Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 8 Jun 2013

Hairie Othman Merajuk PR Lupakan Artis Selepas PRU.

Tiada panggilan untuk ceramah. Tiada apa2 jemputan. Tiada apa2 event yang dia perlu hadiri. Pendek kata tiada apa2. Dia terasa dilupakan, tidak dihargai, dipinggirkan dan segala2 yang berkaitan la.

Lihat bawah ;


Aku no komen. Baik komen pada tindakan Hairie. Juga komen pada tindakan PAS. Kenapa PAS? Sebab bukan kah Hairie aktif bersama2 PAS?

Hehe.

Bagi aku masing2 ada sebab masing2. Masing2 ada pendapat masing2. Masing2 ada keadaan masing2. Mungkin Hairie nampak macam neh, PAS pula nampak macam tue. So better jumpa dan duduk berbincang. Guna media neh bukan tak boleh, boleh je. Tapi kena tanggung impak dan persepsi yang akan timbul la. Kena faham tue. Apa yang kita sangka tak sama sepertimana apa yang orang lain akan sangka. Kita kena belajar terima benda tue. 

Yang neh pandai2 la PAS settle sendiri dengan ahli2 mereka yang merajuk. Aku bukan ahli PAS. Nasib baik la. Nak merajuk pun sapa tak peduli dan heran. Kena maki lagi la ada. Malang dowh.

KAH KAH KAH

Ini bukti SPR Berbohong. - SEBARKAN.

SPR, SPR.

Makin banyak ko bercakap, makin terdedah penipuan2 korang. Aku cadangkan ko teruskan je la dengan idea ko di mana ko ingin berbincang dan bertemu dengan pemimpin pembangkang bagi merungkai beberapa permasalahan yang berlaku sepanjang proses PRU berlangsung.

Ko aturkan satu meeting. Bertemu dengan pimpinan. Biar mereka salurkan apa2 kemusykilan pada ko. Then ko aturkan satu lagi perjumpaan. Kali neh dengan pengundi pula. Biar kami plak yang bahaskan pendapat2 dan keraguan2 kami.

Daripada ko pongpang2 menerusi media massa. Orang yang membaca neh dia menilai. Lebih2 lagi kalau yang rajin baca berita. Lagi la ko akan terkantoi dengan cepat.

Sekarang ko tengok bawah neh. Apa yang ko cakapkan dengan press?

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan bahawa beliau telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai keselamatan dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu.

Ini bercanggah dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam Khamis lalu bahawa tiada laporan seumpama telah dikeluarkan oleh kementeriannya.

NONE"Ya, kita ada (menghantar dakwat kepada kementerian untuk  penilaian keselamatan) dan kita mendapat jawapan," katanya dalam satu komunikasi SMS dengan Malaysiakini semalam.

Ditanya sama ada surat itu akan didedahkan kepada umum, beliau berkata pihaknya akan memaklumkan kepada menteri berkenaan.

Abdul Aziz sebelum ini telah memberitahu akhbar Straits Times Singpura pada 12 Mei dalam satu wawancara bahawa Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya jangan meletakkan lebih daripada satu peratus siver nitrate dalam dakwat tersebut.

Alasan di atas digunapakai bagi menjawab persoalan orang ramai kenapa dakwat kekal yang sepatutnya kekal, tidak la kekal.

Then korang lihat pula petikan berita kat bawah neh hah ;


Apa SPR cakap?

1. Dakwat kekal telah disimpan di tempat yang rahsia. Sapa2 pun tatau tau. Dikawal ketat. SPR yang selia semua tue. So unsur2 sabotaj tak mungkin wujud.

2. Then SPR dah ujikaji dakwat tue. Dakwat boleh tahan lama. Dengan kandungan Silver Nitrate yang dipersetujui oleh KKM sebab dah hantar untuk laporan kesihatan.

3. Tak mungkin la SPR pergi hantar sample dakwat kekal dengan kandungan silver nitrate yang sengaja dilebihkan then bila time pru dia sengaja kurangkan kandungan tersebut, ye tak?

