Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 22 Disember 2018

Dividen ASB Jatuh, Najib Sindir Kerajaan Suka Buat Pusingan U, Sebar Cerita Bohong Jejas Ekonomi Negara.

NAJIB RAZAK | Bagai sudah dijangkakan, dividen Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun 2018 telah merosot akibat kejatuhan indeks Bursa Malaysia dan ekonomi negara yang semakin menurun selepas PRU14.



Dividen dan bonus ASB untuk tahun ini ialah 7 sen (6.5 sen + bonus 0.5 sen) berbanding 8.25 sen (7 sen + bonus 0.25 sen + bonus khas 1 sen) untuk tahun lepas.

Walaupun bonus khas 1 sen untuk tahun lepas dihadkan kepada 10,000 unit pertama, sebahagian besar pemegang unit, berjumlah kira-kira 7.5 juta dengan baki sehingga 10,000 unit mendapat pulangan efektif sebanyak 8.25 sen berbanding 7 sen tahun ini.

Dividen 7 sen untuk ASB tahun ini juga merupakan kadar dividen yang paling rendah sejak penubuhan ASB pada tahun 1990.

Untuk ASN pula, dividen tahun 2018 ialah 3.25 sen berbanding 3.65 sen untuk tahun lepas. Dividen untuk ASN tahun ini juga merupakan kadar dividen paling rendah sejak ASN bermula.

Oleh kerana ASN merupakan unit amanah yang harga jualannya berubah mengikut prestasi pelaburannya, mereka yang melabur di dalam ASN telah mengalami kerugian 17% (termasuk dividen) untuk tahun ini berbanding pulangan positif 15% untuk tahun lepas.

Ini ialah kerana harga unit ASN telah jatuh dari 78.5 sen pada akhir tahun lepas kepada 61.9 sen semalam berbanding kenaikan harga yang tinggi pada tahun lepas.

Ada yang bertanya mengapa ASB masih mampu membayar dividen kerana harga saham yang dilabur oleh mereka sudah jatuh dengan banyak tahun ini.

Ini ialah kerana ASB tidak hanya melabur di dalam pasaran saham. Mereka juga melabur di dalam pegangan bon kerajaan, bon swasta dan hartanah.

Sama dengan KWSP dan selaras dengan pelaksanaan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9), ASB yang merupakan unit amanah harga tetap, juga tidak lagi mengiktiraf sebarang rosot nilai ke atas pegangan ekuitinya bermula tahun ini.

Walaupun tahun 2019 akan lebih mencabar berbanding tahun ini, kita sama-sama berdoa agar kadar dividen untuk tahun 2019 akan pulih semula jika kerajaan PH tidak lagi kerap membuat pusingan U atau mengeluarkan berita mengejutkan pelabur asing dengan cerita-cerita dongeng seperti hutang RM1 trilion atau wang GST RM19 bilion sudah dirompak.

Dennis Tan, SKMM Dan Netizens Yang Bergaduh Samada Anak Guan Eng Beli Jaket Mahal Ataupun Jaket Tiruan..

LAPORAN | Sejak dua hari lepas timbul satu dakwaan bahawanya SKMM telah menyerbu ke kediaman Dennis Tan berikutan individu berkenaan telah menyelar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di laman sosial.

Dennis Tan sebelum ini telah membidas Guan Eng yang seolah-olahnya merendah diri dengan menaiki seat kapal terbang kelas ekonomi, dimana gambarnya ditularkan oleh orang awam baru-baru ini.

"Naik kapalterbang kelas ekonomi tak ada apa, pakai jaket harga beribu Pounds naik kapal terbang kelas ekonomi pun lagi tak ada masalah.


Yang masalahnya anak awak tu boleh pakai jaket harga beribu Pounds, adakah lebih baiknya membantu ahli parti yang hanya pakai selipar dan T-shirt buruk dalam hujan dan ribut menolong kamu menjual akhbar Roket?,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya. (Dennis Tan menulis dalam bahasa cina dan ini adalah terjemahan dari Hisemudin Kasim).


Selepas itu, statusnya itu tular dan banyak media cina melaporkan sindirannya itu.

Dan ini adalah sedikit kronologi ringkas tentang apa yang berlaku dikalangan netizens cina Malaysia selepas hal itu (sindiran Dennis Tan) menjadi tular;

๐Ÿ‘‰ Sesetengahnya menyemak jenama GIVENCHY secara online dan mendapati harga jaket tersebut sekurang-kurangnya bernilai RM5,000 sehelai. GIVENCHY adalah
satu sub-jenama di bawah LVMH (Louis Vuitton Moet Henessy).
 
๐Ÿ‘‰ Lim Guan Eng dan anaknya kemudiannya disindir dan diperli habis-habisan oleh geng-geng yang anti Lim Guan Eng kerana memakai jaket mahal berharga rm5,000 disaat ramai orang susah.

๐Ÿ‘‰ Dan, beberapa media cina turut memetik dakwaan tersebut. Bagaimanapun dilaporkan ada media cina yang menarik semula laporan jaket mahal itu.

๐Ÿ‘‰ Menurut Pun Hoe Gan, China Press telah memadamkan artikel berkenaan jaket anak Lim Guan Eng itu.



๐Ÿ‘‰ Media tersebut kemudiannya dikecam kerana didakwa tunduk kepada tekanan politik dan tiadanya kebebasan bersuara seperti yang dilaung-laungkan oleh Malaysia Baru oleh sesetengah netizens cina.

๐Ÿ‘‰ Kemudiannya, secara tiba-tiba, Dennis Tan mendakwa beberapa kakitangan SKMM telah hadir ke rumahnya. Katanya ini ada kaitan dengan postnya yang menyindir jaket mahal yang dipakai oleh anak Lim Guan Eng.

๐Ÿ‘‰ Beberapa poster solidariti ke atas Dennis Tan disebarkan netizens cina. Post-post yang mengecam SKMM juga dibuat oleh beberapa pihak. Dan sekali lagi, Malaysia Baru disindir tiada kebebasan bersuara.

๐Ÿ‘‰ Bagaimanapun, SKMM yang telah hadir kali kedua ke rumah Dennis Tan kemudiannya menafikan dakwaan tersebut. Kehadiran SKMM adalah berkaitan tentang masalah FREKUENSI telefon rumah berjenama PANASONIC.

๐Ÿ‘‰ SKMM turut mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan tersebut.


๐Ÿ‘‰ Beberapa media cina turut melaporkan hal itu namun netizens cina anti Lim Guan Eng tidak mempercayai kenyataan SKMM. Ada yang mentertawakan SKMM dan beranggapan ia adalah alasan COVER UP. Dan sesetengahnya buat post troll SKMM.

๐Ÿ‘‰ Dan terkini, jaket anak Lim Guan Eng disahkan barang tiruan oleh sesetengah netizens cina dan mereka mahu tindakan tegas diambil kerana anak menteri memakai barangan tiruan.

๐Ÿ‘‰ Poster, post dan video bagi membuktikan anak Lim Guan Eng memakai barangan tiruan turut disebarkan bagi menekan kerajaan. Menurut pengkritik, hal ini akan menjejaskan reputasi negara. Rujuk sini.




Untuk rekod, setakat ini Lim Guan Eng tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan balas mengenai dakwaan ini. Samada anaknya dituduh memakai jaket mahal, ataupun jaket tiruan, samada dirinya dituduh memberikan tekanan kepada media cina untuk memadamkan artikel ataupun SKMM digunakan untuk menekan kebebasan rakyat bersuara.


Berserta tuduhan itu, netizen turut menyebarkan dakwaan Lim Guan Eng reserved lift KLCC untuk dirinya dan sekeluarga sahaja. Menteri juga belum menjawab kepada dakwaan tular itu setakat ini. - 22 Disember 2018.

Lebih Utamakan Jenazah Bukan Islam, Ini Jawapan Dr. Mujahid.

LAPORAN | Menteri Agama, Dr. Mujahid Rawa dikecam bertubi-tubi oleh netizens kerana dilihat tidak menghadiri majlis pengkebumian arwah Adib di Kedah selasa lepas.

Beberapa gambar lamanya yang dilihat mengangkat keranda bukan Islam disebarkan bagi memberikan kritikan dan tekanan kepada Menteri Agama itu yang didakwa sebagai diskriminasi dan pilih kasih kerana mengutamakan orang bukan Islam berbanding kematian orang Islam.

Dan ini adalah respon berhubung dakwaan tersebut;


๐Ÿ‘‰ Foto yang menunjukkan Dr. Mujahid menghadiri majlis pengebumian jenazah bukan Islam dan mengangkat keranda ialah foto lama.

๐Ÿ‘‰ Foto itu merujuk pada kematian Mendiang Siva Pandian, Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS yang meninggal dunia akibat ditembak.

๐Ÿ‘‰ Dr. Mujahid juga menegaskan, beliau ketika berada dalam negara telah melawat Adib sebanyak dua kali dan menyampaikan sumbangan.

๐Ÿ‘‰ Bahkan beliau turut melawat penjaga kuil yang dikenali sebagai Krishnan kerana tercedera semasa kejadian rusuhan kuil.


๐Ÿ‘‰ Ketika Adib diumumkan telah  menghembuskan nafasnya yang terakhir, Dr. Mujahid berada di luar negara, atas lawatan kerja. Justeru itu, beliau tidak dapat menghadiri majlis pengebumian berkenaan. 

Diharap penjelasan ini dapat meleraikan kekeliruan yang timbul berikutan penyebaran foto lama dan dakwaan yang tidak berasas. - 22 Disember 2018.

Ini Amaran Syed Saddiq Kepada P. Ramasamy.

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN | Saya tidak masuk politik untuk “play safe”. Saya tidak masuk politik untuk jadi “pak turut”. Saya tidak masuk politik untuk membisukan mulut dan memekakkan telinga apabila rakyat sudah pun bersuara.

Saya bersedia untuk diambil tindakan jika perbuatan saya salah. I will never apologise for speaking my mind.


