Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 Mei 2016

Padan Muka - PKR, DAP Kalah Kpd BN Dalam Semua Kawasan YG Bertindih - Siap Hilang Deposit Lagi!

DAP dan PKR kalah kepada BN di kesemua enam kawasan yang menyaksikan pertindihan kerusi.
Kerusi-kerusi itu adalah Batu Kintang, Ngemah, Mambong, Marudi, Murum and Mulu.
Demikian laporan dari Malaysiakini. Malaysiakini turut melaporkan ;
PAS dan serpihannya AMANAH dilaporkan kalah di semua kerusi ditandingi di Sarawak. PAS bertanding di 11 kerusi manakala AMANAH pula 13.
BN berjaya merampas kembali Meradong dan Repok dalam kawasan Sarikei daripada DAP.
DAP kemungkinan kehilangan sekurang-kurangnya empat kerusi kepada BN - Dudong, Meradong, Piasau dan Batu Kawa.
Di Dudong, DAP bergelut untuk bersaing dengan hanya 7381 undi berbanding 8839 undi yang diraih oleh calon BN. Star berjaya mendapatkan 152 undi manakala dua calon Bebas pula membolot 3,516 undi.
Di Piasau, calon DAP Alan Ling mendapat 5,605 undi dan sedang mengejar calon BN, Sebatian Ting yang mendahului dengan 7243 undi.
Keadaan suram juga dilaporkan di Repok, di mana BN sedang mendahului dengan 7,446 undi berbanding 6508 undi yang diperolehi oleh DAP. Calon bebas mendapat 381 undi.
Begitu juga, di Batu Kawah, BN sedang mendahului dengan 5,177 undi berbanding 3,639 undi oleh calon DAP. Calon Bebas mendapat 920 undi.
Pembangkang juga mungkin kehilangan Batu Kitang susulan pertembungan antara DAP dan PKR.

Inilah cerdiknya pembangkang. Terlalu cerdik sampai tak terdaya kita nak mengajar mereka.

Dan paling cerdiknya tu ;

PKR hilang deposit. DAP pun sama hilang deposit. BEBAS lagi hebat kot. Itupun ada ahti nak berlawan sesama sendiri. Nama parti Pakatan Harapan. Ada perkataan PAKATAN disitu. Time PRU/PRN, bukan sahaja tiada persepakatan bahkan siap bergaduh, serang menyerang sesama sendiri dan main blame game lagi. Itu PAKATAN kah? PAKATAN yang macam mana? Bagaimana? Bullshitlah jela korang.

KAH KAH KAH 

Hadoi. Mao berhari2 geng2 BN troll hilang deposit. Dan aku pun nak tumpang troll sama. Kelakar kot.
KAH KAH KAH!
Nada LKS ;

Salahkan pengundi tabiat biasa dorang.
Ya, betul dalam sesetengah persoalan kita boleh mempersalahkan tindakan pengundi yang masih lagi memangkah BN sebagai parti yang memimpin mereka tetapi tak adil meletakkan beban kesalahan ke atas pengundi secara solid apabila parti yang diharapkan untuk mengantikan BN pun terumbang-ambing dan takde permuafakatan. Bergaduh sesama sendiri, ada isu peribadi, ada masalah kepimpinan ada ahti nak suruh orang pangkah parti kau. BODOH gile.
Apa-apa pun. Bertabahla geng2 yang menjadi pembangkang tegar/taksub. Apa yang korang alami pada hari ini bukanlah kegagalan korang sebaliknya pemimpin2 korang yang mengagalkan harapan dan impian korang. Jauh lagi la nak ke Putrajaya. Uturn la gamaknya. Dah kalah kan.
KAH KAH KAH 

(rujukan)

Jumaat, 6 Mei 2016

Helikopter Hilang, Netizens Harap Najib Berada Dalam Heli Tersebut - Ini Sebab Kenapa Najib Dibenci.

Jangan marah.

