Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 4 Jun 2013

Zahid Hamidi Seru Rakyat Percayakan Dia.

beliau meminta semua pihak agar memberi kepercayaaan sepenuhnya terhadap jawatankuasa khas diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam usaha menangani insiden kematian mengejut tahanan di lokap.
   
"Saya ingin memberi jaminan kepada masyarakat umum biarpun mereka terdiri daripada parti bersama kerajaan atau di luar kerajaan, selagi diberikan kepercayaan kepada kami, kami tidak bertolak ansur dalam soal kematian.

Sumber :  http://www.sinarharian.com.my/semasa/zahid-percayalah-kepada-kami-1.167036


Jangan buat protes jalanan. Itulah punca nya Zahid Hamidi seru orang awam percayakan dia. Dengan tiga kematian tragis dalam tahanan baru2 neh cukup untuk membuatkan masyarakat rasa marah dan turun ke jalanan bagi menyatakan protes terhadap PDRM dan KDN itu sendiri.

Persoalan nya, kenapa berturut2?

Tak ke korang rasa pelik? 3 kematian. Berturut2. Dalam lokap. Belum disabitkan kesalahan lagi. Baru dalam peringkat tuduhan. Belum dibuktikan dan disabitkan kesalahan secara fakta dan bertulis.
Tiga insiden kematian tahanan terbaharu ialah; R. Jamesh Ramesh, 40, yang ditemui mati ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada 26 Mei, sehari selepas ditahan atas kesalahan dadah.
   
N. Dharmendran, 32, pula mati ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 21 Mei lepas manakala jurutera P.Karuna Nithi, 42, menjadi individu ketiga yang mati ketika dalam tahanan polis di Tampin Sabtu lalu

Something is fishy.

Sebab berturut2 neh buat aku jadi heran. Dan terfikir2. Berturut2 dalam masa terdekat. Kalau jarak sebulan dua ada gak logiknya beb. Ini timing dekat2. Memang pelik. Aku rasa ada misteri disebalik kes neh. Siyes.

Apa pun protes jalanan neh bagi aku bagus jika PR benar2 nak anjurkan ia. Protes neh bertujuan nak menekan pihak2 tertentu. Kalau tak protes dorang akan perkotak katikkan je tuntutan2 berbangkit atas neh neh. Elokla protes untuk zahirkan suara dan tuntutan tersebut. Secara tak langsung korang bawa isu neh ke public. Kadang2 public tak aware isu2 macam neh. Protes jalanan antara cara terbaik nak bawa isu neh ke peringkat nasional. Jika PR benar2 nak anjurkan protes jalanan, aku sokong 100%.

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...