Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 6 Oktober 2013

Rakyat Malaysia Desak PDRM Dakwa Ibrahim Ali Dan Perkasa.

Rusuhan kaum.

Apakah maksudnya itu? Aku rasa la. Ini apa yang aku faham. Ibrahim Ali ajak satu2 kaum itu untuk melakukan rusuhan. Dan ia akan membabitkan satu kaum bergaduh dengan kaum2 lain. Sebab itulah digelar rusuhan kaum.

Betul tak?

Citernya pasal Ibrahim Ali dan Perkasa.

Rujuk ;

 

Membela orang melayu yang miskin pada aku benda yang betul. Menaiktaraf ekonomi melayu bermaksud menaiktaraf ekonomi orang islam. Jadi ia benda bagus. Aku setuju dengan sebarang bentuk usaha yang berperanan membantu melayu2 yang miskin, tersisih ini dibantu by any method selagi mana cara yang digunakan untuk mencapai tujuan tersebut ialah cara yang betul dan tepat.

Bahkan aku lebih suka jika PERKASA mengubah sedikit hala tuju mereka kepada membantu melayu2 yang miskin kepada membantu sesiapa saja yang miskin.

Namun jika skop PERKASA adalah untuk mengutamakan kebajikan orang melayu maka aku tak pula larang dan halang. Hak masing2.

Tapi dalam pada ko nak membantu melayu2 yang miskin, apa keperluan nya mengugut mahu melakukan rusuhan kaum? Rusuhan terhadap BN aku boleh faham. Sebab melayu2 yang miskin neh terkesan dengan kegagalan kerajaan dalam menetapkan polisi2 yang betul bagi membantu mereka secara efektif.

Tapi rusuhan kaum ini bermaksud ko ajak melayu2 neh agar bergaduh pula dengan kaum2 lain. Apa perlunya berbuat demikian? Apa rasionalnya disitu?

Melayu miskin = kegagalan oleh polisi kerajaan yang berat sebelah = kerajaan = UMNO dan BN = tapi PERKASA nak ajak melayu2 pergi bergaduh dengan kaum lain di atas masalah yang BN sendiri wujudkan?

Ada logiknya ke situ?

Ini bukan sekali.

Bahkan berkali2 PERKASA mengajak orang2 melayu untuk membenci, memusuhi dan anti kaum2 lain di negara ini. Sikap mengapi2kan agar berbeza kaum bergaduh adalah sikap tidak betul. Dalam konsep keadilan itu salah, dalam Islam lebih2 lagi ia salah.

Apa baiknya untuk orang melayu membenci orang2 non muslim, kafir, yahudi, cina dan sebagainya?

Kalau nak benci biarlah benda tue betul2 di anjurkan oleh Allah untuk kita benci. Contohnya perbuatan2 mungkar. Di anjurkan kita untuk membenci perkara2 tersebut supaya bila kita benci ia, kita akan jauhkan diri dari perkara2 tersebut.

Tapi Allah tak anjurkan kita benci orang2 non muslim pun. Pasal apa pula nak benci mereka2 ini?

Jika kita ada masalah dengan mereka, kita sepatutnya direct melihat pokok permasalahan tersebut dan cari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan perkara tersebut. Apahal pula kena bergaduh sesama rakyat Malaysia?

Adakah nak bagi warga asing di negara ini tepuk tangan? Kalau masuk citer konspirasi aku boleh je tuduh Ibrahim Ali agent warga asing yang diupah untuk memecahbelahkan hubungan sesama rakyat Malaysia yang berbeza agama dan kaum supaya negara ini boleh dirampas, dicerobohi dan ditakluki oleh warga2 asing yang semakin lama semakin ramai disini.

Bukan kah begitu?

Yang aku heran. Dari dulu lagi. Bila ia babitkan orang biasa. Yang tah hapa2 punya citer pun boleh jadi isu.

PM bodoh. Dia mampus lagi baik. Jom kita tikam dia. <-- Ugutan bunuh terhadap PM dikesan. Mari kita buru individu ini. Mari tangkap dia. Mari dakwa dia. Dia sedang melakukan keganasan.

Jom report polis satu Malaysia. Individu tersebut mesti di ajar.

Tapi bila ia babitkan tokoh2 pro BN, pro UMNO yang tertentu usah kata nak dakwa, nak siasat pun haram. Lembut2 jek bahasa PDRM kita.

PDRM minta Ibrahim Ali datang ke balai untuk diambil keterangan. Dan apa lepas tue ? Tutup cerita ?

Pada dasarnya isu neh adalah isu kecil pada aku. Sebelum PRU hari tue. Tapi selepas PRU, aku melihat sindrome melayu2 yang anti non muslim semakin kuat. Menebal. Dan menakutkan. Aku cakap terus terang ini menakutkan. Aku risau suatu hari nanti betul2 orang melayu akan pergi bunuh orang cina. Dan orang cina akan pergi bunuh orang melayu. Semua kerana gara2 kita tak memahami politik dengan baik. 

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...