Apa yang rakyat fikir adalah hasil daripada corak pemerintah kerajaan di negara ini. Jika kerajaan yang mentadbir kita neh baik, maka baikla juga apa yang rakyat fikir tentang kita. Jika yang mentadbir kita ialah sebuah kerajaan yang penuh dengan pelbagai skandal salahlaku, korup, tidak amanah, menindas, pilih kasih, tidak adil, mementingkan kapitalis sehingga menindas rakyat miskin dan lemah maka tidak aneh jika ada di kalangan kita yang mengharapkan pemimpin2 sebegitu hilang terus dari radar bumi.

Hihi.

Semalam. Awani mengupdate ;


Dalam masa 38 minit. Bilangan yang like mencecah 577 orang. Adakah 577 orang tersebut tidak tahu bahawa berita tersebut merupakan berita duka lagi malang?

Mereka tahu dan fully aware dengan apa yang dilaporkan Awani tetapi apa yang mereka sampaikan adalah apa yang mereka secara ikhlas dan jujur merasainya di dalam ahti dan ianya sudah tidak boleh ditahan-tahan lagi untuk bersikap bermuka-muka, bersandiwara mahupun hipokrit.

Selain dari Farhan, ramai lagi netizens yang lain turut mengharapkan perkara yang sama bahkan ada yang meluahkan kekecewaan kerana yang berada dalam helikopter yang hilang itu akhirnya bukanlah Najib dan isterinya sebaliknya orang lain.

Geng2 UMNO pula mengambil kesempatan dengan mengapi2kan keadaan kekononnya netizens tidak sensitif dan tidak mempunyai sikap humanism kerana insiden helikopter hilang itu melibatkan nyawa manusia. Mak seseorang, bapa seseorang, abang seseorang, adik seseorang, anak seseorang berada dalam helikopter tersebut dan bagaimana patutnya netizens lebih sibuk memikirkan dan mendoakan agar Najib berada dalam helikopter tersebut!

Sabar. Jangan cuba nak spin tajuk utama. Aku percaya jika perkara ini dibiarkan berlarutan mereka akan cuba melibatkan penguasa dan paling teruk buka kes selepas buat laporan kekononnya perangai netizens neh teruk sangat.

Netizens tidak mengharapkan kejadian malang tetapi jika itu berlaku mereka harapkan yang berada dalam helikopter tersebut ialah Najib dan Rosmah kerana pada mereka dua entiti ini ialah penyumbang terbesar kepada masalah yang dihadapi oleh Malaysia pada masa kini.

Faham?

Dan terbukti bukan Najib, mereka redha walaupun ada yang meluahkan nada kekecewaan. Bukan bermaksud mereka tak berperikemanusiaan sebaliknya mereka menunjukkan satu pemikiran iaitu sepatutnya dalam heli tu Najib, bukannya keenam2 individu yang dinamakan yakni mereka lebih sayangi dan hargai nyawa keenam2 individu yang hilang (terputus hubungan) berbanding nyawa Najib yang mereka fikir patut ditamatkan sahaja riwayat manusia itu.

Faham?

Jangan cuba nak serap propaganda karut korang tu.
Ia adalah hak seseorang untuk sayang atau tak sayang Najib.
Netizens semalam memilih untuk tak sayang Najib dan nyawa yang dipunyai Najib.
Oleh itu sila hormat dan raikanlah kepelbagaian.

KAH KAH KAH!

Khamis, 5 Mei 2016

Gambar-gambar Budak Berkempen Politik Tersebar.

Budak-budak dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti berbaur politik termasuklah dihalang dari menghadiri apa-apa program berbentuk demo.

Tak boleh guna kawasan sekolah untuk sebarang aktiviti politik.
Tak boleh bawa anak-anak untuk berdemo.
Media siap rakam dan lapor secara besar-besaran di akhbar kononnya mak bapa tak prihatin bila bawa anak-anak berdemo. Abaikan soal keselamatan anak-anak sendiri.

Macam-macam lagi la alasan yang bien keluarkan demi memastikan pembangkang tidak sesekali mengheret kanak-kanak yang tidak tahu apa2 tentang politik terlibat dalam politik.

Oke fine. 

Tapi ini apa?



Siapa yang pakaikan baju undi la BN kat budak-budak neh?
Aku tak rasa bebudak neh nak main pakai je kalau tak diberi/diarahkan untuk berbuat demikian. Konon bebudak tak patut dilibatkan dalam politik. Dia yang bagi arahan dia sendiri yang langgar. Keji gile.

