Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 23 Mei 2013

Demo LAWAN PR, SPR dan BN Sabtu Ini - Sebarkan!


Demokrasi sudah mampos. Tema utama. Blackout. Merujuk kepada demokrasi yang sudah mampos dan mampos dan mampos.

Baiklah. Mukadimah dulu.

Setiap demo ialah demo tumbang kerajaan. Setiap demo ialah demo guling kerajaan. Itulah satu2nya tuduhan consistenly yang dilemparkan ke atas pemerintah terhadap semua demo2 yang di anjurkan oleh sesiapa saja asal bukan BN.

Asal bukan BN yang berdemo, dan demo tersebut bersifat politicious, maka ia DEMO GULING KERAJAAN.

Ini kita dah biasa dengar. Sedia faham dan terima.

Pasal bila difikir2kan, memang betul juga kata2 itu. Ia demo bermotifkan bahawa agar kerajaan yang sedang memerintah neh samada ;

PENUHI tuntutan yang dikemukakan

ATAU

Kita mahu mereka jatuh.

Cuma mereka tak gunakan ayat yang tepat untuk gambarkan movement neh. Ayat yang tepat untuk movement neh ialah kita mahu KERAJAAN ZALIM tumbang. Babai. Dan get lost.

Atau kita mahu kerajaan yang ZALIM tidak meneruskan kezaliman mereka lagi. Penuhi tuntutan kita dan ubah cara anda mentadbir.

Simple.

Baru2 ini, dalam 2 minggu kebelakangan ini kita melihat wujudnya pimpinan PR tidak favor kepada demo. Pasal DEMO yang dianjurkan pada 25 ini bukan demo yang favor kepada modus operandi mereka.

Pada anggapan mereka, demo 25 ialah demo guling kerajaan. Dan demo guling kerajaan dengan kekerasan. Ingat, ini ANGGAPAN mereka. Anggapan BN. Anggapan SPR. Dan anggapan media massa.

Mereka, pimpinan PR tidak mahu gulingkan kerajaan dengan kekerasan. Mereka mahu patuhi undang2 yang sedia ada meskipun ia bersifat double standard. Bukan seme tetapi seringkali. Mereka mahu bawa tuntutan berbangkit menerusi mahkamah dan undang2. Ya sebenarnya aku tidak nampak pendirian seperti itu salah. 

Go on.

Gerakan pimpinan partisan mempunyai pendirian seperti itu, dan kita hormat serta terima.

Tetapi sejauh mana sesetengah pimpinan partisan ini memahami asas kepada pemberontakkan kita sebelum mereka tampil memberikan komen yang diperlihatkan agak negatif kepada gerakan 25/5 di depan media massa sehingga menimbulkan persepsi negatif ke atas movement neh?

Kenapa 25/5?

Sebab itu je la demo terkini yang bakal berlangsung. Dan sebab itu la satu2 nya demo yang terkait dengan perkataan gulingkan kerajaan pasal SPEECH yang dibuat oleh Adam Adli dalam satu forum di dewan serbaguna cina baru2 neh.

Komen yang diperlihatkan negatif datang dari pimpinan PKR pada awalnya. Kemudian di sambung oleh PAS dan last sekali DAP sebelum bersahut2an antara sesama mereka.

Mereka telah membiarkan diri dipengaruhi oleh media massa seolah2 demo pada 25/5 ialah demo berniat GANAS. Ya, demo tersebut ada motif, tetapi siapa kamu untuk menganggap kami sedang melakukan KEGANASAN sedangkan motif kami ialah berhimpun secara aman, suarakan ketidakadilan ke atas proses pilihanraya yang dibuktikan bermasalah dari segi tatakerja. Ini sahaja.

Kami tak bawa pedang parang mahupun senjata.

Instead of panggil berbincang, bertanya dan memahami, mereka buat kenyataan di media. Antaranya DAP tak sokong demontrasi. Kami, dah biasa kalah dan terima kekalahan.