4. Sudah tentulah sample yang dihantar untuk ujikaji di KKM, dan sample yang digunakan untuk ujikaji oleh mereka sendiri adalah sample yang digunakan ketika mengundi. Betul tak? Kalau tak betul, tata kerja SPR yang silap, tue satu questionable gak tue. Satu lagi kesilapan dan kelemahan korang yang boleh dipertikaikan.

5. Dah tue kenapa time ujikaji dia kekal, tapi time mengundi dakwat kekal jadi tak kekal?

6. Hah tue SPR la kena jawab. Bukan nya aku.

7. Dorang sendiri yang terang2 sebut tahan lama la, tak luntur dengan clorox apa seme la, tahan 7 hari pun boleh. Ada ke orang paksa sebut ? Takde maaa..

So SPR, lue pandai2 la telan ayat lue sendiri. Bukan sesiapa yang paksa lue bercakap macam di atas neh pun kan. Aku cadangkan ko, mengaku je kelemahan korang sudah. Kesian aku tengok dah. Tercunggap2 nak jawab, tercunggap2 nak betulkan keadaan. Atas tujuan apa pun aku tatau.

Kalau aku jadi ko, aku pressure. STRESS. Bak kata Gary. Baik aku mengaku je kesalahan. Paling2 kuat yang aku kena buat minta maaf. Biasalah standard pemimpin2 kat Malaysia. Maaf dah boleh settlekan masalah ma. Habis citer.

KAH KAH KAH

Rujukan : http://www.mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2013/4/4/mstar_berita/20130404104441 

http://www.malaysiakini.com/news/232381

Jumaat, 7 Jun 2013

Ini Sebab Sebenar Kenapa Papa Gomo Tutup Blog.

Ooo

Oke.

Memang papa gomo pandai buat lawak. Izinkan aku gelak sebentar.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Kelakar nak mampos.

Dia neh kalau jadi pelawak mesti popular kaw2. Idea untuk melawak tue ade je. Mencurah2. Tak terfikir ka nak tukar kerjaya dari jadi blogger kepada pelawak? Wehhh ko ada bakat tahu tak? At least boleh menghiburkan orang ramai. Betul tak?

KAH KAH KAH

Sebelum tue papa gomo bagitau dia akan tutup blog. Berhenti berblog terus. Rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/06/papa-gomo-umum-persaraan-dari-blogging.html 

Alasan dia ialah, dia nak focus pada bisnes pakaian yang dia sedang usahakan neh. Owhh adakah merujuk kepada bisnes kat bawah neh ek?

 
Owhh tukar bidang. Ikut suka ko la. Tapi tadi ada la orang bagitau aku. 

Psssstttt ameno. Dia bukan tutup blog. Tapi ganti blog je. Blog terbaru dia ialah ==>
http://malayrights.blogspot.com/


Dan ini pula twitter dia ==>  https://twitter.com/Sir_Azri

Kali neh guna nama sendiri, wajah sendiri, identiti diri sendiri. Penulisan pun kekonon sopan le tue.

Tergelak aku tengok.

Then bila aku godek2 fanpage dia, perghhh dia siap promote blog terbaru dia beb.

KAH KAH KAH

Hadoi.

Lawak ah ko neh. Baik ko tak payah buat citer cakap ko nak bersara. Yang sebenarnya ko tukar blog je kot. Takpun tambah satu lagi blog untuk menyebarkan fitnah2 merepek lagi mengarut. Dah aku cakap. Aku memang susah nak percaya dengan dia neh. Asyik tipu orang je. Dah la aku tunggu2 sequel video anwar gay dengan mahasiswa tak keluar2 sampai sekarang. PRU dah habis. Video tak sebar2 lagi. Nak tunggu pru ke 14 kot. Modal kempen untuk 5 tahun akan datang, ye tak?

KAH KAH KAH

Kronologi Isu Penggunaan Dakwat Kekal.

Ketika pengundian awal.

Anggota TUDM : Dakwat kekal tak kekal. Saya report polis minta siasatan dijalankan kenapa dakwat kekal tak kekal di jari saya.

TUDM : Kita penjarakan dia sehari, dakwa dia di bawah mahkamah tentera sebab memalukan tentera, turunkan pangkat dia dan pindah dia ke negeri lain kerana berkata2 benar.