KAH KAH KAH!

Ini Senarai Penumpang VVIP Dalam Helikopter Yang Terputus Hubungan.

Terputus hubungan sejak 4 jam yang lepas. Helikopter berkenaan hilang dari radar dan kini pasukan SAR telah dikerah untuk operasi mencari dan menyelamat. Helipkopter berkenaan dikatakan dalam perjalanan menuju ke Kuching setelah berlepas dari Betong.

Dalam respon terkini Najib menerusi account twitter, dia mendoakan agar kesemua penumpang2 helikopter berkenaan selamat ditemui.

Dan berikut ialah senarai lengkap individu yang berada dalam helikopter berkenaan.



Menurut laporan dari The Star helikopter berkenaan terputus hubungan dari sistem talian komunikasi trafik udara pada jam 5 petang berhampiran Sebuyau. Turut berada dalam penerbangan tersebut ialah timbalan menteri Perusahaan & Perladangan Malaysia iaitu Dato Noriah Kasnon. Noriah Kasnon ialah ahli parlimen bagi kawasan Sungai Besar manakala Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad ialah ahli parlimen bagi Kuala Kangsar.

Rabu, 4 Mei 2016

Isu SD Phang - Polis @ Peguam Negara Yang Menipu??


Uturn.

Sejak akhir-akhir neh budaya uturn semakin kerap dipraktikkan oleh geng2 atasan kita. Gamaknya tangan ghaib tak berpuas ahti dengan banyak perkara kot. Itu salah, ini salah, bagitau macam tu tak boleh, lapor begini tak patut.. etc etc..

Padan la sampai ada yang berhenti kerja. Rimas kena control gamaknya. Nak cucuk hidung manusia macam lembu memangla orang tak hingin. Zaman hamba abdi pun manusia melawan apetah lagi zaman internet.

KAH KAH KAH!

Tadi paparan berita melaporkan bahawanya ;

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata beliau dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya mengenai keputusan itu yang dibuat kira-kira dua atau tiga hari lalu oleh Peguam Negara.
"Ia telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Susulan (NFA)," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan di ibu pejabat polis negeri, Rabu.

(rujuk)

Nama polis, nama jawatan bahkan siapa yang melaporkan kepada PDRM turut dinyatakan dengan jelas lagi lengkap dalam laporan di atas.

Ketua polis negeri Penang.
Timbalan Pendakwa Raya.
Peguam Negara.

Peguam Negara bagitau Timbalan Pendakwa Raya bahawanya kes tersebut diklasifikasikan sebagai NFA - tiada tindakan susulan lalu dikemaskinikan maklumat tersebut kepada KETUA POLIS NEGERI PULAU PINANG.

KETUA POLIS NEGERI PULAU PINANG kot.
Kau ingat ini JAWATAN CIKAI-CIKAI ke?

Selepas berita di atas tersebar dengan pelbagai respon awam dalam masa beberapa jam Malaysiakini menyiarkan laporan ini ;

Jabatan Peguam Negara menafikan dakwaan bahawa ia telah membuat keputusan berhubung dengan kes ahli perniagaan Phang Li Koon yang menjual banglo miliknya di Jalan Pinhorn, Jelutong kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.
"Jabatan Peguam Negara ingin menegaskan bahawa sehingga kini Peguam Negara belum membuat sebarang keputusan berkaitan kes berkenaan dan ia masih dalam proses kajian dan tindakan Peguam Negara," kata Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan hari ini.

(rujuk)

Belum buat keputusan?
Belum buat keputusann?
Belum buat keputusannn?
Tapi macam mana polis boleh kata kes berkenaan ditutup kerana dimaklumkan oleh timbalan pendakwaraya? Timbalan menipu ke? Ketua Polis Negeri menipu ke? Atau Jabatan Peguam Negara yang menipu sebab kena kutuk kaw-kaw di laman sosial?

