Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 10 Oktober 2013

10 Bintang Untuk Tanda Putera - Review Dari Ameno World Untuk Suhaimi Baba.

Penutup.

Kesimpulannya aku bagi 10 bintang untuk Tanda Putera. Bintang2 itu aku collect dari atas kepala aku. Ada 10 semua nya sekali.

Bintang pertama kerana jadikan aku keliru.

Bintang kedua kerana plot cerita filem ini sangat2 tidak kemas.

Bintang ketiga kerana props filem neh tidak bersesuaian dengan zaman yang ingin ditonjolkan.

Bintang keempat kerana gagal bawakan penceritaan ataupun mesej jelas, apa yang ingin disampaikan.

Bintang kelima kerana tiada kesinambungan yang jelas antara satu babak kepada babak yang lain.

Bintang keenam kerana lemahnya skrip [kata2 yang dituturkan] oleh para pelakon. Cuba la bagi skrip yang terkesan, seperti kata2 yang mendalam.

Bintang ketujuh kerana jadikan orang melayu dalam filem neh suka mengamuk dan hanya pandai pongpang pasal bersyukur.

Bintang kelapan kerana perbodoh2kan watak2 pemimpin dalam UMNO.

Bintang kesembilan kerana bazirkan duit pembayar cukai untuk product yang tiada jiwa, tiada seni, tiada roh dalam karya.

Bintang kesepuluh, kerana tergamak siarkan filem tersebut di pawagam tanpa memikirkan risiko ia sebenarnya lebih memalukan orang melayu berbanding bangsa lain.

-------------------------














Isi kandungan.


4.6 juta adalah pembaziran. Pembaziran berskala besar. Ia wajar ditangisi. RM15 juga adalah pembaziran. Ia pembaziran berskala kecil. Aku wajar menangisi.

Maaf jika Suhaimi Baba rasa kritikan aku keterlaluan tetapi inila yang aku rasakan bila menonton filem Tanda Putera. Tidak akan membuang masa mengutuk membuta tuli aku nyatakan kritikan secara terperinci. Untuk difahami. Bukan untuk membuatkan Suhaimi Baba berkecil ahti.

Permulaan filem ini menghidangkan babak MELAYU PERGI MATI. Itu kata2 Tun Razak. Betul ke Tun Razak sendiri yang beranggapan seperti itu ataupun hanya Suhaimi Baba yang beranggapan seperti itu? Perlu ada hujah2 yang menyokong cara Suhaimi Baba mengambarkan watak Tun Razak. Atau jika ia hanya persepsi Suhaimi Baba semata2, ia sudah memberikan gambaran buruk kepada watak Tun Razak. Apakah ada rujukan dari orang2 terdekat Tun Razak yang boleh mengesahkan bagaimana Tun Razak berpendirian mengenai peristiwa 13 Mei?

Atau mungkin Suhaimi Baba nak stick kepada pendapat bahawa filem ini hanya fisyen? Fisyen sekalipun, cara watak Tun Razak digambarkan adalah sangat2 tidak patut. Lemah, lembik, sentiasa sakit, tiada berdaya dan makan gaji buta. Ada satu babak di mana Tun Razak sakit atas kerusi roda. Tun Hanief Omar [Norman Hakim] nasihatkan agar Tun Razak pergi berubat. Tun Razak tahu dia menghidap penyakit yang tak boleh diubati iaitu Luekemiea, sepatutnya dia letak jawatan terus. Buat apa biarkan duit pembayar cukai membayar gaji seorang pemimpin yang tak mampu perform sepenuhnya. 