Saya cadangkan YB Ramasamy juga ambil tindakan ke atas YB Dr Afif (PKR) yang turut menyuarakan kebimbangan yang sama. Isn’t he your colleague from Penang? Heck was even an EXCO with you.
(https://www.bharian.com.my/…/dr-afif-tetap-mahu-waytha-moor…)

Saya cadangkan YB Ramasamy juga ambil tindakan ke atas Pemuda Amanah kerana “menghina kebijaksanaan Tun”
(https://www.bharian.com.my/…/pemuda-amanah-terengganu-mahu-…)

Jangan lupa “sekolahkan” Datuk Kadir Jasin sekali.
(https://www.bharian.com.my/…/eloklah-waytha-moorty-letak-ja…)

Sayap pemuda Parti Tuan sendiri pernah mendesak Menteri Pendidikan suruh letak jawatan. Tapi bila ada pimpinan ARMADA buat yang sama, kita dituduh mengkhianati PH, dituduh memainkan sentimen perkauman, dituduh seperti UMNO&PAS. This has nothing to do about race. It’s about agreeing to disagree, about not suppressing people’s right to freely express their viewpoints.

Sebagai Ketua ARMADA, saya bertanggungjawab untuk membenarkan rakan rakan saya untuk bersuara dan tidak membukukan perasaan mereka. Kita percaya dengan slogan, “berani kerana benar”.

So YB, jangan sesekali ingat kamu boleh mendiamkan anak muda ini.

DAP Buat Ugutan Sembang Kencang Jer, Bukan Berani Nak Keluar PH Pun..

Ahmad Fadhli Bin Shaari | Keluar PH : Lim Kit Siang Gertak Sahaja

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang memberikan amaran bahawa DAP tidak teragak-agak untuk keluar daripada kerajaan PH jika objektif Malaysia Baru tidak tercapai. Pada saya, ia hanyalah gertak sahaja yang mustahil sama sekali dilakukan oleh DAP.


Jika disebut soal prinsip, DAP sudahpun menggadaikan prinsip dalam isu lompat parti. Bukankah 40 tahun lepas, Penasihat DAP itu sendiri pernah mendesak penggubalan undang-undang antilompat parti dengan usul yang dikemukakan di Dewan Rakyat pada tahun 1976? Bukankah Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang juga anak kepada mendiang Karpal Singh pernah menggesa kerajaan Malaysia baharu membuat pendirian jelas menolak perbuatan lompat parti oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dua hari selepas pilihanraya umum ke-14?

Bukankah Pengerusi DAP, Tan Kok Wai pada 28 Oktober lepas mengeluarkan kenyataan bahawa DAP tidak bersetuju dengan tindakan parti tindakan mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH), menerima Ahli Parlimen UMNO yang mahu melompat parti yang ditujukan pastinya kepada parti yang dipimpin oleh Perdana Menteri sendiri?

Bukankah Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) melalui ketua mereka, Wong Kah Woh pada 28 Oktober lalu juga mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak bersetuju dengan dengan sebarang tindakan keluar parti selepas pilihan raya kerana menyifatkan ia bertentangan dengan prinsip mereka?

Namun, secara tiba-tiba, Lim Kit Siang sendiri pada 15 Disember lepas menyatakan bahawa ahli-ahli parlimen UMNO boleh menyertai Pakatan Harapan dengan syarat 'terlebih dahulu bertaubat'. Tiba-tiba pintu dibuka dengan syarat 'taubat' dan penerima taubatnya tentunya ialah Lim Kit Siang sendiri..!

Kesimpulannya, jika dalam isu lompat parti yang mereka perjuangkan berpukuh-puluh tahun lamanya pun boleh u-turn terus bila melihat kebanjiran penyertaan ke parti BERSATU. Apalah sangatnya dengan prinsip Malaysia Baru?

Kesimpulannya, Lim Kit Siang hanya cakap besar...!

P. Waytha Moorty Kini Adalah Ikon Menteri Perpecahan..

A.Kadir Jasin | SAYA mulakan dengan memohon maaf. Pandangan saya mungkin berbeza dengan orang lain dalam banyak hal dan perkara.

Ada yang menuduh saya lebih utamakan pendarahan Umno daripada kematian anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim akibat diserang ketika rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman Seafield 26 November lalu.


Saya menulis mengenainya dalam tampalan 28 November dan menyesali tindakan polis ketika itu yang hanya menangkap dan menahan perusuh Melayu dan Cina tapi tidak seorang pun India. Sejak itu ramai perusuh India/Hindu telah ditahan.

Saya pun disentuh perasaan (emosi) tetapi tidaklah sampai hilang akal dan pertimbangan. Tidak wajar membenarkan emosi menguasai diri.

Bukan saya tidak mahu keadilan dilakukan. Bukan saya tidak mahu Menteri Wayta Moothy dikenakan tindakan.

Malah sekarang pun saya setuju dengan sentimen umum bahawa Moorthy telah hilang kelayakan dan kedudukan untuk terus menjadi menteri apatah lagi menteri yang menjaga perpaduan nasional.

Beliau telah menjadi watak yang memecahbelahkan (divisive). Eloklah beliau menarik diri secara sukarela daripada membebankan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun Tun berkata beliau “puas hati” dengan Moorthy.


Minta maaflah kalau saya kata, Moorthy telah diberi peluang dan penghormatan amat tinggi menjadi anggota Kabinet tetapi mensia-siakannya.

Kawal Emosi

Kita boleh terus membakar emosi kita, dan jika kita orang yang tidak bertanggungjawab, kita juga boleh mengapi-apikan emosi orang lain atas nama Almarhum Adib.

Tetapi adakah itu yang kita mahu dan lebih-lebih lagi adakah itu yang Almarhum Adib mahu apabila dia memilih untuk menjadi anggota bomba dan penyelamat?

Dalam apa pun pekerjaan yang kita pilih, mesti ada unsur risiko. Kalau tidak banyak, sikit mesti ada. Pasti Almarhum Adib tahu risiko kerjayanya.

Jadi tidak perlulah kawan saya, budak Perak yang jadi kaya-raya kerana Umno dan konsesi lebuh raya sehingga mampu berumah di Bukit Tunku berkhutbah kepada saya mengenai tragedi dan keadilan.

Kalau ada duit lebih, bantulah ibu bapa Almarhum Adib atau kalau duit banyak sangat, buatlah yayasan kebajikan berjuta ringgit atas nama beliau. Banyak lagi orang susah di negara kita ini.

Punca tragedi bukanlah kesilapan Almarhum memilih kerja. Yang tragis adalah dia terbunuh ketika bertugas menyelamatkan nyawa dan harta benda dalam satu rusuhan ganas.

Penjenayah atau kumpulan penjenayah yang menyebabkan kematian beliau, tidak kira bangsa atau agama, wajib diburu dan dijatuhkan hukuman yang setimpal.

Niat Jahat

Kesialan peristiwa ini adalah apabila tuan punya tanah yang berupa sebuah syarikat besar berkaitan Filipina secara tidak bertanggungjawab dan provokasi telah mengupah sekumpulan Melayu untuk “mengawal” sebuah kuil Hindu yang sedang dalam proses “pengambilan alih” dan “pemindahan”.

Melayu itu pula, sama ada kerana kemaruk duit RM150 hingga RM300 atau kerana tujuan lain menerima tugas luar biasa dan berisiko itu.

Secara sengaja atau kerana kejahilan, Melayu upahan itu terjebak dalam politik kuil yang sudah berlarutan berdekad-dekad lamanya.

Perebutan di kalangan penganut bagi menguasai kuil tersebut bukan sahaja kerana hendak beribadat, tetapi tidak kurang juga kerana duit. Kuil itu banyak duit.

Saya juga kurang emosi kerana sudah melalui peristiwa seperti ini beberapa kali dalam sejarah kerjaya saya sebagai wartawan sejak tahun 1969.

Kuala Lumpur masih terbakar dan mayat mangsa masih belum habis dituntut sewaktu saya menjadi pemberita di Bernama pada 16 Jun 1969.

Kemudian peristiwa beberapa orang pelajar Melayu yang diradikalkan di Amerika Syarikat merosakkan kuil di Kerling, Selangor. Beberapa orang terbunuh apabila penganut Hindu menyerang mereka.

Lepas itu pada tahun 2001 berlaku apa yang disebut sebagai rusuhan Kampung Medan di antara orang Melayu dan India/Hindu di sekitar Taman Datuk Harun, Kampung Lindungan, Kampung Medan, Kampung Gandhi dan Taman Desa Ria.

Dalam pergaduhan tiga minggu itu, enam terbunuh, 24 dimasukkan ke hospital, 183 ditangkap terdiri daripada 100 Melayu, 14 Indonesia dan 69 India.

Ketika peristiwa itu sedang berlaku, saya menulis memberi amaran bahawa pergaduhan kaum pada masa depan, sekiranya berlaku, berkemungkinan melagakan orang Melayu dengan India/Hindu.

Ini kerana kemiskinan yang merapatkan mereka akan juga menjadi punca perbalahan disebabkan berebut pekerjaan dan tempat tinggal di lokasi yang sama atau berhampiran.

Sebagai wartawan dan pengarang saya bukan sahaja terpaksa melaporkan peristiwa ini, tetapi memastikan ia tidak menjadi lebih buruk.

Jadi bukan saya tidak emosi atau tidak peduli kematian tragis Adib, tetapi saya tidak mahu emosi terus dibakar dan api permusuhan dikipas.

Justeru itu, secara peribadi, saya sarankan agar rancangan memindahkan Kuil Sri Maha Mariamman seperti yang diperintahkan oleh mahkamah diteruskan dengan harapan ia akan meredakan emosi dan mengurangkan ketaasuban.

Wallahuaklam.

Jumaat, 21 Disember 2018

Implikasi Kejatuhan Harga Minyak Dunia Kepada Bajet 2019 & Penjualan Aset Kerajaan - Isham Jalil.

ISHAM JALIL | IMPLIKASI KEJATUHAN HARGA MINYAK DUNIA KEPADA BAJET 2019 DAN PENJUALAN ASET KERAJAAN

Saya mendapat laporan semalam bahawa harga minyak mentah dunia telah turun ke paras di bawah 60 dollar Amerika se-tong (USD49.88 WTI, USD59.61 Brent dan USD59.76 TAPIS).

