Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 25 Mei 2013

Amaran Terakhir Kepada Peserta Perhimpunan.

Hari neh jam 5 petang akan berlangsung satu protes besar2an terhadap SPR. Tolong la faham. Protes tetap protes. Tapi biar berlangsung dengan aman.

Aman kat sini mungkin berbeza ikut situasi dan pemikiran individu masing2.

Contohnya.

Aman bagi konsep aku ialah jangan provoke polis. Take it easy sudah. Polis serang, aku lari. Polis tak serang, aku chill.

Aman bagi member aku plak berbeza. Polis serang dia stay still. Polis pukul dia redha. Polis tak tangkap dia still taknak bersurai bila di seru. Itu aman bagi dia.

Ada juga aman yang berbeza dari member2 lain. Polis serang, dia serang balik. Pasal polis kacau himpunan aman. Polis tu sendiri tak patuh pada perlembagaan. Tak follow undang2. So jika polis tu serang dia, dia serang balik as self defense. Bukan langgar undang2. Sebab polis tue yang salah. Dia tak salah.

Jadi berbeza2 pemahaman kami bab konsep AMAN neh. Cuma yang sepakat ialah satu perkara. Vandalisme. Usik orang lain. Kacau harta dan privacy orang lain. Rosakkan barang orang awam dan public. Itu tidak aman dan tidak perlu.

Sebab tu jika korang spot sesiapa yang buat kerosakkan atas benda ataupun pada situasi yang tak memerlukan dia ataupun sesiapa untuk provoke buat benda neh..

Jerit kuat2 dan tanya dia.

Woiiitttttttttttt

KAU UMNO KE? BUDAK NEH UMNO? TANGKAP GAMBAR DIA. MUNGKIN DIA UMNO YANG MENYAMAR.

Kalau dia PR mao mengelabah kena tuduh2 as Umno. Kalau dia Umno samada dia buat2 berhenti cool down ataupun lari ataupun terus berlakon konon dah berhenti marah.. Dia akan lakukan apa saja untuk cover penyamaran dia.

So ahti2 la.

Aku yakin kita tak perlukan tuala garam air mineral dan lilin. Aku yakin petang kali neh petang yang aman. Kita sama2 doakan.

Protes neh tujuan utama nya ialah nak sound SPR.

Desakan yang keras terhadap SPR dibuat setelah SPR berdegil mempertahankan kesilapan2 mereka pada PRU yang lepas.

Antara kesilapan yang mereka pertahankan ialah penggunaan dakwat kekal. Nama pun dakwat kekal. Sepatutnya dakwat tue kekal la kan. Tapi harammmmm.

Yang kelakar tue. Kat berita radio. Bernama 24 tak silap aku. SPR boleh cakap mereka akan kaji penggunaan dakwat kekal yang memerlukan botol digoncang setiap 2 jam.

Kah kah kah

Kah kah kah kah

Kah kah kah kah kah

Tersembur air liur aku. Gile. Aku mula memikirkan agaknya pengerusi SPR beranggapan owhh lebih baik bagi alasan bullshit dari mengakui kesalahan.

Dalam masa yang sama SPR juga akan buat satu post mortem dalaman bagi mengkaji kelemahan2 mereka dalam PRU yang lepas.

Actually bagus je buat post mortem. Tapi yang tak bagusnya disebabkan kelemahan2 tersebut rakyat kena tanggung sengsara selama 5 tahun lagi. 56 tahun tak cukup? Nak genapkan 61 tahun? Atau 100 tahun?

Kesilapan yang sampai dah menyusahkan orang lain tak patut dibiarkan. Maaf ye SPR. kita tak benci you all. Tapi kita benci cara you all tanggani pilihanraya dengan tidak telus.

Pada dasarnya BN tak perlu rasa sentap dengan demo neh. Tapi depa sentap. Pada dasarnya PDRM pun tak perlu sentap dengan movement rakyat. Tapi depa sentap. Especially their leaders la kan.

