Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 23 Februari 2019

Debat Maszlee Dapat 1B Untuk Baiki Sarawak - Fdaus Ahmad + Mutalib Vs Khairul Azri. Part 2.

DEBAT ONLINE | Pusingan kedua menyaksikan Khairul Azri, seorang penyokong Najib Razak dan pro Barisan Nasional membidas hujah yang dikemukakan oleh Fdaus Ahmad sebelum ini.

BACA : DEBAT ONLINE PUSINGAN PERTAMA : MASZLEE BAWA 1 BILLION BAIKI SEKOLAH DAIF



Berikut dibawah adalah hujah yang dikemukakan oleh Khairul Azri;



RM1 Billion dalam sehari?

Pertamanya tahniah kepada Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Dr.Maszlee kerana akhirnya berjaya menyelesaikan kemelut peruntukan sekolah daif dan usang seperti dijanjikan kerajaan Persekutuan dulu (Baca: Kerajaan BN) pada tahun 2017 melalui Bajet 2018 dahulu. [1]

Tahniah kerana berjaya mengetepikan sisi ideologi politik masing-masing demi kemaslahatan rakyat Sarawak yang dahagakan arus pembangunan, lagi-lagi dari sudut pendidikan.

Cumanya ada beberapa benda yang saya rasa nak tambah mengenai certot *sedap baca, sungguh* yang sahabat FB saya Fdaus Ahmad ni karang, iaitu:

1. Harus diketahui yang sebenarnya, melalui RMK11 (2016-2018), kerajaan pusat ketika itu telah meluluskan dana untuk membina semula 205/415 buah sekolah di Sarawak yang dikategorikan sebagai sekolah usang kritikal. [2]

Nota Kaki : Ada 1,020 sekolah usang di Sarawak.

2. Harus diketahui juga pada tahun 2017, melalui bajet 2018, kerajaan pusat ketika itu telah mengumumkan dana khas berjumlah RM1 Billion untuk diperuntukkan kepada kerajaan Sarawak dalam memperbaiki sekolah usang dan daif di Sarawak. [3]

Nota kaki: Kerajaan persekutuan ketika itu telah berjanji akan menyalurkan RM500 juta pada tahun 2018 dan RM500 juta pada tahun 2019.

3. Bagi peruntukan di bawah RMK11, sebanyak RM419 juta telah diluluskan untuk digunakan bagi projek membaiki dan menaik taraf 116 sekolah-sekolah usang kritikal di Sarawak. 50 projek dibawah seliaan JKR, manakala baki 66 projek di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.[4]

Jadinya berdasarkan peruntukan dana khas berjumlah RM1 Billion dalam bajet 2018 tersebut, ianya akan digunakan untuk baki 210/415 sekolah usang kritikal di Sarawak.

4. Nak jadi cerita Malaysia tukar kerajaan pusat, bila tukar kerajaan pusat, RM500 juta untuk tahun 2018 tu kerajaan Sarawak tak dapat-dapat sampai ke sudah.

Maka pada Julai 2018 Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tawarkan pinjaman RM1 Bilion kepada kerajaan PH untuk 'expedite' proses pembaik pulihan sekolah-sekolah usang kritikal di Sarawak. [4][5]

5. Dan ianya mula menjadi isu apabila Dr. Maszlee berkata melalui jawapan di parlimen bila ditanya mengenai peruntukan RM1 Billion tersebut dan divdalam kenyataan Facebooknya beliau (dah kena delete rasanya) pada 31 Julai 2018 bahawa projek sekolah daif Sarawak setakat tahun 2018 yang melibatkan 116 sekolah, 41 projek telah siap dan tujuh projek telah mencapai kemajuan lebih 80 peratus.

Maka kerajaan Sarawak tak puas hatilah sebab projek untuk 116 sekolah tu melibatkan kelulusan RMK-11 dan bukan dari dana khas RM1 Billion daripada bajet 2018. [6]

6. Menambah garam kepada luka kerajaan Sarawak apabila, peruntukan sekolah daif yang diumumkan pada bajet 2019 pun hanyalah sekadar RM100 juta, dan 100 juta tu bukan untuk Sarawak sahaja, tapi untuk seluruh negara, berbanding dengan 500 juta untuk Semenanjung, RM1 Billion untuk Sarawak dan Sabah pada bajet 2018.

Maka lepas pengumuman tersebut, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak berkata memandangkan Sarawak bukan dalam kerajaan persekutuan, maka Sarawak mungkin menggunakan dana sendiri.

Cumanya yang tak sedap bila dia kata ia tidak begitu adil kepada Sarawak kerana Sarawak semua membayar cukai kepada negara.

“Kita membayar 15 peratus cukai dan apa yang kita dapat hanya 1.4 peratus sahaja,” ujarnya menambah sudah masanya untuk rakyat Sarawak berjuang." [8]

7. Namun alhamdulillah, kemelut ini kelihatannya selesai apabila dua hari lepas, kerajaan pusat akhirnya telah bersetuju untuk convert bayaran hutang RM1 Billion dari kerajaan negeri Sarawak kepada Persekutuan di mana kini kerajaan negeri tidak akan dapat extra RM1 Billion daripada kerajaan, tapi instead hutang kerajaan negeri akan dihapuskan kira sebanyak RM1 Billion oleh kerajaan pusat. [1]

Jadinya berdasarkan perkara-perkara di atas, adalah fair untuk dikatakan ianya bukanlah sebuah 'magic' satu hari tiba-tiba Dr.Maszlee dapat RM 1 Billion untuk Sarawak.

Dan yang paling penting jangan dilupakan peranan kerajaan negeri Sarawak yang sebenarnya yang telah memulakan langkah untuk 'reach out' secara matang dan 'offer' nak loan kepada kerajaan pusat PH sebanyak RM1 Billion untuk dana khas tersebut. Malah siap push suruh KPM respons. [4][5]

Dan rasanya kalau nak guna analogi macam anak ada hutang ayah, ayah cakap duit bayar hutang tu pakai untuk beli sofa dan perabot rumah kau tak payah bayar ke ayah, tu macam tak berapa full picture..

Dia lebih tepat kalau kita guna analogi ayah berjanji kat anak nak bagi tambahan RM1 ribu untuk baiki sofa lepas dah bagi RM419, tiba-tiba ayah dah tak ada duit, korek sana-sini pun takde RM1K tu..mula-mula bagi alasan, kan ayah dah bagi RM419, anak kesian maka anak offer nak loan ke ayah pakai duit dia dulu..ayah segan..maka dia belek-belek buku 5 dia, pastu dia teringat anak ada pinjam duit dia dulu RM1K, so dia katalah potong hutang, kau baiki sofa pakai duit kau sendiri. ๐Ÿคญ

Sekian.

Rujukan :


1. KABINET BERSETUJU BAYARAN HUTANG RM 1 BILION DARI KERAJAAN NEGERI SARAWAK UNTUK MENYELESAIKAN ISU SEKOLAH DAIF
https://www.facebook.com/151709604900321/posts/2610399145698009/

2. Isu sekolah perlu diselesaikan serentak, menyeluruh
https://www.utusanborneo.com.my/…/isu-sekolah-perlu-diseles…

3. Sarawak to manage RM1 billion for upgrading schools
https://www.freemalaysiatoday.com/…/sarawak-to-manage-by-it…

4. S’wak tetap tunggu kerajaan Persekutuan PH hulur RM1 bil bina sekolah usang – Dr Annuar
https://sarawakvoice.com/…/swak-tetap-tunggu-kerajaan-pers…/

5. Sarawak offers RM1 bln loan to PH government
http://www.theborneopost.com/…/sarawak-offers-rm1-bln-loan…/

6. Hormati peruntukan RM1b untuk sekolah daif
https://www.utusanborneo.com.my/…/hormati-peruntukan-rm1b-u…

7. Ucapan Bajet Tahun 2018
http://www.bnm.gov.my/files/2017/Ucapan_Bajet_2018.pdf

Teks Ucapan Belanjawan 2019
http://www.treasury.gov.my/pdf/ucapan/ub19.pdf

8. Peruntukan besar perlu atasi isu sekolah daif di Sarawak
https://www.utusanborneo.com.my/…/peruntukan-besar-perlu-at…

Debat Maszlee Dapat 1B Untuk Baiki Sarawak - Fdaus Ahmad + Mutalib Vs Khairul Azri. Part 1.

DEBAT ONLINE | Pusingan pertama dibuka oleh facebooker yang mengelarkan dirinya sebagai Fdaus Ahmad.

Beliau membawakan hujah kejayaan Dr. Maszlee yang berjaya mendapatkan dana sebanyak RM1B bagi membantu sekolah-sekolah kerajaan yang daif. Fdaus Ahmad akan dianggap pro kerajaan Pakatan Harapan dalam perdebatan online ini.