Sebulan yang lepas semasa Bajet 2019 dibentangkan oleh Menteri Kewangan, harga minyak dunia adalah sekitar 70 dollar Amerika se-tong.


Pada ketika itu Menteri Kewangan telah menyediakan Bajet 2019 dengan mengandaikan bahawa harga minyak dunia berada di paras 72 dollar Amerika se-tong.

Turun naik harga minyak dunia ini adalah penting kepada ekonomi Negara kerana perbelanjaan Kerajaan bergantung kepada kutipan hasil, dan kutipan hasil Kerajaan kini banyak bergantung kepada harga minyak yang dijual dan dieksport.

Apabila harga minyak dunia kini jatuh sebanyak lebih 12 dollar Amerika se-tong di bawah paras andaian 72 dollar Amerika yang digunakan oleh Kerajaan PH untuk menyediakan Bajet 2019, ini membawa implikasi yang besar di mana hasil kutipan minyak untuk menampung perbelanjaan kini telah jatuh sebanyak lebih 16%.

Semasa zaman Kerajaan BN memerintah (terutama era Dato’ Seri Najib), kita telah menyedari tentang kesan turun naik harga minyak dunia yang tidak boleh kita kawal kepada ekonomi Negara.

Apabila harga minyak dunia naik kita akan dapat pendapatan lebih, namun apabila harga minyak turun kita akan hilang pendapatan.

Oleh sebab itu Kerajaan BN di bawah Dato’ Seri Najib dahulu telah membuat keputusan bahawa kita tidak boleh terlalu bergantung kepada hasil minyak untuk menampung perbelanjaan Kerajaan dan Negara kerana ianya tidak stabil.

Perdana Menteri pada ketika itu, Dato’ Seri Najib telah mengambil keputusan untuk mempelbagaikan hasil cukai dan mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak.

Untuk ini GST telah diperkenalkan untuk menstabilkan pendapatan Kerajaan dan juga untuk mengurangkan ketirisan kutipan cukai.

Dengan langkah-langkah ini, sekiranya harga minyak dunia jatuhpun seperti sekarang, hasil pendapatan Kerajaan masih stabil dan tidak terlalu terkesan.

Semasa zaman Perdana Menteri Dr Mahathir 1.0 pada tahun 1982-2003 dahulu, kebergantungan hasil kerajaan kepada minyak adalah setinggi 30%-50%.

Pada zaman Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri, beliau telah mengurangkan kebergantungan hasil Kerajaan kepada minyak ini ke paras serendah 14%.

Akibatnya ekonomi Malaysia telah menjadi lebih berdaya tahan (resilient) dengan pertumbuhan sebanyak 6% setahun, lebih kurang dua kali ganda daripada purata pertumbuhan ekonomi dunia pada ketika itu dan pertumbuhan ekonomi Malaysia kini.

Namun kini, di zaman Perdana Menteri Dr Mahathir 2.0, dalam hanya beberapa bulan sahaja, kebergantungan hasil Kerajaan kepada minyak telah meningkat kembali ke paras 30%.

Kini, apabila harga minyak dunia jatuh sebegini dan GST pula digantikan dengan SST yang banyak ketirisan, hasil Kerajaan akan berkurangan sebanyak berbillion-billion ringgit dan ini memberikan kesan negatif kepada perbelanjaan Kerajaan dan ekonomi Negara.

Adalah dianggarkan, setiap satu dollar kejatuhan harga minyak dunia akan menyebabkan Negara atau Kerajaan hilang pendapatan sebanyak RM1 billion setahun (secara langsung daripada dividen Petronas kepada Kerajaan dan secara tidak langsung daripada kekurangan pendapatan Petronas secara keseluruhan).

Oleh itu, adalah dianggarkan setakat ini Negara atau Kerajaan mempunyai kekurangan pendapatan atau lompong belanjawan sebanyak RM5-RM11 billion untuk menampung perbelanjaan Bajet 2019 akibat kejatuhan harga minyak dunia ini. Ini adalah satu lompong belanjawan yang besar.

Ini diterukkan lagi dengan ketirisan cukai SST yang dianggarkan berjumlah RM5-10 billion setahun.

Oleh kerana kesan kesilapan-kesilapan dasar ini, besar kemungkinan Kerajaan PH sekali lagi tidak akan menunaikan janji-janji mereka, bukan sahaja untuk Manifesto PRU-14 malah juga untuk Bajet 2019.

Dan kali ini mereka tidak boleh lagi menyalahkan Kerajaan BN dahulu, sebab kesan-kesan di atas terang-terangan adalah air tangan dan akibat pendek akal pemimpin-pemimpin Kerajaan PH itu sendiri:

Pertama, siapa suruh mansuhkan GST dan gantikan dengan SST yang tiris?

Kedua, siapa suruh tingkatkan kebergantungan hasil kerajaan kepada minyak?

Ketiga, siapa suruh buat andaian harga minyak akan kekal di paras setinggi 72 dollar se-tong untuk buat Bajet 2019?

Keempat, siapa suruh buat dasar-dasar dengan tak fikir panjang?

Ini semua tidak ada kena mengena dengan hutang negara kerajaan dulu.

Seperkara lagi, bukankah dulu pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli politik bijak pandai dalam PH ini pernah mengatakan yang bila harga minyak dunia turun maka harga minyak di pam di Malaysia juga patut diturunkan?

Kini harga minyak dunia telah turun. Di manakah mereka-mereka ini menyorok sekarang? RM1.50??

Kepada YB Menteri Kewangan, pakailah akal apabila membuat dasar ekonomi. Jangan main hantam sahaja.

Dan jika tidak tahu, jangan sombong untuk bertanya. Ini kerana setiap dasar yang dibuat membawa implikasi yang besar kepada rakyat dan Negara.

Untuk menutup lompong belanjawan berbillion ringgit dan menutup kesilapan mereka, Menteri Kewangan dan Kerajaan PH kini mempunyai tiga pilihan:

Pertama, memotong lagi peruntukan-peruntukan dalam Bajet 2019.

Sebelum ini kita telah lihat Kerajaan PH telah memotong atau menghapuskan bantuan kepada golongan miskin dan B40 walaupun jumlah perbelanjaan keseluruhan dalam Bajet 2019 meningkat sebanyak RM30 billion.

Kini dengan kekurangan hasil akibat kejatuhan harga minyak ini, saya tidak terkejut jika Kerajaan dan Menteri Kewangan akan memotong lagi peruntukan-peruntukan bantuan kepada golongan-golongan miskin dan B40 ini.

Kedua, Kerajaan akan meminjam lagi duit berbillion ringgit untuk menutup lompong belanjawan ini. Ini akan meningkatkan lagi defisit dan hutang Negara.

Tidak sampai setahun Kerajaan PH memerintah, hutang Negara telah meningkat berpuluh billion ringgit serta defisit juga meningkat. Ini tidak termasuk hutang tipuan sebanyak 1 trillion ringgit rekaan mereka sebelum ini.

Ketiga, Kerajaan akan menjual lagi aset Negara berkemungkinan besar kepada kroni mereka (dan mungkin dengan harga yang murah).

Semasa zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri pertama kali pada tahun 80an dan 90an dahulu, beliau menggelar langkah penjualan aset Kerajaan ini sebagai dasar “Penswastaan”.

Namun yang untung dan kaya raya dengan dasar penswastaan ini adalah bukannya rakyat, namun beberapa orang kroni sahaja.

Sebaliknya, yang tertekan adalah rakyat yang terpaksa menanggung bayaran konsesi kepada syarikat-syarikat kroni yang “diswastakan” ini selama berpuluh tahun. Kini perkara ini berulang kembali dengan “Penswastaan Kroni 2.0”.

Ketiga-tiga pilihan di atas yang sedang dan akan dilakukan oleh Kerajaan PH dan Menteri Kewangan ini akan menerukkan lagi keadaan rakyat dan Negara. Ianya umpama tikus membaiki labu dan harapkan pagar, pagar makan padi.

Apabila perkara-perkara di atas berlaku, maka lengkaplah formula meranapkan ekonomi Negara oleh Kerajaan PH dan Menteri Kewangan ini.

Sudahlah ekonomi kita akan kecundang akibat dasar-dasar mereka yang telah dan akan mengakibatkan berpuluh-puluh ribu orang kehilangan pekerjaan, harta Negara juga mungkin akan habis dijualnya.

Kita perlu buat sesuatu.

Adib, Iktibar 200 Hari Pakatan Memerintah..

Abdul Muein Abadi | ADIB, IKTIBAR 200 HARI PAKATAN
1. Kebetulan tepat 200 hari pemerintahan Pakatan Harapan pada 27 November lalu, satu tragedi berdarah telah meletus. Ia adalah insiden susulan sentimen yang dibakar secara tidak langsung oleh kenyataan tidak cermat dua orang ahli politik – seorang memberi kenyataan negatif berkenaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala seorang lagi menggunakan istilah serangan ‘kumpulan Islam’ – kedua-duanya berkenaan isu tapak kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya. Kedua-dua ahli politik berkenaan telah meminta maaf namun segala-galanya telah terlambat.


2. Pada malam 27 November itu – tepat 200 hari selepas Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang ketujuh pada 10 Mei 2018 – para perusuh yang dibakar sentimen telah bertindak menyerang anggota pasukan penyelamat yang ironinya hadir bagi menyelamatkan gerombolan berkenaan daripada kebakaran kereta yang mereka sendiri cetuskan. Insan mulia tersebut – Muhammad Adib Mohd Kassim – akhirnya pergi mengadap Ilahi selepas bertarung nyawa pada malam 17 Disember 2018.

3. Tragedi Adib ini sesungguhnya memberi pengajaran yang berat ke atas para pemimpin Pakatan khususnya tentang bagaimana seharusnya seorang Menteri dan EXCO bercakap dan bertindak dalam konteks negara-bangsa kita yang terdiri daripada latar pelbagai kaum dan agama.