So disebabkan PIMPINAN/PEMIMPIN

BN + SPR + PDRM = bersekutu = share matlamat yang sama maka sampai bebila lah susah la nak push permasalahan2 yang kita highlightkan selama neh.

Macam cakap dengan batu. Tahu tak? Batu.

Oii batu.

Apa (dalam ahti)

Ketepi sket.

Oiiii batuuuuu

Apaaaaaa (dalam ahti)

Ketepiiii ahhhh sikitttttt

Oiiiiiiiiiiiiiiiiiiii batuuuuuuuuuuu

Apaaaaaaa bengap (dalam ahti)

Ketepiiii ah aku nak lalu nehhhh

Macam tu la di ibaratkan situasi kita dengan pimpinan hari neh. Dorang taknak respon. Sanggup batukan diri. Tak pun sanggup bagi alasan bingai. Itu pun lebih baik pada anggapan mereka dari ubah diri dan pemikiran mereka agar selaras dengan tuntutan rakyat.

Motif mereka berbuat demikian bukan kerana mereka bodoh. Jangan salah faham. Tapi sebab mereka tamak. Mereka tahu jika mereka penuhi tuntutan kita maka mereka akan jadi kurang kaya. Dah tak kapitalis lagi dah.

Orang yang dah biasa hidup mewah disebabkan polisi2 berat sebelah dan tidak adil tetiba ko suruh dia hidup serdahana mahu ke dia terima?

Orang yang dah biasa kaya sebab merasuah tetiba ko suruh dia serah diri masuk penjara jalani hukuman sanggup ke dia buat?

Hatta kita yang kecik2 neh bila buat salah pun susah nak minta maaf. Kalau tak dibuktikan kita memang melakukan kesilapan ataupun disebabkan kita menyesal jangan nak harapla. Ini terpakai untuk aku. Terus terang. Kena terima hakikat derrrr.

Inikan pula benda yang lebih besar 'pertaruhan' nya. Lagilah sukar nak buat keputusan. Disebabkan mereka yang tamak plus zalim neh tak boleh keputusan maka kita la kena bantu untuk buat keputusan untuk mereka. Actually dengan menolong mereka kembali ke fitrah asal manusia iaitu menjadi baik at least tak kacau dan menyusahkan orang itu juga merupakan satu perjuangan.

Hehe.

Bai.

Jumaat, 24 Mei 2013

BN Cadang Tukar Nama Parti.

Parti 1Malaysia.
Barisan Baru.
Organisasi Rakyat Malaysia Kebangsaan.

Inilah antara nama2 yang dicadangkan bagi menganti nama Barisan Nasional.

Nama Barisan Nasional disarankan untuk tukar bagi ber-revolusi sesuai dengan tuntutan semasa.

Kah kah kah

Kah kah kah kah

Kah kah kah kah kah

Entahla. Actually benda neh takde apa isu pun. Aku peduli hapa bn nak tukar nama apa sekalipun. Hak masing2 ah. Tak terjejas kat sapa2 pun.

Tapi aku rasa kelakar la juga sikit2. Kelakar tang nama2 cadangan pun iye juga. Kelakar tang niat bn yang nak tukar nama pun ada juga. Pendek kata ia memang mengelakarkan aku.

Ko tukar la nama apa sekalipun. Kita orang tetap tolak bn oke. Takde pertikaian bab tue. Kalau sekadar nama jek bertukar tapi cara mentadbir masih teruk dan mengekalkan amalan rasuah pe citer? Ada beza ka kalau tak bawa label bn sekalipun? Betul tak?

Kah kah kah

UTURN - PAS Sertai Perhimpunan Esok !!!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Takpela.

Aku faham. Apa pun bagi aku ini sikap biasa sebagai manusia. Setakat benda2 kecik gini takde la nak amek port nak terasa ahti apa bagaikan.

Mula2 begini ;



Dan sekarang begini ;

PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya esok.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam.

Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritakan pengalaman masing-masing.

Semalam penggerak utama kepada himpunan itu, Solidariti Anak Muda Malayisa (SAMM) menegaskan, mereka tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun terpaksa berdepan dengan penangkapan.

