Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 5 Oktober 2013

Keluarga Suspect Perogol Umur 12 Tahun Mengamok, Mahu Saman Semua !!!!


Pengguna media sosial, especially page2 yang upload tanpa menapis wajah2 mereka, station tv swasta dan pro kerajaan, PDRM, blog dan semua sekali akan dicari oleh kelapan2 keluarga tersebut dan mereka akan saman semua sekali kerana menjatuhkan maruah keluarga mereka dan menyebarkan keaiban ke seluruh negara dalam isu kanak2 12 tahun dirogol oleh 8 kanak2 lelaki yang berusia 12 dan 13 tahun.

Episode pertama disini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/09/isu-gambar-suspect-perogol-kanak-kanak.html

Aku dah tulis dulu. Angle gambar tue tak memungkinkan ia diambil oleh pihak2 luar. Ia mesti kerja orang dalam. Itu satu cerita. Laporan berita yang dikemaskini oleh Sinar Harian yang menyatakan seolah2 kanak2 perempuan tersebut kemaruk seks juga patut dijadikan iktibar kerana statement tersebut tidak dikeluarkan oleh orang biasa. Pegawai beb. Pegawai polis tue. Kalau ko ialah pegawai polis, siasatan belum habis, belum lengkap, ia masih berjalan, apakah wajar untuk ko cakap benda2 yang tak pasti kepada pihak press?

Pihak press macam SH bertindak sebagai pelapor. Mereka takan laporkan jika takde sumber. Simple aje. Bila mengenang2kan kes neh aku teringat kes seorang remaja cina yang dibelasah atas nama jihad. Konon nya melayu2 yang belasah dorang sedang melakukan jihad. Malu bhai. Umat islam belasah orang bukan islam. Kalau atas sebab jihad sekalipun ia dah cukup2 memalukan. Inikan pula belasah sebab nak merompak dan gunakan Islam untuk tutup kejadian sebenar. Takde rasa malu dan takut langsung pada Allah. Ko berbohong atas nama Islam, atas nama Allah, bukan benda main2 beb. Yang aku belajar dari perkara tersebut, KPN sendiri pun keluarkan kenyataan membuta tuli. Melangkaui siasatan tue. Terkejut gak aku. Bukan calang2 orang tapi KPN beb. So tak aneh la kalau pegawai dia pun mungkin cenderung melakukan hal yang sama.

Rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/4-di-tangkap-isu-culik-pemuda-cina.html

http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/ketua-polis-negara-berbohong-isu-pemuda.html

http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/penjelasan-pemuda-cina-yang-di-bogelkan.html

http://amenoworld.blogspot.com/2013/08/penjelasan-dari-pemuda-cina-yang.html

4 links sebab aku sangat2 tertarik nak memahami perangai orang2 muslim so called pejuang suci murni neh. Mengaku sedang berjihad dengan cara melakukan kezaliman. Pelik, unik sebab tue aku tertarik nak mengulas.

Sambung balik pasal family lapan suspect tersebut. Kat bawah neh kemaskini berita berkaitan ;

Kesemua lapan keluarga suspek kes rogol kanak-kanak 12 tahun akan mengambil tindakan saman terhadap pihak terlibat mengambil, memuat naik dan menyebarkan gambar  anak mereka ke dalam akhbar, internet serta laman sosial.

Tindakan itu diambil susulan tersebarnya gambar lapan suspek termasuk beberapa individu lain berpakaian tahanan yang berada dalam sebuah van pihak berkuasa.

Ibu  seorang  suspek  yang enggan namanya didedahkan berkata, mereka tidak akan bertolak ansur dalam perkara itu kerana memalukan keluarga sedangkan anak mereka belum disabitkan kesalahan.

“Kami tidak akan bertolak ansur dalam soal ini. Ini soal maruah dan masa depan anak-anak kami.

“Bagaimana maruah kami dan bagaimana masa depan anak kami yang sepatutnya boleh dirahsiakan tetapi disebar dan disiarkan dalam media massa,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Seorang lagi ibu kepada suspek berkata, kerahsiaan itu sepatutnya tersimpan dan hanya diketahui pihak berkuasa tetapi penyebarannya di media massa mencemarkan maruah ahli keluarga suspek.

