Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 7 Jun 2013

Seorang Sah Maut, Kontraktor Bayar RM10,000 Kepada Mangsa Runtuhan.

RM10,000?

RM10,000 boleh beli nyawa meh? Sorang dah disahkan maut. Sebelum neh BH sebarkan berita konon nya 4 confirm maut. Tetapi PDRM cepat2 nafikan dakwaan. PDRM sebut, belum ada maklumat rasmi. Jangan nak memandai2 buat citer.

Rujuk sini :  http://amenoworld.blogspot.com/2013/06/polis-nafi-4-maut-dalam-runtuhan.html

Oke la. Kita tunggu je la maklumat rasmi keluar nanti. Tetapi tadi di berita tv ada laporkan bahawa seorang confirm maut.

Dan dalam portal berita BH pun ada update benda yang sama ;

USAHA mengeluarkan mangsa dalam kejadian rangka utama susur masuk ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh di Batu Maung di sini masih diteruskan. Anggota bomba dan penyelamat mengesahkan menemui satu mayat di dalam sebuah kereta yang dihempap runtuhan terbabit. - Foto Danial Saad

Rujukan :  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TragediJambatanKe-2/

Mangsa sedang dikenalpasti. Tak pasti siapa yang maut. Tetapi kejadian runtuhan yang berlaku di Terengganu baru2 neh, rujuk ==>  http://amenoworld.blogspot.com/2013/05/gambar2-bumbung-masjid-runtuh-salah.html

Aku ada mention, jangan sampai kejadian2 runtuhan neh menyebabkan ada orang yang terkorban. Nanti ia akan jadi menimbulkan kemarahan rakyat. Rakyat akan bangkit melawan, mempersoalkan,

KENAPA

KENAPA 

KENAPA

Masa tue memasing gelabah nak menjawab. La neh sorang dah disahkan maut. Maut beb. 

MAUT = MENINGGAL DUNIA = AKIBAT KECUAIAN.

Ini bukan kerja main2. Ko nak buat or bina sesuatu ko kena pastikan tiada nyawa yang menjadi mangsa. Maju mao maju, tapi kita mao kemajuan yang selamat. Bukan kemajuan yang membunuh. Bila kematian sudah berlaku, maka tak relevant PDRM mengetuai siasatan ini.

TAK RELEVANT.

Kena ada siasatan diraja.

Mangsa2 runtuhan pula, especially keluarga mangsa, mereka berhak dapatkan pembelaan penuh. RM10,000? 

Ingat besar sangat kalau dibandingkan dengan nyawa orang?

Aku takmo letakkan siapa salah siapa itu siapa neh apa2 sebelum siasatan lengkap dimuktamadkan. Cadangan aku ialah MP PR kena desak satu siasatan diraja mengenai hal neh. Tunding2, tuduh2 tue seme aku takmo. Biar ada fakta kes yang jelas untuk kita bercakap mengenai sesuatu.

Kita sama2 tunggu keputusan akhir. Siapa bersalah, siapa cuai, apa faktor2nya kita sama2 kena bongkar melalui desakan mengadakan siasatan diraja mengenai hal neh. Ayuh, MP PR, luaskan pengaruh mu now. Dapatkan keadilan untuk mangsa2 runtuhan tersebut.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...