Mereka mengulas beberapa pemimpin serta aktivis rakyat yang ditahan sejak bebarapa hari lalu di bawah akta hasutan.

Ianya termasuk aktivis pelajar Adam Adli , aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib Presiden PKR Tian Chua dan penggerak ABU Haris Ibrahim.


Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah turut memaklumkan bahawa PAS Kedah juga turut akan turun menyertai himpunan itu esok.


"Saya harap pihak polis dapat memberi kerjasama untuk mengawal himpunan itu esok dan tidak menggunakan kekasaran yang boleh mengeruhkan suasana," katanya.

Bagi aku, kita alu2kan dan sambut positif akan UTURN PAS pada kali neh. Ini yang TERBAEK neh. Pasal apa? UTURN yang berpatah balik ke arah yang betul takde hal. Jangan ko UTURN dari tempat betul ke tempat tak betul. Itu baru isu.

Apa pun tahniah la di atas perubahan prinsip pada kali neh. Kita alu2kan dan sambut kedatangan PAS dengan tangan yang terbuka.

LAWAN TETAP LAWAN. LAWAN SAMPAI BN MAMPOS.

Jom.

Polis Akan Tangkap 30 Individu Pro Pembangkang?

Pihak PAS dah siapkan peguam. Untuk membela kesemua individu2 yang bakal di tahan oleh POLIS dalam masa terdekat neh. Beberapa individu telah pun ditahan dan ada yang telah pun di dakwa.

Adam Adli antara individu yang dah ditahan dan didakwa.

Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghaffar telah pun di tahan. Polis dalam rangka memohon tahanan reman untuk mengikat ketiga2 individu tersebut dalam lokap beberapa hari. Kesemua individu tersebut akan di dakwa di bawah akta hasutan.

Dalam satu kenyataan oleh peguam PAS yang mengikuti kes penahanan tersebut menjelaskan bahawa pihak polis ada senarai nama sehingga 30 individu untuk ditahan bagi menyoal siasat, dan jika terbukti bersalah, mereka akan didakwa mengikut undang2.

Lihat video ;

   

Antara pemimpin pembangkang/aktivis yang polis bakal tahan, seperti yang dispekulasikan sekarang neh ialah ;

1. Chegu Bard

2. Hishammuddin Rais [Tukar Tiub]

3. Nurul Izzah

4. Lim Kit Siang 

Rakyat tidak akan berdiam diri terhadap undang2 double standard. Sila la tangkap Anwar Ibrahim tue daripada dok provoke2 macam neh. Ke, Zahid Hamidi kita tak berani?

KAH KAH KAH 

Khamis, 23 Mei 2013

Amaran Keras Zahid Hamidi Untuk Peserta Perhimpunan Sabtu Ini.

Kat tv3 sebentar tadi Zahid Hamidi warning kepada semua peserta2 perhimpunan yang bakal berhimpun pada 25/5 bermula jam 2 petang di padang Amcorp Mall.

Menurut Zahid Hamidi tindakan itu selaras dengan undang2 negara kerana perhimpunan tersebut tidak memenuhi syarat yang terkandung akta perhimpunan aman 2011.

Jikalau mereka berdegil bersedia la menanggung akibat dari tindakan tersebut. Itulah yang digambarkan oleh Zahid Hamidi menerusi berita di tv3 tadi. Menurut Zahid Hamidi lagi majoriti tidak bersetuju dengan perhimpunan tersebut.

Yeke?

So setelah meneliti amaran oleh menteri KDN yang baru adakah peserta2 perhimpunan akan rasa cuak dan takut?

Dari pemerhatian aku FRU dan TEAR GAS mungkin akan dilepaskan pada hari tersebut. Yang ada masalah kesihatan tolong tolong tolong duduk di rumah sahaja.

Yang takde tue terpulang la pada pendirian masing2. Agak2 nak bermain dengan polis ka atau apa itu ikut suka lue la kan. Gua di posisi melarang tidak. Mengalakkan macam ada jek.