Rakyat : Dakwat kekal tak kekal. Kenapa ini berlaku? Lakukan siasatan kerana ini kes seriyus. Pengundi boleh menipu jika dakwat kekal boleh dihilangkan dengan mudah.

SPR : Pembangkang bohong! Ini ujikaji dakwat kekal depan press. Ujian ini terbukti sahih dengan rakaman video yang membuktikan dakwat kekal sememangnya kekal. Kami akan amek tindakan tegas terhadap penyebaran maklumat palsu.

Bloggers UMNO : Pembangkang hanya pandai sebarkan citer auta dan tak terbukti sahih. Dakwat kekal sebenarnya kekal. Dorang nak menipu sebab nak huru harakan keadaan dan jatuhkan imej dan kredibliti SPR.

Rakyat : Tapi kami dah ada bukti. Bukan sorang je mengaku mengatakan dakwat hilang selepas proses pengundian awal. Ada beberapa pengundi awal memberikan maklum balas yang sama berserta bukti dan rakaman gambar serta video. Siapa yang berbohong?

SPR : Yang sebenarnya dakwat kekal kena goncang sebelum guna. Kita akan arahkan kepada semua petugas SPR agar goncang botol dakwat sebelum guna. Walaubagaimanapun dakwat kekal terbukti kekal sehingga 3 hingga ke 7 hari. Tiada masalah dari segi hukum islam.

Penyokong BN : Tah nya. Dakwat kat jari bapa aku kekal je. Dakwat kat mak aku kekal jek. Dakwat kat atuk aku, nenek aku, abang aku, kakak aku, sedara mara aku, eh kat jari aku kekal jek pun. Dorang neh memang suka buat citer. Dah dasar pembangkang. 

Pada hari pengundian.

SPR : Lihatlah dakwat kekal di jari saya. Kekal kan.. selepas beberapa minit mengundi, dakwat di jari saya masih kekal.. apa lagi yang pengundi mahu?

 
Rakyat : Tapi kenapa dakwat di jari kami hilang pula? Adakah dakwat ini memilih2 jari untuk kekal di jari2 tertentu pula?

Bloggers umno : Apa lagi yang pembangkang mahu? Hari tue sibuk nak dakwat kekal, neh dah dapat nak memekak je kenapa? Lainkali jangan basuh tangan tue terus. Tunggu la sampai 5 petang baru cuci.

Pembangkang : Bukan kah dakwat kekal itu sepatutnya bertindak sepertimana yang ditugaskan/diperanankan ke atasnya? Wang pembayar cukai digunakan untuk beli dakwat kekal yang tak berfungsi sepertimana peranannya, adakah ini isu kecik? Adakah 5juta ialah angka yang kecik?

Rakyat : Kalau dah dakwat kekal boleh hilang selepas dicuci dengan air biasa, apa pula jaminan tiada apa2 isu lain yang boleh dipertikaikan sepanjang SPR melakukan PRU? Ini isu intergriti. Dakwat kekal berperanan untuk menghalang pengundian 2 kali. Kena faham isu pokok kat sini.

Penyokong BN : Pembangkang cuci dakwat kekal sebab nak mengundi 2 kali. Dorang la yang main tipu. Bukan nya SPR.

PDRM : Sebarang penyebaran maklumat berkaitan pengundian di laman sosial akan dikenakan tindakan tegas.

Selepas pengundian.

Ahmad Maslan : Dakwat kekal tue sebenarnya ada silver nitrate. Silver nitrate boleh menyebabkan kanser. Kena faham yang kita kurangkan kandungan silver nitrate menyebabkan dakwat tue tak berapa nak kekal di jari pengundi. Ini kita buat sebab nak jaga kesihatan para pengundi.

SPR : Kita ada terima laporan dari kementerian kesihatan yang menyatakan kandungan silver nitrate yang tinggi menyebabkan risiko penyakit ginjal dan kanser. Walau bagaimana pun kita akan mengkaji apa sebab dakwat kekal di sesetengah tempat tidak kekal. Kita juga akan fikirkan langkah2 penambaikan antara nya memastikan botol dakwat kekal digoncang 2 jam sekali bagi memastikan dia kekal.