4. Hakikatnya, pengajaran ini tidak hanya terpakai kepada kedua-dua ahli politik berkenaan semata-mata, sebaliknya juga kepada para pemimpin yang lebih berkuasa daripada mereka – berkuasa untuk melantik dan juga berkuasa untuk memecat mereka. Tentu sekali, komponen kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini adalah jauh berbeza berbanding parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dahulu.

5. Saat ini, Tun Mahathir memimpin sebuah kerajaan dengan empat parti yang masing-masing memiliki tuntutan yang tersendiri. Antara tuntutan yang paling penting tentulah tuntuan ke atas jawatan kanan dalam kabinet kerajaan yang dibentuk. Kekuatan tuntutan setiap parti pula tentulah bergantung pada jumlah kerusi yang dimiliki setiap parti berkenaan di parlimen khususnya Dewan Rakyat. Parti yang dipengerusikan Tun Mahathir iaitu Bersatu boleh dikatakan hanya memiliki sedikit pengaruh dalam pelantikan (dan juga pemecatan) jawatan utama Kabinet. Keadaan ini berbeza dengan senario satu parti dominan seperti UMNO dalam BN dahulu.

6. Selain daripada kuasa pelantikan, kuasa kawalan (langsung mahu pun tidak langsung) ke atas para menteri juga berbeza antara kerajaan Pakatan hari ini dengan BN dahulu. Setiap kenyataan menteri, setiap dasar yang dicadangkan menteri, setiap tindak-tanduk menteri – kini tidak lagi terarah (atau terpusat) di tangan Perdana Menteri yakni Tun Mahathir, sebaliknya terpusat pada kesetiaan parti masing-masing.

7. Menteri daripada parti DAP sebagai contoh, pastinya akan lebih mengutamakan ideologi parti, pegangan pimpinan tertinggi parti, dan juga sentimen para pengundi parti mereka. Maka dengan kedudukan yang dominan dalam parlimen – dengan jumlah 42 kerusi – tentulah kedudukan menteri mereka dalam kabinet kerajaan akan terjamin. Tidak kira betapa dahsyatnya desakan agar menteri yang tidak berprestasi sepanjang 200 hari ini agar berundur, kedudukan seseorang menteri itu tetap terjamin atas asas restu pimpinan parti dan juga saiz jumlah kerusi di parlimen.

8. Dalam konteks ini, tidak hairanlah apabila terdapat beberapa pihak yang memberi pandangan menyokong peristiwa ‘penghijrahan’ besar-besaran ahli parlimen UMNO ke parti Bersatu. Implikasi peristiwa lompat besar-besaran ini ke atas pola kuasa di parlimen khususnya Dewan Rakyat tidak boleh dipandang enteng. Begitu juga dengan implikasinya ke atas kuasa Tun Mahathir untuk memecat mana-mana menteri daripada parti yang lebih besar kerusinya di perlimen.

9. Kini Bersatu memiliki sekitar 19 kerusi dan ramai lagi ahli parlimen UMNO dikatakan akan ‘melompat’. Tentulah ramai yang berharap dengan ‘penghijrahan’ ini, Tun Mahathir akan bertambah kekuatan dan ‘berani’ untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memecat mereka yang selayaknya dipecat – apatah lagi dalam situasi prestasi kabinet Pakatan yang masih mengecewakan.

10. Sudahlah ekonomi negara masih tidak ke mana, berpuluh ribu peneroka FELDA masih tidak mendapat bantuan sara hidup, harga minyak bakal dinaikkan, kestabilan politik pula yang sibuk diganggu-gugat demi kepentingan sokongan parti dan kelompok tertentu.

11. Semoga tragedi Adib ini memberi pengajaran kepada kerajaan Pakatan yang telah berusia lebih 200 hari.

Al-Fatihah.

Khamis, 20 Disember 2018

Lelaki India Ini Tulis Surat Terbuka Untuk Orang Melayu, Minta Jangan Salahkan P. Waytha Dalam Kematian Adib.

SOSMED | Seorang individu yang dikenali sebagai เฎคเฎฎிเฎด் เฎตே (maaf tidak tahu nama sebenarnya mengikut tulisan rumi) telah membuat satu surat terbuka untuk ditujukan kepada semua orang melayu berhubung desakan memecat P. Waytha Moorthy.




Lelaki itu yang dipercayai bekerja sebagai Pegawai Perubatan mempertahankan P. Waytha Moorthy dan meminta orang melayu untuk tidak mengaitkan kematian tragis Adib ke atas bahu Menteri Perpaduan Negara itu.

Pada awalnya ramai melayu telah memberikan pelbagai respon diruangan komen surat terbuka itu namun ianya dilihat hilang dari pandangan selepas beberapa jam surat itu disiarkan.

Tidak dapat dipastikan kenapa pemilik surat terbuka itu memadamkan komen-komen tersebut dari dinding Facebooknya dan hanya membenarkan komunikasi satu hala - dan komen-komen yang bersetuju dengannya sahaja dibiarkan terpapar.

Berikut dibawah adalah surat terbuka tersebut;

Surat terbuka kepada sahabat Melayu dari seorang bukan Melayu

Kehadapan sahabatku, yang berkongsi tanahair ini sejak sekian lama dengan aku

Apa kaitan YB Waythamoorthy dengan kematian Saudara Adib?

1. Gangster upahan pemaju OneCity geng Kucing Merah menceroboh kuil USJ25 dan memukul penganut2 dan menahan beberapa org sebagai tawanan. (https://www.bharian.com.my/…/muhyiddin-bentang-kronologi-ru…)

2.Polis menahan beberapa gangster2 tersebut di dalam kawasan kuil. Yang lain terlepas lari.

3.OCPD Subang Jaya keluarkan kenyataan insiden kuil antara dua kumpulan India dan bukannya gengster Kucing Merah.

4.YB Waytha bersama 3 lagi menteri kabinet hanya menegur OCPD Subang Jaya dan polis sahaja kerana kenyataannya dan menuntut penangkapan gangster lain yg terlepas dan siasatan penuh.

Tidak dikeluarkan sebarang kenyaatan rasis dikeluarkan oleh mana2 YB. (https://m.malaysiakini.com/news/453471)

4.Adib dipukul perusuh2 yg berkumpul dengan sendirinya pada keesokan malam setelah Kuil USJ25 diceroboh oleh gangster upahan pemaju OneCity.

5. Hindraf atau YB Waythamoorthy tidak pernah sesekali mengaitkan mana2 bangsa dalam insiden ini malah menyeru semua masyarakat agar bertenang dan berdoa agar Adib kembali kepada kita.

6. Adib meninggalkan kita

Disini terdapat pelbagai perkara secara kebetulan (coincidence)

Coincidence No.1 : Geng Kucing Merah adalah geng Melayu walaupun ada banyak lagi geng India

Coincidence No.2 : OCPD Subang Jaya adalah Melayu walaupun ada banyak lagi OCPD bukan Melayu

Coincidence No.3 : Adib seorang Melayu walaupun ada banyak lagi ahli bomba bukan Melayu

Coincidence No.4 : Waythamoorthy seorang menteri India walaupun ada banyak lagi menteri Melayu

Patutkah atas kesemua coincidence, walaupun YB Waythamoorthy tidak langsung terbabit dalam mana2 insiden buruk ini, beliau dikaitkan dengan kematian Adib?

Barangkali tiada isu langsung jika semua orang-orang ini adalah dari kaum yang sama???

Akhirnya Lim Guan Eng Umumkan Peruntukan Khas Untuk Peneroka FELDA.

KENYATAAN MEDIA | 1. Kementerian Kewangan mengambil perhatian serius ke atas masalah aliran tunai FELDA yang sangat kritikal pada tahun 2018. Masalah ini telah mendapat keprihatinan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengarahkan bantuan diberikan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kewangan menyediakan suatu peruntukan khas berjumlah RM77,000,000 bagi membantu peneroka FELDA melunaskan bayaran-bayaran tertunggak pada tahun semasa. 



2. Peruntukan berjumlah RM77,000,000 ini disediakan bagi membantu peneroka FELDA melunaskan bayaran-bayaran tertunggak berikut: 

(a) bayaran khairat kematian berjumlah RM1,200,000 yang melibatkan waris kepada 120 peneroka yang telah meninggal dunia; 

(b) bayaran tunggakan kepada Felda Technoplant Sdn Bhd bagi kerja-kerja operasi pembangunan ladang peneroka sebanyak RM43,000,000; dan

(c) bayaran sara hidup dan pendahuluan hasil tanam semula berjumlah RM32,800,000 untuk manfaat 38,000 orang peneroka FELDA. 

3. Kementerian Kewangan akan menyalurkan peruntukan tahun 2018 sebanyak RM77,000,000 kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi selaku kementerian yang mengawal selia FELDA. 

Sayangi Malaysiaku! 

Lim Guan Eng 
Menteri Kewangan 
Kementerian Kewangan Malaysia

PAS, UMNO Disalahkan Dalam Kempen Pecat Waytha Moorthy.

SOSMED | Selepas menghantar mesej takziah atas kematian Adib, akaun Facebook P. Waytha Moorthy secara tiba-tiba telah hilang dari radar.

Akaun Facebook rasminya ketika itu sebenarnya sedang diserang bertubi-tubi oleh netizens yang marah berikutan membaca laporan berita kematian Adib di IJN selepas hampir 3 minggu bergelut dengan nyawanya.

P. Waytha pada awalnya dilihat dengan slumber menyampaikan ucapan takziah atas kematian Adib dengan satu poster, malangnya tindakan itu tidak diterima netizens lalu serangan dilakukan oleh netizens dengan mendesak Menteri Perpaduan itu meletakkan jawatannya kerana dianggap penghasut dan pengkhianat.

Tidak hanya Menteri Perpaduan itu yang menghilangkan diri, Caryn Yean yang bekerja di Honda Malaysia juga nampaknya melarikan diri selepas dikecam bertubi-tubi oleh netizens.

Pada mulanya komen provokasinya diviralkan oleh netizens yang bengang kerana dianggap tidak sensitif dan menghina agama orang lain.