Kita imbas semula. Sejak beberapa minggu yang lepas. Hari-hari tv3 gila kau tu mengutuk SD Phang. Kejap UMNO itu mai buat ulasan. Kejap UMNO ini pula mai buat ulasan. Pendek kata setiap hari ada je la mamat2 UMNO yang buat ulasan tentang SD Phang. Tak cukup dengan ulasan dorang siap buat laporan polis lagi. Tak cukup dengan itu dorang siap sebarkan kat laman sosial dan blog-blog pro UMNO. Media pro UMNO pun turut memainkan isu berkenaan tetapi takla sehebat seterer mahupun sekerap tv3. Sampai aku tertanya2 dalam ahti. Ini Buletin Utama ke Buletin Lim Guan Eng. Ko agak2 la nak hidangkan berita sama setiap hari walaupun ko letak tajuk yang berbeza. Content dia masih sama la gile. 

Dengan laporan yang begitu dasat, terperinci tambahan pula sangat kerap dan teliti aku membayangkan begini. Mamposla lu Phang Li Koon. Mampusla lu Lim Guan Eng.

SPRM mai nak tangkap lu tu. 

Seminggu telah berlalu.
Krik krik krik.

SPRM tak mai tangkap tapi TV3 terus membuat laporan yang serupa.

Dua minggu telah berlalu.
Krik krik krik.

SPRM masih lagi tak tangkap2. Baik si Phang mahupun si Lim. 
Dan TV3 masih lagi menyiarkan ulasan yang sama secara berulang2 walaupun mamat umno yang muncul kat tv3 bertukar2.

Tiga minggu telah berlalu.
Krik krik krik.

SPRM taknak buka kes ke apa neh? Aku dah bosan tunggu la gila. Nanti polis dah ketuk rumah banglo LGE tu kejutkan aku dari tidur ye. Aku dah mengantuk gile. Mao berjanggut tunggu.

Kemon. Dah berminggu2 tv3 gile tu laporkan kejadian. Kononnya ada bukti kukuh. Dalam tangan. Confiden sahih. Matila LGE kali neh. Dah tak boleh lari tapi masih lagi tak tangkap2. Seriyus ke lu semua ada bukti sahih ke kaki sembang kencang? Dan tadi polis negeri bagitau kes diklasifikasikan tiada tindakan susulan. Nampak sangat kat situ yang korang takde bukti. Sembang bikin bimbang je reti.

Agaknya teruk kena kutuk. Rasa malu yang amat. Buat uturn mengatakan kes masih dalam siasatan. Tapi kalau sungguh la laporan awal tadi ialah fitnah. Pergi la siasat Ketua Polis Negeri Penang dan Timbalan Pendakwa Raya serta Jabatan Peguam Negara kenapa mereka beramai2 boleh keluarkan kenyataan awal seperti tadinya itu? Bukan satu tapi tiga pihak yang menyalurkan info tu. Jika Peguam Negara bercakap benar dalam statement kedua maka adakah Ketua Polis Negeri berbohong kerana telah dibohongi oleh Timbalan Pendakwaraya dan Jabatan Peguam Negara? 

Siasatlah kebenarannya. Ini satu cabaran terbuka. Bukan ke Apandi Ali itu sangat mengikuti sunnah Nabi? Nabi tak bercakap bohong tau. Yang ini Apandi Ali ada ikut tak?

KAH KAH KAH!

Selasa, 3 Mei 2016

Larangan Tampal Poster Pembangkang Di Rumah - Selepas Dikritik Teruk, Notis Larangan Akhirnya Diturunkan.

Kesian. Ingatkan hebat sangat nak menghalang geng2 pembangkang daripada masuk kampung dan berkempen. Akhirnya tetap kecundang dek penangan sebaran di laman sosial. Padan muka kaw.

KAH KAH KAH!

Sebaran kelmarin ;


Viral. Ia mula disebarkan oleh Fuziah Salleh, MP Kuantan dan kemudiannya viral di laman sosial. Fikir punya fikir punya fikir nak cakap puak2 neh tak bodoh pun tak boleh juga. Memang spesis bodoh yang sejati. Terbukti.

Fikirlah. Dun dah dibubarkan. Mana ada kerajaan. Mana ada pembangkang. Apa yang ada ialah parti-parti politik yang bertanding. Kalau BN boleh masuk bertanding di satu2 kampung kenapa pula pembangkang tak boleh, kan? Kau boleh berkempen, pembangkang pun berhak berkempen sama. Janji tak langgar peraturan pilihanraya sudahla. 

