Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 18 Disember 2011

Adakah ini buktinya Mahathir meminjam dari IMF?

Mahathir pada semalam meminta dsai bersumpah bahawa dia pernah meminjam dari bank dunia pada tahun 1998 - 1999 selepas pemecatan dsai. Malahan dia juga akan bersumpah sekali bagi membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Kiranya dia mahu membersihkan nama dia melalui sumpah. 

Satu kaedah baru yang juga ekpress bagi membuktikan bahawa diri tidak bersalah. Terima kasih pada najib kerana memperkenalkan kaedah neh di malaysia. Polis,mahkamah dan perkara2 yang berkaitan perundangan boleh bersara dah selepas neh. Heh.

Semalam di tv3, beria2 Mahathir mempertahankan diri bahawa dia di pihak yang benar dan dsai pula di pihak yang salah. Sebelum neh dsai ada menegaskan bahawa dia difitnah dalam isu IMF sebab pemimjam sebenar IMF ialah Mahathir bukan nya dia. Jadi apa yang Mahathir ulas semalam adalah balasan di atas kenyataan dsai terhadapnya. Takpe, dont worry mahathir. Dsai tidak perlu bersumpah. Mahathir hanya perlu jawab neh sahaja.

Mari lihat bukti printscreen di bawah neh terlebih dahulu ;





Laman web neh ialah laman web bank dunia. Info di atas diperolehi melalui laman web di atas neh. Apakah ada kemungkinan laman web neh memasukkan info yang salah dan kurang tepat? Aku tidak tahu.

Apakah ada kemungkinan bahawa Mahathir lupa dia pernah meminjam IMF? Aku pun tidak tahu. Setiap pinjaman yang dibuat, ada menyatakan sebab2 kenapa perkara itu perlu. Bagi aku, andai ini kaedah yang perlu dibuat pada ketika itu, untuk menyelamatkn dan membangunkan ekonomi malaysia, tiada masalah. Momantai.

Tapi timbul masalah andai berani pinjam tapi tak berani mengaku. Lebih bermasalah andai sudahlah sendiri pinjam tapi dok pongpang fitnah orang agent yahudi, usa bagai.  Sudah semestinya ada sebab2 tertentu kenapa mahathir dan malaysia melakukan pinjaman neh. Aku tidak mahu mempertikaikan ia kerana neh urusan ekonomi, urusan yang aku sendiri tidak arif. Oleh itu lebih baik aku elak bercakap pasal perkara yang aku sendiri tidak tahu asal usulnya. 

Cuma, aku pelik dalam kes neh. Kenapa salah melakukan pinjaman di IMF andai malaysia benar2 memerlukan ia pada ketika itu? Dan kenapa pula mesti menyalahkan dsai di atas apa yang mahathir putuskan? Dan sejak bila meminjam dari IMF menjadikan kita agent yahudi, kafir, usa dan bagai? Rileks larh.. tak salah pun berurusan dengan orang bukan islam asalkan akidah, kedaulatan, keamanan, nyawa dan keselamatan bukan taruhan. Tapi jadi salah bila sendiri pinjam tapi salahkan orang lain sehingga dia difitnah dan dimaki atas perkara yang dia sendiri tidak pernah buat.

Inilah masalahnya umat malaysia sekarang neh. Mereka cenderung mempercayai apa yang orang lain mahu mereka percayakan. Persepsi meminjam di bank dunia adalah perkara yang jahat, persepsi bahawa dsai pihak yang meminjam dan persepsi mahathir berjaya tanpa imf.. semua itu hanyalah persepsi semata2. Fakta membuktikan sebaliknya. Dan fakta itu ramai orang sukar nak terima. Aneh.


Sumber printscreen : IAR


Update : Mahathir pinjam dari bank dunia, bukan dari IMF. Baca sini perbezaan IMF dan bank dunia.

Ameno : Betulkan balik kekeliruan neh mahathir sebelum Allah swt jemput anda ke alam baru..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...