Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 5 Oktober 2013

Keluarga Suspect Perogol Umur 12 Tahun Mengamok, Mahu Saman Semua !!!!


Pengguna media sosial, especially page2 yang upload tanpa menapis wajah2 mereka, station tv swasta dan pro kerajaan, PDRM, blog dan semua sekali akan dicari oleh kelapan2 keluarga tersebut dan mereka akan saman semua sekali kerana menjatuhkan maruah keluarga mereka dan menyebarkan keaiban ke seluruh negara dalam isu kanak2 12 tahun dirogol oleh 8 kanak2 lelaki yang berusia 12 dan 13 tahun.

Episode pertama disini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/09/isu-gambar-suspect-perogol-kanak-kanak.html

Aku dah tulis dulu. Angle gambar tue tak memungkinkan ia diambil oleh pihak2 luar. Ia mesti kerja orang dalam. Itu satu cerita. Laporan berita yang dikemaskini oleh Sinar Harian yang menyatakan seolah2 kanak2 perempuan tersebut kemaruk seks juga patut dijadikan iktibar kerana statement tersebut tidak dikeluarkan oleh orang biasa. Pegawai beb. Pegawai polis tue. Kalau ko ialah pegawai polis, siasatan belum habis, belum lengkap, ia masih berjalan, apakah wajar untuk ko cakap benda2 yang tak pasti kepada pihak press?

Pihak press macam SH bertindak sebagai pelapor. Mereka takan laporkan jika takde sumber. Simple aje. Bila mengenang2kan kes neh aku teringat kes seorang remaja cina yang dibelasah atas nama jihad. Konon nya melayu2 yang belasah dorang sedang melakukan jihad. Malu bhai. Umat islam belasah orang bukan islam. Kalau atas sebab jihad sekalipun ia dah cukup2 memalukan. Inikan pula belasah sebab nak merompak dan gunakan Islam untuk tutup kejadian sebenar. Takde rasa malu dan takut langsung pada Allah. Ko berbohong atas nama Islam, atas nama Allah, bukan benda main2 beb. Yang aku belajar dari perkara tersebut, KPN sendiri pun keluarkan kenyataan membuta tuli. Melangkaui siasatan tue. Terkejut gak aku. Bukan calang2 orang tapi KPN beb. So tak aneh la kalau pegawai dia pun mungkin cenderung melakukan hal yang sama.

Rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/4-di-tangkap-isu-culik-pemuda-cina.html

http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/ketua-polis-negara-berbohong-isu-pemuda.html

http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/penjelasan-pemuda-cina-yang-di-bogelkan.html

http://amenoworld.blogspot.com/2013/08/penjelasan-dari-pemuda-cina-yang.html

4 links sebab aku sangat2 tertarik nak memahami perangai orang2 muslim so called pejuang suci murni neh. Mengaku sedang berjihad dengan cara melakukan kezaliman. Pelik, unik sebab tue aku tertarik nak mengulas.

Sambung balik pasal family lapan suspect tersebut. Kat bawah neh kemaskini berita berkaitan ;

Kesemua lapan keluarga suspek kes rogol kanak-kanak 12 tahun akan mengambil tindakan saman terhadap pihak terlibat mengambil, memuat naik dan menyebarkan gambar  anak mereka ke dalam akhbar, internet serta laman sosial.

Tindakan itu diambil susulan tersebarnya gambar lapan suspek termasuk beberapa individu lain berpakaian tahanan yang berada dalam sebuah van pihak berkuasa.

Ibu  seorang  suspek  yang enggan namanya didedahkan berkata, mereka tidak akan bertolak ansur dalam perkara itu kerana memalukan keluarga sedangkan anak mereka belum disabitkan kesalahan.

“Kami tidak akan bertolak ansur dalam soal ini. Ini soal maruah dan masa depan anak-anak kami.

“Bagaimana maruah kami dan bagaimana masa depan anak kami yang sepatutnya boleh dirahsiakan tetapi disebar dan disiarkan dalam media massa,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Seorang lagi ibu kepada suspek berkata, kerahsiaan itu sepatutnya tersimpan dan hanya diketahui pihak berkuasa tetapi penyebarannya di media massa mencemarkan maruah ahli keluarga suspek.

“Cukuplah  kami dimalukan dengan jiran serta penduduk kampung, tetapi kami kecewa dan tidak boleh bertolak ansur apabila maruah kami dicalar hingga diketahui seluruh negara.

“Gambar  itu sudah cukup membuka aib kami semua sedangkan perbicaraan mahkamah sekalipun masih belum berjalan,” katanya.

Menurutnya,  pihak berkuasa tidak sepatutnya terlepas pandang perkara sedemikian sepanjang suspek berada dalam jagaan atau pengawasan mereka.

Katanya, dari apa yang berlaku itu,  individu terbabit atau pihak berkuasa harus bertanggungjawab berhubung perkara ini.

Seorang bapa kepada dua suspek berkenaan berkata, anaknya baru menerima keputusan soal siasat dan masih dalam proses siasatan sepenuhnya, tetapi gambar mereka didedahkan dengan niat mengaibkan.

Katanya, sikap individu terbabit jelas mencemarkan maruah keluarga mereka sehingga tersebarnya wajah anak mereka di akhbar, internet dan laman-laman sosial.

“Maknanya, semua yang terlibat mengambil, memuat naik dan menyebar serta menyiarkan gambar tersebut di internet, laman sosial dan televisyen swasta harus bertanggungjawab,” katanya.


Rujuk :  http://www.sinarharian.com.my/keluarga-8-suspek-kes-rogol-ambil-tindakan-1.208638

Untuk rekod, bukan gambar budak2 tue je yang tersebar. Nama, alamat bahkan no IC pun tersebar sekali. Lepas tue, gambar kanak2 yang kena rogol tue pun disebarkan oleh Sinar Harian walaupun hanya paparkan belakang badan. Sebenarnya mangsa rogol kena dilindungi. Takde cara lain lagi. Fizikal dia sudah disakiti. Emosi dia sudah disakiti. Buat apa nak tambah penyakit dengan sebarkan identiti mangsa pula? Tak fikir ke mulut2 orang macam mana? Ia sukar, sangat2 sukar untuk mendapatkan masyarakat yang memahami berbanding masyarakat yang menghukum. 