Kah kah kah

Dalam pada itu KDN juga menjelaskan kenapa rampasan terbitan terkini Harakah dan Suara Keadilan di buat siang tadi.

Menurut KDN rampasan itu dibuat kerana pengedar Harakah tidak mematuhi undang2 bahawa akhbar tersebut hanya boleh di edarkan untuk ahli2 PAS yang berdaftar jek.

Manakala Suara Keadilan pula berkaitan dengan masalah permit. Rampasan akan dibuat dari semasa ke semasa setelah mengambilkira amaran2 yang pernah dikeluarkan sebelum2 ini kepada pihak yang terbabit.

Phewww

Zahid Hamidi bermula dengan garang. Lebih garang dari Hishammuddin Hussein. Terima kasih la ek. Sedar tak sedar provokasi neh sebenarnya menaikkan semangat para pejuang. Thanks Zahid Hamidi kerana bersikap garang dan sekaligus mempromosikan perhimpunan tersebut. Anda terbaek.

Kah kah kah

Haris Ibrahim Dan Tian Chua Ditahan Polis.

Maklumat dari editor Suara Keadilan.

Rujuk ;



Suratkhabar Suara Keadilan dirampas di beberapa negeri. Kenapa ek? Susulan dari itu Tian Chua dan Haris Ibrahim ditahan polis. Atas kes apa? Demo 25/5 neh ka?

Ataupun ada kes yang lain?

Sila baca petikan dari Sinar Harian. PAS sudi memberikan kerjasama untuk lawan demo gulingkan kerajaan cara kekerasan ;

“Pas sama sekali menolak pendekatan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan kerana pendekatan itu amat serius. Malah kita sedia memberikan kerjasama dengan pihak polis.

"Perjuangan dalam Pas tiada keganasan sebab itu kita tolak sekeras-kerasnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan Umno (ABU) baru-baru ini yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses PRU13 baru-baru ini tidak telus. -SH-

Perkataan kekerasan itu dilabelkan kepada ASAL BUKAN UMNO oleh BN. Apapun ia hanyalah label yang boleh dipandang remeh temeh. Tetapi atas sebab apa PAS seolah2 membenarkan label tersebut kepada pimpinan Asal bukan Umno [ABU] pula?

Fine.

Baca sini lebih lanjut :  http://amenoworld.blogspot.com/2013/05/demo-lawan-pr-spr-dan-bn-sabtu-ini.html

Boleh jadi Haris dibawa pergi atas sebab isu di atas. Boleh jadi bukan. Tapi kalau ya, betul atas isu di atas, kita alu2kan pimpinan PAS pergi balai polis dan berkerjasama la dengan POLIS. Kita raikan tindakan anda kita respect sangat2 oke.

Bai.  

Updated :

Tian Chua dan Haris Ibrahim ditahan secara berasingan kerana dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan yang akan dianjurkan pada hari sabtu ini. Syabas kepada sesetengah pimpinan PR yang sokong cause hari sabtu neh. Kepada sesetengah pimpinan PR yang tak sokong dan nak beri kerjasama kepada POLIS, hah pergi la. Kita alu2kan. Sila la tikam kami depan belakang. Korang TERBAEK.

Orang kata taknak sokong duduk la diam2. Ini taknak sokong satu hal, tikam depan2 satu hal. Sebab tue aku kata korang TERBAEK. Tahniah. Aku puji. 

Bai.    

Demo LAWAN PR, SPR dan BN Sabtu Ini - Sebarkan!


Demokrasi sudah mampos. Tema utama. Blackout. Merujuk kepada demokrasi yang sudah mampos dan mampos dan mampos.

Baiklah. Mukadimah dulu.

Setiap demo ialah demo tumbang kerajaan. Setiap demo ialah demo guling kerajaan. Itulah satu2nya tuduhan consistenly yang dilemparkan ke atas pemerintah terhadap semua demo2 yang di anjurkan oleh sesiapa saja asal bukan BN.

Asal bukan BN yang berdemo, dan demo tersebut bersifat politicious, maka ia DEMO GULING KERAJAAN.

Ini kita dah biasa dengar. Sedia faham dan terima.