Berikut adalah hujahnya;


Cerita The RM1 Bilion Dollar Man


Minggu ini kecoh apabila RM1 bilion akan diperuntukkan untuk membaiki sekolah daif di Sarawak. Agak hairan juga sebenarnya mana datang wang sebanyak ini? Hari-hari kita mendengar kerajaan tak ada duit, bajet kena potong, “penurunan 70%”, tapi tiba-tiba KPM boleh dapat RM1 bilion untuk sekolah daif?

Apa benda ni?
PH nak kencing lagi ke?
Buat Uturn sharp corner pulak ke?

Ajaib sungguh!

Mana datang duit ini? Pak Arab mana pula yang derma?

Ok sebenarnya macam ni;

Pada September 2018, YB Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melakukan lawatan ke Sarawak untuk meninjau keadaan sekolah daif di negeri berkenaan.

Maszlee singgah di daerah Samarahan dan Simunjan untuk melihat keadaan empat sekolah di kedua-dua daerah itu. Termenung jauh beliau melihatkan kedaifan yang ada, pintu tercabut, bangunan usang, tangga hampir reput, tiang dimakan anai-anai.

Tapi biasa lah, belum pun Maszlee naik kapal terbang balik Putrajaya, askar askar pembangkang dah mulakan kempen serang Maszlee dan KPM.

"Pergi berlakon je tu minta kesian. Walhal kencing!"

"Pergi lawat je buat apa? Bagi duit laaa!"

"Alaahh Maszlee sembang. Sudahnya duit ke Sek cina!"

Ya tuan puan takkan lupa kot kutukan kutukan tu berlegar di seluruh fesbuk dan wassap nak undermine kepimpinan Maszlee.

Buat kerja biarlah berstrategi, tunggu masa sesuai, kemudian dah tiba masa terus strike!

Itu lah yang dibuktikan oleh kepimpinan KPM melalui Dr Maszlee.

Bak kata orang putih;

Show, don't tell.

Dan masa yang tepat itu muncul ketika Maszlee bertemu dengan YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Selasa tadi.

Masa tepat untuk apa?

Masa yang tepat untuk Maszlee sebagai kepala kementerian Pelajaran bagi cadangan dan solusi mutlak tentang bagaimana hutang Kerajaan Negeri Sarawak sebanyak 1billion tak perlu dibayar kepada kerajaan pusat, sebaliknya digunakan terus untuk tujuan pembaikan dan pembangunan semula sekolah-sekolah daif di seluruh negeri Sarawak!

Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai hutang berjumlah RM1 bilion dengan Kerajaan Persekutuan dan kalau difikirkan logik, pembayaran hutang ini sudah tentu akan mengambil masa yang lama dan manfaatnya pun tidaklah menyeluruh.

Jadinya, kerajaan Sarawak bayar hutang ke kerajaan pusat dengan cara bangunkan fasiliti, dan tingkatkan kualiti pendidikan secara menyeluruh ke negeri Sarawak.

Kalau susah kau nak faham, dia macam anak ada hutang ayah, ayah cakap duit bayar hutang tu pakai untuk beli sofa dan perabot rumah kau tak payah bayar ke ayah.

Akhirnya Maszlee setuju, Abang Johari pun setuju. Selesai!

Ini penyelesaian pintar di mana pembayaran hutang ditukar ganti untuk pembangunan sekolah yang jelas akan memberikan manfaat dan kegembiraan kepada 436 ribu (436,000) anak-anak di Sarawak. Selepas ini mereka akan mendapat sekolah yang lebih selesa dan kondusif.

Dengan kata lain, setiap anak anak di Sarawak mendapat kurang lebih RM2,293 manfaat dalam bentuk pendidikan jangka panjang melalui penstrukturan penyelesaian hutang kerajaan Persekutuan.

Pulang dari Sarawak, Dr Maszlee tanpa bertangguh mengemukakan persetujuan yang dicapai kepada Jemaah Menteri untuk menggunakan hutang Kerajaan Negeri Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembangunan sekolah daif.

Jemaah Menteri bersetuju tanpa bantahan!

Ini sebuah idea yang steady kerana tidak melibatkan apa-apa peruntukan tambahan, sebaliknya menggunakan wang hutang demi manfaat rakyat yang
pulangannya amat berharga buat rakyat Sarawak.

Tapi macam mana nak pastikan RM1 billion ni dipakai dengan elok tak ada sakau duit macam kes solar panel dulu?

Caranya mudah, Jemaah Menteri akan pantau semua projek yang berkaitan ini dan sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan serta Kerajaan Negeri Sarawak akan ditubuhkan untuk memastikan tadbir urus pelaksanaan projek ini menepati ciri-ciri bersih, cekap, amanah.

Jemaah Menteri juga menyatakan persetujuan untuk Jabatan Kerja Raya Sarawak menjadi agensi pelaksana.

Ya jangan kau ingat Jemaah Menteri ni ada Maszlee, Dr Mahathir dan Syed Saddiq saja. Dalam tu ada PKR, ada AMANAH dan paling penting ada wakil parti DAP yang kau selalu amukkan tu.

Begitulah kisahnya tuan puan,
bagaimana RM1 bilion dapat diperoleh dalam masa satu hari untuk projek baik pulih seluruh sekolah daif di Sarawak.

1.Hutang selesai

2. Sekolah naik taraf

3. Ekonomi setempat pun bergerak kerana peluang pekerjaan daripada projek-projek baik pulih.

4. Semua orang pun gembira.

Tapi nombor 4 ni bukan semua orang gembira lah.

Orang orang yang suka mencari salah, suka memperlekeh, suka sabotaj, suka sebar spekulasi dan fitnah, suka kutuk usaha dan inisiatif baik manusia lain,

orang orang ini tidak akan pernah bertemu kegembiraan tuan puan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahualam. - 23 Februari 2019.

Kenyataan Calon PH "Menang 2hb, 3hb Selesai Masalah," Ditarikbalik.

PRK SEMENYIH | Kenyataan calon PRK Semenyih, Muhammad Aiman akan menyelesaikan masalah di Semenyih sehari selepas menang ditarikbalik. 



"Jadi dalam beberapa hari ini saya dah bertemu dengan penghulu, banyak aduan dan keluhan. Tentang jalanraya yang sempit. Jalanraya yang berlubang. Lampu jalan yang tidak menyala. Sampah sarap dan pendatang asing.

Jadi 2 haribulan kita menang, 3 haribulan saya selesaikan semua masalah," katanya dalam ceramah itu.   

Sejurus selepas membuat janji berani itu, Aiman dikecam bertubi-tubi kerana sewenang-wenang taburkan janji apatah lagi Pakatan Harapan masih gagal melaksanakan janji manifestonya.

Tindakan terlepas cakap Aiman itu kemudiannya dibetulkan oleh Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui calon mereka terlepas cakap berhubung janji menyelesaikan masalah penduduk sehari selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih.

Beliau berkata, ini kerana Muhammad Aiman begitu bersemangat dan ghairah untuk membantu rakyat.

Katanya, beliau sendiri sudah pun menasihatkan calon PH berkenaan mengenai terlajak kata tersebut selain boleh diperbetulkan.

“Ini menunjukkan anak muda ini bukan main ghairah sekali. Sampaikan hari ini bawa, esok selesai. Jadi, saya kata tak apa lah, itu sebagai terlanjur kata, boleh kita perbetulkan.

“Apa yang penting, beliau menunjukkan minat untuk membantu rakyat Semenyih dengan isu-isu yang telah saya sebutkan semalam dengan panjang lebar yg menjadi perhatian penduduk di sini,”
jelasnya.


Selain dikritik kerana membuat janji palsu, Aiman juga dipersoalkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah pada 3 Mac memandangkan hari ahad adalah hari cuti umum di Selangor. - 23 Februari 2019.

Kutipan Tol Di LDP, SPRINT, KESAS & SMART Dimansuhkan, Caj Kesesakan Diperkenalkan.

LAPORAN | Kerajaan hari ini mengumumkan akan menghapuskan empat kutipan tol di;

1. Lebuhraya Damansara Puchong - LDP
2. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat - SPRINT
3. Lebuhraya Shah Alam - KESAS
4. Terowong SMART

Susulan dari kejayaan mengambilalih keempat-empat konsesi tol tersebut dari GAMUDA selaku pemegang saham majoriti.

 
Sebagai ganti kepada kutipan tol, caj kesesakan akan diperkenalkan dan mekanisme terperinci bakal diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan itu, caj kesesakan akan bermula selama enam jam setiap hari dan tiada apa-apa kutipan akan dikenakan bermula jam 11 malam hingga 5 pagi.