Itupun kalau benar la dia kena rogol. Kita perlu memikirkan sebarang kemungkinan2 yang timbul ketika kes neh melalui proses perbicaraan kelak. Macam2 boleh berlaku. Mula2 kita sangka A tapi tiba2 ia jadi B last2 rupanya2 ia C. So dalam soal ini, siapa betul, siapa salah kita sendiri sebagai orang luar pun tak pasti lagi.

Dan suspect rogol pula haruslah dibuktikan terlebih dahulu telah melakukan kesalahan tersebut maka tindakan bersesuaian akan diambil bagi menghukum mereka. Itu saja. Tindakan menyebarkan gambar tersebut pada dasarnya konon2 seperti kita nak menghukum penjenayah tetapi pada hakikatnya ia sedang membunuh jiwa ahli keluarga kepada setiap suspect2 tersebut. Apatah lagi tuduhan ke atas mereka belum terbukti lagi. Ia masih dalam proses siasatan.

Bayangkan semua orang yang kenal budak2 tue ataupun ahli keluarga tersebut akan memperkatakan isu tersebut. Nak pergi kerja, nak pergi kedai, nak pandang dan hadap persepsi masyarakat bukan mudah. Sudah cukup berat bila mendapat tahu anak kesayangan terlibat dalam insiden yang memalukan. Maka buat apa tambah berat dengan meletakkan beban kesalahan tersebut ke atas bahu ahli2 keluarga tersebut pula? Keluarga memainkan peranan yang sangat2 penting dalam mendidik anak2. Itu asas. Seperti itu juga la orang ramai memainkan peranan sebagai pendidik dalam institusi kemasyarakatan. Persoalannya, seberapa ramai yang sanggup tampil memberikan nasihat, kata2 semangat, kata2 perangsang, membantu berbanding mencela dan memaki hamun keluarga 8 suspect tersebut?

Fikir2kan la ek.

Oke bai. 

Jumaat, 4 Oktober 2013

PLKN : Kaji, Tangguh Atau Batal? - Ini Jawapan Rakyat Yang Menteri Perlu Ambil Tahu.


Jangan buat keputusan syok sendiri. Jangan buat tindakan tanpa mengambil tahu apa yang rakyat rasa mengenai PLKN ini.

Baru2 ini kita dikejutkan sekali lagi dengan seorang pelatih PLKN mati dalam kem latihan. Kes dipercayai kes dera. Mati dibunuh. Ini menjadikan kita sudah ada 22 kes kematian sepanjang PLKN di laksanakan.

Harus di ingat, kematian adalah salah satu cabang masalah. Salah satu. Selain dari kematian kita juga dihadapkan dengan pelbagai masalah yang berlaku dalam PLKN iaitu ;

1. Kes buli + dera.

2. Kes mengandung ketika dalam PLKN ataupun selepas balik PLKN ** [terpencil]

3. Kes rogol + ganguan seksual. Ada yang dilaporkan ada yang tidak dilaporkan.

4. Kes pegawai pelatih hantar surat2 cinta kepada pelatih2 perempuan.

5. Kes kecacatan kekal.

6. Kes keracunan makanan.

Bayangkan. Untuk anak yang kita jaga dan tatang dengan penuh kasih sayang, dengan berat ahti hantar dia ke satu program yang kita rasa belah bahagi, tapi akhirnya perasaan belah bahagi kita itu dimuktamadkan dengan kematian anak sendiri, adakah itu boleh diterima?

Pada saat ibu dan bapa benar2 mahu menghalang pemergian anak2 masing2 tapi mereka tak mampu untuk mengubah suasana, akhirnya terpaksa berat ahti menerima anak kesayangan mereka mati dalam PLKN. Itu kalau mati. Kalau yang kena cabul? Kalau yang kena buli dan dera sehingga menganggu psikologi budak2 itu, macam mana?

Kita boleh faham. Ini memang salah anak2 kita sendiri yang terlibat dengan zina dan seterusnya mengandung dan terberanak. Kita boleh salahkan diri kita kerana sikap anak2 kita yang gagal kawal tingkah laku mereka. Tapi adakah kita boleh terima anak2 kita yang baik, yang bukan budak jahat, mati dalam kem tahanan kerana kes buli?

Mana2 ibu bapa pun takan boleh terima. 

Sebab itu kerajaan perlu buka ruang untuk kita kaji semula mengenai PLKN di Parlimen. Baru2 ini MP Pas ada membawa usul berkaitan bagi membincangkan permasalahan2 yang berlaku dalam PLKN tetapi ia ditolak oleh speaker. Berkali2 PAS bawa isu tersebut dan berkali2 pula speaker tolak. Atas alasan2 yang tidak munasabah bahkan karut marut.

Kenapa?

Kenapa takut sangat untuk kita bincangkan isu PLKN dalam dewan?

Bila kita bawa isu neh kita nak ia ditambahbaik. Setakat ini pada Jun 2012 ;

Parlimen memberi jawapan kepada Nizar Jamaluddin bahawa 19 kematian direkodkan dengan 21 kecacatan kekal. Kenapa mereka2 yang datangnya dengan keadaan fizikal yang sempurna kembali dengan kecacatan dalam fizikal mereka? Adakah tahap keselamatan tidak dititikberatkan? Bila melihat anak2 orang lain yang tetiba2 sempurna dan kini menjadi kurang sempurna adakah ia tidak menakutkan ibu bapa yang lain? Adakah ibu bapa tidak akan rasa was2 dengan dengan PLKN? Sebab tue ramai ibu bapa rasa berat ahti nak lepaskan anak2 masing2. Ia tak sama bila anak2 terluka disebabkan diri sendiri berbanding dengan anak2 terluka disebabkan orang lain. Ia tak sama. Perasaan itu tak sama.

Itu belum amek kira bab layanan yang bias. Jangan nak bohongla. Aku ko dan kita semua tahu bahkan Allah lebih tahu. Bagaimana layanan terhadap orang2 terkenal yang masuk PLKN berbeza dari layanan yang orang2 biasa terima. Bagaimana layanan terhadap anak2 VVIP terima berbeza dengan anak2 orang biasa terima. 