Seriyus macam gampang.Nak tampal/letak/pasang/gantung bendera pembangkang tak boleh. Itu public space. Dia halang. Nak tampal kat rumah sendiri pun dia menyemak juga cakap tak boleh. Padahal private space. BODOH NAK MAMPOS. LEBIH BODOH DARIPADA LEMBU. LEMBU PUN MALU MELIHAT KEBODOHAN MEREKA-MEREKA NEH. TAKSUB TAK TENTU PASAL.

KAH KAH KAH!

Apa2 pun selepas dikritik teruk-teruk, larangan tersebut telah diturunkan. Dapat perkembangan susulan dari wall Kak G. Katanya dah ditarikbalik. Reti takut juga eh kau. 

KAH KAH KAH

And then, dalam masa yang sama. Sejak beberapa hari yang lepas. Cerita ceritun tentang LAGENDA BANGLO LGE dah semakin kurang kedengaran di saluran BULETIN UTAMA. Sebaliknya SLOT tersebut digantikan dengan cerita ceritun JANJI MANISKU HARAPMU TERPEDAYA SAMPAI MAMPOS.

Dalam masa 5 minit aje kau. Aku ingat 5 minit pun mungkin tak sampai. Sekejap gile pemimpin2 negara seperti Zahid dan Najib meluluskan projek itu projek ini.

Cakap pakai telefon aje terus lulus.
Proposal takpayah.
Evalute projek takpayah.
Buat kajian berkaitan alam sekitar dan kesan terhadap masyarakat takpayah.
Terus bagi number. Number kot. 70 juta untuk itu. 90 juta untuk ini. 50 juta untuk projek ini. 100 juta untuk projek itu. Gile. At least nak main angka biarlah benda berkaitan projek ada dalam tangan kau. Logik ke tak logik dengan nilai tersebut. Boleh ke tak boleh nak laksanakan, cukup ke kewangan kerajaan pada ketika ini yang mana kerja menteri asyik2 nak hapuskan subsidi itu subsidi ini? BODOH LA DORANG NEH. Maksud aku, bukan pada menteri2 Malaysia tapi pada yang undi, percaya dan pergi sebarkan. Kekononnya nak bagitau masyarakat betapa prihatinnya Najib dan BN. Seriyus bodoh la korang neh. Prihatin pale bana kau. Duit kita dorang buat projek. Kau nak kata dorang prihatin pe jadahnya. Jangan tunjuk sangat korang tu tak berakal. Pergila ambil otak kau yang tertinggal kat laut tu cepat-cepat satgi buaya makan kot.


KAH KAH KAH!

Isnin, 2 Mei 2016

Kerusi Je Hadir Di Mesyuarat UMNO Gopeng - Ini Jawapan Balas Penyokong UMNO Pro Najib.

Hamizura Osman. Ialah ahli UMNO yang berpaksikan Mahathir.

Baru-baru neh dia ada buat satu posting dan posting tersebut viral kaw-kaw. Nak tahu kenapa viral? Viral la sebab benda neh melibatkan intergriti dan nama baik UMNO. Kata Hamizura Osman di laman facebooknya ;


(rujuk)

Setakat hari ini. 830 facebookers berkongsikan gambar berkenaan. Kesian. Kerusi-kerusi je yang hadir dalam mesyuarat kome. Itupun aku syak dah kena paksa. Kalau la mereka boleh bergerak sendiri mesti dah lari jauh-jauh.

KAH KAH KAH!

Dan selepas posting berkenaan viral, beberapa geng2 UMNO pro Najib meluahkan rasa bengang. Kenapa mereka bengang? Mereka kata Hamizura neh muka je cantik tapi perangai penipu nak mampos. Okey fine. Ini aku tokok tambah cerita je nak bagi sedap.

KAH KAH KAH!

Dorang actually kantoikan Hamizura. Dorang counter posting Hamizura dengan jawapan ini ;


(rujuk)

Then aku dengan sifat ingin tahu yang meluap-luap (padahal menyibuk) pun pergi godek balik posting Hamizura Osman.

