggani covid19. Ramai yang mati, dijangkiti, hilang kerja, masalah ekonomi juga gagal diatasi.

- Menghadkan bilangan Ahli Parlimen dalam dewan walaupun sudah divaksin, bagaimana boleh mengabsahkan sokongan sebenar Perdana Menteri.

- Parlimen sepatutnya dibenarkan berbahas seperti biasa dengan membawa masuk usul Port Dickson dan Beruas dengan mengambilkira nyawa rakyat adalah nyawa yang paling patut diutamakan.

3. Kuala Krau kemudiannya bangkit dan mempertahankan tindakan Speaker dengan membaca Peraturan Mesyuarat. Kuala Krau berkata Sidang Khas Parlimen pernah berlaku sebelum ini. Namun ia kemudiannya dipertikaikan kem pembangkang kerana mendakwa setiap sidang khas perlu dimulakan dengan usul terlebih dahulu.

4. Pokok Sena, Puchong, Semporna, bangkit dan menolak semua hujah Kuala Krau dengan membawa Peraturan Mesyuarat bahawa setiap Proklamasi dan Ordinan Darurat perlu melalui proses Parlimen; dengan melangkaui proses tersebut, ia melanggar Perlembagaan Negara.

5. Kota Bharu kemudiannya bangun untuk menjawab semua hujah-hujah kem pembangkang namun dipertikaikan kem pembangkang kerana semua Peraturan Mesyuarat yang dibangkitkan pembangkang sejak mula ditujukan kepada Yang Dipertuan Speaker, bukannya soalan kepada kem kerajaan. Ini bukan sesi soal balas.

6. Kota Bharu kata sidang khas pernah berlaku dalam sejarah negara, namun ia dipertikaikan kem pembangkang bermati-matian kerana setiap contoh yang diberikan Kota Bharu tidak tepat.  Pokok Sena beranggapan kerajaan sedang berperang dengan Perlembagaan dan Agung. Puchong bertanya bila masa ada undi.

7. Kota Bharu yang ditekan kem pembangkang kemudiannya menunjukkan surat yang diberikan Perdana Menteri kepada Speaker, namun kemudiannya diasak lebih teruk apabila ditanya mengenai perbahasan dan bila masa pula dilakukan sesi undian.

8. Semporna kemudiannya sekolahkan Speaker. Speaker pada ketika ini dilihat tertekan.

9. Lebih kurang sejam berdebat, Speaker kemudiannya menjelaskan Mesyuarat Khas mengikut Peraturan Mesyuarat. Parlimen masih berada di penggal ketiga yang tertangguh, dan ini bukannya penggal keempat. Namun penjelasan Speaker itu kemudiannya dipertikaikan Gelugor dan Pulai.

10. Pada minit ke 1.14 minit, Speaker kemudiannya mengamuk. Selepas menjerit dengan meminta kem pembangkang senyap, Speaker kemudiannya berkata tidak bersetuju dengan semua Peraturan Mesyuarat yang dibangkitkan kem pembangkang dan meneruskan aturan mesyuarat. 

11. Port Dickson kemudiannya diberikan laluan berbahas. Port Dickson kemudiannya mempersoalkan usulnya ditolak atas alasan teknikal adalah sesuatu yang tak wajar. Tiga kali YDPA menitahkan Parlimen perlu berbahas dan bukannya Mesyuarat Sidang Khas, jika YDPA salah, apakah kerajaan akan terangkan dimanakah kesalahan itu. Istana telah ambil keputusan dengan menyuarakan pandangan mengikut Perlembagaan yang juga bersesuaian dengan aspirasi rakyat. Port Dickson juga mempersoalkan pelan memerangi covid19 yang gagal, rakyat semakin ramai yang mati, proses vaksin yang lambat, dengan kelembapan ekonomi. Untuk semua masalah-masalah yang berlaku, tak wajar Parlimen dibahas dibawah Peraturan Mesyuarat 11(3). Nak membelanjakan wang negara, nak buat polisi, pengisytiharan darurat, semua ini tak dibahas dan tak diundi. Suara majoriti rakyat mahukan Parlimen berbahas dengan menekankan konsep semak dan imbang. 

12. Anwar turut menyatakan kegagalan Menteri Besar Selangor yang lama menyebabkan wang negeri habis. Perkara itu kemudiannya dipertikaikan kem kerajaan namun tak sampai 10 saat pun.

13. Port Dickson turut bertanya Bera apakah kuasa PBT melangkaui kuasa MKN dalam isu tutup kilang.

14. Pada jam ke 1.36 minit, Kota Bharu kemudiannya berkata;

- YDPA telah perkenankan sidang khas Parlimen. Dokumentasi adalah bukti.

- PN tidak akan menasihatkan YDPA agar menyambung proklomasi darurat.

- PN telah membatalkan semua ordinan darurat maka semua isu-isu berbangkit tidak lagi terpakai.

15. Kemudiannya, kem kerajaan dan kem pembangkang saling bergaduh. 

16. Selepas lebih kurang 2,3 minit bergaduh, Perdana Menteri bangkit bercakap seorang-seorang dimana semua Ahli Parlimen sibuk bergaduh sesama sendiri dan tak memberikan tumpuan dengan ucapan Muhyiddin.

17. Muhyiddin kemudiannya menghentikan ucapannya dan Puchong diberikan floor untuk bertanya soalan. Speaker kemudiannya berbalas hujah dengan Puchong.

18. Pada ketika ini Pasir Salak mula bangun dan terpekik-pekik dan memarahi blok pembangkang secara rambang. Dia membebel suruh balik, suruh diam, suruh duduk, dan beberapa rapuan lain turut kedengaran.