Begitu juga dengan kes jurulatih PLKN ajak pelatih2 PLKN perempuan keluar, dating. Nama pun budak2 yang tak matang dalam membuat keputusan. Jauh pula dari ibu bapa. Was2 pula dengan pemikiran sendiri. Tak matang tak cerdik. Mungkin ada yang terpengaruh. Maka langgar undang2. Lepas ajak keluar kena rogol pula. Bukan kah tanggungjawab pelatih adalah untuk menjaga keselamatan budak2 ini? Adakah dengan cara merogol anak2 orang?

Rogol yang disenyapkan. Tanpa ibu bapa risau. Menyesal juga. Rogol yang diwar2kan, sampai ada yang dibebaskan dari hukuman pun jadi masalah juga. Pendek kata pokok permasalahan adalah didalam kem PLKN itu sendiri.

Sudah sepatutnya kerajaan biarkan ibu bapa buat keputusan yang babitkan keselamatan anak2 mereka sendiri. Jika mereka rasa was2 dengan PLKN mereka boleh memohon untuk gugurkan nama anak2 sendiri dari menghadiri kem ini. Pilihan macam neh patut diberikan kepada ibu bapa. Bukan memaksa maksa.

Kedegilan BN [melalui speaker] yang enggan memberikan ruang kepada PAS untuk bawa permasalahan2 ini amat dikesali. Sebab rakyat ada pandangan yang tersendiri. Ketika ditanya dalam satu survey online di laman facebook, mereka memberikan beberapa jawapan kat bawah neh ;

1. Mereka mahu kem PLKN dimahsuhkan terus. Ia tidak memberikan kebaikan kepada anak2 mereka bahkan hanya berperanan mengkayakan kroni. Elaun pun sikit2 aje.

2. Kecualikan perempuan dalam kem PLKN. Mereka risau anak2 mereka menjadi mangsa rogol, cabul dan ganguan seksual yang seterusnya mempengaruhi emosi anak2 mereka.

3. Berikan opsyen kepada ibu bapa samada mahu bersetuju ataupun menolak dengan menghantar anak2 ke kem PLKN. Jangan paksa2 orang pergi. Orang taknak pergi biarkan mereka taknak pergi. Orang nak pergi biarkanla dia pergi. Buat apa paksa2 anak orang dengan sesuka ahti pula?

4. Hentikan kem PLKN sehingga la semua kes2 kematian, rogol, dera dan sebagainya diselesaikan dengan seadilnya. Lepas tue kalau nak sambung balik pastikan semua kelemahan2 diperbaiki sebelum meneruskan kembali program ini.

5. Asingkan kem perempuan dan lelaki. Dalam buat dalam base kem yang sama. Jurulatih perempuan untuk pelatih perempuan. Jurulatih lelaki untuk pelatih lelaki. Jangan satukan mereka. Sekurang2nya kes rogol boleh dielakkan. Kes gangguan oleh jurulatih lelaki terhadap pelatih2 perempuan juga dapat dielakkan.

6. Kawalan keselamatan yang ketat dengan pemasangan CCTV disemua tempat. Mesti ada base yang memerhatikan keadaan menerusi CCTV. Maka kes buli mungkin dapat dikecilkan skopnya.

7. Wujudkan jurulatih kaunseling. Jika mana2 pihak rasa ada masalah kesihatan, masalah kena buli, kena kacau, at least mereka boleh mengadu agar dilepaskan dari masalah yang mereka hadapi. Jurulatih tak semuanya peka. Ada yang macam HARAM buat tatau jek dengan aduan pelatih2 tersebut. 

8. Proses yang ketat dalam pengambilan jurulatih. Jangan main amek aje la. Sampai ada yang mengorat2 anak dara orang dalam kem. Jurulatih bodoh apa macam neh.

9. 1 billion cash. Untuk setiap kematian dan apa saja perkara yang berlaku dalam PLKN yang melibatkan anak2 ini terluka. Tanpa banyak soal tanpa banyak ragam asalkan ia kematian, rogol, kena buli, apa saja berlaku dalam PLKN, kerajaan kena bayar 1billion. Nyawa anak2 bukan 1b. Ia bukan soal duit. Ini soal untuk memastikan kerajaan lebih peka dan ber-ahti2 dalam setiap keputusan mereka. Jika mereka perlu membayar 1billion, maka mereka akan lebih menitikberatkan soal keselamatan anak2 rakyat dalam kem.

Kita bukan mahu bersikap memberontak dengan setiap apa yang kerajaan usulkan kepada rakyat. Jika ia membawa kebaikan kita pasti setuju. Secara asasnya, dasar PLKN itu mempunyai maksud yang baik. Tapi sayangnya ia tidak disusuli dengan pelaksanaan yang betul sehingga menakutkan ibu bapa. Sekurang2nya buatla yang satu ini. Yang paling penting. Berikan ibu bapa dan anak2 ini pilihan samada mereka mahu hadir ataupun sebaliknya. Lepas tue kerajaan sendiri boleh nilai sendiri suara ahti rakyat. Jika ramai yang pergi ternyatalah ramai yang beranggapan program ini tidak perlu ditambahbaik. Jika ramai yang tidak pergi, maka kerajaan perlu faham penolakan ini adalah respon jelas kepada kerajaan bahawa ada sesuatu dalam PLKN yang perlu diubah.

Bai. 

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pelatih-pkln-muadzam-shah-mati-dibunuh

http://sisibukit.blogspot.com/2009/10/kes-rogol-pelatih-plkn-kemuka-rayuan.html 

http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/06/19-kematian-21-cacat-kekal-sejak-plkn.html 

http://www.youtube.com/watch?v=_PdBKDq7J4A 

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=396986

http://dapmalaysia.org/all-archive/English/2005/apr05/bul/bul2692.htm 

http://my.news.yahoo.com/ngo-ujian-kehamilan-plkn-dorong-pengguguran-bayi-041014208.html

Khamis, 3 Oktober 2013

Israel Ciplak Slogan Malaysia - Menteri.


Tak cukup dengan satu statement kelakar pasal rasuah aku rasa. Dia neh mesti beria2 nak masuk dalam carta dan kedudukan top 5 senarai menteri2 bodoh piang kat Malaysia bagi tahun 2013. Tue yang beria2 keluarkan macam2 statement bagi membuktikan dia layak untuk masuk dalam carta tersebut.