Watak Tun Ismail pula walaupun Suhaimi Baba nak gambarkan dia seseorang yang baik, tetapi apa yang aku nampak, dia memegang watak antagonis. Dalam bahasa mudahnya, jahat. Ada satu babak, di mana Tun Ismail digambarkan sedang nazak. Minta telefon. Nak call doktor. Nak bercakap sendiri. Sedang nazak. Aik. Sedang nazak pun nak fikir pasal telefon doktor nak bagitau bahawa aku sedang nazak ke? Ingatkan fikir pasal nak mengucap. Tengah2 nazak, bercakap sendiri dengan doktor. Apakah itu babak yang benar2 berlaku ataupun itu juga persepsi dari Suhaimi Baba. Jika itu babak yang benar2 berlaku lebih baik tiada dari di adakan. Ia memberikan persepsi negatif kepada tuan punya badan. Lebih baik kita dapat tahu berita kematian dari mengambarkan bagaimana cara dia mati. Ia tak membantu menguatkan jalan cerita pun. Untuk apa babak ini dibuat dan apa kesinambungan dengan kredibliti kepimpinan UMNO ketika itu? Apa pun takde. Bahkan yang lebih teruk mengenai pendirian Tun Razak digambarkan sanggup pecahkan marmar untuk menanam Tun Ismail di Makam Pahlawan. Apa konfliknya disitu? Tak digambarkan secara jelas.

1. Kenapa perlu pecahkan marmar? Dengan siapa Tun Razak bergaduh pasal kubur Tun Ismail?

2. Kenapa Tun Razak berkeras mahu tanam Tun Ismail di Makam Pahlawan? Adakah itu wasiat Tun Ismail atau apa?

At least bagila jalan cerita yang jelas kenapa babak seperti itu diwujudkan. Tanpa gambaran yang jelas, apa yang aku melihat ialah pemimpin2 UMNO adalah sangat buruk akhlaknya. Pasal kubur pun boleh di anggap sebagai pertikaian yang penting sehinggakan dibabakkan dalam filem. Apakah yang ingin disampaikan disitu? Ia adalah babak negatif dan watak Tun Razak juga diperlihatkan sebagai negatif apabila Tun Hanief dan beberapa orang yang berada disitu kelihatan bermuka masam dan terkejut dengan keputusan Tun Razak yang mahu marmar dipecahkan sekalipun janji dapat tanam Tun Ismail di Makam Pahlawan.

Cerita pasal Tun Razak tetapi yang lebih banyak membuat keputusan adalah Tun Ismail. Tun Ismail juga digambarkan seseorang yang tegas dan berpendirian meskipun watak dia dalam filem neh bersifat antagonis pada pemerhatian aku. Ada satu babak yang menunjukkan Malaysia mempunyai akhlak yang buruk dalam melayan wartawan2 antarabangsa.

Adakah patut seorang pemimpin bercakap YOU GO TO HELL pada seseorang wartawan yang bertanyakan soalan? Adakah itu patut? Dimanakah akal pemimpin itu?

Adakah patut seorang pemimpin berbisik2 di depan wartawan untuk bagi arahan? Kurung mereka dalam hotel? Ini betul ke neh?

Adakah Suhaimi Baba sudah mendapatkan hujah2 yang menyokong bahawa babak2 seperti itu wujud dalam alam realiti ataupun ia sekadar gambaran Suhaimi Baba jek? Ini tak betul. Takanla pemimpin nak berbisik2 bagi arahan macam tue live depan wartawan. At least mereka akan masuk bilik, ruang mesyuarat, duduk, berbincang dan buat keputusan, betul tak? Adakah ini filem yang mengangkat ketokohan pemimpin2 dalam UMNO ataupun filem yang membunuh karektor2 mereka? Ia sangat teruk. Even sebagai seorang pembangkang pun aku merasakan watak pemimpin2 UMNO dalam filem ini digambarkan dengan begitu teruk sekali.

Aku tak pasti secara tepat bagaimana sosok tubuh pemimpin2 UMNO secara realitinya untuk digambarkan dengan pelakon2 dalam filem Tanda Putera. Kerana aku tak hidup lagi di zaman itu. Tapi aku sangat2 pasti bahawa kebanyakkan watak2 tersebut tak berpandanan dengan tokoh2 yang mereka lakonkan, antaranya  pelakon yang pegang watak Mahathir, maaf aku taktau nama pelakon tersebut, dia tak layak langsung pegang watak Mahathir. Bahkan yang lebih teruk mengambarkan Mahathir sebagai seseorang yang lembik, longlai dan akan berperangai seperti " tapi tun makin kurus.. ", ketika berbual2 dengan Tun Razak selepas dipecat. Apa relevantnya babak itu disitu? Aku tak nampak kaitan nya langsung.