Pada waktu puncak, caj kesesakan yang akan dikenakan ialah sama seperti kadar tol sedia ada. Tujuannya adalah untuk;

i)   membiayai kos dan operasi penyelenggaraan lebuhraya

ii)  melunaskan bayaran pinjaman (pengambilalihan konsesi)

iii) mewujudkan dana pengangkutan awam yang bertujuan untuk menambahbaik jaringan sistem pengangkutan awam negara. 

Pada waktu biasa, kecuali jam 11 malam hingga 5 pagi, pengguna tetap akan dikenakan caj kesesakan namun kadarnya 30% lebih murah berbanding caj yang dikenakan pada waktu puncak.

Maklumat lanjut mengenai cadangan ini akan diumumkan kelak. - 23 Februari 2019.

Rabu, 20 Februari 2019

Papa Gomo Tak Serang Syed Saddiq, Ia Silap Faham Kata PDRM.

LAPORAN | Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan awal polis mendapati Exco Pemuda Umno itu tidak melakukan kesalahan serius terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dipetik sebagai berkata kejadian itu adalah satu salah faham.

“Saya lihat dakwaan ini, saya dapati tidak begitu serius sehingga berlaku pergaduhan, berlaku silap faham… berlaku sikit tarik-menarik.

“Dia (Papagomo) boleh dijamin dan kes ini akan diselesaikan dalam masa terdekat,”
katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Selangor kepada 318 pegawai polis pelbagai pangkat, hari ini.

Terdahulu, Papagomo ditahan di rumahnya di Danau Kota, Setapak, kira-kira pukul 3 petang Ahad, selepas dipercayai terbabit dalam insiden serangan ke atas Syed Saddiq di Kajang.

Dia ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan Syed Saddiq, bahawa beliau dicekak oleh Papagomo dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Sungai Way selepas insiden itu.

Bagi membalas dakwaan Syed Saddiq itu, jentera media UMNO di sosmed turut menyebarkan rakaman video yang didakwa mereka sebagai bukti yang Syed Saddiq tidak dicekak oleh Papa Gomo bagi mempertahankan tuduhan ke atas blogger itu. - 20 Februari 2019.

 

Peruntukan Untuk Sekolah Cina, Menjawab Hujah Ahli Majlis DAP.

KHAIRUL AZRI | LAYAK KAH?

Saya tak nak komen dari sudut peribadi YB Teo Nie Ching sama ada dia layak atau tidak untuk menjadi TMP.

Sebab saya tak kenal beliau, walaupun sejujurnya saya ada beberapa reservation bila mengenangkan beliau sebut perkataan 'terbulu-bulu','kokulikulum' ataupun mengenangkan nyanyian beliau bertajuk 'ABCDGST' yang telah mengegarkan dewan rakyat tidak berapa lama dulu.

Cumanya berdasarkan CERTOT cik Marina Ibrahim ni, saya rasa ada beberapa kejanggalan yang perlu di'address'kan untuk pengetahuan pihak awam.

 





Berikut adalah beberapa kejanggalan dalam penulisan beliau.

1. Sebab pemberian dana SPMC/ SMPC ditentang.
Harus diketahui, masyarakat menentang pemberian dana kepada Sekolah Persendirian Menengah Cina/Sekolah Menengah Persendirian Cina (SPMC/SMPC) bukanlah kerana ianya sekolah Cina.

Buktinya kalau kerana ianya adalah semata kerana ianya sekolah cina, sudah pastilah pemberian dana kepada SJKC/SMKJC akan ditentang juga.

Akan tetapi masyarakat menentang kerana SPMC/SMPC ini bercanggah dengan dasar pendidikan negara.

Hal ini kerana umum tahu bahawa hampir kesemua SMPC adalah tidak menggunakan silibus kebangsaan, sebaliknya menggunakan sistem UEC yang datangnya dari Taiwan.

Jadinya secara terus terang SMPC adalah bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Bahkan Menteri Pendidikan, YB Maszlee sendiri pernah berkata bahawa KPM tidak akan menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional. [1]

Tapi akhirnya u-turn sebab didesak oleh pemuda DAP [2],
dahlah tu, siap sembang bahawa peruntukan yang diberikan nak guna perbelanjaan pembangunan,/developement expenditure (DEVEX) dari MOF yang berada dibawah YB LGE, sebab masa tu panas Mybrain dibatalkan.

Tapi bila masuk bajet 2019, masuk bawah MOE jugak. [3]

Mybrain tetap tak ada. Ke ada? (UPDATE : Ada)

Maka janganlah ingat kami tak nampak. ๐Ÿ˜‰

2. TARC dan UTAR dapat, kenapa New Era tak boleh?

Ya benar, TARC dan UTAR dapat masa zaman BN. Tidak dinafikan.

Cumanya, dulu masa zaman BN, sebelum TARC dan UTAR dapat apa-apa dana, pemberian tersebut dicatatkan di dalam bajet rasmi dan dibahaskan diparlimen sebelum diturunkan kepada institusi-institusi tersebut.

Dalam kes New Era ni, tidak ada langsung perbincangan dibuat, tidak ada dalam bajet, tidak ada dalam perbahasan parlimen, tiba-tiba umum dah bagi.

Lepas tu sempoi guna dana pembangunan MOF.

Malah bukan New Era saja dapat, Kolej Universiti Selatan iaitu sebuah lagi niversiti swasta Cina pun dapat

YB LGE, LKS announce dan bagi guna duit perbelanjaan pembangunan/developement expenditure(DEVEX) dari MOF ni macam duit tok nenek depa. Walhal kita tahu bahawa DEVEX ni guna untuk pembangunan.

Dan acap tahun, DEVEX nilah akan jadi sumber defisit negara. Eh bukan kata Malaysia banyak hutang? ๐Ÿคญ

3. Perbandingan dengan UIM.

Hello, ada ke patut nak banding UIM dengan kolej New Era yang baru setahun jagung ni.

UIM ini asalnya adalah Kolej Islam Malaya (KIM) atau lebih dikenali sebagai “Muslim College” established pada 8 April 1955.

UIM ni adalah institusi pengajian tinggi yang pertama ditubuhkan di Malaysia hasil buah fikiran majlis raja-raja pada tahun 1948, iaitu sebelum merdeka lagi.

Punya susah orang Melayu yang kutip duit donate masa tu untuk bukak KIM ni.

Kemuncaknya Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Almuadzam Shah, (Sultan Pahang) dan Almarhum Tuanku Sultan Hisamuddin (Sultan Selangor) masa tu propose kepada majlis raja-raja untuk buka KIM.

Dan tahukah anda, tapak pertama kampus UIM(KIM) ini adalah asalnya istana lama Almarhum Tuanku Sultan Hisamuddin Alam Shah di jalan Kampung Jawa, tahun 1966 baru pindah ke jalan universiti di PJ.

Tahun 1968, arwah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sendiri umumkan diparlimen Kolej Islam Malaya akan naik taraf jadi Universiti dan jadi universiti Islam pertama di Asia Tenggara, tapi sayangnya kena tangguhkan sebab nak bagi jalan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970 yang mana KIM akan diserabkan ke dalam UKM sebagai Fakulti Penyelidikan Islam.

Tapi pada persidangan kali ke 222 MRR beberapa tahun lepas, MRR telah berkenan untuk keluarkan KIM dari UKM dan bukak UIM di Cyberjaya. [4]

Now, looking at KIM/UIM rich history dan hubungannya dengan Majlis Raja-raja dan orang Melayu itu sendiri, nak banding dengan New Era College dengan Southern UC yang dengarnya kalau nak sambung ke peringkat ijazah wajib dilakukan di universiti-universiti di negara Taiwan dan China..

Jauh sekali.

4. Sekolah Melayu vs Sekolah Cina.

Hairan bin ajaib, lepas 62 tahun merdeka, baru hari ini saya tahu bahawa, Sekolah Kebangsaan, dan Sekolah Menengah Kebangsaan adalah 'Sekolah Melayu'.

Mungkin boleh tukarlah nama Sekolah Kebangsaan kepada Sekolah Melayu dan Sekolah Menengah Melayu. ๐Ÿคญ

Dan sekali lagi saya ingin ulang, kita tidak ada masalah dengan peruntukan kepada sekolah cina mahupun tamil jika ianya menggunakan silibus Kebangsaan yang selari dengan dasar pendidikan negara.

Buktinya ada tak masyarakat bising bila sekolah jenis kebangsaan cina/tamil ataupun SMKJ dapat dana dari kerajaan?

Tak pernah.