Pasal bila difikir2kan, memang betul juga kata2 itu. Ia demo bermotifkan bahawa agar kerajaan yang sedang memerintah neh samada ;

PENUHI tuntutan yang dikemukakan

ATAU

Kita mahu mereka jatuh.

Cuma mereka tak gunakan ayat yang tepat untuk gambarkan movement neh. Ayat yang tepat untuk movement neh ialah kita mahu KERAJAAN ZALIM tumbang. Babai. Dan get lost.

Atau kita mahu kerajaan yang ZALIM tidak meneruskan kezaliman mereka lagi. Penuhi tuntutan kita dan ubah cara anda mentadbir.

Simple.

Baru2 ini, dalam 2 minggu kebelakangan ini kita melihat wujudnya pimpinan PR tidak favor kepada demo. Pasal DEMO yang dianjurkan pada 25 ini bukan demo yang favor kepada modus operandi mereka.

Pada anggapan mereka, demo 25 ialah demo guling kerajaan. Dan demo guling kerajaan dengan kekerasan. Ingat, ini ANGGAPAN mereka. Anggapan BN. Anggapan SPR. Dan anggapan media massa.

Mereka, pimpinan PR tidak mahu gulingkan kerajaan dengan kekerasan. Mereka mahu patuhi undang2 yang sedia ada meskipun ia bersifat double standard. Bukan seme tetapi seringkali. Mereka mahu bawa tuntutan berbangkit menerusi mahkamah dan undang2. Ya sebenarnya aku tidak nampak pendirian seperti itu salah. 

Go on.

Gerakan pimpinan partisan mempunyai pendirian seperti itu, dan kita hormat serta terima.

Tetapi sejauh mana sesetengah pimpinan partisan ini memahami asas kepada pemberontakkan kita sebelum mereka tampil memberikan komen yang diperlihatkan agak negatif kepada gerakan 25/5 di depan media massa sehingga menimbulkan persepsi negatif ke atas movement neh?

Kenapa 25/5?

Sebab itu je la demo terkini yang bakal berlangsung. Dan sebab itu la satu2 nya demo yang terkait dengan perkataan gulingkan kerajaan pasal SPEECH yang dibuat oleh Adam Adli dalam satu forum di dewan serbaguna cina baru2 neh.

Komen yang diperlihatkan negatif datang dari pimpinan PKR pada awalnya. Kemudian di sambung oleh PAS dan last sekali DAP sebelum bersahut2an antara sesama mereka.

Mereka telah membiarkan diri dipengaruhi oleh media massa seolah2 demo pada 25/5 ialah demo berniat GANAS. Ya, demo tersebut ada motif, tetapi siapa kamu untuk menganggap kami sedang melakukan KEGANASAN sedangkan motif kami ialah berhimpun secara aman, suarakan ketidakadilan ke atas proses pilihanraya yang dibuktikan bermasalah dari segi tatakerja. Ini sahaja.

Kami tak bawa pedang parang mahupun senjata.

Instead of panggil berbincang, bertanya dan memahami, mereka buat kenyataan di media. Antaranya DAP tak sokong demontrasi. Kami, dah biasa kalah dan terima kekalahan.

Hello. 505 blackout di seluruh negara itu apa agaknya?

Itu bukan demo. Itu berhimpun dalam stadium. 

Owh. Oke.

PAS sedia memberikan kerjasama kepada POLIS untuk tahan dalang/konspirasi kepada demo jalanan guling kerajaan.

What? 

Tapi err PAS  juga banyak kali berdemo dan banyak kali juga perkataan guling kerajaan digunakan oleh pejuang2 PAS?

Itu demo dan itu mendapat sokongan penuh dari PAS. Mana2 demo yang tak mendapat sokongan mutlak dari pimpinan, maka ia bukanlah demo dari kaca mata sebenar bagi pihak PAS. 

Owh. Oke.

PKR tiada kaitan dengan demo yang akan dianjurkan pada 25/5 ini. PKR tidak berniat gulingkan kerajaan dengan kekerasan.