Hello. 505 blackout di seluruh negara itu apa agaknya?

Itu bukan demo. Itu berhimpun dalam stadium. 

Owh. Oke.

PAS sedia memberikan kerjasama kepada POLIS untuk tahan dalang/konspirasi kepada demo jalanan guling kerajaan.

What? 

Tapi err PAS  juga banyak kali berdemo dan banyak kali juga perkataan guling kerajaan digunakan oleh pejuang2 PAS?

Itu demo dan itu mendapat sokongan penuh dari PAS. Mana2 demo yang tak mendapat sokongan mutlak dari pimpinan, maka ia bukanlah demo dari kaca mata sebenar bagi pihak PAS. 

Owh. Oke.

PKR tiada kaitan dengan demo yang akan dianjurkan pada 25/5 ini. PKR tidak berniat gulingkan kerajaan dengan kekerasan.

Tapi.. err kenapa pula demo 25/5 dipandang as demo kekerasan? Kita orang tak buat apa2 lagi untuk dilabelkan as demo kekerasan?

Sebab bukan PKR yang anjurkan. Kena faham.

Owh oke.

Jadi movement pada 25/5 adalah 100% dari movement rakyat dari golongan bawahan. Paling bawah, paling rendah dalam hierarki masyarakat. Masyarakat yang takde kelas dan pangkat di dunia neh.

Fakta yang pimpinan PR perlu faham.

1. Demo 25/5 bukan demo keganasan. Jauh sekali demo kekerasan. Perkataan itu dilabelkan ke atas kami oleh media massa. Yang mengecikkan ahti kami, label itu dipersetujui oleh sesetengah dari anda.

Takpe. Kita cool down. Tuduhan yang amat berat itu kita terima dengan ahti yang terbuka. Sebab kita tahu demo neh self motivated dan ia sebenarnya bukan bersifat keganasan.

2. Demo ini bukan menghalang proses undang2. Pimpinan PR boleh failkan petisyen dan suarakan bantahan melalui undang2.

3. Kami, di pihak kami, memilih untuk berdemo suarakan bantahan. Sama saja. Peranan berbeza. Untuk buat donut, ko bukan kena guna tepung aje kan? Jadi ko kena satukan bahan2 tertentu untuk hasilkan satu donut yang sedap. Korang buat peranan korang, kami buat peranan kami. Apa masalahnya?

4. Kenyataan Adam Adli telah ditafsirkan dari sudut yang BIAS. Tak sepatutnya pimpinan melihat kenyataan Adam Adli ketika dia mengeluarkan kata2 itu. Sepatutnya pimpinan melihat kenyataan Adam Adli dari semua sudut. Sebelum dan selepas. Sebelum nya, undang2 telah digunakan untuk lapor salah laku etika SPR. Laporan polis telah pun dibuat. Tuntutan sudah pun dizahirkan. Bahkan sebelum2 PRU lagi kita dah kemukakan beberapa perkara yang menjadi keraguan. Nampaknya tuntutan tersebut diabaikan tanpa rasa ragu2.

Jadi, Adam Adli keluarkan satu kenyataan yang sebenarnya tepat merujuk kepada keadaan masyarakat ketika ini. Mungkin ia tidak tepat bagi pimpinan seperti kamu. Tetapi kita duduk dalam dua situasi yang amat berbeza. Tidak tepat bagi kamu, belum tentu tidak tepat bagi kami. Ini kerana yang melalui pelbagai kesukaran itu, kami di pihak rakyat yang terjejas paling banyak. 

Sebab itu adalah amat TIDAK WAJAR melihat kami dari sudut yang negatif. Media massa, kekurangan info yang tepat dan sahih, diberitakan dengan maklumat secara salah punca sesetengah pimpinan PR melihat 25/5 as gerakan negatif.

Pergi dapatkan maklumat yang betul sebelum menghentam kami. Tolong.