Kemudian gambar-gambar Facebooknya diviralkan malahan Honda juga mengantung Caryn Yean dari tempatnya berkhidmat bagi membuktikan Honda Malaysia tidak bersama dengan tindakan Caryn Yean yang disifatkan oleh netizens sebagai biadap, rasis dan kurang ajar.

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan penyokong P. Waytha Moorthy menyebarkan poster dan kempen menyalahkan UMNO dan PAS sebagai punca kepada desakan Menteri Perpaduan itu untuk meletakkan jawatan.


Menurut poster tersebut, UMNO dan PAS telah tergugat dengan Waytha Moorthy dan desakan dibuat kerana mahu menutup skandal TABUNG HAJI dan FELDA. 

Malahan UMNO dan PAS dianggap telah memutarbelitkan fakta kuil Seafield, sebarkan fitnah berbentuk perkauman, memecahbelahkan masyarakat dan memainkan sentimen perkauman.

Poster itu dikesan disebarkan oleh individu yang dikenali sebagai Raja Rajasegaran dan dikongsikan oleh halaman Support Waytha Moorthy. - 20 Disember 2018.

Kerajaan PH Dikecam Kerana Flip Flop Isu Kenaikan Tarif Air.

NAJIB RAZAK | Selepas PRU14, kadar elektrik dinaikkan dan telah diumumkan bakal naik lagi pada Mac depan.

Harga minyak juga bakal naik (berdikit-dikit seperti yang Menteri cakap) apabila RON95 diapung semula pada April nanti.


Kini giliran harga air.

Semalam, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar umumkan harga air akan naik di semua negeri di Malaysia dengan alasan :

“Ada negeri yang sudah 30 tahun, 20 tahun tiada kenaikan tarif air,”

Dia juga memberi berita baik bahawa kenaikan tarif air akan dilakukan pada kadar munasabah. Berdikit-dikitlah itu.

Katanya, kenaikan berkenaan tidak akan mencapai sehingga 100 atau 200 peratus.

Tak apalah. Kenaikan 50% hingga 100% masih akan diterima oleh penyokong PH.

Kadar air di Selangor sudah dibincang dan akan dilaksanakan pada tahun depan.

Polisi "air percuma" untuk rakyat secara rasminya tidak akan wujud lagi pada tahun depan.

Pada bulan Jun, saya pernah beri amaran bahawa harga air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur bakal naik apabila kerajaan PH meluluskan pinjaman kepada kerajaan Selangor untuk membeli syarikat air swasta SPLASH dengan harga RM2.55 bilion - iaitu harga 10 kali ganda lebih tinggi berbanding harga ditawarkan oleh bekas MB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mereka buat keputusan ini sebaik sahaja mereka menang PRU14.

Bulan lepas, MB Selangor baru menafikan pembelian SPLASH adalah punca harga air akan naik dengan alasan pembelian SPLASH tidak menggunakan dana awam.

Baca sendiri: Penjajaran air percuma tiada kaitan ambil alih Splash http://www.sinarharian.com.my/…/penjajaran-air-percuma-tiad…

Pada masa itu, saya tanya MB jika bukan guna dana awan, guna dana siapa?

MB Selangor tidak jawab.

Tetapi Menteri Air pula mengesahkan pembelian SPLASH ialah punca utama harga air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan naik.

“Apabila ambil alih SPLASH, kena bayar hutang kerana pinjaman besar berbilion ringgit."

“Sebab itu, jika tidak naikkan tarif air, tidak akan dapat bayar balik,”
kata Menteri Air.

Lencun lagi. Tetapi bukan dari paip.

Saya jangka penjualan tuala Good Morning akan meningkat lagi.

https://www.bharian.com.my/…/kenaikan-tarif-air-tak-jejaska…

Isham Rais Jelaskan Anwar Ibrahim Suka Sabotaj..

UTUSAN ONLINE | ADA keraguan di wajahnya apabila kami tiba di Kelab Bangsar Utama tetapi sosok ini tetap tenang. Sempat saya menukilkan soalan terkejutkah mendapat panggilan untuk diwawancara dari kami.

Beliau sambil tertawa besar berkata, saya bukan baharu dengan akhbar ini malah membesar dengan menjadikan Utusan Melayu dan Utusan Malaysia sebagai wadah penulisan dan pemikiran saya.


“Tapi kini dengan bertukarnya kerajaan marilah kita sama-sama meraikan pendapat dan kebebasan,” ujarnya yakin. Dalam pertemuan selama lebih sejam bersama wartawan Utusan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID, beliau berkongsi pelbagai pandangan, isu, serta kupasan tentang senario politik tanah air selain siapa sebenarnya sosok bernama HISHAMUDDIN RAIS ini.

Berikut adalah sedutan wawancara itu dan untuk video penuh boleh tonton di Utusan Online mulai hari ini.

UTUSAN : Hishamuddin Rais dan Utusan Melayu?

Hishamuddin: Saya bukan orang baru di Utusan pernah menulis dan menang hadiah penulisan terbaik di Utusan ketika zaman Johan Jaaffar dan menulis tentang budaya dan filem pada tahun 1995 hingga 1997 atau sebelum berlakunya reformasi. Saya juga akui dibesarkan dan pembelajaran saya melalui Utusan Melayu.

Ketika sekolah rendah saya baca Utusan Melayu sebelum beralih kepada Utusan Malaysia dalam rumi. Malah saya ingat tentang peristiwa mogok utusan dan sebenarnya pernah melawat pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin ketika masih dalam tulisan Jawi dan sangat meminati komik Dol Keropok dan Wak Tempe. Boleh tanya pada mereka yang senior tentang komik itu yang dilukis Raja Hamzah. Masa tu masih pakai cop dengan timah dan huruf disusun.

Saya juga pernah dijemput untuk berforum di pejabat Utusan Melayu bersama Arwah Pak Sako, Zam (Allahyarham Tan Sri Zainuddin Maidin) dan Azah Aziz, isteri kepada Ungku Aziz membincangkan tentang bagaimana orang luar melihat Utusan. Dan kini apabila kerajaan bertukar saya lihat marilah kita bersama-sama meraikan kebebasan dan demokrasi dan kepelbagaian pendapat.

Isu liberal dan kurang Melayu?

Saya umpamakan diri ini seperti dalam drama Shakespeare ada babak pertama kedua dan ketiga. Selama 20 tahun saya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Babak kedua saya selama 20 tahun berkelana di luar negara dan kini kembali ke Malaysia.

Pengalaman saya membesar di dalam negara tidak akan mengubah cara pemikiran saya kerana ia penting. Jadi saya bagi satu peribahasa Iraq, sesiapa yang telah minum air Sungai Najlah, dia akan terus kembali ke Baghdad. Jadi macam saya ni dah pernah minum air Sungai Kelang akan tetap kembali ke Malaysia. Memang ada betulnya pandangan saya ada yang berubah kerana pengalaman yang saya lalui juga berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat.

Tetapi tidak semestinya saya adalah sosok yang berbeza ketika bersekolah di MCKK dan Universiti Malaya (UM) dan saya masih lagi orang sama. Hanya penambahan-penambahan dan pengalaman saya makin meluas tetapi rujukan saya saya masih lagi di bumi dan tanah Melayu.

Budaya yang saya pegang masih lagi budaya Melayu dan saya memanggil diri ini tetap berpegang pada pembudayaan Melayu Islam, itu saya tidak lari,

Kenapa kritikal terhadap Anwar Ibrahim?

Orang selalu silap faham dengan melihat saya menyokong atau mengkritik berdasarkan sosok. Saya akui menyokong reformasi, kerana diyakinkan kezaliman telah berlaku dan saya sangat yakin.

Saya ditangkap dan dipenjara menggunakan ISA selama dua tahun oleh Tun Dr. Mahathir. Namun apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila saya ingin menimbulkan satu gerakan yang dinamakan deklarasi rakyat. Ia adalah satu gerakan yang mengumpulkan sebanyak 44 buah NGO dan saya salah seorang dari mereka yang menandatangani selain Ambiga, Maria Chin dan yang lain adalah ahli politik.

Ketika itu harus diwujudkan lebih pada satu gerakan yang meluas mengumpulkan semua kita yang mahu menjatuhkan Najib yang terdedah pada isu 1MDB. Namun apa yang berlaku adalah apabila Anwar telah menulis satu surat dari dalam penjara yang mempertikai gerakan ini dan kemudian saya menulis surat dan menjelaskan bahawa Anwar tidak perlu tahu secara detail apa seharusnya yang berlaku setiap hari kerana beliau dalam penjara.

Saya juga pernah masuk penjara tetapi hanya jumpa peguam pada hari Isnin atau Selasa hari selebihnya saya tidak tahu apa yang berlaku. Memang banyak perkara berlaku tetapi saya dalam penjara tidak tahu apa yang berlaku. Ini yang berlaku melibatkan pemimpin Ikhwanul Muslimin yang mana bila masuk penjara mereka terputus hubungan dan tidak mengetahui semua yang berlaku.

Tetapi saudara Anwar ini masih lagi nak ngok-ngek ngok ngek, beri arahan dan sebagainya. Saya tidak bersetuju dengan hal ini. Kami telah berbincang untuk menandatangani 1.2 juta kertas yang menyokong Deklarasi Rakyat di dalam sebuah bilik dan saya tanya pada Dr. Mahathir apa grand finale untuk kita buat deklarasi rakyat dan dari pengalaman saya sebelum ini bersama Wong Tuck dan kumpulan hijau yang dapat ramai sokongan tetapi kita simpan sahaja dan tidak jadi apa.

Jadi saya cadangkan supaya dihantar Deklarasi Rakyat kepada Agong untuk tindakan lanjut dan Dr. Mahathir pun setuju malah kata tak pelah biar saya yang bawak lori tu ke Istana Negara. Namun apa yang berlaku adalah Anwar menulis mengatakan ini adalah satu sabotaj.