Tapi.. err kenapa pula demo 25/5 dipandang as demo kekerasan? Kita orang tak buat apa2 lagi untuk dilabelkan as demo kekerasan?

Sebab bukan PKR yang anjurkan. Kena faham.

Owh oke.

Jadi movement pada 25/5 adalah 100% dari movement rakyat dari golongan bawahan. Paling bawah, paling rendah dalam hierarki masyarakat. Masyarakat yang takde kelas dan pangkat di dunia neh.

Fakta yang pimpinan PR perlu faham.

1. Demo 25/5 bukan demo keganasan. Jauh sekali demo kekerasan. Perkataan itu dilabelkan ke atas kami oleh media massa. Yang mengecikkan ahti kami, label itu dipersetujui oleh sesetengah dari anda.

Takpe. Kita cool down. Tuduhan yang amat berat itu kita terima dengan ahti yang terbuka. Sebab kita tahu demo neh self motivated dan ia sebenarnya bukan bersifat keganasan.

2. Demo ini bukan menghalang proses undang2. Pimpinan PR boleh failkan petisyen dan suarakan bantahan melalui undang2.

3. Kami, di pihak kami, memilih untuk berdemo suarakan bantahan. Sama saja. Peranan berbeza. Untuk buat donut, ko bukan kena guna tepung aje kan? Jadi ko kena satukan bahan2 tertentu untuk hasilkan satu donut yang sedap. Korang buat peranan korang, kami buat peranan kami. Apa masalahnya?

4. Kenyataan Adam Adli telah ditafsirkan dari sudut yang BIAS. Tak sepatutnya pimpinan melihat kenyataan Adam Adli ketika dia mengeluarkan kata2 itu. Sepatutnya pimpinan melihat kenyataan Adam Adli dari semua sudut. Sebelum dan selepas. Sebelum nya, undang2 telah digunakan untuk lapor salah laku etika SPR. Laporan polis telah pun dibuat. Tuntutan sudah pun dizahirkan. Bahkan sebelum2 PRU lagi kita dah kemukakan beberapa perkara yang menjadi keraguan. Nampaknya tuntutan tersebut diabaikan tanpa rasa ragu2.

Jadi, Adam Adli keluarkan satu kenyataan yang sebenarnya tepat merujuk kepada keadaan masyarakat ketika ini. Mungkin ia tidak tepat bagi pimpinan seperti kamu. Tetapi kita duduk dalam dua situasi yang amat berbeza. Tidak tepat bagi kamu, belum tentu tidak tepat bagi kami. Ini kerana yang melalui pelbagai kesukaran itu, kami di pihak rakyat yang terjejas paling banyak. 

Sebab itu adalah amat TIDAK WAJAR melihat kami dari sudut yang negatif. Media massa, kekurangan info yang tepat dan sahih, diberitakan dengan maklumat secara salah punca sesetengah pimpinan PR melihat 25/5 as gerakan negatif.

Pergi dapatkan maklumat yang betul sebelum menghentam kami. Tolong.

Sungguhpun demikian, terdapat juga pimpinan PR yang matang dalam berbicara. Baguslah. At least mereka tak GOPOH dan TERBURU2 keluarkan statement depan PRESS. Namun setiap statement2 yang dikeluarkan, samada negatif mahupun positif, adalah merupakan satu promosi kepada event sabtu ini. Terima kasih, ikhlas aku ucapkan neh.

Hehe. 

Fakta yang SPR dan BN kena faham.

1. Laporan polis sudah dibuat. Banyak kali. Bahkan bukan satu individu. Ramai yang tampil buat laporan wujudnya tata kerja yang tidak betul ketika proses pilihanraya sedang berlangsung..

2. Instead of menyiasat apa yang sedang berlaku, benda2 yang menjadi pertikaian, polis memilih untuk entahlah, tak bertindak boleh kh ke aku anggap as diamkan diri or tutup kes? 

