Peh.
Lain yang dia buat, lain yang utusan sebar. Tak mustahil esok [hari ahad] si awang meroyan akan menulis mengenai gambar lucah adam adli dan mungkin dia akan cuba menerapkan persepsi seolah2 adam ialah gay sebab tue adam berdemo. Dan mungkin juga utusan akan siar gambar adam bersama dsai dan demo mahasiswa pasal auku yang lepas akan tiba2 dikaitkan menjadi demo tajaan anwar. Percayalah geng. Taktik dorang seme dalam tangan aku. Dah hafal dah beb.
Baca keratan di atas neh. Ini ialah berita yang dipetik dari utusan online. Adam menurunkan dan menaikkan bendera najib. Ini situasi yang sebenar. Mula2 depa puas canang adam turunkan bendera. Bab naik depa tak hebohkan walhal dia ada naikkan bendera semula. Berita yang separuh2 disebarkan agar orang sangka buruk pada adam dan menyangka adam ialah mahasiswa yang suka berdemo dengan ganas. So satu lagi alasan napa AUKU patut kekal.
Selepas berita dia menaikkan bendera diketahui oleh orang ramai, geng2 umno jadi takut dan cuak. Lalu, mereka [penyokong2 umno] sebarkan pula persepsi turun dan naikkan bendera tetap biadap. Ia adalah perbuatan yang tak boleh diterima.
Hak eley.. bodoh nak mampos punya umno. Kesalahan2 lain seperti berzina pun ada ruang bertaubat.. apatah lagi isu turunkan bendera. Kalau sungguh najib berhati mulia dah lama dah dia buat statement dan lepaskan adam adli. Kata baru balik haji. Takan takde sifat melupakan apa yang keruh? Heh.
Isu menurunkan dan menaikkan bendera adalah isu yang sangat2 kecik. Aku tidak bersetuju dengan adam yang menurunkan bendera sebab demo neh bertujuan menghantar memo kepada saifuddin yang menyambut mereka dengan baik dan terbuka. Kalau ia demo yang melibatkan najib, lebih dari itupun takpe. Pasal orang yang menyusahkan rakyat mana wajar direspect. Ini jelas. Takan nak suruh aku respect firaun? G mampos.
Oleh kerana ramai orang mula berkira2 untuk memahami adam owhhh dia neh turunkan bendera 5 minit then dia naikkan ia semula.. takpelah.. hal kecik.. ada banyak lagi benda yang aku nak fikir contohnya isu pelanun yang melanun bertahun2 dan berjuta2 tapi penjara setahun je.. dan lain2 isu negara yang membebankan rakyat marhaen macam aku...
TUP..
Utusan tak boleh terima neh. Dia sebarkan pula penulisan adam pijak bendera. Betul kah adam pijak bendera? Pijak lain, turunkan lain.. neh dua perbuatan yang berbeza. Takan utusan dah nyanyuk?
kah kah kah
Ameno : Apa pun tak boleh.. umno je boleh..