KKM : Sejak bila pula KKM keluarkan laporan silver nitrate boleh menyebabkan kanser? Tak pernah tahu pun.

Rakyat : Kanser? Penyakit ginjal? Hello, rokok yang terang2 mendatangkan kanser dan yang lebih besar mudharatnya, slumber je korang jual dan kutip cukai? Arak yang terang2 mendatangkan masalah ahti, slumber je korang jual secara berlebihan tanpa kawalan semata2 nak collect cukai? Ini 5 tahun sekali punya citer korang sembang kencang bab kesihatan?

Kesimpulan :

TEMBERANG.

BILA DAH SEKALI TERKANTOI tue mula la bagi macam2 alasan nak tutup penipuan lain. Penipuan atas penipuan tidak akan mengubah apa2. 

KAH KAH KAH

Penjelasan Terakhir Khalid Samad Isu Kota Damansara - PART III

Menantu Tuan Guru serang Khalid Samad bertubi2 di ruangan online / facebook. Khalid Samad dari hari tue lagi hanya pertahankan diri.

Kena halau dari PAS sudah.
Kena tuduh yang bukan2 pun sudah.

Aku cadangkan kalau kita neh jenis ada "intergriti", kita hentikan aje la serangan2 yang tidak berasas ke atas batang tubuh seseorang tue. Muktamar pun tak jauh mana. Biarla kita berkempen dengan membandingkan kebaikan vs kebaikan masing2. Bukan dok heret keburukkan orang ataupun jaja citer2 yang tak benar mengenai seseorang tue.

At least, Khalid Samad dah terbukti as pemimpin. Dia lawan bn, lawan umno, lawan kezaliman. Bela rakyat. Yang kita neh apa je kita buat? Lawan sesama sendiri? Lawan kawan2? 

Aku takmo taking side mana2. Jangan salah faham. Tetapi aku lebih selesa kalau masing2 boleh berlapang dada dan hentikan serangan ke atas kawan2 sendiri. UMNO dan BN serang Khalid Samad sebab Khalid Samad perjuangan Khalid Samad memberikan kesan kepada mereka. Yang kita neh?

Baik kita lawan benda2 merepek dalam BN. Berbanding serang geng2 sendiri. Lue fikirlah sendiri.

Baca bawah ;

InsyaAllah ini merupakan penulisan saya yang terakhir berkenaan isu KD. Hasil dari teguran dan pandangan saya berhubung isu KD, maka bermacam maklum balas dan cerita dongeng juga kedengaran berhubung diri saya. Maka saya akan cuba jelaskannya di sini. Di antaranya adalah seperti berikut:

1. KS Diminta Keluar PAS dan Jadi Ahli PKR Kerana Tidak Wala’ dan Thiqah

Saya kira Zahid Hamidi dan Noh Omar pun akan turut berbangga dengan kenyataan sebegini.

Pendirian saya terhadap isu KD berdasarkan hujjah yang saya kemukakan. Kalau tidak setuju sekali pun, kemukakanlah hujjah balas bukan kenyataan kurang bijak sepertimana yang biasa dibuat pemimpin UMNO. Jika ingin ikut lojik hujjah sebegini, Qadi Syuraih sepatutnya diisytihar oleh Saidina Ali sebagai orang pro-Yahudi dan tidak wala’ dan thiqah kepada Khalifah! Atau Saidina Umar diisytiharkan oleh Amr Al-Aas sebagai pro-Qibti dan dituntut letak jawatan.

Yang ingin dibincangkan adalah berkenaan strategi yang silap, yang mendatangkan natijah yang buruk serta imej PAS yang terpalit hasil tindakan bertanding di KD bukan soal wala’ dan thiqah, pro PKR atau sebaliknya. Sebenarnya saya sangat pro PAS bersama PR. 

Tulisan saya tidak langsung dituju pada mana-mana individu. Saya lebih minat bincang APA yang silap dari SIAPA yang silap. 

