Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 18 Disember 2011

Polis Akan Tangkap Facebooker's Kutuk UMNO?


Memetik penulisan dari blog addin, diberitahu bermula Jan 2012, polis akan berkerjasama dengan facebook bagi menahan mana2 individu [facebookers] dari malaysia yang mengutuk umno dan kerajaan secara keterlaluan. Selain dari itu, polis juga akan bertindak terhadap mereka yang salahgunakan page dan group tertentu. 

Yang neh aku tak berapa faham konsep dia. Apa maksud polis nak tahan seme facebookers malaysia yang kutuk umno? Dan apa pula maksud polis nak tahan orang yang create page / group yang menyebarkan dakyah pembangkang? 

Tidak kah polis sedar betapa ramai gile orang yang kutuk umno di alam maya neh? Ia bukan golongan minoriti tetapi majoriti. Maksudnya disini bilangan orang yang menggunakan medium online untuk memaki hamun umno dan kerajaan adalah bilangan ter-ramai, terbesar dan terbanyak. Ia ada di mana2 pages, blogs, forum dan twitter.

Menahan mereka adalah satu kerja yang bodoh. Menahan penjenayah okey. Menahan orang yang anti umno not okey. Orang yang anti umno ialah orang yang berpolitik. Sejak bila politik itu menjadi satu kesalahan pula? Dan sampai bila polis harus letakkan usaha melampau2 dalam menjaga karier politik umno? Apa benda pun kena ada limit. 

Polis sudah sepatutnya sedar limit mereka mempertahankan umno pada masa neh harus berakhir. Disebabkan polis tidak nampak batasan mereka, maka pdrm dicaci maki hingga mengheret masyarakat hilang respect pada pdrm itu sendiri. Bukan suka2 masyarakat nak hilang respect. Ia hadir dengan bersebab. Sebab itu polis sendiri yang timbulkan. 

Nama polis itu membawa maksud police = menjaga / mengawasi.. dan bidang kuasa polis ialah menjaga keselamatan rakyat. Tetapi apa yang polis malaysia buat ialah mereka menjaga keselamatan rakyat = pemimpin yang tertentu sahaja. Hanya pemimpin, rakyat yang polis sudi jaga. Rakyat biasa macam kita, polis tak hingin pandang dan kesah pun. 

Dah kalau polis sendiri memilih hanya menjaga individu tertentu, macam mana nak paksa rakyat respect pula? Apatah lagi yang dilindungi itu adalah orang yang bersalah. Lagi lah makin tak direspect. 

Tetapi berita yang dipetik dari blog addin neh masih bersifat spekulasi dan belum lagi ada berita sahih mengenainya. Boleh jadi benda neh betul, boleh jadi benda neh salah. Andai ia bertujuan menakutkan rakyat, maka aku fikir jalan neh tidak berkesan ke atas tegar pr melainkan kepada mereka yang baru berjinak2 dalam politik dan cenderung kepada pr.

Untuk rekod hanya facebookers yang menghina kerajaan dan bn sahaja yang akan diambil tindakan dan bukan nya perkara sebaliknya andai ia dikuatkuasakan pada Jan 2012 kelak.

Ameno : Muat ka penjara tue?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...