Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 7 Jun 2017

Ambil Balik Bantuan Selepas TV3 Lapor, Peneroka Berhimpun Desak Pengurus Berhenti.

Sebelum ini kecoh di laman sosial memperkatakan sikap seorang pengurus felda yang mempermainkan warga Felda yang ditimpa bencana apabila mengambil semula bantuan barangan kering yang diterima mangsa selepas wartawan TV3 mengambil gambar dan merakam video.

Baca : Dah Bagi, Ambil Balik - Buruk Siku Kau Pengurus Felda!

Hari ini pihak kami menerima laporan bahawanya sekumpulan warga Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan telah mengadakan satu protes terbuka menuntut beberapa pihak meletak jawatan kerana didakwa terlibat dalam perbuatan salah-laku.


Himpunan dilakukan oleh generasi kedua Felda yang menuntut Pengurus Felda, Encik Abas, Ketua Kampung, Encik Nosali dan Ahli Lembaga Pengarah Puan Ramlah untuk meletak jawatan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menarik balik bantuan barangan kering ke atas mangsa-mangsa ribut.

Perkara itu menjadi kontroversi di laman sosial apatah lagi beberapa gambar dan rakaman video turut disebarkan bagi menyokong dakwaan tersebut. Bantuan makanan pada awalnya diserahkan kepada mangsa namun selepas wartawan TV3 mengambil gambar dan merakamkan video, bantuan tersebut diambil semula oleh Pengurus Felda.

Semasa berdemo, ada di antara mereka yang turut mendakwa terdapatnya amalan penyelewengan hasil peneroka dan wujudnya unsur kronisme maka ketiga-tiga yang dinamakan juga dituntut untuk meletak jawatan.

Perhimpunan yang diadakan pada jam 1 tengahari tadi berlangsung aman di hadapan pejabat Felda Jelai 2, Gemas.

Sebelum ini pihak kami telah menghubungi pihak berkaitan untuk memberikan maklum-balas tentang penarikbalikkan bantuan makanan kering ke atas mangsa ribut namun tiada sebarang respon diberikan.

Selasa, 6 Jun 2017

Susun Bantuan Atas Badan Pesakit - Pegawai khas Ahli Politik BN Dikecam.

Jika sebelum ini tular barang bantuan yang diberi kepada warga Felda ditarik-balik selepas TV3 selesai menangkap gambar, kini tular pula kritikan terhadap seorang pembantu khas kepada Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad. 

Kritikan itu hadir berikutan tindakan pegawainya, Fazil Talib yang telah meletakkan barang bantuan ke atas badan pesakit dengan tujuan mahu bergambar (dan mungkin juga untuk mewar-warkan hal tersebut).


Ianya mulai jadi perhatian apabila seorang pengguna media sosial memuat-naik beberapa gambar di Twitter. 

Menulis di Twitter beliau, Qusyairi Hashim berkata tidak salah untuk seorang wakil rakyat menghebahkan tindakannya membantu rakyat yang memerlukan tetapi janganlah menyusun barang bantuan seperti pampers dan susu atas badan pesakit. 



Kritikannya itu turut mendapat sokongan netizens yang lain.





Bagaimanapun dalam banyak-banyak respon netizens terdapat satu respon yang menafikan barang bantuan tersebut disusun atas badan pesakit oleh pegawai khas MP berkenaan. 

Respon tersebut turut melampirkan bukti bergambar bagi membuktikan kenyataannya itu. 


"Anak-anak dia yang letak atas tu. Masa bagi barang-barang tu anak dia yang terima. Tak sangka depa letak atas dia dan bergambar," kata Pak Long dalam mesej tersebut.

Kini Anda Perlukan Nombor Mykad Untuk Tambah Nilai Simkad.

2 Jun lepas, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia - SKMM mengumumkan ia telah mengemaskini beberapa peraturan berkaitan pemilikan, pendaftaran dan tambah nilai simkad (prepaid) di website rasmi mereka. 

Satu salinan media turut dikeluarkan bagi menerangkan beberapa pembaharuan yang telah dilakukan.



Menurut SKMM ;

1. Setiap pembeli yang membeli simkad baru perlu disahkan identitinya pada ketika itu dengan menggunakan Mykad ataupun pasport atau lain-lain yang sama seerti dengannya dan perlu didaftarkan terus pada ketika itu.

2. Ini adalah untuk mengelak dari penggunaan identiti palsu. Pengguna yang berusia kurang dari 12 tahun juga dilarang membeli dan mendaftar prepaid.

3. Setiap pengguna hanya berhak untuk memiliki 5 simkad (nombor) berdaftar sahaja pada satu-satu masa. Sebelum ini, mengikut peraturan lama setiap pengguna boleh memiliki sehingga 10 nombor yang berbeza pada satu-satu masa. 

4. Kad pengenalan atau apa-apa berkaitan perlu dilampirkan ketika menambah-nilai.

5. Penyedia rangkaian juga diminta untuk menyediakan mekanisme terbaik bagi mengelak dari pendaftaran palsu simkad oleh individu tertentu dan menghalang mereka dari berdaftar lebih dari 5 nombor yang berbeza pada satu-satu masa. Penyedia rangkaian juga perlu menyediakan mekanisme untuk membolehkan pengguna tambah nilai melampirkan Mykad (atau lain-lain seertinya) ketika membuat proses tambah-nilai. 

6. Bagaimanapun SKMM tidak menjelaskan jika peraturan baru turut merangkumi ke atas pengguna sedia ada. 

7. SKMM juga tidak menjelaskan secara terperinci tentang keperluan (mekanisme) melampirkan Mykad bagi menambah-nilai simkad.

8. Tarikh penguatkuasaan peraturan juga tidak diterangkan secara lanjut; adakah pengguna & peniaga akan dikenakan denda jika tidak mematuhi larangan tersebut turut tidak dijelaskan lanjut oleh SKMM dalam website berkenaan. 

Ahad, 4 Jun 2017

Warga Felda Dipermainkan, Konon Terima Bantuan Tetapi Rupanya 'Lakonan' Untuk TV3...

Ia diluahkan oleh warga Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan. Post asal didapati telah lenyap atau mungkin disembunyikan selepas beberapa blog pro pembangkang menyebarkan perkara itu. 


Pada awalnya ia diluahkan di group (nama group terpaksa disembunyikan) untuk hebahan masyarakat setempat. 


"Petang tadi (2 Jun 2017) TV3 dan pengurus Felda datang ke Jelai 2 blok 20, temuramah isu bencana ribut dan sedikit sumbangan barang kering diberikan. 

Selepas sesi bergambar, sumbangan diambil dan disimpan semula dalam kereta? Apa teruk sangat wayang macam tu? Bukan kata nak bagi duit, makanan pun diambil balik," kata individu berkenaan. 

Beberapa gambar tangkap layar yang tersebar turut mengesahkan kenyataan tersebut.



Namun terdapat juga respon-respon positif yang berpendapat kononnya bantuan tersebut hanyalah sebagai 'acah-acah' untuk tujuan memudahkan kerja wartawan TV3 yang datang dari jauh. 

Bantuan sebenar belum tersedia pada ketika itu dan pastinya sedang dalam proses. Pengkritik turut dinasihati jangan bersangka buruk terutamanya dikala sedang berpuasa.

Pihak kami telah mendapatkan pengesahan dari wakil Felda berhubung kejadian dan masih sedang menunggu respon susulan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...