Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 8 Jun 2013

Ini bukti SPR Berbohong. - SEBARKAN.

SPR, SPR.

Makin banyak ko bercakap, makin terdedah penipuan2 korang. Aku cadangkan ko teruskan je la dengan idea ko di mana ko ingin berbincang dan bertemu dengan pemimpin pembangkang bagi merungkai beberapa permasalahan yang berlaku sepanjang proses PRU berlangsung.

Ko aturkan satu meeting. Bertemu dengan pimpinan. Biar mereka salurkan apa2 kemusykilan pada ko. Then ko aturkan satu lagi perjumpaan. Kali neh dengan pengundi pula. Biar kami plak yang bahaskan pendapat2 dan keraguan2 kami.

Daripada ko pongpang2 menerusi media massa. Orang yang membaca neh dia menilai. Lebih2 lagi kalau yang rajin baca berita. Lagi la ko akan terkantoi dengan cepat.

Sekarang ko tengok bawah neh. Apa yang ko cakapkan dengan press?

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan bahawa beliau telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai keselamatan dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu.

Ini bercanggah dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam Khamis lalu bahawa tiada laporan seumpama telah dikeluarkan oleh kementeriannya.

NONE"Ya, kita ada (menghantar dakwat kepada kementerian untuk  penilaian keselamatan) dan kita mendapat jawapan," katanya dalam satu komunikasi SMS dengan Malaysiakini semalam.

Ditanya sama ada surat itu akan didedahkan kepada umum, beliau berkata pihaknya akan memaklumkan kepada menteri berkenaan.

Abdul Aziz sebelum ini telah memberitahu akhbar Straits Times Singpura pada 12 Mei dalam satu wawancara bahawa Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya jangan meletakkan lebih daripada satu peratus siver nitrate dalam dakwat tersebut.

Alasan di atas digunapakai bagi menjawab persoalan orang ramai kenapa dakwat kekal yang sepatutnya kekal, tidak la kekal.

Then korang lihat pula petikan berita kat bawah neh hah ;


Apa SPR cakap?

1. Dakwat kekal telah disimpan di tempat yang rahsia. Sapa2 pun tatau tau. Dikawal ketat. SPR yang selia semua tue. So unsur2 sabotaj tak mungkin wujud.

2. Then SPR dah ujikaji dakwat tue. Dakwat boleh tahan lama. Dengan kandungan Silver Nitrate yang dipersetujui oleh KKM sebab dah hantar untuk laporan kesihatan.

3. Tak mungkin la SPR pergi hantar sample dakwat kekal dengan kandungan silver nitrate yang sengaja dilebihkan then bila time pru dia sengaja kurangkan kandungan tersebut, ye tak?

4. Sudah tentulah sample yang dihantar untuk ujikaji di KKM, dan sample yang digunakan untuk ujikaji oleh mereka sendiri adalah sample yang digunakan ketika mengundi. Betul tak? Kalau tak betul, tata kerja SPR yang silap, tue satu questionable gak tue. Satu lagi kesilapan dan kelemahan korang yang boleh dipertikaikan.

5. Dah tue kenapa time ujikaji dia kekal, tapi time mengundi dakwat kekal jadi tak kekal?

6. Hah tue SPR la kena jawab. Bukan nya aku.

7. Dorang sendiri yang terang2 sebut tahan lama la, tak luntur dengan clorox apa seme la, tahan 7 hari pun boleh. Ada ke orang paksa sebut ? Takde maaa..

So SPR, lue pandai2 la telan ayat lue sendiri. Bukan sesiapa yang paksa lue bercakap macam di atas neh pun kan. Aku cadangkan ko, mengaku je kelemahan korang sudah. Kesian aku tengok dah. Tercunggap2 nak jawab, tercunggap2 nak betulkan keadaan. Atas tujuan apa pun aku tatau.

Kalau aku jadi ko, aku pressure. STRESS. Bak kata Gary. Baik aku mengaku je kesalahan. Paling2 kuat yang aku kena buat minta maaf. Biasalah standard pemimpin2 kat Malaysia. Maaf dah boleh settlekan masalah ma. Habis citer.

KAH KAH KAH

Rujukan : http://www.mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2013/4/4/mstar_berita/20130404104441 

http://www.malaysiakini.com/news/232381

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...