“Cukuplah  kami dimalukan dengan jiran serta penduduk kampung, tetapi kami kecewa dan tidak boleh bertolak ansur apabila maruah kami dicalar hingga diketahui seluruh negara.

“Gambar  itu sudah cukup membuka aib kami semua sedangkan perbicaraan mahkamah sekalipun masih belum berjalan,” katanya.

Menurutnya,  pihak berkuasa tidak sepatutnya terlepas pandang perkara sedemikian sepanjang suspek berada dalam jagaan atau pengawasan mereka.

Katanya, dari apa yang berlaku itu,  individu terbabit atau pihak berkuasa harus bertanggungjawab berhubung perkara ini.

Seorang bapa kepada dua suspek berkenaan berkata, anaknya baru menerima keputusan soal siasat dan masih dalam proses siasatan sepenuhnya, tetapi gambar mereka didedahkan dengan niat mengaibkan.

Katanya, sikap individu terbabit jelas mencemarkan maruah keluarga mereka sehingga tersebarnya wajah anak mereka di akhbar, internet dan laman-laman sosial.

“Maknanya, semua yang terlibat mengambil, memuat naik dan menyebar serta menyiarkan gambar tersebut di internet, laman sosial dan televisyen swasta harus bertanggungjawab,” katanya.


Rujuk :  http://www.sinarharian.com.my/keluarga-8-suspek-kes-rogol-ambil-tindakan-1.208638

Untuk rekod, bukan gambar budak2 tue je yang tersebar. Nama, alamat bahkan no IC pun tersebar sekali. Lepas tue, gambar kanak2 yang kena rogol tue pun disebarkan oleh Sinar Harian walaupun hanya paparkan belakang badan. Sebenarnya mangsa rogol kena dilindungi. Takde cara lain lagi. Fizikal dia sudah disakiti. Emosi dia sudah disakiti. Buat apa nak tambah penyakit dengan sebarkan identiti mangsa pula? Tak fikir ke mulut2 orang macam mana? Ia sukar, sangat2 sukar untuk mendapatkan masyarakat yang memahami berbanding masyarakat yang menghukum. 

Itupun kalau benar la dia kena rogol. Kita perlu memikirkan sebarang kemungkinan2 yang timbul ketika kes neh melalui proses perbicaraan kelak. Macam2 boleh berlaku. Mula2 kita sangka A tapi tiba2 ia jadi B last2 rupanya2 ia C. So dalam soal ini, siapa betul, siapa salah kita sendiri sebagai orang luar pun tak pasti lagi.

Dan suspect rogol pula haruslah dibuktikan terlebih dahulu telah melakukan kesalahan tersebut maka tindakan bersesuaian akan diambil bagi menghukum mereka. Itu saja. Tindakan menyebarkan gambar tersebut pada dasarnya konon2 seperti kita nak menghukum penjenayah tetapi pada hakikatnya ia sedang membunuh jiwa ahli keluarga kepada setiap suspect2 tersebut. Apatah lagi tuduhan ke atas mereka belum terbukti lagi. Ia masih dalam proses siasatan.

Bayangkan semua orang yang kenal budak2 tue ataupun ahli keluarga tersebut akan memperkatakan isu tersebut. Nak pergi kerja, nak pergi kedai, nak pandang dan hadap persepsi masyarakat bukan mudah. Sudah cukup berat bila mendapat tahu anak kesayangan terlibat dalam insiden yang memalukan. Maka buat apa tambah berat dengan meletakkan beban kesalahan tersebut ke atas bahu ahli2 keluarga tersebut pula? Keluarga memainkan peranan yang sangat2 penting dalam mendidik anak2. Itu asas. Seperti itu juga la orang ramai memainkan peranan sebagai pendidik dalam institusi kemasyarakatan. Persoalannya, seberapa ramai yang sanggup tampil memberikan nasihat, kata2 semangat, kata2 perangsang, membantu berbanding mencela dan memaki hamun keluarga 8 suspect tersebut?

Fikir2kan la ek.

Oke bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...