Dah la pelakon dia tak reti langsung bercakap utara. Hancur. Takan la penasihat dia nak cakap macam neh kat Mahathir, "kan saya dah cakap.. tapi awak hantar juga surat macam tue kan dah kena pecat.." [lebih kurang ek, aku tak ingat satu persatu]

Aku tak percayala yang Mahathir akan biarkan sesiapa orang yang bekerja dengan dia cakap macam tue. Agak2 nak makan lempang boleh la. Watak Mahathir diperbodohkan dalam filem ini. Apakah Mahathir telah menonton filem ini? Dia masih hidup lagi. Dia patut tonton filem ini. Mahathir digambarkan sebagai seseorang "lemah" dalam filem ini. Tonton sendiri, Mahathir, tonton sendiri. 

Yang aku rasa paling kelakar sekali ialah UMNO tak sedar ke yang Tanda Putera menghina imej mereka di mata rakyat? Tak boleh kena kritik langsung. Lantas pecat keahlian UMNO Mahathir. Geleng2 kepala aku tengok. 

BTW aku cakap terus terang, kebanyakkan babak2 dalam filem neh memang takde kesinambungan antara satu sama lain, hancur bhai, hancur. Tiba2 je plot cerita dia begini. Lepas tue begitu. Tah hapa2. Kucar kacir. Takde kaitan antara satu babak dengan babak yang lain. Orang kata terlalu umum sangat. Tahu2 je FELDA jasa Tun Razak. Tahu2 je MAS jasa Tun Razak. Tahu2 aje dasar pendidikan negara jasa Tun Razak. Tahu2 je PETRONAS jasa Tun Razak. At least bagi la jalan cerita bagaimana Tun Razak berjasa dalam perkara2 tersebut. Melalui mesyuarat2 ke, melalui perbincangan demi perbincangan ke, melalui idea demi idea ke, melalui pendapat demi pendapat ke, melalui lawatan demi lawatan ke, ini semua benda pun dia yang jadi HERO hanya kerana Tun Razak bercerita pasal satu2 perkara ataupun diberitahu tentang perkembangan perkara tersebut.

Itu tak masuk lagi bab aksi main golf. Sepatutnya babak macam tue jangan la diwujudkan langsung. Malu. Orang2 elit main golf. Rakyat susah ramai. Rakyat bergaduh sana sini. Tapi pemimpin UMNO bersatu main gofl, betul ke cara tue? Cara hidup pemimpin2 UMNO ditonjolkan untuk apa agaknya? Berniat menyindir, mungkin?

Dan Tun Hanief apa kerja dia? Menjaga keselamatan Tun Razak ke? Dia sentiasa ada dalam beberapa perkara yang berlaku dalam hidup Tun. Ketika itu dia Timbalan KPN ke apa sebelum KPN mati ditembak? Jika dia ialah timbalan KPN apa jadah kerja dia mengikut Tun Razak sentiasa? Dah takde kerja lain lagi ke apa? Gaji dia dibayar untuk menjaga Tun Razak ke apa? Kalau tugas dia menjaga Tun Razak patut jadi pengawal keselamatan kepada Tun Razak. Ini dipanggil pembaziran. Kerja ko lain, tapi lain kerja yang ko buat. Ada masalah tumpuan perhatian. Tatau bidang tugas secara jelas. Itu watak Tun Hanief. Hancur. Jika persepsi aku salah, minta betulkan balik dengan Suhaimi Baba. Tun Hanief Omar masih hidup lagi. 