Yes, aku tengok punya tengok, belek punya belek memang sah jam tu pukul satu pun blom lagi. Jadahnya si Hamizura Osman kata pukul 2 tak mai-mai lagi orangnya. Gile ke?

Relax. Sebenarnya ada satu lagi kemungkinan yang mana aku rasa kemungkinan ini adalah benar kerana ianya keluar dari kepala hotak aku yang bijaksana. Bukan macam penyokong2 UMNO tu.

KAH KAH KAH

Aku syak la, syak saja..


Jam tu rosak. UMNO punya takde duit nak ganti bateri jam baru kemain nazak lagi mungkin sibuk bayar hutang 1 emdibi kot. Kesian. Sama macam kita juga le. Tapi kurang2 kita tak sokong UMNO. Cerdik la sikit dari dorang yang tetap menyokong UMNO walaupun terang2 kena dajal. Bodoh nak mampos.

KAH KAH KAH

Satu lagi. Benda neh berlaku kat Gopeng kot. Kenal tak Hamidah Osman?  Kalau tak kenal baca link neh ==> http://www.sinarharian.com.my/politik/datuk-hamidah-dipecat-dari-umno-1.455238

Tu geng-geng depa la tu. UMNO Gopeng berpecah pada 3 proksi. Pro Najib, pro Mahathir dan tak pro siapa-siapa. Mereka neh keliru. Nak melangkah ke pembangkang, pembangkang pula cerdiknya lain macam. Dorang pun buat perangai gile time-time UMNO berkocak. Sudahnya jadilah begitu. Nak kata UMNO tak UMNO, pembangkang tak pembangkang. Duduk je la diam membisu malas nak melayan.

KAH KAH KAH.

Apa2 pun kepada geng2 Najib. Terus cuba lagi dan lagi dan lagi. Jam tu pukul satu ke dua ke tiga ke empat ke lima ke enam ke apa ke tetaplah kerusi yang bermesyuarat bukannya manusia, terima lah hakikat.

KAH KAH KAH!

PAS, Sudah-Sudahlah Rosakkan Alam Ciptaan Tuhan.


Gua Batu Kapur Chiku 7, Surat Terbuka kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Saya dahulukan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan diatas kejayaan kerajaan Negeri bersama dengan pelabur untuk membina sebuah Sebuah kilang simen terbesar membabitkan pelaburan RM1.38 billion usahasama Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dengan Syarikat ASN Cement Sdn Bhd bakal dibuka di Chiku tahun hadapan.

Saya tidak untuk berniat untuk menjadi penghalang cita-cita murni Kerajaan Negeri Kelantan untuk memiliki sebuah Kilang Simen terbesar di Malaysia tetapi saya mempunyai beberapa persoalan dalam cadangan pembinaan kuari dan kilang simen ini.

1) Sanggupkah Kerajaan Negeri Kelantan meletupkan Gua Batu Kapur Chiku 7 yang berusia hampir 200 juta tahun?

2) Bagaimana dengan nasib gua-gua lain seperti Gua Tok Guru, Gua Cinta dan Gua Paya yang merupakan warisan alam ciptaan Allah SWT dan khazanah berharga buat warga Gua Musang.

3) Bagaimana dengan nasib rakyat yang tinggal berdekatan dengan tempat projek tersebut dan terdapat kampung dan kawasan penempatan Felda yang berada di sekitar gua tersebut.

4) Bagaimana nasib khazanah alam dan flora yang tidak ternilai itu apabila projek kilang simen itu dilaksanakan.

Menurut sumber, bermula hari ini, projek pembinaan kilang simen itu akan dilaksakan dalam masa 60 hari bermula hari ini. Projek ini akan siap menjelang tahun 2017. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood menyatakan projek ini mampu member peluang pekerjaan sehingga mencecah angka 2000 penduduk setempat dan sekaligus memberi pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat. Jika dilhat kepada pertumbuhan ekonomi, memanglah projek ini sangat baik untuk negeri Kelantan namun bagaimana dengan kesan daripada projek ini. Sebagai contoh

1) Bagaimana dengan nasib rakyat yang berkerja sebagai petani? Apa akan terjadi terhadap tanaman-tanaman seperti tanaman sawit, getah, buah-buahan dan pelbagai lagi tanaman lain. Adakah debu kilang ini tidak merbahaya terhadap tanaman-tanaman tersebut?