2. KS Ingin Jatuhkan Ulama dan Presiden!

Ini pun satu kenyataan rambang yang tidak bertanggung-jawab. Tulisan saya tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa tetapi saya inigin semua akui tindakan berkenaan silap dan tidak sepatutnya berlaku dan jangan sekali-kali diulangi. Masalahnya sekarang, hingga hari ini, masih ada yang pertahankan sebagai tindakan tersebut sebagai wajar. Sedangkan PR kalah dan BN menang! Dan 3 natijah buruk lagi yang diakui umum.

Kaedah hujjah ini pun, minta maaf, sebiji macam UMNO. Sama dengan hujjah UMNO bahawa PR ingin jatuhkan kuasa politik Melayu! Orang cakap lain dia cakap lain. Orang cakap mengenai penyelewengan, rasuah dan sikap keduniaan yang merosakkan Melayu maka kepimpinan politik Melayu perlu ditukar! Dari UMNO maka tukar kepada PAS. Dia cakap konspirasi ingin jatuhkan Melayu. Sedangkan kita mahu selamatkan Melayu, dunia akhirat, insyaAllah.

Begitu juga apabila diceritakan kelemahan yang perlu diakui dan diperbetulkan supaya PAS lebih kukuh dan dihormati semua. Khususnya untuk Selangor. Mereka cakap kita mahu jatuhkan Presiden, tidak wala’ dan thiqah. Orang cakap lain, dia cakap lain. Apa ni?

Sudahlah, cukuplah dengan budaya memfitnah sebegini. Tidak perlulah kita ikut kaedah UMNO yang suka memomok-momokkan rakyat sehingga isu sebenar tenggelam. Cukuplah kita ada satu UMNO di Negara ini. Bincang isu yang dikemukakan, tidak perlu ditokok-tambah dengan macam-macam rempah dan perisa!

Rempah perisa terhebat, ada seorang sampai isytiharkan saya sebagi ‘assasin ulama’! Tidak takut dosa ke orang ini?

3. KS Berkempen Untuk Hadapi Pemilihan Parti

Kalau berhasrat untuk kempen pemilihan, maka adalah jauh lagi mudah untuk saya puji dan sokong sahaja apa yang di lakukan pimpinan. Semua disalahkan pada PKR dan DAP dan puji melambung-lambung pimpinan PAS. Tidak akan diserang dan difitnah bermacam-macam sebegini.

Tetapi saya tidak ambil peduli soal pemilihan parti dalam muktamar akan datang. Kerja saya sebagai pimpinan ialah membetulkan parti sekiranya tersilap dan memimpin kearah yang menguntungkan parti. Bukan sibuk jaga jawatan dan kedudukan. Kalau tidak dipilih kali ini pun tidak mengapa. Saya tidak kebulur jawatan pun. Tapi sekurang-kurangnya saya sudah cuba tunaikan tanggung jawab saya sebagai salah seorang pimpinan.

4. KS Hanya Tegur PAS Tidak Tegur PKR
Saya pimpinan PAS. Saya betulkan jemaah saya. Kalau PKR buat silap, biar pimpinan PKR tegur dan perbetulkan. Kalau PKR tidak tegur maka imej parti mereka yang akan jatuh di kaca mata rakyat. Itu masalah mereka bukan masalah saya. Takkan saya juga yang kena perbetulkan PKR? Sejak bila saya jadi pimpinan parti mereka?

5. Kota Damansara Tidak ada Kesan Kepada Kawasan Lain 

Dongeng ini pun agak menarik. Kota Damansara dianggap bagaikan DUN yang di bawah tempurungnya yang tersendiri. Apa yang berlaku di situ ahli PKR dan PSM serta penyokong-penyokong mereka dan pengundi atas pagar di seluruh negara tidak akan ambil tahu dan tidak ambil kisah! Saya tidak tahu dari mana datangnya tanggapan mereka bahawa Kota Damansara itu begitu terpisah dari suasana politik seluruh Negara. Tapikan sudah kata. Dongeng!

Hakikatnya saya sendiri menerima panggilan dari ramai yang marah dengan apa yang berlaku dan bertanya mengapa ianya berlaku dan apa tindakan PAS. Turunnya Dato Mustapha Ali telah menyelamatkan sedikit sebanyak suasana di Selangor. Saya tidak tahu sejauh mana kekalahan di Parlimen Sg. Besar (399 undi majoriti BN) dan Parlimen Kuala Selangor (460 undi majoriti BN) adalah kesan dari apa yang telah berlaku di KD.