Ini yang tidak sepatutnya berlaku kerana Anwar tidak tahu apa berlaku dan kami bincangkan dalam konteks deklarasi rakyat. Maka akhirnya surat 1.2 juta tadi hanya tersimpan dan tidak berlaku apa-apa. Ini satu kerja yang sia-sia. Ini yang saya tidak bersetuju dengan Anwar. Ini saya belum ceritakan pada sesiapa dan boleh tanya pada Dr. Mahathir.

Dapat dedak Dr. Mahathir?

Saya bila tentang dedak ni dahulu semasa saya lari dari UM orang kata saya dapat dana dari CIA dan sesiapalah yang biaya saya. Bila balik orang kata saya dapat duit dari Zahid Hamidi, Anwar bagi saya duit dan sekarang orang kata Dr. Mahathir pula yang bagi.

Sekarang ni saya nak bagitahu saya kini sedang menunggu dedak-dedak ini yang sampai sekarang tak sampai-sampai. Sekarang ini saya bukan tak kritik Dr. Mahathir cuma sekarang ini beliau cuba menjalankan satu dasar yang saya bersetuju dan sama-sama berkempen untuk menjayakannya.

Kami semua sebagai contoh bersetuju jika PH menang yang jadi perdana menteri adalah Dr. Mahathir, Timbalan Perdana Menteri adalah Wan Azizah. Ini adalah yang dipersetujui tetapi bila tarikh 9 Mei itu jadi lain semua ini nak disabotaj.

Kami sudah berkempen seluruh kampung tentang persetujuan ini tetapi keadaan jadi lain. Jadi kat sini saya nak tanya siapa sebenarnya yang patah janji ni, Dr. Mahathir ke atau Anwar yang patah janji. Itu persoalan yang saya nak lontarkan. Saya timbulkan hal ini adalah kerana saya berada di dalam jika saya di luar saya tidak peduli.

Dahulu hentam sekarang kawan

Saya nak bagitahu di sini saya yang cipta Mahazalim, Mahafiraun dan ramai orang tahu. Saya salah seorang editor blog Mahazalim tetapi kini kerana keadaan memerlukan kerjasama dalam satu agenda yang dipersetujui. Kalau diikutkan saya dua kali kena ISA, Lim Kit Siang dan Mat Sabu pun sama dua kali masuk ISA.

Kami adalah mangsa Dr. Mahathir. Tapi saya bincang dengan Datuk Husam tentang hal ini, cuba fikir pagi tadi kita mengundi, malam ni di war room kalau difikirkan siapa yang mampu mendapat kepercayaan dan diyakini askar, polis, keluarga diraja, ahli perniagaan besar. Hanya Dr. Mahathir sahaja yang boleh dan itu hakikat dan sejarah. Bila bercakap tentang kerjasama, saya nak bagi tau isteri Mau Zedong di gantung oleh Chang Kai-shek tetapi kemudian bekerjasama bila Jepun datang.

Stalin dan Winston Churchill musuh ketat malah Rusia digelar beliau sebagai The Iron Curtain. Tetapi kerana nak melawan fasis Itali mereka bekerjasama. Namun tidak semestinya saya melupakan apa yang telah berlaku sebelum ini.

 

Menteri PH Dikecam Kerana Sanggup Berhibur Naik Cruise Berbanding Melawat Jenazah Adib..

LAPORAN | Gara-gara menaiki cruise sehari selepas arwah Adib dikebumikan, menteri Pakatan Harapan sekali lagi dikecam oleh netizens.

Kali ini kerana dianggap tidak sensitif dengan kematian Adib bahkan sesetengahnya mengkritik menteri yang tergamak bersukaria disaat rakyat berada di dalam kesusahan.









Menurut netizens, menteri dianggap tidak peka kerana tidak melawat jenazah Adib yang dikebumikan di Kedah tetapi sanggup meluangkan masa untuk berhibur dan bersantai dengan gaji yang dibayar lumayan oleh rakyat jelata.

Masalah rakyat terutamanya dalam isu ekonomi juga tidak diselesaikan kata mereka lagi.

Untuk rekod, minggu lepas sekumpulan peneroka ada berdemo dan menangis meluahkan perasaan mengenai hutang menimbun dan hasil yang semakin susut.

Sebelum ini juga kerajaan telah dikecam kerana memahsuhkan bantuan musim tengkujuh kepada golongan sasaran. Sehingga ke hari ini kerajaan tidak menjawab langsung kritikan yang tular itu. Ia membayangkan seolah-olah perkara itu benar.

Bantuan musim tengkujuh adalah bantuan untuk B40 yang terdiri dari kumpulan petani, penoreh, nelayan yang diasaskan oleh kerajaan terdahulu bagi membantu golongan ini yang menghadapi kesukaran untuk mencari rezeki di musim tengkujuh selama tiga bulan.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid Samad yang berkongsikan gambar-gambar lawatan itu juga turut dikecam bertubi-tubi di halaman Facebooknya.

Tempiasnya turut dirasai oleh Lim Guan Eng meskipun beliau sama sekali tidak berkongsikan gambarnya sedang menaiki pesawat dan duduk di kelas ekonomi. Gambar itu sebaliknya dirakamkan oleh orang awam dan disebarkan oleh orang awam namun Lim Guan Eng yang menerima kecaman dan kutukan bertubi-tubi netizens dengan pelbagai gelaran negatif.


Bahkan rancangan TV, 'Jangan Lari, Sila Duduk' turut menunjukkan rasa kebencian penonton yang melampau ke atas kerajaan apabila pembahas dari kerajaan tidak menerima sebarang tepukan ketika berhujah namun pembahas yang mengkritik kerajaan pula menerima tepukan gemuruh.

Semalam, Rafizi Ramli mengingatkan kerajaan untuk tidak leka dalam menyelesaikan masalah rakyat terutamanya dalam isu memperbaiki taraf ekonomi kerana sokongan ke atas kerajaan menunjukkan trend menurun. - 20 Disember 2018.
 

Rusuhan Kuil, Ini Pandangan Najib.

NAJIB RAZAK | Sebenarnya, saya telah tulis pandangan saya tentang insiden rusuhan di kuil di Seafield pada masa itu tetapi tidak memuatnaiknya kerana bimbang ianya akan digunakan untuk memburukkan keadaan yang masih tegang pada masa itu.

Saya juga tak mahu ia menjejaskan perhimpunan 812 yang bakal diadakan ketika itu.

Sekarang, isu kuil sudahpun reda dan jalan penyelesaian sudah dapat dicapai.

Justeru, saya ingin kongsikan pandangan saya tentang insiden itu kerana kita semua tak mahu insiden seumpama ini berulang lagi.


-------

Sebagaimana dinyatakan kerajaan, insiden hari pertama di kuil ini berlaku kerana ada peguam didakwa membayar sekumpulan samseng untuk menceroboh kuil itu.

Tetapi, apa yang saya ingin bertanya ialah mengapa rusuhan hari kedua menjadi begitu besar.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan bahawa anggaran sejumlah 10,000 orang kaum India berkumpul di kawasan sekitar kuil.

10,000 orang ialah satu jumlah yang amat besar.

Kita juga maklum bahawa berlakunya insiden di mana ahli bomba telah dipukul, kereta bomba dipecahkan, penunggang motosikal dipukul oleh berpuluh orang manakala polis tidak mengambil tindakan yang lebih tegas.


Tidak pernah berlaku pihak bomba ataupun pasukan keselamatan kita menjadi sasaran di mana-mana rusuhan kerana mereka hanya menjalankan tugas sahaja.

Kebiasaannya, mereka dihormati dan bukan menjadi sasaran.

Oleh itu, saya percaya sebab utama untuk insiden hari pertama dengan hari kedua adalah berbeza.

Pendapat saya ialah keadaan telah bertambah teruk pada malam kedua rusuhan kerana hasutan dari kenyataan ahli-ahli politik PH seperti ADUN DAP yang membuat kenyataan menuduh kumpulan Muslim yang menyerang kuil itu dan empat orang Menteri PH dari kaum yang sama mengeluarkan kenyataan bersama yang menuduh pihak polis telah menipu dan gagal mempertahankan kuil itu.

Ini sekaligus telah memberi isyarat dan menghasut kaum India untuk hilang hormat dan menjadikan anggota keselamatan dan kaum Muslim sebagai sasaran.

Kerajaan PH perlu mengakui bahawa tindakan-tindakan tidak bijak pemimpin mereka telah menghasut dan diibaratkan seperti mencurah minyak ke dalam api.

Itulah sebab, bilangan orang di sana dan kemarahan kaum India pada malam itu menyemarak.

Jika pihak polis tidak betulpun, menteri-menteri dan pemimpin PH tidak patut mengeluarkan kenyataan umum seperti ini dan patut meminta pihak polis secara berhemah untuk memperbetulkan kenyataan mereka.

Saya tengok keadaan ini sama dengan keadaan di mana pemimpin PH telah menuduh kerajaan China kononnya China telah bersuhabat dengan kerajaan BN untuk melakkukan rasuah dan dalam hal perjanjian penyelesaian dengan IPIC untuk mendapat semula semua duit 1MDB yang didakwa hilang.

Apa yang kita dapat sebagai sebuah negara jika kita berbuat demikian?

Sebagai kerajaan dan pemimpin, kita patut menimbangkan bagaimana untuk mendapat keputusan yang terbaik ataupun "best outcome" untuk semua - bukan selalunya dengan cara menentang dan menuduh secara terus dan terbuka.

Jalan diplomasi adalah peluang penyelesaian yang terbaik dalam menangani apa jua permasalahan. Sebab itu, apabila timbul krisis seumpama ini, pemimpin kerajaan sepatutnya menggunakan diplomasi bagi meredakan keadaan dan bukannya menyemarakkan api kemarahan.

Apapun, saya bersetuju dengan pendirian Perdana Menteri hari ini, bahawa rusuhan ini adalah perbuatan jenayah dan tidak melibatkan sebarang permusuhan atau pergeseran antara kaum.

Kita, sebagai rakyat Malaysia perlu kekalkan keharmonian ini. Kita perlu hargai semangat satu Malaysia kita.

Rabu, 19 Disember 2018

Kematian Adib, PAS Mahu Selangor Bertanggungjawab Dan Ini Dalil-Dalilnya.

