Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 Disember 2011

Kenapa dalam bil TNB sebut pasal subsidi?


Hari tue aku ada nampak bil neh di saya benci harga barang naik. Dia complain apasal dalam bil tnb ada sebut pasal subsidi bahan api oleh kerajaan persekutuan? Nak bagi rakyat bersyukur dan berterima kasih? Or nak ingatkan rakyat pasal subsidi? Tak kesah larh apa tujuan mereka tapi boleh tak jangan tulis macam neh lagi? Siyes ini sangat fak sefak faknya beb.

Kalau sungguh nak tulis, nasihatlah rakyat pasal jimat cermat penggunaan api. Memang ramai yang suka membazir penggunaan elektrik sebenarnya. Aku tahu dan faham sebab aku pun kadangkala melakukan pembaziran tersebut. Contohnya aku pergi solat tapi komputer biar terpasang. Lebih kurang begitulah. Memang membazir sebab malas nak on off. So bazirkan je larh tenaga elektrik. Kan itu lebih senang. Heh.

Aku tak pasti samada ia melibatkan seme bil ke apa.. aku nak check bil terbaru sendiri pun tak boleh. Bil aku sebenarnya dah kemana2 hilangnya sebab aku tak berapa amek port pasal bayaran elektrik neh. 3,4bulan sekali bayar der. Biasalah kumpul hutang.  Heh.

Jadi aku nak minta jasa baik TNB dan sesiapa yang terlibat dalam cetakan pasal subsidi neh agar hentikan terus perkara neh dengan serta merta. Bukan apa, nanti aku takut rakyat malaysia bakar bil elektrik pula selepas neh. Biasalah rakyat malaysia neh kan dah memang tengah panas dengan bn dan umno. So jangan buat kita orang tambah panas lagi. Please. Sementara wa minta cara baik neh. Harap diluluskan terus usul wa tanpa melalui parlimen k. Bai.

Ameno  : Buat lagu fak bil tnb plak pas neh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...