Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 25 Mei 2013

Amaran Terakhir Kepada Peserta Perhimpunan.

Hari neh jam 5 petang akan berlangsung satu protes besar2an terhadap SPR. Tolong la faham. Protes tetap protes. Tapi biar berlangsung dengan aman.

Aman kat sini mungkin berbeza ikut situasi dan pemikiran individu masing2.

Contohnya.

Aman bagi konsep aku ialah jangan provoke polis. Take it easy sudah. Polis serang, aku lari. Polis tak serang, aku chill.

Aman bagi member aku plak berbeza. Polis serang dia stay still. Polis pukul dia redha. Polis tak tangkap dia still taknak bersurai bila di seru. Itu aman bagi dia.

Ada juga aman yang berbeza dari member2 lain. Polis serang, dia serang balik. Pasal polis kacau himpunan aman. Polis tu sendiri tak patuh pada perlembagaan. Tak follow undang2. So jika polis tu serang dia, dia serang balik as self defense. Bukan langgar undang2. Sebab polis tue yang salah. Dia tak salah.

Jadi berbeza2 pemahaman kami bab konsep AMAN neh. Cuma yang sepakat ialah satu perkara. Vandalisme. Usik orang lain. Kacau harta dan privacy orang lain. Rosakkan barang orang awam dan public. Itu tidak aman dan tidak perlu.

Sebab tu jika korang spot sesiapa yang buat kerosakkan atas benda ataupun pada situasi yang tak memerlukan dia ataupun sesiapa untuk provoke buat benda neh..

Jerit kuat2 dan tanya dia.

Woiiitttttttttttt

KAU UMNO KE? BUDAK NEH UMNO? TANGKAP GAMBAR DIA. MUNGKIN DIA UMNO YANG MENYAMAR.

Kalau dia PR mao mengelabah kena tuduh2 as Umno. Kalau dia Umno samada dia buat2 berhenti cool down ataupun lari ataupun terus berlakon konon dah berhenti marah.. Dia akan lakukan apa saja untuk cover penyamaran dia.

So ahti2 la.

Aku yakin kita tak perlukan tuala garam air mineral dan lilin. Aku yakin petang kali neh petang yang aman. Kita sama2 doakan.

Protes neh tujuan utama nya ialah nak sound SPR.

Desakan yang keras terhadap SPR dibuat setelah SPR berdegil mempertahankan kesilapan2 mereka pada PRU yang lepas.

Antara kesilapan yang mereka pertahankan ialah penggunaan dakwat kekal. Nama pun dakwat kekal. Sepatutnya dakwat tue kekal la kan. Tapi harammmmm.

Yang kelakar tue. Kat berita radio. Bernama 24 tak silap aku. SPR boleh cakap mereka akan kaji penggunaan dakwat kekal yang memerlukan botol digoncang setiap 2 jam.

Kah kah kah

Kah kah kah kah

Kah kah kah kah kah

Tersembur air liur aku. Gile. Aku mula memikirkan agaknya pengerusi SPR beranggapan owhh lebih baik bagi alasan bullshit dari mengakui kesalahan.

Dalam masa yang sama SPR juga akan buat satu post mortem dalaman bagi mengkaji kelemahan2 mereka dalam PRU yang lepas.

Actually bagus je buat post mortem. Tapi yang tak bagusnya disebabkan kelemahan2 tersebut rakyat kena tanggung sengsara selama 5 tahun lagi. 56 tahun tak cukup? Nak genapkan 61 tahun? Atau 100 tahun?

Kesilapan yang sampai dah menyusahkan orang lain tak patut dibiarkan. Maaf ye SPR. kita tak benci you all. Tapi kita benci cara you all tanggani pilihanraya dengan tidak telus.

Pada dasarnya BN tak perlu rasa sentap dengan demo neh. Tapi depa sentap. Pada dasarnya PDRM pun tak perlu sentap dengan movement rakyat. Tapi depa sentap. Especially their leaders la kan.

So disebabkan PIMPINAN/PEMIMPIN

BN + SPR + PDRM = bersekutu = share matlamat yang sama maka sampai bebila lah susah la nak push permasalahan2 yang kita highlightkan selama neh.

Macam cakap dengan batu. Tahu tak? Batu.

Oii batu.

Apa (dalam ahti)

Ketepi sket.

Oiiii batuuuuu

Apaaaaaa (dalam ahti)

Ketepiiii ahhhh sikitttttt

Oiiiiiiiiiiiiiiiiiiii batuuuuuuuuuuu

Apaaaaaaa bengap (dalam ahti)

Ketepiiii ah aku nak lalu nehhhh

Macam tu la di ibaratkan situasi kita dengan pimpinan hari neh. Dorang taknak respon. Sanggup batukan diri. Tak pun sanggup bagi alasan bingai. Itu pun lebih baik pada anggapan mereka dari ubah diri dan pemikiran mereka agar selaras dengan tuntutan rakyat.

Motif mereka berbuat demikian bukan kerana mereka bodoh. Jangan salah faham. Tapi sebab mereka tamak. Mereka tahu jika mereka penuhi tuntutan kita maka mereka akan jadi kurang kaya. Dah tak kapitalis lagi dah.

Orang yang dah biasa hidup mewah disebabkan polisi2 berat sebelah dan tidak adil tetiba ko suruh dia hidup serdahana mahu ke dia terima?

Orang yang dah biasa kaya sebab merasuah tetiba ko suruh dia serah diri masuk penjara jalani hukuman sanggup ke dia buat?

Hatta kita yang kecik2 neh bila buat salah pun susah nak minta maaf. Kalau tak dibuktikan kita memang melakukan kesilapan ataupun disebabkan kita menyesal jangan nak harapla. Ini terpakai untuk aku. Terus terang. Kena terima hakikat derrrr.

Inikan pula benda yang lebih besar 'pertaruhan' nya. Lagilah sukar nak buat keputusan. Disebabkan mereka yang tamak plus zalim neh tak boleh keputusan maka kita la kena bantu untuk buat keputusan untuk mereka. Actually dengan menolong mereka kembali ke fitrah asal manusia iaitu menjadi baik at least tak kacau dan menyusahkan orang itu juga merupakan satu perjuangan.

Hehe.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...