Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 30 September 2013

Masjid Ini Bernilai 6 Juta Dan Ia Runtuh - Ini Mungkin Petunjuk Dari Allah !!!

Yer.



Itula nilai masjid tersebut. RM6juta. Bukan satu kos yang kecik, tapi besar tue.  First episode kat sini 

==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/09/gambar2-siling-masjid-runtuh-di.html

Sekarang kita amek tahu dulu point2 penting dalam isu neh ;

1. Masjid telah siap dibina hampir 2 tahun.

2. Masjid tersebut menelan belanja hampir rm6juta.

3. MB Terengganu pula mahu SPRM siasat runtuhan masjid tersebut.

4. Dipercayai bahawa masjid tersebut tidak diselia dengan baik. Dari proses pembinaan sehinggalah kepada proses meluluskan projek. Ia kucar kacir kerana melibatkan pihak2 tertentu. Apa pun lebih baik kita biarkan siasatan dijalankan sepenuhnya sebelum membuat sebarang kesimpulan yang melulu.

Sebenarnya. Ada sesuatu yang penting yang kita semua terlepas pandang. Aku percaya.

Runtuhan demi runtuhan ini bermula sejak airmata rakyat yang berkongsi duit untuk bina SURAU Bujal jatuh ke tanah pada hari bangunan mereka diruntuhkan. Itu yang orang kata. Air mata penduduk sekitar berteriak melihat surau mereka dirobohkan atas nama politik. Ini apa yang aku diberitahu serba sedikit. Harus di ingat ada percangahan maklumat antara keduanya pihak2. Di pihak PAS berbeza dari apa yang UMNO beritahu.

PAS mengatakan ;

1. Kerajaan negeri PAS beri sebidang tanah untuk didirikan masjid/surau.

2. Penduduk kampung buat collection untuk bina surau.

3. Maksudnya surau dibina dengan duit2 titik peluh penduduk2 kampung kat situ.

4. Dengan penuh kesungguhan mereka kumpul duit, dan bina.

5. Ia adalah hasil tangan mereka sendiri untuk melihat surau tersebut terpacak atas tanah.

6. Tanpa mengambil kira sumbangan orang ramai samada miskin kaya, mereka bersatu untuk menderma bagi merealisasikan pembinaan surau tersebut.

7. Program2 berbentuk keagamaan akan disusuli juga untuk mendidik anak2 kecil tentang agama Islam..

8. Surau tersebut dalam proses pembinaan. Maksudnya belum siap sepenuhnya. Tapi sayangnya ia dirobohkan atas alasan politik.

9. Selain dari surau, beberapa rumah penduduk kampung yang miskin dan daif juga dirobohkan atas alasan tanah.. tanah2 tue diberikan oleh kerajaan negeri PAS kepada penduduk2 yang daif kat situ untuk mendirikan rumah. Tanah lot. Tapi ia diambil semula oleh UMNO sejurus mereka memenangi PRU ke 11. 

Dari pihak UMNO pula ;

1. Mereka kata penduduk2 yang duduk2 atas tanah lot tue duduk secara haram. Bukan hanya satu penempatan, bahkan ada banyak penempatan HARAM.

2. UMNO terpaksa membersihkan penempatan HARAM.

3. Tiada bukti dokumentasi bahawa tanah tersebut telah dianugerahkan kepada penduduk2 kampung di pelbagai kawasan di Terengganu.

4. Begitu juga dengan perobohan surau tersebut. Dikatakan itu bukan surau tapi markas PAS. Pas saja bina surau kat situ sebab tahu nanti UMNO nak robohkan bangunan tersebut.

5. PAS juga mengagih2kan tanah sesama mereka sebenarnya. Bukan diagih2kan kepada penduduk miskin yang lagi daif.

6. Jadi UMNO cuma membersihkan semula penyelewengan2 yang membabitkan pentadbiran PAS yang lepas ketika Terengganu ditadbir oleh Haji Hadi.

Pendapat aku.

1. Jika wujud unsur2 penyelewengan, penempatan haram, pengagihan tanah, jual beli tanah lot secara tidak tersusun, tidak telus, rasuah dan sebagainya, kenapa sampai sekarang tak buka kertas siasatan dan dakwa? Nak tunggu apa lagi? Dakwa saja PAS menyeleweng. Apa susah? Buat apa cakap2 macam neh nak sebarkan dari mulut ke mulut, blog ke blog, wassap ke wassap, facebook ke facebook? Amek satu tindakan yang jelas, pasti. Titikkan kes neh ke satu keputusan yang muktamad sehingga menutup cakap2 rakyat bahawa UMNO = zalim sebab roboh surau. Simple ma.

2. MB Terengganu kena berhenti main wayang. Seriyus. Ini hanyalah wayang jek bila dia arahkan SPRM menyiasat kes runtuhan masjid yang terkini di Kuala Terengganu tue. Sepatutnya jika dia benar2 mahu menyelesaikan kes runtuhan di Terengganu dia kenala tegas. Buka semua kes runtuhan yang berlaku di Terengganu.  Siasat dan dakwa semua sekali. Siapa pun mereka sekalipun even KJ sekalipun, dia kena dakwa. Even Najib sekalipun terlibat dia kena dakwa. Semua sekali tanpa kira pangkat, status dan kedudukan. 

3. Selesaikan isu yang melibatkan penduduk2 kampung yang berkongsi duit bina surau di kampung bujal tue. Ramai yang kata runtuhan berlaku selepas insiden di kampung bujal. Jumpa la semua sekali pihak2 yang terlibat. Jika perlu bermaaf-maafan, kita saling la bermaaf-maafan. Jika perlu mengadakan rundingan, maka adakan la rundingan. Jika wang rakyat yang bina masjid tue perlu diganti, maka gantikanla ia. Pendek kata lakukanlah penyelesaian yang menyeluruh.

Seperti mana yang aku sebutkan sebelum neh, jika satu atau dua runtuhan, ia mungkin kebetulan. Jika 3 atau 4 runtuhan ia mungkin melibatkan penyelewengan. Tetapi jika ia 5 dan berterusan, ada sesuatu yang kita perlu fahami. Ada sesuatu yang Allah beri. Ini petanda. Ini petunjuk. Ini kasih sayang dari Allah sebelum kita benar2 sudah tiada peluang untuk berpatah balik. Setakat ini semua runtuhan demi runtuhan tidak melibatkan nyawa rakyat Malaysia melainkan pekerja2 pembinaan. Itupun hanya tercedera. Sebelum sesiapa benar2 mati, terkorban, maka lakukan la sesuatu. Bercakap pasal penyelewengan dan ketidaktelusan BN, ia berlaku di mana2 negeri. Tetapi kenapa secara spesifiknya, hanya Terengganu aje melibatkan projek2 runtuhan secara kerap dan berulang kali? Ini la yang perlu kita fikirkan sama2.  

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/242449

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...