Ada satu babak tue di mana ada pendemo2 yang sedang berdemo. Lepas tue ada Tun Ismail depan tue. Aku pun tak faham la. Betul ke apa Tun Ismail sebagai TPM ketika itu arah tangkap depan2 peserta2 DEMO tue? Aku rasa kalut sangat ada babak macam tue. Ia semacam menghina watak Tun Ismail. Adakah logik seorang pemimpin untuk dan berdepan dengan peserta2 DEMO dan arahkan mereka ditahan? Aku rasa babak tue antara babak yang paling mengarut dalam Tanda Putera. Hancur.

Tak masuk lagi babak yang pasal mini skirt. Apa jadahnya kewujudan babak tue dengan apa yang Tanda Putera sedang sampaikan? Memang la no mini skirt, tapi apa dia? Bagi la satu matlamat yang jelas disitu. Seorang mahasiswa menyanyi atas bumbung, perempuan2 dok perhatikan sambil gelak2, lepas tue Pengarah Uitm [ITM] ketika itu Tan Sri Arshad, panggil pelajar2 tersebut, marah dan cakap no mini
skirt. So? Nak tunjukkan watak itu sangat2 berkredibliti. Oke. Tapi oleh kerana peranan dia sangat sedikit dalam filem ini, maka wujudkanlah satu babak yang sangat2 jelas untuk tampilkan ketokohan Tan Sri Arshad. Kenapa pilih babak ini untuk wujudkan imej bahawa dia seseorang yang sangat2 berperanan dalam membantu memajukan orang melayu dan UITM. Hancur. Babak macam neh tak patut wujud. Ia memalukan. Bahkan pelajar2 perempuan tersebut siap cakap2 mengarut lagi masa kena marah. Nampak sangat bangangnya disitu.

Patutnya tunjukkan watak dia terlibat dalam membantu menaikkan imej UITM sekaligus berperanan membantu anak2 melayu agar mereka sentiasa ada keinginan untuk sambung belajar supaya berpeluang menerokai beberapa bidang sekaligus membantu melayu untuk keluar dari kepompong kemiskinan. 

Satu benda yang boleh dibanggakan dalam Tanda Putera. Cara Suhaimi Baba tonjolkan bahawa tak semua cina, india ataupun melayu itu racist sifatnya. Watak Zarah [melayu] yang berkecil ahti dengan Kara [india] yang seolah2 menjauhkan diri dari berkawan dengan melayu selepas peristiwa 13 mei membuktikan bahawa orang2 melayu juga merasa terkesan bilamana ada orang2 cina atau india tidak mahu berkawan dengan mereka atas sebab terkesan dengan tindakan2 beberapa pelampau kaum. Suhaimi Baba juga bagus bila menunjukkan bahawa di luar sana masih ada cina, india, melayu ataupun lebih tepat Malaysian akan saling bantu menyelamatkan rakan2 mereka tanpa kira bangsa, ketika rusuhan kaum tercetus di Setapak. Aksi Johan selamatkan Alan, dan aksi Alan selamatkan Johan adalah babak yang boleh di puji. Itu la Malaysian. Kita tak racist. Meskipun sekelilingi kita ada orang2 yang racist, tetapi majoriti kita adalah tidak racist.

Ada satu babak tue, juga boleh dipuji. Ia berkenaan seorang komunis yang bunuh orang cina sebab di anggap menjadi tali barut kepada POLIS. Itupun sebab POLIS offer dia sebatang rokok. Cina neh bermatian2 takmo cakap bila Tun Razak datang [balik semula ke situ]. Ah Piu nama cina tersebut yang akhirnya dipancung begitu saja oleh komunis. Jadi komunis bukan bunuh orang melayu. Mereka bunuh sesiapa yang dirasakan bekerjasama dengan PDRM. Jika ia cina, maka cina juga akan dibunuh. Jadi cina juga menjadi mangsa komunis. Bukan hanya orang2 melayu. Itu yang ditonjolkan dalam filem tersebut. Ia tak semestinya benar menurut fakta sejarah.