Dan memang bajet sekolah-sekolah ini telah diberi sejak zaman BN lagi, boleh banding bajet 2018 vs 2019 seperti dibawah [3] [5]:

Bajet 2018
• Sekolah Jenis Kebangsaan Cina - RM50 juta
• Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil - RM50 juta

Bajet 2019
•Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) – RM50 juta;
•Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) – RM50 juta;
•Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) -RM15 juta

Oh btw, kalau cik Marina nak kata Ibu bapa 'Sekolah Melayu' berkira, saya setujulah.

Cuma cik Marina harus ingat yang bersekolah di 'Sekolah Melayu' ni bukan orang Melayu sahaja, ada India, ada Sikh, ada Iban, ada Kadazandusun, ada Murut ada macam-macam lah, oh Cina pun ada tau ๐Ÿ˜‰.

Nak buat macamana rakyat Malaysia dah lama di didik, "Pendidikan itu percuma", jadi tak boleh lah salahkan diorang ni 100% jugak. haha.

Sebagai kesimpulannya,

Berdasarkan kejanggalan-kejanggalan di atas, marilah kita sama-sama lah tanya diri kita adakah YB TNC ini sebenarnya TMP untuk rakyat Malaysia, ataupun untuk sesuatu kaum sahaja.

Tepuk dada, tanya akal.

Sekian.

Rujukan:


[1] Kini Maszlee kata SMPC boleh dapat peruntukan
https://www.malaysiakini.com/news/436107

In another twist, Maszlee now says SPMC will get allocation
https://www.malaysiakini.com/news/436082

[2] DAP bidas Maszlee tak beri peruntukan pada sekolah persendirian Cina
https://malaysiakini.com/news/436007
No allocation for SPMC schools – DAP reps drub education minister
https://www.malaysiakini.com/news/435991

[3]Teks Ucapan Belanjawan 2019
http://www.treasury.gov.my/pdf/ucapan/ub19.pdf

[4]History of UIM https://www.uim.edu.my/…/about…/uim-at-glance/history-of-uim

[5]Ucapan Bajet Tahun 2018
http://www.bnm.gov.my/files/2017/Ucapan_Bajet_2018.pdf

Rugi RM500j, Najib Bagi Penjelasan Pada Mat Sabu.

NAJIB RAZAK | Sejak bulan Jun tahun lepas, satu Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan bekas ketua audit negara Ambrin Buang telah meniliti semua urus niaga tukar tanah (land swap) melibatkan Kementerian Pertahanan.

Selepas 8 bulan meniliti, mereka mengeluarkan laporan bahawa terdapat keraguan di dalam 16 projek berlainan dengan syarikat-syarikat berbeza sejak tahun 1997 yang melibatkan 1,187 hektar (2,933) ekar tanah Kementerian Pertahanan bernilai RM4.75 bilion,

"Keadaan tersebut telah menyebabkan sebahagian projek telah melangkaui tempoh kontrak yang telah dipersetujui sebelum ini. Malahan terdapat projek yang telah disiapkan tetapi kualiti pembinaan tidak memuaskan," katanya.

Oleh itu, mereka menuduh bahawa adanya kerugian atau ketirisan hasil kerajaan sepanjang pelaksanaan projek land swap yang dianggar sebanyak RM500 juta.

Ini maklumbalas saya :

1. Saya bukan Menteri Pertahanan mahupun Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan pada tahun 1997. Perdana Menteri tahun itu ialah PM ke-4 yang kini PM ke-7. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu ialah bakal PM ke-8.

2. Alhamdulillah. Laporan yang mengambil masa 8 bulan ini juga telah membuktikan bahawa Tan Sri Rafidah Aziz Malaysian Citizen telah memfitnah saya.

Beliau pernah bertegas dengan sumpah "Demi Allah" bahawa “setiap inci tanah’ berjumlah 40,000 hektar Kementerian Pertahanan dan tentera telah diswastakan kepada tiga individu" di bawah kerajaan BN semasa saya PM.
https://www.freemalaysiatoday.com/…/demi-allah-setiap-inci…/

Fitnah ini yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum PRU14 adalah sangat keji kerana nama Allah telah digunakan untuk melemparkan tuduhan ini.

3. Anggaran kerugian RM500 juta di dalam tempoh 21 tahun dari 1997 sehingga 2018 ini yang melibatkan 10.5% dari nilai tanah RM4.75 bilion juga subjektif kerana anggaran nilai tanah berubah-ubah pada setiap masa.

Apapun, pihak SPRM perlu menyiasat.

4. Projek Terowong Pulau Pinang juga menggunakan kaedah bayaran urus niaga tukar tanah (land swap) yang bernilai RM6.34 bilion iaitu jauh lebih tinggi dari 16 projek Kementerian Pertahanan dengan nilai tanah RM4.75 bilion yang diragui.

Projek Terowong ini dianugerahkan pada tahun 2013 dan nilai tanah untuk ditukar juga dipersetujui pada tahun itu juga.

Setelah 6 tahun, kita mendapati sebarang pembinaan untuk projek ini masih belum bermula lagi dan jelas telah lewat.

Adakah nilai tanah ini di tepi pantai di kawasan paling bernilai di Pulau Pinang iaitu di Gurney Drive tidak pernah meningkat sejak dipersetujui 6 tahun dahulu?

Tan Sri Rafidah Aziz juga disaran untuk menekan Jawatankuasa ini dan Menteri Kewangan untuk menyiasat jika berlakunya kerugian atau ketirisan hasil kerajaan dalam projek Terowong ini.

Jika mahu petik nama Allah lagi atau tidak kali ini, terpulanglah kepada Tan Sri Rafidah. - 20 Februari 2019.

Kewangan Tenat Tapi Umum Pula Bantuan Sara Hidup Bujang RM100 Ketika Semenyih Kini PRK..

Khairy Jamaluddin | Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa pemberian Bantuan Sara Hidup (BaSaH) kepada golongan bujang akan dikembalikan seperti mana pemberian BR1M kategori bujang berjumlah RM450 ketika pentadbiran kerajaan BN dahulu. Buat permulaan, jumlah BaSaH kategori bujang ini adalah RM100 dan akan dibuat suatu kajian untuk menentukan jumlah yang sepatutnya.


Kita memang tahu kerajaan PH adalah kerajaan ujikaji, kerajaan eksperimen atau kerajaan masih dalam kajian, tetapi bagi bantuan BR1M kategori bujang ini, ianya telah terbukti membantu mereka yang memerlukan sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2013.

Tidak perlu lagi membazir masa atau sumber untuk membuat kajian baru. Tan Sri Muhyiddin, Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan sendiri pastinya lebih tahu tentang perkara ini kerana beliau sendiri pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet bagi menangani kenaikan kos sara hidup pada tahun 2014 ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri. Jadi rasanya tidak perlu lagi dibuat kajian tentang perkara ini.

Kerajaan PH tidak perlu berbohong lagi kononnya kedudukan kewangan negara dalam keadaan kritikal. Jika lihat peruntukan Belanjawan 2019 berjumlah RM316.55 bilion, jumlahnya adalah jauh lebih besar dari peruntukan tahun 2018 yang dibuat oleh BN iaitu RM282.25 bilion.

Anggaran hasil negara bagi tahun 2019 juga, sekalipun jika tidak mengambil kira RM30 bilion dividen khas Petronas adalah hampir sama dengan kutipan pada tahun 2018 iaitu sekitar RM230 bilion.

Jadi tidak timbul langsung kerajaan tiada duit. Lagipun, sampai bila kerajaan PH nak guna alasan yang sama? Rakyat pun dah bosan.

Kembalikan bantuan RM450 untuk golongan bujang sekarang! - 20 Februari 2019.

Selasa, 19 Februari 2019

REITs dan Levi Pelepasan : Debat Wan Azizah VS Najib.

Wan Azizah Wan Ismail | REITs dan Levi Pelepasan

(REITs : Real Estate Investment Trusts / Amanah Pelaburan Hartanah)

 
Jika aset hendak dijual, lebih mudah ia dijual secara langsung, tidak perlu menubuhkan REITs.

REITs bukan satu kaedah untuk jual aset. Ia berupa satu kaedah yang mengumpul hartanah-hartanah dalam satu surat ikatan amanah (trust deed) dan membenarkan para pelabur institusi dan individu mengambil bahagian dalam perlaburan tersebut.

Dalam masa yang sama, pemilik aset terus memiliki majoriti unit dalam REITs dan mengurus hartanah tersebut.

Dengan 30% di tangan ramai pelabur, adakah kerajaan yang memegang 70% hilang hak dan lupus mandat untuk mengurus hartanah tersebut?

Adakah KPJ Group tidak lagi mengawal bangunan-bangunan hospitalnya hanya kerana ia menubuhkan KPJ REITs? Adakah Sunway Group juga lupus kawalan ke atas bangunan-bangunannya selepas penubuhan Sunway REITs?