2) Bagaimana dengan masalah pencermaran bunyi dan pencemaran udara. Adakah pihak Kerajaan Negeri ada cara untuk mengatasi masalah ini?

3) Bagaimana dengan maslaah kesihatan penduduk tempat. Adalah menjadi kebiasaan apabila sebuah kilang simen dibangunkan, akan ada aduan dari rakyat tempatan mengadu masalah kesihatan seperti batuk, deman, masalah kulit dan pelbagai lagi. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mengatasi masalah ini?

4) Bagaimana dengan sumber air bersih sekiranya kilang ini dibangunkan? Adakah ianya tidak memberi kesan kepada kefungsian gua untuk menjadi kawasan tadahan air?

5) Pokok-pokok yang berada diatas gua itu memerangkap air dan mengelakkan hujan turun dengan lebat dan boleh menyebabkan berlakunya banjir seperti tahun lepas. Adakah projek ini akan mengekalkan pokok-pokok diatas gua tersebut?

6) Bagaimana nasib generasi akan datang sekiranya artifak-artifak berkualiti dan berharga yang tersimpan ini dimusnahkan dan digantikan dengan kilang simen?

7) Bagaimana dengan pemandangan, suasana tenang dan damai hari ini sekiranya kilang simen ini akan beroperasi 24 jam sehari dan mengeluarkan debu dan bunyi bising. Suasana balik kampong seperti mimpi ngeri apabila masuk sahaja ke Gua Musang.

8) Bagaimana dengan industri pelancongan seperti di Kuala Koh, Gunung Stong, Gua Ikan dan banyak lagi tempat menarik di Gua Musang mungkin terjejas teruk sekiranya Kilang Simen ini dibangunkan?

Saya juga mendapat maklumat, penduduk setempat masih tidak bersetuju dengan cadangan ini dan taklimat yang diberikan oleh Majlis Daerah Gua Musang tidak dilakukan di Gua Musang tetapi diadakan di Kuala Lumpur bersama dengan majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU)

Saya berharap pihak Negeri dapat mengkaji balik projek ini. Benar projek ini mampu memberi pertumbuhan ekonomi, namun saya berasakan rakyat dan Negeri Kelantan lebih rugi sekiranya kehilangan khazanah yang tidak ternilai harganya ini.

Alam Sekitar merupakan aset yang penting untuk kelestarian kehidupan semua makhluk di muka bumi ini. Adalah menjadi tanggungjawab setiap umat manusia untuk memelihara alam sekitar ini kerana kita telah diamanahkan untuk menjaganya. Sekiranya gajah memijak tanaman kerana mencari makanan, maka apa beza dengan kita, sekiranya meletupkan sewenang-wenangnya sebuah bukit hanya kerana harta.

Mungkin ada maklumat yang silap saya lampir, namun saya dalam perancangan dengan pihak Jawatankuasa Bertindak Felda Gugusan Chiku merancang untuk bertemu dengan pihak Kerajaan Negeri pada satu tarikh yang ditetapkan. Satu “ Memorandum Bantahan Pembinaan Kilang Simen Bersepadu di Felda Gugusan Chiku” akan dihantar dan kami sendiri ingin mendengar penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri mengenai projek ini. Saya juga akan membuat satu sesi lawatan ke Gua Batu Kapur Chiku 7 untuk melihat sendiri dan akan mengajak para pencinta alam bersama dalam misi ini.

Saya menyeru pihak Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif mengawal dan memulihara Gua Batu Kapur Felda Chiku 7, Gua Musang. Memanfaatkan gua tersebut bagi memperolehi manfaat dari segi nilai-nilai warisan semula jadi yang terdapat di sini daripada memusnahkan alam sekitar. Menjadikan gua tersebut sebagai makmal semula jadi yang unik untuk dilawati.

Jeming Hassan
25 April 2015
Presiden Angkatan Prihatin Kelantan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...