19. Melihatkan perdebatan Speaker dan Puchong belum tamat, Kota Bharu kemudiannya bangun dan menjelaskan semua Ordinan Darurat telah ditarikbalik pada 21 Julai 2021.

20. Kemudiannya Perdana Menteri bangun dan menyambung ucapannya. 

21. Semasa Muhyiddin berucap inilah Mat Sabu (Kota Raja) berkata mahu keluar dan makan durian dan menyebabkan ramai tertawa.

22. Pada jam 2.25 minit, Jelutong kemudiannya mempertikaikan kelayakan Timbalan Speaker mempengerusikan mesyuarat kerana telah terkantoi melanggar S.O.P beberapa kali.

23. Persidangan bersambung dengan perbahasan dari kem pembangkang.

24. Pada jam ke 2.45 minit, Port Dickson membawa masuk isu Doktor Kontrak. Arau kemudiannya bangkit dan mengacau perbahasan Port Dickson beberapa kali.

25. Pada jam ke 2.50 minit, Azmin Ali bangun dan menjawab dakwaan Kluster Kilang, rupa-rupanya Azmin Ali dah bawa kertas bersaiz A3 yang didakwanya data dan fakta bagi menangkis dakwaan Kluster Kilang. Malangnya penjelasannya tidak disokong sesiapa dari kem kerajaan dan dikecam oleh kem pembangkang. Pada ketika ini, Azmin Ali juga dilihat beremosi dan bergaduh pula dengan Shah Alam.

26. Persidangan Parlimen bagi sesi pagi ditamatkan dengan perbahasan dari Langkawi, yang mengkritik kegagalan kerajaan menguruskan pandemik.

Perbahasan sesi petang agak aman. Namun terdapat satu dua insiden yang membuatkan Parlimen kecoh.

27. Pada minit ke 14, ketika Kota Raja berbahas, Masjid Tanah meminta Kota Raja memakai mask - mematuhi S.O.P, Kota Raja kemudiannya memakai sambil menjawab akan patuh dengan apa sahaja arahan Datuk (rujuk Timbalan Speaker, Azalina Othman). Namun Masjid Tanah menjelaskan yang beliau yang menegur sambil diiyakan Azalina.

28. Kota Raja berkata semua pihak perlu bersama-sama untuk menguruskan masalah pandemik covid19 yang perlahan-lahan harus ditukarkan kepada endemik, iaitu perlu hidup bersama-samanya.

29. Ucapan Muar antara yang menimbulkan perdebatan apabila Muar mempertikaikan UMNO yang membayangkan tidak menyokong Perikatan Nasional diluar dewan tetapi di dalam dewan diam dan tidak berbahas.

30. Ketika Arau berucap, Arau telah diganggu oleh kem pembangkang sehingga YB naik marah.

31. Ketika Permatang Pauh berucap, tak ada seorang pun Ahli Parlimen kerajaan bangun dan mempertikaikan hujah Nurul Izzah. 

32. Pada jam ke 1.57 minit, Arau kemudiannya bangkit dan mempersoalkan Peraturan Mesyuarat. Menurut Arau, mana-mana pihak tidak dibenarkan melakukan serangan peribadi seperti pesta durian, kawan-kawan yang buat pesta arak.

33. Hal itu kemudiannya membangkitkan kemarahan Jelutong. Arau kemudiannya diasak bertubi-tubi, dan akhirnya berasa marah dengan tindakan Jelutong. Arau kemudiannya menjelaskan dakwaan pesta arak tidak merujuk kepada PH dan pembangkang, sebaliknya merujuk kepada kawan-kawan.

34. Bukit Mertajam mendakwa moratorium tidak automatik malahan ada syarat dan faedah yang menekan peminjam. Ini bermakna kerajaan menipu apabila berkata moratorium diberikan tanpa syarat. Komputer sebanyak 150,000 yang dijanjikan oleh kerajaan pun sehingga kini masih ramai tak sampai-sampai.

35. Pontian berbahas dengan berusaha untuk bercakap sebanyak mungkin cadangan yang beliau ada. Ahmad Maslan berjaya membaca sebanyak 33 cadangan dalam masa 7 minit.

36. Pada jam ke 2.20 minit, Menteri Kewangan bangkit untuk menjawab semua isu-isu awal yang dibangkitkan pembangkang sebelum ini tetapi dipertikaikan kem pembangkang yang mendesak samada Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri menjawab isu-isu tersebut kerana ia ditujukan kepada Perdana Menteri. Manakala isu ekonomi boleh dijawab Tengku Zafrul pada Khamis.

37. Kem pembangkang dan kem kerajaan kemudiannya saling bertekak mengenai keupayaan dan kelayakan Tengku Zafrul untuk menjawab soalan bagi pihak Perdana Menteri.

38. Bera kemudiannya bangun dan menjelaskan kenapa Zafrul layak menjawab selepas dipersoalkan Port Dikson.

39. Pada jam 2.46 minit, Gombak yang dilihat koyak kerana disindir Port Dickson yang disambung oleh Shah Alam telah bangun menjawab dan mempertikaikan menjadi punca kepada Kluster Kilang sambil membawa placard.

40. Malangnya penjelasan Gombak itu bukan sahaja tidak diterima, malah diremehkan dan ditroll oleh kem pembangkang.

41. Perbahasan kemudiannya tamat pada 4.30 tetapi itupun tak berakhir dengan baik apabila Pokok Sena dan Jelutong sempat memarahi Speaker yang menghentikan persidangan. - 26 Julai 2021.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...