Hanya orang yang dangkal sahaja yang mengatakan kerajaan tidak akan dapat mengurus aset2 ini selepas dijadikan REITs.

Struktur REITs juga membolehkan kerajaan mengembangkan aset sama ada dengan pembinaan yang baharu atau ubahsuai yang sedia ada tanpa melibatkan modal baharu daripada kerajaan disebabkan dana daripada para pelabur ini.

Usaha kerajaan ini juga akan memberi satu impak yang positif ke atas pasaran REITs di Malaysia, kerana REITs disenaraikan dan dengan itu ia akan memberi impak positif ke atas pasaran modal negara.

Adakah Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, Maybank, CIMB dipunyai 100% oleh kerajaan? Sudah pasti tidak, bukan?

Jika 100%, tidak bolehlah syarikat-syarikat ini disenarai di Bursa Malaysia. Tidakkah kerajaan masih terus mempunyai kuasa mengurus ke atas syarikat-syarikat ini?

Sudah pasti!

Berkaitan levi pelepasan yang akan diperkenalkan, penerima akhir atau ultimate recipient ialah Jabatan Kastam, dan bukan Malaysia Airport.

Levi ini adalah salah satu usaha kerajaan mempelbagai punca cukai tanpa impak ke atas golongan B40. Golongan yang biasa mengguna perkhidmatan kapal terbang adalah dalam kalangan T20 dan M40.

Bukankah cara ini lebih baik daripada GST?

Dalam masa yang sama, levi ini juga diharap dapat merancakkan lagi industri pelancongan negara.


-----------

Jawapan;

NAJIB RAZAK | Saya menjawab posting TPM Wan Azizah Wan Ismail:


1. Buat apa orang labur dalam REIT jika tiada pulangan?

Siapa dan dari mana pulangan ini datang dari?

Itu datang dari sewa yang hospital dan airport kena bayar setiap bulan.

2. Selepas REIT ditubuhkan, hakmilik tanah-tanah berkenaan adalah di bawah nama siapa?

Tentu ianya di bawah nama REIT dan bukan lagi kerajaan.

3. Ya, betul. Jika hanya jual 30% maka kerajaan masih boleh mengawal.

Tetapi selepas buat REIT dan menjual kepentingan 30%, adakah ianya jauh lebih senang menjual baki 70%?

Tidak perlu untuk menilai setiap bidang tanah lagi kerana setiap unit REIT sudah ada harga pasaran.

Satu lagi. Jangan kelirukan pengawalan dengan pemilikan.

Jika sekarang, kita milik 100% kita juga kawal.

Dan kita masih boleh kawal jika kita milik 70% tetapi baki 30% sekarang milik pihak swasta.

Saya juga tidak pernah mempertengahkan isu kawalan di dalam hantaran saya.

Terima kasih juga kepada TPM kerana mengesahkan bahawa ianya benar-benar niat kerajaan PH untuk menjual 30% kepentingan dalam semua lapangan terbang dan bangunan hospital kerajaan.
- 19 Februari 2019.

Menafikan Dakwaan BN Tak Pernah Bagi Terengganu Sesen Pun Selama 60 Tahun Memerintah.

Fadzmel Fadzil | Saya tertarik dengan status page rangkaian BERSATU yang lebih banyak menipu dari menyatakan kebenaran. Lebih-lebih lagi apabila menggelarkan orang yang menyokong BN ini GILA.

Memang gila, sebab boleh naik gila saban hari ditipu dengan janji dan kepalsuan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.




Kalau nak tahu, dari tahun 2009 -2017 Kerajaan Persekutuan (BN) telah bayar RM15.691 bilion royalti minyak atau lebih dikenali sebagai Dana Khas Persekutuan. 2017 sahaja kerajaan persekutuan bayar RM1.441 bilion royalti minyak kepada kerajaan Terengganu.

Dulu ianya dipanggil royalti minyak, tapi selepas tahun 1999 bila PAS menang di Terengganu, kerajaan masa tu tukar nama jadi Dana Khas Kerajaan Persekutuan. Kalau tak tahu boleh google, jangan ingat ilmu boleh dibeli macam beli sijil pendidikan.

So, tipu la kalau kata Kerajaan Persekutuan tak bagi satu sen pun kepada Terengganu sepanjang 60 tahun memerintah kan?

Tak percaya? dalam Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu ada rekod yang tercatat.

Manifesto tipu, propaganda pun nak tipu. Hari-hari pun nak menipu rakyat. Sudah-sudahlah tu.

Sumber :

1. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu 2013: https://www.audit.gov.my/…/TERENGGANU%20-%20Laporan%20Ketua…

2. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu 2017: https://www.audit.gov.my/…/13%20PK%20TERENGGANU%20OFFSET.pdf

Uturn Bauksit : Fuziah, Maszlee Antara Yang Teruk Dikecam.

LAPORAN | Setelah bermatian-matian menentang perlombongan bauksit, akhirnya Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar mengumumkan tempoh moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan.


Pengumuman itu sekaligus membenarkan semua aktiviti melombong dan pengeksportan bauksit boleh diteruskan semula, namun kali ini dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat.

“Moratorium tidak akan dilanjutkan selepas 31 Mac ini…Saya nampak industri bauksit di negeri Pahang ini memang ada permintaan yang tinggi dan dan keuntungan yang diperoleh oleh kerajaan juga banyak.

“Pada 2015 sahaja kerajaan negeri direkodkan menerima RM47 juta hasil pembayaran royalti, kerajaan pusat kita tidak dapat apa-apa bahagian, hanya beri kelulusan untuk permit import (AP) sahaja.




“Dalam perbincangan dengan semua pihak berkepentingan sebelum ini tidak ada satu pun yang menyatakan kita kena hentikan industri bauksit di Pahang, sama ada pemimpin politik tempatan mahupun kerajaan negeri semua bersetuju industri ini ada potensi besar dan ia perlu diteruskan,” katanya dalam kenyataan itu yang diterbit Bernama pada isnin.

Pengumuman itu bagaimanapun memberikan kesan negatif kepada imej kerajaan terutamanya YB Fuziah Salleh yang dilihat begitu menentang perlombongan bauksit selama ini.

Di sosmed, Timbalan Menteri itu diserang bertubi-tubi oleh netizens yang menuntut dirinya untuk memperjelaskan pendiriannya dalam isu bauksit. 


Kenyataan terbarunya seperti dipetik Bernama, Fuziah memberitahu beliau tidak pernah menghalang aktiviti bauksit kerana ia membawa pendapatan kepada negeri dan rakyat namun perlombongan perlu dilakukan secara berhemah tanpa menjejaskan alam sekitar dan rakyat.


Ini bercanggah dengan apa yang pernah beliau ungkapkan di Facebook pada 18 November 2015, iaitu, "Segala keuntungan dari bauksit ini tidak mungkin boleh menggantikan kesusahan yang dialami oleh rakyat dengan kegembiraan.  Ia juga tidak boleh mengembalikan kerosakan ke atas alam dan tidak boleh membeli kesihatan apabila anak sendiri sakit nanti akibat pencemarana bauksit. Maka renung-renungkanlah. Saya berjuang demi masa depan anak-anak kita," katanya dalam kenyataan itu.

Maszlee Malek yang juga lantang mempersoalkan isu bauksit suatu ketika dahulu turut dikecam netizens.

Bagaimanapun seperti biasa, menteri itu mengambil langkah proaktif membendung kecaman dengan membuang semua status-status Facebook yang boleh menggangu-gugat krediblitinya sebagai pemimpin yang tidak bersikap munafiq. - 19 Februari 2019.

PAS Bekerjasama Dengan UMNO Dan PPBM, Apa Masalahnya Soal Nik Abduh.

SOSMED | Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nik Muhammad Abduh mempersoalkan pihak yang mengkritik tindakan PAS bekerjasama dengan UMNO dan PPBM dalam satu masa yang sama.


"Apa pun 'move' PAS, ia adalah untuk halang DAP. Ia isu kedaulatan Islam. Kalau PAS, UMNO dan Bersatu bekerja sama, apa isu?," katanya dalam kenyataan itu.

Ini susulan dari pengakuan Setiausaha Agong PAS, Takiyuddin Hassan yang menjelaskan PAS akan menyokong kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam usaha memperkasakan agenda umat Islam dan orang melayu namun dalam masa yang sama akan tetap bekerjasama dengan UMNO atas dasar perpaduan ummah dan solidariti pembangkang.

Pengakuan itu dibuat berikutan Perdana Menteri mendedahkan yang PAS telah melakukan pembohongan apabila berjanji untuk tidak menyokong UMNO di PRK Semenyih memandangkan UMNO kali ini menentang BERSATU berbanding di PRK Cameron Highlands yang mana UMNO melawan DAP katanya pada sabtu.