Errr tahniah ek.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH  KAH

Cakap terus terang. Aku tak kisah langsung bab2 kesamaan dalam slogan2 neh. Takde isu pada aku. Pada aku apa ada pada slogan? Yang penting adakah ko sebagai pemimpin buat kerja? Kalau ko buat kerja lantak la ko nak guna slogan seiras2 Israel ke apa ke bukan penting pun pada aku. 

Tapi dalam waktu yang sama ia juga bukan benda betul oke. Kalau ko bayar perunding luar juta2 last2 sekali slogan ko seiras2 pula dengan negara lain. Itu yang nak kena condem. Bukan bab slogan. Tapi bab cara nak mendapatkan idea untuk bentuk satu2 slogan tue yang kita kena condem.

Cuma dalam kes slogan Endless Possibilities neh kita tak dapat pun apa2 fakta atau bukti sahih yang menyatakan bahawa kerajaan kita bayar mana2 konsultan luar untuk mendapatkan idea tersebut bagi membina imej positif parti pemerintah di mata rakyat.

So tak la menjadi isu besar mana pun.

Cuma tak sangka yang menteri secara seriusnya benar2 menjawab isu seperti neh. Yang kelakarnya pula kenapa hanya sebut Israel? Bukan kah yang sebenarnya dorang mengatakan bahawa slogan tersebut adalah seakan2 sama dengan slogan dari Mongolia sebenarnya?

KAH KAH KAH

Teruskan focus pada isu2 macam neh Shahidan Kassim. Kami mahu lupa bab  laporan audit tue sebenarnya.

KAH KAH KAH 

Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/242875

RM7billion Setahun Untuk Bayar Kos Sewaan Bangunan Kerajaan Di Putrajaya.

JAWAPAN TIMBALAN MENTERI WANITA DIPARLIMEN

kos sewaan bangunan kementerian wanita diPutrajaya adalah RM 4 juta sebulan !

Setahun RM 48 juta !...ini baru sewa satu bangunan kementerian 
Kerajaan membelanja lebih dari RM 7 bilion setahun untuk sewa bangunan pejabat kerajaan di PutraJaya

Rujukan :  https://www.facebook.com/sitizailah/posts/10151967554819703



YB Siti Zaliah ialah MP bagi Rantau Panjang, Kelantan.

Memang menarik dan bijak YB kita tanya soalan macam neh. Apa pun ada sedikit kecelaruan maklumat di atas berbanding dengan apa yang Husam Musa pernah bentangkan dulu.

Rujuk ;

Kenyataan Dato Husam Musa dalam Sidang Media 1 Mei 2013.

Tajuk: Jimat RM27 bilion henti sewaan bangunan kerajaan di Putrajaya 

PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa mencadangkan supaya Kerajaan Pakatan Rakyat menghentikan amalan sewaan bangunan kerajaan dari Putrajaya Holding. Tindakan ini katanya, sekaligus dapat menjimatkan RM1.7 bilion setahun atau RM27 bilion untuk 15 tahun akan datang. Dalam sidang akhbarnya di Pusat Media PAS di Presint 9, sebentar tadi Husam memberitahu perkara ini sudah dibangkitkan beliau di Parlimen semenjak 2001 lagi. Pendedahan Husam ini agak mengejutkan rakyat kerana ramai yang tidak tahu, semua bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi PM dan TPM disewa dari Putrajaya Holdings. Menurut Husam, sewaan bangunan kerajaan ini bermula pada tahun 2003 secara berperingkat-peringkat mengikut bangunan yang disiapkan. Husam berkata, Putrajaya Holding telah mendapat tanah kerajaan secara percuma dan untuk pembinaan Putrajaya telah mengeluar bon-bon yang dijamin Kerajaan Malaysia. "Dengan penjimatan wang sebanyak ini, kita boleh laksanakan banyak program untuk pembangunan yang memberi manfaat kepada penjawat awam dan rakyat Malaysia," ujarnya.


Aku tak sure dari mana YB Siti Zaliah dapat angka 7billion setahun. Boleh jadi nilai sewaan telah meningkat. Yang tue aku tatau. Kita boleh tunggu YB kemukakan hujah2nya kemudian nanti. Cuma aku nak ulas sedikit fakta yang dikemukakan oleh Husam Musa.

Fahami ;

1. Tanah2 di Putrajaya ialah tanah2 kerajaan.

2. Ia diberikan secara percuma kepada Putrajaya Holdings untuk dibangunkan.

3. Bukan itu saja kerajaan juga menjamin bon2 yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. Bon2 tue merupakan pinjaman dari pihak2 tertentu kepada Putrajaya Holdings untuk satu tempoh tertentu sebelum ia mencapai tarikh matang. Bon2 ini pula dijamin oleh kerajaan maksudnya peminjam lebih mudah memberi pinjam sebab ada jaminan dari kerajaan.

Yang aku tak faham. Kenapa tidak kerajaan setup aje syarikat sendiri macam Putrajaya Holdings untuk bangunkan putrajaya. Sekurang2nya tak perlu bayar sewa. Biarla kerajaan terus yang menjadi pihak yang menerima pinjaman dan membayar semula pinjaman kepada pihak2 tertentu at least pinjaman tersebut akan ada tarikh tamat selepas pinjaman habis dibayar melalui bon2 jaminan kerajaan berbanding sewa yang tak berkesudahan neh.

Sekarang fikirkan. Samada 7billion setahun ataupun 1.7billion setahun, ia tetap wang bukan? Wang2 tersebut lebih baik dibangunkan untuk kegunaan rakyat secara kolektif dari terus mengkayakan Putrajaya Holdings. BTW, siapa pemilik Putrajaya Holdings neh? Teringin nak tahu beb. Alang2 kerajaan amek alih aje la syarikat tersebut dan terus lupuskan sewa dari terus terusan menyusahkan diri membayar sewa. Oke tak?

Dari Laut Kami Datang Kepada Laut Kami Kembali - Pistol.


Terkedek2 sang pistol berjalan menuju ke bangunan RTM. Terkedek2 bersama dengan sang peluru.

Wehh dah pukul berapa neh hah? Apa la jauh sangat RTM neh dari laut hah.. penat tau nak berjalan neh. Dah la nak tumpang pesawat Beecraft tak boleh sebab tak cukup dana untuk selanggara pesawat sampai pesawat tersebut tak boleh dioperasikan sepenuhnya bebel si peluru.

Tue tengok la jam dinding yang mahal nak mampos tue. Harga dia dekat RM4k. Ko ada? Ada? Takde kan. Kikikiki. Ejek pistol kat peluru. 