Kemudian kehilangan Ah Piu disedari oleh beberapa rakan2 melayu. Mereka nampak motor Ah Piu kat tengah jalan. Mereka mencari Ah Pui. Kemudian bertempur dengan komunis. Then komunis lari sebelum mayat tanpa kepala Ah Pui dijumpai. 

Ia memberikan kita satu kesedaran. Untuk kita faham. Rakyat tanpa kira kaum dan agama telah menjadi mangsa kepada komunisme. Itu yang ingin ditonjolkan dalam filem Tanda Putera aku rasa. Ia tak semestinya betul mengenai fakta sejarah oke. Aku ulas balik apa yang filem itu sedang cuba gambarkan.

Gambaran2 mengenai peristiwa 13 Mei. Ada banyak poster DAP kiri kanan. Ia dikaitkan dengan isu 13 mei. Aku rasa sekarang aku dah boleh nampak kenapa DAP marah sangat dengan filem Tanda Putera. Akhirnya aku dah faham selepas aku menonton filem ini. DAP di gambarkan sebagai penjahat, pengganas, dan sebagai pencetus rusuhan kaum, memang la mereka marah sangat. Mereka bukan minta dipuji tapi tak bermaksud bahawa mereka boleh dikeji [difitnah] dalam filem ini. Apatah lagi tak terbukti. Tiada ayat yang jelas mengambarkan bahawa DAP ialah penjahat dalam filem ini. Suhaimi Baba hanya gunakan poster untuk kait mengait. Ia sudah cukup mengecikkan ahti DAP dengan begitu mendalam.

Satu lagi babak yang mengarut dalam filem neh ialah perbualan telefon Neno dengan Isteri Swee Sin. Ada ke logik isteri kepada Swee Sin nak laporkan bahawa suami dia tak berkenaan untuk bersama2 BN? Korang fikir ada logik ke isteri nak laporkan rahsia suami kepada orang lain? Aku tak boleh terima melainkan memang pengkhianatan sang isteri terhadap suami dia tersebut, terbukti.

Ada satu babak dalam pawagam. Tengah2 berlaku rusuhan kaum boleh pula orang2 cina + melayu duduk dalam satu pawagam tengok filem sama2? Aduhai.

Aku dok geleng2 kepala jek dok fikir kelogikkan benda neh. Dah namanya filem karya sejarah, waima ko menulis berdasarkan imiginasi ko sekalipun, ia mestilah mengambarkan kelogikkannya. Ini dah jauh dari kelogikkan. Aku tak boleh bayangkan. Kat luar pongpang2 cina vs melayu bergaduh, kat dalam pawagam dok duduk sekali tengok wayang? Jadah apa macam tue.

Kalau boleh aku nak ulas satu persatu babak. Ada yang baik juga. Aku lihat macam adegan banjir digunakan untuk memupuk kembali perpaduan antara kaum yang terputus, rapuh akibat peristiwa 13 mei. Tapi sayangnya, watak2 pemimpin UMNO dalam filem neh lebih banyak membuatkan aku rasa nak curse mereka. Ada di antaranya sudah tiada. Aku rasa ianya sangat2 menghina diri mereka. Sudah la mereka tak boleh menjawab bagi diri mereka. Sewenang2nya mereka digambarkan dengan keadaan yang 'tidak tepat'. Bayangkan hisap curut dalam bilik mesyuarat ketika bentuk MAGERAN. Tun Razak digambarkan lebih banyak mengikut apa yang difikirkan dan diusahakan oleh Tun Ismail. Filem neh merendah2kan kemampuan Tun Razak secara tak langsung.

Ada juga satu babak yang mana kumpulan2 komunis neh duduk kat kedai makan. Takde subtitle. Astro tak letak atau apa aku tak sure. Tapi aku faham juga apa yang disampaikan. 4 tahun beb bersekolah majoriti cina, aku belajar le sikit2. Komunis merancang nak melakukan pembunuhan. Komunis juga digambarkan telah menghasut orang2 cina untuk benci kerajaan. Orang2 cina bukan nak benci kerajaan tetapi telah terpedaya dengan permainan komunis. 