Tun Mahathir turut mendakwa PAS telah memperakui sokongannya ke atas PPBM dengan menandatangani satu surat akujanji yang mana dinafikan oleh PAS kemudiannya.

"Perakuan bertulis berbentuk contoh (sample) diberikan sebagai komitmen sokongan PAS ke atas YAB Tun Dr. Mahathir Mohamed di atas dasar menjaga kepentingan agama, negara, dan bangsa sehingga PRU 15," katanya dalam kenyataan itu. 

Bagaimanapun pada hari penamaan calon dan setakat kempen hari ini, dilihat PAS memberikan komitmen yang kukuh kepada Barisan Nasional untuk memenangi PRK Semenyih.

Dalam masa yang sama PAS turut disindir makan keliling untuk menutup siasatan kes 90j ke atas parti itu namun Tun Mahathir tidak menyebut samada pertemuannya dengan TG Hadi Awang pada 15 Februari lepas ada menyentuh mengenai hal itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Abduh dilaporkan sedang dipantau oleh Cawangan Khas berikutan pengakuannya ada hubungan dengan CIA seperti yang dikatakan dalam audio yang viral.  - 19 Februari 2019.

Kerajaan Nekad Mansuhkan Hukuman Mati Tanpa Dengar Pandangan Pelbagai Pihak Dakwa MP Ayer Hitam.

Wee Ka Siong | Menurut Lim Kit Siang, Pakatan Harapan belum lagi mencapai kata sepakat berhubung pemansuhan hukuman mati secara total. PH hanya bersepakat untuk memansuhkan hukuman mati mandatori.

Tetapi pada 10 Oktober 2018, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong mengatakan bahawa Kabinet sudah membuat keputusan berhubung pemansuhkan hukuman mati ini. Rang Undang-Undang (RUU) pemansuhan hukuman mati bagi 32 kesalahan itu juga akan dibentangkan ke Parlimen yang akan bersidang pada Mac ini.




Di Parlimen tahun lepas, saya telah mencadangkan supaya memansuhkan hukuman mati mandatori tetapi dalam masa sama masih mengekalkan hukuman mati, biarlah hakim mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk menjatuh hukum berdasarkan merit kes. 


Saya juga mencadangkan supaya Jawatankuasa Pilihan Parlimen ditubuhkan bagi meneliti perkara ini secara mendalam. Namun yang demikian, Liew berkeras mengatakan bahawa Kabinet kekal dengan pendirian mereka memansuhkan hukuman mati ini. Katanya, hukuman mati berkenaan meliputi 32 kesalahan di bawah 8 akta, 12 daripadanya adalah hukuman mati mandatori manakala selebihnya akan ditentukan oleh hakim melalui budi bicara sama ada dijatuhi hukuman penjara atau hukuman mati.

Liew mengatakan RUU pemansuhan hukuman mati bagi 32 kesalahan akan dibentangkan pada persidangan Parlimen Mac ini. Nampaknya kerajaan Tun Dr Mahathir bertekad untuk melaksanakan pemansuhan hukuman mati ini. Saya tidak faham kenapa kerajaan enggan menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi mendengar pandangan pelbagai pihak berhubung polisi yang mustahak seperti ini.

Sedia maklum, Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh pemimpin kerajaan dan pembangkang biasanya ditubuhkan bagi meneliti isu-isu penting secara mendalam.

Kerajaan kelihatan tergesa-gesa dalam membuat keputusan tanpa mengambil kira suara kebanyakan rakyat yang membantah. Tetapi tidak pula mengotakan janji mereka untuk menghapuskan tol.

Sejak awal, DAP dilihat terus membisu tentang isu ini. Ketika ditanya semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sebelum ini, pemimpin mereka sekadar menjawab, "Gong Xi Fa Cai!".

Sehingga kini, Lim kata Pakatan Harapan masih belum mencapai kata sepakat berhubung pemansuhan hukuman mati. Adakah beliau berpura-pura menjadi bodoh atau lidahnya kelu di atas keputusan Kabinet?

Atau sebenarnya Lim tidak layak untuk bercakap mewakili Pakatan Harapan? Begitu juga dengan kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) akan diiktiraf dalam masa 5 tahun? Adakah ia juga sekadar kata-kata kosong? - 19 Februari 2019.

Lantikan Politik Di Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Dipertikaikan.

LAPORAN | Pengarah Eksekutif NGO pemerhati C4, Cynthia Gabriel mempertikaikan lantikan politik di Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Menurutnya Khalid Samad tidak sepatutnya melantik ahli politik ke jawatan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Wilayah Persekutuan sebaliknya jawatan seperti itu harus diisi oleh individu yang aktif dengan kemasyarakatan.

Cynthia mengingatkan dimana Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik ketika zaman BN dahulu terpalit dengan pelbagai urusan tanah yang meragukan.

"Ia membuka peluang kepada pegawai untuk memintas matlamat sebenar yayasan dengan (berkemungkinan) membuat pemilihan pemaju yang cenderung kepada amalan kronisme, nepotisme dan korupsi," katanya dalam kenyataan itu.

Selain itu Cynthia juga mendesak YWP untuk mendedahkan maklumat akaun dan perbelanjaan tahunannya.

"Kami menyeru semua yayasan perlu bebas dari tangan politik jika kerajaan Pakatan Harapan serius mengenai langkah reformasinya," katanya lagi. 

Berikut adalah perlantikan politik dalam Yayasan Wilayah Persekutuan;


Menteri Wilayah Persekutuan ketika ini ialah Khalid Abdul Samad merangkap Pengerusi yayasan.

Hayatul Kamil Termudi
Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Khalid Abdul Samad.

Mohamad Riadz Mohamad Hashim
Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Onn Abu Bakar
Penyelaras PKR di Parlimen Sembrong

Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara Wilayah Persekutuan

Muhammad Khairil Khalid, Muhammad Khairil Khalid
Naib Pengerusi Penaja DAP cawangan USJ Taipan.

Sumber : http://yayasanwp.wixsite.com/ywp-web/ahli-lembaga-pemegang-amanah
- 19 Februari 2019.

Adakah Kempen Punya Pasal, Sampai Turap Jalan Jam Satu Pagi Di Semenyih Soal Netizens.

PRK SEMENYIH | Arul PSM dengan kapsyen, "PRK Semenyih, tar jalan 1.23am. Hidup BN 2.0," mendedahkan terdapat sekumpulan pekerja yang diarahkan untuk menurap jalan meskipun waktu ketika itu telah melepasi tengah malam.


Perkara itu juga disahkan oleh Wee Ka Siong dalam satu kenyataan di Facebooknya malam tadi.


"Bila nak beredar dari Bilik Gerakan, sebuah “compactor” dan beberapa orang pekerja telah dikerah ke Pekan Semenyih untuk menurap jalan pada tengah malam ini.

Ini secara kebetulan ke? Saya bertanya kepada pekerja tersebut dan dimaklumkan kerja penurapan baru sahaja dimulakan sejak 2 hari lalu. 

Kerja penurapan dijangka siap dalam tempoh beberapa hari lagi. Wow kerja disiapkan dalam tempoh berkempen, tahniahlah warga DUN Semenyih disebabkan PRK Semenyih, semua dapat nikmatnya sampai memaksa PH bekerja siang malam!," katanya dalam kenyataan itu.

 

Perkara ini kemudiannya menimbulkan tanda-tanya dikalangan netizens yang rata-ratanya beranggapan ia adalah projek mee segera untuk menawan hati pengundi.


Sesetengahnya pula mendesak kerajaan membuktikan projek turapan jalan telah diluluskan sebelum PRK Semenyih diputuskan SPR.



Dan sesetengah yang lain pula mendoakan kematian ahli parlimen dan wakil rakyat masing-masing bagi mendapatkan jalanraya yang baru kerana kebanyakan jalanraya diseluruh Malaysia berlubang dan berkeadaan teruk. Bahkan di kawasan pendalaman sesetengah jalan langsung tak pernah diturap walau sekalipun. 


Kerajaan negeri belum memberikan apa-apa respon berhubung perkara tersebut setakat ini. - 19 Februari 2019.

Rokok Di Mulut SU Politik PM Ketika Dalam Restoran, Netizens Persoalkan Mana Keadilan.

SOSMED | Tular gambar Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhammad Zahid Md Arip yang dikatakan melanggar peraturan larangan merokok di premis restoran.

"Kawasan larangan merokok, dikecualikan untuk Setiausaha Politik perdana menteri ke 7 dan Menteri Pembangunan Usahawan pun bagi kebenaran boleh merokok. #maluapabossku," kata individu yang dikenali sebagai Hosny Yunus.