KENYATAAN MEDIA | KEADILAN BUAT ADIB :
KERAJAAN SELANGOR JUGA PERLU BERTANGGUNGJAWAB


1. Tidak memadai YAB Menteri Besar Selangor Amirudin Shaari hanya mengeluarkan kenyataan rasmi bagi pihak kerajaan menyatakan dukacita terhadap kematian Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat iaitu Muhammad Adib Mohd Kassim dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya Selangor. Seakan hanya melepaskan batuk di tangga. Sedangkan semua yang berlaku adalah entiti yang ada dalam Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri mesti bertanggungjawab.


2. Peristiwa hitam itu yang meragut nyawa "Wira Negara" berlaku membabitkan pihak-pihak yang mempunyai kaitan secara langsung atau tidak dengan Kerajaan Selangor. Hakikatnya apa yang berlaku kronologinya pihak terbabit berada dalam negeri Selangor.

i. Kuil Sri Maha Mariammman. 


Kuil yang terletak di USJ 5 Subang Jaya Selangor menjadi lokasi tercetusnya rusuhan tersebut. Proses urusan pemilikan tanah dan pemindahan kuil tersebut sudah pasti dalam makluman Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan.

ii. Pihak Pemaju iaitu One City Development Sdn Bhd
 

Pihak pemaju yang memiliki tanah serta berurusan untuk membangunkan tanah dilokasi kuil tersebut sudah tentu telah menjalani proses permohonan dan perbahasan yang panjang diperingkat tertentu dalam Kerajaan Negeri kerana proses pemindahan ini sesuatu yang sensitif pada pihak kuil dan penganutnya.

iii. Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya.


Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya sudah tentu merupakan salah satu daripada Jabatan Bomba dari seluruh daerah di Negeri Selangor. Di bawah seliaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor. Pihak balai dan anggota senantiasa bertindak untuk melaksanakan tugas selepas mendapat laporan bagi memastikan apa sahaja bentuk operasi dari seluruh daerah Selangor berbentuk menyelamat akan diurus selia oleh mereka.

iv. YB V. Ganabatirau Exco Selangor.


YB Ganabatirau merupakan individu yang wajib bertanggungjawab. ADUN Kota Kemuning itu dilihat sebagai pencetus suasana tidak harmoni menerusi laman sosial Facebooknya yang memuatnaik kenyataan kononnya terdapat sekumpulan "orang Islam" yang terlibat dalam insiden serangan kuil tersebut.


3. Justeru, tidak boleh dinafikan fakta ini menjurus ke arah penglibatan secara langsung atau tidak dengan Kerajaan Negeri. Semua pihak menuntut jawapan yang tuntas dari pihak kerajaan negeri. Tindakan yang serius perlu di ambil dalam mencari keadilan buat Sdr Adib. Rakyat menuntut keadilan dilaksanakan segera.

4. Dewan Pemuda PAS Selangor akan mobilasi rakyat yang menuntut keadilan buat Allahyarham Adib bagi menyerahkan satu memorandum kepada YAB Menteri Besar Selangor menuntut agar Kerajaan Negeri mengambil tindakan yang serius dan tegas dalam menyelesaikan isu ini.

#justiceforadib

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor

11 Rabiul Akhir 1440H | 19 Disember 2018

Teguran Berani Mati Dan Power Berapi Dari Rafizi Untuk Kerajaan PH.

RAFIZI RAMLI | PESANAN KEPADA PH
Selepas 61 tahun, berlaku perubahan kerajaan persekutuan secara demokratik di Malaysia. Apa pun hasil dari perubahan itu, kejayaan rakyat Malaysia mengusahakan satu perubahan tanpa kekecohan akan tersemat dalam sejarah.

Rakyat mengambil masa yang agak lama untuk kembali tenang hasil dari rasa teruja di awal pertukaran kerajaan. Dalam bulan-bulan pertama, setiap kali saya menyuarakan sesuatu yang dilihat tidak mengangkat PH, saya diserang hebat. Saya terima ia satu perkara yang dijangka kerana kerajaan tidak pernah berubah, tetapi lambat laun rakyat akan kembali tenang dan objektif.


Walau bagaimana pun, rasa teruja itu ada membawa kesannya kepada pentadbiran PH. Fokus pentadbiran PH tergelincir sedikit kerana masa bulan madu terlalu lama. Perubahan sikap rakyat terhadap PH, apabila mereka kembali tenang dan objektif, boleh membawa padah politik jika tidak diurus segera. Ada tanda-tanda bulan madu itu sudah hilang madunya, mungkin berganti pahit.

Populariti yang menjunam
Saya terus mengikuti sentimen rakyat di bawah melalui kaji selidik bulanan dan profailing pengundi yang banyak membantu kempen PH di dalam PRU14.

Komen netizen di portal berita utama secara terang-terang menunjukkan terasingnya rakyat Malaysia sesama sendiri. Setiap kumpulan kaum hidup di bawah tempurung sendiri. Kita tidak sedar perubahan ketara di dalam kumpulan kaum lain, kerana kita hanya bergaul sesama kaum sendiri.

Saya bukanlah gemar membawa berita buruk, tetapi kalau ia benar ia tetap perlu disampaikan.

Populariti kerajaan persekutuan sejak PH mengambil alih jatuh merudum, berbanding di awal pentadbiran.

Dalam bulan Jun 2018, 72% responden yang ditanya menyatakan mereka gembira dengan prestasi Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Responden Cina memberikan markah tertinggi iaitu 87 peratus, diikuti dengan responden India (84%). Malah, 66% responden Melayu turut berpuas hati dengan prestasi beliau (dikira tinggi memandangkan PH tidak memenangi undi Melayu dalam PRU14).

Dua minggu lalu, melalui kaji selidik serupa, populariti Tun Mahathir menjunam kepada 53 peratus sahaja. Ada penurunan mendadak sebanyak 20 peratus di kalangan responden dari ketiga-tiga kaum – Melayu (dari 66 peratus kepada 45 peratus), Cina (dari 87 peratus kepada 65 peratus) dan India (dari 84% kepada 64 peratus).

Di beberapa negeri, populariti Menteri Besar (yang sesetengah responden tidak boleh menamakan dengan tepat) adalah lebih tinggi dari populariti Perdana Menteri.

Defisit undi Melayu

Alasan biasa yang diberikan untuk menerangkan penurunan mendadak populariti itu adalah kegagalan PH memenangi undi Melayu dalam PRU14.

Mereka yang menjaja alasan ini berteori bahawa PH perlu mempercayai sepak terajang politik Perdana Menteri untuk membolehkan PH mendapat lebih banyak sokongan pengundi Melayu.

Sepak terajang ini termasuklah usaha membawa Ahli Parlimen UMNO yang melompat untuk menambah kerusi BERSATU di Parlimen. Hari ini, akhbar memetik hujah Perdana Menteri bahawa kemasukan Ahli Parlimen UMNO ini akan membawa bersama sokongan Melayu di kawasan desa kepada PH.

Sebenarnya, bagaimana keadaan sokongan pengundi Melayu dalam PRU14 lalu?

Jumlah sokongan pengundi Melayu kepada PH berbeza dari satu negeri ke satu negeri.

Di peringkat nasional, PH mendapat kurang dari 30% undi Melayu. Jika dipecahkan mengikut parti, PKR mendapat undi Melayu tertinggi di kalangan parti-parti PH sebanyak 31 peratus (dikira dengan membandingkan undi Melayu kepada PKR di kerusi-kerusi yang ditandinginya), diikuti dengan AMANAH (26 peratus) dan BERSATU (21 peratus).

Jumlah sokongan Melayu kepada PH mengikut negeri boleh dipecahkan kepada empat kategori:

1. Peratusan undi Melayu kepada PH melebihi 40 peratus (Selangor, Wilayah Persekutuan and Penang)


2. Peratusan undi Melayu kepada PH antara 30 peratus ke 40 peratus (Johor, Melaka, Negeri Sembilan and Kedah)


3. Peratusan undi Melayu kepada PH antara 20 peratus ke 30 peratus (Perak, Pahang and Perlis)


4. Peratusan undi Melayu kepada PH kurang dari 20 peratus (Kelantan and Terengganu)


Daripada 97 kerusi parlimen yang dimenangi PH di Semenanjung, hanya 42 kerusi dari negeri-negeri yang undi Melayu kepada PH melepasi 40 peratus.

55 kerusi parlimen yang berbaki itu berada dalam bahaya di dalam PRU15 sekiranya ada perubahan undi ketara di kalangan pengundi Melayu.

PH menang atas platform ekonomi

Mungkin ada yang mula pening dengan angka-angka ini dan apa kena mengena dengan pesanan saya kepada PH.

Memahami angka-angka ini memberi konteks kepada masalah yang dihadapi PH sekarang. Memang benar PH tidak menang undi Melayu yang besar dalam PRU14.

Namun kita tetap menang majoriti di Parlimen kerana ada pengundi Melayu di kerusi-kerusi marginal yang beralih kepada PH. Mereka mengundi PH kerana tertarik dengan janji-janji ekonomi yang akan membantu kehidupan mereka, bukan kerana PH (dalam PRU14) berjaya meyakinkan mereka kita lebih “Melayu” dari UMNO dan PAS.

Saya sentiasa ingatkan bahawa dimensi perkauman dan keagamaan akan tetap wujud dalam masyarakat kita sampai bila-bila. Setiap perkara akan diwarnai dengan pemahaman berkonteks kaum dan agama, baik di kalangan orang Melayu, Cina atau India (mungkin kurang sedikit di Sabah dan Sarawak).

Sebagai parti politik, jalan terbaik ialah dengan memberi tumpuan kepada kesederhanaan fahaman perkauman dan dasar-dasar mesra rakyat, supaya perbincangan orang ramai tertumpu kepada cara-cara menambahbaik kebajikan rakyat.

Saya ulangi mesej yang sama sepanjang kempen PRU14, bahawa PH hanya akan menang sekiranya kita berjaya meyakinkan sejumlah pengundi Melayu bahawa hidup mereka akan bertambah baik jika menukar kerajaan kerana harga barang boleh turun, lebih peluang pekerjaan diwujudkan dan gaji yang lebih adil diberikan.

