Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 22 Disember 2018

Dennis Tan, SKMM Dan Netizens Yang Bergaduh Samada Anak Guan Eng Beli Jaket Mahal Ataupun Jaket Tiruan..

LAPORAN | Sejak dua hari lepas timbul satu dakwaan bahawanya SKMM telah menyerbu ke kediaman Dennis Tan berikutan individu berkenaan telah menyelar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di laman sosial.

Dennis Tan sebelum ini telah membidas Guan Eng yang seolah-olahnya merendah diri dengan menaiki seat kapal terbang kelas ekonomi, dimana gambarnya ditularkan oleh orang awam baru-baru ini.

"Naik kapalterbang kelas ekonomi tak ada apa, pakai jaket harga beribu Pounds naik kapal terbang kelas ekonomi pun lagi tak ada masalah.


Yang masalahnya anak awak tu boleh pakai jaket harga beribu Pounds, adakah lebih baiknya membantu ahli parti yang hanya pakai selipar dan T-shirt buruk dalam hujan dan ribut menolong kamu menjual akhbar Roket?,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya. (Dennis Tan menulis dalam bahasa cina dan ini adalah terjemahan dari Hisemudin Kasim).


Selepas itu, statusnya itu tular dan banyak media cina melaporkan sindirannya itu.

Dan ini adalah sedikit kronologi ringkas tentang apa yang berlaku dikalangan netizens cina Malaysia selepas hal itu (sindiran Dennis Tan) menjadi tular;

👉 Sesetengahnya menyemak jenama GIVENCHY secara online dan mendapati harga jaket tersebut sekurang-kurangnya bernilai RM5,000 sehelai. GIVENCHY adalah
satu sub-jenama di bawah LVMH (Louis Vuitton Moet Henessy).
 
👉 Lim Guan Eng dan anaknya kemudiannya disindir dan diperli habis-habisan oleh geng-geng yang anti Lim Guan Eng kerana memakai jaket mahal berharga rm5,000 disaat ramai orang susah.

👉 Dan, beberapa media cina turut memetik dakwaan tersebut. Bagaimanapun dilaporkan ada media cina yang menarik semula laporan jaket mahal itu.

👉 Menurut Pun Hoe Gan, China Press telah memadamkan artikel berkenaan jaket anak Lim Guan Eng itu.



👉 Media tersebut kemudiannya dikecam kerana didakwa tunduk kepada tekanan politik dan tiadanya kebebasan bersuara seperti yang dilaung-laungkan oleh Malaysia Baru oleh sesetengah netizens cina.

👉 Kemudiannya, secara tiba-tiba, Dennis Tan mendakwa beberapa kakitangan SKMM telah hadir ke rumahnya. Katanya ini ada kaitan dengan postnya yang menyindir jaket mahal yang dipakai oleh anak Lim Guan Eng.

👉 Beberapa poster solidariti ke atas Dennis Tan disebarkan netizens cina. Post-post yang mengecam SKMM juga dibuat oleh beberapa pihak. Dan sekali lagi, Malaysia Baru disindir tiada kebebasan bersuara.

👉 Bagaimanapun, SKMM yang telah hadir kali kedua ke rumah Dennis Tan kemudiannya menafikan dakwaan tersebut. Kehadiran SKMM adalah berkaitan tentang masalah FREKUENSI telefon rumah berjenama PANASONIC.

👉 SKMM turut mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan tersebut.


👉 Beberapa media cina turut melaporkan hal itu namun netizens cina anti Lim Guan Eng tidak mempercayai kenyataan SKMM. Ada yang mentertawakan SKMM dan beranggapan ia adalah alasan COVER UP. Dan sesetengahnya buat post troll SKMM.

👉 Dan terkini, jaket anak Lim Guan Eng disahkan barang tiruan oleh sesetengah netizens cina dan mereka mahu tindakan tegas diambil kerana anak menteri memakai barangan tiruan.

👉 Poster, post dan video bagi membuktikan anak Lim Guan Eng memakai barangan tiruan turut disebarkan bagi menekan kerajaan. Menurut pengkritik, hal ini akan menjejaskan reputasi negara. Rujuk sini.




Untuk rekod, setakat ini Lim Guan Eng tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan balas mengenai dakwaan ini. Samada anaknya dituduh memakai jaket mahal, ataupun jaket tiruan, samada dirinya dituduh memberikan tekanan kepada media cina untuk memadamkan artikel ataupun SKMM digunakan untuk menekan kebebasan rakyat bersuara.


Berserta tuduhan itu, netizen turut menyebarkan dakwaan Lim Guan Eng reserved lift KLCC untuk dirinya dan sekeluarga sahaja. Menteri juga belum menjawab kepada dakwaan tular itu setakat ini. - 22 Disember 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...