Turut kelihatan berada dalam gambar yang tersebar itu ialah Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof.

Meskipun dikecam hebat, sesetengah netizens beranggapan Setiausaha Politik Perdana Menteri itu hanya sekadar meletakkan rokok di bibirnya dan bukannya merokok di dalam restoran.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan telah menguatkuasakan perintah larangan merokok di semua premis restoran dan kedai makan pada 1 Januari lepas.

Mana-mana perokok yang mahu merokok dikehendaki berada jarak 3 meter dari restoran dan kedai makan supaya tidak menganggu pelanggan sedia ada.

Jika arahan tersebut dilanggar, perokok boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 ataupun penjara 2 tahun mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. - 19 Februari 2019.

Ahad, 17 Februari 2019

Surat Yang PAS Tandatangani Ialah Sokongan Kepada PM Dalam Agenda Memperkasakan Umat Islam Kata Ahmad Samsuri.

SINAR HARIAN | Pas menafikan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pas menandatangani perjanjian bertulis untuk tidak menyokong UMNO dalam PRK DUN Semenyih pada 2 Mac depan.

Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu sebagai perang psikologi menjelang PRK berkenaan.


Ahmad Samsuri berkata, surat yang ditandatangani itu sebenarnya perakuan Pas menyokong kepimpinan Dr Mahathir dalam memperkasakan agenda Islam, Melayu dan rakyat keseluruhannya.

"Jadi Pas berdiri di belakang perdana menteri dalam agenda itu dan tiada kaitan dengan PRK DUN Semenyih.

"Ia sama juga dengan (sokongan) kita sebelum ini bila kita menyokong pandangan perdana menteri yang tidak bersetuju ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD),"
katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai pendedahan Dr Mahathir mengenai perkara itu semalam.

Ahmad Samsuri ditemui pada Majlis Penyampaian Geran Tanah Daerah Kemaman kepada seramai 80 penerima di Dewan Seri Amar, Chukai, di sini, sebentar tadi.

Dalam pendedahan mengejutkan itu, Dr Mahathir berkata, Pas tidak akan memberi sokongan kepada Umno dalam PRK DUN Semenyih.

Katanya, pendirian Pas itu dibuat secara bertulis dan ditandatangani sendiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pertemuan antara mereka yang berlangsung kira-kira 45 minit di Pejabat Perdana Menteri di Yayasan Al-Bukhary kelmarin.

Pertemuan itu turut disertai Ahmad Samsuri dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, Pas akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pertemuan itu pada sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Pas Pusat di Kuala Lumpur selesai petang ini. - 17 Februari 2019.

Papa Gomo Dibawa Ke Balai Polis, Asyraf Dusuki Kata Syed Saddiq Buat Laporan Palsu.

LAPORAN | Nampaknya pergaduhan Exco Pemuda UMNO, Muhammad Azri dengan Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq semakin panas.

Papa Gomo melaporkan menerusi Twitternya beliau telah dijemput oleh beberapa anggota polis berhubung kes mengasari dan mengugut Syed Saddiq sebentar tadi.




"Yang hak pasti berdiri, yang bathil pastil jatuh. Saya dibawa ke IPD Kajang untuk diambil keterangan bagi laporan Polis palsu yang dibuat oleh YB Menteri @SyedSaddiq semalam.

Terima kasih IPD Kajang jemput Saya dirumah memandangkan banyak pulak special team dari Bukit Aman dah berkumpul depan rumah saya sejak pagi tadi nak ambush.

Apa pun terima kasih atas sokongan anda semua. InsyaAllah sokongan dan doa semua akan pastikan kemenangan kita dalam menentang kerajaan Pakatan Hancing DAP. InsyaAllah ," katanya dalam kenyataan itu.
 

Dalam satu kenyataan bagi menjawab tuduhan menteri itu, Papa Gomo menafikan beliau mencekak leher Syed Saddiq, bahkan mahu menyaman menteri itu kerana didakwa menfitnahnya.

Pihak yang menyokong Papa Gomo juga menyebarkan rakaman video yang dianggap sebagai bukti bahawa Syed Saddiq tidak dicekak leher oleh Papa Gomo. Setakat ini Menteri Belia Dan Sukan itu belum lagi memberikan apa-apa reaksi balas berhubung pendedahan video itu.

Kes tersebut turut mendapat perhatian Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang beranggapan Syed Saddiq membuat laporan polis yang palsu. Berikut adalah kenyataan penuh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki;

"SYED SADDIQ : CEKAK LEHER ATAU PEGANG BAHU?

Semakin terserlah sketsa sandiwara YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membuat laporan polis palsu kononnya mendakwa, Muhammad Azri atau Papagomo, Exco Pemuda UMNO Malaysia telah mencekak leher beliau sewaktu kekecohan kelmarin tatkala beliau melalui kawasan penyokong BN berkumpul.

Ramai pihak telah tampil samaada berkongsi video paparan sebenar kejadian bahkan membuat laporan polis menafikan dakwaan YB Syed. Selaku Ketua Pemuda UMNO, saya sendiri berhubung terus dengan Sir Azri untuk dapatkan penjelasan beliau. Beliau memaklumkan kepada saya hanya memegang bahu YB Syed seraya berkata "Kau ini bodoh bro!", untuk mengelakkan daripada beliau diapa-apakan setelah secara sengaja masuk melalui kawasan BN yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya.

Justeru, saya ulangi nasihat saya kepada YB Syed Saddiq sudah-sudah lah bersandiwara. Tindakan beliau tidak mengikut arahan keselamatan dan 'zoning' SPR serta sanggup menipu laporan polis benar-benar menyerlahkan betapa terdesaknya PPBM untuk memenangi PRK N24 Semenyih ini.

YB Syed Saddiq harus sedar bahawa Seksyen 182 Kanun Keseksaan memperuntukkan denda RM2,000 atau/dan penjara 6 bulan sekiranya disabitkan kesalahan. Ini boleh menyebabkan kelayakan YB selaku Ahli Parlimen Muar gugur.


Namun sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, kita semua harus mengamalkan politik berakhlak dan berhemah dengan mengelakkan diri daripada mencetuskan provokasi mahupun bertindak di luar batasan agama dan moral. Kita semarakkan politik matang, kasih sayang dan harmoni sekaligus menghindari permusuhan dan kebencian melampau,"
katanya. - 17 Februari 2019.

Mansuh Subsidi Haji Sebenarnya Adalah Perancangan Di Zaman BN Dedah Wartawan.

LAPORAN | Portal Bebasnews melaporkan keputusan untuk memansuhkan subsidi bagi jemaah haji sebenarnya dirancang sebelum Barisan Nasional kalah pilihanraya ke 14.

Keputusan itu katanya telah sampai ke pengetahuan pihak media yang dipanggil dalam satu sesi perbincangan bersama barisan kepimpinan Tabung Haji di Cyberjaya pada Mac 2018, iaitu enam minggu sebelum berlangsungnya pilihanraya umum.



"Sebab enam minggu lagi akan pilihanraya. 

Mengumumkannya secara terbuka adalah satu bencana!

 “Kami perlukan bantuan media massa untuk mendidik bakal jemaah supaya tidak lagi bergantung pada subsidi. Kosnya sudah mencecah RM400 juta. TH tidak mampu menanggungnya,” kata pegawai tinggi TH berkenaan dalam ucapannya.

Wajahnya kusut dan suaranya berat tanda menanggung beban. Sepuluh pegawai tertinggi TH dan 20 wakil media massa agensi penyiaran milik kerajaan, mendengar kenyataan itu dengan rasa terkedu.

“Media massa harus membantu TH untuk menyedarkan masyarakat bahawa dengan kos hanya RM9,980 ia beban pada TH. Kos sebenar RM22,900. Baki RM12,920 adalah beban yang tidak dapat diteruskan TH,” kata pegawai tinggi itu lagi.

Wakil media massa yang mendengarnya agak mengejutkan kerana ini suara hati serta pertama kali kedudukan sebenar kemampuan TH disebut kepada media massa. Apa lagi menjelang pilihanraya.

Jangan harap kerajaan memgumumkannya. Siapakah ahli politik BN yang berani mengucapkan realiti ini menjelang pilihanraya?

Pendedahan berani dan jujur hanya datang daripada pemimpin korporat. Kumpulan yang memikul bahu kewangan TH yang sudah hampir patah.

Sikap kerajaan waktu itu serta realiti kepimpinan politik menjelang pilihanraya menyebabkan keadaan tenat TH dirahsiakan.

Hakikat politik yang mahu kekal popular menjadikan isu realiti kewangan TH disembunyikan.