6. Hanya KS Sahaja Marah, PKR Pun Tidak marah!

Cerita dongeng sebegini tidak perlu saya jawab sebenarnya. Orang PKR merasa terbela apabila ada pimpinan PAS menyatakan kebenaran dalam kes KD. Mereka serah pada pimpinan PAS untuk betulkan PAS. Sama sahaja apabila anak kita buat nakal. Apabila diadukan kepada kita sebagai ayah, maka diserah pada kita untuk betulkan. Sila baca perkara 4 di atas.

7. Dialog Perbahasan KS dan Pro KD

Saya ingin buat dialog mudah supaya yang ingin terus pertahankan KD sedar betapa tidak bermutunya penghujjahan mereka. Telah disebut di atas tetapi dalam bentuk dialog perbahasan mungkin lebih jelas. Ianya seperti berikut:

KS: “Bertanding di KD strategi yg tidak betul. Natijahnya buruk”.
Pro KD: “KS nak jatuhkan ulama’! KS nak jatuhkan ulama’!”

KS: “Ianya salah dari sudut akhlak sekiranya kita sudah bersetuju”.
Pro KD: “KS adalah assassin ulama’! KS ular daun!”

KS: “Patut contohi Dusun Tua dan Taman Medan”.
Pro KD: “KS nak tunjuk hero nak kempen untuk muktamar”.

KS: “Kalau PAS dan PKR buat begini pada PRU 14 maka BN akan menang…”
Pro KD: “KS lebih baik masuk PKR! KS bongkah ais yang besar! Pro Anwar”

Tidak nampakkah betapa lekehnya tahap dan kualiti penghujjahan tuan-tuan semua? Isu sebenar tidak dijawab dan dimulakan kata-kata fitnah. Tapi kalau masih tidak nampak maka saya tidak mampu menolong tuan-tuan. Ini bukan masalah buta mata tetapi buta hati. Maaf kerana saya terpaksa nyatakan sebegitu.

Dalam soal mahu jatuhkan ulama’, harap semua selidik sejarah terlebih dahulu. Siapakah yang membawa usul kepimpinan ulama’ pada muktamar PAS tahun-tahun awal dan pertengahan 80an? Janganlah buat pertuduhan membuta tuli.

Ini sahajalah yang ingin saya bentangkan berhubung isu KD. Semoga ianya mendatangkan manfaat kepada yang ingin mencari kebaikan. 

Saksikan ya Allah bahawa saya telah memberi nasihat dan teguran ikhlas kepada pimpinan saya! 

WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD

Penjelasan Khalid Samad Isu Kota Damansara - PART II

Saya telah menulis beberapa isu berkenaan KD sebelum ini yang merangkumi persoalanStrategi, Akhlak Jamaah Islam, Kawasan Contoh dan Perang Uhud. Artikel ini akan cuba mengupas beberapa kisah dongeng yang berlegar selepas apa yang berlaku di KD. Apabila ingin menegakkan benang yang basah, maka bermacam-macam kisah dogeng terpaksa dikemukakan berhubung KD. Saya senaraikan di sini beberapa kisah dongeng tersebut satu per satu untuk dinilai bersama.

Dongeng 1: Kota Damansara Dipinjamkan Kepada PKR

 
Pada tahun 2004 KD ditandingi PAS sambil Paya Jaras ditandingi PKR. Pada 2008, atas permintaan PAS Subang, maka Paya Jaras digantikan dengan KD. Maka PAS bertanding Paya Jaras dan KD ditandingi PKR. PAS kalah di Paya Jaras tetapi PKR, dengan Dr Nasir sebagai calonnya menang di Kota Damansara.

Pada tahun 1999, tiada kerusi Kota Damansara. Kota Damansara adalah kerusi baru hasil persempadanan baru yang dilakukan pada 2003 oleh BN. Seperti Parlimen Kota Raja, Dun Sri Andalas dan Dun Sri Muda. Maka bagaimana ianya dijadikan milik PAS?

