Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 3 Oktober 2013

Dari Laut Kami Datang Kepada Laut Kami Kembali - Pistol.


Terkedek2 sang pistol berjalan menuju ke bangunan RTM. Terkedek2 bersama dengan sang peluru.

Wehh dah pukul berapa neh hah? Apa la jauh sangat RTM neh dari laut hah.. penat tau nak berjalan neh. Dah la nak tumpang pesawat Beecraft tak boleh sebab tak cukup dana untuk selanggara pesawat sampai pesawat tersebut tak boleh dioperasikan sepenuhnya bebel si peluru.

Tue tengok la jam dinding yang mahal nak mampos tue. Harga dia dekat RM4k. Ko ada? Ada? Takde kan. Kikikiki. Ejek pistol kat peluru. 

" Dekat 4k? Kat kedai jam yang kita lalu tadi tak silap aku neh harga dia 100 jek kot. "

" Tue lain, neh lain. Ini 4k sebab dengan kos selanggara. Bateri habis, nanti dorang tukarkan. Susah tau kerja2 nak selanggara jam neh. Kikikiki . "

Uihhh cantiknya bangunan RTM neh kan. Maka berlawat-lawatan la si pistol dan peluru ke bangunan RTM pada tengah malam tue. Memang dorang plan sejak dari laut lagi nak melawat bangunan RTM tue. Pada malam itu cita2 dorang kesampaian. Berjalan dan berjalan bertembung pula dengan pameran scanner2 termahal di dunia. Yang harga 14 ribu sebuah pun ada. Yang harga 20 ribu sebuah pun ada. Harga2 mahal sebab mengcover kos selenggara sekali. Gamaknya scanner tue rosak sekali setiap bulan kot. Kalau la dah beli mahal2 sekali tak rosak2 mesti rugi punyala. 

Sekali berjalan punya berjalan terserempak la pistol dan peluru dengan poster artis kpop. Ini ke artis kpop yang dibayar rm1.6juta oleh KBS pada tahun lepas tue? Tanya peluru pada pistol. Eh mana ada. KBS mana ada bayar artis kpop. Yang bayar tue penaja aje. Tak baik fitnah2 you. Berdosa tau. Ceramah si pistol kepada peluru. Peluru lepas kena ceramah tetiba berlari selaju lajunya sebab merajuk.

Lari punya lari.

Yang si pistol terkedek2 kejar punya kejar.

Sambil kejar sambil marah peluru. 

Ko memang bodoh. Ko memang bodoh. Ko memang bodoh.

Peluru pula membalas.

Aku tak bodoh. Aku tak bodoh. Aku tak bodoh.

Last2 peluru berhenti. Ah penat. Apsal ko lari hah? Ko tak fikir ke yang bangunan RTM neh ada CCTV? Satgi kita kantoi karang macam mana hah bodoh? Marah pistol. 

Hak eney. Ko ingat standard sangat ke CCTV kat RTM neh? Lainla CCTV kat Kolej Komuniti kat Melaka tue. Yang mana kos dia mahal nak mampos. Itu CCTV sampai boleh tembus dalam ahti manusia punya. Itu pasal kos dia dekat 200k. Ini CCTV cikai2 benda halus macam kita dorang takan dapat rakam punya la. Ujar peluru dengan penuh bangga2. 

Acececeh.. sedap aje ko bercakap kan. Aku neh dah la tetiba haus dan lapar sebab ko kejar ko tadi. Kot2 ada pegawai khazanah lalu kat sini pun best juga. Boleh minta dia belanja makan sebarang dua. Almaklumla kad kredit unlimited. Dorang belanja, rakyat bayar.

Aku taknak makan. Aku taknak minum. Ko dayus. Aku nak tengok facebook. Ko lupa ke yang aku cakap apa dalam laut tadi? Aku nak tengok facebook kan. Orang asyik berborak2 pasal facebook. Aku teringin nak tengok facebook tue apa. Cepatla bawa aku pergi tengok facebook sekarang. Rengek peluru yang mengada2. 

BODOH. Ko nak kena ada RM320 ribu sebelum boleh tengok facebook. Bukannya percuma. Tak fikir guna otak ko tue. Marah pistol. Dah la dia tengah kebulur nak mampos. Sambil2 tue sempat lagi dia mengata Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan yang gagal menyekat kerugian hampir RM2billion terhadap kontraktor yang tak amanah dalam membekalkan tahap keselamatan kepada sekolah2 tertentu. Lepas mengata Muhyiddin dalam ahti dia sambung mengata Kementerian Kesihatan pula. Jadah apa lakukan pembaziran puluhan ribu untuk kempen anti merokok yang mana risalah2 kempen gagal diedarkan akibat kesalahan ejaan yang terlalu banyak. Ini betul2 rugi. Pasal tak libatkan sekali pistol untuk merembat duit2 tersebut. Kalau dia terlibat sekali tak la rasa rugi apa pun. Geleng2 pistol kerana menyesal sebab tak dapat join songlap sekali.

Ahh aku nak lari lagi la macam neh. Rajuk peluru sebab sedih kena marah sambil mula nak berlari balik tapi tiba2 tak jadi bila dia ternampak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid. 

Wehh wehhh..

Apa dia? Nak lari pergi la lari. Malas aku nak kejar ko dah. Marah pistol. Kali neh lebih ganas lagi sebab dia berhajat nak sepak terajang peluru cinonet tue.

Tue tue.. KPN kita tue.

Mana2? Intai si pistol.

" Tue la tengah nak datang sini ".

" Aha la.. weh jom2 lari terjun laut. Cepat2 kita nak laporkan sekali pada geng2 kita yang dok menetap kat laut tue "

Maka berlari la selaju2nya pistol dan peluru mencari laut untuk terjun. Doa mereka harap2nya KPN tak jumpa mereka dan geng2 mereka di dalam laut dalam tue. No siri pun dah padam tue.

Kah Kah Kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...