The Malaysian Insight | PAKATAN Harapan merancang melakukan rayuan terhadap keputusan Yang di Pertuan Agong untuk melantik Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Malaysia kelapan.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata PH merancang berbuat demikian menggunakan akuan bersumpah yang ditandatangani menyokong calon pilihan mereka, Dr Mahathir Mohamad.
“Kami akan cuba buktikan melalui akuan bersumpah (SD). Kita akan cuba menggumpulkan bukti itu, kerana tempoh masa yang diberikan Istana semalam mengizinkan kami untuk mengumpulkan bukti-bukti itu,” kata Salahuddin kepada wartawan di luar Hotel Eastin, Petaling Jaya.
Pemimpin PKR, DAP dan Amanah berkumpul di hotel itu sejak pagi tadi, manakala ketua parti pula pergi ke Istana Negara untuk memaklumkan Agong bahawa Dr Mahathir adalah calon perdana menteri mereka.
Salahuddin menambah, semua pemimpin PH kini akan berkumpul dan bermesyuarat di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Al-Bukhary untuk membincangkan proses rayuan kepada Agong.
Istana Negara sebelum ini berkata pengumuman akan dibuat pada jam 5 petang, tetapi kenyataan media mengumumkan pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan bocor lebih awal.
PH dengan sokongan ahli Parlimen sebelum ini yakin Dr Mahathir mempunyai sokongan majoriti, selepas beliau dan Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menongkah arus menentang keputusan Bersatu yang menamakan Muhyiddin. Mereka juga menafikan menandatangani akuan bersumpah menyokong presiden Bersatu itu.
Presiden PKR Anwar Ibrahim juga sebelum ini yakin Dr Mahathir mendapat sokongan majoriti, dengan ramalan lebih ramai ahli Parlimen Bersatu akan kembali menyokong PH. Richard Riot (SUPP) juga turut menyertai PKR.
Warisan dari Sabah dengan sembilan kerusi dan Upko (1) juga mengumumkan sokongan kepada Dr Mahathir. – 29 Februari 2020.