" Dekat 4k? Kat kedai jam yang kita lalu tadi tak silap aku neh harga dia 100 jek kot. "

" Tue lain, neh lain. Ini 4k sebab dengan kos selanggara. Bateri habis, nanti dorang tukarkan. Susah tau kerja2 nak selanggara jam neh. Kikikiki . "

Uihhh cantiknya bangunan RTM neh kan. Maka berlawat-lawatan la si pistol dan peluru ke bangunan RTM pada tengah malam tue. Memang dorang plan sejak dari laut lagi nak melawat bangunan RTM tue. Pada malam itu cita2 dorang kesampaian. Berjalan dan berjalan bertembung pula dengan pameran scanner2 termahal di dunia. Yang harga 14 ribu sebuah pun ada. Yang harga 20 ribu sebuah pun ada. Harga2 mahal sebab mengcover kos selenggara sekali. Gamaknya scanner tue rosak sekali setiap bulan kot. Kalau la dah beli mahal2 sekali tak rosak2 mesti rugi punyala. 

Sekali berjalan punya berjalan terserempak la pistol dan peluru dengan poster artis kpop. Ini ke artis kpop yang dibayar rm1.6juta oleh KBS pada tahun lepas tue? Tanya peluru pada pistol. Eh mana ada. KBS mana ada bayar artis kpop. Yang bayar tue penaja aje. Tak baik fitnah2 you. Berdosa tau. Ceramah si pistol kepada peluru. Peluru lepas kena ceramah tetiba berlari selaju lajunya sebab merajuk.

Lari punya lari.

Yang si pistol terkedek2 kejar punya kejar.

Sambil kejar sambil marah peluru. 

Ko memang bodoh. Ko memang bodoh. Ko memang bodoh.

Peluru pula membalas.

Aku tak bodoh. Aku tak bodoh. Aku tak bodoh.

Last2 peluru berhenti. Ah penat. Apsal ko lari hah? Ko tak fikir ke yang bangunan RTM neh ada CCTV? Satgi kita kantoi karang macam mana hah bodoh? Marah pistol. 

Hak eney. Ko ingat standard sangat ke CCTV kat RTM neh? Lainla CCTV kat Kolej Komuniti kat Melaka tue. Yang mana kos dia mahal nak mampos. Itu CCTV sampai boleh tembus dalam ahti manusia punya. Itu pasal kos dia dekat 200k. Ini CCTV cikai2 benda halus macam kita dorang takan dapat rakam punya la. Ujar peluru dengan penuh bangga2. 

Acececeh.. sedap aje ko bercakap kan. Aku neh dah la tetiba haus dan lapar sebab ko kejar ko tadi. Kot2 ada pegawai khazanah lalu kat sini pun best juga. Boleh minta dia belanja makan sebarang dua. Almaklumla kad kredit unlimited. Dorang belanja, rakyat bayar.

Aku taknak makan. Aku taknak minum. Ko dayus. Aku nak tengok facebook. Ko lupa ke yang aku cakap apa dalam laut tadi? Aku nak tengok facebook kan. Orang asyik berborak2 pasal facebook. Aku teringin nak tengok facebook tue apa. Cepatla bawa aku pergi tengok facebook sekarang. Rengek peluru yang mengada2. 

BODOH. Ko nak kena ada RM320 ribu sebelum boleh tengok facebook. Bukannya percuma. Tak fikir guna otak ko tue. Marah pistol. Dah la dia tengah kebulur nak mampos. Sambil2 tue sempat lagi dia mengata Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan yang gagal menyekat kerugian hampir RM2billion terhadap kontraktor yang tak amanah dalam membekalkan tahap keselamatan kepada sekolah2 tertentu. Lepas mengata Muhyiddin dalam ahti dia sambung mengata Kementerian Kesihatan pula. Jadah apa lakukan pembaziran puluhan ribu untuk kempen anti merokok yang mana risalah2 kempen gagal diedarkan akibat kesalahan ejaan yang terlalu banyak. Ini betul2 rugi. Pasal tak libatkan sekali pistol untuk merembat duit2 tersebut. Kalau dia terlibat sekali tak la rasa rugi apa pun. Geleng2 pistol kerana menyesal sebab tak dapat join songlap sekali.

Ahh aku nak lari lagi la macam neh. Rajuk peluru sebab sedih kena marah sambil mula nak berlari balik tapi tiba2 tak jadi bila dia ternampak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid. 

Wehh wehhh..

Apa dia? Nak lari pergi la lari. Malas aku nak kejar ko dah. Marah pistol. Kali neh lebih ganas lagi sebab dia berhajat nak sepak terajang peluru cinonet tue.

Tue tue.. KPN kita tue.

Mana2? Intai si pistol.

" Tue la tengah nak datang sini ".

" Aha la.. weh jom2 lari terjun laut. Cepat2 kita nak laporkan sekali pada geng2 kita yang dok menetap kat laut tue "

Maka berlari la selaju2nya pistol dan peluru mencari laut untuk terjun. Doa mereka harap2nya KPN tak jumpa mereka dan geng2 mereka di dalam laut dalam tue. No siri pun dah padam tue.

Kah Kah Kah

Rabu, 2 Oktober 2013

Review Laporan Audit Negara Bagi Tahun 2012.

Baca la satu persatu. Kalau rasa mampu baca tanpa rasa sakit, baca la satu persatu. Kalau rasa tak mampu untuk bendung rasa sakit di ahti, maka jangan baca. Kerana ia hanya membuatkan kebencian terhadap BN semakin meluap2.

Setiap tahun pun sama. Ini kitaran nya.

Laporan audit didedahkan kepada umum = kita bahas sebab wujud penyelewengan = menteri berjanji akan menyelesaikan perkara berbangkit = tapi janji tinggal janji = penyelewengan dan penyalahgunaan dana awam terus wujud = tiada hukuman dan tindakan dikenakan kepada pihak2 yang berpangkat besar = hanya mereka2 yang kecil dan berstatus rendah disuruh pikul tanggungjawab = maka kita tunggu la laporan audit untuk tahun mendatang pula = proses yang sama berulang dan berulang dan masih berulang.