3. Bila tiada respon balas dari     dari PDRM, kita as rakyat tak boleh ke rasa tidak puas ahti?

4. Apa kami boleh hantar petisyen untuk suarakan ketidakpuasan ke atas PDRM kerana taknak siasat SPR ? Silap2 kami di anggap lawan Agung. Kan POLIS DIRAJA MALAYSIA.

5.An Yang mewajarkan tindakan kami ialah berhimpun nyatakan bantahan.

6. Itu paling mudah, paling cepat dan paling senang sampai kepada masyarakat. 

7. Sepatutnya tindakan kami dinilai dari semua sudut, diambilkira dari semua pendapat, then baru simpulkan samada kami sedang melakukan kesalahan ataupun tidak.
   
8. Tak boleh la petik sana sini, petik sini sikit, dah ko salah. Ko penjenayah. Ko langgar undang2. Ko provokasi. 

Penilaian yang dibuat secara tidak adil. Oleh beberapa pihak yang berkaitan. Mereka tak cenderung untuk bertanya dan mendengar. Bukan paksa bersetuju. Jangan salah faham. Kami raikan perbezaan. Kami hormat kritikan. Kami terima nasihat. Tapi biarlah semua proses itu berlaku setelah kamu memilih untuk mendengar pendapat dan hujah2 kami. Nak tuduh2 demo 25/5 ganas sekalipun, biarlah benda tue betul2 dah terbukti ganas. Masa tue nak kaw2 balon, balon la. Macam tak pernah kena balon pada BERSIH 3. Satu demo yang kami akur, kami gagal mengekalkan keamanan nya sehingga bersurai.

Tetapi demo 25/5 ialah demo yang kami mahu kekalkan konsep berdemo secara aman.

Taknak ada yang mati. Taknak ada yang buat vandalisme terhadap harta awam. Jadi jangan buat apa2 tuduhan sehingga kami terbukti melakukan perkara yang sebaliknya.

Demo pada sabtu ini ialah demo yang membuktikan bahawa kami tak turun atas padang kerana sosok tubuh pemimpin.

Kami sedia faham bahawa perjuangan kami ialah perjuangan menentang kezaliman. Kami tak perlukan pemimpin untuk cakap yes dan no bagi membuat apa2 tindakan sekalipun. Justifikasi kami adalah hak kami sepenuhnya.

Bila kami rasa tuntutan itu rasional, rasional dengan keperluan kami, rasional dengan arus perjuangan kami, kami buat. Turun, jika anda bersedia melawan SPR, BN dan PR sekaligus.

Sabtu ini, jam 2 petang dan ke atas. Berkumpul di padang Amcorp mall.

Demo lawan penipuan. Demo lawan SPR yang sombong. Demo lawan BN yang seringkali salah tafsirkan tindakan2 kami. Demo lawan sesetengah pimpinan PR yang anggap kami sedang melakukan keganasan.

Bangkit dan melawan. Rakyat bersatu lawan penindasan.

Sebarkan poster neh ;


Peguam Wanita Di teranjang Polis.

Kena sepak.

Dari belakang pula tue. Adoi.

Menyepak orang satu hal. Then sepak dari belakang. Lepas sepak orang lari cepat2.

Apa jadah POLIS berperangai macam neh? Betul ke ko tue SEORANG POLIS hah?

GILA!

Mencemarkan reputasi PDRM aje.


Ini keterangan yang dibuat oleh Peguam yang mewakili 18 individu yang ditahan semalam. Namun kini dah dibebaskan.

Fadiah Nadwa Fiktri. Peguam wanita yang telah disepak oleh seorang anggota polis dari belakang.

 
Nak harap PDRM siasat? Ko pergi tidur lagi bagus. Sampai ke MAMPOS dorang takan siasat dan hukum individu yang sepak peguam fadiah. 

JANGAN KO HARAP!!!!

Apa pun dari sini kita dah boleh menilai. Sikap sesetengah polis itu sendiri kadangkala melemahkan keyakinan orang awam terhadap PDRM. Dan sikap sesetengah polis itu sendiri la yang menyumbang persepsi negatif terhadap PDRM.