Sepanjang 5 tahun sejak 2008, tidak pernah walaupun sekali isu KD ‘dipinjamkan’ kepada PKR disebut di BPPNS.Maka kata-kata Kota Damansara dipinjamkan kepada PKR dan KD adalah kerusi PAS adalah dongengan semata-mata.

Dongeng 2: PKR Tiada Calon di Kota Damansara

 
Hakikatnya PKR telah bersedia menurunkan calon lain sekiranya Dr Nasir tidak setuju untuk turun sebagai calon PKR. Saudara Radzlan Jalaluddin seorang peguam adalah calon yang akan diturunkan oleh PKR sekiranya Dr Nasir bertanding sebagai calon PSM. Calon PKR‘standby’ pun saya diberitahu sudah ada iaitu Ustaz Shamsul Firdaus.

PKR bersedia menghadapi 3 penjuru dengan PSM sekiranya perlu di Kota Damansara. Tetapi apabila Dr Nasir setuju untuk diturunkan sebagai calon PKR, maka PKR arah calon-calon mereka yang lain untuk menarik diri. 

Maka cerita konon bahawa PKR tiada calon juga adalah dongeng semata-mata.

Dongeng 3: Dr Nasir Adalah Calon PSM

 
Hakikatnya Dr Nasir adalah calon PKR. Watiqah yang diguna adalah watiqah dari PKR. PKR turunkan beliau sebagai calon PKR. Tiada watiqah PSM dan bukan PSM yang ditentangi PAS. Bukan seperti di Semenyih.

Cuba buka mata sikit. Ada beza atau tidak Semenyih dan Kota Damansara? Di Semenyih Aru bertanding atas tiket PSM. PKR turunkan calon bertanding kerana tidak terima Aru sebagai calon PKR. Sedangkan kerusi Semenyih dipersetujui semua adalah milik PKR bukan milik PSM. Di KD kes Dr Nasir adalah sebaliknya. Hanya yang terus ingin menegakkan benang basah sahaja akan mengatakan tiada beza.

Dalam soal memilih calon, setiap parti berhak memilih calonnya sendiri atas alasan tersendiri. Ahli PAS KD perlu ingat, pada 2008, PAS meletakkan Ibrahim Ali di Pasir Mas! Ibrahim Ali bukan ahli PAS pun! Itu adalah atas maslahah PAS Kelantan. PAS Kelantan mencapai kemenangan besar, dari majoriti 1 kerusi pada 2004 kepada majoriti 2/3 pada tahun 2008. PAS mendapat 39 dari 45 kerusi pada tahun 2008! Strategi meletakkan Ibrahim mungkin telah menyumbang sedikit sebanyak kepada kemenangan itu.

Maka cerita penglipur lara bahawa Dr Nasir adalah calon PSM dan bukan PKR juga merupakan dongeng semata-mata.

Dongeng 4: PAS KD Tolak Dr Nasir Kerana beliau Sosialis

 
Dr Nasir seorang Sosialis sejak dahulu. Beliau bersama Dr Syed Hussin dalam PSRM dan apabila PSRM bercantum dengan Keadilan sehingga Keadilan pun menambah ‘rakyat’ dalam nama ‘PKR’ dan menambahkan jalur merah pada logonya, Dr Nasir tidak ikut sama. Sebaliknya Dr Nasir berusaha menubuhkan PSM.

Namun pada 2008 beliau diturunkan sebagai calon PKR di Kota Damansara. Begitu juga Arul yang bekas ahli PSRM juga diturunkan di Semenyih. Pada ketika itu PAS terima dan tidak membantah.

Kalau mahu tolak Dr Nasir kerana dia Sosialis, sepatutnya ianya dibuat sejak 2008 kerana semua tahu beliau Sosialis pada ketika itu lagi. Bukan baru beliau isyhtihar bahawa beliau Sosialis.