Adakah suara2 rakyat ialah suara2 monyet pada pandangan pemimpin BN? Nampaknya macam ya. Kerana mereka  tak rasa takut atau serik langsung untuk berbuat kezaliman terhadap rakyat sendiri. Dan nampaknya penyokong2 BN juga sampai sekarang tak serik2 memangkah parti itu walaupun bukti demi bukti penyelewengan didedahkan.

Alasan mereka yahudi, kafir, kristian, cina blablablabla.. alasan2 yang merepek tak tentu hala. Meletakkan ketakutan di tempat yang tak terbukti itu merupakan satu kebodohan. Tak payah ulas panjang2 la bab kebodohan tue. Buang masa nak bedahsiasat akal mereka.

Kita ulas terus bab laporan audit negara bagi tahun 2012.



1. RTM beli jam yang mencecah harga 3,810 sebijik dalam 20 biji. Menurut laporan audit, harga jam tue sepatutnya rm100 aje pun sebuah.

2. Untuk scanner pula = mesin pengimbas, RTM beli dengan kos RM14,670 sebuah. Hahaha. Ada ke scanner dengan harga mahal macam tue? Nak imbas apa? Mata? Otak? Kertas aje pun woi. Scanner A4 aje pun. Untuk jam dinding yang branded nak mampos tue katanya dengan mesin scanner tue RTM telah belanjakan sebanyak RM120, 210.00 = 3 scanners + 20 biji jam dinding. Jangan menangis wahai pembaca2 blog. Jangan menangis. Jika anda rasa ini pembaziran, maka ketahuila bahawa ada lagi yang lebih membazir dari ini.

3. Kalau nak tahu, RTM juga beli scanner untuk A3 dengan harga rm20, 630 sebuah. Beli 5 biji. Harga asal rm1,000 sebuah. Tapi RTM beli dengan harga 20k. Wow.

4. Dan nak tahu apa respon RTM terhadap siasatan audit? Mereka cakap harga yang bayar meliputi kos pemasangan, penyelenggaraan dan kos maintainance. Gila kelakar nak mampos. Ko tak reti nak godek2 jam dinding tukar bateri ke apa bagai kalau dia dah lambat bergerak? Dan audit juga memaklumkan bahawa semua peralatan di atas dibekalkan oleh sebuah syarikat melalui rundingan terus. Syarikat kroni sapa la tue ek.

5. Jabatan Kastam pula menyebabkan kerugiaan 600k bila mereka lupuskan beribu2 pasang kasut atas alasan tidak menepati piawaian kualiti yang dikehendaki oleh Kastam. Secara logiknya aku neh pembeli, ko pula penjual. Ko jual sesuatu, aku check dulu, dah oke baru aku bayar. Betul tak? Tapi bila barangan yang dijual itu tidak menepati kehendak aku, apakah aku akan terus proceed dan bayar? Tak la kan. Tapi apakah pula prosuder yang dijalankan oleh KASTAM? Kalau tak menepati piawaian, tukar la balik. Suruh syarikat tersebut betulkan kesalahan mereka. Apa jadah ko buang duit sampai 600k macam neh?

6. Kementerian kesihatan lagi best. Mereka boleh pergi upah 2 syarikat untuk selenggara facebook. Tak belajar dari kesilapan Ng Yen Yen nampaknya. Kempen kesihatan untuk mengalakkan masyarakat agar jangan merokok. Melibatkan rm320k wang pembayar cukai. Takde masalah kalau mereka betul2 focus buat kerja2 kempen seperti risalah, video kesedaran dan sebagainya. Tapi kalau sekadar bangunkan satu laman facebook, apa je pun? Ia boleh dibuat sendiri ma. Lantikla satu kakitangan tetap bayar la gaji dia tiap2 bulan untuk update status facebook, kongsikan kempen2 kesedaran mengenai tabiat merokok. Kan lebih menjimatkan disitu?

7. Kementerian yang sama juga berperanan membazirkan wang pembayar cukai sebanyak rm38,750 apabila kempen2 risalah kesedaran tentang bahaya merokok dan juga beg kertas terpaksa dilupuskan akibat menggunakan kata2 yang sukar difahami dan kata2 yang dianggap menghina. Merokok satu tabiat bodoh untuk orang bodoh. Inila slogan yang digunapakai yang kemudian nya menyebabkan ia terpaksa dilupuskan begitu saja. Bukan kah perkataan yang lebih tepat ialah kementerian kesihatan diuruskan oleh orang yang bodoh untuk menghasilkan kempen yang bodoh? Bahkan audit turut mendedahkan terdapat ribuan kesalahan ejaan dalam buku2 nota yang mereka sepatutnya edarkan kepada masyarakat. Ohh yeah? Makna nya alasan perkataan bodoh itu hanyalah sekadar alasan sampingan aje kot. Alasan utama nya ialah buku2 nota tersebut mengandungi kesalahan ejaan yang memalukan kementerian jika ia diedarkan juga. Heh.

8. Kerajaan bayar rm1.6juta untuk artis kpop di saat rakyat dihadapkan dengan pelbagai kempen jimat cermat pada tahun 2012. Masihkah korang semua ingat lagi? Apa TPM cakap? Rakyat malas nak berjimat cermat? Apa Jamil Khir cakap? Orang miskin jangan suka meminta2? Woahhhh. Artis kpop dibayar jutaan ringgit beb. Rakyat sendiri dipaksa berjimat beb. Potong pelbagai subsidi lepas tue ceramahkan kita agar lakukan perbelanjaan berhemah. Takde duit untuk kebajikan rakyat tapi ada duit untuk artis KPOP? Artis kpop bukan orang kafir? Bukan kah totok UMNO anti nak  mampos dengan orang2 kafir? Lainla aku yang rilex je dengan geng2 kafir dan yahudi. Bahkan aku sentiasa menyayangi mereka.

9. Mahu tahu pula apa yang CEO2 KHAZANAH buat seperti yang dilaporkan oleh audit negara? Dorang dapat kad kredit AMEX tanpa had penggunaan. Pergh. Rujuk bawah ;



Dapat kad kredit percuma satu hal, takde had satu hal, tak mengisytiharkan pula perbelanjaan satu hal, tak payah bayar satusen pun satu hal lagi. Owhh indahnya dunia membelanjakan wang orang lain tanpa kawalan.

