Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 3 Oktober 2013

RM7billion Setahun Untuk Bayar Kos Sewaan Bangunan Kerajaan Di Putrajaya.

JAWAPAN TIMBALAN MENTERI WANITA DIPARLIMEN

kos sewaan bangunan kementerian wanita diPutrajaya adalah RM 4 juta sebulan !

Setahun RM 48 juta !...ini baru sewa satu bangunan kementerian 
Kerajaan membelanja lebih dari RM 7 bilion setahun untuk sewa bangunan pejabat kerajaan di PutraJaya

Rujukan :  https://www.facebook.com/sitizailah/posts/10151967554819703



YB Siti Zaliah ialah MP bagi Rantau Panjang, Kelantan.

Memang menarik dan bijak YB kita tanya soalan macam neh. Apa pun ada sedikit kecelaruan maklumat di atas berbanding dengan apa yang Husam Musa pernah bentangkan dulu.

Rujuk ;

Kenyataan Dato Husam Musa dalam Sidang Media 1 Mei 2013.

Tajuk: Jimat RM27 bilion henti sewaan bangunan kerajaan di Putrajaya 

PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa mencadangkan supaya Kerajaan Pakatan Rakyat menghentikan amalan sewaan bangunan kerajaan dari Putrajaya Holding. Tindakan ini katanya, sekaligus dapat menjimatkan RM1.7 bilion setahun atau RM27 bilion untuk 15 tahun akan datang. Dalam sidang akhbarnya di Pusat Media PAS di Presint 9, sebentar tadi Husam memberitahu perkara ini sudah dibangkitkan beliau di Parlimen semenjak 2001 lagi. Pendedahan Husam ini agak mengejutkan rakyat kerana ramai yang tidak tahu, semua bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi PM dan TPM disewa dari Putrajaya Holdings. Menurut Husam, sewaan bangunan kerajaan ini bermula pada tahun 2003 secara berperingkat-peringkat mengikut bangunan yang disiapkan. Husam berkata, Putrajaya Holding telah mendapat tanah kerajaan secara percuma dan untuk pembinaan Putrajaya telah mengeluar bon-bon yang dijamin Kerajaan Malaysia. "Dengan penjimatan wang sebanyak ini, kita boleh laksanakan banyak program untuk pembangunan yang memberi manfaat kepada penjawat awam dan rakyat Malaysia," ujarnya.


Aku tak sure dari mana YB Siti Zaliah dapat angka 7billion setahun. Boleh jadi nilai sewaan telah meningkat. Yang tue aku tatau. Kita boleh tunggu YB kemukakan hujah2nya kemudian nanti. Cuma aku nak ulas sedikit fakta yang dikemukakan oleh Husam Musa.

Fahami ;

1. Tanah2 di Putrajaya ialah tanah2 kerajaan.

2. Ia diberikan secara percuma kepada Putrajaya Holdings untuk dibangunkan.

3. Bukan itu saja kerajaan juga menjamin bon2 yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. Bon2 tue merupakan pinjaman dari pihak2 tertentu kepada Putrajaya Holdings untuk satu tempoh tertentu sebelum ia mencapai tarikh matang. Bon2 ini pula dijamin oleh kerajaan maksudnya peminjam lebih mudah memberi pinjam sebab ada jaminan dari kerajaan.

Yang aku tak faham. Kenapa tidak kerajaan setup aje syarikat sendiri macam Putrajaya Holdings untuk bangunkan putrajaya. Sekurang2nya tak perlu bayar sewa. Biarla kerajaan terus yang menjadi pihak yang menerima pinjaman dan membayar semula pinjaman kepada pihak2 tertentu at least pinjaman tersebut akan ada tarikh tamat selepas pinjaman habis dibayar melalui bon2 jaminan kerajaan berbanding sewa yang tak berkesudahan neh.

Sekarang fikirkan. Samada 7billion setahun ataupun 1.7billion setahun, ia tetap wang bukan? Wang2 tersebut lebih baik dibangunkan untuk kegunaan rakyat secara kolektif dari terus mengkayakan Putrajaya Holdings. BTW, siapa pemilik Putrajaya Holdings neh? Teringin nak tahu beb. Alang2 kerajaan amek alih aje la syarikat tersebut dan terus lupuskan sewa dari terus terusan menyusahkan diri membayar sewa. Oke tak?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...