Bukan suka2 kita nak anggap negatif apa bagai. Kita pun faham juga PDRM neh bertanggungjawab untuk jaga keselamatan negara. Bab kefahaman tentang tanggungjawab PDRM dan respect itu sentiasa ada dalam diri masing2. Tapi kita argue bab sejauh mana POLIS tersebut memainkan peranan mereka dengan BETUL dan ADIL.

Ada beza oke.

Ko polis, ko bertanggungjawab jaga keselamatan negara. Itu betul.

Ko polis, tapi kalau ko tak adil dan tak cekap jalankan tugas, itu tak betul.

Jadi dalam pada kita menerima faham tugas dan peranan polis di Malaysia neh, kita juga mahu PDRM bersedia menerima faham kenapa ada sesetengah tindakan PDRM, kita protes. Fahami isi dan asas kepada perbalahan, bukan lihat perbalahan itu sendiri. 

Negara tanpa polis ada dua je sebabnya. Pertama kerana negara tue biol. Dia nak biarkan jek jenayah berleluasa. Kedua kerana negara tue aman. Jenayah tak wujud di negara itu. Status negara kita, jenayah bersepah. So nak negara tanpa polis memang mustahil. Tapi kemon la polis, jalankan tanggungjawab anda sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan. 

Oke bai. 

Rabu, 22 Mei 2013

Penyokong UMNO Bakal Mengamok Marah Najib.

Lihat surat bawah neh jap. Sedang tersebar di facebook.


Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=576727049033735&set=a.133152726724505.11635.133145123391932&type=1&relevant_count=1

Aku minta korang [penyokong2 UMNO + PERKASA = pejuang ISLAM sejati SEMALAYSIA] masing2 bertenang dulu. Actually benda neh ada sebab2 tertentu. Aku percaya. Lagipun ada tertera di surat tersebut. Antara alasan2 yang dikemukakan ialah ;

1. Menganggu orang yang sedang sakit.

2. Pasang speaker time ajar orang mengaji.

Yelah, nak ajar orang ngaji ajar je la. Tapi agak pelik juga time ko mengajar ko pergi buka speaker kuat2. Apahal plak satu perumahan kena dengar ko dan anak murid ko belajar mengaji?

Sungguhpun management surau tersebut di bawah pembangkang, seperti yang tertera dalam surat tersebut, adalah amat wajar pembangkang bertolenrasi dengan penduduk di kawasan perumahan tersebut.

Dakwah dan ceramah memang oke. Tapi biar disesuaikan dengan keadaan. Nak dekat2 azan, ko pasang zikir ka, mengaji2 ka, mungkin orang tak rasa ralat. Owhh nak dekat waktu dah. Mari lah kita bersiap2 nak pergi bersolat di surau..

Ini kalau setiap masa pun ko buat ikut kepala hotak kau, sampai orang yang sakit pun rasa terganggu, sampaikan penganut bukan islam pun rasa terjejas, ini kurang baik la pada imej islam itu sendiri.

Apa pun aku risau la aduan neh akan membuatkan bloggers umno dan penyokong2 umno yang begitu kuat perjuangan ISLAM mereka..

MENGAMOK SAKAN !!!

Benda neh pernah la berlaku kat salah satu negeri yang pembangkang tadbir tau. Mereka marah. Mengamok. Mereka cakap mereka bukan marah pasal politik. Ini islam neh. Citer pasal islam. Tahu tak? Dorang pejuang islam. Kita jangan main2 sama dorang.

Hish.

Masuk tv3 la lepas neh.

Pejuang ISLAM aka UMNO dan PERKASA marah kat penduduk yang complaint tue.

Err.. jap boleh aku tanya yang complaint tue berbangsa apa dan beragama apa? <-- UMNO.

Melayu + muslim. Why?

Err.. takpe ah. Kalau cina dan ada kaitan dengan pembangkang baru aku mengamok. Sebab aku pejuang islam ikut shift. Bukan 24 jam sepanjang masa. Aku pejuang islam bila aku nak politikkan isu untuk memburukkan pembangkang je. Tolong faham ek. <-- UMNO.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH        
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...