Sungguhpun demikian, terdapat juga pimpinan PR yang matang dalam berbicara. Baguslah. At least mereka tak GOPOH dan TERBURU2 keluarkan statement depan PRESS. Namun setiap statement2 yang dikeluarkan, samada negatif mahupun positif, adalah merupakan satu promosi kepada event sabtu ini. Terima kasih, ikhlas aku ucapkan neh.

Hehe. 

Fakta yang SPR dan BN kena faham.

1. Laporan polis sudah dibuat. Banyak kali. Bahkan bukan satu individu. Ramai yang tampil buat laporan wujudnya tata kerja yang tidak betul ketika proses pilihanraya sedang berlangsung..

2. Instead of menyiasat apa yang sedang berlaku, benda2 yang menjadi pertikaian, polis memilih untuk entahlah, tak bertindak boleh kh ke aku anggap as diamkan diri or tutup kes? 

3. Bila tiada respon balas dari     dari PDRM, kita as rakyat tak boleh ke rasa tidak puas ahti?

4. Apa kami boleh hantar petisyen untuk suarakan ketidakpuasan ke atas PDRM kerana taknak siasat SPR ? Silap2 kami di anggap lawan Agung. Kan POLIS DIRAJA MALAYSIA.

5.An Yang mewajarkan tindakan kami ialah berhimpun nyatakan bantahan.

6. Itu paling mudah, paling cepat dan paling senang sampai kepada masyarakat. 

7. Sepatutnya tindakan kami dinilai dari semua sudut, diambilkira dari semua pendapat, then baru simpulkan samada kami sedang melakukan kesalahan ataupun tidak.
   
8. Tak boleh la petik sana sini, petik sini sikit, dah ko salah. Ko penjenayah. Ko langgar undang2. Ko provokasi. 

Penilaian yang dibuat secara tidak adil. Oleh beberapa pihak yang berkaitan. Mereka tak cenderung untuk bertanya dan mendengar. Bukan paksa bersetuju. Jangan salah faham. Kami raikan perbezaan. Kami hormat kritikan. Kami terima nasihat. Tapi biarlah semua proses itu berlaku setelah kamu memilih untuk mendengar pendapat dan hujah2 kami. Nak tuduh2 demo 25/5 ganas sekalipun, biarlah benda tue betul2 dah terbukti ganas. Masa tue nak kaw2 balon, balon la. Macam tak pernah kena balon pada BERSIH 3. Satu demo yang kami akur, kami gagal mengekalkan keamanan nya sehingga bersurai.

Tetapi demo 25/5 ialah demo yang kami mahu kekalkan konsep berdemo secara aman.

Taknak ada yang mati. Taknak ada yang buat vandalisme terhadap harta awam. Jadi jangan buat apa2 tuduhan sehingga kami terbukti melakukan perkara yang sebaliknya.

Demo pada sabtu ini ialah demo yang membuktikan bahawa kami tak turun atas padang kerana sosok tubuh pemimpin.

Kami sedia faham bahawa perjuangan kami ialah perjuangan menentang kezaliman. Kami tak perlukan pemimpin untuk cakap yes dan no bagi membuat apa2 tindakan sekalipun. Justifikasi kami adalah hak kami sepenuhnya.

Bila kami rasa tuntutan itu rasional, rasional dengan keperluan kami, rasional dengan arus perjuangan kami, kami buat. Turun, jika anda bersedia melawan SPR, BN dan PR sekaligus.

Sabtu ini, jam 2 petang dan ke atas. Berkumpul di padang Amcorp mall.

Demo lawan penipuan. Demo lawan SPR yang sombong. Demo lawan BN yang seringkali salah tafsirkan tindakan2 kami. Demo lawan sesetengah pimpinan PR yang anggap kami sedang melakukan keganasan.

Bangkit dan melawan. Rakyat bersatu lawan penindasan.

Sebarkan poster neh ;


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...