Lagipun telah diakui bahawa PKR dan DAP berbeza fahaman politik dengan PAS. Kalau PAS tolak Sosialis kerana bercanggah dengan Islam, bagaimana pula dengan fahaman liberal demokrat dan sosial demokrat yang dibawa PKR dan DAP? Dan bukankah ini sebabnya ada ‘tahalluf’ iaitu kerjasama dengan yang tidak sama fahaman politik dengan PAS. Dan bukankah ini sesuai dengan ayat 61 Surah Al-Anfal yang bermaksud;

“Dan kalau mereka telah condong kepada perdamaian, hendaklah kamu condong juga kepadanya (perdamaian), dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui”.

Masalah ini sepatutnya tidak timbul lagi kerana ianya telahpun diputuskan bersama pada 2008 bahawa sekiranya Dr Nasir guna lambang PKR maka tiada masalah.

Soal Syed Hussein Ali bertanding di Kelantan dan ditolak oleh PAS Kelantan adalah atas perkiraan lain. Masyarakat Kelantan tidak bersedia menerima Syed Hussein Ali sebagai calon. Faktor ‘winnability’ dalam suasana saingan sengit perlu diambil kira. Tapi di Kota Damansara, terbukti Dr Nasir boleh menang. Ini telah terbukti pada 2008. 

Maka dengan itu alasan PAS KD tolak Dr Nasir kerana beliau Sosialis juga adalah alasan dongeng yang telah direka cipta.

Dongeng 5: Dr Nasir Sebagai ADUN Banyak Menimbulkan Masalah

 
Ada yang mengatakan bermacam-macam perkara berhubung tindakan Dr Nasir sebagai ADUN. Masalah itu dan ini. Kononnya susah untuk dapat peruntukan untuk program dan sebagainya. Saya jawab dengan mendedahkan satu fakta sahaja untuk menyanggah ini semua.

Sepanjang 5 tahun tiada sebarang aduan terhadap Dr Nasir yang dikemukakan dalam mesyuarat BPPNS. Kalau ada pun, isu biasa yang melibatkan semua ADUN yang bukan PAS yang dihadapi oleh ahli PAS. Biasalah tu, mereka pun sibuk membuat program sendiri dan PAS pun dengan programnya. Sepatutnya kerja rapat. Program PKR/DAP program PAS, program PAS program mereka juga kerana semua untuk bertemu dengan rakyat jelata yang merupakan pengundi PR bersama.

Pada masa yang sama ramai juga ahli PAS jadi Nazir Masjid, AJK Masjid, Ketua Kampung, JKK, Ahli Majlis dan sebagainya. Tiada pula Dr Nasir menhalang fahaman Islam dari disebarkan dan fahaman Sosialisma diajar di Masjid dan Surau!

Amatlah menghairankan kenapa tiba-tiba apabila sudah dekat dengan PRU baru isu ini timbul. Semasa membincangkan soal siapa calon untuk Paya Jaras, di mana pimpinan Selangor bertemu pimpinan PAS Subang berkali-kali, termasuk selepas pembubaran Parlimen, tiada walau satu ayat pun dikeluarkan berhubung KD!

Maka bagi saya, sebagai pimpinan PAS Negeri Selangor, alasan Dr Nasir banyak menimbulkan masalah adalah dongeng ke 5.

Dongeng 6: Bertanding di KD adalah Keputusan Majlis Syura!

 
Saya malas hendak jawab. Saya nasihat penghujjah jangan menipu. Walaupun kita tahu “peperangan itu adalah tipu-helah” janganlah guna hadis itu sebagai alasan untuk menipu ahli dan rakyat. Saya bukan berperang dengan saudara-saudara. Saya hanya ingin menegur kesilapan yang telah dilakukan. Jangan menipu. Jatuh imej tuan-tuan semua; lebih-lebih lagi yang bergelar Ustaz.

Sebenarnya, jika benar ikhlas, alasan tidak perlu bertukar-tukar dan berbagai jenis. Tidak perlu ditokok tambah dengan macam-macam cerita penglipulara. Cakap je, “Dia Sosialis”. Atau “dia susah nak kerjasama”. Atau “kerusi dipinjam”. Atau “PKR tiada calon”. Pilih sahaja satu dan hujjah berasaskan yang itu. Ini tidak. Alasan berbagai dan beraneka bentuk dan banyak darinya yang dongeng belaka. Itu adalah bukti alasannya adalah alasan semata-mata.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...