Enam minggu menjelang pilihan raya menyebabkan isu subsidi TH satu fakta yang ‘haram’ untuk didedahkan. Undi 9.3 juta pencarum TH sangat penting.

Jadi, pada awal Mac itu, masalah TH yang sudah tidak mampu memberikan subsidi kepada jemaah haji kekal menjadi rahsia.

“Kami akan melabur dalam media massa untuk menyedarkan pencarum dan masyarakat, subsidi kini satu beban kepada TH!”

Ucap pegawai kanan itu tanpa membenarkan kenyataannya disiarkan,"
memetik laporan portal itu.



Portal itu juga mendakwa BN sebenarnya telah menyedari hakikat itu dan memahami ia adalah seperti bom jangka, tunggu masa untuk diketahui oleh rakyat jelata.

Kerugian Tabung Haji sebanyak RM1b juga lama kelamaan akan terdedah dan sampai ke pengetahuan rakyat.

Mansuh Subsidi Haji
Kempen Prinsip Istito'ah oleh TH sebagai persediaan awal untuk mendidik umat Islam HAJI hanya untuk orang yang berkemampuan
"Jadi, sebenarnya – soal subsidi jemaah haji adalah isu bom jangka. Kerajaan BN sudah menyedari realiti ini.

Namun, kepentingan undi PRU 14 menjadikan maklumat mengenai bibit-bibit krisis dalam TH hanya dibiarkan berlegar di sesi tertutup itu sahaja.

TH pada Mac 2018, sudah pun membuka ruang atau ‘memohon bantuan kecemasan’ ala SOS kepada media massa. Malah, bukan mengenai isu subsidi pengiring, tetapi menjelaskan kepada 320,000 bakal jemaah yang akan menunaikan haji dalam tempoh sedekad terdekat.

Itu cerita lama.

Tetapi kebenarannya sudah dikongsi sejak enam minggu sebelum PRU14 lagi. Justeru, ia bukan isu kerajaan BN atau PH. Ia realiti bahawa TH sebagai agensi korporat sedang parah.

Jadi, apabila muncul isu melupuskan subsidi kepada pengiring jemaah yang hangat sejak dua hari lalu, serta meletup-letup pada Sabtu (16 Februari) – jangan dipolitikkan.

Ini isu korporat yang bersifat bom jangka.

Cuma ia tidak meletup pada sebelum pilihan raya. Bomnya meletup hari Jumaat lepas, tujuh bulan selepas PRU14.

Menurut sumber terkini pula, pada Sabtu 16 Februari, pencarum dan masyarakat belum tahu yang TH mengalami kerugian RM1 bilion! Walaupun banyak aset tepu milik TH sudah diletakkan dalam seliaan Bank Negara – TH tetap sedang tenat.

Isu subsidi pengiring jemaah haji hanyalah bongkah ais di permukaan laut. Beban TH yang lebih besar, ialah gunung ais yang tenggelam di bawah permukaan air.

“TH sedang disusun semula. Masih tenat dan RM400 juta setahun sebagai subsidi, akan menyeret kemelut kewangannya ke dasar laut. Akan tenggelam TH kalau isu subsidi diteruskan,” kata sumber.

“Mana mungkin TH menanggung kos subsidi dan pada masa sama bertanggungjawab pada kepentingan 9.3 juta pencarum yang mengharapkan dividen dan hibah!” Jelas sumber itu lagi.

Secara korporat, kata sumber itu: “Kalau bagi RM400 juta subsidi setiap tahun kepada jemaah, maknanya TH menggunakan wang keuntungannya. Pada masa sama, 9.3 juta pencarum mahukan dividen dan hibah kerana itu hak pelaburan mereka.

“Jadi hakikat sebenar, tahun ini sama, 32,000 jemaah telah mengambil RM400 juta keuntungan yang sebenarnya dividen milik pencarum,” kata sumber berkenaan.

Logiknya pula, menurut sumber itu, pengiring sepatutnya sedar dan berfikiran ehsan.

Mereka telah mendapat manfaat sebagai status pengiring dan memotong giliran jemaah haji yang lain. Ini bererti hak jemaah dalam senarai layak telah hilang.

“Pengiring didahulukan, Jadi, wajarkan menikmati 56% subsidi setelah mendahului giliran orang lain?

“Kalau pengiring pun nakkan subsidi, tidak adillah. Mereka ambil giliran dan mereka nikmati subsidi yang sepatutnya adalah dividen pencarum,” kata sumber.

Setiap tahun, terdapat antara 200 hingga 300 jemaah yang terlepas giliran kerana memberi laluan kepada pengiring.

Hari Sabtu, sekitar 5.00 petang, TH mengeluar kenyataan media sebagai langkah kawalan kerosakan. TH mengulangi jaminan kos haji tahun ini tetap disubsidikan.

TH menanggung subsidi RM12,920 untuk setiap jemaah. Jumlah keseluruhan jemaah tahun ini melebihi 32,000 orang.

Itu jawapan kawalan kerosakan kerana masyarakat sedang terperanjat. Namun, realitinya: Apakah masyarakat tahu betapa tenatnya TH.

Isu kemelut TH satu realiti bisnes korporat. Tiada kaitan politik kononnya, ini polisi Kerajaan PH yang sengaja mengabaikan jemaah haji.

Isu sebenar, ialah realiti kedudukan keadaan kewangan TH yang sedang tenat.

TH sedang disusun semula. Namun, mustahil dalam enam bulan keadaan ‘kesihatan kewangan dan pentadbiran dapat dipulihkan segara’.

Kes TH bukan panyakit yang baru melanda pada 10 Mei selepas PH menang. Isunya beban subsidi yang makin tinggi setiap tahun dan TH tidak lagi mampu membiayainya.

Apa pun jawapan popular yang dikeluarkan TH semalam, ia hanya satu kenyataan media bagi mengawal kerosakan kerana respons panik dan kemarahan awam.

Sedangkan logiknya, TH pada bila-bila masa saja akan mengumumkan subsidi RM400 juta setahun adalah beban. Malah, wajar dilupuskan.

Sama ada 32,000 jemaah masih diberikan subsidi RM12,920 per jemaah atau dikurangkan secara berperingkat-peringkat, ia tetap berita yang akan satu hari diumumkan.

TH kini bukan lagi agensi korporat yang sihat.

TH sedang disusun semula kerana suasana kewangannya memerlukan penstrukturan yang realistik secara bisnes. Bukan ditunggang untuk populariti politik.

Tidak mudah untuk TH berterus-terang keranan akibatnya pasti fenomenal.

Risiko kejujuran untuk mengakui TH bermasalah, akan menyebabkan 90% pencarum akan kecewa.

Malah, akan bertindak membuat pengeluaran simpanan secara mendadak dan beralih ke institusi pelaburan lain.

Ini risiko yang mampu mencetuskan teori domino.

Walaupun terdapat 9.3 juta pendeposit TH, harus difahami, hanya 10% sahaja pendeposit yang menyimpan untuk tujuan menunaikan haji. Manakala, 90% pendeposit adalah pelabur komersial. Itu sebab TH dalam dilema.

Era TH sebagai institusi yang hebat dan lubuk dividen kita berubah. Pada masa yang sama, pengurusan TH harus bijak mengendalikan suasana.

Selain isu subsidi, dalam masa terdekat akan ada lagi satu kejutan. Pendeposit sedang menanti pengumuman dividen.

Bekas pengarang ekonomi yang sempat dua penggal berkhidmat sebagai exco negeri sempat bergurau, tapi nadanya serius.

“Tahun ini realistiknya TH kena umum dividen bawah 1% dan tiada hibah,” katanya.

Bayangkan, kalau kenyataan bekas pengarang ekonomi dan ecxo negeri ini satu berita benar, apa respons pendeposit?

Tapi itulah hakikatnya. Hentikan sikap mengkritik dan mencela TH tanpa melihat realiti. Sekiranya isu pelupusan subsidi kepada 300 pengiring jemaah haji pun membuatkan masyarakat emosional, apa lagi untuk menerima berita dividen di bawah 1% dan tiada hibah.

Hentikan serangan melulu. Fahami dan terima hakikat bahawa TH kini sedang tenat. Namun, bukan tumbang. TH sedang disusun semula menjadi lebih dinamik dan kekal releven.

Kepada TH pula, hadapi rakyat dengan berani. Dedahkan semua. Biar rakyat faham hakikat sebenar. Ia memang pahit, tetapi sebagai agensi berteraskan agama, umat Islam harus relevan dan berjiwa besar untuk terus menyokong kebangkitan TH.

Malah, inilah masa kita berada bersama TH demi masa depannya!,"
tulis portal itu lagi. - 17 Februari 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...