Ramai tertanya-tanya kenapa agaknya Tommy Thomas meletakkan jawatan sedangkan tempohnya masih bertahan sehingga Jun ini.
Menurut sumber berikut adalah sebab kenapa Tommy meletakkan jawatannya secara mengejut petang tadi;
- Tommy mahu menghormati Tun Mahathir.
- Perlantikan Tommy dibuat oleh Tun Mahathir.
- Dengan spekulasi kerajaan akan bertukar tangan, maka Tommy mahu meletakkan jawatan ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sebelum digantikan dengan PM lain.
Dalam perkembangan berkaitan, peguam Azam Aziz telah membuat laporan polis terhadap Tommy Thomas di IPD Sentul.
"Saya akan membuat 1 laporan polis terhadap Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas jam 9.30 malam ini di Balai Polis Sentul.
Saya menjemput semua rakan media dan orang ramai hadir ke sidang media saya di hadapan balai polis Sentul jam 9.30 malam ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.
Menurut peguam itu lagi, terdapat beberapa pihak lain turut tampil di IPD Sentul bagi membuat laporan polis terhadap Tommy Thomas yang didakwa salah guna kuasa. - 28 Februari 2020.