Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 4 Mei 2016

Isu SD Phang - Polis @ Peguam Negara Yang Menipu??


Uturn.

Sejak akhir-akhir neh budaya uturn semakin kerap dipraktikkan oleh geng2 atasan kita. Gamaknya tangan ghaib tak berpuas ahti dengan banyak perkara kot. Itu salah, ini salah, bagitau macam tu tak boleh, lapor begini tak patut.. etc etc..

Padan la sampai ada yang berhenti kerja. Rimas kena control gamaknya. Nak cucuk hidung manusia macam lembu memangla orang tak hingin. Zaman hamba abdi pun manusia melawan apetah lagi zaman internet.

KAH KAH KAH!

Tadi paparan berita melaporkan bahawanya ;

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata beliau dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya mengenai keputusan itu yang dibuat kira-kira dua atau tiga hari lalu oleh Peguam Negara.
"Ia telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Susulan (NFA)," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan di ibu pejabat polis negeri, Rabu.

(rujuk)

Nama polis, nama jawatan bahkan siapa yang melaporkan kepada PDRM turut dinyatakan dengan jelas lagi lengkap dalam laporan di atas.

Ketua polis negeri Penang.
Timbalan Pendakwa Raya.
Peguam Negara.

Peguam Negara bagitau Timbalan Pendakwa Raya bahawanya kes tersebut diklasifikasikan sebagai NFA - tiada tindakan susulan lalu dikemaskinikan maklumat tersebut kepada KETUA POLIS NEGERI PULAU PINANG.

KETUA POLIS NEGERI PULAU PINANG kot.
Kau ingat ini JAWATAN CIKAI-CIKAI ke?

Selepas berita di atas tersebar dengan pelbagai respon awam dalam masa beberapa jam Malaysiakini menyiarkan laporan ini ;

Jabatan Peguam Negara menafikan dakwaan bahawa ia telah membuat keputusan berhubung dengan kes ahli perniagaan Phang Li Koon yang menjual banglo miliknya di Jalan Pinhorn, Jelutong kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.
"Jabatan Peguam Negara ingin menegaskan bahawa sehingga kini Peguam Negara belum membuat sebarang keputusan berkaitan kes berkenaan dan ia masih dalam proses kajian dan tindakan Peguam Negara," kata Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan hari ini.

(rujuk)

Belum buat keputusan?
Belum buat keputusann?
Belum buat keputusannn?
Tapi macam mana polis boleh kata kes berkenaan ditutup kerana dimaklumkan oleh timbalan pendakwaraya? Timbalan menipu ke? Ketua Polis Negeri menipu ke? Atau Jabatan Peguam Negara yang menipu sebab kena kutuk kaw-kaw di laman sosial?

Kita imbas semula. Sejak beberapa minggu yang lepas. Hari-hari tv3 gila kau tu mengutuk SD Phang. Kejap UMNO itu mai buat ulasan. Kejap UMNO ini pula mai buat ulasan. Pendek kata setiap hari ada je la mamat2 UMNO yang buat ulasan tentang SD Phang. Tak cukup dengan ulasan dorang siap buat laporan polis lagi. Tak cukup dengan itu dorang siap sebarkan kat laman sosial dan blog-blog pro UMNO. Media pro UMNO pun turut memainkan isu berkenaan tetapi takla sehebat seterer mahupun sekerap tv3. Sampai aku tertanya2 dalam ahti. Ini Buletin Utama ke Buletin Lim Guan Eng. Ko agak2 la nak hidangkan berita sama setiap hari walaupun ko letak tajuk yang berbeza. Content dia masih sama la gile. 

Dengan laporan yang begitu dasat, terperinci tambahan pula sangat kerap dan teliti aku membayangkan begini. Mamposla lu Phang Li Koon. Mampusla lu Lim Guan Eng.

SPRM mai nak tangkap lu tu. 

Seminggu telah berlalu.
Krik krik krik.

SPRM tak mai tangkap tapi TV3 terus membuat laporan yang serupa.

Dua minggu telah berlalu.
Krik krik krik.

SPRM masih lagi tak tangkap2. Baik si Phang mahupun si Lim. 
Dan TV3 masih lagi menyiarkan ulasan yang sama secara berulang2 walaupun mamat umno yang muncul kat tv3 bertukar2.

Tiga minggu telah berlalu.
Krik krik krik.

SPRM taknak buka kes ke apa neh? Aku dah bosan tunggu la gila. Nanti polis dah ketuk rumah banglo LGE tu kejutkan aku dari tidur ye. Aku dah mengantuk gile. Mao berjanggut tunggu.

Kemon. Dah berminggu2 tv3 gile tu laporkan kejadian. Kononnya ada bukti kukuh. Dalam tangan. Confiden sahih. Matila LGE kali neh. Dah tak boleh lari tapi masih lagi tak tangkap2. Seriyus ke lu semua ada bukti sahih ke kaki sembang kencang? Dan tadi polis negeri bagitau kes diklasifikasikan tiada tindakan susulan. Nampak sangat kat situ yang korang takde bukti. Sembang bikin bimbang je reti.

Agaknya teruk kena kutuk. Rasa malu yang amat. Buat uturn mengatakan kes masih dalam siasatan. Tapi kalau sungguh la laporan awal tadi ialah fitnah. Pergi la siasat Ketua Polis Negeri Penang dan Timbalan Pendakwa Raya serta Jabatan Peguam Negara kenapa mereka beramai2 boleh keluarkan kenyataan awal seperti tadinya itu? Bukan satu tapi tiga pihak yang menyalurkan info tu. Jika Peguam Negara bercakap benar dalam statement kedua maka adakah Ketua Polis Negeri berbohong kerana telah dibohongi oleh Timbalan Pendakwaraya dan Jabatan Peguam Negara? 

Siasatlah kebenarannya. Ini satu cabaran terbuka. Bukan ke Apandi Ali itu sangat mengikuti sunnah Nabi? Nabi tak bercakap bohong tau. Yang ini Apandi Ali ada ikut tak?

KAH KAH KAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...