10. Yang neh pun best juga. Seorang pegawai kerajaan dibayar sebanyak rm303,813 untuk melancong sambil bekerja ke Geneva-Switzerland selama 4 hari yang mana audit mendedahkan bahawa jika pegawai tersebut menggunakan penerbangan kelas pertama pergi balik, tidur di hotel mewah sekalipun tak mungkin kos nya akan mencecah rm50,000.

11. Audit juga mendedahkan bahawa kerajaan terlebih bayar kepada TM sebanyak rm27.59 juta bagi program MERS = Talian 999 satu inisiatif kerajaan untuk memudahkan aduan mengenai kecemasan di negara ini. 

12. Dalam perkembangan yang berkaitan, audit turut mendedahkan kerajaan terlebih bayar rm1.92 juta kepada pakar perunding bagi projek MERS. Dan TM juga masih mengenakan bayaran kepada kerajaan bagi satu projek usahasama untuk mendidik kanak2 mengenai penyalahgunaan talian 999 walaupun projek tersebut telah dihentikan sejak tahun 2008. Audit mendedahkan despite of that, TM masih gagal mendidik rakyat mengenai panggilan palsu yang dibuat terhadap talian 999 di mana 97.5 % panggilan yang dibuat terhadap 999 adalah panggilan kecemasan yang palsu. Dan 32.4% panggilan kecemasan yang dibuat pula tak berjawab. 

13. Yang neh pun best juga. Lebur rm30,000 atas papan iklan. Aku malas nak tulis dah. AKu PC je korang baca. Klik gambar untuk pembacaan yang lebih jelas.


Kalau untuk kempen2 kesedaran takde masalah. Tapi kalau sekadar bayar syarikat untuk buat papan iklan yang rosak + jahanam apa cerita? Buang duit aje la.

14. Kementerian Kesihatan memang sure suka membazir tak tentu hala. Kempen2 kesedaran memang oke. Tapi kena pantau gak projek2 tersebut. Jangan main langgar lari aje. Ini ada satu lagi kes pasal papan iklan. Kali neh 30 papan iklan = rm494k. Kalau boleh dipakai takde hal. Masalah haprak. Betul2 buang duit. 

Lihat gambar ;



15. Audit juga mendedahkan MBM Majlis Belia Negara membayar 2 atau 3 kali bagi kerja2 yang sama. Buat satu kerja tapi dapat bayaran dua atau tiga kali. Pergh. Bestnya.

Lihat bawah ;





16. Yang neh pun best juga. Bayar punya bayar tapi takde bukti kenapa bayaran itu dibuat. Best tak? Menurut semakan audit mereka ;

- Bayaran tersebut di anggap tidak jelas

- Dan tidak munasabah 

- Siasatan harus dijalankan bagi memastikan unsur2 penyelewengan tak berlaku.

Hehe. Tak payah la beria2 audit oooii. Duit tue dah lebur ke mana2 hala dah. Rakyat je kena jimat cermat la neh.

Lihat bawah. Ia babitkan Jabatan Belia dan Sukan Negara.



 Ini lagi satu.

Sejumlah RM179,080 didapati telah digunakan untuk perbelanjaan Majlis Makan Malam Petugas HBN 2012, di mana terdapat peningkatan perbelanjaan sebanyak 80.2% berbanding sejumlah RM99,365 yang telah dibelanjakan untuk majlis yang sama pada tahun sebelumnya

Korang boleh terus p kat page 377. Kalau rajin baca sekali yang kementerian yang sama telah membelanjakan 42,500 untuk beli 17 papan tanda robot yang audit sifatkan tidak munasabah dengan harga yang ditawarkan.

Pfttt. 

Kita ada banyak duit rupanya. Ingatkan betul2 dah takde duit untuk salurkan kepada kebajikan rakyat. Dah sampai beli papan tanda robot ribu2 tue mestila duit kerajaan banyak sangat.

17. Dalam laporan audit juga mendedahkan bagaimana aset polis hilang meskipun dalam pengawasan polis sendiri. Antara aset yang dicatatkan hilang ialah PISTOL dan juga kenderaan polis. Menurut KPN, pistol tersebut mungkin jatuh kat laut. Macam pelik pula jawapan tue. Sebab kalau korang tengok laporan audit, pistol2 tersebut hilang secara berasingan dan dilaporkan kehilangan oleh polis2 yang berbeza tapi macam mana pula pistol2 tue boleh sepakat untuk terjun ke laut bersama2? Ya, ya jangan tanya aku boleh tak pasal aku pun tengah dok ketuk2 kepala hotak untuk memahami maksud KPN kesayangan korang tue.

18. Begitu juga dengan beberapa buah pesawat yang dibeli oleh kementerian pertahanan tetapi tidak boleh diterbangkan atas alasan tiada penyelengaraan akibat kekurangan dana untuk maintainance. Cantik. Beli sikit punya mahal. Tapi tak boleh terbang. Dah tahu ia pesawat yang memerlukan kos maintainance yang tinggi, kenapa tak amek kira semua aspek sebelum melakukan pembelian? Tak merancang ke? Bila lama2 tak pakai, terbiar, tak diselanggara dengan baik bukan kah ia akan rosak dan reput begitu saja? Dah rugi lagi duit. Beli baru lagi lepas tue takde lagi duit nak selanggara, betul tak?

19. Dan lagi satu untuk pesawat yang sama, Beechcraft, sebanyak 5 buah dibeli sebanyak RM175.24 juta dengan harga yang lebih mahal dari sepatutnya menurut audit. Untuk rekod, kementerian kewangan telah meluluskan peruntukkan sebanyak rm194.75 juta pada tahun 2012 untuk tujuan penyelenggaraan tapi still pesawat2 tersebut tidak mampu dioperasikan sepenuhnya atas alasan kekangan dana, ada logik ka?

20. Projek rangkaian paip pembetungan di Kuala Sawah, Seremban, Negeri Sembilan meningkat kos pembinaan daripada RM81.45 juta kepada RM121.65 juta. Kontraktor lama yang diberikan amanah untuk lakukan projek neh telah diberhentikan oleh JPP dengan alasan kontraktor tersebut tidak berupaya menyiapkan projek tersebut dalam masa yang ditetapkan itu la merupakan kos bagi projek tersebut meningkat. Laporan audit juga menyebut bahawa lantikan kontraktor tidak memenuhi proses yang sepatutnya. Sapa lantik kontraktor lama? Betul kah dia akan dipertanggungjawabkan untuk mengganti semula kerugian yang timbul? Kalau belum siap pergi bayar sepenuhnya kat dia buat apa? 