PH tidak akan berjaya menjadi lebih Melayu dari UMNO atau lebih berpolitik Islam dari PAS. Faham perkauman dan politik Islam itu adalah jenama UMNO dan PAS, sedangkan platform ekonomi itu adalah kekuatan kita.

Keputusan PRU14 membenarkan hujah saya ini.

Walaupun PH memberi ruang kepada BERSATU untuk menonjolkan dirinya sebagai jaguh Melayu (kerusi terbanyak diberikan kepada BERSATU, pengerusi negeri juga banyak diberikan kepada BERSATU walaupun parti itu paling muda dalam PH), strategi jaguh Melayu itu tidak membawa undi Melayu yang besar kepada PH.

Malah, BERSATU mendapat undi Melayu yang paling rendah di kalangan parti-parti PH.

Nasib baik PH masih menang cukup kerusi Parlimen kerana ada cukup pengundi Melayu yang berorientasikan ekonomi. Pengundi beginilah yang memberi peluang kepada PH untuk mentadbir Putrajaya.

Pengundi begini juga yang menjadi punca populariti Perdana Menteri dan PH jatuh menjunam sekarang.

Hilang fokus ekonomi

Saya bukanlah tidak faham bencana kewangan yang diwarisi dari pentadbiran dahulu. Sebab rakyat tahu kerosakan yang telah berlakulah yang mendorong mereka memberi kepercayaan kepada PH.
Kita tidak boleh abaikan kumpulan pengundi yang memenangkan PH, iaitu pengundi ekonomi yang datang dari semua kaum. Dari kaji selidik pertama yang saya jalankan sejurus PRU14 hingga dapatan dua minggu lalu, responden semua kaum menamakan beban sara hidup dan janji pilihanraya sebagai isu paling utama yang mereka mahu kerajaan persekutuan tangani.

Selepas bersabar beberapa bulan, rakyat mula hilang sabar dengan apa yang dilihat alasan demi alasan yang diberikan pentadbiran PH.

Kita memang tidak boleh melaksanakan semua janji dalam masa 100 hari (percayalah, tidak ada pun rakyat Malaysia yang berkira dengan tempoh 100 hari itu), tetapi paling kurang pentadbiran PH mestilah dilihat benar-benar fokus mengusahakan janji-janji itu ditunaikan (kalau pun di masa hadapan).

Saya tahu usaha itu sedang berjalan, tetapi perlulah juga ada sedikit kemajuan. Selepas beberapa bulan, rakyat tidak lagi berpuas hati dengan berita-berita bekas pimpinan kerajaan dahulu didakwa atas tuduhan rasuah, kerana selagi tiada perubahan ketara (dari segi mutu kehidupan rakyat), mereka akan merasa resah.

Dalam beberapa perkara, keadaannya makin teruk sejak kita mengambil alih kerajaan persekutuan.

Bayaran sara hidup kepada peneroka Felda lambat secara berterusan dan sudah menjadi sebati dengan pentadbiran PH. Kita bukan sahaja tidak boleh menghapuskan hutang mereka (yang ditimbunkan secara tidak adil oleh pentadbiran dahulu), kita juga lambat membantu mereka dalam keadaan harga sawit jatuh menjunam.

Sementara usaha mengawal harga barang mengambil masa, bila bantuan yang sebelum ini diberikan ditarik balik tanpa ada bantuan gantian yang lebih cekap, itu menjadi peluru pembangkang untuk melunturkan lagi harapan rakyat kepada kerajaan persekutuan.

Memang saya akui proses menstrukturkan kembali PTPTN akan mengambil masa, tetapi kenapa mengumumkan cara pembayaran baru yang bertentangan dengan janji pilihanraya (yang itu pun tidak mampu ditunaikan lagi)?

Sedangkan sehingga sekarang kita belum mendapat maklumat sebarang rancangan untuk menstrukturkan bon PTPTN berjumlah lebih RM40 bilion itu agar bayaran faedah tahunan lebih rendah. Kenapa kita tidak boleh menggunakan kesempatan adanya Perdana Menteri yang dihormati oleh negara Jepun, untuk mendapatkan pinjaman murah dan menstrukturkan kembali bon ini? Jika kadar faedah boleh dikurangkan dalam 2 ke 3 peratus, penjimatan bayaran faedah boleh mencecah RM1 bilion setahun.

Orang ramai tidak mengharapkan satu keajaiban segera; mereka mahu lihat usaha bersungguh-sungguh untuk membantu hidup mereka.

Setakat ini, mereka lebih banyak mendengar alasan dari kerajaan persekutuan.

Gangguan

Kita juga lebih laju terperangkap dengan babak-babak politik sendiri. Kita semua bersalah dan ada saham sendiri dalam perkara ini, namun orang ramai meneliti tingkah laku jemaah menteri untuk mendapatkan panduan dasar dalam masa-masa yang kecoh begini.

Kita tidak boleh ada terlalu banyak gangguan dalam keadaan kita perlu memenuhi janji-janji ekonomi yang meyakinkan pengundi memilih kita dahulu.

Malangnya, dalam banyak-banyak pencapaian sejak tujuh bulan lalu, pencapaian terbaik pentadbiran PH ialah terperangkap dengan pelbagai gangguan yang mengalihkan tumpuan dari fokus ekonomi rakyat.

Saya benar-benar bingung kenapa ada menteri-menteri yang pandai-pandai berjanji meratifikasikan ICERD, tanpa meneliti kesannya kepada sentimen pengundi Melayu terhadap PH.

Kita berjasa dengan lebih baik jika kita (secara senyap dan berterusan) berjaya memastikan rakyat Malaysia pelbagai kaum mendapat khidmat dan layanan yang seadilnya.

Tidak perlulah kita gebang apabila hendak memberikan biasiswa kepada pelajar bukan Melayu miskin yang cemerlang kerana memang mereka layak mendapat biasiswa. Juga tidak perlu dihebohkan dan dipolitikkan usaha membantu graduan Melayu meningkatkan kebolehpasaran kerana itu memang perkara wajar yang boleh membantu ekonomi negara keseluruhannya.
Gangguan-gangguan politik seperti ICERD bukan sahaja memerangkap PH, malah ia memberi senjara terbaik kepada pembangkang untuk berkempen dengan rakyat agar menolak PH. Lebih-lebih lagi dalam keadaan lebih ramai pengundi atas pagar yang pernah mengundi PH dahulu mula merasa terasing dengan alasan-alasan kenapa janji manifesto tidak dapat ditunaikan.

Seminggu sebelum perhimpunan anti-ICERD itu, ada seorang kawan bertanya kepada saya: agaknya jumlah kehadiran boleh mencecah 5,000 orang, kerana UMNO tiada lagi wang untuk menaja bas dan duit poket?

Jawab saya;

Jangan bagi api kepada mereka.

Kalau dahulu, ramai di kalangan kita yang turun ke demostrasi BERSIH kerana kita percaya kepada perjuangan membasmi rasuah, membantu yang miskin dan perubahan. Walau tidak dibayar, kita tetap turun.

Apabila pentadbiran PH memberi ruang kepada golongan yang fahaman perkauman dan keagamaan sempitnya tebal, mereka akan menggunakannya sepenuhnya menjadi api yang menyemarak. Api sebegini akan cepat menyambar orang ramai yang turut kecewa dengan prestasi PH setakat ini. Jangan terkejut lebih ramai akan menyertai demonstrasi anti-PH (walau tidak ditaja bas percuma atau wang poket) jika prestasi ekonomi dan mesra rakyat PH tidak berubah.

Fokus tunaikan janji

Sebab itu, saya ingin memberi pesanan kepada kepimpinan PH bahawa orang ramai loya melihatkan lompatan Ahli Parlimen UMNO baru-baru ini.

Bagi pengundi atas pagar, PH yang lebih sibuk mencari dan membela katak itu menjadi bukti bahawa pentadbiran PH tidak serius untuk menunaikan janji-janji ekonomi yang dibuat semasa kempen PRU14. Kita juga melunturkan keyakinan dan kepercayaan pengundi tegar PH kepada komitmen pentadbiran PH melaksanakan reformasi.

Ada yang memberi alasan lompatan katak dari kalangan Ahli Parlimen UMNO itu penting untuk mengukuhkan sokongan Melayu kepada PH. Tidak ada tanda-tanda perkara ini akan berlaku. Malah, tindakan menculik Ahli Parlimen UMNO ini menyemarakkan lagi kemarahan pengundi PAS-UMNO terhadap PH.

Sepatutnya kita mendampingi mereka supaya lebih ramai memilih untuk mengundi PH melalui program ekonomi yang membantu kehidupan mereka. Yang berlaku sekarang, kita semakin menjauhkan mereka.

Saya jangka yang akan berlaku adalah begini : lebih ramai Ahli Parlimen UMNO yang melompat, lebih lemah UMNO dan lebih kuat PAS, kerana PAS yang akan mendapat laba apabila pengundi Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi ekonomi dan janji pilihanraya yang tidak ditunaikan sepenuhnya oleh PH.

Hanya ada satu cara yang bertanggungjawab ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu dan sederhana : pentadbiran PH mesti memberi tumpuan kepada platform ekonomi, bukannya terjebak ke dalam polemik perkauman dan keagamaan sempit.

PH mesti kembali berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi janji-janji pilihanraya.

Kita mesti ada kesungguhan untuk memperbaiki mutu hidup rakyat seperti yang digambarkan semasa kempen PRU14, bukannya terus bermain dengan babak politik berpanjangan (tidak ubah seperti Malaysia di bawah BN).

Saya memberi pesan agar pimpinan PH meneliti perkara-perkara ini dan membetulkan fokus kerajaan persekutuan.

Dan ia mestilah juga bermula dengan keputusan di peringkat Majlis Presiden PH yang menghantar isyarat jelas kita tidak lagi boleh menerima rancangan membawa masuk Ahli Parlimen UMNO atau menyusun lompatan katak beramai-ramai dari sebelah sana. - 19 Disember 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...