Satu lagi babak yang mengharukan. Siyes. Aku rasa aku yang takde ilmu seni pun takan sekali2 buat babak macam neh. Babak di mana Datuk Harun pengsan. Ada babak di mana orang2 cina kencing di atas bendera Selangor. Datuk Harun digambarkan berada dalam ketakutan. Mengadu telefon Tun Razak. Kemudian keluar panjat tembok. Umumkan bahawa mereka dah dapat permit untuk lakukan perarakan aman. Datuk Harun Idris gagal tenangkan penyokong2 dia yang tiba2 mengamok apabila dua orang lelaki melayu mengadu kat kumpulan tersebut bahawa mereka telah diserang oleh orang cina. Datuk Harun Idris lemah longlai masuk rumah. Lepas dapat tahu je ada yang terbunuh dia pengsan.

Aduhai.

Nak gambarkan pemimpin2 UMNO neh jenis lemah, lembik, mudah pengsan, asyik sakit aje ke apa sebenarnya? Adakah babak itu sebenarnya memang wujud dan bersandarkan kepada fakta sejarah? Aku ragu2. AKu tak rasa pemimpin2 UMNO neh asyik sakit dan sebagainya. 

Patutnya bersegera lapor PDRM bila gagal tenangkan penyokong2 sendiri. Bayangkan la betapa teruknya ahli2 UMNO neh. Pengganas. Pemimpin minta bertenang, minta buang senjata, mereka boleh pula melawan untuk buat benda2 mengarut. Bila pemimpin rasuah apa bagai taknak pula melawan cakap pemimpin. BODOH gile. Maaf, aku mengulas berdasarkan apa yang digambarkan dalam filem tersebut. Jika aku salah, betulkan dengan Suhaimi Baba.

Aku rasa aku dah tak boleh nak carry on. Aku tak boleh nak ulas satu persatu babak dalam filem neh walaupun aku mahu. Aku rasa takde orang larat baca. Melainkan aku buat episode2. Tapi percayalah, takde keperluan pun untuk aku buat episode2 tue. 

Aku dapat katakan filem neh tak begitu menarik untuk ditonton. Jika duit, masa adalah focus utama ko, maka jangan sesekali menonton ia. Terus terang aku kata ia benar2 buang masa dan duit. Aku taknak ulas bab kualiti dari segi teknikal. Aku rasa filem2 melayu sebenarnya semakin lama semakin bagus dari segi kualiti / teknikal. Cuma dari segi genre aku tak minat. Aku tak kata ia kelemahan. Cuma aku sendiri suka layan filem2 berat yang berfikir. Filem melawan, filem seram, filem komedi, atau apa saja genre aku layan janji dia ada mesej yang jelas, tersirat dan paksa diri aku berfikir. Aku tahu ramai yang jadikan filem sebagai hiburan. Malas nak berfikir. Tapi aku suka filem yang berfikir. Lagi berat, lagi berserabut otak aku, lagi aku suka. Aku rasa Suhaimi Baba boleh belajar sesuatu dari filem The Chef, The Actor, The Scoundrel. Ini filem yang terkini aku tonton sebelum Tanda Putera. Aku dapati filem tersebut menarik. Ia ada sedikit iras2 dengan Tanda Putera. Apa yang ingin disampaikan dan bagaimana filem tersebut berjaya menyampaikan matlamat mereka. Belajarla, biarpun ia filem dari China yang komunis. Ilmu tak semestinya hanya pada orang melayu dan islam aje kan.

Terima Kasih.

Lihat juga video2 mengenai filem neh yang aku rakamkan sebagai rujukan hujah. 

==>  Tunku suruh wartawan go to hell.

==>  Mahathir kena kutuk.

==> Babak mengarut TP

==> Logo2 DAP pada babak2 pergaduhan antara kaum.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...