21. Sebanyak RM431.59 juta kepada dua kontraktor utama Alstom daripada Perancis dan Impsa (Argentina) bagi kerja2 menyiapkan empangan bakun. Ini projek berskala besar dan dah makan beberapa tahun. Tak siap2 juga. Kos semakin lama semakin tinggi. Kedua2 kontraktor yang dilantik itu bukan saja gagal menyiapkan projek dalam had waktu yang diselesaikan bahkan meminta pampasan dan meminta dilanjutkan tempoh masa untuk menyiapkan projek tersebut. Kerajaan pula terikat kepada tuntutan mereka. Itu menurut laporan audit negara. Tak faham aku. Atas alasan apa kerajaan terikat pada tuntutan mereka pula?

22. Kos pemasangan CCTV di 4 buah kolej komuniti dicatatkan berbeza2 dengan RM35,350 di Kolej Komuniti Segamat 2, Johor; Kolej Komuniti Selandar (RM139,200), Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka (RM281,249) dan Kolej Komuniti Gerik, Perak (RM144,900), menurut laporan audit negara 2012. Kos pemasangan cct di kolej komuniti Melaka paling mahal dengan kos sebanyak rm281,249 untuk berapa buah cctv tah. Berbeza pula dengan kos pemasangan cctv di kolej komuniti segamat 35k jek. Oleh itu audit meminta satu siasatan khas dilakukan bagi menilai punca perbezaan tersebut.


Sebenarnya kalau baca satu persatu, memang penyelewengan penuh bersepah2 kat pelbagai agensi2 berkaitan kerajaan dan kerajaan itu sendiri. Penat nak tulis. Terlalu banyak. Aku baca pun pening. Sana sini wujud ketirisan yang amat besar.

Sebenarnya juga aku dah lama faham. Rakyat juga dah sedia faham. Mana2 penyelewengan yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan adalah bermaksud kakitangan kerajaan tue yang buat, bukan menteri2 yang buat. Sudah sepatutnya la kakitangan kerajaan tue dihadapkan dengan hukuman. Kenapa menghukum menteri2 pula.

Itu betul. 

Tapi bila menteri sendiri berpakat melakukan pembaziran dan menutup kelemahan demi kelemahan oleh kakitangan2 di kementerian2 mereka apa cerita? Tak ke mereka bersalah sekali sebab bersubahat dan berpakat?

Fahami la dulu.

1. Penyelewengan demi penyelewengan didedahkan oleh audit.

2. Tindakan susulan yang diambil untuk membetulkan kesalahan adalah dalam skala yang kecil.

3. Duit tetap hilang tak berganti, kerajaan tetap rugi.

4. Kakitangan atasan yang terlibat dalam proses kelulusan masih bekerja, kakitangan bawahan yang dipersalahkan, dipecat dan dipertanggungjawabkan. Contohnya macam kes menteri2 kita neh la. Bukan sedikit mereka dikaitkan dengan pelbagai skandal. Tapi ada siasatan? Ada? Takde. Bahkan dapat jawatan demi jawatan lagi la ada. Mereka disucikan dengan mengunakan statement media. Yang lebih keras menyucikan diri dengan tindakan saman. Dan akhirnya yang rakyat yang macam kita juga terpaksa menelan air liur. Nak lawan orang kaya kena spare duit. Kita duit tak banyak. Cukup2 makan pakai. Taknak lawan rasa tak boleh. Nak lawan kena ada duit. Kita tersepit di tengah2. Maka kembali la pada Allah yang menjadi tempat mengadu. Sampai bila mangkok2 ayun neh masih mahu menyusahkan kami?

5. Siasatan dilakukan bersifat sementara. Nak kaburi pandangan rakyat. Owh rupanya kerajaan nak selesaikan masalah padahal selepas 3,4 bulan kes tersebut senyap, takde apa2 perubahan dan penyelewengan tetap berlaku.

6. Tiada usaha yang konsisten, keras dan tegas untuk menghentikan pembaziran yang dilakukan oleh sektor awam.

7. Tiada usaha yang konsisten, keras dan tegas untuk menyenaraihitamkan individu2 tertentu yang terlibat dari luar untuk songlap duit kerajaan. Individu2 ini menggunakan nama syarikat2 yang berbeza still dapat projek sebab disenaraihitamkan based on syarikat not based on individu itu sendiri.

8. SPRM tidak dilibatkan secara terus supaya kakitangan awam rasa kecut untuk melakukan penyelewengan. Hukuman yang ringan dan biasa2 aje membuatkan mereka tak rasa takut langsung disamping ketidakpekaan oleh kementerian2 tersebut untuk membanteras kegiatan penyalahgunaan dana awam dengan tegas.

9. Sistem lulusan bayaran yang tidak efisen, tidak tersusun dan tidak tertib. Sepatutnya semua bayaran2 yang diluluskan perlu melalui satu agensi pemantauan yang mana berperanan menyiasat, membuktikan kesahihan, memastikan bahawa bayaran tersebut tally dengan barangan dan satu2 perkhidmatan, sebelum boleh dikeluarkan baucar bayaran. 

Lebih baik kita gunakan duit pembayar cukai untuk wujudkan satu agensi pemantauan dan siasatan yang berkesan daripada berterus terusan membiarkan penyelewengan, pembaziran dan penyalahgunaan dana awam seperti ini. 3OK nampak macam kecik. Tapi bila dihitung2 dengan 30k, dengan 120k,  dengan 1.6juta dan semua sekali, ia adalah satu jumlah yang amat besar dan sangat2 sakit ahti untuk difikirkan ia terbazir begitu saja untuk perkara yang tah hapa2 disaat rakyat terpaksa berhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi dengan subsidi untuk rakyat ditarik balik sedikit demi sedikit atas alasan kerajaan mengalami defisit, rakyat perlu berjimat dan perlu sama2 kerajaan untuk membantu memulihkan ekonomi negara. 

Takde masalah. Kita sama2 bersatu memulihkan ekonomi negara. Tapi masalahnya sekarang disatu pihak je diseru berkorban disatu pihak lagi langsung buat tatau.

Kerjasama apa jadah macam neh? 

Fikir2kanla ek. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...